Dian masih lena diulit mimpi ketika ini dek kerana terlalu letih menghabiskan sepanjang hari ini menziarahi tempat-tempat bersejarah dan menunaikan beberapa rukun umrah yang wajib ditunaikannya. Mamanya dan cik su juga turut sama tertidur setelah naik dari kafe hotel yang mereka menginap namun Puan Maria telah tersedar sepuluh minit lalu dan sekarang sedang memerhati pemandangan di sekitar kota suci Mekah menerusi cermin tingkap di bilik hotel tersebut.
"No! Jangan! Please...don't do this to me no stop it!" Jerit Dian secara tiba-tiba tanpa dia sedari.
Lantas mengejutkan Puan Maria dan dia menghampiri anaknya itu.
"Meena...hey kenapa ni. Astaghfirullahalazim....bangun, Meena mengigau ni!" Kejut Puan Maria.
"Meena...itulah tidur petang-petang dah mengigau tak tentu hala. Bangun...pergi mandi."
Dian masih tidak membukakan matanya dan terus meracau, tenggelam dalam mimpinya. Tanpa berlengah Puan Maria mengambil sebotol air mineral yang berada di tepi katil Dian lalu menuangkan sedikit di atas tapak tangannya sebelum meraup ke wajah Dian supaya dia sedar.
"Bismillahirrahmanirahim..." Ucap Puan Maria ketika meraup muka Dian dengan sedikit air di mukanya.
"Mama! Tolong Meena ma...Meena takut! Perempuan tu ugut Meena nak rampas dia dari Meena, suami Meena ma..." Dengan terkejut Dian bangun dan memeluk mamanya sambil menangus teresak-esak.
"Ya Allah...Meena mengigaulah! Mimpi itu kan mainan syaitan laknatullah. Dah pergi mandi ambil wudhuk biar tenang sikit." Suruh mamanya dengan tegas.
"Mimpi tu macam betul mama...seriously! Meena nampak perempuan tu ugut nak bunuh Meena kalau tak serahkan suami Meena."
"Kahwin pun tidak, mana nak ada suami Meena oii...jangan nak merepek. Lain kali ha tidurlah lagi petang-petang nak dekat asar, lagilah meracau macam apa. Dah nah tuala. Cepat siap kita nak pergi masjid."
Kusut kepala Dian memikirkan tentang mimpi yang seram dan tidak diundang langsung dalam tidurnya. Ini kali pertama dia bermimpi sebegitu. Pelik.
*****************************************************
Seperti biasa, Noah akan bersiap di awal pagi untuk ke pejabat dan bersarapan terlebih dahulu bersama umi tercintanya. Hari semakin hari semakin banyak ilmu dan selok-belok perniagaan terutamanya tentang hartanah yang dijalankan oleh syarikat daddynya yang dipelajarinya dan tidak dinafikan orang muda sepertinya memang cepat belajar. Tambahan, diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh staf-staf yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengannya.
"Hi my sweet little munchkin ! Comelnya adik hari ni...kiss sikit." Noah menegur Khaleef yang baru sampai dihantar oleh ayahnya sebentar tadi. Dengan senyuman yang lebar anak kecil itu memberikan sebuah ciuman di kedua belah pipi Noah dan terus berada dalam dukungan abang sepupunya.
"Petang nanti abang Noah akan belikan adik ais krim ke nak coklat?"
Bersinar mata si comel itu mendengarkan kata-kata Noah yang pandai 'membeli' hatinya.
"Both!" Kata si comel itu lalu ketawa terkekek-kekek membuatkan Noah tak dapat menahan daripada menggomolnya. Lagi bertambah kekekkan budak itu.
"Ish dia boleh bergurau pulak pagi-pagi ni, cepat breakfast nanti lambat ke office along." Kata Puan Nasha Emily yang muncul bersama semangkuk nasi goreng dari dapur.
"Baik umiku terchenta! Natasha nanti pak su ambil ke? Hmm..hari ini rasa macam nak balik lunch kat rumah so biar along ambil je la si tuan puteri cantik di sekolah. Tak adalah pak su terkejar-kejar nak balik lepas tu nak balik ke pejabat lagi." Cadang Noah sambil mencedok nasi goreng ke pinggannya.
"Okay but tell him first nanti clash. Adik..nak makan nasi goreng?" Tanya umi Noah pada anak saudaranya.
Pantas anak kecil itu mendapatkan Noah dan duduk di atas riba lelaki itu minta disuapkan nasi goreng untuknya. Pandai sungguh dia cari tempat bermanja. Mana taknya, Noah asyik menjakannya seperti anak sendiri sudahlah tiada belaian seorang ibu sejak lahir, Noah dan keluarganyalah tempat si comel ini bermanja dan menumpang kasih sama seperti kakaknya, Natasha.
Terharu dan sebak Puan Nasha melihat gelagat kedua insan kesayangan mereka ini yang sungguh kuat kasih dan sayang walaupun hanya sebagai sepupu. Hebat rasa cinta kurniaan dariNya yang Maha Pencinta.
Tanpa sedari air mata terbit dari tubir mata wanita itu lalu dia menyeka dengan pantas dengan hujung bajunya.
********************************************
"Make sure semua dah packed masuk dalam bag nanti tak pasal-pasal kena patah balik ke sini. Baju kotor dah ambil? Oh your charger cik su letak tepi beg tadi, bimbang tak ingat." Kata cik su kepada Dian.
"Okay everything has double checked. No more left, so shall we?" Ucap Dian.
"Sure? Passport mana?" Soal Cik Su Madeena lagi.
"Ada ni, in my pocket heee. Mama dengan cik su ada tak passport?"
Kedua wanita itu lantas menunjukkan passport mereka dan bersedia untuk daftar keluar dari hotel sebelum menuju ke Madinah. Tak sabar rasanya Dian ingin sampai ke bumi barakah dimana tempat baginda rasulullah S.A.W. dimakamkan.
Setelah selesai urusan daftar keluar hotel mereka kemudian dibawa oleh seorang petugas hotel dengan kereta yang tersedia menuju ke lapangan terbang untuk ke Madinah Al-munawarah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang hampir lima jam pasti menyeronokkan buat Dian, cik su dan mamanya.
*****************************************
Setibanya Noah di pejabat dia terus menuju ke bilik yang telah disediakan oleh daddynya. Semua staff yang berada di dalam pejabat di aras tujuh mengucapkan selamat pagi kepadanya sebagai menghormatinya selaku Ketua Pegawai Pengurusan di syarikat tersebut (COO). Namun demikian, dia perlu bermula dari bawah untuk belajar tentang selok-belok syarikat yang diusahakan oleh daddynya demi memastikan hasil titik peluh ayahnya itu tetap gah dan maju apabila dia mengambil alih kelak.
"Assalamua'alaikum, morning Encik Noah. Just to confirm that you have an appointment regarding our new mega project with the Skyview Property at 10 a.m. and then annual meeting with our big boss at
2.00 p.m and also to go visit to the site of new branch of Sky Dalton Property as we had deal with them to collaborate with Year End Property Festival tomorrow at 10 a.m." Terang setiausaha baru Noah yang dedikasi dan komited dengan tugasnya, Siti Sherly Ong.
"Wow...what a hectic day for me today and the upcoming tomorrow! By the way who will be coming representing the Skyview Property today? Where is the venue?" Soal Noah sambil memusingkan pen yang dipegangnya di tangan.
Siti Sherly tersenyum menampakkan lesung pipitnya di pipi sebelah kanan menyerlahkan lagi keayuan gadis Cina muslim ini yang berkacukan Inggeris di sebelah bapa.
"It's Tengku Citra Tengku Maher, the COO of the company. I heard from a reliable source that she's the daughter of the CEO. So today COO meet COO okay? Well she'll be coming to our office to conduct the meeting with you."
"Okay, thanks Sherly! Is there anything more?"
"Hmm...so far that's all. All the best for the meeting later!"
Noah tersengih. Kemudian dia berkata sesuatu sebelum gadis tersebut keluar dari biliknya.
"Hmm Sherly?"
"Yes? Anything?" Sherly menoleh sambil memegang buku catatannya.
"You look stunning with beautiful baju kurung, seperti gadis melayu terakhir!" Puji Noah.
Berona merah pipi Sherly dipuji Noah sebegitu. Bertambah merah apabila kulitnya putih bersih seperti kulit orang Korea.
"Thanks, well someone special gave me as a present."
"Boyfriend?" Tebak Noah.
"No, it's my mummy." Jelas Sherly tersimpul malu.
"Cool...she must be pretty as you."
"I think so...erm if there's nothing more may I go out to continue my job?"
"Yeah sure.." Balas Noah dengan ceria.
*******************************************
Fath sedang mengemas katilnya sedang Kak Sharmaine masuk ke dalam bilik. Rajin sungguh dia mengemas bila angin rajinnya datang menguasai diri. Bila malas, apa pun malas dibuatnya. Kenal sudah adiknya yang seorang ini.
"Eh pocot, amboi masuk tak reti bagi salam ke ketuk dulu hmm? Not working today?"
"Saja ambil off nak siapkan preparation mana yang perlu disiapkan. My dear sis, will you accompany me to go to book for the wedding card please? I never argue of your taste babe !"
Fath memandang wajah kakaknya setelah dia menegangkan cadar katilnya.
"Seriously? Kad tak tempah lagi? Hmm...apa lagi yang tak tempah?"
"Baju...ikutkan hati nak pakai baju rekaan Vera Wang cause it was my dream to wear it on my big day! Tapi hmm takkan nak pergi shopping kat London semata-mata itu je kan?"
Sebut pasal London tiba-tiba Fath teringatkan akan Hakimi yang turut sama berada di bumi ratu itu. Rindunya pada sang jejaka itu, entah sihat entah tidak.
"Fath? Dengar tak apa kakak cakap ni?"
"Errr? Apa? Ala...kat KL ni pun berlambak designer yang hebat-hebat just pilih sedia duit je akak ni pun. Itu Rizalman paling top sekarang ni okay? Tak pun Melinda Looi ke or Alia Bastamam?"
"Kita survey dulu okay? Akak nak Fath jadi my wedding planner ha ha ha!"
"Mak aiii you must be kidding right? For free?"
"Ish, minta tolong sikit pun tak boleh? Ingat, you just got only one big sister ever in your life..."
Fath tergelak mendengarkan ayat-ayat 'touching' dari kakak kesayangannya itu.
"Yelah yelah...tak lama orang tu dah nak ada suami tinggallah kita terkontang-kanting kat sini. Sedihnya.. akak tak duduk sini lagi ke?"
Kak Sharmaine mengusap kepala adiknya dengan lembut dan kasih sayang.
"Insya Allah...kalau Abang Iskandar izinkan why not right? Tak pun akak pujuklah dia. Ala, Ampang dengan Damansara Heights tak adalah jauh sangat. Meh tengok sikit muka budak cenggeng ni?"
Pantas mereka berdua tergelak mendengarkan Kak Sharmaine buat jenaka di pagi hari.
******************************************
"Subhanallah...cantiknya Masjid Nabawi ini. Memukau siapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini." Kata Dian tak berkedip mata melihat masjid yang tersergam indah tidak jauh dari tempat dia berdiri.
"Kan..sungguh cantik Madinah rupanya!" Kata-kata itu laju meluncur dari mulu Puan Maria yang juga terkesima dengan keindahan bumi barakah itu.
"Okay come we perform the prayer...tak lama nak azan takut tak dapat tempat nak berada di saf hadapan." Celah Cik Su Madeena.
Tanpa berlengah mereka bertiga beriringan memasuki Masjid Nabawi yang tidak pernah lengang daripada kunjungan hamba-hambaNya yang sentiasa datang dari seluruh pelusuk dunia semata-mata hanya ingin beribadah kepadaNya.
Sekali lagi air mata Dian tumpah tersendu-sendu mendengarkan kesyahduan suara imam yang mengalunkan ayat-ayat suci Allah ketika mengimamkan mereka solat fardhu maghrib di masjid tersebut. Tanpa sengaja mindanya teringatkan Noah yang pernah mengimamkannya solat bersama mamanya ketika ikut sama beraya di rumahnya tempoh hari itu.
Malam ini mereka meluangkan masa di masjid nabi itu untuk memperbanyakkan ibadah dengan bertadarus khatam tiga puluh juzuk al-Quran sebelum selesai menunaikan umrah kali ini. Terdapat pengunjung lain yang Dian berkenalan iaitu dari Morocco, Jordan, Parsi, Palestin dan sebagainya yang turut beribadah di masjid tersebut. Islam sungguh menyatukan umat dari pelbagai bangsa dan latar belakang tanpa mengira warna kulit. Itulah salah satu tanda-tanda kekuasaanNya.
********************************************
Bunyi ketukkan dari luar bilik Noah membuatnya terhenti daripada menaip di papan kekunci seketika.
"Yes come in!" Katanya sambil mata masih tertatap pada skrin komputernya.
"Hi, sorry for disturbing..just to inform that Tengku Citra has arrived and now she's waiting you in the meeting room."
"Alright, Oh please make two cup of tea for us ya Sherly thanks!" Ucap Noah lalu berkemas-kemas untuk membawa segala dokumen yang diperlukan untuk dibawa semasa berbincang dengan wakil dari Skyview Property.
Kemudian kakinya pantas melangkah menuju ke bilik mesyuarat yang dikhaskan bagi tetamu penting yang datang untuk perbincangan.
"Hi, assalamu'alaikum Tengku Citra. I'm Noah Ismail Wong COO of the company." Ucap Noah sekadar berbasa -basi dengan wakil syarikat tersebut. Dia tidak bersalam dengan wanita tersebut kerana menjaga batas-batas pergaulan dengan kaun bukan muhrim.
Tengku Citra bangun dari kerusi yang didudukinya sebagai tanda hormat sebelum memperkenalkan setiausahanya Katrina yang manis berbaju kurung dan bertudung tetapi masih mengikuti era fesyen terkini.
"Wa'alaikumusalam yes I know through your P.A just now. By the way, this is Katrina my personal assistant (P.A). Nice to meet you..." Kata Tengku Citra dengan penuh berkarisma.
"Yeah thank you for willing to join venture with our company for the new project. Indeed you are really welcomed to collaborate with us. If not mistaken, this your third collaboration with us right Tengku?"
Tengku Citra tersenyum terasa ganjil dipanggil sebegitu oleh Noah. Biasanya orang yang rapat disekelilingnya memanggilnya dengan panggilan 'Citra' sahaja dan dia sangat mengalukan Noah untuk memanggilnya begitu biarpun mereka baru berkenalan.
"Citra. Just call me Citra...tak perlu ber'tengku'-'tengku' saya tak biasa."
"Sorry Tengku..eh Citra." Noah tersasul lantas membuatkan Tengku Citra dan Katrina tergelak kecil.
"Alright...shall we start the discussion?" Ujar Noah tidak gemar membuang masa.
"Yes sure..we discuss about the proposal that have been discussed before that have been accepted by the client before proceed with the price of each unit of the condominium."
Begitu khusyuk mereka menjalani perbincangan tentang projek baru yang akan dijalankan bersama antara gabungan dua syarikat yang gah namun sesekali mata Tengku Citra asyik mencuri pandang ke arah Noah yang sedang menjelaskan beberapa perkara tentang perbincangan mereka. Bukannya Noah tak perasan tapi malas dia nak melayan renungan mata Tengku Citra itu bimbang lain pulak jadinya.
"Isn't it too high the price for one unit of the condo? Seven hundred thousands and seven hundred twenty-three is that including the charge of the lawyer and the CF or other things that should be included?"
"Yes it is, but this is just the rough calculation until the construction finished by mid of the next year." Terang Noah.
Tengku Citra mengangguk akur dengan harga tersebut walaupun baginya sedikit tinggi namun tidak dinafikan bahawa kos untuk membina sebuah kondominium sudah standard dengan harganya yang makan lebih daripada setengah juta malah ada yang lebih daripada itu. Sesuai dengan jenis pembinaan hartanah yang mereka jalankan iaitu yang bernilai ratusan juta dan bukan calang-calang syarikat yang sanggup mengambil risiko untuk mendapatkan tender dari luar negara dan pelabur asing seperti Australia, London dan China.
*******************************************
Dian dan mamanya dibawa oleh Cik Su Madeena menziarahi makam baginda rasulullah yang terletak di raudhah. Dian mengucapkan salam kepada baginda setibanya dia di makam tersebut dan turut menyampaikan salam Noah dan Fath yang mengirimkan salam mereka buat baginda.
Kemudian, mereka melawat beberapa tempat dan membeli beberapa jenis barang yang hanya ada dijual di bumi barakah ini atau yang sememangnya khas dibuat atau ada disini seperti kurma, kekacang, kismis dan sebagainya. Dian juga turut memberli kurma dan kismis serta air zam-zam yang dikirim oleh Fath dan tidak lupa untuk diberikan kepada keluarga Noah sebagai ole-ole dari Madinah.
"Meena sini kejap sayang...cantik tak?" Tanya cik su padanya sambil memegang sebuah abaya atau jubah yang dijahit dan terkenal di bumi Arab ini.
"Cantiknya! Simple but elegant...cik su nak beli untuk cik su ke?"
Tanpa berlengah Puan Madeena meletakkan abaya tersebut pada tubuh Dian kira-kira untuk mengukur sama ada padan atau tidak dengan saiz badan Dian yang sederhana tinggi itu.
"Untuk buah hati cik su yang cun nilah...cik su nak beli buat apa dah banyak penuh satu almari abaya."
Dian tergelak melihat telatah Cik Su Madeena yang rambang mata untuk membelikan abaya buatnya. Mujur tidak satu kedai dia borong untuk Dian.
"Tiga untuk Meena, tiga lagi untuk mama okay?"
"Banyaknya! Meena jarang pakai jubah dekat Malaysia kan panas, Meena prefer pakai seluar la cik su."
"Tak apa, pakai je bila cuaca sejuk ke atau suka hati Meena la cik su nak belikan je ha ha ha!"
"Ish, belikan untuk Fath dengan Noah sekali cik su. Cik su kan pemurah gitu.." Pancing Dian pada cik sunya.
"Nak pilihlah ni satu untuk dia orang..ha ni okay tak? Padan tak dengan Fath? Dia tu tinggi sikit dari Meena kan? So, ambil saiz M okay? Untuk Noah cik su belikan jubah tu ada dekat kaunter."
"Wah ekspres! Dah siap pilih untuk Noah?"
"Eh mestilah bakal calon menantu anak saudara cik su harus diutamakan dulu."
Dian tergelak melihat telatah cik sunya yang 'carefree' dan tidak kisah untuk berbelanja untuk orang lain kerana itu sudah sebati dalam dirinya suka memberi daripada tidak menghulurkan apa-apa dan dia langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pemberiannya itu.
"Thanks my lovely cik su! Nanti belikan lagi ya heee..."
"Insya Allah..ok jom kita bayar dulu."
***********************************************
Usai menjalani sesi perbincangan berkenaan projek yang bakal syarikat Tengku Citra dan syarikat Noah usahakan bersama, mereka keluar bertiga beserta setiausaha Tengku Citra, Katrina untuk minum di kafe berhampiran bangunan syarikat Noah itu.
Atas pujukan dan desakan Tengku Citra, terpaksa Noah mengalah dan akur untuk minum bersama mengisi haus di tekak. Nasib ada sekali setiausahanya kalau tidak jangan harap Noah akan akur senang-senang untuk keluar dengan anak dara Tengku Maher yang boleh tahan juga rupa parasnya.
"Saya tak boleh lama nak kena ambil sepupu saya dekat sekolah pukul satu ni." Jujur Noah pada Tengku Citra.
"Oh..darjah berapa?" Soal wanita itu tertarik barangkali.
"Satu. Lepas tu kena hantar kat rumah my mom untuk makan tengah hari sebelum petang ayah dia jemput."
"I see.. okay saya pun tak boleh lama ada urusan lain lepas ni. Come you order first, tea or coffee?"
"Caramel latte for one please." Tutur Noah pada pelayan yang mengambil pesanan mereka.
Rindunya pada gadis bernama Dian Ameena membuatkan dia memesan air kopi kegemaran gadis itu. Hampir seminggu lebih mereka tidak berhubung dan Noah tidak mahu untuk mengganggu Dian beribadah di sana. Biar tunggu gadis manis itu selesai pulang ke sini. Biarlah dipendam rindu ini seketika.
"So, next week we will be having another meeting with the contractor involved and the architect for the construction.The place is gonna be in Hilton if there is no change and yet to be confirm by this Thursday."
"Oh ya I have well informed about that and Dato Ezuan pun akan ada sama masa meeting tu nanti."
"You means you dad?"
"Yeah, time kerja it is a must to call him by title and his position. Formality is necessary during office hour." Kata Noah selamba.
"Hmm...what a nice and good son he has!" Jujur Tengku Citra.
Noah sekadar tersenyum dan meneguk caramel latte yang dipesannya.
***********************************
Sejurus Noah beredar dari kafe dimana mereka minum bersama sebentar tadi, Tengku Citra dan setiausahanya, Katrina masih di kafe tersebut, berbual-bual kosong sebelum pulang ke Skyview Property di Glenmarie.
"I can see it...you had a crush on him hmm?" Kata Katrina tersenyum penuh makna pada Tengku Citra.
Tengku Citra tertunduk malu dan dia akur bahawa dia senang dan selesa bekerjasama dengan Noah walaupun baru pertama kali mengenali anak teruna Dato Ezuan Wong itu.
"I just...I don't know Kat, maybe I love his charisma and attitude."
"He's such drop dead gorgeous right? Lelaki idaman Malaya..." Celah Katrina turut bersetuju tentang Noah.
"But..I think I need to know him more and more better.
"Cinta berputik kembali nampak. I just will support and guide you Citra, and please be extra careful this time and don't ever hurt yourself again like last time." Tutur Katrina tenang mengingatkan Tengku Citra.
Air muka Tengku Citra sedikit berubah ketika Katrina menyebutkan ayat-ayat tersebut secara tak langsung mengingatkannya akan kisah dahulunya yang perit dan menyakitkan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu akannya dan biarlah disimpan rapi dalam pengetahuan dia dan tak perlu diheboh satu dunia. Kini dia sudah buka buku baru dan ingin melupakan segala yang dahulu.
"Saya cuma tak sanggup lihat Citra disakiti dan menangis lagi. I am so sorry...." Ujar Katrina sambil memegang tangan Tengku Citra memberi kekuatan pada wanita berusia dua puluh enam tahun itu.
"Thanks for your concern. I've turned over new leaf now..." Kata Tengku Citra sambil mengambil nafas dalam sebelum menghembuskannya.
"That's good, I cannot bear seeing my boss crying and being hurt anymore." Tambah Katrina lagi.
Tengku Citra hanya tersenyum dan dia tahu setiausahanya itu mengambil berat akan dirinya. Sebab itu dia sayang untuk lepaskan Katrina ke London untuk sambung masters dan kehilangan seorang setiausaha yang komited dan boleh dikongsi cerita peribadi ketika dia memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Oleh sebab itulah juga, sampai sekarang hampir lima tahun Katrina masih setia berkerja dengan Skyview Property sebagai setiausaha Tengku Citra.
No comments:
Post a Comment