Sunday 27 September 2015

The Healing Love - Part 52



      Setelah berada beberapa ketika di atas pelamin untuk diraikan kedua mempelai, Dian dan Noah turun dari atas pentas diapit kedua-dua pengapit untuk makan beradab di meja yang telah disediakan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

      Disaat Dian mula berdiri bersiap untuk melangkah menuju ke meja makan, Noah pantas menggenggam tangannya. Bagaikan tehenti seketika degupan jantung Dian tatkala tangannya dan tangan Noah bersatu erat.
Naik merah mukanya menahan malu. Dia dah jadi suami aku kot! Getus hati Dian cuba kawal perasaan.

"Come..sayang!" Ujar Noah separuh berbisik di telinga Dian.

Erk! Ya Allah..oh hati be strong! Omel Dian di dalam hatinya menahan debar.

         Sementara itu pasangan sama padan sama cantik itu tidak lepas dari mendapat perhatian para tetamu yang hadir pada majlis resepsi tersebut. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dengan apa yang dirasakan oleh Dian sekarang. Bagaikan mimpi yang diimpikan sejak kecil lagi. Sungguh dia tidak sangka jodohnya sampai ketika diusia dua puluh tiga tahun bersama suaminya, Noah yang tidak jemu untuk memikat hatinya.

          Tiba-tiba terasa tangannya dipegang lembut oleh Noah sekali lagi sedang menyuakan ayam panggang dengan menggunakan garpu. Mata Noah penuh bersinar tatkala tepat memandang ke dalam anak mata Dian.
Setelah beberapa ketika barulah Dian terasa baru berpijak di bumi nyata lalu membuka mulutnya dan membiarkan Noah menyuapkan sempena simbolik makan beradab. Kemudian gilirannya pula menyuapkan makanan kepada Noah. Kau kena biasakan diri dengan semua ni Dian...ya kau mesti boleh haihhh. Omel Dian dengan penuh debar di dada.


                                         ********************************************

    Tuhan saja yang tahu betapa sengal satu badan pada hari ini. Dari siang sampai ke malam tidak berhenti sehinggalah majlis resepsi disebelah pihak perempuan selesai. Barulah pasangan pengantin baru ini boleh menarik nafas lega dan berehat melepaskan lelah kepenatan mereka. Naik kejang kaki dan otot di pipi. Mana tidaknya kerja mereka hanya senyum sehabis manis semasa majlis resepsi.

     Ya Allah..rasa macam nak percaya aku dah kahwin. Ya Allah ya rahman ya rahim kau lindungi dan selamatkanlah aku. Bisik Dian kepada dirinya sendiri setelah membersihkan diri di bilik mandi. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali untuk menenangkan diri sendiri. Kini hanya tinggal mereka berdua suami isteri di suite eksekutif tempahan khas buat mereka di St.Giles The Garden.

    Pintu bilik air dibuka perlahan-lahan dan berhati-hati. Dian cuba untuk berlagak tenang. Padahal dalam hati bagai nak gila detaknya. Mana dia ni? Takkan ghaib kot? Omel Dian di dalam hati.

"Ehem..."

Pantas Dian berpaling dengan terkejut kearah suara tersebut. Beberapa inci lagi mereka hampir berlaga. Kalau tidak...hoi Dian apa kau merepek ni! Dan Noah masih boleh berlagak tenang.

"Errr..." Dian cuba untuk berkata-kata namun bagaikan kerongkong tersekat-sekat.

Noah tersenyum tunduk menampakkan segaris senyuman paling manis yang pernah lelaki ini miliki. Itulah secara tak langsung membuat Dian tertarik dengan suami yang baru dinikahinya itu.

"Kenapa sayang?" Dengan lancar dan secara semulajadi perkataan 'sayang' meluncur laju dari mulut Noah membuatkan Dian meremang malu.

Noah lantas memegang dagu Dian dengan lembut mendapatkan isterinya dan pandangan mereka menjadi satu. Disaat ini bagaikan waktu sedang berhenti berdetik, jantung berhenti berdegup dan hanya degupan jantung antara mereka dapat didengari.

"Sayang..boleh Noah panggil Dian..sayang?"

Dian memandang Noah tanpa memberi jawapan. Sesaat kemudian, dia tersenyum lalu menjawab
"You had called it before asked me so..yeah sure."

Noah mencapai kedua tangan Dian lantas dikucup lembut tangan isteri yang telah lama mencuri hatinya itu.
"Thank you...for willing to be the queen of my heart. Thank you.." Perlahan Noah mengungkapkan rasa terima kasih namun cukup jelas di pendengaran Dian kerana mereka dalam keadaan jarak yang sangat rapat.

"Sayang?"

"Dian?

Sudah. Apa dah jadi dengan isteri aku ni? Takkan malam pertama dah kejung kot? Noah membuat andaian sendiri masih sempat berjenaka dengan diri sendiri.

"Errr..err Dian cuma penat hah ya penat."

Noah senyum herot dan membalas "Ya Noah pun penat, jom kita tidur. Esok banyak agenda yang nak dilunaskan. Minggu depan resepsi di KL pulak and then a great escape to Europe!"

Dian turut tersenyum. Tidak sangka bahawa keluarga mertuanya menghadiahkan mereka pakej percutian bulan madu ke Eropah semuanya ditanggung cuma bawa badan saja.

"Okay jom tidur!" Kata Noah lagi sambil memegang tangan Dian.

"Err Noah...terima kasih..sebab sudi terima Dian sebagai isteri Noah."

"Itu je?"

Dian memandang hairan dengan Noah. Apa maksudnya?

"Sama-sama kasih sayang...you are now under my responsibility and in shaa Allah I'll try my best to be a good husband and leader to our future kids. Kita sama-sama bina bahagia bersama dengan bersandarkan cinta kepadaNya Yang Maha Pencinta. Till death do us apart okay?"

Rasa damai dan sejuk hati Dian mendengar kata-kata yang menyenangkan dari suaminya ini. Ya in shaa Allah arjunaku.

                                           ***************************************


       Satu per satu gambar di kamera digital yang penuh dengan rakaman dan gambar pada majlis pernikahan dan resepsi Dian Ameena, satu-satunya anak saudara perempuan yang Puan Madeena miliki. Suatu perasaan yang sukar diluahkan ketika Dian sah bergelar isteri kepada Noah semalam. Sungguh dia masih rasa tidak puas untuk meluangkan masa bersama dengan Dian bagi menggantikan setiap detik yang dia dan anak buahnya itu terlepas selama hampir empat belas tahun lamanya.

 "Ibu?" Sapa Encik Maliq, suami Puan Madeena yang baru masuk ke dalam bilik.

Menyedari kehadiran suaminya di dalam bilik terus diseka air matanya yang menitis di pipi dengan hujung bajunya.

"Kita dah jumpa dengan dia pun dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya kita dah tunaikan hasrat arwah mak kan?" Ujar Encik Maliq melabuhkan duduk disebelah isterinya.

"Rasa masih belum puas bersama dengan dia bang..luangkan masa yang dah terbazir selama empat belas tahun. Empat belas tahun bang...bukannya sekejap." Puan Madeena meluahkan rasa sebaknya sedikit demi sedikit.

    Encik Maliq menggosok belakang isterinya bagi menenangkan segala keresahan yang melanda. Walaupun Dian Ameena hanya anak saudara kepada isterinya namun sejak hari pertama Dian dilahirkan, mereka telah menyayangi dan menganggap Dian sebagai anak mereka sendiri. Ketika itu Saiful dan Hakimi masih tiada lagi. Dia juga berasa kesal kerana harus terpisah dengan Dian yang baru berusia lima tahun disaat Puan Maria bertindak untuk keluar dari rumah. Sejak itu pelbagai kemungkinan mereka risaukan adakah Dian akan langsung terus melupakan mereka dan diracuni fikirannya untuk membenci mereka termasuk arwah neneknya sendiri.

     Namun sangkaan itu meleset sama sekali. Dian tidak pernah sesekali melupakan ahli keluarganya dan dia masih ingat sehingga sekarang. Itulah perkara paling menggembirakan Puan Madeena dan Encik Maliq setelah mereka bertemu kembali setelah terpisah sekian lama. Jika arwah nenek Dian masih ada, pasti dia akan gembira dan menjadi orang yang paling gembira sekali di atas muka bumi ini.

                                         *****************************************

       Wajah polos dan menenangkan ditatap lama dan puas oleh Noah cukup menyejukkan hatinya setiap kali melihatnya. Bunyi nafas  tidur cukup menggambarkan betapa letihnya isterinya ini tidak sanggup untuk dia mengejutkannya untuk bangun menunaikan solat subuh berjemaah buat pertama kali setelah mereka bergelar suami isteri.

"Sayang...bangun solat." Ucap Noah dengan lembut.

"Hmm..?"

"Bangun...subuh..."

"Hah?! Pukul berapa dah? Dah lambat nak pergi kelas!" Dian bingkas bangun

Noah tergelak kecil melihat gelagat Dian. Geli hati.

"Kelas? Sayang kan dah grad?"

"Huh?" Dian terpana seketika dan keliru cuba 'memprogram' otaknya.

"Itulah semalam tidur mesti tak cuci kaki. Dah pergi ambil wudhuk kita solat sama-sama. Cepat." Suruh Noah dalam menahan tawa.

Akhirnya Dian bangun lalu menuju ke bilik air dan berwudhuk. Malu menyerbu dirinya rasa nak masuk bawah katil apabila mamai di pagi subuh di hadapan Noah, suami yang baru dinikahinya tak sampai 24jam.


Friday 11 September 2015

The Healing Love - Part 51



        Dua hari menjelang pernikahan antara Dian Ameena dan Noah Ismail Wong dan segala perancangan berjalan dengan lancar sekali kerana dibantu oleh pelbagai pihak termasuk sahabat-sahabat Puan Maria.
Debaran kian terasa terutama bakal pengantin yang akan bertukar status kelak dalam masa empat puluh lapan jam lagi.

"Meena..." Panggil Puan Maria setelah menguak sedikit pintu bilik anak daranya itu sebelum melangkah masuk menghampiri Dian yang sedang duduk di atas katil.

Diusap dengan kasih rambut Dian yang panjang mengurai sampai ke bahu. Senyuman dihadiahkan buat anak gadis kesayangannya itu.

"Entah masa manalah besar anak mama sorang ni. Tengok-tengok dah nak kahwin..."

"Kan..Meena pun tak sedar bila masa Meena besar."

Kedua anak beranak itu masing-masing diulit rasa sebak dan sayu. Perasaan yang sukar digambarkan, bercampur-baur.


Puan Maria mengelus lembut kedua tangan Dian sebelum meneruskan katanya

"Meena nanti dah jadi isteri Noah, patuh pada suami ya sayang. Layan dan jaga suami dengan penuh rasa kasih dan cinta seikhlas dari hati Meena...lepas ni Meena bukan lagi bawah tanggungjawab mama dan abah. Syurga Meena akan jatuh di bawah tapak kaki suami Meena, Noah. Mama hanya boleh doakan kebahagiaan anak dan menantu mama."

Puan Maria menahan air jernih daripada jatuh menitis. Dadanya sebak bergelora.

"Mama..insya Allah Meena akan cuba buat yang terbaik Meena untuk jadi seorang isteri yang baik dan solehah. Walaupun lepas ni Meena bukan lagi bawah tanggungan dan tanggungjawab mama...tapi I'm still your baby mama..sobs sobs! Mama adalah nyawa Meena dan tulang belakang Meena sampai bila-bila. Meena sayang mama sampai infiniti!" Dian meluahkan isi hatinya dengan nada kendur lalu memeluk erat Puan Maria dengan syahdu sekali.

"Lah ni kenapa sedih-sedih? Sepatutnya kita semua happy sebab nak dapat menantu hengseng lagi dua hari. Ini tak..sedih dan dramatis pula!" Muncul Puan Madeena, cik su kesayangan di sebalik pintu bilik.

Dian dan Puan Maria mengesat air mata yang jatuh di pipi. Kantoi!

Mereka akhirnya tertawa sama-sama.


                               ****************************************************

        Dian sedang dipakaikan inai oleh Cik Su Madeena pada malam ini. Lega hatinya kini kerana semua hajatnya yang diingini terkabul sebelum dia mendirikan rumah tangga. Inilah saat atau momen yang paling dia tunggukan selama ini. Semua sudah bersatu dan berkasih sayang seperti dulu-dulu. Semua ini tak akan terjadi kalau bukan atas pertolongan Fath dan Noah juga dan termasuk Cik Jue, mak su Fath. Dian tersenyum sendirian.

"Haih! Senyum sorang-sorang ni..dah tak sabar nak kahwin la tu!" Ucap Cik Su Madeena.

"Eh mana adalah cik su ni. Dah siap ke ni? Lenguh dah tangan Meena ni.." Keluh Dian.

"Sabar...sikit je lagi."

"Dian!!! Oh my god...makin berserinya kau sejak nak kahwin ni beb!" Muncul Fath dari luar rumah.

"Aku ingat kau tak jadi nak datang dah tadi huh! Bikin cuak je.."

"Alololo sorry la darling...KL stuck macam biasa jammed gila. Kan orang balik pejabat. So semua dah siap? Ada apa-apa nak tolong?"

"Hmm..tak ada apa kot. Semua dah dibereskan. Jom pakai inai sekali beb!"

"What? Kang tak pasal-pasal orang bash aku kata kahwin ha ha ha."

"Kalau Fath nak, cik su boleh pakaikan. Banyak lagi ni inainya.."

"Jomlah Fath! Ala..biarlah mulut orang bukan boleh tutup pun. Tak semestinya kau berinai bermakna kau dah kahwin. Tapi bagus jugak orang ingat macam tu tak adalah kau kena kacau heee!"

Akhirnya Fath mengalah dan membiarkan jari tangannya dilukis dan 'diconteng' dan dipakaikan inai oleh Cik Su Madeena.


                                        **********************************

Teringat selalu wajah kekasihku
Saaku menuai lagu
Cuba engkau dengarkan
Kutuaikan nada lirik lagu sederhana
Kuceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku
Bila engkau rapuh
Saat kau mula terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu

Ini syurga kita
Tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertakhta

Tenang sayang
Ku pasti akan datang
Yakinlah aku datang menjemputmu
Jangan menangis
Hapus air matamu
Yakinlahku tetap milikmu

Tenang sayang
Kutepati janjiku
Kerna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku
Matilah dipelukanku
Biar seluruh jagat raya tahu

        Bukan sahaja Dian yang merasa debaran malah bakal pengantin lelaki turut dilanda keresahan. Apatah lagi Noah yang akan menghadap tok kadi untuk melafazkan akad dan nikah nanti. Untuk mententeramkan hati dan jiwa, gitar dipetik dan dia bernyanyi dengan sepuas hatinya.

       Satu per satu tergambar di fikirannya akan setiap episod kehidupan yang telah mereka sama-sama lalui sehingga sampai ke peringkat ini. Segala usaha yang dilakukan demi memenangi seorang Dian Ameena yang telah mencuri hatinya ini sejak kali pertama mereka bertemu.

      Dari keindahan sepasang mata gadis itu, bagaikan ada suatu misteri yang disembunyikan. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dan lebih memilih untuk memendamkannya daripada dicanang satu dunia. Itulah yang Noah dapat ekpresikan tatkala dia perhatikan gadis ayu bernama Dian Ameena pada suatu ketika dahulu.


"Tak ada tempat lain ke nak duduk? Situ...kan boleh duduk juga!" Dian membentak dan berpaling sedikit dari duduknya.

Noah tersenyum tapi sedikit pun tidak berkecil hati.

"Salah ke kalau nak duduk sini? Tak ada pun tulis nama kau kat sini?"

Dian mendengus kecil. Menjeling tajam ke arah lelaki yang asyik mendekatinya itu sejak dia masuk kelab drama dua minggu yang lepas.

"Okay tak ni? Any problem here in university? Maybe I can help?" Tanya Noah cuba menggali jawapan disebalik raut wajah yang tak ceria Dian.

"Menyibuk je!"

"Orang tua-tua kata berkawan biar beribu...bercinta biarlah satu. Aku cuma concern manalah tahu junior aku ada masalah kat sini bolehlah aku tolong mana yang mampu."

"Tak ada apa-apa."

"Ye ke ni? Habis kenapa muka cemberut macam terlebih cuka ni? Kalau ada apa-apa jangan dipendam sorang..cuba luahkan atau kongsi dengan orang yang kau rasa boleh percaya. Kalau tak sampai satu tahap bommm! Meletup."

"Ke homesick ni?" Sambung Noah setelah gadis itu masih sepi tanpa kata.

    Belum apa-apa, Dian dah bangun dari duduk di bangku kayu di hadapan taman kolej untuk beredar dari situ.

"Eh nak pergi mana tu? Tunggu nak ikut!" Laung Noah bersama sebuah senyuman manis di bibirnya.

         Gadis itu tidak pernah gagal dalam membuatnya senyum sehingga sekarang. Bukan sekali malah berkali-kali dia cuba untuk rapat dan mengenali lebih dalam dengan pelajar dari Fakulti Komunikasi itu. Mujur kerana kelab drama mereka akhirnya menjadi rapat hari demi hari.

"Haih! Bukan main lagi senyum dia...Naz dah duduk sini dekat sepuluh minit tak habis lagi senyum! Ini parah ni..mesti penangan Dian Ameena."

Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tertunduk.

"Cinta Naz..satu anugerah dari Dia yang datang tak diduga pergi pula tak disangka."

"Poem Shakespears eh?" Naz berlawak.

"Naz dengan adik dah cuba baju untuk majlis along nanti? Amacam?"

"Cantik! Just nice...along, nervous tak nak salam tok kadi lusa?"

"Boleh tahan cuak jugaklah ha ha ha. Basically, susah nak explain kau tunggulah bila turn kau Naz."

Naz telan liur dalam mempamerkan riak wajah yang manis dihadapan abangnya itu.


                                     *****************************************

        Hari yang dinanti-nantikan kini akhirnya tiba jua. Mengambil berkat penghulu segala hari yakni Jumaat untuk melangsungkan akad dan nikah serta majlis resepsi di sebelah keluarga pengantin perempuan.
Satu dewan hotel penuh dan meriah dengan kehadiran para tetamu undangan.
   
       Dian kini berada di bilik yang ditempah khas di tingkat tujuh hotel berkenaan untuk bersiap sebelum dibawa turun untuk majlis akad nikah selepas maghrib nanti. Fath sentiasa ada disisinya ketika saat yang dia perlukan seseorang untuk menenangkan dan memberi kata-kata perangsang.

"Pengantin perempuannya...dah siap? Tok kadi dengan pengantin lelaki dan keluarga dah sampai."

    Bagaikan berhenti seketika degup jantung Dian mendengarkan ayat-ayat dari mulut Mak Cik Normah, sepupu mama sebelah arwah nenek.

"Ingat aku pesan apa? Selawat banya-banyak..." Ujar Fath tenang.

Dian menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali.

Fath meletakkan mahkota di atas kepala Dian beralaskan selendang putih yang menutupi kepala sahabatnya itu sebagai persiapan terakhir.

"Beb, kau cun sangat malam ni! Rasa macam tak sabar pulak aku nak kahwin heeee!"

Dian tersenyum cuba berlagak tenang dalam sepasang baju pengatin putih rekaan khas untuknya.

"Semoga kau dengan Hakimi cepat-cepat ke jinjang pelamin....lepas ni giliran aku makan nasi minyak kau."

"Amin....makbul doa kau Dian."

"Apa-apa pun lepas ni, walaupun kau dah jadi isteri orang...kita tetap kawan,sahabat, hunny bunny bestfriend  okay? Aku sayang kau Dian...lillah ta'ala!"

"Insya Allah...dah kau jangan nak buat hal nak emo time aku dah siap cun melecun ni!"

Mereka akhirnya ketawa dan secara tak sedar debar di dada Dian kian surut.


                                                 ***********************************

         Kesejukan penghawa dingin yang mengisi ruang ballroom Hotel St.Gills The Garden tidak terasa kini dek kerana kehangatan debaran yang menguasai dirinya disaat ini. Dari jauh di tengah sudut bakal suami yang akan berjabat tangan dengan tok kadi dalam bila-bila masa dari sekarang.

Wajah mama, Cik Su Madeena, umi Noah dan Fath bersilih ganti dilihatnya. Semuanya nampak tenang dan gembira untuk majlis ini. Semua mata kini tertumpu kearahnya dan Noah di tengah-tengah sudut yang dihias seperti singgah sana kecil untuk melakukan akad nikah.

"Noah Ismail Bin Razuan Wong..." Seru tok kadi yang berumur dalam lingkungan lima puluhan.

"Saya."

Dian telan liur dan cuba mengawal perasaannya.

"Aku nikahkan dikau berwakil wali akan aku dengan Dian Ameena Binti Daud dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai...." Ucap tok kadi tersebut.

"Aku terima nikahnya Dian Ameena Binti Daud dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai..." Noah melafazkan dengan tenang sambil berjabat tangan dengan tok kadi.

Sesaat kemudian...terdengar tok kadi dan para saksi mengucapkan "Alhamdulillah..." sambil meraut muka termasuk Noah.

"Tahniah beb! Dah sah!!!" Kedengaran Fath membisikkan di telinga Dian.

     Bagaikan sepintas kilat semuanya berlaku dan kini Dian Ameena telah pun bergelar isteri yang sah kepada Noah. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Puan Maria dipeluknya erat kemudian diikuti Puan Madeena, ciksunya.

    Kelihatan Noah, suaminya datang menghampiri lalu duduk melutut untuk sesi menyarungkan cincin pernikahan mereka. Tetamu yang hadir kini meghurungi singgah sana bagi menyaksikan dengan lebih dekat sesi tersebut sekaligus untuk merakamkan gambar pernikahan Dian dan Noah.

"Nanti jangan lupa cium tangan suami Meena.." Bisik Puan Madeena di telinga untuk mengingatkan anak saudaranya itu.

Kini barulah empat mata tepat memandang antara satu sama lain setelah lafaz akad dan nikah diucap Noah. Bagaikan terpaku dengan kejelitaan Dian Ameena yang sudah pun bergelar suri hidupnya kini. Debaran di dada kian terasa bagaikan nak tercabut. Hebat sungguh panahan cinta ini!

   Puan Nasha Emily setia memegang sebuah kotak baldu berisi sebentuk cincin emas yang disuakan kepada Noah. Naik lenguh pun ada.

"Along..tunggu apa lagi? Sarunglah cincin tu pada Kak Dian..." Tegur Nazman, adik lelaki Noah.

Terus mati lamunannya dan mengambil sebentuk cincin yang ditempah khas berukir namanya dan Dian di situ  untuk disarungkan kepada isterinya yang baru dinikahi.

  Lampu-lampu 'flash' dari kamera berkelip-kelap di sekeliling kedua pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ini demi merakam momen-momen indah mereka pada malam ini.

   Ya Allah..tolonglah tenangkan hatiku ini ya Allah. Omel Dian ketika matanya tepat memandang ke dalam mata suaminya yang bernama Noah itu. Segaknya suamiku malam ni! Hengsengnya...ah cair!

"Beb..hulurlah tangan kau nak sarung cincin tu!" Bisikkan Fath mematikan lamunan Dian yang terpukau dengan ketampanan suaminya yang baru dinikahi tak sampai satu jam.

     Mahu terloncat keluar jantungnya disaat dikucupnya tangan Noah, yang kini sudah bergelar suami kepadanya yang bakal mengetuai rumah tangga mereka selepas ini. Mungkin kerana ini kali pertama mereka bersentuhan. Tak keruan hati dibuatnya!



                                             ************************************
  
        Sebelum Dian dan Noah disanding ke atas pelamin yang tersiap hias dengan cantik oleh perancang perkahwinan, mereka terlebih dahulu menukar persalinan yang telah tersedia. Akhirnya, Noah bisa menarik nafas lega. Yang wajib sudah dilaksanakan dan kini Dian Ameena adalah tanggungjawabnya yang perlu dijaga sebaik mungkin.

       Adam yang dipertanggungjawab untuk menjadi pengapitnya sedang ligat merapikan sampin yang terletak di badannya. Tajak di kepala diletakkan membuatkan dirinya tampil segak lagi bergaya.

"You look great bro! Too handsome to handle..." Puji Adam yang turut tampil ranggi berbaju melayu berwarna 'maroon' secocok dengan Fath sebagai pasangan pengapitnya pada malam ini.

Noah hanya tergelak kecil. "Alhamdulillah..thanks to you too bro for lending the hands for this event. I owe you a cup of coffee."

"Ceh a cup of coffee je? Seems not worth enough lol!"

"Yelah..tunggu selesai semua ni nanti adalah ganjaran baik punya khas untuk kau. No worries!"

"You got me kidding well..cukup kau doakan aku dengan Tengku Citra dipermudahkan segalanya untuk majlis kita orang pulak." Pinta Adam dengan tulus.

Noah meletakkan tangannya di pundak sahabatnya itu.

"You guys are always in my prayers. Insya Allah...aku doakan korang cepat bertunang dan langsungkan hari besarnya tiga bulan dari sekarang." Ujar Noah bersama sebuah senyuman kepada Adam.

"Okay..pengantin perempuan dah siap. Come! Don't make the guests waiting..." Tiba-tiba muncul perancang perkahwinan muncul disebalik pintu bilik suite yang menempatkan pengantin lelaki.

 Tanpa berlengah mereka beredar dan bersiap untuk turun ke ballroom hotel untuk diarak masuk hingga ke pelamin yang tersergam indah hasil ilham perancang perkahwinan yang terkemuka Redzuwan Ismail.

Friday 4 September 2015

The Healing Love - Part 50


        Puan Maria duduk beralaskan tikar kecil yang dibawanya. Ditangannya terdapat sebuah surah yassin untuk disedekahkan buat allahyarham Marhani Binti Ismail, ibu kandung yang melahirkan dan membesarkannya selama ini. Rindu yang meyelubungi dirinya tidak dapat lagi dibendung lantas menitiskan air mata yang tak tertahan. Puan Madeena menggosok lembut belakang kakaknya turut sayu.

"Assalamua'laikum mak...Maria datang melawat mak ni..Maria bukan datang seorang tapi dengan Madeena."

Air mata kini deras mengalir membasahi pipi Puan Maria.

"Mak...kalau mak masih ada sekarang ni mesti mak gembira sebab keluarga kita dah bersatu semula. Alhamdulillah..Meena dengan kakak dah berbaik. Setelah tiga belas tahun...akhirnya dengan izin Allah Yang Maha Mengumpulkan..." Puan Madeena teresak-esak diulit rasa sayu.

"Maria minta maaf mak untuk apa yang telah berlaku selama ni. Maria ikut kata hati Maria dan pentingkan diri sendiri. Ampunkan Maria mak..."

"Kak, mak sebenarnya dah lama maafkan kakak. Cuma mak sedih dengan keputusan yang telah kakak buat. Tapi dia tak pernah putus asa untuk mencari anak dan cucunya yang dia rindu bagai nak gila."

Puan Maria membelai batu nisan tertulis nama ibu kandungnya itu dengan bercampur baur perasaan sebak dan terharu.


"Walaupun mak dah tak ada lagi di dunia ini, tapi mak sentiasa ada di hati kita semua. Insya Allah dia sedang aman di dunia sana sambil melihat kita di sini kak. Kita sebagai anak, perlu sentiasa ingatnya dalam doa dan sedekahkan Al-Fatihah padanya. Segala amal kebaikan yang kita lakukan kita niatkan untuknya."

      Puan Maria mengangguk perlahan. Untuk menyesali apa yang telah terjadi sudah tiada gunanya dan apa yang penting sekarang dan yang akan datang. Kesilapan yang lalu jangan sesekali diulangi dan dijadikan satu iktibar dan pengajaran. Redha kedua orang tua itu amat penting dalam melakukan setiap perkara. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

                                   
                                        *****************************************

       Tempoh masa dua hari sudah berlalu dan hari ini Adam akan berlepas pulang ke London dengan menaiki Emirates. Sehingga sekarang dia masih belum menerima jawapan dari Tengku Citra. Dua hari ini juga dia langsung tidak berhubung dan berjumpa dengan wanita itu bagi memberi ruang untuk memikirkan akan lamarannya itu.

     Pengumuman panggilan untuk berlepas sudah pun bergema di KLIA namun kelibat Tengku Citra masih tidak dilihatnya. Debar hati yang melanda usah dikata bagaikan nak luruh. Apapun Adam sudah biasa andai kata dirinya ditolak.

 "Adam..it's final call. What are you waiting for my son?" Dato' Ian bersuara.

Matanya meliar melihat kalau-kalau Tengku Citra tiba-tiba muncul untuk bertemu dengannya. Tapi, sehingga detik ini wanita itu tidak kelihatan. Jadi, fahamlah dia akan jawapan akan soalannya itu.

"You take care..nanti senang baliklah Malaysia. Nanti mama tempahkan tiket first class untuk Am okay?"

Ya memang dia akan pulang kembali sebulan dari sekarang. Kalau tidak siapa yang akan menjadi pengapit lelaki untuk Noah. Janji sudah dimeterai, nanti jika dimungkiri dikata munafik pulak.

"Okay thanks. Adik, jagakan mama and daddy for me alright? Smart study and score distinction! Nanti abang belanja pergi London." Pesan Adam pada adiknya, Aliana.

"Okay bos! Siap-siap asingkan duit untuk belanja adik okay cause I'll definitely score the top for final."

Adam menggosok kepala adiknya. Dalam hatinya masih berharap akan Tengku Citra muncul di situ.

"Hey! nak balik ke tak ni?" Tegur Aliana kehairanan.

  Adam kemudian bersalaman dan berpelukan dengan kedua ibu bapanya sebelum bersedia untuk melangkah masuk ke balai berlepas.


                                             *************************************

  "Adam!"

Ketika kaki sudah menghampiri ke balai berlepas, satu suara yang amat dikenalinya menjerit namanya,

Tengku Citra.

Wanita itu pantas mendapatkannya dengan tercungap-cungap.

Adam tersenyum miring.

"Ingatkan you tak sudi datang..."

"I just...want to say goodbye." Luah Tengku Citra dengan pandangan sayu dan sukar dimengertikan tatkala ini.

"Okay, thank you. So, I've got to go now my dear..keep in touch and have a nice day ahead!"

"Adam wait!"

"I come to give the answer to all of you questions..."

"Okay be quick. I might the last person to board in the flight..."

"YES I want to go with you to London as your wife!!!!

Diam.

"Alhamdulillah...thank you sayang. Wait till I come back in a month from now on to hand in marriage and meet your family and tie the knot. Then I'll bring you along to London."

Tengku Citra tersenyum malu. Hati berbunga-bunga bagaikan berada di awan biru.

"You take care..I'll call you once reached in London. Bye.."

      Akhirnya...terjawab segala soalan yang ditujukan buat Tengku Citra dan jawapan yang diterima cukup membuatkan Adam mampu tidur lena sepanjang berada di dalam penerbangan.


                                          ***************************************
 
         Dian sedang memasukkan cenderahati ke dalam beg kertas kecil untuk diberi semasa majlis kenduri perkahwinannya nanti. Fath turut sama membantu kerana mempunyai masa lapang pada cuti hujung minggu.

       Sedang Dian leka memasukkan cenderahati tersebut, Fath yang sedang ralit dengan handphonenya tiba-tiba terjerit kecil.

"Dian!!!! Oh my god...believe it or not! Adam and Tengku Citra will getting married soon!"

"Tengok ni. Mama aku baru tahu dari Mak Ngah aku! Wah...ini bikin kejutan satu Malaya!"

"Apa yang nak diterkejutkan? Aku dari awal lagi dah dapat agak. Cuma tunggu dia orang declare je."

"Tak sangka kan Adam boleh sangkut dengan minah tu. Siaplah kena jerkah kah kah kah!"

Dian terhenti seketika dari membuat kerja memasukkan cenderahati ke dalam beg kertas.

"Don't judge a book by its cover Miss Fath Dlina Rose. Rather than you keep judging her better you get know into each other of your future-cousin's -wife."

"Hmm..backing lebih nampak?"

"Tak adil kalau baru sekali kau kenal dia dah kutuk dan beri tanggapan macam-macam. Allah tak suka hambanya berlaku sebegitu, buruk sangka tahu?"

"Baiklah ustazah.."

"Ini ambil beg ni...yang ni dah siap masukkan semua gifts."

Mereka kemudian menyambung menyudahkan kerja-kerja yang sedang dilakukan sejak tadi.

"Yang kau pulak bila pulak buah hati di London tu nak jejak Malaysia bawa rombongan meminang?"

"Aku tak mahu nak rushing..biar tunggu kau settle down dulu baru aku fikir pasal semua tu. Biar letih menguruskan majlis kau dulu habis. Kang mahu patah tangan aku ni nak buat dua wedding event berturut-turut."

"Apa susah? Ambil wedding planner siap duit je senang! Anak tauke hotel kan duit berkepuk." Perli Dian.

"Amboi...itu duit mak bapak aku! Aku kalau boleh sebolehnya nak guna duit hasil titik peluh aku sendiri barulah rasa nikmat kahwin tu."

"Apa-apa jelah Fath oiii...asalkan jadi kau kahwin dengan Hakim sudah! Jangan bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba sudahlah ye..."

"Woi deep tu!"

                                          ****************************************

         Dian masuk senyap-senyap dalam bilik tetamu yang didiami oleh Cik Su Madeenanya. Sengaja ingin memeranjatkan ibu saudaranya itu.

"Cik su!!! Heeeee....."

"Oh mak kau melatah senget!" Serta merta baju yang baru dilipat oleh Puan Madeena tercampak ke muka Dian.

"Amboi..kuatnya melatah!"

"Ish..suka sangat terkejutkan cik su! Mujur tak heart attack kang tak sempat tengok Meena naik pelamin."

"Sebab Meena jantung cik su kuatlah Meena terkejutkan cik su ha ha ha."

"Eh eh budak ni...dah nak jadi isteri orang nakal macam budak-budak meh sini cik su kerjakan dia pulak! Haa nak lari kemana tu bilik ni kecil je..SIAP DIA!!!"

Akhirnya Dian tergelak terkekek-kekek geli digeletek Puan Madeena di atas katil.

Puan Maria tersenyum bahagia melihat keakraban anak beranak itu yang pernah dia rampas tiga belas tahu dulu. Rasa bersalah tebal menghantui dirinya kerana telah memisahkan Dian dan ibu saudara kandungnya sendiri dan jugak neneknya.

Hujung kelopak matanya dilap untuk mengusir rasa sedih. Seharusnya dia bersyukur bahawa kini mereka sudah berbaik dan bersatu sebagai sebuah keluarga. Terima kasih Allah.

                                            *************************************

       Ikutkan hati, malas sungguh Dian keluar malam-malam buta macam ni. Siang-siang tak nak pulak keluar. Sudahlah esoknya dia kerja. Apalah Noah ni. Dah tu pulak suruh pakai lawa-lawa.

"Assalamua'laikum my hunnydew... you look gorgeous tonight."

"Wa'alaikumusalam. Oh sebelum ni tak lawalah?" Templak Dian setelah mengambil duduk di sebelah tempat pemandu.

"Bukan macam tu maksud Noah. I means malam ni far more beautiful like a princess."

"Hmm yelah...dah cepat! Esok nak kerja. Pergi cepat balik cepat."

    Tanpa berlengah, Noah memandu menuju ke suatu tempat yang sudah dia tempah khas untuk mereka berdua tanpa pengetahuan tunangnya itu. Puas juga dia mengelak dari pertanyaan Dian akan lokasi makan malam mereka pada malam ini.

     Usai mereka sampai di tempat yang telah ditempah khas oleh Noah, Dian mengajukan pertanyaan dengan seribu tanda tanya kepada lelaki itu.

"Noah...kenapa kita berdua je kat restoran ni? Pelik...mana pelanggan yang lain?"

Noah hanya tersenyum dan berjalan menuju ke meja mereka dengan bantuan pelayan restoran tersebut.

"Come.." Ajak Noah dengan lembut.

Dian masih terpana dan keliru. Apa semua ni?


                                      *******************************************

        Setelah menikmati makanan yang disediakan, Muncul  si cilik Natasha yang lama Dian tak jumpa muncul dari arah bertentangan Dian. Di tangan Natasha terdapat sebuah jambangan bunga ros merah yang segar bersama gugusan belon yang berwarna-warni.

"Natasha..rindunya kakak pada Natasha! Oh for me?" Tanya Dian sambil menyambut huluran jambangan bunga ros dan belon tersebut dengan seribu pertanyaan.

Dian memandang Noah meminta penjelasan. Namun Noah boleh buat selamba.

    Disebalik Natasha, setianya berdiri si comel Khaleef yang tersenyum pada Dian memakai sebuah tanda bertulis sesuatu yang jelas dapat dibaca oleh Dian iaiitu 'Will You Marry Me?' di lehernya disamping memegang sebuah kotak baldu yang berisi sebentuk cincin permata.

   Noah lantas mengambil kotak baldu tersebut dari Khaleef. Sempat lagi Dian mencium pipi si comel itu sebelum Noah meneruskan perancangannya yang seterusnya. Dian sudah berdebar bukan kepalang!

Noah menundukkan badannya dan menghadap Dian. Matanya penuh dengan cinta dan kasih buat gadis manis yang mencuri hatinya.

"Dian Ameena Binti Daud...Noah tahu secara adatnya Dian dah terima pinangan Noah. Tapi sekali lagi, Noah ingin melamar Dian secara rasmi bersaksikan mereka yang ada di sini. Sudikah Dian menjadi suri hidup Noah buat selama-lamanya? Melengkapkan hidup Noah? Menjadi mama kepada bakal anak-anak Noah?"

Air mata bergenang di tubir mata. Lidah bagaikan kaku untuk berkata-kata.

"Kak Dian..say 'YES' !" Natasha mencelah dengan penuh keterujaan.

Dian menoleh kepada dua si comel yang dia rindui itu bersilih ganti dengan wajah Noah.

"YA!!! Dian sudi! Dian sudi untuk lakukan semua tu bersama Noah...." Dian mengelap air mata yang jatuh berguguran dari matanya.

   Kemudian, bunyi riuh mula bergema di dalam restoran di menara Kuala Lumpur itu.

"Yeay! Tahniah!!!" Jerit staf-staf di restoran bersama  Fath, Puan Natasha Emily, Puan Maria, Puan Madeena, Encik Razuan Wong dan Encik Ezuan Kumar serta beberapa ahli keluarga Dian dan Noah yang lain.


"Umi dengan dadddy ada jugak? Mama dan cik su pun?" Dian memandang dengan rasa yang tak percaya.

Noah mengangguk.

Natasha dan Khaleef turut bersorak keriangan dengan rancangan malam itu kerana mereka berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan baik sekali. Abang sepupunya itu telah melatih mereka berdua untuk berbuat seperti yang telah dirancang.

"Oh..pandai kau berkomplot eh!" Kata Dian pada Fath.

"You future husband-to-be is so sweet and cool Dian! Hai jealous aku! Tahniah babe...I'm happy for you my darling..tak lama tinggallah aku seorang join kelab anak dara bujang. Kau dah nak masuk kelab lain sobs.."

Dian memeluk Fath dengan erat sebak mengenangkan yang dia bakal menjadi isteri orang dalam masa seminggu lagi. Cepatnya masa berlalu!

The Healing Love - Part 49


     Dari luar kelihatan Tengku Citra sedang sabar menunggu Adam setelah mereka berjanji untuk bertemu untuk makan tengah hari bersama. Ada riak wajah yang kurang senang tergambar di wajah wanita itu, dalam diam Adam memberi komen tanpa sebarang usul periksa.

"Hai lama tunggu? Sorry..jam. order dulu?" Kata Adam sambil mengambil duduk di hadapan Tengku Citra.

"Lemon tea ice and spaghetti bolognese for one please." Tutur Tengku Citra pada pelayan yang setia di tepi meja mereka.

"Give me milo ice and nasi goreng cina ya? Thank you.." Celah Adam.

"Kenapa muka you?"

Tengku Citra lantas memegang pipinya kalau-kalau ada yang tak kena pada wajahnya.

Adam senyum tertunduk.

"Muka you jelas menunjukkan ada yang tak kena ni.."

"Semalam, berlaku salah faham melibatkan Noah dan Dian Ameena."

"Salah faham?"

"It was jus not in purpose. I ada discussion di office Noah and entah macam mana kaki I tersadung pada sofa dan hampir jatuh tersembam dan...Dian kebetulan masuk masa tu."

"You tak cuba terangkan pada dia?"

"Belum sempat terangkan lagi dia dah pergi dari situ."

"Call?"

"I have no of her number at all."

Adam tersenyum lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan beberapa saat kemudia menyuakan telefonnya itu kepada Tengku Citra.

"Nah ni nombor Dian. Call and explain to her."

"Thanks."

                                 ***************************************************

         Setelah bercuti hampir dua bulan, kini Dian kembali ke Kuala Lumpur. Kali ini bukan sebagai pelajar tapi seorang pegawai perhubungan eksekutif di salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia. Bulan hadapan dia bakal menghadiri majlis graduasinya yang akan dilangsungkan di universitinya itu. Kemudian, majlis pernikahannya pulak bakal dilangsungkan!

Bunyi ketukan pintu biliknya mematikan lamunannya.

"Masuk."

"Sorry to disturb you Cik Dian tapi ada orang nak jumpa dengan cik."

"Siapa?"

"Tengku Citra."

  Tengku Citra? Rakan sekerja Noah, tunangku ke? Getus hati Dian.

"Okay, suruh dia masuk. Thanks..."

    Beberapa minit kemudian, muncul Tengku Citra bersama setiausaha Dian yang menunjukkan arah bilik Dian. Tengku Citra tampil dengan tenang disamping sebuah senyuman di wajahnya.

"Tengku Citra? Err...jemput masuk."

"Thank you. Dian..I datang ni sebenarnya...nak explain about what had happened last two days that you saw."

Dian mendiamkan diri sengaja ingin mendengar lagi kata-kata wanita itu.

"Apa yang you lihat hari tu bukan seperti apa yang you fikir. Ianya tak disengajakan. I minta maaf.."

Dian tersenyum tenang.

"You tak marah?" Tanya Tengku Citra ragu-ragu.

"Noah dah terangkan semuanya pada saya Tengku, dan saya faham ia adalah salah faham. It's okay."

Tengku Citra menarik nafas lega.

"Alhamdulillah..thank god. I'm so sorry for what had happened that day."

"Okay...saya dah lama maafkan awak Tengku. No worries.."

"So apa kata sebagai tanda maaf, we have a lunch together?" Pelawa Tengku Citra pada Dian.

"Errr.."

"Or you dah janji dengan Noah?"

"Eh bukan..err..okay kita lunch sama pukul satu ya? Tapi nak lunch kat mana?"

"There got one new restaurant near Jalan Ampang, I pun tak pernah pergi. I ambil you by 1 pm is that alright?"

"Cool..okay saya tunggu Tengku."

"Panggil I Citra je."

"Okay Tengku. Eh! Citra..."

Masing-masing tergelak melihat Dian yang asyik tersasul.

                                 ***********************************************

           Akhirnya, seperti yang dijanjikan Dian mengikut Tengku Citra yang mempelawanya untuk makan tengah hari bersama. Dalam hatinya mati-mati ingatkan hanya mereka berdua sahaja.

"Adam?"

"Hai Dian! Apa khabar? Lama tak jumpa. Last jumpa masa majlis bertunang you kan?"

Dian tersenyum dalam riak sedikit terkejut tidak sangka Adam akan menyertainya dan Tengku Citra untuk makan tengah hari.

"Hope you tak kisah Adam join kita for lunch ya Dian?"

"Eh I'm fine with it."

   Dari pengamatan mata Dian, Tengku Citra sungguh mesra dan rapat sekali dengan Adam, sepupu sahabat baiknya itu. Dalam mindanya ligat befikir baru beberapa minggu wanita itu mengenali Adam dan sekarang mereka kelihatan sungguh rapat bagaikan pasangan kekasih.

   Tapi kalau betul pun tanggapannya itu, bagus jugak. Sekurang-kurangnya Adam tak ambil hak orang dan Tengku Citra pun masih tak berpunya. Kira okay sangatlah tu! Dian tersenyum sendirian akhirnya.


                                              **********************************

"What!? Kau biar betul..."

"Betul! Aku tengok bukan main mesra Adam dengan Tengku Citra. Secocok sangat!"

Fath membulatkan biji matanya bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarnya dari mulut Dian mengenai sepupunya Adam dan Tengku Citra.

"Kejap! Apasal kau macam dah jadi best friend dengan perempuan tu ha?"

"Nama dia Tengku Citra okay? Dia okay je..baik..cuma kita yang tak kenal hati budi dia je fikir yang bukan-bukan."

Fath mencebik. Masih tak berpuas hati dek kerana Tengku Citra tertinggi suara ketika di hospital tempoh hari.

"Mana kau tahu? Kau pun bukannya kenal rapat dengan dia."

"Hmm..hari tu dia datang office aku. Siap ajak lunch lagi. Then to my surprise, Adam joined sekali lunch kat restoran tu."

"What? Simply macam tu je? Kau tak cerita pun!"

"Dah yang aku bagitahu ni apa? Aduhai..kau ni lambat loading lah!"

"Eh..so dia orang dah couple ke macam mana?"

"Itu tak pasti tapi...kalau kau tengok cara dia orang, kemesraan tu..so sweet!"

Fath bagaikan panasan untuk cari tahu tentang hubungan antara sepupunya itu dengan COO Sky Dalton yang bernama Tengku Citra Tengku Maher.

                                         ************************************

           Pelik, siang tadi sudah berjumpa ketika makan tengah hari dan kini malam Adam mengajaknya untuk makan malam di Nobu KL di tengah ibu kota. Lelaki itu mempelawanya untuk menjemput di rumah.
Entah mengapa perasaan Tengku Citra jadi berdebar tak menentu.

          Kini setelah sampai di restoran mewah itu, hati wanitanya kian berdebar namun dia cuba untuk mengawalnya. Adam pulak berlagak tenang dan sempoi seperti biasa. Tetap bergaya dan kacak dengan kemeja T dan berseluar jeans Levis. Aroma minya wangi Reveal Kalvin Klein yang menusuk hidung Tengku Citra cukup menenangkannya sedikit sebanyak.

"Well, this is maybe our last dinner together before I fly back to London."

Tengku Citra tersentak dengan kenyataan yang terpancul dari mulut Adam.

"Oh...hope you have a safe journey back."

Sepi. Masing-masing memendam rasa di hati. Hanya berbicara menerusi isyarat mata.

    Tengku Citra sengaja menunggu untuk lelaki tersebut berbicara apa yang ingin dia katakan. Namun, hampa apabila setelah selesai menjamu selera pun Adam masih diam seribu bahasa. Hanya berkata tentang perkara yang tidak berapa penting.

  Mereka berjalan keluar dari restoran berkenaan sambil menghirup udara malam.

"Citra..maybe you akan anggap I ni gila selepas dengar apa yang I cakap pada you. But at least it will release the burden in my heart once I've spoke and confessed to you."

Tengku Citra jadi makin berdebar. Menunggu patah bicara yang seterusnya dari Adam.

"I know..we just knew into each other for almost a month and I don't know how describe it felt to have you beside me made me so comfortable and really made my day. I..think...I..Love you Tengku Citra Tengku Maher."

Tersentak dengan pengakuan jujur Adam membuatkan Tengku Citra memandang tak berkelip akan lelaki itu.

"Yes..hari semakin hari I sukakan you. I tak ada sebab kenapa I sukakan you. It just happened naturally without being realized." Sambung Adam memandang tepat ke dalam mata Tengku Citra.

"So, sudikah you menjadi pemaisuri hati dalam hidup I Tengku Citra Tengku Maher?"

Bagaikan mimpi semua ini. Tengku Citra beku seketika.

"Citra?"

"Never mind, just take the time you need to think about it. I hope you can give the answer as soon as possible right before I'll be back to London within these two days."


                                            *************************************

       Beg tangan dicampakkan dengan malas di atas katil sebelum Tengku Citra melabuhkan tubuhnya ke atas katil empuk seperti melambai-lambai dan memanggilnya. Patutlah malam ini hatinya berdebar semacam.
Rupanya, dirinya dilamar sekali lagi setelah hampir tiga tahun melalui perkara indah seperti itu.

      Dilihatnya kipas yang ligat berputar laju. Wajah Adam berlegar di mindanya. Senyuman lelaki itu, pandangan dan renungan dari sepasang mata hazel yang menusuk hati secara tak langsung membuatkan hati wanitanya terbuka untuk memberi ruang merasa nikmat cinta dan kasih seorang insan.

    Begitu cepat lelaki itu mengucapkan kata cinta padanya dalam tempoh perkenalan yang singkat. Inilah kali pertama seorang jejaka meluahkan kata-kata cinta padanya walaupun baru kenal tak sampai sebulan.
Dalam pada itu, segala tutur bicara lelaki itu membuatkan Tengku Citra dapat merasa ada ikhlas pada setiap kata-katanya itu.


"Adam Ian Douglas..." Tuturnya sehingga mata terlelap sehingga terlupa untuk menukar bajunya.

nuffnang