Sunday 27 September 2015

The Healing Love - Part 52



      Setelah berada beberapa ketika di atas pelamin untuk diraikan kedua mempelai, Dian dan Noah turun dari atas pentas diapit kedua-dua pengapit untuk makan beradab di meja yang telah disediakan bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

      Disaat Dian mula berdiri bersiap untuk melangkah menuju ke meja makan, Noah pantas menggenggam tangannya. Bagaikan tehenti seketika degupan jantung Dian tatkala tangannya dan tangan Noah bersatu erat.
Naik merah mukanya menahan malu. Dia dah jadi suami aku kot! Getus hati Dian cuba kawal perasaan.

"Come..sayang!" Ujar Noah separuh berbisik di telinga Dian.

Erk! Ya Allah..oh hati be strong! Omel Dian di dalam hatinya menahan debar.

         Sementara itu pasangan sama padan sama cantik itu tidak lepas dari mendapat perhatian para tetamu yang hadir pada majlis resepsi tersebut. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dengan apa yang dirasakan oleh Dian sekarang. Bagaikan mimpi yang diimpikan sejak kecil lagi. Sungguh dia tidak sangka jodohnya sampai ketika diusia dua puluh tiga tahun bersama suaminya, Noah yang tidak jemu untuk memikat hatinya.

          Tiba-tiba terasa tangannya dipegang lembut oleh Noah sekali lagi sedang menyuakan ayam panggang dengan menggunakan garpu. Mata Noah penuh bersinar tatkala tepat memandang ke dalam anak mata Dian.
Setelah beberapa ketika barulah Dian terasa baru berpijak di bumi nyata lalu membuka mulutnya dan membiarkan Noah menyuapkan sempena simbolik makan beradab. Kemudian gilirannya pula menyuapkan makanan kepada Noah. Kau kena biasakan diri dengan semua ni Dian...ya kau mesti boleh haihhh. Omel Dian dengan penuh debar di dada.


                                         ********************************************

    Tuhan saja yang tahu betapa sengal satu badan pada hari ini. Dari siang sampai ke malam tidak berhenti sehinggalah majlis resepsi disebelah pihak perempuan selesai. Barulah pasangan pengantin baru ini boleh menarik nafas lega dan berehat melepaskan lelah kepenatan mereka. Naik kejang kaki dan otot di pipi. Mana tidaknya kerja mereka hanya senyum sehabis manis semasa majlis resepsi.

     Ya Allah..rasa macam nak percaya aku dah kahwin. Ya Allah ya rahman ya rahim kau lindungi dan selamatkanlah aku. Bisik Dian kepada dirinya sendiri setelah membersihkan diri di bilik mandi. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali untuk menenangkan diri sendiri. Kini hanya tinggal mereka berdua suami isteri di suite eksekutif tempahan khas buat mereka di St.Giles The Garden.

    Pintu bilik air dibuka perlahan-lahan dan berhati-hati. Dian cuba untuk berlagak tenang. Padahal dalam hati bagai nak gila detaknya. Mana dia ni? Takkan ghaib kot? Omel Dian di dalam hati.

"Ehem..."

Pantas Dian berpaling dengan terkejut kearah suara tersebut. Beberapa inci lagi mereka hampir berlaga. Kalau tidak...hoi Dian apa kau merepek ni! Dan Noah masih boleh berlagak tenang.

"Errr..." Dian cuba untuk berkata-kata namun bagaikan kerongkong tersekat-sekat.

Noah tersenyum tunduk menampakkan segaris senyuman paling manis yang pernah lelaki ini miliki. Itulah secara tak langsung membuat Dian tertarik dengan suami yang baru dinikahinya itu.

"Kenapa sayang?" Dengan lancar dan secara semulajadi perkataan 'sayang' meluncur laju dari mulut Noah membuatkan Dian meremang malu.

Noah lantas memegang dagu Dian dengan lembut mendapatkan isterinya dan pandangan mereka menjadi satu. Disaat ini bagaikan waktu sedang berhenti berdetik, jantung berhenti berdegup dan hanya degupan jantung antara mereka dapat didengari.

"Sayang..boleh Noah panggil Dian..sayang?"

Dian memandang Noah tanpa memberi jawapan. Sesaat kemudian, dia tersenyum lalu menjawab
"You had called it before asked me so..yeah sure."

Noah mencapai kedua tangan Dian lantas dikucup lembut tangan isteri yang telah lama mencuri hatinya itu.
"Thank you...for willing to be the queen of my heart. Thank you.." Perlahan Noah mengungkapkan rasa terima kasih namun cukup jelas di pendengaran Dian kerana mereka dalam keadaan jarak yang sangat rapat.

"Sayang?"

"Dian?

Sudah. Apa dah jadi dengan isteri aku ni? Takkan malam pertama dah kejung kot? Noah membuat andaian sendiri masih sempat berjenaka dengan diri sendiri.

"Errr..err Dian cuma penat hah ya penat."

Noah senyum herot dan membalas "Ya Noah pun penat, jom kita tidur. Esok banyak agenda yang nak dilunaskan. Minggu depan resepsi di KL pulak and then a great escape to Europe!"

Dian turut tersenyum. Tidak sangka bahawa keluarga mertuanya menghadiahkan mereka pakej percutian bulan madu ke Eropah semuanya ditanggung cuma bawa badan saja.

"Okay jom tidur!" Kata Noah lagi sambil memegang tangan Dian.

"Err Noah...terima kasih..sebab sudi terima Dian sebagai isteri Noah."

"Itu je?"

Dian memandang hairan dengan Noah. Apa maksudnya?

"Sama-sama kasih sayang...you are now under my responsibility and in shaa Allah I'll try my best to be a good husband and leader to our future kids. Kita sama-sama bina bahagia bersama dengan bersandarkan cinta kepadaNya Yang Maha Pencinta. Till death do us apart okay?"

Rasa damai dan sejuk hati Dian mendengar kata-kata yang menyenangkan dari suaminya ini. Ya in shaa Allah arjunaku.

                                           ***************************************


       Satu per satu gambar di kamera digital yang penuh dengan rakaman dan gambar pada majlis pernikahan dan resepsi Dian Ameena, satu-satunya anak saudara perempuan yang Puan Madeena miliki. Suatu perasaan yang sukar diluahkan ketika Dian sah bergelar isteri kepada Noah semalam. Sungguh dia masih rasa tidak puas untuk meluangkan masa bersama dengan Dian bagi menggantikan setiap detik yang dia dan anak buahnya itu terlepas selama hampir empat belas tahun lamanya.

 "Ibu?" Sapa Encik Maliq, suami Puan Madeena yang baru masuk ke dalam bilik.

Menyedari kehadiran suaminya di dalam bilik terus diseka air matanya yang menitis di pipi dengan hujung bajunya.

"Kita dah jumpa dengan dia pun dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya kita dah tunaikan hasrat arwah mak kan?" Ujar Encik Maliq melabuhkan duduk disebelah isterinya.

"Rasa masih belum puas bersama dengan dia bang..luangkan masa yang dah terbazir selama empat belas tahun. Empat belas tahun bang...bukannya sekejap." Puan Madeena meluahkan rasa sebaknya sedikit demi sedikit.

    Encik Maliq menggosok belakang isterinya bagi menenangkan segala keresahan yang melanda. Walaupun Dian Ameena hanya anak saudara kepada isterinya namun sejak hari pertama Dian dilahirkan, mereka telah menyayangi dan menganggap Dian sebagai anak mereka sendiri. Ketika itu Saiful dan Hakimi masih tiada lagi. Dia juga berasa kesal kerana harus terpisah dengan Dian yang baru berusia lima tahun disaat Puan Maria bertindak untuk keluar dari rumah. Sejak itu pelbagai kemungkinan mereka risaukan adakah Dian akan langsung terus melupakan mereka dan diracuni fikirannya untuk membenci mereka termasuk arwah neneknya sendiri.

     Namun sangkaan itu meleset sama sekali. Dian tidak pernah sesekali melupakan ahli keluarganya dan dia masih ingat sehingga sekarang. Itulah perkara paling menggembirakan Puan Madeena dan Encik Maliq setelah mereka bertemu kembali setelah terpisah sekian lama. Jika arwah nenek Dian masih ada, pasti dia akan gembira dan menjadi orang yang paling gembira sekali di atas muka bumi ini.

                                         *****************************************

       Wajah polos dan menenangkan ditatap lama dan puas oleh Noah cukup menyejukkan hatinya setiap kali melihatnya. Bunyi nafas  tidur cukup menggambarkan betapa letihnya isterinya ini tidak sanggup untuk dia mengejutkannya untuk bangun menunaikan solat subuh berjemaah buat pertama kali setelah mereka bergelar suami isteri.

"Sayang...bangun solat." Ucap Noah dengan lembut.

"Hmm..?"

"Bangun...subuh..."

"Hah?! Pukul berapa dah? Dah lambat nak pergi kelas!" Dian bingkas bangun

Noah tergelak kecil melihat gelagat Dian. Geli hati.

"Kelas? Sayang kan dah grad?"

"Huh?" Dian terpana seketika dan keliru cuba 'memprogram' otaknya.

"Itulah semalam tidur mesti tak cuci kaki. Dah pergi ambil wudhuk kita solat sama-sama. Cepat." Suruh Noah dalam menahan tawa.

Akhirnya Dian bangun lalu menuju ke bilik air dan berwudhuk. Malu menyerbu dirinya rasa nak masuk bawah katil apabila mamai di pagi subuh di hadapan Noah, suami yang baru dinikahinya tak sampai 24jam.


No comments:

Post a Comment

nuffnang