Saturday 22 December 2012

Bukan hanya kerana Ilmu..tetapi kerana Allah

Bismillahirahmanirahim..

Betapa rasa syukurnya dipanjatkan kepada Dia yang Maha Esa
Yang maha Agung maha Besar
bermula 5 November-27 November
Alhamdulillah telah Munirah selamat menduduki SPM 2012..
Wah sepanjang membuat persiapan itu dan ini
menghafal itu dan ini
stress tak perlu cakaplah macam mana..
Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan ini..
Dalam pada itu, Munirah mendapat sms daripada seorang hamba Allah ini,
seorang yg pangkat kakak pada diri ini
sms tu bila check detail..ianya dterima pd tengah pagi buta
dan esok merupakan hari pertama exam spm (bm)

ianya merupakan pesanan yang amat saya hargai dan insyaaAllah akan saya ingat
sampai bila-bila..
justeru,saya rasa ianya sesuai utk dkongsi disini..

PESANNYA...

Ilmu penyuluh hati menunjuk jalan ke arah makrifah dalam mengenali rabbi..
Tuntutlah ilmu kerana Allah agar  timbul rasa khauf atau takut akan kebesaranNya..
Exam suatu amanah bagi kita seorang pelajar..
Usah dipandang remeh namun letakanlah peringatan bahawa itu bukan matlamat yang sebenar-benarnya..
Andai    A   diatas sekeping kertas itu yang dikejar..
Tidak mustahil reput dimamah anai-anai bersama ilmu yang pergi bersama berlalunya masa sebaik satu saat selepas exam tamat..
Tuntulah ilmu untuk dipahat di dalam hati..
Tuntutlah ilmu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..
Tuntutlah ilmu agar diri memahami dan bisa menyebarkan kebaikan..
Tuntutlah ilmu untuk mengenal pencipta sehingga membawa diri melalui lorong yang benar menuju jannah..
Tajdid niat sentiasa...
 Perbaharui niat sentiasa...
Fokus pada usaha..usah menekan diri pada natijah yang akan datang..
Buat sehabis baik..tawakal...dan jangan lupakan DOA..
Baca surah insyirah supaya dilapangkan dada menjawab soalan..
Mulakan dengan bismillah..
ALLTHEBEST!

itulah kak rabiatul faazra : )

terima kasih wahai kakak..

moga kejayaan dunia & akhirat mengiringimu..

sayang kakak <3
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 















nuffnang