Salam sweetie, jom keluar jalan-jalan?
Sekarang? Where to?
Surprise! Cepatlah siap! Bring along few clothes and important stuffs.
Kita berdua je? Ajak Fath dengan Hakimi sekali boleh?
Okay, beres. Within half and hour I'll be there...
Tanpa berlengah Dian turun dari katilnya dan mencari Fath di biliknya. Kelihatan sahabatnya itu sedang melayan ipad sambil tersenyum sorang-sorang. Mesti tengah berchatting dengan buah hatilah tu. Angau!
"Assalamu'alaikum ehem...Fath Noah ajak pergi mana entah dia ajak kau dengan Hakimi sekali. Jom?"
"Mana? Ala...kau pergi jelah dengan dia baru feeling-feeling romantic couple gitu."
"Please my hunny bunny best friend....aku seganlah sebenarnya. Ikutlah ya?"
"Aik sejak bila kau tahu segan ni? Kau kena sampuk ke apa?"
"Please...kita ada beberapa minggu je kat sini Fath. Aku nak juga jalan-jalan cuci mata kat sini, entah bila pulak dapat datang sini." Pujuk Dian.
"Hish yalah, kejap aku bagitahu Hakimi."
"Thanks dear! Ni sayang sangat kat kau muahhh!" Dian nak memeluk sahabatnya itu.
"Kau siaplah cepat, nanti Noah datang ambil."
"Ha okay, Hakimi pun ikut jugak. Excited pula rasanya!"
Dian tersengih dan teruja melihat gelagat Fath yang 'gila-gila' itu.
**************************************************
Turun sahaja dari apartment mereka, kelihatan Noah sudah menanti di hadapan bangunan tersebut berpakaian yang cukup santai tetapi sangat kacak di mata Dian. Noah berbaju t-shirt putih yang sentiasa menjadi kegemarannya dan berseluar jeans serta berkasut sukan jenama Nike.
"Hi, lama tunggu? Ni tunggu mak cik ni 'sapu cat' berabad lamanya!" Omel Dian.
"Haih, kita ni orang perempuan mestilah jaga penampilan dan imej. Impression tu penting okay!"
"Uh whatever! Eh Hakimi mana?"
"Entah, aku kata kita dah turun tunggu depan ni. Kejap aku call."
"Eh tak payah call tu dia dah sampai!" Kata Dian pulak.
"Panjang umur...ha ni mesti sambung tidur lepas chatting tadi kan?" Tebak Fath.
"Cuti kot...okay kita nak kemana ni?" Soal Hakimi.
"Hmm...untuk ke tempat tu kita kena naik train. Ke nak naik flight?"
"Mak aii nak pergi mana sampai nak naik flight?"
"Paris..."
"What!? Gila bestnya! Okay jom let's start the journey!" Fath bersorak riang.
"So, kita naik train dari sini dekat London St Pancras International Train Station and then arrive at the Paris Gare du Nord Train Station. Boleh tengok beautiful scenery kalau naik flight nampak awan jelah jawabnya." Tutur Noah.
"That's a great idea! Aku pun dah lama tak ke sana, boleh release tension buat assignments yang nak pecah otak." Tambah Hakimi.
"Paris here we come!" Ujar Fath penuh teruja.
Setelah itu, mereka beriringan menuju ke stesen kereta api untuk ke Paris. Dalam hati Dian mengatakan bahawa percutian singkat ini akan mencipta memori dan kenangan yang paling menyeronokkan dalam hidupnya. Syukur dipanjatkan pada Allah yang memberinya rezeki untuk sampai ke sini.
******************************************************
Perjalanan ke kota Paris mengambil masa kurang daripada dua jam dengan menaiki kereta api. Ketika tiba di kota cinta itu, tempat yang pertama wajib dikunjung adalah menara Eiffel yang menjadi mercu tanda negara itu. Sungguh ciptaan gah itu menarik ramai pelancong asing dari seluruh pelusok negara untuk datang ke Paris. Katanya, mercu tanda Paris itu diperbuat daripada lapan belas ribu besi dan berketinggian tiga ratus meter. Kebanyakan yang mengunjungi Eiffel Tower bersama pasangan masing-masing untuk mengabadikan cinta mereka di hadapan menara yang berdiri gah sejak 1899 lagi.
Alang-alang sudah sampai disini, boleh dikatakan setiap inci kota Paris dirakamkan oleh Dian dan Fath sebagai kenangan. Mujur mereka membawa kamera yang boleh ditangkap banyak gambar tidak seperti kamera zaman dahulu, yang menggunakan kodak. Nasib baik, Noah dan Hakimi masih boleh bertahan dengan lagak dua gadis ini kerana mereka sungguh menyayangi mereka. Cinta hati katakan.
"Hakimi, please capture our photo in front of this tower? Thanks!" Ucap Fath.
"Nasib aku sayang...okay ready!" Omel Hakimi sambil bersedia untuk menangkap gambar.
"Okay, jom kita pergi Disneyland! Quik guys..." Tutur Noah sudah memulakan langkah untuk beredar dari situ.
"Oh my....Disneyland? How excited!!!" Jerit Dian seperti anak kecil.
Dian dan Fath saling menepuk tangan atau dipanggil 'High Five' dengan penuh teruja.
Hakimi dan Noah hanya mampu menggelengkan kepala mereka dan tersenyum. Kemudian masing-masing serentak mengatakan "Nasib aku sayang..."
**************************************
Sesampai mereka berempat di Disneyland Paris, mereka terus ke kaunter tiket untuk masuk ke pusat hiburan yang menjadi kegilaan dari anak kecil hinggalah ke orang dewasa. Sesiapa yang meminati karakter kartun yang selalu ditonton di televisyen seperti Mickey Mouse and Friends, Winnie The Pooh, Snow White dan bermacam-macam lagi, tempat ini sememangnya untuknya.
Mereka ke Animagique terlebih dahulu bagi menyaksikan pertunjukkan secara langsung di situ. Sungguh mereka tenggelam di dalam dunia karakter kartun yang membuat persembahan yang sungguh menyeronokkan. Memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Setelah itu, mereka menonton perarakan Disney Magic on Parade di sepanjang jalan di sekitar Disneyland itu. Tidak dilupakan untuk mengambil dan merakam gambar perarakan yang cukup meriah bersaksikan penonton dari pelbagai negara.
Usai menyaksikan perarakan tersebut, mereka berpecah seketika untuk pergi menunaikan solat. Noah pergi bersama Hakimi manakala Dian bersama Fath. Setengah jam kemudian, mereka berjumpa semula dan pergi ke Studio IMAX, Meet Donald Duck, Meet Mickey Mouse dan akhir sekali menyaksikan persembahan Stich Live sebelum keluar dari pusat hiburan itu.
***************************************
Sehari suntuk mereka berjalan ke hulu ke hilir sehingga kaki pun terasa lenguh dan sengal-sengal tapi memang berbaloi-baloi. Mereka kemudian ke restoran halal di kota Paris untuk menikmati hidangan istimewa di negara itu. Kata orang kalau tidak merasa macaroon, kopi, croissant dan crepe tak sah namanya. Mujur ada Hakimi yang tahu selok belok jalan di situ dan pandai membaca peta. Kalau nak diharapkan Dian dan Fath kebulurlah mereka seharian jawabnya.
Walaupun baru ini kali pertama Noah dan Hakimi berjumpa dan berkenalan, namun seolah mereka sudah lama kenal. Mungkin sifat Noah yang cepat mesra membuatkan Hakimi senang berkawan dengan lelaki itu. Seperti dengan Dian dahulu, Noah yang mendekatinya dulu dan memulakan perbualan. Mulanya Dian buat tak endah dan malu dengan Noah. Lama-kelamaan mereka menjadi semakin rapat sehingga sekarang.
"Dian, makanlah lagi...this is one of the best restaurant in Paris. Dia punya coffee is awesome you know." Tutur Hakimi.
"Yup! And the macaroon and croissant beb. Dulu aku pernah sekali datang makan kat sini masa datang tengok along aku."
"Along kau study sini ke dulu?"
"Aah...dekat MIT (Massachusetts Institute Technology)."
Dian angguk dan mengerti sambil mengunyah roti yang dipesan Noah tadi yang menjadi menu kegemaran rata-rata setiap pengunjung di sini.
"Cantik! You never fail to understand me buddy..." Fath berkata kepada Hakimi.
"I've known you almost ten years Fath...I've memorized what do you love and your dislike."
Fath kelihatan sungguh terharu dan membuatkan hatinya berbunga disaat ini.
"Ehem! Hai, aku rasa macam panas pulak duduk kat sini kan Dian?" Noah sengaja mencelah.
"Jealous ke? Takkan jealous lagi kot, makwe ada depan mata ni." Fath memerli Noah.
"Tak kuasa aku nak jealous, kot ye pun nak feeling-feeling please jangan depan aku. Nak muntah tau?"
Fath mencebik lalu meneguk kopi dari cawannya.
**************************************
Seawal jam lapan pagi mereka sudah memulakan penggembaraan di kota Paris ke destinasi yang telah dirancang dengan teliti. Semalam, masuk sahaja ke dalam bilik hotel terus masing-masing pengsan tak sedar diri sehingga subuh. Noah dan Hakimi kongsi satu bilik bersebelahan dengan bilik Fath dan Dian di tingkat sebelas. Mereka berkongsi duit untuk penginapan di hotel tersebut sebagai rasa tanggungjawab masing-masing.
Dua jam dihabiskan di Museum of Louvre Art kerana mereka asyik dan leka menghayati setiap pameran yang ada di situ. Hakimi dan Noah rupanya meminati tentang sejarah-sejarah dahulu tanpa Dian sedari. Selain itu, mereka sangat mengagumi seni bina bangunan yang berdiri megah di kota Paris. Memang tidak dinafikan bahawa setiap seni bina bangunan yang bersejarah mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri dan kerana itulah menarik pelbagai pelancong dari seluruh negara untuk datang melawat ke sini.
"Okay girls, let's do shopping!" Ujar Hakimi secara umum.
"Thought you want to stay here for the whole day!" Perli Fath.
"Perli nampak? Okay jom, Hakimi belanja shopping ya?"
"Ceh, trick lapuklah!"
"Habis tu nak apa?"
"Dia nak Hakimi!" Dian mencelah sambil tersengih-sengih kenakan Fath.
"Oh...boleh tapi kena kahwin la dulu." Selamba Hakimi menjawab.
Pantas sebuah cubitan halus hinggap di bahu Dian dari Fath.
"Auch! Nasiblah Hakimi kahwin dengan Fath, silap hari bulan boleh hilang bahu ha ha ha!" Tambah Dian.
Hakimi dan Noah sudah sakan tergelak mendengar ayat-ayat dari mulut Dian. Fath terus menahan malu sehingga merah padam pipinya.
*********************************
Usai membeli-belah di pusat membeli-belah di Paris, mereka terus menaiki teksi ke hotel untuk mengambil barang-barang dan daftar keluar sebelum ke stesen kereta api yang mereka naiki semalam. Tiba masanya untuk pulang ke London bagi meneruskan rutin harian seperti biasa. Semoga mereka berpeluang untuk ke sini lagi dan menjelajah bumi Amerika ini. Mungkin dalam setahun dua pulak? Getus hati Dian.
"Korang, nanti kita plan baik punya trip ke US nak? Kumpul duit berkepuk-kepuk dulu then kita buat tour kat sini sama-sama amcam?" Fath bersuara sambil menunggu ketibaan kereta api ke London.
"Aku okay je...takut kaulah nanti dah ada komitmen lain. Cakap sekarang bolehlah..." Jawab Noah.
"Komitmen apa kebendanya pulak? Aku kalau pergi sorang minta maaflah...kalau dengan korang okay."
"Yelah mana tahu kau dah kahwin masa tu ada anak dua tiga orang. Sanggup ke?"
Fath membulatkan biji matanya tak sangka itu yang dimaksudkan oleh Noah.
"Hoi pak cik! Aku tak nak kahwin lagi dalam setahun dua tiga ni okay, aku nak tour the world dulu puas-puas."
Tiba-tiba Dian teringat akan kata-kata Shasha, sepupu Noah tempoh hari sebijik macam Fath katakan itu.
"Eleh, eksyen bukan main buah hati kau ni Hakimi. Entah-entah dia yang kahwin dulu. Kita tunggu dan lihat ya!"
"Hee aku pun kalau boleh nak pergi ke Mekah paling tidak pun buat umrah. Seronoknya!" Dian mencelah pulak. Eh kejap, apasal dia seolah bersetuju dengan kata-kata Fath ni?
"Macamlah dah kahwin kena kurung tak boleh pergi mana-mana. Narrow minded la dua orang cewek ni." Noah mengomel sambil mengeluh kecil.
"Kalau korang tak percaya, korang kahwin la dulu then baru korang rasa okay?"
"Apa yang okay tak okaynya? Dah kahwin lagilah best ada teman nak travel, safety pun terjamin kan bro?" Noah minta Hakimi menyokongnya.
"Yup, ingat molek sangat ke anak dara pergi sana-sini tak ada mahram di sisi? At least, you are safely in your husband's protection when you are married."
Fath hanya mencebik malas nak melayan dua lelaki tersebut. Nasib kereta api sudah tiba dan dia tak sabar ingin masuk ke dalam perut kereta api tersebut dan melelapkan mata seminit dua untuk melepaskan lelah berjalan membeli-belah tadi.
***************************************************
"Okay thanks for the surprise trip Noah! You are awesome master mind beb." Ujar Fath ketika mereka sampai di hadapan apartment mereka.
"Well, you know me...always awesome." Noah puji dirinya sendiri.
"Eee puji sikit dah perasan! Okaylah terima kasih ya sebab sudi ajak jalan-jalan pergi Paris." Ucap Dian.
Noah tersenyum senang mendengarkan ucapan itu dari mulut gadis pujaan hatinya.
"Kasih diterima...naiklah rehat esok dah nak mula kelas. Jumpa esok girls! Assalamu'alaikum..."
Dian dan Fath melambai kepada Noah sehingga lelaki itu hilang di sebalik bangunan yang ada hadapan mereka sebelum menuju ke lif untuk naik ke atas.
Percutian yang singkat namun cukup menerujakan buat semua! Dian berkata sendirian. Terima kasih tuhan atas anugerah yang cukup menakjubkan ini. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment