Sunday, 26 July 2015

The Healing Love - Part 36


Yuhuuuu dah beradu ke si tuan puteri?

Yihaaaa baru je landing atas tilam ni ha...ada apa?

Nak confirm besok class pukul lapan kan? :)

Aah, keluar awal sikit ya takut jammed. 

Bereh, esok bangun awal siap-siap lepas subuh. By around 6.30am dah gerak.

Thanks my love :)

     Eh kejap! Asal dengan selamba tangan ini ringan menaip 'Thanks my love :)' siap dengan ikon smiley lagi?
Sah Noah angau sampai termimpi-mimpi dalam tidur malam ni. Gumam Dian keseorangan. Tapi dah selamat send pun mesej tu!

Bunyi tweet bergema dari Sony Ultra miliknya menandakan satu mesej masuk lantas terus dibukanya.

Basuh kaki , baca 3 kul dan ayat kursi sebelum tidur and I love you :)

Senyuman sampai ke telinga terukir di bibir mungil Dian disaat membaca mesej tersebut. Hatinya berbunga-bunga dan indah sekali. Apakah ini satu petunjuk dariNya bahawa lelaki ini diciptakan untuknya?

Teringatkan pesan mama dan Fath yang menyuruhnya mengerjakan solat sunat istikharah secara istikhamah terus membuatkannya menuju ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat tersebut sebelum tidur. Diharap petunjuk bakal diberi oleh Dia yang Maha Pemberi Petunjuk.


                            ***************************************************

         
          Setibanya mereka berdua di universiti, Dian cepat-cepat melangkah menuju ke bilik kuliah untuk menghadiri kelas pada pagi ini. Nasib dia dan Noah bertolak pada pukul 6.40 pagi dan hanya mengalami kesesakan trafik sekejap sahaja. Selagi tak sampai ke universiti, selagi itulah hatinya berdegup kencang.

         Kelas Noah pula bermula pada pukul sembilan pagi dan masih ada satu jam lagi dari sekarang. Dia kemudiannya menuju ke Student Center untuk menunggu waktu masuk ke bilik kuliah pada pagi ini. Tanpa sedari Irina datang duduk menghampirinya dengan liuk lentoknya yang tak bertempat. Cukup menggelikan dan menjengkelkan satu badan Noah.

"Hai sayang....I nampak you dengan Dian Ameena naik kereta sekali. You jemput dia dekat hostel ke?"

Noah menaikkan anak matanya ke atas tanda rimas dan tidak selesa dengan perempuan bernama Irina ini.

"So what? Tak ada masalah pun dengan hidup you."

"Rajinnya you ambil dia di hostel, selama ini elok je perempuan tu jalan kaki datang kelas."

"I tak ambil dia dari hostel, dia datang dari rumah I. She slept over at my place last night." Jelas Noah.

Irina tersentak dan memandang tepat ke anak mata Noah.

"What?! You bawa that girl to your place? Just both of you over there last night? "

"Actually my parent's place so of course my parents were over there last night. Tak payah nak kecoh sangatlah."  Balas Noah dengan dingin.

Irina menarik nafas lega mendengarkan kata-kata dari Noah itu.

"Kenapa you suka sangat bawa dia balik rumah you? Sedangkan I you tak pernah nak bawa pun...dah banyak kali I ajak you bawa I jumpa your parents but you buat don't know je."

"Look Irina,  there's nothing important to bring you back to my house. In fact, we have nothing and no relationship at all so please stop disturbing my life."

"Huh then apa hubungan you dengan Dian Ameena? As far as I concern, you both have nothing relationship and she's also didn't mentioned that you are her boyfriend. "

"That one was before, now we do have a relationship! A more- than- a -friend -relationship."

Sekali lagi Irina mendengus dan Noah buat tidak peduli akannya.

"Noah sayang...you tahukan I sayangkan you and I sanggup buat apa saja asalkan I dapat you. Please jangan buat I macam ni. You cakap je apa yang you nak I akan bagi, but please pilih I tapi bukan perempuan tu!"

     Mencerlung Noah memandang Irina. Budak ni kalau tak sebab di tempat terbuka dan awam dah lama aku bagi sebiji biar tahu langit tinggi ke rendah tapi akal warasnya menahannya daripada berbuat begitu dan sesekali dia tidak akan melanggar prinsip lelakinya bahawa tidak akan sesekali dia menyentuh atau berlaku kasar terhadap mana-mana wanita. Malah dia harus menghormati wanita itu biar mana di caci dan dihina.

"You dengar sini baik-baik Irina, untuk pengetahuan you I tak pernah sekali pun ada hati pada you. Never! So you jangan nak berangan bagai nak dengan I sebab hanya Dian Ameena yang ada dalam hati I dan tiada siapa yang akan dapat pisahkan I dengan dia so you better get out of my life!"

Irina ketap bibir geram dengan kata-kata Noah yang sangat memedihkan hatinya. Belum sempat dia menjawab, Zaim Armani tiba mendapatkan Noah bagaikan penyelamat pada hari ini.

"Hai Irina, awal sampai?" Sapa Zaim berbasa-basi terhadap Irina.

Irina tidak menjawab sebaliknya hanya semyum hambar sebelum beredar dari situ.

"Fuhhh you are my saver of the day bro!"  Luah Noah pada Zaim.

"Ha ha ha kenapanya? Ini mesti pasal si minat tadi tu kan?"

"Tahu tak apa! Gila punya minah, ada ke dia kata dia suka, cinta, sayang aku sampai sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan aku?"

"Serius weh? Uish dahsyat...Dah tu kau cakap apa kat dia?"

"Aku sound baik punyalah apa lagi. Aku straight to the point kata aku sedetik pun tak pernah sukakan dia dan hanya Dian Ameena yang ada dalam hati aku ni."

"Power ayat kau bro! Dah tu dia respond macam mana?"

"Itu yang kau tengok muka dia macam kena simbah cuka tadi, sudahlah gedik tak kena tempat. Kalau dia perempuan terakhir sekalipun dalam dunia ini aku kena kahwin, lebih baik aku join kelab bujang terlajak."

Zaim gelak terkekek mendengarkan ayat sahabatnya itu.

"Untung kau...ada banyak perempuan suka. Aku ni? Satu pun tak lekat, kau pakai ilmu apa bro?"

"Kau tu yang tak pandai jaga buah hati. Asyik dengan gajet kaulah, komik Jepunlah khayal dnegan dunia kau sendiri patutlah si Amira lari dari kau bro. Kalau macam nilah gayanya, haih membujanglah kau sampai ke nyanyuk!"

"Kau recommendkan aku dengan Irina okay tak?"

Noah yang sedang meneguk air dari botol Tupperware tersedak dan terkejut.

"Buang tabiat ke apa? Apa teruk benar rabun kau Zaim? Kot ya pun nak aku tolong recommendkan agak-agaklah. Irina? Taste kau macam tu bro? Euww!"

"You got me kidding bro, ala kalau kau nak tolong kenenkan carilah yang ala-ala Dian Ameena kau tu he he he."

"Cait! Ada hati rupanya pada buah hati aku? Kau jangan bro...tu aku punya."

"Yelah aku tahu, takkan nak back stab kawan sendiri iye ke idok? Asalkan kau cari sorang yang ayu jelita okaylah.."

"Insya Allah..tapi dengan syarat kau tak boleh dengan dunia kau sendiri!"

Zaim Armani hanya tersenyum dan berazam untuk mengubah tabiatnya yang suka tenggelam dengan dunia sendiri.


                                             ************************************

         Fath dan Dian berjalan beriringan menuju ke perpustakaan untuk berbincang tentang subjek yang ingin mereka ulangkaji sempena minggu peperiksaan nanti. Kebetulan Noah lalu di hadapan bangunan itu dari fakultinya. Zaim juga ada bersama.

"Eh Noah! Sini..." Panggil Fath.

"Hi girls, dah habis kelas? Weh aku baru sedar yang exam lagi dua minggu!" Luah Noah.

"Ceh, baru nak sedar habis tu selama ni kau tak sedarlah? Kau koma ke ha ha ha!" Perli Fath.

"Hmm..entah enjoy the life la apa lagi. Sudahlah ini final aku sebelum grad. Ah tension!"

"Eleh, tension konon tapi dean list jugak akhirnya! Gimik aje kau kan?" Tambah Fath.

"Kau nak cakap apa ni sebenarnya? Aku nak naik atas ada study group."

"Aku nak jemput korang datang rumah aku this weekend, kakak aku nak bertunang! Datang tau, kalau tak aku sembelih sekor-sekor." Fath melawak.

"Eh Kak Sharmaine yang jelita tu dah ada yang punya? Ingat baru nak tackle!" Gurau Noah sambil melihat reaksi Dian di sebelah Fath. Kelihatan gadis itu tertunduk menahan perasaan.

"Hoi! Langkah mayat aku dulu kau jangan sembarangan Noah, aku ni lama dah tak buka langkah. Jangan kau sesekali berani main kayu tiga atau empat di belakang atau hadapan Dian tau! Dan takkan sesekali aku terima dan restu kau jadi abang ipar aku NEVER!" Balas Fath.

Zaim dan Noah terhambur ketawa melihat reaksi Fath yang spontan itu.

"Gurau jelah...pukul berapa? Aku nak study la...banyak nak kena cover."

"Pukul sepuluh pagi. Kau jangan nak buat hal, bukan aku tak jemput okay! Datang jangan tak datang! Okay, kita orang nak naik dulu chiaw." Fath menarik tangan Dian naik ke tingkat atas perpustakaan.

Noah sempat menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat Dian dan melambai ke arah gadis itu.

"Dah kita ni tunggu apa lagi? Moh ler naik yoep!" Celah Zaim.

"Yelah yoep! Letak beg dulu yoep." Jawab Noah selamba.

Haih kawan aku dah tersampuk penyakit angau! Getus hati Zaim Armani.


   
                                                 ***********************************

        Usai pulang dari universiti pada waktu petang, Fath terus naik atas dan duduk di dalam biliknya untuk mendirikan solat dan membersihkan diri. Otaknya hanya memikirkan untuk bertemu Hakimi di alam maya sebentar lagi. Semenjak pulangnya ke tanah air, hanya sekali sahaja mereka berpeluang berpanggilan video menerusi Skype. Ini disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan pembelajaran tambahan lagi Hakimi juga sedang berperang dengan peperiksaan akhir semester tiganya  sama seperti Fath.

 "Assalamu'alaikum orang di Malaysia...sihat ke? Dah solat? Makan?"

"Wa'alaikumusalam, alhamdulillah....sihat hendaknya orang di sini. Baru sudah solat, makan kejap lagi."

"Ini mesti sebab nak Skype punya pasal tak makan lagi kan?" Tebak Hakimi tersenyum-senyum.

"Eh, tak adalah...Fath kenyang lagilah. Tadi kat kolej makan nasi that's why."

"Ehem, I see....Fath?"

"Will you keep your promise as you made before you left London?"

Fath memandang tepat dalam anak mata Hakimi yang penuh dengan pengharapan.

"Of course I do...no worries okay? The time will be arrives soon as the blink of eyes."

Hakimi tersenyum lega. Memang itu jawapan yang dia harapkan dari mulut Fath.

"I love you long time ago...once I've met you. But you know.."

"that I shy to confess it?" Pintas Fath sambil tergelak kecil.

"At that time...maybe should it be considered as a puppy love or whatever but just for you to know, I uphold this feeling till now until god gave me strength to confess to you. And I'm sure that it's only for you, Fath Dlina Rose..."

Fath tertunduk malu dan tersenyum simpul mendengarkan pengakuan julung kali dari Hakimi itu. Akhirnya...apa yang dia nantikan termakbul juga.

"Thank you...for liking me..and accepting me for who I am. Insya Allah we'll be together soon."

"Yeah, insya Allah...keep doa that will are destined together as husband and wife till jannah."

"Fath?"

"Hmm?"

"All the very best for you final semester three! You go girl, I believe in you babe, always..."

Fath tersenyum lagi. Lelaki ini tidak pernah putus asa meniupkan kata-kata semangat buatnya setelah kedua ibu bapanya.

"Thanks, you too! Strive for straight A's! Go Hakimi go!"

Mereka sama-sama ketawa dan berborak dalam beberapa ketika sebelum mengakhiri perbualan video tersebut. Lega rasanya apabila sudah bertemu muka di alam maya dengan buah hati yang nun jauh di sana. Omel Fath di dalam hati.


                                      *******************************************

       "Dian...terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini dalam hidup Dian. I love you till the last of my breath sayang..." Dikucupnya ubun-ubun gadis itu dengan penuh rasa kasih dan cinta.

Air mata Dian jatuh berguguran terlalu terharu. Lantas dia damai dalam pelukan lelaki itu yang selamat dinikahinya. Setelah pelbagai dugaan menimpa antara hubungan percintaan mereka, kini bahagia menjadi milik mereka jua.

Bunyi nada dering yang bingit dari telefon bimbitnya mengganggu tidurnya yang lena dibuai mimpi memaksanya bangun juga. Bunyi alarm di telefon dimatikannya. Sebelah tangannya menggosok matanya yang masih tidak celik.

"Aku mimpi ke tadi? Tapi...macam betul je tadi..." Omel Dian membuka kedua-dua belah matanya.

Dia lantas meraup mukanya dengan tangannya lalu melihat jam di skrin telefonnya.

"Baru pukul lima...hmm awal lagi!" Rungutnya lalu kembali baring di atas katilnya.

"Eh! Kata nak study ish Dian teruk sungguh kau ni, semalam bukan main niat nak bangun awal nak revision." Dia kini bangkit dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum memulakan ulangkaji sehingga waktu subuh dan kemudia sambung semula sehingga tiba waktu untuk ke kelas.

"Alhamdulillah...dah habis dua bab pagi ini." Luahnya sendirian di meja belajar. Jam di atas meja dikerlingnya menunjukkan baru pukul tujuh setengah pagi, masih ada setengah jam untuk dia bersarapan. Biskut Krim Krakers kegemarannya di ambil lalu dibancuhnya secawan milo segera sebelum dicicahnya biskut tersebut bersama dengan air milo tersebut. Mengancam!

    Sambil-sambil dia menikmati sarapan ringkasnya pada pagi ini, matanya tertatap akan kotak baldu pemberian Adam temph hari sebelum meninggalkan kota London. Tangannya mencapai kotak kecil tersebut dan dibuka untuk melihat isinya.

"Hmm...ini kalau tak ada dua tiga ribu Ringgit Malaysia jangan haraplah...Kalau setakat lima enam ratus pound sterling celah gigi je bagi Adam." Omel Dian sambil tersengij herot.

"Tapi....Adam ke semalam yang muncul dalam mimpi? Ish ini semua alarm clock punya pasallah! Tak sempat nak tengok siapa suami aku tu." Dian mendengus kecil. Bukannya senang dia nak dapat mimpi dan ini kali pertama dia mendapat mimpi sebegitu setelah berkali-kali solat sunat istikharah didirikan.



                                                   *********************************

      Noah turun dari tingkat atas biliknya untuk ke kelas pada pagi ini. Kelihatan dia tergesa-gesa menuju ke rak kasut untuk mengambil kasutnya untuk dipakai ke kelas. Puan Nasha Emily muncul dari dapur bersama sebuah dulang berisi teh o dan lempeng kosong kegemaran anak sulungnya itu.

"Along, meh sarapan dulu sayang...." Ajak umi Noah.

"Umi, along dah lewat ni nanti jammed."

"Tunggu! Umi bekalkan ya nanti makan kat universiti." Pantas wanita berusia separuh abad itu hilang kembali ke dapur untuk berkalkan anak terunanya itu sarapan, bimbang kelaparan.

"Here you go, bawa kereta hati-hati biar lambat asal selamat." Pesan uminya lagi.

Noah menyambut huluran bekal yang diberikan uminya itu lantas mencium tangan dan memeluk wanita itu seperti rutin harian yang biasa dilakukannya.

"Send my regards to daddy! All the best for the new projects." Ucap Noah sebelum masuk ke dalam perut kereta.

      Puan Nasha Emily hanya tersenyum melihat anak sulungnya. Begitulah hari-harinya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa di awal pagi. Menyediakan sarapan buat seluruh isi keluarganya kemudian membelai pokok-pokok bunganya di taman mini sementara menunggu adik iparnya menghantar Khaleef untuk dijaganya. Tidaklah dia sunyi sangat berada di rumah. Itu pun Natasha, kakak Khaleef sudah masuk darjah satu dan akan pulang ke rumah pada pukul satu ke sini dihantar oleh ayahnya.

"Assalamu'alaikum sayangku Datin Nasha Emily... morning!" Sapa Encik Razuan Wong setelah turun dari tingkat atas bersama beg kerjanya untuk ke pejabat.

"Wa'alaikumusalam! Ish terkejut saya tahu? Tak payah nak berdatin-datin la Datuk Razuan, mati nanti tinggal juga pangkat dan segala harta. Berkain kapan juga kita nanti. Jom breakfast." Ujar Puan Nasha Emily.

"Anak bujang kita mana? Tak nampak pun."

"Hmm dia dah pergi universiti dah bimbang jammed. Saya bekalkan dia lempeng takut lapar nanti."

Encik Razuan menggelengkan kepala dan tersenyum mendengarkan ayat-ayat dari isterinya itu.

"Dah besar panjang pun masih nak berbekal macam zaman sekolah ke? Haih malu saya!"

"Apa salahnya, makan dekat luar tu belum tentu dijamin bersih okay."

Encik Razuan Wong malas nak berdebat di pagi hari dengan isteri tercinta tentang hal remeh temeh, dia lebih tertarik dengan surat khabar The News Straits Time di atas meja makan itu.

"Marilah minum sekali sayang....nanti saya rindu." Kata daddy Noah pada uminya.

"Ish, manja sungguh daddy Noah ni!"

"Like father like son. Lunch nanti abang tak balik sebab ada lunch date dengan client."

"Pasal projek baru dekat Australia tu ke?"

"Yup, we will be discussing our last proposal before proceed to the next level. Hopefully we will get the project." Encik Razuan mengiyakan kata-kata Puan Nasha.

"Then, I will train our son to manage all the projects and all things related to the company. Once he's okay and know how manage it, I can retire and play along with my cute grand kids!"

Puan Nasha tergelak-gelak tak sangka itu perancangan jangka panjang suaminya nanti. Tetapi dia pun sama sebenarnya tak sabar ingin menimang cucu sendiri. Maklumlah, umur pun makin meningkat dan lanjut. Teringin nak tengok anak-anaknya mendirikan rumah tangga dan bahagia dengan kelaurga masing-masing sebelum mereka menutup mata.


*****************************************

            Dian melintasi perkarangan Student Center untuk ke perpustakaan bagi mengulangkaji pelajaran sementara untuk masuk ke kuliah seterusnya. Tanpa dia sedari, Noah memanggilnya dari belakang. Tanpa berlengah dia terus menoleh ke belakang.

"Dian! Jom minum sama nak?" Pelawa Noah.

"Uh? Dian nak buat revision, sorry....ajak orang lain okay?"

"Please...Noah bawa bekal ni, lempeng umi buat."

"Wah...lempeng! Sedapnya, lama dah Dian tak makan lempeng."

"Okay, jom la makan sekejap lepas tu buatlah revision. Alright? I promise, it won't take long time."

Dian menjadi serba salah. Akhirnya dia akur dan duduk di hadapan Student Center untuk menjamah lempeng umi Noah itu.

"Sedap?"

"Hmm...the best ever lempeng after my mama's!"

"Kan! Rugi siapa tak rasa... ini namanya 'Pancake Malaysia' ha ha ha!"

Dian tergelak kecil mendengarkan Noah memberi nama pada lempeng uminya.

"Senang sangat buat ni! Cuma tak ada dapur dekat hostel kalau tak hari-hari Dian makan lempeng."

"Wah...senanglah nanti bila kita dah kahwin Dian buatkan Noah lempeng for breakfast!"

Dian terkesima lalu telan liur. Boleh pulak lelaki ini buat derk dan selamba badak.

"Eh thanks ya for this fabulous lempeng! Send my thanks to umi too, bye!"

"Dian! Tak minum air dulu ke nanti tercekik?"

"Uh? Tak apa...Dian dah biasa makan tak minum air."

"No...here drink first!" Arah Noah menghulurkan botol airnya kepada gadis itu.

      Setelah dipaksa dan didesak, Dian pun meneguk air mineral dari Tupperware Noah untuk menghilangkan dahaganya dan mengelakkannya daripada tercekik. Orang kata kalau kita minum dari bekas minuman yang sama orang itu minum maksudnya kita 'cium' mereka seperti Nabi Muhammad lakukan terhadap bekas minuman Saidatina Aisyah. Romantik! Tapi Dian tak meneguk pada bekas Tupperware itu, dia hanya meneguk tanpa mulutnya terkena pada bekas tersebut.

"Okay thanks buddy! See you later bye.." Ucap Dian tanpa menunggu Noah berkata-kata.

"Hmm..so funny and cute." Omel Noah sambil tersenyum melihat telatah Dian.


                                    ********************************************

       Sudah masuk dua minggu gadis itu pulang ke bumi Malaysia. Hanya sekali mereka berhubung melalui mesej mengatakan bahawa dia sudah selamat sampai di sana. Lega apabila mendengar khabar darinya walaupun cuma sekali. Angin sejuk menampar pipinya tidak dipedulikan, mungkin sudah terbiasa dengan cuaca sedemikian. Kopi panas yang dipesannya dihirup sedikit demi sedikit.
    
    Satu demi satu detik mereka bersama diingatinya tatkala dia merindui gadis bertudung manis itu. Hanya tuhan yang tahu betapa dia merindui gadis bernama Dian Ameena itu. Kalaulah dia punyai magis akan dia terbang pulang ke tempat dimana gadis itu berada sekarang.

"Dian...I miss you so much." Ungkapnya sendirian.

 "You know what Dian, if you be the cage, I would be the bird and if you be the flower, I would be the sun to always shine you bright. If we're meant to be together, we would always complete and integrate each other."

Dian tersentak tak sangka lelaki ini pandai berpuitis rupanya. Saat ini mereka menikmati keindahan di Bath salah satu bandar yang ada di bumi England yang penuh dengan sejarah. Udara yang segar serta pemandangan yang cukup mengagumkan memukau mata Dian.

"No matter how you deny the feeling of love, when the time is arrive...and if He said yes, you can't no longer run from it. It's a destiny Dian."

Sekali lagi Dian terkedu kehilangan kata-kata untuk diungkapkan. 

"It's okay...I will never force you. Bila tiba masanya, andai kita ditakdirkan untuk bersama I wish at that time you could accept me with your whole heart. We will build our family, our hapiness and grow old together."

Sepi antara mereka disaat ini. Hanya bunyi burung yang berkicauan menghiasi taman tempat mereka kunjungi itu disamping bunyi keriuhan kanak-kanak bermain.

Bunyi deringan dari telefon bimbit Adam mematikan lamunanya serta merta dan mengambil terlefonnya dari poket seluar lalu dijawabnya.

"Yes, okay I'll be there in ten minutes. Sure, no problem. Alright see you at office!" Katanya pada si pemanggil di hujung talian. Selesai bercakap di telefon, dia memanggil pelayan untuk bilnya sebelum beredar dari kafe tersebut dan berjalan menuju ke pejabatnya di Ritz Carlton.

                                        
                                      **********************************************
  
     "Fath, nanti aku nak pergi buat umrah lepas exam ni. Kau doakan semuanya dipermudahkan dan aku selamat pergi dan selamat balik ya?" Tutur Dian tentang pemergiannya ke tanah suci nanti.

"Ya Allah...akhirnya sampai juga seru untuk kau jejakkan kaki di kota suci Dian! I'm happy for you my darling. Nanti kau doakan aku supaya cepat dapat jodoh dengan Hakimi okay?"

"Ha ha ha insya Allah...amboi pasal jodoh laju je ye. Aku pergi sana nak melawat cik su aku sekali. Rindu sangat dah ni, tak menahan. Jangan risau aku doakan semua yang baik-baik untuk kau. Untuk aku semestinya! Kau nak kirim apa-apa tak?"

"Hmm...air zam-zam ala kazam! Rindu nak minum air tu, dah lama tak merasa. Nanti beli kismis dengan kurma sekali ya aku bayar nanti."

"Insya Allah, setakat benda macam tu pun nak bayar? Aku tahulah kau ni anak tauke hotel, kot ya pun aku tak adalah kedekut sangat nak belanja kau kismis sebiji dua ya ke idok ha ha ha."

Fath mencebik tahu Dian memerlinya. 

"Ha!"

"Oh mak kau pocong sewel! Eh pocong sewel kepala hotak kau! Astaghfirullah...Fath! Haih, jahatnya kau weh...."

Fath gelak sakan mendengar sahabatnya itu melatah.

"Ha ha ha! Serius kelakar beb... Tak aku nak ingatkan kau bila kau pergi sana nanti jangan lupa doa banyak-banyak minta Dia beri kau petunjuk yang mana satu pilihan yang terbaik, N atau A ha ha ha."
Kata Fath memaksudkan Noah dan Adam yang Dian tak tahu yang mana satu patut dipilih.

"Of course! Itu main point aku kot selain nak jumpa my beloved Cik Su Madeena." 

"Ok bagus. Harap-harap bila kau balik boleh tempah dewan dan katering! Aku nak cup jadi pengapit kau tau! Meja aku meja VVIP since aku best friend kau." Kata Fath selamba.

"Cewah! Demand kau ya? Oh kau tunggulah bila kau kahwin nanti...siaplah aku kerjakan!" Balas Dian tak nak kalah.

Fath hanya tergelak sakan dan tidak takut dengan kata-kata sahabatnya itu. Paling tinggi dia akan minta duduk dekat kerusi VVIP seperti permintaanya tadi. Tak pun, belanja dia macam-macam. 

No comments:

Post a Comment

nuffnang