Friday, 17 July 2015

Bukan kad raya


Berlalulah sudah Ramadhan mulia
Syawal pula menampakkan diri
meraikan kemenangan yang dikecapi
 selama sebulan lamanya
menahan lapar dan dahaga 
serta nafsu seumpama


Andai ini ramadhan terakhir, terpaksa direlakan
selamat jalan buat diri sendiri
menempuh alam di dunia baru
setelah bumi ini
menghadap Yang Maha Esa
Allah


Cinta padanya mungkin belum menyeluruh
malah tidak sepenuhnya lagi
diisi dengan amal ibadat yang diredhai
menggapai rahmat satu-satunya dari Dia
mengumpul pahala berlipat ganda


Melaluinya selama sebulan bagaikan sekilat petir
sangat sekejap dan tak terasa
sudah di penghujung
dengan penuh teruja di hati
menyambut hari yang dinanti


Maaf maaf dan maaf
buat kamu kamu dan kamu
yang sedang membaca kata demi kata di ruangan ini
kiranya sudilah terima maaf ini yang tak seberapa
andai ada patah kata yang secara tak sengaja mahupun sengaja 
telah terguris atau mengguris hati kalian
kira kosong-kosong alright?

Pada yang balik ke village la katakan
tolonglah pandu dengan berhemah ya semua
beringat-ingatlah sebelum kena
kalau dah kena menangis tak berlagu tau

Muah, salam mubarak peeps!