Monday, 13 July 2015

The Healing Love - Part 29




Oktober, London.

      
         Betapa gembiranya mereka sekumpulan pelajar yang terpilih dari universiti Malaysia berpeluang untuk membuat semester pendek di bumi ratu, kota London yang sememangnya terkenal di seantero dunia. Akhirnya, buat pertama kali seumur hidup Dian Ameena dia menjejakkan juga kaki di sini yang menjadi impiannya sejak kecil lagi. Perjalanan yang sungguh menyeronokkan ditemani dengan Fath, Noah dan tiga puluh tujuh sahabat yang lain.

         Mereka sekumpulan menaiki penerbangan Malaysia Airlines yang ditaja oleh pihak universiti sendiri manakala makan dan minum di sana atas diri masing-masing. Itu pun sudah cukup bermakna buat diri Dian. Inilah juga kali pertama dia berasa menaiki kapal terbang yang makan masa lebih kurang tiga belas jam lamanya. Nasib semuanya berjalan dengan lancar.

" Finally, we are in London! Hello my hometown!" Jerit Fath setelah sampai di lapangan terbang Heathrow, London.

"Alhamdulillah...aku pun happy yahoo!" Dian turut teruja.

"Okay, jom berkumpul dulu. Dia orang nak bagi taklimat." Ajak Noah.

        Lantas mereka semua berkumpul di satu sudut di lapangan terbang tersebut sebelum dibawa ke tempat penginapan selama berada di sini. Paling menerujakan Dian dan Fath apabila mereka dapat satu apartment seperti yang mereka kehendaki setelah menyatakan hasrat mereka kepada Prof.Dr.Emran selaku ketua penyelaras program pertukaran.

       "Alright students, I hope you get all the information told just now clearly. Please don't hesitate to inform me or Dr. Adriana and Mr.Danial if there's any problem. Please take care of yourself here and taking care of each other, we are just like a family and we just have us. So, lastly hope you all enjoy this trip . Thank you." Ujar Prof.Dr.Emran kepada sekumpulan pelajarnya.

       Usai mendengar taklimat, mereka dibawa ke tempat penginapan masing-masing yang terletak berhampiran dengan universiti dengan menaiki bas. Kelihatan bumi London sungguh indah dan sibuk dengan kunjungan pelancong dari seluruh negara. Dalam kepala Dian sudah tergambar tempat-tempat menarik yang mesti dikunjunginya sementara berada di sini. Fath mesti tahu selok-belok jalan kat sini. Yalah, tempat dia duduk bertahun lamanya sejak kecil lagi di sini.
      


                                  ***************************************************

            Sesampainya mereka di apartment yang telah disediakan oleh pihak University of London, mereka terus dibawa dan dibimbing oleh sukarelawan dari universiti berkenaan untunk menunjukkan tempat yang bakal didiami dan apa-apa yang berkaitan dengan universiti yang sepatut mereka tahu. Satu apartment hanya dibenarkan lima orang sahaja penghuni namun disebabkan mereka datang dalam kumpulan yang kecil dan tidak sama dengan jumlah pelajar yang sedang bercuti yang meninggalkan bilik kosong, jadi pihak universiti mengarahkan supaya mereka tinggal sekali dengan sukarelawan yang menjaga mereka.               

          Elisa Sandra Wilson selaku sukarelawan Dian dan Fath yang berasal dari Birmingham sangat mesra dan baik orangnya menunjukkan apartment yang bakal Dian dan Fath duduki. Elisa merupakan pelajar jurusan Journalism tahun tiga manakala teman serumah yang lain Taylor Elizabeth seorang pelajar dari jurusan seni bina yang memang berasal dari kota London. Maya, teman seuniversiti Dian dan Fath turut tinggal bersama mereka. 

"Masya Allah! Cantiknya apartment dia. Dari luar dah nampak gah inikan dalam bilik, cool gila!" 
Dian terkesima melihat reka bentuk dalaman rumah apartment dan biliknya itu. Bilik dia di rumah pun boleh kalah.

"Hey! Tak kemas lagi? Jomlah cepat Elisa dah tunggu tu nak bawa pergi round campus." Ujar Fath dari luar muka pintu.

"Fath my darling! Kalau macam ni la environment dia, aku tak balik pun tak apa. Syok!" Luah Dian jujur.

"Ewah ewah kau...sekarang baru kau tahu kan kenapa aku sedih gila masa nak kena balik duduk Malaysia dua tahun lalu? Itulah orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Dah, cepat siap!"

"Oh my London..." Dian sudah angau dan jatuh cinta dengan kota metropolitan ini.

                                                   

                                           **************************************

         Sekali lagi Dian dan Fath terpukau dengan kecantikan dan kecanggihan segala yang ada di University of London ini. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara seperti kad matrik yang hanya perlu scan di luar bilik kuliah sebelum masuk untuk menandakan kehadiran, tak perlu tanda tangan dan sebagainya. Selain itu, kecanggihan sistem yang ada pada setiap bilik kuliah dan tutorial sungguh menarik perhatian kedua gadis Malaysia ini. Macam jakun pula. 

       "Alright, this is my Faculty of Mass Communication. Everyday I just walk or by riding bicycle. You can rent it from bicycle center of the university. Just give your matrix card for FOC, free of charge. And then, you guys can have some food at there in the front from here, which is called cafeteria. Come I show you more so that you won't be lost starting tomorrow." Jelas Elisa yang sangat murah dengan senyuman.

"Fath....oh my handsomenya mat saleh tu! Mancung gila hidung dia. Tinggi pulak tu. I like!" Dian menunjukkan ke arah seorang lelaki Inggeris yang sedang berjalan bertentangan dengan mereka.

"Hish kau ni, jangan curanglah! Noah tu apa kurangnya? Ada darah mat saleh jugak kan. Pastu ada darah Cina campur India lagi , Satu Malaysia gitu. Lagi awesome!" Jawab Fath.

"Alah...aku nak yang pure mat saleh Fath. Baru comel anak-anak aku mata hijau, biru ahhh seronoknya!"

"Kalau muka je handsome buat apa? Perangai macam setan! Dia orang punya life tak sama macam kita Dian, dia orang pergi clubbing every night, then get drunk, perempuan bertukar ganti macam baju. Eee aku tak naklah...baik aku cari mat Malaysia!" Fath mengomel pada Dian.

"What? Seriously? Kalau gitu aku pun tak nak la..." Dian menjawab dengan sedikit nada kendur.

        Sedang mereka memerhati sekeliling kawasan universiti bertemankan Elisa, tiba-tiba satu suara garau yang amat dikenali menyapa mereka dari belakang. Noah!

"Hi girls, assalamu'alaikum! How you guys doing?" Soal Noah dengan senyuman manisnya.

"Amboi...sejak sampai kat London tak sampai enam jam dah kelu lidah nak cakap Melayu?" Perli Fath.

"Heee...sorry...eh maaf! Korang dah habis buat tour ke? Amacam best?" 

"Gila tak best! Terbaik macam ni!" Fath menaikkan ibu jarinya sebagai tanda bagus.

"Cool! Erm...nanti kita spend time sama-sama lepas ni. Apartment Noah dengan korang tak jauh, just two blocks away. Noah duduk sekali dengan Zaim dan Kevin. Ini ke 'kakak' angkat korang? Hmm nice...with blonde and blue eyes!' Noah sengaja berseloroh.

"Ehem! English please..." Mike Lewis, 'abang' angkat Noah berdehem di tepinya. Boleh tahan kacak juga orangnya, getus hati Dian.

"Oh sorry! Well this is my friends Dian Ameena and Fath Dlina Rose. They are in Communication course but we are in the same group for the exchange program. Dian, Fath....this is Mike." Ujar Noah.

"Hi! Nice to meet you Mike. Which faculty are you from?" Soal Dian.

"Hi sweetheart! Oh, I'm from Faculty of Economy and Business Studies same as well as Noah."

Sweetheart? Bila masanya aku jadi buah hati mat saleh ni? Kenal pun tidak, suka hati panggil 'sweetheart'. Omel Dian di dalam hati.

"Hello, I'm Elisa....well as you guys can expect I'm the person in charge for this beautiful ladies. It's great to have you here in this university."

"Elisa? From Faculty of Mass Comm majoring in Journalism? Cheerleader for the basket ball team?" Tanya Mike ingikan kepastian.

"Yes, it's me. Hi, nice to meet you mr.captain." Elisa membalas dengan senyuman yang paling manis.

          Rupanya barulah mereka tahu yang walaupun si dua-dua mat saleh ini satu universiti tetapi baru kali ini dia orang kenal dan bertegur sapa. Selama ini hanya kenal nama dan nampak dari jauh sahaja. Tak sangka, Mike seorang ketua pasukan bola keranjang universiti itu dan terkenal satu kolej dengan ketangkasannya bermain dan menjaringkan gol ketika perlawanan. Elisa pula menjadi ahli tukang sorak untuk pasukan bola keranjang itu setiap kali ada perlawanan. Macam berjodoh.

                                    

                                          ****************************************

         Petang itu, Dian menghubungi mamanya dengan membuat panggilan video melalui Skype bagi memaklumkan tentangnya yang sudah selamat sampai dan baik-baik sahaja. Mama tumpang bahagia dan gembira dengan Dian yang berpeluang untuk ke kota London yang sememangnya menjadi impian anak gadisnya itu.

         Setelah berborak dengan Puan Maria, Dian, Fath dan Maya dibawa oleh Elisa untuk makan malam di salah sebuah restoran halal yang terkemuka di London. Pokok kata, kalau pergi ke London tak sah kalau tak singgah makan di restoran tersebut. Mike,Noah, Zaim dan Kevin turut sama makan bersama dengan mereka demi meraikan ketibaan mereka di bumi ratu.

        Fath juga memberitahu restoran tersebut merupakan tempat makan kegemaran dia selama tinggal di sini. Tak jemu-jemu dia singgah makan di sini tiap kali tekaknya nak makan makanan barat. 

"Mike, if you want to know that is your so-called-foster-brother is also a basket ball captain and he's so famous in the university." Fath memberitahu Mike ketika mereka duduk semeja semasa makan malam.

"Oh..he never tells me. He said he play tennis and go to the gym during past time." Mike membalas sambil memandang Noah dengan harapan lelaki itu menceritakan dengan lebih lanjut.

"I bet you must a great player of basket ball! I'm just an ordinary one." Ujar Noah dengan rendah diri.

"Eleh, ordinary apa bendanya. Yang menang perlawanan kat Bukit Jalil hari tu apa? That's extra ordinary. Malaysia versus Singapore lagi!"

"Erm...have you been in Malaysia before Mike?" Dian mengubah topik perbualan.

"Oh...yes I had twice. We had backpacking during summer season last two years and the second one was a trip to an island, Langkawi for LIMA."

"Fantastic! What about you Elisa?"

"No...I've never been in your home country but I've heard of that name of country often. There's the tallest land mark in your capital, Kuala Lumpur called KLCC right? Oh and Petronas twin tower!  I also know from the magazine and books that Tun Doctor Mahathir was the longest that lead as prime minister."

"Exactly, he is the best leader! I love him." Celah Fath lagi. Bangga apabila gadis Inggeris itu tahu serba-sikit pasal negaranya.

"Seems like your face is familiar Fath. Do you have English blood in your family?" Soal Mike tertanya-tanya kerana melihat wajah Fath yang putih dan berhidung mancung persis mat saleh di sini.

"Actually, I do. My grandfather is an English and my grand nanny is Malaysian mixed with Arab. So, my daddy looks alike an English man. That's why."

"I see...but seems I've seen you before in some of the news paper maybe? Or magazine?"

"Erm...maybe the face was alike as me? You know, there are seven people look alike in this world? Amazing right?" Fath berkata lagi.

"Yeah! Business Buzz Magazine! You and your family....regarding the Ritz Carlton empire and legacy. So you are the grandchild of Doughlas Omar! Wow!" 

    Semua mata memandang ke arah Fath dan melompong dengan kenyataan yang diucapkan oleh Mike tadi.
Fath jadi serba tak kena. Kalau boleh dia tak mahu sesiapa tahu  siapa  dirinya yang sebenar dan keluarganya. Bimbang ada yang ingin mengambil kesempatan sesuka hati mak bapak dia je. Cukuplah sekali dia terkena pada satu ketika dahulu pada usia dua belas tahun. Dia didampingi oleh musuh-musuhnya yang kononnya ingin berbaik dengannya padahal inginkan duit dan segala hartanya.

"Don't worry honey, we will treat you as asual and like other friends. No hard feelings sweetie!" Mike menyedapkan hatinya.

"Come enjoy the food! How scrumptious they are. Hmm I love the butter prawn and barbecue!" Noah cuba menceriakan susasana.



                                            *************************************


Hi dear my sweet honey pumpkin, how are you doing? Still jet lag? Miss you so much. ~Hakimi

Hello beb, miss you too! I'm doing great, had used with the jet lag. Where are you?

In front of your block :)

Seriously? No kidding pls.. tembak kang!

Betul cuba turun tengok. Ke nak I naik hmm? 

No! Okay, tunggu kejap. I turun...

       Bagaikan ribut taufan Fath menukar bajunya dan menyarungkan sweater di badan bimbang cuaca sejuk di luar. Musim sejuk sudak dekat kerana sudah hampir ke penghujung tahun. Dia terlupa nak bagitahu pada Dian yang berada di dalam biliknya itu dek kerana bimbang Hakimi sedang menunggu lama.

"Hakimi! Hi, sorry...nak cepat tadi itu yang nampak selekeh. Lama tunggu ? Baru habis kelas? "

Lelaki itu tersenyum sebelum menjawab "Not really...just finished last class. You pakai apa pun tetap cantik sayang..."

Fath telan liur. Aku salah dengar ke tadi? Aku tak pekak lagi. Ah biarlah.

"Fath? You free now? Jom teman Hakimi makan, lunch tadi skipped tak sempat sebab ada discussion."

"Uh? Erm...pakai macam ni? Ala, kejap bagi sepuluh minit boleh? Malulah, dengan seluar lusuh semua ni. Lagipun Fath tak bawa purse. Boleh tunggu kejap?"

"Okay, be quick!'

Pantas Fath berlari naik ke atas tingkat lima apartment yang dia diami untuk menukar baju dan mengambil purse. Hakimi punya pasal sanggup dia turun naik bangunan tinggi itu. Nasib ada lif untuk naik dan turun tak adalah dia semput tak pasal-pasal.

"Hoi, kau pergi mana? Terkejut aku kau tak ada dalam bilik. Dah la purse tak bawa." Dian membebel sejurus Fath masuk dari luar apartment.

"Sorry, Hakimi datang kat bawah tu. Aku nak pergi makan dengan dia dekat-dekat ni. Eh, jom sekali?"

"Hakimi? Anak siapa pulak ni Fath? Setahu aku group exchange kita tak ada nama Hakimi."

"Ish, kawan lama aku yang aku cerita kat kau hari tu! Jom cepat siap."

"Oh..katalah buah hati intan payung. Erm..tak menganggu kau orang dating ke?"

"Dating kebendanya, keluar makan je pun. Boleh aku introduce kau pada dia and kau boleh tengok dia handsome ke tak."

Terus Dian melompat bangun dari sofa mendekati Fath.

"Aku nak ikut! He he he..." Ujar Dian teruja. Inilah saat-saat yang ditunggunya untuk melihat buah hati yang berjaya mencuri hati Fath Dlina Rose.


                                *****************************************************

    "Sorry...Fath bawa my best friend dunia akhirat, Dian Ameena. Dian, inilah Hakimi best friend aku jugak macam kau heeee. So nak makan kat mana?"

"Assalamu'alaikum...saya Dian Ameena. Panggil Dian je." Dian berbasa-basi dengan Hakimi. Dalam hati tak habis memuji betapa ganteng lelaki ini yang sudah lama mencuri hati sahabat baiknya ini. Nampak serasi sangat mereka berdua tambahan dengan Fath yang 'gila-gila' itu.

"Oh inilah Dian yang selalu Fath ceritakan...cantik orangnya seperti namanya jugak."

"Harap cerita yang baik-baiklah...yang tak baik itu fitnah belaka he he he." Balas Dian sambil mengerling ke arah Fath.

      Hakimi hanya tersenyum seraya mengajak mereka berjalan menuju salah sebuah kafe yang berdekatan dengan apartment yang mereka tinggal. Mencari tempat makan di sekitar universiti tidaklah susah kerana universiti tertua itu terletak di tengah-tengah bandar. Cakap je nak makan apa, semua ada! Nak makanan barat, melayu, thai, cina dan pelbagai lagi.

"Rindu gila nak lepak kat Hyde Park, study biology, buat add math sama-sama then makan ham burger. How I miss all those moments...and how time flies so fast." Luah Hakimi tatkala memesan menu kepada pelayan lelaki kafe tersebut.

"Mee too! Rindu sangat-sangat...kalaulah boleh diputarkan masa macam Doraemon buat tu, dah lama dah Fath buat. But, this is the reality. We are getting older and matured. Dah boleh kahwin dah pun."

"Hmm...dah jumpa abang Hakim? Lama jugak tak jumpa dia, yalah universiti lain-lain Kita University of London (UOL) dia pulak King's College London nuh." Kata Hakimi kepada Fath. Dian hanya memerhati dan mendengar sejak tadi.

"Oh sebut pasal Abang Hakim, daddy dengan mama ada kirim barang pada dia. Nasib baik Hakimi sebut tadi. Biasalah orang ambil masters, sibuk mengalahkan perdana menteri. Cuti hari tu mana dia balik pergi holiday ke mana entah tour Europe kot dengan kawan-kawan. Kata rindu apalah, mengada aje abang tu." Balas Fath.

Hakimi tersenyum seraya memandang Dian pulak yang setia mendengar perbualannya dengan Fath.

"Aunty Ana and Uncle Iman sihat? Oh, I'm so sorry about your tok nanny Fath.."

"Thanks, dah sampai masa dia pun...tak lama lepas balik dari London seminggu tu dah tak ada. Mama and daddy okay, sihat....Kak Sharmaine pun sihat plus plus sejak balik Malaysia."

"So, how's London Dian? Jet lag? First time ke datang sini?" Soal Hakimi.

"Erm...great and amazing! Aah penat tiga belas jam asyik duduk bangun dalam flight, naik kematu punggung. First time Dian berpeluang jejak kaki kat sini kalau tak sebab belajar haih entah bila la dapat merasa. Lain la orang sebelah ni, London ni tempat berak bagi dia." Dian memerli Fath.

"Tapi aku ni orang Malaysia...tanah tumpah darahku di bumi Malaysia, besar je kat sini. Itu pun nak kecoh. Banyak lagi negara yang belum aku pergi tahu? Kira kau beruntung tau dapat sampai ke sini daripada tak pernah langsung." Bebel Fath mempertahankan diri.

"Fath...Fath...you never changed! Asyik nak menang je. Just ignore this daddy's little girl, she's too spoil brat sejak dulu Dian."

"Hello! What did you said? Siapa yang manja sebenarnya, siapa yang dulu menangis kat tepi sekolah merayu -rayu dengan ayah dia tak nak masuk kelas? Oh please..give me a break!"

"Cerita lama...dah tutup buku pun. Masa zaman innocent tak tahu apa-apa."

Fath mencebik tanda protes dan tak mahu kalah, Dian dan Hakimi tersenyum melihat gelagat Fath.

           Dalam dua jam mereka bertiga meluangkan masa di kafe tersebut sambil makan dan bercerita tak kurang mengenangkan semula kisah-kisah zaman dulu-dulu yang penuh dengan memori. Kemudian, Hakimi menemani Dian dan Fath pulang ke apartment mereka sebelum dia balik ke rumahnya yang berada di East London.

           Rindunya pada sahabat teman tapi mesra telah pun dilepaskan walaupun dalam beberapa jam sahaja. Masih ada banyak masa untuk berborak dan lepas rindu dengan Fath nanti. Gumam dalam hatinya sambil melangkah pulang ke rumahnya. Hatinya kini kembali berbunga-bunga dengan kehadiran seorang Fath Dlina Rose yang amat dirinduinya.


                                  ********************************************

    "Fath!!! Gantengnya buah hati kau Fath! Dia asal mana? Macam comel je macam comel je hmm?" Dian menggerakkan kening sebelahnya.

"Dia asal KL la...ayah dia Malaysian tapi mak dia keturunan Jawa belah Bali rasanya campur Jerman. Mak dia memang cantik banget, awek muda. Lepas kahwin dengan ayah dia, mak dia dapat warganegara Malaysia then beberapa tahun kemudian buka bisness dekat London ni ha." Jelas Fath.

"Oooh...anak orang kaya la ni? Hee...cocok sangat dengan kau. Eh bapak dia buat business apa?"

"Property business and real estate something like that macam daddy Noah. Why?"

"Ooo...elok sangatlah tu, anak tauke hotel dengan anak agen hartanah bergabung boommm! Meletop!" Dian galak menyakat teman baiknya.

"Eeee aku pun tak sure yang dia suka ke aku ke tak. Lagipun dia mana pernah confessed apa ke? Entah-entah aku je yang syok gila bayang ke dia!" Luah Fath.

"Itu masa zaman budak-budak, malu nak luahkan rasa cinta. Sekarang dah matang, lagi kuat rasa cinta tu! Kau buatlah dia confess kat kau Fath. Lelaki ini, kadang malu lebihkan perempuan. Dunia dah berubah ha ha ha. Tak macam Noah, malu tak malu dia belasah je main luah bagai."

"Untunglah siapa dapat Noah tu...tak payah tunggu kucing bertanduk nak tungguh confess bagai. Hai memang buta hati siapa yang tolak cinta si mamat tu. Dah la ranggi, ganteng, berada pulak tu. Tak cukup tu, jaga solat, puasa bla bla bla.."

Dian menepuk bahu Fath membuat sahabatnya itu sedikit tersentak.

"Ish, aku cakap pasal buah hati kau, si Hakimi. Dah kenapa masuk pasal Noah pulak?"

"Eh, betul apa aku cakap. Kes aku ni sama dengan kes kau cuma bezanya tentang 'confession' towards their girl. Ada faham?"

"Mana tahu kedatangan kau ke sini kali ini dia akan confess? Well, who knows?" Dian cuba menyedapkan hati Fath.

"Dahlah malas aku cakap pasal benda ni semua, just go with the flow and may the good news will appear to me and you. Aku nak tidur, tiba rasa mengantuk bila cakap pasal benda ni. Daaa!"


                                      *****************************************

         Hari Isnin, kelas bermula mengikut jadual yang telah diberikan kepada mereka sebelum tiba di London lagi supaya lebih bersedia. Berkobar-kobar semangat pada hari pertama kelas di University of London yang semestinya akan menimba pelbagai pengalaman manis dan paling menyeronokkan dalam hidup Dian Ameena apatah lagi Fath. Pagi itu mereka beriringan berjalan menuju ke universiti tersebut dengan penuh bersemangat.

        Kelas pertama pada hari ini merupakan sesi suai kenal antara para pelajar yang mengambil jurusan sama seperti mereka iaitu Komunikasi. Kehadiran mereka sememangnya dialu-alukan dengan hati yang terbuka. Dian dan Fath turut diperkenalkan dengan Ketua Koordinasi yang menguruskan mereka sepanjang pengajian pendek di sini iaitu Dr.EricThompson dan pensyarah di fakulti dalam bidang tersebut.

       Setelah sesi perkenalan, mereka dibawa untuk ke dewan kuliah bagi memulakan sesi kuliah bersama pelajar di sini. Hari ini persahabatan baru banyak terbina antara Fath, Dian dan rakan sekelas bagi jurusan komunikasi. Apabila mereka berada di antara lautan pelajar antarabangsa itu, sungguh mereka akan tenggelam dek kerana ketinggian mereka yang jauh lebih tinggi dari mereka berdua mahu lelaki atau perempuan.


 "Dian, jom ke kafe? Hauslah..." Ajak Fath setelah keluar dari bilik kuliah.

"Hmm next class is at 10.00a.m so okay!" Dian menjawab dengan senang hati sekali.

       Usai membayar makanan dan minuman di kaunter, mereka mengambil tempat duduk di suatu sudut di kafe dan masing-masing menikmati hidangan yang dibeli tadi. Semangat punya pasal, ketika keluar dari rumah pagi tadi mereka hanya minum segelas milo sahaja tanpa makan apa-apa sebagai alas perut.
Tanda sedari, Hakimi muncul dari arah belakang Fath menghampiri meja mereka duduki.

"Fath Fath....dia datang! Dia datang!" Dian memberi isyarat kepada Fath

"Siapa?"

"Tu...." Dian menjuihkan bibir ke arah datangnya lelaki itu.

Dengan pantas Fath menoleh ke belakang dan melihat 'buah hati' dia sedang datang kepadanya dengan senyuman manis yang bisa mencairkan mana-mana gadis.

"Hello girls, hari ni dah ada kelas?"

"Yup! Okaylah kelas dia...not bad. Dari mana?" Soal Fath pulak.

"Library. If you don't mind, may I join you guys?" Pinta Hakimi.

"Sure! Come...what would you like to have? Cofee or tea?"

Hakimi tersenyum manis sekali lagi. Lucu barangkali melihat gelagat sahabat baiknya itu yang memang tidak berubah sejak dulu.

Tanpa segan-silu Hakimi mencapai cawan Fath yang berisi teh o suam lalu dihirupnya. Fath memandangnya tak berkelip. Dian pun sama.

"Hakimi! Suka sangat buat macam ni, you never changed. Kalau nak, Fath boleh ambilkan yang lain."

"Yang tu tak sedap, yang ni lagi sedap!" Balas lelaki tersebut.

Fath ketap bibir dari marah. Namun, di dalam hatinya suka akan perilaku Hakimi itu tapi malu menyelubungi seluruh dirinya saat ini.

"Hari ini kelas sampai pukul berapa?" Tanya Hakimi.

"Dua belas, kenapa?"

"Nak ajak lepak taman. Throwback..." Senyum Hakimi pada Fath.

"Nak! What time?"

"Lepas kelas la...tunggu dekat main entrance tau. Don't go anywhere selagi Hakimi tak datang."

"Okay bos! Dian jom sekali?"

Dian serba salah, seperti dengan kehadirannya nanti akan mengganggu mereka berdua pulak.

"Errr...tak apalah korang pergilah. Dian okay je, nanti Dian terus balik  apartment."

"Ala, jomlah....jalan-jalan! Cantik tau Hyde Park, ada swans...ada cute birds...greenery scenery and many more." Fath masih tidak mahu mengalah.

"Aku pergi lain kali okay? Lagipun aku rasa macam sejuk semacam badan ni, mungkin tak adjust lagi dengan weather kat sini." Jujur Dian lagi.

"Kau demam ke?" Fath meletakkan tangannya di dahi Dian.

"Tak...cuma terkejut kot. Yalah mana nak sama cuaca Malaysia dengan London. Kau lainlah, dah biasa dengan cuaca kat sini. Kau pergilah dengan Hakimi."

"Okay, tapi kalau ada apa-apa terus call aku tau! Kau ni mana boleh jangka. Demam pun boleh masuk hospital macam hari tu. Nasib Noah alert."

"Noah? Who's that?" Hakimi mencelah.

"Noah tu kawan kita orang, best friend la jugak...dia tu minat sangat dengan  Di...." Belum sempat Fath menghabiskan ayatnya, Dian menekup mulutnya. Hakimi keliru dan tertanya-tanya sudahnya.

"Noah tu kawan rapat dekat universiti, dia pun ada kat sini join exchange program ni."

"Oh...yang Fath cakap family dia ada business property and real estate tu?"

"Yes he is."

"You have told about him before, I remembered! But I don't know how he looks."

"Drop dead gorgeous!" Selamba Fath menjawab.

"Seriously? Mana lagi handsome Hakimi dengan Noah tu?" Hakimi sengaja ingin menduga Fath.

"Uh? Err...Dua-dua handsome and macho! Dia tu ada darah mat saleh jugak macam Fath tapi belah mak. And you....also have English blood in your body, but come all the way from Germany."

Mendengarkan jawapan selamat dari gadis itu, Hakimi hanya tersenyum. Pandai betul Fath menjaga hatinya.

                   
                                               ****************************************

           Setelah kelas berakhir pada jam dua belas, Dian terus berhasrat ingin pulang ke apartment sementara Fath menunggu Hakimi 'buah hatinya' di laluan pintu masuk utama seperti yang telah dijanjikan mereka. Sengaja Dian ingin memberi ruang buat dua sahabat itu melepaskan rindu masing-masing yang terbuku di hati. Lagipun sungguh badannya berasa kurang sihat mungkin kerana cuaca yang sedikit dingin di bumi ratu ini. Mujur dia memakai sweater tebal dan dua lapis baju di dalam ketika keluar tadi.

          Di saat dia melangkah melintasi bangunan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, matanya terlihat seorang yang amat dikenalinya. Noah dengan Irina? Kenapa begitu mesra sekali mereka berdua? Siap menggesel-gesel pada Noah bagai? Dah patah tulang ke si Irina tu? Macam-macam ligat di fikiran Dian sekarang ini.
Tanpa berlengah, dia terus melangkah dengan laju meninggalkan bangunan tersebut. Tiba-tiba hatinya dirudum kecewa dan sedih. 

      Disaat dia berjalan dengan sedikit menunduk ke arah jalan, tanpa sengaja dia terlanggar bahu seseorang di jalanan tersebut. Sempat lagi dia marah kepada dirinya yang cuai ketika berjalan.

"Errr...pardon me sir! I am so sorry...it's my fault." Ucap Dian tanpa melihat muka lelaki tersebut.

"It's okay. Dian? Dian Ameena?" Soal lelaki tersebut apabila melihat wajah gadis tersebut yang serba salah.

Pantas Dian mengangkat mukanya sedikit kearah lelaki itu. Sunggun dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Adam? Buat apa kat sini?"

Adam tersenyum tenang sebelum menjawab "Kecil kan dunia ni? Well, kerja..."

"Here in London? Kerja apa" 

"Yes, kerja hari tulah...cuma tukar tempat je. My office is just ten minutes from here by train or tube. Tak sangka jumpa jugak Dian kat sini. Fath mana?"

"Oh...tak tahu pun. Well, Fath pergi Hyde Park dengan kawan lama dia."

"Dian pulak nak pergi mana? Dah habis kelas?"

'Erm...nak balik rumah. Itu bangunan putih tu apartment Dian dengan Fath. Adam stay mana?"

"Oh...Adam tinggal di The Ritz London. Dian free ke sekarang?"

"Hah? Lepas kelas, free la..."

"Jom kita minum-minum, dah lama tak minum sama-sama kan?"

"Dian? Boleh?"

"Aaa...bo..boleh! Okay, jom." 


                                            *****************************************


          Apabila pesanan mereka di hantar ke meja, Adam terlebih dahulu bersuara meluahkan rasanya.

"Dian...Adam minta maaf sebab tak datang tengok Dian lepas kaki terseliuh tempoh hari. I just..."

Tidak sempat Adam menyudahkan ayatnya, Dian terus memintas " Tak apa...lagipun tak lama kaki Dian dah baik. Adam tak salah, Dian ni cuai sangat."

"Sebab Adam, Dian terpaksa ponteng kelas. Banyak ketinggalan. Tak cukup dengan tu, kena bebel dengan Fath macam nenek kebayan. Even, nenek kebayan pun tak macam tu."

Dian tergelak kecil sudah agak yang sahabat baiknya itu pasti akan membebel panjang pada Adam.

"Kan Dian kata Adam tak bersalah, benda dah nak jadi. Ada hikmahnya...."

"Hikmah?"

"Hikmahnya, mama dengan cik su Dian datang tengok Dian bawa makanan sedap-sedap kat hostel!" 

      Adam tersenyum mendengarkan jawapan daripada mulut Dian. Namun, rasa bersalah masih ada dalam dirinya, entah kenapa dan mengapa. Sejak dari itu, apabila hatinya meronta-ronta ingin bertemu dengan gadis itu, dia terpaksa berfikir dua tiga kali. Sudahnya dia simpan sahaja niatnya untuk berjumpa dengan Dian sehinggalah dia membawa diri ke kota London ini.

"Adam? Dah berapa lama adam kat London ni?" Pertanyaan Dian menghentikan lamunan Adam.

"Hmm? Dah hampir sebulan...sekejap je masa kan? Macam mana London? Best?"

"Terbaik! Best dan seronok sangat. Banyak benda baru dan menarik kat sini. Rasa tak nak balik pun ada. Tapi tulah...Dian kat sini sebulan je."

"I know, Fath had told me. Tak apa, nanti Adam bawa Dian jalan-jalan kat sini nak?"

"Betul ni? Pucuk dicita ulam mendatang, mestilah nak! Teringin nak buat tour sekitar London since this is my first time being here. So, Adam kena tunjuk tempat yang wajib Dian pergi!" 

"Not a problem...this is my hometown before. My mom originally from here, then married with my dad, Fath's uncle and I'm born." Jelas Adam dengan tenang.

"Patutlah hengseng ha ha ha!" Perlahan Dian memuji ketampanan lelaki itu.

"What is it Dian?'

"Errr...nothing!"

" I am so happy and lucky to see you again Dian. After what had happened all these while...."

"Adam..don't mention it again please? So, nanti nak bawa Dian jalan-jalan pergi mana dulu? Eksaited ni!"

"Hmm... Buckingham Palace? London Museum? London Eye or Soho?"

"Heee...boleh jumpa Kate Middleton dengan Prince George oh and ya Princess Charlotte tak?"

"Hmm...itu rumit dan complicated sikit. Tapi, yang lain okay je."

"Dian ikut Adam je la, manalah Dian tahu jalan kat sini. Dahlah pelik cara orang sini driving, belah kiri ya?"

Adam menampakkan senyum manisnya sekali lagi melihat gelagat Dian yang sungguh teruja dengan suasana kota metropolitan di sini.

"Yes, here we are driving left-hand side. Malaysia belah kanan kan? Sini berbeza sikit. Okay, nanti Adam ambil Dian bawa jalan-jalan. How about this Saturday? I'm off and will take on leave just because of you."

"Eh eh tak payah sampai nak ambil cuti disebabkan Dian,  It's okay, Dian boleh tunggu bila weekend so tak mengganggu kerja Adam."

"Nak jalan-jalan ke tak?"

"Of course nak! Gila tak nak, dah sampai pun London ni. Nak la jalan-jalan cuci mata."

"So just follow me. Give me your new UK number please?"

Tanpa berlengah Dian terus memberikan nombor barunya yang dibeli untuk talian tempatan di sini.

"Okaylah, thanks for the treat Adam! Asyik-asyik Adam je yang belanja, nanti Dian belanja okay?"

"Bila Dian dah kerja, Adam akan tuntut ya? Come, I send you back."

    Dian dan Adam beriringan berjalan menuju ke apartment Dian yang lebih kurang dua empat ratus meter dari kafe yang mereka minum sebentar tadi. Sungguh, hati Dian berasa terubat sedikit dengan pertemuan dengan lelaki yang bernama Adam setelah melihat Noah dengan gelagat Irina yang gatal suka menempel tak kira tempat. 



      
                                        *******************************************

            Malam itu, sejuk badan Dian makin menjadi-jadi sehingga ke tulang hitam biarpun memakai baju sejuk dan lima lapis baju. Telefon bimbitnya yang rancak berbunyi panggilan tidak dipedulikan lagi. Dalam kepalanya fikir mungkin ajalnya sudah tiba dan akan menghembuskan nafas yang terakhir di bumi asing ini.
Cepat-cepat dia beristighfar sambil baring merengkok kesejukan yang amat.

Dian, why not pick up my call dear? Pls answer me.. ~Noah

Dian? Please don't make me worry sweetie, tolonglah.

Dian Ameena? Are you really alright? Pls answer my call.

           Satu demi satu mesej dibaca Dian yang semuanya daripada Noah. Hatinya tidak ada langsung rasa untuk menekan butang balas malah dia terus mematikan telefonnya tidak mahu diganggu. Beberapa ketika kemudian, Fath datang masuk ke dalam biliknya.


"Lah...tidur ke budak ni? Patutlah Noah call tak angkat. Hello Noah? Dian tidur la..."

"Seriously? Awalnya, baru pukul lapan malam kot, dah tidur?"

"Aah, biasanya pukul sepuluh atau sebelas baru dia tidur. Jap aku nak check betul ke dia tidur."

Fath menghampiri Dian yang sedang berbaring merengkok menahan sejuk. Tangannya diletakkan di dahi Dian.

"Makk aii! Panasnya dahi kau! Demam ni!"

"Fath? What? Dian demam?" Kedengaran suara Noah di hujung talian.

"Yelah Noah, panas betul badan dia. Patutlah siang tadi dia ada cakap dia rasa sejuk semacam. Aku ingat taklah teruk mana, sekali teruk weh! Macam mana ni? Risau aku."

"Relax Fath, tenang....take a deep breath! Aku datang sana sekarang. Siapkan apa yang perlu bawa ke hospital sekarang."

"Okay, cepat tau!" Fath mulai panik dan gelisah.

No comments:

Post a Comment

nuffnang