Wednesday, 15 July 2015

The Healing Love - Part 30


         Sujurus Noah sampai di apartment Dian, Fath terus menunjukkan bilik Dian untuk terus dibawa ke hospital. Kebetulan mereka hanya tinggal berdua ketika itu kerana yang lain masih belum pulang lagi. Noah terus menggerak Dian untuk bangun namun Dian kelihatan susah dan tidak berdaya untuk bangun. Mukanya pucat sekali dan kegigilan.

"Dian, bangun...kita pergi hospital okay?" Lembut Noah memujuk gadis itu.

Dian tidak memberi sebarang respon dan masih memejamkan mata. Namun, nafasnya kelihatan masih ada tetapi sangat panas.

"Dian...bangun please? Noah datang ni..." Fath mencuba pula.

Matanya dibukakan sedikikt. Mujur Fath sudah pakaikan tudung di kepalanya dan menyiapkan segala keperluan untuk ke hospital.

"Aku....tak larat. Se...juk..." Dalam kegigilan Dian berkata perlahan.

"Kau demam ni, jom aku dengan Noah bawa pergi hospital. Bangun ya?"

Dian akur dan menggagahkan diri untuk bangun. Kepalanya terasa berdenyut sekali, seluruh badanya pula terasa diletakkan ais. Fath membantu memapahnya untuk berjalan keluar dari bilik. Dirinya bagaikan berada di awangan, dan terasa sungguh ringan tatkala ini. Pandangannya kian kabur dan akhirnya dia pengsan.

"Ya Allah....Dian! Noah...tolong!" Fath menyambut tubuh Dian yang ingin jatuh disaat dia sudah berdiri.

"Dian! Kau pegang beg ni, biar aku angkat dia. Tolong bukakan pintu Fath!" Noah segera menyambut Dian yang longlai lalu diangkatnya menuju keluar dan terus ke hospital yang berdekatan.

          Sungguh, jantung Noah bagaikan berhenti seketika apabila sedang berhadap dengan situasi sebegini. Lantas mengingatkan kepada arwah adiknya, Nia yang lemas dimana disaat itu dia tidak berdaya untuk lakukan apa-apa. Kini, dia tidak akan membiarkan perkara yang sama berulang.

      Sesampai mereka di hospital, terus Noah membawa Dian ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan doktor.

"Please help! She's fainted..." Ucap Noah penuh cemas meminta jururawat di hospital yang bertugas untuk memberi troli untuk meletakkan Dian.

"Sir, please wait outside. Thank you." Ujar seorang jururawat muda kepada Noah.

Noah meraup mukanya dan mundar-mandir di hadapan bilik yang Dian ditolak masuk tadi. Fath kemudian masuk mendapatkannya bersama dua cawan kertas berisi kopi panas bagi melegakan dirinya.

"Nah, minum sikit." Hulur Fath pada Noah.

Noah menyambut huluran tersebut dan meneguk dengan rakus sekali. Cawan kertas tersebut dikembalikan kepada Fath.

"Insha Allah, she'll be fine. She's a fighter!"

"Aku cuma risau...sebelum ni pun dia demam masuk hospital."

"Aah nasib tak denggi kan? Aku pun cuak masa tu."

        Beberapa minit kemudian, seorang doktor yang Noah lihat pada tanda namanya bernama Edruce keluar dan segera dia bangun mendapatkan doktor tersebut.

"Doc, how is my friend doc? Is she okay?" Soal Noah.

"Well, she's having a high fever. Her temperature rises up till 40 degree Celsius and she's freaking cold. Plus, that young lady is dehydration and I've set drip to her. After all, she's doing well." Jawab doktor itu.

"Can we bring her back home today?" Fath mencelah pulak.

"Erm...I think is better to admit her for today just to observe how she is doing. If okay, then I'll let her go tomorrow. Oh, you can see her but please don't disturb her rest okay?"

"Thank you so much doctor!" Noah mengucapkan kepada doktor tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Dian.

         Sebak hati Noah dan Fath melihat Dian yang lemah dan tidak bermaya terlantar di atas katil hospital. Sudahlah jauh dari keluarga, berada di tempat orang pulak tu. Nasib ada mereka tolong tengokkan Dian.
Kelihatan Dian sedang tidur dengan nyenyak mungkin kerana pemanas yang dipasang di dalam bilik kecemasan itu yang meredakan sedikit kesejukan di tubuhnya.


                                        ******************************************

        Tangannya terasa sedikit sakit dan kebas memaksa dia mencelikkan mata. Perlahan-lahan matanya dibuka dek kerana silauan cahaya yang menerangi ruang bilik yang dia diami itu. Diperhatikan sekeliling ruang tersebut dan dia cuba ingat tentang apa yang telah berlaku.

 Fath dan Noah lantas menghampiri Dian yang mulai sedar dari tidur.

"Dekat mana ni?" Soal Dian dengan lemah.

"Hospital...kau demam dan dehydration. Rehat okay?"

"Siapa bawa?"

"Aku dengan Noah. Macam mana kau rasa sekarang? Sejuk sangat?"

"Okay sikit....aku...pengsan?" Tanya Dian inginkan kepastian.

Fath mengangguk perlahan dan memandang Noah. Sengaja dia tidak mahu memberitahu Dian bahawa Noah yang telah mengangkatnya turun ke bawah untuk dibawa ke hospital.

"Dian nak makan apa-apa? Noah pergi belikkan nak?"

Dian menggeleng tanda tidak mahu. Tekaknya tiada selera untuk menelan apa-apa disaat ini.

"Okay kalau tak nak, makan bubur ni sikit. Nanti perut masuk angin." Pujuk Fath.

Tanpa membantah Dian mengangakan mulutnya untuk disuap bubur oleh Fath. Hanya lima suap sahaja dia makan. Itupun selepas dipaksa oleh sahabat baiknya itu.

"Aku...nak balik." Ujar Dian.

"Eh, kau tak boleh balik lagi doktor tak bagi. Esok insha Allah kau boleh keluar."

"Tak apa, Noah dengan Fath teman Dian malam ni ya? Don't worry dear." Kata Noah.

"Thanks..." Balas Dian tersenyum.


                                              ***********************************

             Fath pulang sebentar untuk mengambil barang keperluan Dian yang tertinggal sebelum dia keluar tadi. Bunyi telefon Dian di atas meja berbunyi terus menangkap perhatiannya lalu diangkatnya.

"Adam? What on earth you calling Dian?" Fath sedikit terperanjat dengan panggilan telefon daripada sepupunya itu.

"Oh, I though this is Dian. Where is she? Why are you pick up her phone?" Soal Adam di hujung talian.

"Dian demam, admit in hospital. Aku balik rumah nak ambil barang dialah ni."

"What? Demam? Teruk ke? Which hospital?" Adam mula panik.

"Hey chill! Dia okay...cuma suhu badan tinggi. Then, kena masuk air sebab dehydration. Itu je. Oh, di The Royal London Hospital."

"Okay thanks." Ucap Adam lalu segera mematikan panggilan.

"Hello? Belum habis cakap dah letak? Hish, geram betullah!" Gumam Fath.

           Setelah dia mengambil beberapa barang Dian dan barangnya, terus dia menaiki teksi untuk ke hospital tersebut. Mujur jarak dari apartment dengan hospital tak berapa jauh dalam sepuluh minit sahaja.
Ketika kakinya melangkah ingin ke lif, dilihatnya susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya.

"Adam? Hey, cepatnya you sampai? Patutlah cepat sangat letak telefon tadi."

"Seriously I'm so worried about Dian. I don't want anything happened to her."

"Wah....you so caring about her! Ada apa-apa ke?" Fath mengusik sepupunya.

"Caring as a friend. Why not?"

"Ye ke? Macam more than a friend je...hmm?" Fath masih mengusik.

Adam tersenyum lalu menggeleng lalu masuk ke dalam perut lif diikuti oleh Fath.

"You had a crushed on her?" Fath sengaja ingin menduga sepupunya itu.

"You think?" Soalnya berbalas soalan dari Adam.

"Just answer me, seems like your heart is beating fast...blooming fantastically!" Tebak Fath lagi.

"Maybe..."

"So is it true?"

      Belum sempat Adam menjawab, pintu lif sudah terbuka dan mereka tiba di aras sembilan yang menempatkan Dian di situ. Terus perbualan dan persoalan Fath tadi terbiar gantung di situ.
Kakinya berjalan beriringan bersama Adam menuju ke bilik wad Dian ditempatkan. Mesti Noah terkejut Adam ada sekali di sini untuk melawat Dian.

"Assalamu'alaikum...Dian you have a special guest. Come!" Fath mengajak Adam masuk ke dalam bilik.

Serentak mata Dian dan Noah memandang ke arah muka pintu di saat Fath berkata sedemikian.

"Adam? You are here? How did you know........"

"Fath told me... how are you?" Adam terlebih dahulu memintas ayat Dian dan menghampiri gadis itu.

"Getting better...thanks for coming."

"Here for you. I put here okay?" Adam meletakkan sejambak bunga segar yang dibelinya tadi.

Dian mengukirkan senyuman lantas mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

"Duduklah...tak kerja ke?"

"Oh...now is late night. Office hour had finished." Balas Adam tersenyum manis.

"Sorry..."

"Macam mana Dian dengan Adam jumpa?"

"Tadi, terserempak dengan Dian masa dia on the way balik ke apartment. Tak sangka lepas balik terus demam sampai masuk hospital."

"Terkejut dengan cuaca London kot. Esok boleh keluar dah." Balas Dian.

"Erm...kalau Dian nak apa-apa just tell me okay?" Kata Adam.

"It's okay....Adam dah datang ni pun dah cukup buat Dian."

"Ehem, bila kau sampai sini bro?" Noah buat-buat sibuk mencelah.

"Dah hampir dua bulan. Aku transferred kat sini.. Saja aku malas nak heboh pasal kena tukar."

"I see...so kau tinggal mana? Rumah grandpa kau ke menyewa sendiri?"

"Rumah family aku dulu...ada aku dengan maid yang jaga rumah tu selama ni. Kami bertiga, termasuk wife dia."

"Cool..."

"Bolehlah kita lepak sama nanti, pergi tengok bola live Manchester lawan Liverpool kat stadium?"

"Boleh je! Sambil menyelam minum air. Perempuan mana minat bola-bola ni. Fashion, memasak, drama aje yang dia orang layan."

Fath mencebik buat muka dengan kata-kata Noah itu. Dia tahu lelaki itu sengaja memerlinya.

"Okay, rasanya aku patut balik dulu. Dian you take care. Call me bila dah balik. Semoga cepat baik supaya Adam boleh bawa pergi tour London nanti okay? Bye..."

Fath memandang Dian meminta penjelasan dari ayat-ayat Adam tadi namun Dian sengaja buat tak tahu sahaja dan melihat Adam berlalu keluar meninggalkannya di situ.


                                            ****************************************

           Pagi ini badan Dian berasa lebih sihat berbanding semalam. Suhu badan pun sudah turun ke paras normal iaitu pada tiga puluh tujuh darjah celsius. Doktor akhirnya membenarkan Dian pulang ke rumah dan berpesan supaya memakai pakaian tebal dan jangan keluar ketika cuaca terlampau sejuk.

         Mujur ada Fath dan Noah menemaninya semasa berada di hospital. Walaupun terdapat jururawat dan doktor yang baik memberi layanan yang baik tetapi hati Dian berasa lebih selesa apabila sahabat baiknya berada di sisi. Mungkin kerana dia berada di tempat orang, sungguh terasing sekali.

"Balik ni, aku masakkan bubur nak?" Fath bersuara semasa menuju keluar dari perkarangan hospital.

"Ish, asal sakit nak masak bubur tak ada benda lain."

"Habis kau nak makan apa?"

"Buatlah fish and chips ke, macaroni ke asalkan jangan bubur sudah."

"Banyak hodoh muka kau? Sudahlah baru kebah demam, minta macam-macam pulak tu!"

"Ala, tak sudi tak payah masak...senang cerita." Dian buat-buat merajuk.

"Macam ni, nanti Noah pergi belikan untuk Dian lepas tu hantar boleh?" Noah pula bersuara.

Dian memandang dengan pandangan mata yang penuh bersinar. Tiba-tiba dia terimbau saat Noah bersama dengan Irina tempoh hari bukan main mesra lagi lalu terus dia memintas "Tak payah!"

Fath memandang ke arahnya tepat. "Pulak dah? Eeee banyak cekadaklah minah sorang ni! Dah ada orang nak tolong belikan kira okay apa?"

Dian buat muka. "Aku cakap tak payah tak payah la...jom balik."

"Ni mesti ada yang tak kena ni. Kau gaduh dengan Noah ke? Ke Noah ada buat apa-apa pada kau Dian?"

"Err...kau tanyalah dia sendiri. Baik belikan semua makanan untuk perempuan yang suka bergengsel sangat tu! Eeee geli aku tengok."

"Perempuan mana pulak ni? Noah?"

Noah menjungkitkan kedua bahunya tanda tidak tahu apa-apa.

Kemudian Fath tersenyum memahami maksud yang dikatakan Dian tadi.

"Oh....tahu jugak kan kau cemburu? Ha...itulah tandanya CINTA!"

"Huh? Tak ada maknanya. Aku ni bukan apa, sungguh pun kita ni ada kat tempat orang, tak bermaksud kita boleh buat sesuka hati mak bapak tiri laki kita. Agak-agak la nak menggatal kot ye pun tak usah buat depan public."

"Noah...bab ni kau settle sendiri okay? Ada orang cemburu dan merajuk tengok kau dengan Irina."

"Look, I have nothing to do with that woman! She's just my friend that's it." Jelas Noah bersungguh.

"Kau pun tahu Irina tu macam mana kan? Gedik semacam, and she likes you so much. Can't you see it?"

"Ya Allah...kau nak aku sumpah ke apa sekarang yang aku dengan dia tak ada apa-apa!"

"Dahlah, aku letih nak balik jom Fath."


                                                *******************************

Salam Meena, sihat dah demam? Cik su risau dan susah hati bila tahu Meena kena tahan wad.

W'salam cik su...oh miss you so much! Meena baru discharged, tengah rehat and don't worry okay.

Jaga diri baik-baik sayang, I want you to come back in one piece like as you go before.

Sure :)

Cik su baru called mama, dia yang bagitahu Meena demam sampai masuk hospital.

Ish, mama memang tak boleh simpan rahsia! 

Okay, cik su nak masuk kerja ni nanti kita sembang lagi ya. Loads of love...

Muah!



                                                   *******************************

           "Dian! Wait!" Laung Noah mengejarnya yang jauh ke hadapan. Puas satu hari suntuk dia menelefon dan mesej gadis itu namun langsung tidak berbalas walau sepatah. Hairan sungguh dengan perangainya ini.

"Dian! Tunggu kejap...kenapa Noah called, messaged tak balas? What is wrong with you?"

Dian masih membisu tak kuasa melayan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Hatinya bagaikan ditusuk dengan sembilu masih parah dek kerana ternampak Noah dengan Irina begitu mesra sekali pada hari lalu.

"What is wrong with me? You! You the one that have wrong and problem Noah."

"Okay, explain it."

"Kita ni orang Melayu, ada adab sopan. I hope you get it what I'm trying to say..."

"Huh? No I don't get you."

"Oh please Noah, Irina duk menggesel dekat you and you tak tepis langsung seolah-olah you suka diperlakukan sebegitu? Boleh sangat kalau you tepis dan sound dia supaya jaga nama baik kita sebagai orang Melayu dan Islam." Luah Dian sebelum beredar.

"Wait, Dian Ameena! Let me explain."

"No, I don't need any explanation from your Noah. Now, please get out of my way."

"Dian, dengar dulu apa Noah nak cakap! Dian dah salah faham. Noah..."

Belum sempat Noah menghabiskan kata-katanya, Dian sudah jauh meninggalkannya di situ. Jadi benarlah apa yang Fath katakan padanya dua hari lalu bahawa Dian cemburu? Dan itu tandanya Cinta?
Noah akhirnya tersenyum simpul.


                                                     ********************************

          Usai menghadiri kelas subjek Creative Writing bersama dengan Mr.Fredrick, Dian ingin terus pulang ke rumah walaupun cuaca tidak berapa sejuk. Fath pulak telah berjanji ingin keluar dengan Hakimi untuk pergi berjumpa dengan abangnya di universitinya di King's College London.

     "Adam? Buat apa kat sini?" Soal Dian setelah nampak sepupu Fath yang ganteng itu sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama universiti berkenaan.

"Waiting for you." Senyum lelaki itu.

"What? Seriously? Why?"

"Nak jalan-jalan tak?"

"Adam tak kerja? Hari ini kan Khamis, you should be working right?"

"Come..."

"Wait, hold on...Adam please just because of me you have to postpone your work."

"Hey, please don't blabber. I want to show you some interesting places, I bet you would love them."

Dian terpancing sudah dengan kata-kata Adam lalu terlupa sudah tentang hal pekerjaan lelaki itu tadi.

     Betapa berbunganya hati dia ketika dibawa ke tempat yang mempunyai saji walaupun salji belum turun di bumi London ini. Sungguh dia teruja untuk bermain salji dan merasa sendiri nikmat bermain dan membina orang salji dengan tangannya sendiri. Adam turut bahagia apabila melihat gadis bernama Dian Ameena itu gembira dengan membawanya berjalan-jalan di sekitar London seperti yang telah dia janjikan.

    "Eh itu bukan Noah ke? Dia dengan siapa tu?" Adam mengatakan pada Dian yang sedang seronok bermain salji. Kemudian, terus dia memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Adam. Ya benar itu Noah tetapi dia kenapa bersama Irina dan Mike?

"Errr...jom kita pergi tempat lain nak? Jom!" Ajak Dian pada Adam. Hatinya rasa meluat melihat gelagat dua orang yang tidak jauh darinya itu. Bukan main mesra!

\
                                                  *******************************

         Sejurus ke London Eye di tengah-tengah kota raya itu, mereka pergi makan sebelum pulang ke rumah. Tak lupa Dian mengambil banyak gambar menerusi Sony Ultra miliknya dan juga dari Canon DSLR milik Adam. Lelaki ini rupanya meminati fotografi secara diam-diam sebagai hobi pada masa lapang. Banyak gambar Dian yang diambilnya secara curi-curi tanpa pengetahuan Dian.

      "Dian, smile!" Adam memetik butang di kamera Canon DSLR yang telah setia menemaninya ke mana sahaja selama ini jika pergi berjalan-jalan.

"Alright.....beautiful one more!"

Dian yang sememangnya fotogenik senyum sahaja apa lagi. Mula-mula malu-malu kucing bagai lepas tu hilang sudah rasa gementarnya itu.

"You know what, you have talent in modelling. The way you smile, the way you act and so on so impressive!'

"Oh really? Thanks, Dian memang suka ambil-ambil gambar kadang tu macam syok sendiri pun ada. Tapi, I have passion in photography since long time ago. Almost twenty years."

"Wow! Then, seems like we do have the same hobby. How fantastic!" Ujar Adam.

"Ha ha, come Dian tak solat maghrib lagi ni. Tak pasal-pasal dapat dosa free tinggal solat. Nanti kita sambung jalan-jalan lagi okay? Thanks for today Adam."

"Not a biggie, after all I'm happy to see you happy. But I'm hurt if seeing your crying."

Dian telan liur bagaikan tak percaya. Penuh bermakna ayat sepupu sahabat baiknya ini!


*****************************************

    Hakimi membawa dua batang ais krim yang baru dibelinya tadi. Satu untuknya dan satu lagi buat Fath.

"Here you go...cepat jilat nanti meleleh." Ujar Hakimi setelah mendapatkan tempat disebelah Fath.

"Aww thanks buddy! You masih ingat kan my favorite, always vanilla!"

"This is Danial Hakimi...lepas ni balik ke nak singgah mana lagi?"
"Hmm...baliklah kang bising minah yang bernama Dian Ameena tu. Nasib dia pun keluar jugak lepas kelas tadi."

"Oh ye ke? Dengan siapa?"

"Noah."

"That guy?"

"Yup, asal jealous? Ke dah sangkut dengan Miss Dian Ameena ha?" Fath tersengih menyakat Hakimi.

"Hish, habis Fath nak Hakimi campak mana?"

Ambil kau! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata? Kau tangguhlah sendiri Fath.

"Hey, say something..."

"Err...eh cantiknya burung tu! It's beautiful swans."

"Yeah so sweet of them. Madly in love..." Ucap Hakimi perlahan namun jelas menyapa di pendengaran Fath.


                                                       ****************************


            Pagi Sabtu, Adam mengajak Dian dan Fath untuk bersiar-siar di Hyde Park sambil bersarapan yang telah lelaki itu siapkan dari rumah. Sebenarnya bukan dia yang masak tapi pembantu rumah yang masakkan. Hidangan yang cukup menyelerakan dan mengubat kerinduan pada bumi Malaysia. Nasi lemak ayam dan karipap kentang yang sungguh sedap sehingga menjilat jari.

"Seronoknya udara segar pagi-pagi kat taman ni!" Luah Dian dengan tenang.

"Ha...mat saleh kat sini semuanya pantang nampak cahaya matahari cerah sikit mesti suka berjemur kat tengah taman ni. Yalah, bila winter datang jangan haraplah kau nak berjemur segala bagai."

"The fresh air... makes me feel the serenity and free from any hectic!" Tambah Dian lagi.

"You know, as for them life is life. Time kerja dia orang kerja and tepat pukul lima that's it time to go home and kerja sudah dibereskan. Kerja dan hal peribadi tidak sesekali dicampur adukkan. Berbeza dengan budaya kerja di tempat kita, dimana sesetengah pekerja kena kerja lebih masa untuk siapakan projek dan macam-macam sampai keluarga terabai dan lead to another problems."

"Yeah true!" Fath menyokong apa yang dikatakan oleh sepupunya Adam.

"Teringin Dian nak tahu macam mana cara budaya mereka bekerja kat sini." Luah Dian lagi.

Adam menampakkan senyumannya yang memiliki lesung pipit.

"Budaya kerja mereka sangatlah cool dan best. Having said that, it's because of one point that is by being professional."

"Wah...how interesting!"

"Well, nanti boleh kita bawa Dian ke Ritz Carlton cawangan dekat sini right Fath?"

Fath mengangguk bersetuju. Lagipun dia pun sudah lama tidak berkunjung ke bangunan tersebut.

"Oh, Aunt Reen ajak makan-makan this weekend at her place if you guys are free."

Fath menepuk dahinya sendiri. "Ya Allah! Asal boleh terlupa ni! Heee, habislah kena bebel dengan Aunt Reen ni. Fath dah janji bila sampai, nak call and jumpa."

"Itulah...seronok sampai terlupa. Siap sedialah nak tadah telinga ya Cik Fath Dlina Rose yang cantik jelita."

"I'll fetch you up at ten in the morning if that's okay?" Adam mencelah pulak.

"Okay bos!" Jawab Fath

No comments:

Post a Comment

nuffnang