Dian Ameena....have you slept? Can I call you my honeydew?
Hi, nope! Still wide awake over here. Sure..
Tidak lama kemudian Sony Ultra berbunyi panggilan tertera nama 'Noah' di skrin. Dian tersenyum lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalamu'alaikum my honeydew...what are you doing hmm?" Lembut tutur Noah di hujung talian.
"Wa'alaikumusalam...nothing just waiting to go to bed. And you? Why you still awake?"
"Hmm...tak boleh tidur. Rindu nak dengar suara my honeydew haha!"
"Ceh, lempang kang hari-hari jumpa kat universiti still nak rindu? Nampak sangat berbohong. Dah makan?"
"Dah...maggi cup je malam ni."
"Tak turun makan ke?"
"Hmm first, malas.....second, tak rajin....third uh whatever..."
"Malas dengan tak rajin tu sama je la...cuba bagi alasan yang kukuh dan muhasabah sikit."
"Rindu nak makan dengan my honeydew..."
"Nonsense. Nanti lapar Dian tak tanggung...ala turun je bawah tu banyak je kedai yang buka."
"Tengoklah..."
"Dian?"
"Hmm??"
"I love you."
Dian telan liur dan terkedu. Dah kenapa anak teruna Puan Nasha Emily malam ni, disampuk jin ke? Sekali datang 'gila' dia pening dibuatnya.
"Dian?"
Sepi.
"Dian Ameena? You there?"
"Yes, sorry...ingatkan Fath datang ketuk bilik tadi."
"Dian..."
"Apa dia Noah oiii? Cepatlah cakap, Dian ngantuk dah ni. Esok ada kelas pukul lapan."
"Please tell me that word 'I Love You' to me...."
Astaghfirullah....Dian tepuk dahinya sendiri. Apa kena dengan anak sulung Encik Razuan Wong sorang ni? Buang tabiat ke?
"Noah...let me keep that words after marriage okay? Now, go and get sleep. Bye!"
Pantas Dian meletakkan telefon dan menarik nafas barang dua tiga kali cuba menenangkan diri.
****************************************
Dian berjalan melintasi bangunan Business School seperti selalu pada pagi ini. Fath pula masih di apartment sedang bersiap untuk ke kelas. Oleh sebab dia terlewat bangun, Dian pergi terlebih dahulu kerana prinsip dia mesti awal lima belas minit sebelum kuliah bermula. Biar dia tunggu pensyarah bukan pensyarah tunggu pelajar.
Sedang Dian berjalan, Noah muncul tiba-tiba dengan berselindung disebalik sebuah jambangan bunga segar untuk diberikan kepada Dian.
"Morning! For you......May today and tomorrow you will have fun and be joyous in this wonderful world." Ujar Noah sambil tersenyum.
Dian jugak tersenyum dan terasa hatinya berseri dihiasi bunga-bungaan yang sungguh menceriakan harinya.
Sungguh, Noah tahu bagaimana caranya untuk menggembirakannya. Noah...Noah...pandai betul kalau bab memikat.
"Wow...how amazing these fresh flower! Thanks beb."
"My pleasure...your smile is enough to be my sugar of the day!"
Dian tergelak kecil mendengarkan kata-kata puitis dari mulut lelaki ini.
"Okay, terima kasih sekali lagi but I have to go now. See ya later bye..."
Noah membuat tanda 'okay' dengan jarinya sebagai melepaskan Dian untuk ke kuliah.
"Wow, seems like you have madly in love with her..." Mike bersuara di belakang Noah seraya mengejutkannya seketika.
"You startled me bro! Well, I can't deny about it anymore."
"All the best to you man...I hope she'll be yours soon."
"Yeah!" Noah menepuk bahu Mike lalu mereka beriringan menuju masuk ke kelas mereka di tingkat tiga.
**************************************
"Oh my god...looks someone's got flowers." Ujar Elsa sejurus melihat Dian muncul bersama sejambak bunga ros berwarna merah jambu di tangannya.
"Wowow it's love in the air!" Celah Fath sambil senyum penuh makna pada Dian.
Dian buat-buat tidak peduli dan mengambil tempat duduk di kerusi di sebelah Fath.
"Yang mana satu yang bagi ni?"
"Hmm kau rasa?"
"Rasa aku...hmm rasa CINTA! Ha ha ha..." Tawa Fath meletus.
Dian menjeling sekilas kepada Fath.
"Okay..okay ha ha ha seriously...apa kau jampi dekat dua mamat tu weh? Dua-dua angau dengan kau sekarang. Aku yakin mesti kau pening nak pilih yang mana satu kan?"
"Hish, kau jangan kusutkan lagi kepala aku yang sememangnya dah berserabut dengan mamat-mamat dua ekor tu boleh?"
"Ceh, kusutlah konon! Sampai bila kau nak macam ni tak ada kata putus duk hanging je? Come on, you have to choose either one of them my hunny bunny best friend."
Dian mengeluh sedikit. Dia menarik nafas sebelum menjawab.
"Aku kena buat istikharah macam ni Fath..tak boleh jadi. Dua-dua aku suka sekarang ni! Help me..."
Luah Dian akhirnya.
"Nasib aku tak jadi sekali macam kau, kalau tidak mahu dengan aku-aku sekali jadi biul ha ha ha. Okay kau buatlah solat istikarah secara konsisten setiap hari ya. Tengok kalau-kalau kita boleh sambung dan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan kita dengan menjadi sebuah keluarga." Fath menjungkitkan sedikit keningnya pada Dian.
"Ceh, apa aku dapat kalau kita jadi family?"
"Macam-macam! Antaranya...aku akan belanja kau selalu or mungkin setiap hari? Aku boleh ada anak sepupu dari best friend aku oh mesti comel anak kau dengan Adam kan kan? Hmm..."
Belum sempat Fath menghabiskan kata-katanya, Dian mencubit pipinya dengan lembut.
"Kalau setakat belanja aku...kirim salam aje lah Fath Dlina Rose oiii. Belum tentu dengan belanja kau tu aku akan bahagia dengan perkahwinan aku. Daripada kau duk sibuk bayangkan yang entah apa-apa lebih baik kau pun sama buat solat istikharah kot-kot jodoh kau dengan Hakim bukan Hakimi."
Fath membulatkan matanya. "Eh? Hakim tu nama abang aku okay. Haram kahwin dengan saudara kandung sendiri."
"Bukan abang kau seorang je nama 'Hakim' dalam dunia ni. Kau jangan...cakap sekarang bolehlah nanti orang lain yang duduk sebelah atas pelamin bukannya Hakimi kau tu. Who knows right"
"Eeeee jahatnya mulut kau Dian...bukannya doakan yang baik-baik apa ke." Fath mendengus.
"Kita hanya mampu merancang Fath, Allah sudah tentukan. Mengerti?"
"Kalau bukan Hakimi, aku rela jadi geng kelab andartu huh!"
"Wow, amazing..." Dian sengaja memprovok sahabatnya itu.
Fath memalingkan mukanya dari Dian dan memandang ke hadapan kononnya merajuk. Kelihatan Dr. Harley masuk untuk memulakan sesi kuliah pada pagi ini. Mereka kemudian memberikan tumpuan sepenuh perhatian di dalam kelas.
***************************************
Malam ini diadakan jamuan makan malam sempena berakahirnya program pertukaran mereka selama sebulan di bumi ratu ini. Kesemua pelajar yang berjumlah empat puluh orang hadir pada malam ini yang diadakan di Ritz Carlton di tengah-tengah kota London. Seperti biasa, Fath berlagak biasa-biasa dan bersikap 'low profile' daripada canang pada semua orang bahawa dia ahli keluarga dan anak kepada pemilik empayar hotel terkemuka itu. Paling mengejutkan Dian, Adam turut sama ada pada majlis perpisahan itu.
"Hi, you look so stunning Dian. Always gorgeous with natural beauty." Sapa Adam setelah Dian dihampirinya.
Pipi Dian memerah tiba-tiba disaat lelaki itu memujinya.
"Tak adalah, biasa-biasa je. Adam yang uruskan semua ni ke?"
"Well, with the help of others too. Cooperation makes things succeed. So, dah packing? Lusa dah nak balik."
"Hmm..itulah pasal. Sebut pasal packing punyalah banyak barang-barang yang nak kena masuk dalam bag. Boleh bayangkan tak datang satu bagasi besar je tapi bila nak balik semula berbagasi-bagasi. Jenuhlah nak mengangkut semua tu."
Adam tersenyum geli hati mendengarkan ayat-ayat tersebut dari mulut Dian.
"So okay, I'll help you to carry the luggage. Eh mana Fath? Tadi nampak dia rasanya. She's wearing emerald green dress right?"
"Yup, maybe to the ladies. Tak pun dia jumpa 'buah hati' dia kat depan tu."
Adam membuat pandangan blurr dan keliru dengan kenyataan Dian itu.
"You don't know? She's madly in love...with Hakimi."
"Hakimi? Which Hakimi?"
"Hmm...kawan dia sejak kecil? Tak kan tak kenal kot."
"Danial Hakimi Raden Ervan? Anak Raden Ervan from Sky Dalton Property?" Teka Adam.
"Yes."
Adam tersenyum herot mendengarkan jawapan ringkas Dian itu.
"Why?" Soal Dian hairan.
"It just...well, I can't believe it. Al these while, they are just a good and best friend. Not a couple."
"Itu dulu...sekarang bunga-bunga cinta! Hakimi pun not bad, he's charming and suit with Fath."
"Yeah..."
"Ha tu pun Fath. See dia pergi tunggu Hakimi dia kat depan tadi. Amboi bercahaya mata dia bila 'buah hati' datang malam ni. So sweet!" Ujar Dian sambil memerhati Fath yang sedang berjalan masuk ke dalam disisi Hakimi.
"Hi guys! Adam, meet my old and best friend Hakimi. Danial Hakimi..." Fath memperkenalkan Hakimi kepada Adam.
"Assalamu'alaikum nice to meet you." Tegur Adam lalu berjabat tangan dengan Hakimi.
"Wa'alaikumusalam...me too. You are way more handsome than in magazine!" Puji Hakimi.
Adam tertunduk dan berasa malu dengan pujian sedemikian. Kali ini bukan kali pertama dia dipuji sebegitu.
"You too man, far more 'kacak' and suit with my cousin. You both are good together."
Fath yang sedari tadi hanya memerhati di sisi Hakimi berona merah pipinya tatkala Adam berkata sedemikian. Jadi Adam sudah tahu hubungannya denga Hakimi?
"Okay, enjoy the dinner! Excuse me for awhile..." Adam meminta diri untuk menyelesaikan tugasnnya.
Kemudian, mereka memulakan majlis makan malam itu setelah semua yang terlibat dan diundang masuk ke ballroom hotel yang dihiasi dengan begitu cantik sekali.
**************************************************
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Dr.Emran selaku ketua koordinasi program pertukaran ke London diikuti oleh wakil dari University of London yang mengetuai segala urusan berkaitan dengan pelajar-pelajar yang menyertai program berkenaan. Seterusnya, ucapan dari wakil pelajar yang diamanahkan kepada Noah untuk berucap bagi pihak semua termasuk Dian dan Fath.
Usai sesi memberi ucapan, mereka dijemput untuk menikmati makan malam yang telah disediakan secara buffet di dalam ballroom tersebut. Nama pun hotel terkemuka jadi semestinya hidangan pun haruslah mewah dan melazatkan. Puas hati makan malam tersebut.
Sambil mereka menikmati hidangan yang telah tersedia, sesiapa yang ingin membuat persembahan di atas pentas sangatlah dialu-alukan. Nak berkaraoke pun boleh tak kira suara sedap atau tidak janji belasah saja. Tanpa sedari, seseorang yang amat Dian kenali naik ke atas pentas dan berkata ingin menujukan sebuah lagu kepada seseorang yang berada di dalam dewan pada malam ini. Serta-merta Dian berpaling kearah pemilik suara yang berada di atas pentas bersiap-sedia untuk bernyanyi.
"Perghhh sedapnya Adam nyanyi! Melting melting...." Fath bersuara di tepi Dian.
Dian menatap wajah lelaki itu yang sedang khusyuk menyanyikan lagu 'See you again' yang dipopularkan oleh Wizz Khalifa ft.Charlie Puth. Ya, betul kata Fath sungguh mengasyikkan. Adam juga pandai bermain piano sambil bernyanyi. Dian kagum dengan sepupu Fath itu.
Sesudah Adam bernyanyi, satu tepukan gemuruh bergema di segenap ruang ballroom itu diberikan kepadanya. Dian juga memberikan tepukan buat si jejaka yang segak berkot hitam pada malam ini.
"Ehem...what song do you like Dian?" Noah mencelah.
"Banyak."
"One of them?"
"Maroon 5."
"This love? Misery? Payphone? Sugar?" Teka Noah.
"Anyone will do. I love all the songs by Maroon 5." Jujur Dian berkata.
Tanpa berlengah, Noah bangun dari kerusinya lalu menuju ke pentas dan berkata sesuatu kepada pemuzik yang mengiringi sesiapa sahaja yang ingin membuat persembahan.
"This song is specially for her, This Love...just for you." Ujar Noah sambil matanya memandang Dian di bawah.
"Ahh sweetnya weh!" Fath teruja lalu memegang tangan Dian.
Dian sekali lagi terkedu melihat Noah yang sudah mula bernyanyi diiringi pemuzik-pemuzik di atas pentas. Dia juga turut bermain gitar yang dipinjam dari pemuzik tersebut.
Sejurus selesai menyanyikan lagu This Love dari Adam Levine, para hadirin yang terhibur dengan persembahan percuma dari Noah bertepuk dan bersorak. Noah pula mengangkat tangannya dan tersenyum bangga sebelum turun dari pentas.
"So yang mana kau berkenan beb? Yang first or second?" Fath ligat menyakat sambil tersenyum-senyum.
Sengaja Dian tidak menjawab pertanyaan sahabat baiknya itu.
*****************************************
Sebulan berada di kota London cukup memberi seribu satu pengalaman yang amat berharga yang tidak akan Dian dan semua rakan-rakan yang lain lupakan. Berat rasa hati untuk meninggalkan bumi ratu ini kerana dia sudah jatuh cinta dengan suasana yang menyeronokkan di sini namun tempatnya bukan disini. Mama dan semua yang tersayang berada di Malaysia sedang menanti kepulangannya. Suatu hari Dian berjanji akan membawa mama dan seluruh ahli keluarganya ke London untuk bercuti bersama.
"Beb, banyaknya beg kau! Kau bawa almari sekali eh?" Perli Fath pada Dian.
"Ceh, kau tu pun apa kurangnya! Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih." Dian mencebik.
Telefon bimbit Fath berdering panggilan menunjukkan Adam menelefonnya memaklumkan bahawa dia sudah sampai di apartment untuk menghantar mereka ke lapangan terbang. Noah pula pergi bersama Mike Lewis dengan teman-teman yang lain dan berjanji jumpa di lapangan terbang sahaja. Elsa juga turut ikut sama untuk menghantar Dian dan Fath ke sana.
"Wow! Banyaknya beg. Tak kena additional charge ke nanti?"
"Insha Allah tak. Okay semua dah siap so let's go." Kata Fath pada sepupunya.
"Have you called Aunt Reen telling that you will flying back?" Soal Adam.
"Yup, she came with the family yesterday." Balas Fath.
"Good, okay ladies are you sure that anythings are not left?"
"Yeah sure! Come...we could have some cup of London coffee before departing." Kata Fath tak sabar.
Adam hanya tersenyum dan mula memandu ke Lapangan Terbang Heathrow yang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit perjalanan untuk ke sana. Dian sedikit sebanyak terasa sebak untuk meninggalkan London tetapi rasa rindu yang menyelubungi dirinya akan mama dan yang lain-lain memaksanya untuk pulang ke bumi Malaysia.
Goodbye London...till next time,see you again. Dian berkata di dalam hatinya sayu.
*************************************************
Noah yang sudah sampai setengah jam lalu menghampiri Dian dan Fath yang baru sampai di lapangan terbang. Mereka masih mempunyai baki masa lebih kurang dua jam empat puluh minit sebelum pintu masuk berlepas dibuka.
"Ready passport dalam poket okay guys. We will be gathering first for a briefing by Dr.Emran. Then we will be right here within two hours alright. Is that clear?" Noah bersuara selaku wakil ketua pelajar dalam kumpulan rombongan mereka.
Masing-masing menganggukkan kepala faham dengan arahan Noah.
Selang beberapa minit, Dr.Emran muncul bersama ketua penyelaras program pertukaran yang diwakili oleh Dr.Derrick untuk memberi kata-kata terakhir sebelum mereka semua menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air.
"I hope that you guys enjoyed and had fun for the whole month staying in London. We are always welcoming all of you to London again again and again. Do keep in touch when you had back to your hometown. Send my regards to all your beloved family and tell them to come visit us in London. Lastly, have a safe journey back home. Thank you..." Kata Dr.Derrick pada semua yang bakal pulang ke Malaysia.
Pelajar-pelajar lelaki mendapatkan pensyarah Inggeris itu untuk memeluk sebagai tanda perpisahan. Pensyarah yang berusia separuh abad itu tidak lekang daripada karakter seorang ayah buat para pelajar sepanjang mereka berada di sini. Patutlah dia disenangi oleh semua pelajar di sini dek kerana sifatnya yang penyayang dan peramah.
"So, we still have a few hours let's have some tea or coffee guys!" Ajak Elsa dengan teruja.
Lantas Dian dan Fath memeluk bahu Elsa dan mereka begandingan menuju ke Starbucks yang terletak dalam lapangan terbang itu juga. Noah, Adam dan Mike Lewis turut menyertai mereka.
"Well, you guys must be coming to London again to attend our wedding within a year form now.." Kata Mike pada semua.
"Of course buddy! No sponsor for flight tickets?" Adam sengaja bergurau dengan 'abang angkatnya'.
"Hey, if you want it sure I can manage for you man! Plus with the accomodation and the rest."
"You got me kidding bro...Don't worry I'll be coming with these two pretty girls." Kata Noah sambil memaksudkan kepada Dian dan Fath.
"Oh and you...don't you dare to not forget invite me for your wedding day! Or you're dead ha ha ha." Kata Mike turut berjenaka.
"I will...I will..you are the first to have the invitation. My top list and the most special guest for the event. Make sure you come with three of you at that time."
Mike tidak faham dan mengerutkan dahinya. Semua yang ada disitu sudah tersenyum dan tergelak kecil mendengarkan maksud ayat Noah.
"I mean with your kids man! Make sure you had one during attending my big day."
"Oh...that one...hey! Of course I will. We will work hard on it right honey?" Mike mamandang Elsa dengan sebuah kenyitan di matanya membuatkan gadis tersebut tertunduk malu.
"Oh...your kids must be so cute Elsa! I can't imagine right now...with the blue eyes and blonde hair..."
"Yes! I also can't wait to see your kids beb. If you don't mind could I be their foster mummy?" Dian berkata pada Elsa.
Elsa sebak lalu memeluk bahu Dian. "Of course you could darling..."
"Oh how sweet of you Elsa...I must be missing you so dearly. Do come visit us in Malaysia after you guys had married even Noah still not holding his wedding day."
"Well, I try my best. All in all it's up to Mike right baby?" Ujar Elsa memandang Mike di hadapannya.
Mike hanya tersenyum dan tidak membantah. Memang dia berhajat untuk membawa Elsa bercuti ke Malaysia setelah mereka berkahwin mungkin untuk berbulan madu. Dia tahu bahawa Elsa sangat sukakan laut dan pantai dan aktiviti skuba diving dan menyelam merupakan kegemaran gadis itu sama sepertinya. Mereka sangat sukakan alam semula jadi dan ketenangan. Langkawi, Pulau Pangkor atau Pulau Tioman menjadi destinasi yang ingin ditujunya atau mungkin pulau di Bali yang sungguh menakjubkan.
**************************************
Usai menikmati kopi dan teh dan meluangkan detik-detik terakhir bersama Mike,Adam dan Elsa kini tibanya masa untuk mereka sejumlah empat puluh orang melangkah masuk ke balai berlepas .
"Okay, take care and keep in touch darling. I'll be missing you. Have a safe flight then. Tell Malaysia that I will be coming with my husband soon. Bye..." Tutur Elsa sambil memeluk Dian.
"See you again Elsa. Remember to come in Malaysia ya? I love you sweetheart, thanks for everything and I'm sorry if there are lots of mistakes and wrong for all the time I'm being here. Bye..." Balas Dian sambil menitiskan air mata di pipinya.
"Hey don't cry, it's just a temporary. I will cry to see you crying Dian!" Elsa mulai sebak. Sejak dari tadi lagi dia memendam perasaan sedihnya untuk tidak dilihat sesiapa.
"Okay, my turn..." Fath mencelah.
"Alright my sweetie foster sister, till then and happy tying the knot with your pronce charming. I will come back to attend your wedding buddy. Please take care of yourself and don't miss me okay? Do Skype when you are free okay? I love you...." Fath turut menitiskan air jernih dan memeluk gadis Inggeris tersebut lalu mereka bertiga berpelukan sebelum melangkah masuk ke dalam balai berlepas.
Noah dan Mike turut berpelukan sebagai tanda perpisahan mereka kemudian diikuti oleh Adam.
"Free nanti baliklah Malaysia bro boleh kita lepak Satrbucks atau tengok bola macam dulu-dulu. Give me a call when you are in Malaysia alright? Jaga diri kat sini, jangan kuat kerja sangat."
Adam dan Noah saling berpelukan sebelum mereka berpisah. Walaupun kadang-kadang ada yang tak puas hati antara mereka namun mereka pandai mengatasi perasaan itu dan membuangnya jauh-jauh tidak mahu merosakkan persahabatan yang sudah terjalin sejak sepuluh tahun yang lalu.
"Okay, thanks bro. Apa-apa aku bagitahu kau. Jaga dan tengokkan Dian untuk aku. I trust and rely on you bro. Dah sampai inform okay. Assalamu'alaikum..." Ucap Adam setelah meleraikan pelukan dengan Noah.
"So, bye guys! It's the time...." Kata Fath pula.
Masing-masing melambai antara satu sama lain sambil kaki melangkah menuju masuk ke balai berlepas.
Tanpa Dian sedari air matanya tumpah semakin deras sama laju dengan Fath. Emo sangat dengan perpisahan ini. Tetapi, mereka harus pulang demi keluarga tercinta. Ada tanggungjawab lain yang perlu mereka langsaikan di bumi Malaysia.
No comments:
Post a Comment