Thursday, 16 July 2015

The Healing Love - Part 31


       Ketika Dian dan Fath dihantar pulang oleh Adam dengan menaiki kereta ke apartment mereka kelihatan Noah tercegat tunggu di hadapan bangunan apartment yang mereka diami itu. Lantas Adam turut turun dari keretanya dan menghampiri Noah. Mereka berjabat tangan dan tersenyum sebagai berbasa-basi.


  "Kau buat apa kat sini Noah?" Soal Fath kehairanan.

"Aku? Basuh bangunan ni ha..tunggu koranglah!" Noah buat lawak antarabangsa pulak.

"Kenapa tak call ke mesej? Tak adalah tertunggu-tunggu macam ni. Buatnya kita orang balik tengah malam, kau tunggulah sampai tengah malam ya?" Omel Fath lagi.

"Hmm....firasat aku kuat mengatakan yang korang balik cepat. Pergi Hyde Park je pun..."

"Aik? Macam mana kau tahu?"

"Kan aku kata instinct aku kuat."

Fath mencebik tak tahan dengan jawapan klise Noah.

"Okay bro, aku gerak dulu! Nanti free kita lepak okay?" Ujar Adam sebelum berlalu pergi.

"Tak ada hal, asal kau belanja ha ha ha okay drive carefully!" Jawab Noah.

Setelah Adam hilang bersama Audi a5 hitam miliknya, Dian segera membuka langkah untuk naik ke apartment dia. Malas dan tak kuasa untuk berhadap dengan lelaki yang bernama Noah itu.

"Dian! Kejap...we need to talk." Noah menghalang Dian dari berjalan menuju ke lif.

Fath hanya memandang dan membari ruang buat dua sahabatnya itu. Dia tahu Dian merajuk dengan Noah sebab cemburu. Bagus juga bila Dian cemburu. Setidak-tidaknya dia tahu yang Dian sayangkan Noah dan itu petanda yang bagus bahawa Noah tidak bertepuk sebelah tangan selama ini.

"Dian please...give me ten minutes to talk to you. Okay?" Rayu Noah.

Dian pandang Noah dengan pandangan yang kosong. Dia sudah malas dan letih nak bertikam lidah atau bergaduh. Lagipun mereka hanya sekadar berkawan sahaja dan tak lebih daripada itu.

"Okay, five minutes! Cepat." Jawab Dian dengan tegas.

"Look, kalau Noah ada buat salah dan kecilkan hati Dian Noah minta maaf sangat-sangat. Noah tak sengaja. Please Dian...seminggu ni Dian tak layan Noah langsung, apatah lagi bercakap. You are different lately. Why?"

Dian pandang tepat ke anak mata Noah dan berkata " Why? You asked me why? I think you know what is the answer. Oh, don't worry you are sorry and if you have finished please don't blocking my way!"

"No, I haven't finished yet! In fact, I don't know what on earth you are acting this way like we do not know each other Dian Ameena. Please...be honest."

"Noah, Dian dah penat. Cukuplah setakat ni..antara kita tak ada apa-apa kan. Okay, Dian mengaku Dian terlebih emosi dan terlalu mengikut perasaan. Dian pun bersalah, so okay after this we just keep going like there's nothing happened and I lead my own way and you too."

"No...kita ada apa-apa! Dian nak Noah cakap macam mana lagi that I LOVE YOU SO MUCH! Faham tak? Why? Takkan tak ada walau sedikit rasa sayang atau cinta dalam hati Dian untuk Noah? Please stop denying it! Jangan diseksa perasaan sendiri Dian. I know, that deep in your heart you love me...."

"No! You are wrong. I don't love you. You are not my type at all! We are just friend. Fath jom!" Dian merengus deras dan melangkah meninggalkan Noah yang masih terkulat-kulat di situ.



                                              ************************************


"Nah...biar lega sikit." Zaim yang telah tahu setelah diceritakan oleh Noah tadi menghulurkan mug berisi teh kepada Noah.

"Thanks. Aku betul-betul tak faham la, kenapa mesti nak nafikan lagi yang dia sukakan aku? Kalau suka cakap suka janganlah nak mainkan aku. Aku pun ada hati dan perasaan bro!"

"Chill..aku pun tak faham dengan kaum hawa ni. Even, aku sendiri pun tak tahu apa yang dia orang nak sebenarnya. Apa yang penting, kau jangan mudah berputus asa bro! Fight for your girl! Aku sokong kau dari depan, belakang, kiri dan kanan." Zaim menyuntik semangat Noah.

Noah tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Zaim. Boleh pulak nak berlawak time-time ni.

"She's too complicated....serumit mixture of chemicals yang sudah bergabung dan bersatu-padu tahu tak? Dan tidak semudah itu untuk dirungkai. Perlu melalui pelbagai proses untuk dapat setiap elemen tu! Gila weh."

"Then, kau buatlah dan cipta satu cara yang umphh punya untuk rungkaikan mixture tu eh apa pulak! Nak menangi hati si Dian Ameena gadis pujaan kau tu." Tutur Zaim penuh bersemangat.

"Aku tak tahu nak guna cara apa dah. Kang aku guna cara halus nanti baru tahu!"

"Cara halus? Guna makhluk halus ke?"

"Kau rasa? Dah kalau semua cara dah tak jalan, guna cara haluslah pulak!"

"Astaghfirullahal azim bro! Mengucap bro... kot ya pun jangan main cara kasar gitu, tu khurafat, syirik namanya!"

"Aku masih waras lagi dan tahu dosa pahala Zaim. Saja aku cakap gitu nak release tension."

Zaim mengeluh lega mendengar jawapan dari Noah lalu meneguk air teh dari mug miliknya.

"Habis tu, kau nak buat apa sekarang? Tahu pasal apa dia merajuk tu?"

Noah menjungkit kedua bahunya sebelum menjawab "Fath ada bagitahu pasal Irina."

"What? Irina? That annoying bitch?" Sesuka hati Zaim memberi gelaran pada gadis itu.

Noah tergelak kecil mendengar Zaim memanggil Irina sebegitu.

"Kau pun tahu minah tu macam mana kan? Jenis tak berjenis, asyik nak menyendeng pada aku. Rimas!"

"Dah kau tak tolak atau tepis ke? Itu kot yang Dian marah dan merajuk sangat! Kalau aku jadi dia pun, aku merajuk bro!"

"Eeee kau dengarlah dulu apa aku nak cakap! Belum apa-apa lagi dah smashed aku. Patutlah tak ada perempuan lekat dengan kau, jenis mudah jump into conclusion!" Bidas Noah tak puas hati.

"Eh kita pulak yang kena. Okay sekarang bagitahu aku apa dia?"

"Kau ingat tak assignment yang Prof. Derrick bagi hari tu? Yang pasal Managing Capital for Business?"

Zaim mengangguk tanda dia ingat.

"Nah! Aku kan satu group dengan minah tu untuk assignment tu sekali dengan Mike. Jadi, nak tak nak aku kena duduk sekali satu meja berbincang dengan dia! Dah banyak kali aku tegur dia supaya jaga tingkah laku dia jangan gatal sangat nak menyendeng pada aku, tapi kau tahu jelah orang jenis tak makan saman macam mana?"

"Oh...now I get it. Padanlah Dian merajuk dengan kau. Kau tak cuba explain pada dia? Kesian dia dah salah faham."

"Nak explain macam mana belum aku habis cakap dia dah pergi. Kesian kat dia apa pasal pulak kesian kat  akulah yang kena pujuk dia!"

Zaim tergelak mendengar luahan sahabatnya itu. Noah mencampakkan bantal kecil ke mukanya tanda protes.

"Kau takkan tak tahu cara nak pujuk dia? Bagilah bunga ke, coklat ke or whatever. Perempuan kan suka benda-benda begitu? Itu pun nak aku ajar? Ni aku bagi tips, perempuan ni kan dia suka dibelai dan dihargai. Barulah cair!"

"Cakap macam dia ada buah hati.Habuk pun tak ada!" Sindir Noah mencebik.

"Eh hello? Aku ni banyak pengalaman tau! Boleh jadi tok guru kau kalau kau nak."

"Tak payah, terima kasih. Nanti melepas Dian Ameena aku tu macam kau melepas Amira. Sudahnya kau frust menonggeng, perempuan tu bergembira dengan tunang dia."

"Orang nak tolong jual mahal pulak." Zaim mencebik pulak.

"It's okay, aku tahu apa nak buat untuk pujuk dia nanti. Kau tunggu dan lihat." Noah tersenyum memikirkan apa yang dia akan lakukan untuk memujuk Dian.


                               *****************************************************

        Hari ini kelas bermula pada pukul sembilan. Masih ada satu jam lagi dari sekarang. Getus hati Dian setelah melihat jam di pergelangan tangannya. Tanpa berlengah, dia mengatur langkah menuju ke perpustakaan yang terletak di hadapannya itu. Fath pulak masih di rumah malas pergi awal katanya.

       Kakinya terhenti tatkala mendengar bunyi suara orang menyanyi di pekeling taman di hadapan perpustakaan tersebut. Macam pernah dengar suara ni tapi di mana? Gumam Dian di dalam hati.
Kedengaran, pelajar-pelajar yang lalu berhampiran dengan taman itu bersorak dan bertepuk tangan melihat persembahan percuma dari lelaki itu. Hati Dian tiba-tiba rasa ingin tahu siapakah gerangan orangnya. Boleh tahan jugak nyanyian dia.




Don’t put your pillow on the balcony
Or I will take it with me
It’s the only way that I can sleep with you
And dream of us two

Don’t leave your lipstick out of your hands
I hope you will understand
It’s the only way that I can kiss you
It’s the only way to be one with you

I’m gonna steal your heart
The way I stole your scarf
I’m gonna steal your love love love
The way I stole your glove

Don’t you notice I have
Worship you since we both were kids
I have loved you since first grade
I hope its not too late not too late

Don’t leave your toothbrush anywhere
With twenty missing don’t you care
That I am closer to you
You Don’t even know
It feels like mouth to mouth and I love it so

I'm gonna give em back to you
if you say you love me too
And everything will be ok
okayyyyyyy

I’m gonna steal your heart
The way I stole your scarf
I’m gonna steal you love 
The way I stole your glove

Don’t you notice I have
Worship you since we both were kids
I have loved you since first grade
I hope its not too late for me to say
I hope its not too late not too late


             Disebabkan ramai yang mengerumuni si penyanyi tak berbayar itu, Dian terpaksa bersepit di celah-celah manusia di situ bagi memastikan siapakah pemilik suara yang amat biasa didengarinya itu.

"Excuse me...thanks!" Ucap Dian pada salah seorang pelajar mat saleh di situ.


"He has such a great voice, his girlfriend must be melting to see him singing this." Seorang lagi pelajar perempuan berkata dengan penuh teruja pada salah seorang sahabatnya yang sedang ralit memandang persembahan percuma itu.


"Err...excuse me please?" Pinta Dian pada seseorang yang menghalangnya daripada melihat wajah si penyanyi tersebut.


          Bulat nak terkeluar biji mata Dian tatkala melihat pemilik suara yang menyanyikan lagu Thief dari Mark Adam itu. Sungguh dia tak sangka! Kenapa mesti lelaki ini? Kenapa?


"I dedicated this song specially for you Dian Ameena! Please...forgive me my dear." Ucap Adam sambil menghabiskan nyanyiannya.


  Semua yang ada di situ mencari-cari gadis yang dimaksudkan oleh Noah. Dian tertunduk malu dan darah hangat terasa menyerbu ke mukanya. Terus hilang rasa marah dan merajuknya pada lelaki itu.


"She's here!" Laung seorang daripada mereka. Zaim? Jadi ini rancangan mereka berdua. Getus hati Dian.


"Dian Ameena, I am so sorry for what I have done to you! I am not intended to make you hurt, please accept my apologize!" Ucap Noah di tengah-tengah taman itu disaksikan oleh ramai pelajar.


Semua mata tertumpu ke arah Dian menunggu jawapan darinya.


"Or I will stand here the whole day until you forgive me Dian! And keep singing..."


"Maafkanlah dia Dian..." Ujar Zaim yang berada di sisi Dian.


Dian senyap dan terkedu lidah saat ini. Apa yang pasti dia berasa sungguh malu, sangat-sangat malu!


"Okay, okay! I forgive you... satisfied?" Balas Dian dengan menahan malu.


Semua yang ada disitu bertepuk dan bersorak kepada Dian dan Noah.


"Bravo Noah!" Zaim mengangkat ibu jarinya kepada sahabatnya itu. Noah pun berbuat yang sama.


"Good job man! You are awesome!" Puji Mike pulak.


"Can we have your autograph here please?" Pinta salah seorang perempuan mat saleh dengan teruja. Tanpa menolak Noah memberikan autographnya pada gadis berambut blonde itu.


"You are lucky to have a romantic boyfriend as him, all the best for both of you!" Ucapnya lagi.


Dian hanya tersenyum dan tidak tahu ingin katakan apa. Noah pula makin lebar senyumnya, sukalah tu!


"Famous kau bro hari ini! Ha ha ha!" Kata Zaim menepuk-nepuk bahu Noah.


"Nak pujuk orang tulah...sanggup aku menyanyi depan public macam ni. Dah tak nak maafkan aku sangat..."


"Okay, merajuk sudah dipujuk so jom kita celebrate!" Ajak Zaim.


"Cool! Jom Miss Dian Ameena my sweetheart?" Ajak Noah pulak.


"Siapa sweetheart dia? Perasan!" 


"Okay, fine....attention please! This song is for my beloved sweetheart Dian Ameena. I hope she will forgive from the bottom of her heart."


Noah memetik gitarnya dan ingin bernyanyi semula. Kali ini dalam versi melayu lagu tadi, Pencuri.


Dian terus memegang gitar Noah memaksanya menghentikan daripada meneruskan bernyanyi.


"Okay, okay....Dian maafkan! Hish, susah betul dengan orang yang tak tahu malu ni."


"Tak tahu malu sebab bukan buat benda tak elok. Eheh! Senyumlah senyumlah ahai cik adik manis..." Noah menyanyikan lagu Dato M.Daud Kilau pulak. 


"Okay jom, Dian ada kelas lagi tiga puluh minit. L
epas ni jangan nak buang tabiat buat macam ni!" Bentak Dian sambil memandang tepat ke arah Noah.

"Okay, I'll make another way to say sorry heeee. Insha Allah, I won't repeat my mistake and will learn from my mistake sweetheart!" Balas Noah dengan senyuman penuh manis.


Zaim hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala melihat gelagat dua sahabat ini. Dia jugak yang tiada siapa yang nak. Nasib kaulah Zaim Armani.




                                               ***********************************

  Fath yang baru sampai menepuk bahu Dian lalu memeranjatkan gadis itu.

"Oh mak kau sundal bolong! Eh! Astaghfirullah...ha itulah bagi aku terkejut lagi. Tak pasal-pasal mama kau dapat nama."

Fath gelak sakan sampai berair mata mendengarkan Dian yang termelatah dek kerana kejutan yang dia buat sebentar tadi. 

"Ha ha ha! Kelakar la kau ni...kalau mama aku sundal bolong habis aku ni apa? Anak sundal bolong? 
Ha ha ha....asal aku asyik dengar orang duk sebut nama Noah sejak dari pintu masuk lagi? Ada apa-apa news ke?"

"Hmmm tanyalah dia sendiri."

"Ish aku tanya kau sebab kau je yang ada depan mata aku sekarang. Kenapa? Dia pakai baku kurung eh?" Tebak Fath membayangkan lelaki itu berbaju kurung dan bertudung saat melawat Dian di hostel.

"Tak...dia nyanyi. Depan ramai-ramai! Lepas tu minta maaf siap sebut nama penuh aku. Malu weh!"

"What!? Wah romantiknya beb! Jealous aku...then kau maafkan dia?"

"Hmm....." Balas Dian acuh tak acuh.

"Hmm je?"

"Dah tu kalau aku tak maafkan dia nak stay terus nyanyi satu hari kat situ. Kau rasa macam mana? Dengan mata semua pandang ke aku time tu."

Fath kembali tergelak sakan. Dia boleh membayangkan bagaimana Dian menahan pipinya yang sudah kemerahan saat itu. Sudahlah kulit sahabatnya itu jenis putih kuning langsat. Memang jelaslah kemerahannya seperti pemerah pipi.

"Alhamdulillah....habis jugak merajuk kau ya? Lega aku dengar...dah lepas ni tak mau merajuk-rajuk okay? Hodoh gila muka kau bila merajuk. Kasian aku kat Noah nanti."

"Pasal apa nak kesian ke dia pulak?"

"Yalah, kalau betullah nanti kau kahwin dengan dia...bila kau merajuk...puaslah dia nak pujuk. Silap-silap mahu terjun bangunan sebagai pilihan terakhir kalau kau tak maafkan."

"Lantak dia siapa suruh buat aku jealous! Jom, masuk."

"Eh kejap, aku salah dengar ke? Cuba kau ulang balik?"

"Maaf tiada siaran ulangan, ini bukan Astro."

Fath tersenyum lebar dengan kenyataan Dian tadi. Padahal dia dengar dengan jelas setiap patah perkataan sahabatnya itu. 



                                              **************************************

         Sejurus tamat kelas pada pukul sebelas, Dian ingin pulang ke apartment dan tidur. Semalam dia tidur lambat kerana berborak sakan dengan mama kemudian Cik Su Madeena di Skype sehingga pukul tiga pagi. Rindu katakan, jadi sampai terbabas waktu tidurnya. Lagipun di sana baru dalam pukul tujuh malam macam tu. Hanya pada Skype sahajalah tempat dia bergantung harap berhubung dengan orang-orang tersayang.

"Dian! Tunggu!" Noah yang nampaknya berjalan menuju ke luar kawasan universiti memanggilnya.

"Ye Noah ada apa? Dian nak balik ni...ngantuk tak tidur semalam."

"Tak tidur? Buat apa semalam?"

"Skype dengan mama dan cik su apa lagi....kenapa?"

"Oh...ingat nak ajak makan dekat restoran depan tu. Jom makan sekejap lepas tu balik okay?"

Kebetulan, perutnya tengah berkeroncong maha dahsyat kerana hanya minum segelas milo pagi tadi. 

"Okaylah...ni siapa belanja?" Dian saja mengusik. Bukan dia tak ada duit nak bayar.

"Macam tak biasa...orang yang famous satu hari inilah yang belanja! Tanda menyambut berjayanya memujuk orang merajuk."

" 'Cheese' kek betullah! Okay pergi makan sorang kalau gitu!" Dian pura-pura merajuk.

"Hey, okay maaf....gurau pun nak sentap. Emo sungguh orang perempuan ni kan?"

"Watch out your mouth." Ugut Dian.

"Oh my god, takutnya!" Noah sengaja provok.

Pantas Dian menjelingnya dengan sebuah jelingan maut. 

Mereka kemudian mengatur langkah menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Noah. Sungguh eksklusif tempatnya! Sesuai untuk pasangan kekasih. Kata Dian di dalam hati tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

"Table for two please." Pinta Noah pada salah seorang pelayan yang menyambut mereka di muka pintu.

"Thanks."

"Dian, what would you like to eat? Fish and chips or macaroni?" Soal Noah.

"Erm...what is special in here?" Dian bertanya pada pelayan yang setia berdiri di tepi meja mereka.

"Oh..well we have a lot special dishes served here. You may try our grilled salmon, maryland or gordon blue." Jawab pelayan orang putih itu.

"Gordon blue? What is that?" Tanya Dian.

"Oh...it is a great combination of BBQ chicken chop with chicken slice, cheese, wedges, pineapple ring and coleslaw."

"I take that one...Noah?"

Lelaki tersebut memandang Dian dari memandang menu di atas meja. 

"Erm...give me grilled fish salmon one set please. Dian, caramel cappucino?" Teka Noah.

Dian angguk dan tersenyum, bangga dia Noah hafal segala kegemarannya.

"Alright...one caramel cappucino and one caramel latte please. That's all."

Lantas, mereka ditinggalkan berdua di satu sudut di restoran itu. Dian tunduk tiada apa nak dicakapkan saat ini. Noah asyik memandangnya sejak tadi. 

"Dian...Dian?"

Dian mengangkat sedikit mukanya memandang Noah. 

"May I ask you something?"

"What?"

"Do you..." Noah terhenti dan menarik nafasnya mengumpul kekuatan untuk mengungkapkannya.

"Do you really love me? Answer me honestly..." 

Dian telan liur, nafasnya menjadi tak teratur dan jantungnya berdegup kencang.

"Please...straight to the point Dian. Noah tanya ni...."

"Err...yes I love you as a best friend like I love Fath!" 

"No...I asked you do you love me more than a friend?"

"Dian.....Dian?"

"What is it? Tell me the truth...don't keep it. Come on." 

"YES! I like and love you Noah Ismail Wong!" Jujur Dian tanpa disangka ayat itu meluncur keluar dari mulutnya.



No comments:

Post a Comment

nuffnang