Penerbangan menaiki Emirates dari kota London ke Malaysia selama tiga belas jam akhirnya berakhir dan sekumpulan mereka selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pada jam sepuluh pagi. Nasib kapal terbang ini tidak transit di mana-mana seperti Beijing dan Singapura kerana mungkin mereka akan berlama di sana sementara tunggu untuk meneruskan penerbangan.
"Mama! Rindunya.....mama sihat?" Dian berlari-lari anak mendapatkan Puan Maria yang sedang setia menantinya di balai ketibaan bersama Encik Ezuan Kumar. Keluarga Fath pun turut ada sama di sini menanti kepulangan puteri bongsu mereka.
"Alhamdulillah...sihat. Orang London sihat? Ceria bukan main mama tengok."
"Meena okay sihat je. Mestilah happy dapat pergi London! My mission had accomplished!"
"Hmm....ni Noah balik dengan siapa?" Soal Puan Maria melihat Noah yang sejak tadi berdiri di tepi Dian.
"Erm...itulah umi dengan daddy tak dapat jemput sebab pergi ke Penang ada kenduri saudara. Noah naik teksi je kot."
"Eh, tak payah membazir nak naik teksi jom biar mak cik hantar."
Pantas Dian menoleh ke arah lelaki itu.
"Ha tunggu apa lagi? Jom...lambat kena tinggal."
"Fath, aku balik dulu okay? Anything roger beb!"
"Alright Dian, aku pun letih satu badan ni. Nampak bantal dengan katil je sekarang sebab tak lena tidur dalam flight."
Sebelum Dian dan Puan Maria beredar dari KLIA tersebut mereka bersalaman dengan mama dan kakak Fath yang masih berada di situ manakala Encik Ezuan Kumar berjabat tangan dengan daddy Fath sebagai tanda minta diri.
**************************************
Sejurus sampai di hadapan rumah banglo milik keluarga Noah, Noah menjemput Dian sekeluarga masuk ke rumah untuk minum-minum sebelum pulang. Namun, Dian menekan kedua abah dan mamanya untuk tidak singgah kerana badannya sungguh letih sekali dek kerana penerbangan yang memakan masa berbelas jam lamanya.
"Okay, till then. Terima kasih mak cik, pak cik sebab tolong hantarkan Noah balik. Dian, nanti Noah call okay?" Ujar Noah usai keluar dari perut kereta Encik Ezuan Kumar.
"Ya, okay bye! Kirim salam pada umi dengan daddy tau."
Noah mengangguk dan melambaikan tangan kepada Dian dan keluarganya sebelum mereka hilang dari kawasan perumahannya itu.
Noah kemudian menarik beg bagasinya dan beberapa beg miliknya masuk ke dalam. Adiknya, Naz awal-awal lagi sudah memaklumkan padanya bahawa dia ke Terengganu bersama kawan-kawannya untuk majlis kahwin salah seorang sahabat mereka. Jadi tinggallah dia terkontang-kanting di rumah kesunyian.
Tiba-tiba mindanya teringatkan si kecil comel Natasha dan Khaleef yang sudah sebulan tidak berjumpa. Pastinya anak kecil itu asyik sebutkan bila dia akan pulang pada uminya. Dalam hati Noah sudah berkira-kira ingin menjemput dua beradik itu pada hari esok untuk meluangkan masa dan lepas rindu.
**********************************
Setelah bercuti selama tiga hari kini Dian kembali ke universiti untuk menghabiskan baki pengajiannya bagi semester ke lima ini sebelum cuti semester. Penatnya pun masih ada dan masih jet lag lagi. Mungkin lepas seminggu akan kembali normal seperti sedia kala.
Pagi ini Dian menghadiri kelas bersama Dr.Eliana untuk subjek English Comprehensive dan pada sebelah petang pula kelas bersama Prof.Ibrahim Ismail bagi subjek Public Speaking. Nasib hari ini tak padat sangat jadual seperti semester lepas. Pengurusan masa yang bijak merupakan pendorong kejayaan sesorang pelajar dan Dian menjadi seperti itu.
"Assalamu'alaikum, morning! Lawa adik manis hari ini...dah hilang jet lag?" Tegur Noah pada Dian.
"Wa'alaikumusalam, hello...ceh ni mesti ada benda ni 'mulut manis' pagi-pagi ni? Jet lag tu biasalah, dua tiga hari lagi ghaiblah dia."
Noah tersenyum manis seperti terlebih gula. Ditangannya dipegang sejambak bunga segar lalu dihulurkan kepada gadis yang telah mencuri hatinya, Dian Ameena.
"Bunga lagi?" Tebak Dian.
"Tak suka? Bunga kan terapi?"
Dian tersenyum. Teringat kata-kata Noah yang sama sebijik seperti mamanya yang turut 'gila' bunga.
"Bukan macam tu..maksud Dian kenapa susah-susah membazir duit beli bunga semua ni. Esok lusa bunga ni layu jugak, atas meja Dian tu berlambak bunga yang Noah dah bagi. Last-last kering dan layu dan ke tong sampah."
"Hmm...dah tu Dian suka apa?"
"Tak payah bagi apa-apa okay? Kalau nak bagi pun, bagilah coklat ke, cekedis ke, coki-coki ke kira okay dah janji boleh makan."
"Oh....okay esok eh? Seguni Noah belikan untuk my honeydew alright!"
"Wow..asal tak selori je terus senang nak sedekah satu universiti ha ha ha!"
Tawa mereka berdua sama-sama meletus akhirnya.
***************************************
Dian see you at usual place after class. Don't be late! ~Noah
Beres bos :)
Okay, now focus on lecture my honeydew :)
Bibirnya mengukirkan senyuman setelah membaca mesej dari Noah itu seraya memberi sepenuh perhatian kepada perbicaraan pensyarah yang sedang rancak bersyarah di hadapan itu. Dalam pada itu otaknya ligat berfikir apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu seperti penting saja gayanya.
Sejurus kelas bersama Dr.Eliana, pantas Dian mengorak langkah keluar dari bilik kuliah untuk bertemu Noah di Kafe Uncle Sam seperti yang mereka janjikan. Hairan Fath melihatnya yang tergopoh-gapah meninggalkan tempat itu. Dengan rasa ingin tahu yang meluak-luak dalam diri Fath, dia segera mengekori sahabat baiknya itu untuk mengetahui lebih lanjut.
"La....jumpa 'buah hati' rupanya patutlah kalut semacam!" Bisik Fath sendirian setelah melihat Dian mendapatkan Noah yang berada di suatu sudut di dalam Kafe Uncle Sam.
Malas untuk menggangu mereka berdua terus Fath ke keretanya yang dipakir tidak jauh dari situ untuk pulang ke rumah. Malam ini ada perjumpaan keluarga kata mamanya ada perkara penting yang ingin dibincangkan. Ini tak lain tak bukan pasal Kak Sharmaine dia yang ingin menamatkan zaman solo. Tak lama lagi dapat abang ipar barulah dia, seronoknya!
"Hi, sorry...lama tunggu?" Dian bertanya kepada Noah.
"Tak baru je sampai....caramel latte or cappucino?" Tanya Noah.
"Caramel latte."
"Okay, so apa dia yang macam penting sampai tak boleh tunggu esok lusa je?" Soal Dian tak sabar.
"Remember the ring that I gave you once before?" Noah memandang tepat ke mata Dian.
"Aha, yes....why?"
"So, have you got the answer yet?"
Dian telan liur tak sangka akan hal ini yang ingin dibicarakan lelaki ini disaat ini.
"Dian?"
"Err....nak jawapan jujur ke tak jujur?"
Noah tersenyum geli hati.
"Being honest is a noble attitude my honeydew. It's okay just be straightforward."
"Okay, nope. I am so sorry."
Jeda mengisi ruang antara mereka. Dian serba salah tak kena duduk. Rasa nak je cabut dan pergi dari situ.
"Dian...kita tunang?"
Biji mata Dian buntang serta merta. Sungguhlah Noah ini penuh dengan kejutan satu per satu. Boleh sakit jantung dia macam ni.
"Tu..tu...tunang?" Gugup Dian menyoal Noah.
"Hey chill okay...Noah cuma tanya je. Kalau Dian dah ready why not kita tunang? Then few months later after you graduated we get married?"
Sekali lagi nafasnya bagaikan tersekat-sekat seperti ditarik malaikat maut apabila Noah menyebut pasal tunang dan kemudian kahwin.
"Dian...do you love me?"
Dian memandang wajah bersih Noah. Lidahnya bagaikan kelu.
"Okay, Dian balik dulu fikirkan pasal idea Noah ni. Then you give me the answer. No matter what it is, I still waiting for you my dear. No one will be my bride except you Dian Ameena. Only you..."
Sekali lagi Dian hilang kata-kata dan terkejut. Kenapa semuanya berlalu dengan pantas sekali? Adakah dia benar-benar sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri?
Sudahnya dia hanya melemparkan sebuah senyuman buat jejaka yang inginkannya menjadi isterinya dan hanya dia sahaja yang akan menjadi pengantin perempuan kepada lelaki itu, Noah. Dian menarik nafas untuk mencerna serta menghadam kata-kata Noah sebentar tadi.
'Ya istikharah...istikharah Dian Ameena.' Bisik hatinya.
************************************************
"Meena buat apa sayang? Dah tidur ke?" Tanya mamanya di hujung panggilan.
"Belum lagi mama..tengah siapkan presentation untuk esok. Mama tak tidur lagi?"
"Belum, ingat nak borak dengan anak manja mama sebelum tidur. Mama nak tanya something pada Meena ni."
"Apa dia mama?"
"Meena start cuti dua minggu lagi kan? Bila?"
"Oh...dua puluh tujuh hari bulan lepas exam."
"Okay, sebab mama nak book ticket."
Kening Dian hampir bertaut disaat mendengarkan kata-kata mamanya itu.
"Book ticket apa ni?"
"Book ticket la..nak pergi Mekah. Meena nak ikut tak?"
Buntang biji mata Dian serta merta dan teruja sebelum menjawab " Mama nak buat umrah ya? Nak nak ikut!"
"Ha...yalah mama nak bawalah Meena anak manja mama sorang ni. Mana boleh tinggal. Lagipun mama dah niat nak tunaikan umrah bila Meena baik dari sakit hari tu."
"Heee manja dengan mama je! Mama nanti kita pergi tempat cik su ke?"
"Hmm...Meena nak pergi ke?"
"Of course! Kita jumpa cik su ya mama? Boleh dia jadi tour guide kita for free nanti ha ha ha."
"Amboi...okay kalau gitu mama nak confirm ticket esok senang dah tahu tarikh."
"Alright mama. Cik su dah tahu ke?"
"Surprise..." Puan Maria tersenyum sendirian biarpun Dian tidak dapat melihatnya ketika ini.
Dian pun turut tersenyum di hujung panggilan.
"Meena ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak okay esok kita cakap lagi ya?"
"Err...mama! Kejap."
"Apa?"
"Err...tak ada apa-apa."
"Pulak dah..cakap la mama dengar ni."
Dian menggosok keningnya dengan jari telunjuk mencari kata-kata yang sesuai.
"Meena tak tahu nak mula macam mana."
"Pasal apa?"
"Noah."
"Kenapa dengan Noah? Dia sakit?"
"Eh tak! Dia sihat walafiat. Dia....dia..."
Puan Maria sabar menanti Dian menyudahkan kata-katanya.
"Dia apa sayang?"
"Dia ajak Meena tunang!" Laju ayat tersebut meluncur keluar dari mulutnya.
"Tunang? Dah tu Meena kata apa pada dia?" Terkejut Puan Maria di hujung panggilan.
"Hmm...Meena tak kata apa-apa. Mama Meena nak buat macam mana ni?"
"Okay, Meena ada rasa sayang dan cinta pada dia?"
"Err...okay, ya Meena mengaku yang Meena sayang dia lebih sikit dari seorang kawan. Tapi kan ma...Meena tak tahu nak pilih yang mana satu sekarang ni sebab bukan Noah saja yang sukakan Meena!"
Mulut Puan Maria melompong dan terperanjat.
"Maksudnya?"
"Maksudnya....ada seorang lagi yang sukakan Meena sekarang ni! Adam...sepupu Fath yang pernah Meena ceritakan pada mama dulu. Kami berjumpa semula di London baru ni. Dia...Dia.."
Puan Maria menunggu ayat seterusnya daripada mulut Dian.
"Sebelum balik ke sini, Adam proposed me mama. What should I do right now hmm?"
"Wah...laku sungguh anak dara mama ni ya? Meena pilihlah yang mana Meena sayang dan cinta sangat-sangat. Tak pun lambung duit syiling ha ha ha." Boleh pulak Puan Maria berlawak.
"Mama! Ish boleh pulak dia buat lawak antarabangsa. Tolonglah Meena mama....haih!"
"Mama ada tengok ustaz kata kat tv kalau tak tahu dan tak pasti dengan keputusan kita terutamanya pasal jodoh, lebih afdhal Meena buat solat istikharah. Insya Allah Dia beri petunjuk."
"Itulah...Meena baru buat semalam. Tak ada apa-apa petunjuk pun lagi."
"Buatlah setiap malam sebelum tidur secara istikhamah dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh."
"Insya Allah mama."
"Okay Meena jangan stress pasal benda ni, Mama doakan supaya anak mama dapat jodoh yang terbaik. Siapa pun yang Meena pilih mama akan setuju dan restu."
Meena tersenyum tersipu-sipu dan lega.
"Thank you my dear..."
"Dah pergi tidur, esok kata nak buat presentation. All the best sayang."
"Bye mama. Sweet dream, I love you."
"Bye, I love you more than you know darling."
Kelas pagi ini bermula pada pukul lapan pagi dan Dian terlewat bangun kerana menyiapkan tugasannya untuk dihantar pada hari ini. Sudahnya sarapan dia tidak sempat untuk ambil bagi mengalas perut.
Ketika dia sedang mengambil bukunya untuk dibawa ke kelas, tiba-tiba dia terjatuhkan beg tangannya yang digunakan di London tempoh hari lalu kelihatan sebuah kotak beldu kecil terkeluar dari dalam beg tersebut.
Pantas Dian mengambil kotak tersebut dan teringatkan akan kata-kata si pemberi kotak tersebut.
" Dian....If you are ready, please let me know and give me a call?" Tutur Adam setelah mereka tiba di lapangan Terbang Heathrow. Ketika ini Fath dan Elsa sudah pun masuk ke dalam lapangan terbang.
"Adam, what is it of all this?" Dian terkejut dengan pemberian Adam itu. Sebuah kotak baldu yang saiz sederhana kecil.
"This is for you...Just take it as my present or gift from me to you for being my good friend. And if you are ready and willing to be more than that...just let me know and wear this. If I didn't get any call from you I understand...and just keep this with you."
Nak tak nak Dian menyambut huluran Adam itu setelah lelaki itu mendesak.
"Just take how many time that you need Dian. But one thing, whatever your decision is we are still friend okay?" Adam melemparkan senyuman manis dan menenangkan kepada Dian.
Lidahnya terkedu saat ini. "Eh jom masuk banyak nak angkat beg-beg ni!" Dian mengalih topik.
Adam pantas mengangguk dan membantu Dian mengangkat beg-begnya. Akhirnya, tuhan memberinya kekuatan membuat apa yang sepatutnya yang dia lakukan dan apa yang telah dia pendamkan selama ini. Terima atau tidak setidaknya dia sudah berusaha dan tidak hanya berdoa sahaja.
Melihat jam di pergelangan tangan menunjukkan sepuluh minit lagi pukul lapan pagi, Dian terus meletakkan kotak baldu tersebut di atas mejanya dan bergegas keluar untuk ke kelas. Kakinya mengatur langkah laju luar biasa supaya tidak terlambat untuk ke kelas.
*************************************
"Hoi! Termenung sampai aku ada kat belakang pun tak perasan! Termenungkan apa?" Fath menepuk belakang Dian lantas memeranjatkannya. Elok dia sedang menyendiri memikirkan tentang jodohnya tiba-tiba datang pulak si Fath entah dari ceruk mana.
"Kau pergi mana hah lepas kelas tadi? Puas aku cari macam orang sewel tahu? Kot ya pun nak menghilang, bagitahulah aku dulu."
Sepi. Dian sengaja malas menjawab soalan tidak penting itu.
"Dian, kau okey tak ni? Ada masalah?" Teka Fath sambil duduk di sebelah Dian di tebing bukit di belakang universiti yang menjadi tempat Dian mencari ketenangan ketika dirinya dilanda kegusaran dan keserabutan. Fath kenal sangat dengan sahabat baiknya ini.
Dian masih mendiamkan diri, matanya memandang ke hadapan kearah kehijauan alam yang sungguh mendamaikan.
"Fath, kalau kau kat tempat aku....kau pilih yang mana?"
"Pilih? Pilih apa ni?" Fath kehairanan.
"Noah atau Adam?"
Fath tahan diri daripada menghamburkan ketawanya bimbang terguriskan hati Dian.
"Hmm....kalau aku kan aku....aku pilih yang paling aku cinta! Habis cerita."
"Kau tahu tak apa masalah kau sekarang ni Dian? Kau terlalu suka menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling kau. Kau tak sanggup nak sakitkan hati dia orang walaupun kau terpaksa sakitkan hati sendiri. Itu menyeksa diri sendiri Dian."
Dian hanya mendengar komen dan kata-kata seorang Fath Dlina Rose dengan perasaan yang kosong.
"Ini soal dengan siapa kau akan habiskan seumur hidup kau tahu? After you made your decision, no more turning back and no use for crying over spilt milk. So, you better priority your own feeling first for this matter."
"Aku tahu..kau tak tak tahu nak pilih yang mana satu sebab first, dua-dua ganteng. Second, dua-dua baik dan memenuhi ciri-ciri lelaki idaman setiap perempuan. Ketiga, kau sebenarnya rambang mata ha ha ha!" Fath sengaja menyakat Dian untuk menceriakan suasana.
"Aku dah buat solat istikharah...tapi belum dapat apa-apa petunjuk pun." Luah Dian sambil melentokkan kepalanya ke atas bahu Fath.
"Baru berapa kali kau buat?"
"Dua malam..."
"Baru dua malam beb, buatlah sampai dua puluh malam ke dua bulan ke barulah dapat petunjuk."
"Ya aku tahu. Dah kau tanya berapa kali aku jawablah. Kat London aku buat tiga kali."
"Eh kau tak lapar ke? Jom makan, aku lapar tahap kebulur dah ni. Itulah tadi ingat nak ajak kau pergi makan, tapi tiba-tiba halimunan pulak."
"Laparlah...dahlah tadi tak sempat breakfast. Jom!" Pantas Dian bangun dari duduk dan bersiap untuk menuju ke kafe.
Mereka sama-sama beriringan menuju ke kafe yang selalu mereka makan sebelum masuk kelas pada pukul dua petang.
*********************************
Usai kelas pada sebelah petang tamat, Dian sama-sama berjalan keluar dari bilik kuliah dengan Fath.
Kelihatan dari jauh Noah sedang bersandar pada Camry Hybrid putihnya seperti menunggu mereka berdua sahaja. Tanpa berlengah, Dian dan Fath meghampiri Noah.
"Kenapa lambat sangat?" Soal Noah.
"Kau tunggu kita orang ke? Tak suruh tunggu pun." Kata Fath.
"Hmm...aku nak ajak Dian pergi rumah, Umi lama tak jumpa, rindu katanya."
Dian baru teringat akan Puan Nasha Emily, umi kepada lelaki ini yang sudah berbulan tidak dia ketemu dek kerana kesibukan yang melanda. Bohong kalau dia tidak rindukan wanita tersebut.
"Oh...bakal mak mertua nak jumpa rupanya. Ha tunggu apa lagi pergilah.." Ujar Fath tersenyum penuh makna.
Dian mencubit lembut lengan Fath kerana usikannya tadi. Habis berona merah pipinya sekarang.
"So, jom Dian? Assignments dah siap kan? Just need to do some revisions for exam right?" Tanya Adam.
"Erm...boleh tapi jangan lama-lama ya? Sebelum maghrib hantar Dian balik okay?"
"Macamlah dekat rumah Noah tak boleh nak buat revisions kan Fath? Saja je orang tu jual mahal."
"Nak Dian pergi ke tak?"
"Okay, okay...tapi please kali ini untuk special request dari umi tidur rumah ya?" Noah berharap.
Dian memandang Fath bersilih-ganti. Buat keputusan senang macam itu pun susah, Dian...Dian....Gumam dalam hati Fath.
"Macam ni, kau pergi singgah hostel ambil baju then tidur rumah Noah? Amacam?" Fath memberi idea.
"Kena tidur sana ke?" Dian serba salah.
"Bakal mak mertua nak jumpa, alang-alang tu tidurlah sana. Tak payah kau susahkan Noah nak ulang-alik hantar kau, minyak kan mahal sekarang ni?" Sengaja Fath memberi alasan yang kiranya muhasabah. Bukannya Noah tak mampu dan sengkek sangat nak bayar duit minyak kereta tapi sengaja mahu Dian ke rumah lelaki itu supaya tak adalah dia kesunyian dan banyak termenung. Sekurang-kurangnya ada Noah dan uminya boleh tengokkan sahabatnya itu.
"So, macam mana?" Noah mencelah.
"Ish, yelah yelah....kali ini je tau!"
Noah mengenyitkan mata pada Fath sebagai tanda terima kasih membantunya membuat Dian membuat keputusan yang tepat.
Ketika Noah masuk ke dalam perut kereta, dia mengatakan bahawa dua sepupu ciliknya ada di rumah sedang menunggunya di rumah. Rindu sungguh pada Kak Dian katanya.
Terus mata Dian bersinar-sinar setelah Noah menyebut tentang Natasha dan Khaleef yang sentiasa menceriakan hidupnya. Tak sabar rasanya dia ingin sampai ke rumah Noah.
************************************
"Kak Dian!!!" Jerit Natasha teruja disaat Dian turun dari kereta lalu terus mendapatkan gadis tersebut untuk dipeluknya. Kemudian, Khaleef turut mendapatkan Dian dan mencium pipi Dian. Ternyata mereka gembira dan seronok dengan kehadiran Dian di rumah ini.
Di muka pintu, umi Noah menyambut kedatangan Dian dengan memeluknya gadis itu erat-erat seolah setahun tidak berjumpa. Terharu rasa Dian dipeluk dan disambut sedemikian.
"Hai, bila Dian ada depan mata anak sendiri dah tak nampak. Okay, fine..." Noah buat-buat merajuk.
"Ish, apalah anak bertuah seorang ni. Kuat sungguh cemburunya! Macam mana nak kahwin ni?"
Dian tersentak mendengarkan umi Noah menyebut perkataan 'kahwin'.
"Jom Dian, umi dah masak untuk kita makan sama-sama. Rindu betul umi pada anak perempuan umi sorang ni. Lama tak jumpa, Dian sihat? Mama?"
"Dian sihat alhamdulillah...mama pun sihat. Lama kita tak jumpa adalah dalam dekat tiga bulan. Maaflah umi, Dian tak sempat nak melawat umi dekat rumah sebab sibuk dengan macam-macam hari tu, dengan urusan nak ke London lagi, nak siapkan assignments semualah. Umi tak marah kan?"
"Tak apa, umi faham Meena sibuk. Noah pun cakap yang sama."
"Dua minggu lagi nak final exam sebelum cuti semester. Lagilah sibuk umi..." Tambah Dian.
"Insya Allah, anak umi boleh buat nanti."
"Tapi kenalah baca buku umi, lainlah orang tu tak payah baca buku result gempak semacam." Dian memerli Noah.
"Apa kurang dengan orang tu jugak, always top ten in the list. Dean list lagi.." Bidas Noah selamba.
Puan Nasha hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah anak-anak muda ini.
"Jom kita makan nanti sejuk tak sedap. Umi masak special hari ini."
"Hmm....umi masak apa?"
" Gulai ketam, udang tempura telun masin, kailan ikan masin dengan kacang botol. Kacang botol tu adik umi, mak Shasha bagi dia tanam belakang rumah dia."
"Oh...fresh dari ladang la ni! Uish baru dengar pun dah kecur air liur, tak sabar Dian ni!"
"Along, panggil budak-budak tu makan sekali. Suka sangat Kak Dian dia datang sini. Masa Dian kat London hari-hari asyik bertanya pasal Dian. Jenuh umi nak menjawabnya."
Dian tergelak kecil mendengarkan tentang anak-anak saudara cilik wanita ini. Siapa lagi kalau bukan Natasha dan Khaleef yang comel dan mencuit hatinya.
No comments:
Post a Comment