Dua minggu berperang dengan peperiksaan akhir untuk semester ini akhirnya Dian bisa tarik nafas lega untuk hari terakhir dia menduduki kertas terakhir pada hari ini. Tinggal lagi dua semester untuk dia bergraduasi sebagai seorang pelajar universiti. Bagi Noah pula peperiksaan kali ini adalah yang terakhir sebelum dia menerima segulung ijazah tiga bulan dari sekarang. Kemudian, lelaki itu akan menempuh alam pekerjaan yang diidami selama ini.
Hari ini, selesai sahaja kertas terakhir pada pukul sebelas pagi, Dian terus ke hostel untuk bersiap pulang ke rumah mamanya. Tak tahan untuk balik bercuti panjang sebelum semester baru bermula dalam tiga bulan lagi dari sekarang. Dalam mindanya hanya nampak lambaian kaabah sahaja. Teruja rasanya untuk menjejakkan kaki ke sana nanti.
"Fath, keep in touch tau masa cuti nanti. Confirm aku akan rindu kau my hunny bunny best friend!" Luah Dian pada Fath sesudah mereka keluar dari dewan peperiksaan.
"Okay, kau take care kat sana nanti. Update aku apa kau buat nanti, kirim gambar kat whatsapp. Kau balik sini kita jumpa alright?"
"Okaylah, mama aku mesti tengah tunggu tu. Tak sabar nak balik weh!"
"Kau nak aku tolong angkat barang-barang ke? Tak apalah, jom aku tolong..."
"Oh you are such a true friend beb! Thank you."
"Nanti kan...kirim salam sayang aku pada Cik Su Madeena ya? Rindu nak borak-borak dengan dia, suruh dia balik sini cepat. Tak lama nak makan nasi minyak kau!"
Bulat mata Dian mendengarkan kata-kata Fath itu.
"Nasi minyak aku ke kau dulu ni?"
"We'll wait and see!"
***********************************
Sedang Dian dan Fath saling berpenat untuk mengangkat barang-barang turun dari bilik hostel Dian, sebuah Camry Hybrid putih masuk ke dalam perkarangan hostel tersebut. Seperti kenal sahaja kereta itu dan pemandunya, gumam Dian.
"Noah?" Katanya tanpa sedari.
"Assalamu'alaikum mak cik, pak cik baru sampai?" Sapa Noah pada mama Dian dan abahnya.
"Wa'alaikumusalam, dalam sejamlah jugak. Noah buat apa kat sini? Nak jumpa Dian ya?"
Noah tertunduk senyum dan malu.
"Hai, ada apa nak jumpa buah hati ya?" Tanya Fath.
"Saja nak jumpa sebelum dia balik, nanti mesti lama tak jumpa cuti ni, nak pergi umrah lagi."
"Rindu la tu ha ha ha." Celah Fath.
"Rindu tandanya sayang." Balas Noah.
Kemudian, Dian kelihatan turun dari aras dua hostelnya bersama sebuah kotak yang berisi barang-barangnya.
"Dah habis? Kalau ada lagi, boleh minta buah hati kau ni tolong sekali." Kata Fath.
"Dah, tak ada apa dah. Boleh beransur la lepas ni. Thanks Fath!" Ucap Dian.
"Oh ini, buah hati kau nak jumpa sebelum kau balik rindu nanti katanya."
Dian menahan malu dihadapan kedua ibu bapanya. Fath kalau nak bergurau tak kira tempat.
"Abah tak marah kalau nak bercinta, tapi result mesti terbaik setiap semester..." Celah Encik Ezuan Kumar sambil tersenyum-senyum.
Lagilah pipi Dian kemerahan dikala ini. Noah seperti biasa, lagilah bertambah suka apabila disokong mantap.
Seolah mendapat 'green light' sahaja.
Dian memandang Noah memberi isyarat kepada lelaki itu apa yang ingin diperkatakan sebelum dia masuk ke dalam perut kereta dan pulang ke Pahang, rumah mamanya.
"Ehem, semoga selamat pergi dan selamat balik nanti. Sampai salam rindu Noah buat baginda Nabi Muhammad S.A.W dan oh ya sampai salam Noah pada Cik Su Madeena sekali. Doa depan kaabah dan raudhah supaya jodoh antara kita kuat dan semuanya dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin." Kata Noah dengan tenang dan jelas di perdengaran Dian.
Sungguh, tak sangka itu yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu kepadanya. Entah mengapa Dian terasa keikhlasan dari setiap bait kata lelaki yang bernama Noah itu.
Sudahnya dia hanya menjawab "Insya Allah..."
"Have a safe journey back my honeydew, text me when you had arrived or I'll call you dear." Kata Noah lagi dengan sebuah senyuman yang manis.
Dian mengangguk dan tersenyum sebelum masuk ke dalam perut kereta dan melambai kepada Fath dan Noah yang setia di situ sehingga dia hilang bersama kereta yang dipandu oleh abahnya.
**************************************
Jika tiada apa-apa yang dilakukan, Noah pasti akan melayan perasaannya bersama gitarnya di tepi kolam renang mengalunkan lagu-lagu akustik kegemarannya.Faham sangat dengan perangai anak sulungnya yang satu itu, getus hati Puan Nasha Emily sambil memerhati gelagat Noah yang sedang menyanyikan lagu 'See you again' yang dipopularkan oleh Wizz Khalifa ft. Charlie Puth.
It's been a long day
Without you my friend
And I tell you all about it
when I see you again
You've come a long way
From where we begin
Oh I'll tell you about it
When I see you again
When I see you again
Puan Nasha menghampiri anak sulungnya itu yang sedang asyik memetik gitarnya sambil meyanyi sehingga tidak perasan akan kehadirannya di situ. Tak sangka bakat menyanyi suaminya itu diturunkan kepada Noah dan dia bangga punyai anak yang berbakat seperti Noah.
"Eh umi, terkejut along! Umi tak tidur lagi? Dah pukul sepuluh setengah ni." Kata Noah setelah dilihat jam di pergelangan tangannya.
Puan Nasha hanya tersenyum sebelum menjawab "Umi tak mengantuk lagi. So, sementara tunggu result akhir keluar what's your plan?"
"Hmm...along ingat nak rest dalam seminggu dua sebelum tolong daddy apa yang patut kat office."
"Baguslah tu, at least you can gain some experience and learn how to handle the company. Nanti balik-balik company tu Noah kena uruskan jugak."
"I know umi....besar tanggungjawab Noah nanti. Tapi all in all I hope all of you will support me behind my back cause you guys all my strength in whatever I do."
Puan Nasha Emily menggosok belakang anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
"Of course honey, we will always do support you. You are our apple of eye always fascinating in your own style!" Terang uminya dengan tenang.
"Terima kasih umiku terchenta!
"Oh umi, Dian kirim salam pada umi dengan daddy. Dia nak pergi buat umrah minggu depan dengan mama dia sekali nak jumpa mak saudaranya kat sana."
"Iye? Alhamdulillah...I'm happy for her."
"Umi...urm..umi suka Dian tak?"
Puan Nasha tersenyum manis mendengarkan anaknya menyebut nama 'Dian' tahu apa yang terbuku di hatinya itu.
"Suka....semua pasal Dian Ameena umi suka. Why?"
Noah tersenyum pulak sebelum menjawab pertanyaan uminya "Kalau dia jadi menantu umi nak tak?"
"Uish, gila tak nak! Kalau nak umi masuk meminang sekarang pun boleh."
"Serius ni umi? Umi tak main-main kan?"
Puan Nasha mengusap rambut anak kesayangannya itu dengan penuh rasa cinta.
"Anak umi ini dah besar, boleh jadi daddy dah pun. Umi dengan daddy percayakan Noah asalkan Noah dah bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami."
"Okay, nanti kita plan baik punya buat rombongan meminang bakal isteri Noah ya umi?"
"Alright..dah pergi masuk dalam. Sambung nyanyi kat dalam pulak, nyamuk banyak malam-malam ni."
"Heee okay umi, I love you my darling!" Noah mengucup pipi uminya sebelum masuk ke dalam rumah bersama gitarnya.
********************************************
Fath turun ke bawah untuk bersarapan dan melihat kakaknya sedang menyediakan sarapan di dapur.
"Morning! Wah langkah kanan pagi ini ada orang tolong buatkan breakfast." Ujar Fath.
"Bukan ke setiap pagi kakak buatkan breakfast, nak harapkan Fath haih mati kebuluran la."
Fath mencebik.
"Ke rajin sebab dah tak lama nak jadi isteri orang ha ha ha! Practice make perfect."
"Tahu tak apa."
"Hmm dah agak dah! Kalau tak nan hado nak tolong buatkan breakfast untuk semua orang."
"Apa gunanya ada anak dara seorang lagi dalam rumah ni? Eh mama, morning!" Sapa Kak Sharmaine pada mamanya yang kelihatan turun dari tingkat atas.
"Hmm wanginya masak apa ni?"
"Masak cekodok bodoh-bodoh je mama. Nasi goreg pun ada ni." Kata kakak Fath sambil menggoreng cekodok di dapur.
"Choy! Ada ke cakap 'cekodok bodoh' ? Katalah 'cekodok cerdik' hish akak ni!"
Puan Juhana hanya tergelak melihat gelagat anak daranya di dapur.
"Jadi ke encik tunang nak datang hari ini?" Soal mama Fath pada kakaknya meminta kepastian.
"Insya Allah mama...dalam pukul sebelas dia sampai."
"Aik, why I don't know nothing about this hmm?" Fath mencelah.
"Uh really? Well, maybe you are so in you own world ha ha ha. Who's that guy? Ha...kim.."
Pantas mulut Kak Sharmaine ditekup Fath menghalang daripada menyebut nama buah hatinya di hadapan mama. Nasib tak terlepas cakap tadi, kalau tidak kantoi!
"Hai kenapa cuak sangat gayanya? See senang je nak ugut adik akak seorang ni la la la la."
Fath mencubit lengan kakaknya itu kerana tahu dia sengaja diusik sebegitu.
"Fath, nanti teman akak pergi survey barang hantaran eh? Please..."
"Huh seriously? Bukan nak pergi dengan encik tunang ke?"
"Dia kan kerja..dia hantar kita kat mall then masuk kerja balik."
"Oh...okay asalkan belanja Baskin Robins! Nak yang big cup punya ha ha ha."
"Yelah 'Hakimi' oiiii....." Bisik Kak Sharmaine membuatkan Fath membuntangkan biji matanya.
*********************************************
Sedang mereka berdua beradik berjalan di dalam pusat membeli belah IOI City Mall, tidak sangka terserempak dengan Noah yang berseorangan di situ. Dia sedang duduk di hadapan kiosk Baskin Robins menikmati ais krim hingga tak perasan akan Fath yang berada di situ.
"Noah! Hoi, kau buat apa kat sini?" Tegur Fath mendapatkan lelaki itu.
"Aku? Buat apa kat sini? Main basketball...makan ais krimlah ha ha ha apalah kau ni."
Fath mencebik mendengarkan lawak hambar oleh rakannya itu.
"Kau datang dengan siapa?" Soal Noah.
"Tu...kakak aku teman dia beli barang hantaran. Kau pulak?"
"Hmm...saja jalan-jalan. Eh ada contact Dian? Apa cerita dia?"
"Dian? Alhamdulillah sihat je dia eh kau tak call dia ke?"
"Saja je tanya kau. Ada call hari tu sehari baru start cuti, then sepi je."
"Oh...call la dia esok dia nak bertolak ke Mekah dah. Tak pun hantarlah dia ke airport, lepas rindu."
"Tengoklah..flight dia pukul berapa?"
"Pukul sembilan esok pagi. Jumpalah dia sebelum dia pergi, aku pun rasa macam nak jumpa dia esok."
"Oh, okaylah jumpa kat sini esok! Anything give me a call." Ujar Noah.
Kak Sharmaine yang sudah selesai membeli ais krim yang dipesan oleh Fath datang mendapatkan adiknya yang sedang rancak berbual dengan Noah.
"Hi Noah! Seorang je?"
"Eh tak dia berempat kak...haih dah nampak dia seorang kat sini boleh tanya lagi?" Kata Fath selamba berlawak seperti Noah tadi. Noah pula tergelak melihat Fath mengajuk dialognya itu.
"So, jom cari perfume pulak. Akak nak cari yang Kelvin Clain cause that is his favorite."
"Yelah, yelah...eh Noah jangan lupa esok tau! Bye..." Ucap Fath lalu beredar dari situ.
**********************************************
"Dian! Oh sempat juga aku jumpa kau kat sini sebelum pergi. Mana Noah?"
"Fath...thanks for coming dear. Noah? Dia ada sekali ke? Tak nampak pun."
"Aik, dia kata nak jumpa kat sini. Aku ajak dia jumpa kau sebelum kau depart."
"Lagi sepuluh minit nak masuk ke balai berlepas, mungkin tak jadi kot dia datang." Kata Dian.
Fath cuba telefon Noah namun malangnya telefonnya masuk ke peti suara. Apa kena dengan Noah ni senyap tak ada khabar sepatah haram. Kalau tak jadi datang maklumkalah tak payahlah buat orang tertunggu-tunggu.
"Kau nanti jaga diri, panas kat sana tau. Dahlah kau demam sampai boleh masuk hospital."
"Don't worry beb, mama aku kan ada...my private nurse! Heee...kau nanti cuti ni pergi mana?"
"Hmm...tolong Kak Sharmaine buat wedding preparation dia apa lagi. Tinggal tiga bulan lagi nak kenduri ni, kau jangan tak datang tau, aku reserve meja khas VVIP untuk kau satu family."
Dian tersenyum dan berjanji akan hadir kenduri kakaknya itu. Dah berbuih Fath mengingatkannya bimbang dia terlupa.
"Aku rasa dia tak datang...mungkin ada hal last minute kot." Kata Dian sambil mencari kelibat Noah di KLIA itu.
"Hmm ah biarlah dia..nak datang datang tak nak sudah!" Ujar Fath geram.
"Kau pulak yang frust asal ha ha ha!" Dian ketawakan Fath.
"Sometimes men are more weird than women! Suck." Tambah Fath.
Pengumuman penerbangan untuk ke Jeddah bergema di KLIA memanggil para penumpang untuk masuk ke balai berlepas. Fath memeluk Dian erat-erat sebelum melepaskan sahabatnya itu masuk ke dalam kapal terbang.
"Have a safe journey my dear friend...jangan lupa doakan aku ya? Dan jangan lupa doa banyak pasal jodoh kau. Semoga selamat dan dipermudahkan segalanya, bye assalamu'alaikum." Kata Fath sebak.
"Thank you Fath...insya Allah aku doa untuk kau. Jumpa dua minggu dari sekarang! Wa'alaikumusalam...."
Disaat Dian sedang memeluk Fath matanya tertatap pada satu jasad yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri memerhati mereka tak berkedip.
Ketika Fath dan Dian meleraikan pelukan diantara mereka, barulah lelaki itu merapati mereka berdua dengan lagak tenang. Ditubuhnya segak bersama kemeja biru dan tie berbelang hitam serta seluar slack hitam seperti seorang pekerja korporat.
"Assalamu'alaikum...sorry lambat." Ucap Noah pada Dian.
"Ha datang pun! Kenapa lambat?" Soal Fath tak sabar.
"Jalan jammed, sorry..."
"Nasib Dian tak masuk dalam lagi."
Mata Dian dan Noah kini bertaut tanpa sebarang kerdipan.
"Ehem...Selamat menunaikan umrah Dian. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke sini semula. Jangan lupa doa banyak-banyak kat sana..." Kata Noah dengan maksud yang amat mendalam.
"Insya Allah..selamat bekerja untuk Noah juga. Kerja rajin-rajin! Kirim salam Dian pada umi dengan daddy and give me a kiss to Natasha and Khaleef. Jumpa lagi...assalamu'alaikum!"
Noah tersenyum dan melambaikan tangan kepada Dian dan mamanya yang sudah masuk ke balai berlepas. Di dalam hatinya berdoa agar segala urusan mereka mengerjakan ibadah umrah dipermudahkan sehingga ke akhirnya.
*****************************************
Setelah Dian selamat berlepas ke Jeddah Fath dan Noah masing-masing berpecah mengikut haluan masing-masing. Noah pulang semula ke pejabat untuk melunaskan kerjanya yang tertangguh. Hari ini merupakan hari ketiga dia masuk bekerja di syarikat daddynya. 'First impression' itu penting bisik hatinya.
Tepat pukul lima petang dia akan pulang ke rumah seperti para pekerja yang lain.
"Assalamu'alaikum umi...Noah dah balik!" Ujar Noah ketika melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik kedua ibu bapanya itu.
"Wa'alaikumusalam! Eh anak bujang umi dah balik...how's work today?"
Noah tersenyum sebelum menjawab " Okay...not bad. There's a lot to learn."
"So okay, step by step ya sayang? Sempat jumpa Dian tadi?"
"Sikit lagi dia nak pergi masa Noah sampai, tapi alhamdulillah sempat. She sends regards to you and daddy."
Puan Nasha Emily menyambut kiriman salam daripada Dian.
"Pergi naik mandi, solat then kita minum petang. Daddy mana tak sampai lagi ni?"
"Oh daddy dia pergi minum dengan Uncle Isham lepas office hour tadi."
"Uncle Isham kawan masa sama study di UM tu?"
"Ye kot, umi buat apa untuk minum petang?"
"Hmm umi goreng pisang yang Pak Su bagi semalam, dah pergi naik lepas tu turun."
Tanpa membuang masa, Noah naik ke biliknya di tingkat atas untuk membersihkan badan dan menunaikan solat asar sebelum turun untuk minum petang bersama umi tercintanya. Mulai sekarang, rutin hariannya bakal berubah dan bertukar tiga ratus enam puluh darjah setelah tamat belajar. Alam pekerjaan akan ditempuhnya selepas ini yang sememangnya banyak cabarannya.
**************************************
Penerbangan hampir sembilan jam menuju ke Jeddah akhirnya berakhir apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dua beranak selamat mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Sungguh teruja hatinya untuk menunaikan umrah bersama ibunda tersayang dan bertemu dengan ibu saudaranya yang sangat dirindui. Dari airport, mereka dijemput oleh Cik Su Madeena yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menjemput mereka di situ dan membawa mereka ke apartment miliknya di Riyadh.
"Meena! Ya Allah rindunya pada Meena..sihat? How's flight, okay?" Soal Puan Madeena sambil memeluk Dian Ameena yang dirinduinya. Kemudian pelukan bertukar ke kakaknya, Puan Maria yang setia berada di sisi Dian.
"So, welcome to Jeddah! Okay, come.. kita balik rumah dulu rehat-rehat dan esok kita bertolak ke Mekah."
Dian dan mamanya tersenyum lega kerana rancangan mereka berjalan dengan lancar sekali. Cik Su Madeena sanggup mengambil cuti selama seminggu untuk menemani mereka pergi menunaikan umrah di Mekah dan Madinah kemudian membawa mereka berjalan-jalan menunjukkan bumi anbia yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri.
"Cik su, Fath dengan Noah kirim salam. Fath jemput cik su sekali untuk wedding kakak dia. Dia pesan lagi suruh cik su balik cepat! Meena pun pesan sama ha ha ha." Kata Dian setelah mereka menaiki teksi menuju ke Riyadh dimana terletaknya apartment Puan Madeena.
"Insya Allah I'try my best to get home. Sekarang ni, kita fokus untuk buat umrah okay? Meena nak makan apa malam ni, nasi arab?"
"Hmm boleh jugak! Dah lama mengidam nak makan nasi arab cik su kan mama?"
Puan Maria hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Dian itu.
"Cik su, cik su dah berapa kali buat umrah dengan haji? Mesti dah berkali-kali kan?"
"Hmm boleh tahan banyak kali juga, adalah dalam tujuh kali? Dari Riyadh nak ke Madina ambil masa dalam enam jam naik kapal terbang, kalau Mekah lama lagi sebab jauh. Saiful dengan Kimi dah tiga kali datang sini masa cuti sekolah." Jelas Puan Madeena dengan tenang.
********************************************
Pagi ini mereka bertiga akan menaiki penerbangan pada pukul enam pagi untuk ke Mekah dan akan berada di sana selama tiga hari dua malam bagi mengerjakan umrah. Tak sabar dan berdebar bercampur dalam hati Dian kini. Maklumlah kali pertama dia ke kota suci bumi penuh barakah ini.
Sejurus tibanya mereka di lapangan terbang di bumi Mekah, mereka dibawa ke hotel yang berhampiran dengan kaabah bagi memudahkan segala urusan ibadah dan bolehlah mereka berjalan kaki untuk bersolat di masjid berimamkan imam mekah setiap waktu solat. Memang itu dihajatkan oleh mama Dian pun.
Sungguh terharu dan sebak menguasai diri Dian disaat kakinya berpijak di bumi Mekah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan keindahan ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Air matanya gugur tak tertahan lagi apabila dia melihat kaabah yang tersergam tidak jauh dari hotel tempat dia menginap.
"Meena...pergi mandi cepat lepas tu nak turun pergi solat dekat Masjidil Haram." Kata Cik Su Madeena.
"Baik cik su. Cik su dah siap ke?"
"Yelah sayang, tadi cik su mandi dulu lepas tu mama sekarang Meena je yang busuk."
"Eeee Meena wangi lagi la...okay give me ten minutes to get ready. Wait okay!" Panas Dian mencapai tuala hotel yang tersedia lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setengah jam kemudian, mereka turun untuk mendirikan solat zohor secara berjemaah di Masjidil Haram. Kata Nabi Muhammad S.A.W. barang siapa yang mendirikan solat di tiga masjid utama iaitu di Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram maka pahala yang diberi Allah beribu kali ganda. Siapa yang tidak ingin melepaskan peluang berharga sebegitu kan?
Lama mereka anak-beranak menghabiskan masa di Masjidil Haram sehingga ke waktu asar kerana jatuh cinta dengan masjid tersebut. Sudahlah suara imam yang mengimamkan mereka solat tadi sungguh merdu dan lunak suaranya membuatkan air mata Dian dan mamanya tertitis lagi tanpa mereka sedari.
Tenang dan damai sahaja hati mereka pabila berada di kota suci penuh barakah ini. Inilah nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung sekali.
Usai bersolat asar di masjid tersebut, mereka dibawa oleh Cik Su Madeena berjalan-jalan mencuci mata di sekitar bandar Mekah. Benar kata cik su selama ini bahawa kota Mekah tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh pelbagai manusia dari pelusuk dunia dengan satu tujuan iaiti beribadah kepada Allah.
*************************************************
"Sayang...thanks for accepting me being your husband. I'll be loving you for the rest of my life..I promise..." Kata si lelaki yang memeluknya penuh erat.
"Cause you are destined to be mine and we're meant for each other to be together despite all the thick and thin. I love you more than you know..." Ucap Dian Ameena.
Bahunya dipegang lembut dan dia damai dalam dakapan sang suami namun setelah itu bahunya dipegang namun kali ini digoyang sedikit kuat lantas menyedarkannya daripada tidur.
"Meena sayang bangun, hey bangun! Subuh....jom pergi masjid." Kejut Puan Maria.
Dian pantas membukakan matanya lalu melihat mamanya berada di sisi setia mengejutkannya. Dia meraup mukanya dengan kedua bela tangan dan menarik nafas yang dalam.
Aku mimpi lagi. Mimpi yang lebih kurang sama macam hari itu. Tapi siapa dia? Lelaki itu? Gumam Dian di dalam hati.
"Ya Allah budak bertuah ni tak bangun lagi? Meena pergi siap cepat sayang oiii kita nak pergi solat subuh ni."
Tersedar dari lamunannya, pantas dia bangun dari atas katil dan cepat masuk ke bilik air. Dalam kepalanya masih lihat memikirkan siapa akan lelaki yang sudah dua kali muncul dalam mimpi itu.
Usai mereka mendirikan solat subuh di Masjidil Haram, mereka kemudian ke satu tempat yang berpadang pasir untuk melihat unta. Tidak sangka Dian berpeluang untuk menaiki unta seumur hidupnya. Selama ini hanya melihat haiwan tinggi itu pada gambar sahaja tetapi hari ini dia bertuah dapat menunggang unta betina yang tinggi. Tidak lupa mereka mengabadikan kenangan di bumi barakah itu dengan mengambil gambar.
*****************************************
Hari ini mereka akan ke Jabal Rahmah bagi menunaikan rukun umrah yang wajib ditunaikan selain melawat beberapa tempat yang wajib dikunjungi setiap kali menjejakkan kaki di kota suci ini. Kata mereka setiap doa di sini akan dikabul dan diperkenankan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat jadi Dian tidak melepaskan untuk berdoa semampu yang dia boleh. Tidak lupa dia mendoakan seperti yang dipinta oleh Fath dan Noah sebelum dia sampai ke sini. Mendoakan segala yang baik sahaja yang dihajatinya selama ini. Moga Allah mendengar dan memakbulkan permintaannya.
Setelah selesai melawat beberapa tempat yang sepatut mereka lawati, akhirnya mereka pulang ke hotel untuk makan lewat tengah hari. Sungguh Dian seronok dan teruja sepanjang berada di kota suci ini. Tidak dia sangka Allah menjemputnya ke sini ketika dia berusia dua puluh satu tahun dan dia berniat akan kembali di bumi barakah lagi mungkin bersama mahramnya iaitu suaminya? Siapa tahu.
"Tambah la lagi lauk Meena...makan kenyang-kenyang nanti lapar pulak." Ujar Cik Su Madeena.
Dian akhirnya akur lalu bangun dari kerusi yang didudukinya dan mengambil beberapa jenis lauk dan buah-buahan yang digemarinya untuk dimakan. Esok mereka akan ke Madinah selama tiga hari bagi melawat makan baginda rasulullah dan menziarahi Masjid Nabawi selain beberapa tempat bersejarah.
"Mama, cik su...Meena naik atas dulu eh? Penatlah...nak tidur kejap." Luah Dian pada mama dan ciksunya.
"Okay nah ambil kad bilik, nanti tak masuk pulak. Mandi dulu tau dah seharian keluar." Kata Puan Maria sambil menghulurkan kad bilik hotel kepada Dian.
"Thanks mama. Makan kenyang-kenyang tau!" Dian mengajuk kata-kata cik sunya sebelum beredar dari situ.
"Letih sangat berjalan seharian suntuk. Kak Maria tak penat?" Tanya Puan Madeena pada kakaknya.
"Huh...letihlah jugak. Dengan panasnya yang maha dahsyat, tapi perut ni dah berkeroncong hebat minta diisi. Nanti dah naik malas pulak nak turun."
Puan Madeena tergelak kecil sebelum menjawab "Tak apa...nanti lepas ni kita sama-sama 'pengsan'."
Mereka berdua beradik tertawa sama-sama sambil menghabiskan buah-buahan yang diambil oleh Dian tadi.
No comments:
Post a Comment