Tuesday, 7 July 2015

The Healing Love - Part 25


       Dian mengikut mamanya ke rumah Noah untuk berehat sekali dapat mamanya mengenali dengan ibu lelaki tersebut buat kali pertama. Ternyata baik sungguh wanita yang bernama Nasha Emily melayani mereka berdua-beranak setelah mengetahui bahawa mereka akan ke situ.

"Apa khabar Puan Nasha, baru kali nilah dapat kita berjumpa..." Sapa Puan Maria, mama Dian pada umi Noah.

"Alhamdulillah...panggil je Nasha, itulah..berjumpa jugak kita ya? Jemput masuk, jom kita makan tengah hari saya dah siap masak."

"Susahkan Nasha je, nak kena masak semua.." Mama Dian berbasa-basi.

"Eh tak adalah, kalau tak kena masak jugak. Lepas Noah called kata Dian dengan mamanya nak datang terus saya masuk dapur masak lebih sikit. Macam mana abah Dian? Katanya dah sedar?"

"Alhamdulillah...sekarang tunggu observation doctor sama ada boleh discharge atau tak."

"Oh...baguslah macam tu. Terkejut saya dengar berita ni. Noah pun jadi tak senang duduk dibuatnya."

Noah tersenyum malu ketika uminya berkata sedemikian.

"Saya bukan apa, nak sangat pergi melawat tapi kena jaga budak-budak. Hospital kan tak benarkan budak-budak naik wad."

"Tak apa, Noah dah datang pun saya dah berterima kasih. Nasib ada dia, boleh jugak pesan suruh tengokkan Meena. Jaga anak saudara ya? Meena selalu ceritakan pasal budak kecil kat rumah ni."

"Aah...anak buah dua orang, seorang lelaki seorang perempuan. Arwah maknya adik saya, meninggal masa lahirkan anak yang nombor dua dua tahun lebih."

"Innalillah...kesian kecil-kecil tak ada mak, dah tu duduk dengan Nasha lah ya?"

"Masa ayah dia orang kerja hantarlah ke sini. Manja sangat dengan saya dan yang lain. Dengan Dian pun suka sangat."

"Dah jaga dari kecil, masa merah lagi...Meena pun kalau dengan budak kecil, memang sukalah dia."

Noah dan Dian diam membisu seribu bahasa mendengarkan kedua ibu mereka bercakap. Kemudian Noah memberi isyarat kepada Dian untuk keluar menghala ke tepi kolam renang rumah itu. Kerana akur, Dian menurut sahaja belakang lelaki itu.


                                       *******************************************

   "How do you feel now? Better?" Noah mula bersuara sambil mengambil duduk di kerusi berdekatan kolam renang.

"Hmm...entahlah..too complicated." Jawab Dian sambil melepaskan keluhan.

"Dian, don't take it too seriously so it won't be complicated. There's nothing cannot be solved."

"Yeah, you know...I embraced it. Trying to act cool that nothing happens, but I am a normal human being, have heart, feelings and fragile."

"Memaafkan itu sungguh mulia, forgive and forget." Ujar Noah dengan tenang.

"Memaafkan itu mudah, tapi melupakan...susah. Not simply like that." Jujur Dian.

"Cuba..."

"Dah banyak kali....but it's so hard. You are not in my shoes...that's why."

"Jangan diseksa lagi diri sendiri, malah ia akan memarahkan lagi luka di hati. Even I am not in your shoes, but our condition is pretty same. Look, your loved ones is still alive and you have the opportunity to say sorry and tell how much that you love him but me? It's too late..Nia has gone." Noah tundukkan muka ke lantai menahan sebak.

Dian terkesima sesaat, bagaimana dia boleh terlupa tentang kesedihan yang pernah melanda lelaki di hadapan dia ini sepuluh tahun yang lalu? Benar, mereka melalui kisah yang agak serupa. Bezanya, cerita antara mereka orang yang Noah sayangi telah pergi buat selamanya menghadap ilahi sementara Dian?
Ayah tirinya masih hidup, dan dia masih bisa mengucapkan kata-kata maaf dan sayang buat ayahnya.

"Noah..I am so sorry...I am just too emotional."

Noah tersenyum hambar sebelum berkata " I know, cause we're just a normal human being."

"So okay, it's okay not to be okay. Menangislah sepuas hati andai itu membuatkan kita tenang. Menangislah andai itu membuatkan kita berasa lega. Tapi setelah menangis, jangan menangis untuk sebab yang sama. Simpan air mata itu itu perkara yang lebih bermakna."

Dian teringat akan kata-kata cik sunya temph hari, lebih kurang sama.

"Noah, terima kasih ya...Noah sahabat baik Dian dunia dan akhirat."

"No thanks, it's your smile that makes my heart happy. It's hurts me if to see you crying...really hurts me you know?"

Dian memandang Noah meminta penjelasan lanjut.

"It's damn so hurt to see a person that you love crying and wailing. Feels like there's something wrong somewhere. Itulah kuasa cinta kot?"

'mungkin' Jawab Dian di dalam hati.


                                  *********************************************

         Fath yang sedang menuju ke parkir kereta setelah makan tengah hari bersama kakaknya di restoran milik pak sunya terkejut disapa oleh seseorang dari belakang. Langkahnya terhenti dan menoleh ke arah suara yang menegurnya itu. Seperti kenal je dengan suara garau itu. Desis hatinya.

"Adam? What on earth you're doing here? Lama tak jumpa pergi mana?" Fath bertanya kepada sepupunya itu. Adam hanya tersenyum manis kepada Fath lalu menghampiri gadis itu.

"Yes, it's me...jumpa client. Ada je, you je yang sibuk tak ada kat rumah. Mak long tak bagitahu ke I datang rumah tiga hari lepas? Baru lunch ke? At pak su's place?"

"Aah...lunch dengan Kak Sharmaine dengan pak su sekali. Oh, I'm so excited to have a new cousin soon!"

"Me as well..erm..Dian apa khabar?"

"Dian? Hai kenapa tak tanya je dia sendiri?"

"I've called and texted her all the week but she's not replies me. Why? Is there something happened to her?"

"Hmm...dia busy sikit lagipun abah dia masuk hospital. Dian sihat je, cuma susut sikit badan dia lately tak lalu makan sebab tu."

"What? Kenapa tak bagitahu? Now where's she?" Adam sedikit terperanjat.

"Rumah Noah dengan mama dia, dah masuk empat hari abah dia admitted at HKL. Alhamdulillah dah sedar."

Bagaikan dihiris dengan sembilu rasa hatinya disaat Fath menyebut nama Noah, sahabat lamanya itu. Adakah cinta Dian telah berputik untuk Noah? Fikirnya di dalam hati.

"Adam? You okay? Dah lunch?"

"Uh? Oo..okay...takpelah I got to go, nanti kirim salam pada Dian ya?"

"Insha Allah...you call sendirilah dengar dari mulut dia sihat ke tidak. By the way, how's work? Dengarnya you kena transfer to London soon, really?"

Ternyata perkhabaran itu telah tersebar antara ahli keluarganya. Baru minggu lalu dia ditawarkan untuk menguruskan rangkaian hotel grandpa di bumi ratu itu setelah pengurus hotel di sana telah dipindahkan ke Dubai atas sebab kenaikan pangkat. Namun, grandpa memberinya masa untuk berfikir terlebih dahulu.
Bukan senang untuk dia tinggalkan segala yang ada di bumi Malaysia yang tercinta walaupun dia dilahirkan di England.

"Err...how fast it has spread ya? Well, grandpa and pak long asked me to think about it."

"Alah, pergi ajelah...seronok apa dapat balik kampung. Nanti kita boleh jumpa kat sana, tak adalah I bosan sangat rindu dengan family kat sini."

Adam berkerut tanda tidak faham dengan ayat-ayat Fath itu.

"Means?"

"Means, I akan ke London this coming October buat short semester kat sana. Dian and Noah pun ada juga ikut sekali. Bolehlah meriahkan kota London tak gitu?"

"Oh...tengoklah macam mana. You take care cousin, all the best to you! See ya later bye." Ucap Adam sebelum berlalu pergi.


                                             **********************************

"Assalamua'alaikum Meena, line clear tak ni?" Soal Puan Madeena kepada Dian.

"Wa'alaikumusalam, okay clear...mama ada kat bawah tengah borak dengan umi Noah."

"Oh...so mama marah lagi Meena?"

"Erm...tak kot...dah tak marah lepas abah sedar. Abah ada minta maaf pada Meena."

"Meena maafkan?"

"Errr....Meena...Meena tak suka berdendam dan marah lama-lama. It is just not my type. Cik su, bila nak jumpa lagi? Meena risau kalau mama tak bagi jumpa lagi. Hari tu dia siap warning tak bagi jumpa cik su."

"Hmm...buat masa ni kita tunggu keadaan reda dulu ya sayang? Cik su tak nak mama marahkan Meena sebab cik su. Cik su tak sampai hati tengok Meena kena marah dengan mama."

"Cik su...entah bila kita boleh jumpa lagi kan? Dengan keadaan sekarang ni, tambah lagi dengan jadual Meena yang pack."

"Tak apa, Meena fokus on your study first. Cik su tak nak pelajaran Meena terganggu sebab semua ni. Nanti bila semua dah okay kembali normal, kita jumpa ya?" Pujuk cik su mententeramkan Dian.

"Janji?"

"Iye sayang...ni dah makan ke belum? Jangan lupa makan, nanti tak jalan pun tak larat."

"Hmm...dah baru siap. Cik su dah makan?"

"Cik su baru siap masak ni, lambat sikit masak sebab Saiful dengan Kimi balik lambat sekolah hari ni, ada kokurikulum."

"Oh...cik su, Meena sayang cik su sama macam Meena sayangkan mama. Both of you are really important people in my life, forever."

"Cik su tahu, jangan nak emo sangatlah...cheer up okay?"

Dian tersenyum sendiri walaupun Puan Madeena tidak dapat melihatnya sekarang. Tiba-tiba bunyi kuakan pintu bilik membuatnya terkejut seketika.

"Erm...okay talk later I got to go bye!" Ucap Dian sebelum meletakkan talian telefon setelah melihat mamanya masuk ke dalam bilik itu.

Sebenarnya, Puan Maria telah berada di sebalik pintu itu sejak tadi dari awal perbualannya hingga ke akhir. Sengaja dia mencuri dengar perbualan tersebut lalu masuk ke dalam bilik. Disaat di menghampiri Dian, masih dia buat tidak peduli tentang dengan siapa gerangan yang anaknya sedang bercakap walhal dia sudah pun dapat menekanya kerana dia tidak mahu merosakkan lagi hubungan yang keruh dalam minggu ini dengan Dian.
u
"Meena dah solat?" Soalnya dengan lembut.

"Dah...tadi Meena dah solat masa mama kat bawah. Umi Noah tu baik kan mama?"

"Bakal mertua...mestilah baik." Usik Puan Maria.

"Mama! Meena serius ni."

"Mama pun serius, bertuah Meena dapat mak mertua sebaik umi Noah."

"Hmm mama, nak pergi hospital pukul berapa? Meena nak ikut." Dian cuba menukar topik.

"Dalam pukul lima lepas asar, kalau abah dah boleh keluar mama nak bawa dia balik terus ke rumah."

"Oh..okay. Meena nak sangat ikut mama balik tapi tak boleh, esok ada kelas."

"Eh, tak payah...pergi kelas. Tak baik ponteng, Meena cuti baliklah."

Dian hanya tersenyum bersetuju.

                                     *******************************************

   
    Salam Dian, sorry about your dad. Just knew it from Fath, how are you dear? ~Adam

Dian yang baru selesai menghadiri kuliah pada jam lapan pagi tadi melihat dan membaca mesej dari sepupu rakan baiknya, Fath. Dalam kesibukan yang menghantui sepanjang minggu ini langsung tiada kesempatan untuk membalas mesej Adam. Keadaan abah lagi penting baginya.

W'salam, thanks...I'm just fine as usual. Sorry for late reply tak sempat nak balas.

Dah agak dah, hope you be strong Dian :) Just tell me if you need anything.

Thanks, tak kerja ke?

Kerja, cuma teringatkan Dian :)

Dian? Can we lunch together? Adam ambil Dian pukul satu nanti?

Err...tak payahlah...Dian ada kelas pukul dua nanti, next time ya?

Wouldn't you mind if we lunch at the cafe in your university pls?

Adam ni jenis yang tak berputus asa ya? Gumam Dian dalam hati. Kalau dia kata A maka A jawabnya. Nak tak nak, Dian terpaksa mengalah dan makan tengah hari dengan sepupu sahabat baiknya itu.

"Dian! Dian!" Laung Noah memanggilnya dari jauh. Berpeluh-peluh mendapatkan gadis itu yang berada di Student Centre.

"Ye Noah...ada apa yang boleh Dian bantu?"

"Hee tak ada apa, nak ajak lunch pukul satu boleh? Lama tak makan dengan Dian.."

" 'Cheese' kek betullah, semalam tu apa? Bukan makan sama-sama dengan umi dan mama kat rumah Noah?"

"Oh...itu lain...itu ada mama dengan umi, ni kita berdua je. Okay ye?"

"Tak boleh, Dian ada hal lain tengah hari ni." Dian menolak.

"Please my princess...."

"Tak boleh...sebab Dian dah janji nak lunch dengan Ad..erm...tak bolehlah..." Dian beritahu lagi.

"Lunch with who?" Tanya Noah kehairanan.

"Err...Adam?"

"Adam mana pulak ni? Adam si keding tu yang team member band Extravaganza?" Tebak Noah.

"Eh bu..bukan....Apa kes nak lunch dengan tunang orang. Nak kena hilang kaki sebelah? Dah lah mak we dia tu ahli taekwando wakil Malaysia lagi. Errr hilang akal apa.." Jawab Dian.

"Dah tu?"

"Adam...sepupu Fath..your old friend? Dia nak datang sini lunch dengan Dian."

Noah senyap lama sebelum menjawab "Noah nak join sekali boleh? Tak adalah Noah makan sorang-sorang. Lagipun Fath entah hilang pergi mana sampai sekarang tak jumpa batang hidung."

Noah membuat muka kesian yang bisa melemahkan lutut kaki Dian sebab dia tahu akan kelemahan Dian Ameena. Semakin menjadi dia buat muka kesian dan muka seposen.

"Erm...yelah yelah...dah Dian nak pergi library tapi nak pergi toilet dulu ni."

"Nak ikut!"

"What?!"

"Oh I mean to the library...heeee" Noah tersengih dibuat-buat.


                                     *********************************************
         
            Adam yang telah sampai di kafe di universiti Dian terus memberitahu Dian bahawa dia telah sampai di tempat yang telah mereka janjikan. Tanpa disangka, Dian membawa sekali sahabat lamanya bersama iaitu Noah! Kacau dau betul mamat ni, dia mendengus di dalam hati. Noah pula boleh buat derk dan sempoi.

"Weh cepatlah order, aku dah kebulur tahap langit ke tujuh dah ni..." Noah bersuara terlebih dahulu.

"Panggillah waiter kot ye pun." Dian menjawab kepadanya.

"Err..what would you like to have Adam?"

"Same as you." Pendek jawab pemuda itu.

"Okay, if like that bagi dua nasi goreng pataya dengan milo air ya. Noah?"

"Samalah dengan Dian." Selamba Noah membalas. Dian pandang dengan tak percaya.

"What? Seriously..."

"Okay then give 3 all sets please..thanks." Ucap Dian pada pelayan kafe tersebut.

Kelihatan Adam tidak berapa selesa dengan kehadiran Noah untuk makan tengah hari ini. Dian faham kenapa, kerana mendadak dia membawa Noah bersama tanpa sangka lelaki itu. Demi menjaga hati Dian, Adam bersetuju sahaja.

"Am...aku dengar kau kena transfer? Betul?" Noah mula bersuara. Dian pula hilang pergi ke tandas.

"Yup, to the London."

"Oh..naik pangkat?"

"Tak, tukar cawangan je...tapi not confirm yet since I didn't make up my mind."

"Oh...best apa pergi sana. Aku pun pergi sana nanti, this October."

"Tahu, Fath bagitahu aku. Aku just sayang nak tinggal family...rindu nanti."

"Ceh, kau tu dah besar boleh jadi bapak orang tahu? Ni mesti kes tidur bawah ketiak mummy kau lagi kan?"

"Hello, sorry sikit...habis aku duk sini kat KL sorang-sorang nak tidur bawah ketiak siapa?"

"Eh, aah kan? Ah...kau memang dasar spoil brat, bongsu tak jadi katakan."

"Biarlah....aku nak manja dengan mummy aku bukan mak kau lol."

"Pergi jelah London, boleh kita lepak sana sama-sama, pergi club, disko he he he."

"Kau je la yang pergi...aku tak mahu kena sebat dengan mummy aku. I'm a good boy."

"You got me joking right ha ha ha!" Noah ketawa galak.

"Amboi amboi amboi galak nampak your old friend Adam? Ada apa-apa ke?" Dian kembali mengambil tempat disebelah Noah.

"Bulan jatuh ke riba kot..." Jawab Adam selamba.

Dian mengerling ke arah Noah yang masih bersisa tawanya.

"Nothing, just men's talk." Jawab Noah ringkas.

Sepanjang sesi makan tengah hari di kafe tersebut, Dian dan Adam banyak berborak sehingga Noah rasa terpinggir dan dianaktirikan pulak. Sudahnya dia melayan Samsung S4 kegemarannya. Apa lagi kalau bukan main Candy Crush yang bisa merawat hatinya tatkala melihat Dian yang mesra dengan Adam seolah-olah dia sudah ghaib depan mereka berdua. Sakitnya hati!

"Erm...dah satu lima puluh tengah hari, Dian ada kelas kan pukul dua? You better make a move now." Noah berbicara mencelah antara Dian dan Adam.

"Aah la..syok sangat berborak. Okay, thanks for the lunch treat Adam, Dian pergi dulu okay?"

"Not a biggie..harap tak serik nak keluar makan dengan Adam."

"Sure! Just let me know ya, okay assalamu'alaikum!" Ucap Fath lalu beredar keluar dari kafe.

"Ha..yang kau pulak tak ada kelas ke?" Soal Adam melihat Noah masih tak berganjak dari situ.

"Aku? Of course ada! Kau pulak, tak reti nak balik?" Noah perli sahabatnya pulak.

"Nak baliklah ni, aku nak settle bil dulu. Dah, belajar rajin-rajin ya adikku sayang.."

"Euwww geli aku dengar, nasi pataya tadi macam nak terkeluar balik! Anyway thanks for the treat, you are awesome!" Noah menepuk bahu Adam.

"Yeah, I know I'm always awesome..dah pergi...aku nak pergi dah ni."

"Okay, see you again bro! Adios." Jawab Noah dengan ceria.


                                   ********************************************

       Hari ini Encik Ezuan Kumar dibenarkan balik dan berehat secukupnya di rumah. Doktor berpesan agar dia mengambil ubat-ubat yang diberi seperti jadual yang telah ditetapkan. Semalam, ketika dia berseorangan di katil hospital, adik isterinya, Madeena datang ditemani suaminya. Terkejut Encik Ezuan Kumar secara tidak langsung. Kebetulan, isterinya berada di rumah Noah bersama Dian.

"Maaflah kalau kami datang mengejut. Syukurlah kau tak mati lagi..." Puan Madeena memulakan kata-kata.

"Nak apa datang sini? Ke kau berdua salah tempat?" Balas Encik Ezuan Kumar.

"Aku kalau boleh tak ingin nak jejak kaki kat sini tapi mengenangkan anak buah kesayangan aku Dian Ameena, aku terpaksa datang." Balas cik su Dian dengan marah yang ditahan.

"Macam nilah, aku nak bagi kau nasihat.Take it or leave it. Jangan kau sesekali berani sakitkan hati Dian Ameena faham? Nahas hidup kau kalau kau buat dia menangis lagi. Tak cukup kau seksa dia selama berbelas tahun? Kau pisahkan aku dari dia? Pisahkan dia dari nenek dia? Sepupu dia? Ada kau fikir selama ni beban yang dia terpaksa tanggung semata-mata ingin merealisasikan impian kau untuk mendapatkan mamanya, kakak aku?" Sambung Cik Su Madeena lagi.

Suami cik su memegang kedua bahunya minta bertenang.

"Saya tak habis cakap lagi. Dengar sini baik-baik, aku datang dengan baik dan cakap baik-baik guna bahasa yang mudah kau faham. Jangan buat anak saudara aku sakit lagi faham? Aku tak teragak-agak akan ambil tindakan atas apa yang telah kau buat selama ni! Sikit pun aku tak pernah lupa apa yang telah kau buat pada keluarga aku, kau memang buat aku alergik!"

"Macam nilah, saya tak nak cari gaduh dengan kau orang berdua. Saya pun tak berapa sihat...Okay, saya janji tak akan sakitkan hati Meena lagi. Saya sedar saya banyak buat salah yang saya tak sengaja pada dia. Kalaulah masa boleh diputarkan semula, saya akan perbetulkan semuanya." Ujar Encik Ezuan Kumar dengan nada kesal.

"Sebab selama ni kau ego, keras kepala, pentingkan diri sendiri. No wonder anak tiri kau benci pada kau! Semoga dengan sakit jantung ini membuatkan sedar dan insaf dan kembali kepada jalanNya!"

"Dan sebab kaulah juga aku adik beradik berpecah belah tak bertegur sampai sekarang. Puas hati kau kan? Tengok adik-beradik bergaduh dan putuskan hubungan? Aku tak faham kau ni manusia spesies apa!"

"Cukup, saya tahu saya banyak buat dosa. Saya ego! Okay, cakaplah apapun kalau itu membuat awak tak marah lagi pada saya."

"Bagus kalau kau tahu! Tak perlu aku bazirkan air liur nak terangkan semuanya...

Belum sempat Encik Ezuan Kumar menjawab, pintu bilik dibuka oleh Puan Maria, isterinya. Tersembul biji mata mama Dian melihat kehadiran tanpa diduga oleh Madeena dan suaminya di situ.

"Apa kau buat kat sini hah?" Dingin soalan Puan Maria pada adiknya.

"Saja...melawat orang yang belum nak mati."

"Keluar!"

"Okay, kau tak suruh pun aku akan keluarlah. Aku cuma nak pesan dekat suami kau ni, jangan sesekali berani sakitkan hati Dian Ameena, jangan buat dia menangis sebab hal bodoh ini. Itu sahaja..."

"Maria...cakap elok-elok dengan adik awak?" Tegur Encik Ezuan Kumar.

"Dengan orang macam ni? Saya dengan dia beza tujuh tahu tak? Dengan orang yang lebih tua daripada dia dia tak hormat, memang taklah! Inikan pulak dengan kakak kandung dia sendiri. Memang tak ada adab!"

"Abang tengok tu! Siapa yang tak ada adab sekarang ni?"

"Shhh...sini hospital, kawal sikit emosi awak.." Bisik suami cik su.

"Hey kau, kau pun sama dengan dia dua kali lima! Sebelum aku panggil security, baik kau orang blah!" Marah Puan Maria.

"Ingat, tolong jangan buat Meena menangis lagi...kalau tak tahulah aku nak buat apa dengan kau." Tajam anak mata cik su menikam mata Encik Ezuan Kumar.



                                ******************************************************


 "Madeena! Tunggu!" Panggil Puan Maria dari arah wad CCU setelah dia keluar dari bilik tersebut.

Tanpa berlengah dia menoleh kearah Puan Maria, kakaknya. Pelik dan hairan mengapa tiba-tiba kakaknya memanggilnya. Bukan main jelas di wajah wanita itu bahawa dia sangat marah dan tidak menyenangi akan kehadirannya di situ.

"Ya?"

"Jangan berhubung dengan anak saya lagi Dian Ameena!" Keras amaran Puan Maria.

"Kenapa tak? Dia anak saudara saya, saya ibu saudaranya, dia darah daging saya!"

"Sejak kau lafaz ikrar sumpah anak tunggal yang bodoh tu, antara dia dan kau dah tak ada apa-apa!"

"Oh...kau percaya semua tu?"

"Aku ada bukti jelas Madeena...tak payah kau nak berdalih lagi. Semua rahsia kau aku dah tahu!"

"Oh....baguslah..sebab aku buat semua tu demi keselamatan Meena! Kau apa tahu, asyik nak ikut telunjuk jantan tak guna tu je."

"Biadap kau! Dengar sini ya, antara kita dah putus saudara. Kau buat hal kau, aku buat hal aku."

"Janganlah kau nak nafikan hak Dian Ameena yang ingin berasa adanya ibu saudara, ayah saudara dan sepupu. Tak cukup ke kau seksa jiwa dan raga dia selama ni Maria? Tak kasihan ke dia? Tolong jangan pentingkan diri sendiri..Cuba kau fikir betul-betul selama ni apa yang harus Meena tanggung sebab pilihan ego kau tu? Pernah tak terlintas di fikiran kau, hidup dia bila kau kahwin tanpa restu seorang ibu?"

Puan Maria terkedu, sempat dia mencernakan setiap ayat yang disebut oleh Madeena, adiknya itu.

"Tolong fikirkan balik apa yang kau dah buat pada anak kau sendiri Maria. Tak kasihan ke pada dia, untuk selama empat belas tahun ini? Mungkin kau buta untuk nampak segala seksa di hati dia? Atau kau buat-buat tak nampak? Inikah namanya sayang seorang ibu pada seorang anak yang sebenar? Think it back..."

"Walau apa pun terjadi...aku takkan putuskan hubungan dengan Meena. Cukuplah selama empat belas tahun lamanya aku mencari dia macam nak gila Maria. Sekali aku dah jumpa dia, takkan aku lepaskan. Tolong jaga hati perasaan dia kalau kau nak dia jaga hati dan perasaan kau. Assalamu'alaikum."

Puan Maria memandang kosong kearah adiknya yang mulai menghilang di sebalik bangunan wad CCU itu bersama suaminya yang setia menemani. Sejak dari itu, dia asyik berfikir akan kata-kata adiknya itu.
Selama ini, dia pentingkan diri dan melukakan hati Dian Ameena, satu-satu anaknya, harta paling berharga di dunia tanpa dia sedari.

"Meena...maafkan mama sayang...." Rintihnya bersama titisan air mata.



                               *****************************************************

"Dian...kau okay tak ni? Abah kau dah keluar hospital kan?" Soal Fath yang duduk disebelahnya di perpustakaan universiti mereka.

"Erm? Okay kot...dah keluar pun semalam. Dah balik pun dengan mama aku."

"Dah tu muka kau monyok macam mati laki kenapa?"

"Entahlah Fath...kusut aku dibuatnya."

"Kusut pasal apa pulak, cuba cerita kat aku?"

"Tak ada apa-apalah.. biasalah mama aku.....dengan degil keras kepala dia...dengan cik su pula yang macam tak nak mengalah. Naik fed up aku tahu tak? Boleh sakit jiwalah.." Luah Dian secara tak sengaja.

"Oh...hmm...kau tak cuba pujuk mama kau lagi? Dian yang aku kenal tak kenal erti putus asa dan dalam kamus hidup dia tiada perkataan 'putus asa'. "

"Aku lemah Fath, tak kuat...biarlah....lantaklah nak jadi apa lepas ni."

"Haih, Dian mana pergi semangat kau! Roh jahat mana yang bawa pergi semangat kau? Wake up Dian Ameena wake up!"

"Fath, kau tak ada kat tempat aku....it's difficult thing Fath! Masing-masing degil kepala batu, tak nak mengalah!"

"Okay, kejap aku fikir macam mana nak tolong kau ni eh..." Fath meletakkan jari telunjuknya di kepala.

"Hah! Aku ada idea, sini..." Fath membisikkan sesuatu di telinga Dian.

Tidak lama selepas itu, muncul Noah dari pintu masuk perpustakaan itu dengan wajah yang berbunga ceria.

"Hai, apa bisik-bisik ni? Bank mana kau orang nak rompak?" Teka Noah berseloroh.

"Tak ada kerja nak rompak bank, aku dengan Dian tak terdesak sampai macam tu."

"Oh..dah tu korang bisik pasal apa? Share la dengan aku..." Noah cuba korek rahsia.

"Ish, nanti aku bagitahu kau kejap lagi...yang pastu kau wajib kena tolong kita orang. Wajib tau bukan sunat atau harus!"

Dalam benak Noah ligat berfikir tentang rancangan yang dibisikkan antara dua sahabat baiknya itu.
                     

No comments:

Post a Comment

nuffnang