Wednesday, 8 July 2015

The Healing Love - Part 26


        Dian, Fath dan Noah berjalan beriringan ke sebuah pokok yang rendang di belakang kampus universiti mereka untuk berbincang tentang rancangan bagi menyelesaikan masalah keluarga Dian dan berharap rancangan hasil idea bernas Fath menjadi dan berjaya.

"Ha...cakaplah apa yang kau orang duk bisik tadi. Tak sabar ni nak dengar." Ujar Noah.

"Hmm...macam ni!" Fath teruja menerangkan segala yang ada di benaknya.

"Amacam? Okay tak?" Fath minta persetujuan Dian dan Noah tentang rancangan yang dijelaskan tadi.

"Mak su kau betul ke boleh tolong? Aku bukan apa..benda macam ni tak elok dibuat main-main." Noah kelihatan risau.

"Insha Allah...mak su aku sporting. Aku janji takkan bagi dia bagitahu apa-apa pada sesiapa! Dia profesional kot, mesti dia jaga segala private and confidential patient. So on ya?"

"Aku boleh je, cuma ni ha...cik adik manis kita seorang ni. Dian okay ke dengan plan ni?"

Dian masih diam tak berkutik. Barangkali masih mencerna dan memikirkan tentang rancangan yang langsung tak terlintas di fikiran dia selama ni.

"Dian!" Fath separuh menjerit kepadanya.

"Ya, aku dengar tak pekak lagi. Hish, aku takutlah kantoi tak pasal haru jadinya!"

"Plan ni cukup bagus dah aku rasa, habis tu takkan kau tak nak buat apa-apa nak satukan cik su kau dengan mama? Masalah takkan selesai kalau kau duk diam macam ni, usaha tak apa pun tak memang haram kejadah la jawabnya."

"Fath, kau cakap senanglah...aku rasa bersalah tahu sebab menipu macam tu!"

"Alah, tipu sunat sekali-sekala untuk kebaikan apa salahnya kan Noah? Lagipun, kau kan terror bab berlakon ni, boleh dapat Anugerah Pelakon Wanita Paling Popular. Hari tu berlakon atas pentas macam real aje, siap mengalir air mata darah."

"Itu lain, itu tak ada rasa bersalah. Ini? Huish, mati aku kalau mama dengan cik su tahu."

"Kita matilah sama-sama ha ha ha, terjun gaung sama kalau kantoi!" Fath berseloroh.

"Dian, belum cuba belum tahu. Kita buat untuk kebaikan jugak, bukan apa pun." Noah mencelah pula.

"Hmm...okay, okay! Tapi nak buat bila?"

"Okay, aku bagitahu dulu mak su aku and set the date. Then kita proceed next plan."

"Cantik!" Noah bersetuju.

"Jangan kantoi sudah!" Jawab Dian bersungguh.

"Kalau kantoi buat apa?" Fath bertanya pada Noah.

"Terjun gaung ha ha ha!!!" Noah selamba ketawa terbahak-bahak. Dian turut tergelak sama.

Dalam hatinya berdebar bimbang rancangan mereka bertiga itu akan menjadi atau tidak. Tapi, besarlah harapan dia untuk melihat mama dan cik sunya bersatu dan berdamai semula. Cukuplah untuk apa yang dia tanggung selama ini menahan luka dan sengsara.



                                          ******************************************

      Encik Ezuan melihat Puan Maria yang masuk membawa dulang berisi makanan dan minuman untuknya bersarapan. Terharu rasanya dilayan sebegitu baik sekali oleh isteri tercinta membuatkan dirinya rasa sangat berharga dan bermakna buat wanita itu.

"Time to breakfast...saya suap ke nak makan sendiri?"

"So okay, abah makan kejap lagi...Sayang?" Encik Ezuan Kumar mencapai tangan isterinya.

"Hmm?'

"Do you love me?"

"Of course I do...why?"

"Then, would you do me a favor please?"

"Tell me what is it?"

" Fix your relationship with Madeena please...for the sake of Meena?"

Air muka Puan Maria serta merta berubah, tangannya ditarik daripada dipegang Encik Ezuan Kumar.

"Sayang....please?" Rayu suaminya lagi.

"Say something please..."

"Awak nak saya cakap apa lagi? Bukankah selama ni awak berpihak dan menyebelahkan saya? Kenapa tiba-tiba berlagak jadi baik ni? Buat tabiat?"

"No...it just for our daughter honey. Can't you see that she had suffered a lot because of us?"

"How about my suffers? Didn't you care about my suffers?"

"No..don't say like that sayang. I just pity for our daughter. Selama ni, kita tak sedar yang secara tak langsung kita dah banyak lukakan hati dia dan buat dia menangis. I just can't imagine how she able to bear all the pains for all these while. We were too selfish all this time."

"Tak ada gunanya kita menyesal, semua dah berlaku. Masa takkan boleh diputarkan balik. Dia pun dah mengaku anak tunggal, so tak ada kena mengena langsung dengan saya!"

"Sudahlah tu....sampai bila? Kita pun tak tahu sampai bila kita akan ada atas dunia ni."

"Suka hati awaklah, saya takkan pernah lupa segala caci maki-hamun dia kat saya. Habis satu kampung canang saya macam-macam! Lebih baik tak mengaku saudara la macam ni. Saya pun tak minta sebiji beras dari rumah dia. Saya yang bersengkang mata jaga sakit demam Meena selama ni bukan dia!"

"Maria, tak kemana marah awak tu. Percayalah, mungkin tuhan nak tunjukkan sesuatu pada kita semua."

"Ha...yelah tunjukkan belang dia yang sebenar yang sanggup mengaku anak tunggal! Eleh, saya tak hairan selama ni macam tu je orang pejabat pusaka bagi bukti dan surat sumpah tu. Kalau tuhan nak tunjuk lambat atau cepat je."

Belum sempat Encik Ezuan Kumar menjawab, Puan Maria terlebih dahulu bangun dan keluar dari bilik tersebut tanda protes. Tak berjaya juga nampaknya dia ingin memujuk isterinya itu untuk berbaik dengan Madeena.

                                        ***************************************

         Hari Jumaat yang terang dengan sinar mentari membuatkan hari mereka lebih ceria dan gembira. Fath membawa Dian dan Noah berjumpa dengan mak sunya, adik mamanya di hospital swasta dimana tempat wanita itu bekerja bagi membincangkan tentang rancangan mereka.  Terkejut Mak su Jue melihat Fath sanggup datang ke hospital semata-mata ingin berjumpa dengannya. Sebelum ini, bukan main liat nak jenguk ibu saudaranya di situ.

"Hi mak su, kenalkan...ini Dian Ameena dan ini Noah..." Ujar Fath.

"Hai berapa kali nak kenalkan pada mak su? Mak su kan dah kenal dengan dia orang?"

"Eh ye ke? Heee...terlupa.."

"Belum tua dah nyanyuk kawan aku ni." Sindir Dian dengan gelakan kecil.

"Korang datang naik satu kereta ke?" Soal Mak Su Jue lagi.

"Ye mak suku sayang...sibuk ke sekarang?"

"Tak..baru lepas habis round ward. So nak bincang pasal apa sebenarnya ni?"

"Hmm....jom kita cari tempat private sikit please?" Pinta Fath.

"Okay, come...into my room."

Tanpa berlengah mereka menuruti langkah wanita itu dari belakang hingga ke bilik peribadi ibu saudara Fath.



                               *******************************************

"Okay sayangku Fath, now tell me...what do you wanna ask for favor?"

Fath memandang Dian dan Noah seketika sebelum berkata "Err...mak su boleh jadi doktor olok-olok tak?"

Berkerut dahi mak sunya menandakan tidak faham dan keliru dengan kata-kata anak buahnya itu.

"Mak su kan dah jadi doktor, nak jadi doktor olok-olok apanya pulak? Cuba berterus-terang?"

"Okay, macam ni...Dian ada sedikit family crisis which need our help to solve it. So, the plan goes like this, Dian pura-pura jatuh sakit dan kritikal kat hospital dan dirawat oleh mak su. Then, mak su cakaplah yang dia tak punya banyak masa sebab keadaan dia semakin teruk. Mak su call ahli keluarga terdekat bagitahu pasal benda ni and make them feel guilty and unite. The end!" Terang Fath dengan lancar.

Ruang bilik masih sepi tanpa sebarang kata dari mulut masing-masing.

"Macam tu je? Hmm....macam....besar je risikonya." Jawab mak su Fath teragak-agak.

"Ala, tak cuba tak tahu kan? Fath tak nampak jalan lain dah mak su melainkan cara ni. Please..."

"Kalau tak jadi macam mana?"

Noah kelihatan menahan senyum mengenangkan kata-kata Fath kelmarin. 'Kalau tak jadi, terjun gaung!!'.

"Kena jadikan jugak...bolehlah mak su...mak sulah harapan kita orang tau?"

Satu per satu muka tiga sahabat dipandangnya dengan penuh berharap. 'kesiannya...' Desis hatinya berkata dalam hati.

"Mak su? Macam mana? Bolehlah...." Pujuk Fath.

"Bukan mak su tak nak tolong, cuma....hish menipu itu kan berdosa!"

"Mak su...lagi berdosa kalau mak su tak tolong satukan semula sebuah keluarga tahu? Sanggup mak su berdosa sebab tak nak tolong buat baik?"

Mak Su Jue jadi serba salah sekarang. Tak tolong salah, tak tolong lagilah salah. Gumam hatinya.

"Erm...tak apalah kalau Mak Su Jue tak nak tolong, Dian faham...." Dian berkata dengan nada kendur.

"Okay, mak su tolong! Tapi tak janji ya succeed or not? Sekali ni je okay?"

Lantas ketiga-tiga sahabat itu tersenyum mendengar jawapan positif dari mulut Mak Su Jue.

"Thank you so much mak su! I love you till forever muah muah!!!" Fath teruja memeluk ibu saudaranya.

"Tapi...janji ini rahsia kita berempat okay?!"

"Janji!" Jawab Fath dengan cepat.



                        ********************************************************

"Assalamu'alaikum, boleh saya bercakap dengan Puan Maria?" Lembur tutur Mak Su Jue di telefon.

"Wa'alaikumusalam saya bercakap, siapa ni?"

"Saya Doktor Juliana dari Tropicana Medical Center puan. Saya ingin memaklumkan anak puan Dian Ameena dimasukkan ke hospital akibat kemalangan. Harap puan dapat datang ke sini segera sebelum terlambat."

"Ya Allah Meena....ya ya saya datang sekarang."

"Pesakit masih belum sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal puan, harap banyakkan bersabar."

Air mata Puan Maria jatuh berguguran dengan deras ketika itu. Wajah Dian terbayang-bayang di mindanya.
Tanpa berlengah dia kuatkan semangat untuk memandu ke Kuala Lumpur untuk melihat anaknya itu.
Nasib baik hari ini dia cuti hujung minggu dan tidak kemana-mana. Emosinya bercelaru mengenangkan keadaan Dian yang parah seperti kata doktor tadi di telefon.

Setelah menelefon Puan Maria, kini tiba giliran Puan Madeena pulak. Mak Su Jue mendail nombor telefon Puan Madeena dari hospitalnya.

"Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Puan Madeena?"

"Ya saya, siapa ni?"

"Saya Doktor Juliana, dari Tropicana Medical Center ingin maklumkan tentang Dian Ameena. Dia terlibat dengan kemalangan dan sekarang di ditahan di wad. Harap puan dapat datang sekarang kerana puan adalah waris terdekat mangsa. Pesakit masih dalam keadaan kritikal dan pemerhatian lanjut, harap puan banyakkan berdoa dan bersabar."

Lemah rasa lutut Puan Madeena setelah mendengar perkhabaran tentang Dian Ameena dari mulut doktor tersebut.Air mata jatuh berjuraian di pipi wanita itu.

"Puan Madeena? Puan masih di situ?"

"Ya....saya datang sekarang doktor. Terima kasih."

Setelah meletakkan ganggang, ketiga-tiga sahabat itu memandangnya meminta kepastian.

"Okay, KL nak mula 'banjir'... dia orang percaya dan dalam perjalanan ke sini so jom set Dian jadi orang sakit tenat. Fath, Noah tolong mak su jaga bilik kat depan."

"Dian, buka baju tu dan salin pakai baju ni. Segala aksesori tanggalkan dan bagi Fath simpan. Lepas tu baring atas katil ni."

Dian terus melakukan apa yang disuruh oleh ibu saudara Fath itu tanpa sebarang komplein.

        Usai beberapa minit, kesemuanya telah siap dengan disetkan drip di tangannya, dipakaikan servical colar di leher, kepala berbalut dengan kain kapas putih, sirap merah dituangkan bagi menampakkan lagi lakonan mereka. Mukanya disapukan dengan bedak compact supaya kelihatan pucat dan tak bermaya. Akhir sekali, topeng oksigen ditekup di hidung Dian supaya benar-benar nampak sakit.




                                  **********************************************

        Dian yang sedang terlantar di atas katil terbaring kaku dengan mask oksigen membuatkan air mata wanitanya jatuh berjuraian ke pipi teresak-esak. Fath dan Noah hanya sekadar menundukkan ke lantai turut bersedih dengan nasib malang yang menimpa sahabatnya itu.

"Meena...sayang....macam mana boleh jadi macam ni?" Puan Maria sebak di sisi anaknya yang masih terbujur kaku.

"Meena....bangun sayang...mama datang ni." Kata Puan Maria dalam esakan.

Fath memegang bahu wanita itu untuk menenangkannnya. Noah pula hanya diam tak berkutik sejak tadi.

"Fath, macam mana boleh jadi sampai macam ni? Noah?"

"Tak tahu aunty...masa tu Dian nak melintas, saya tak perasan sebab ada kat depan dengan Noah. Bila dengar dia terjerit terus kami tengok dia dah collapsed. Kereta tu pun lari tanpa bersalah."

"Astaghfirullah...kesiannya anak mama!"

"Mak cik jangan risau, kita orang dah report police. Biar police tangkap orang tu."

"Meena....jangan buat mama macam ni sayang...bangun please."

"Sabar aunty...insha Allah Dian selamat."

"Meena....bangun nak. Jangan seksa mama macam ni sayang, mama minta maaf atas semua yang Meena terpaksa lalui. Mama tak sengaja sayang, maafkan mama...bangunlah sayang!"

Tanpa sedari, Mak Su Jue yang memakai kot putihnya masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengan mama Dian.

"Puan Maria? Puan ni, ibu kepada Dian Ameena?" Teka Mak Su Jue.

"Ya saya doktor.." Puan Maria menyeka air matanya lalu mendapatkan doktor tersebut.

"Okay, Dian Ameena mengalami kecederaan di kepala akibat hentakkan yang kuat dari kemalangan itu, sekarang cuma tunggu result CT Scan dan baru saya boleh bagi tahu keputusannya. Selain daripada itu, spinal cord atau tulang tunjang dia sedikit retak, lehernya patah dan kaki kanannya patah. Tambahan, mungkin pesakit terlampau terkejut, dia mengalami trauma yang dahsyat sebab itu dia masih dalam keadaan unconscious atau tidak sedar." Begitu jelas terperinci penerangan Mak Su Jue kepada mama.

"Ya Allah...doktor, tolong selamatkan anak saya! Saya akan bayar berapa pun janji doktor selamatkan dia."

"Saya akan cuba buat yang terbaik, sebaiknya puan banyakkan berdoa dan bersabar. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dahulu puan."

Puan Maria hanya mengangguk lemah lalu kembali duduk di sisi Dian yang terlantar.

"Meena...mama sayangkan Meena, bangun ya?"

Selang beberapa minit kemudian, muncul Puan Madeena, adiknya di situ dengan penuh esak dan tangis.

"Meena, cik su datang ni Meena...ya Allah anakku..."

Puan Maria tersentak dan bangun dari kerusi yang diduduki. "Heh, kenapa kau datang sini?!"

"Aku datang tengok anak saudara akulah!" Balas Puan Madeena tanpa melihat mata kakaknya.

"Baik kau keluar sekarang sebelum aku halau kau. Haram aku benarkan kau dekat dengan anak aku!"

"Low down your voice Maria, sini hospital bukan tempat bergaduh!"

"Oh...kalau kau tak nak aku tengking kau baik kau pergi dari sini NOW!" Bulat biji matanya mengucapkan kata-kata itu.

"Ini semua kau punya pasal! Sebab kau Meena terlantar kat sini. Kau ibu tak guna Maria!"

Puan Maria ketap gigi menahan amarah. "Madeena! Kau tak ada hak nak fitnah aku. Meena dilanggar lari bukan salah aku."

Fath dan Noah yang baru selesai menunaikan solat zohor di surau terdengar bunyi bising dari dalam bilik wad yang Dian ditahan cepat-cepat meluru masuk.

"Aunty, cik su! Apa bising-bising ni? Dian tengah sakit pun masih nak bertekak? Hormatlah sikit.."

"Mak cik...cik su....Dian perlukan sokongan kita semua untuk bangun semula. Tak guna kalau kita asyik bergaduh macam ni. Kesianlah pada Dian." Noah menyampuk pulak.

"Perempuan ni yang tak tahu malu datang sini....suruh dia pergi Noah!" Arah Puan Maria.

"Mak cik...cik su kan mak saudara Dian, tak salah kan dia nak melawat anak saudara dia."

"Dian Ameena has never own an aunty! She just have me her own biological mother!"

"Stop! Stop it!" Fath memberhentikan semuanya.

"Aunty, cik su kalau nak bertikam lidah macam ni sila keluar dari sini. It's not good for Dian. Please..."

"Cik su...jom Noah bawa cik su keluar dulu ya?" Ajak Noah pada Puan Madeena.

Puan Madeena akur lalu mengikut Noah keluar dari bilik itu meninggalkan Puan Maria, Fath dan Dian yang sedang bertarung nyawa di atas katil hospital.


                                         **************************************


    "Noah, what happened actually hah?" Puan Madeena bertanya dengan gusar.

Noah hanya mengeleng perlahan dan berkata "Tak tahu cik su...it happened out of sudden...Masa tu Dian kat belakang dekat tempat parkir kereta. Noah dengan Fath dah melintas dan tiba-tiba bunyi dia menjerit."

Puan Madeena meraup wajahnya dan mengeluh. Nafasnya ditarik perlahan.

"Then?" Soalnya lagi.

"Then bila Noah dengan Fath datang dah tengok dia terbaring atas jalan dengan darah banyak mengalir dari kepala. Terus Noah angkat bawa ke hospital. Maafkan Noah cik su, Noah tak pandai jaga Dian. I'm careless...so careless!"

Puan Madeena ketap bibir dan tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan Dian saat itu.

"Dian ada sebut nama cik su dengan mama sebelum tu, dia kata dia rindu sangat dengan both of you. Kalau boleh dia nak cik su dengan mama berbaik semula walau apa pun jadi. Mungkin dia dah rasa yang benda ni nak jadi kot."

Sekali lagi bagaikan nafas tersekat di kerongkong. Puan Madeena setia mendengar cerita Noah yang selanjutnya

"Dian selalu bagitahu, kalau apa-apa jadi kat dia, dia minta Noah sampaikan pada mama dan cik su yang dia sangat sayangkan cik su dan mama sampai nafasnya yang terakhir. Kalau ditakdirkan dia pergi dulu, dia harap sangat mama dengan cik su berbaik semula adik-beradik. Dia juga pesan, jangan lupa sedekahkan al-fatihah pada dia bila pergi ziarah dia nanti dan kalau boleh mama dan cik su pergi bersama."

Air mata Puan Madeena tumpah tak tertahan mendengar kata-kata Noah tersebut.

"Tak sangka jadi macam ni, seolah-olah dia dapat rasa akan benda yang akan terjadi. Noah pun terkejut dan tak percaya cik su."

"Bukan salah Noah...ini semua atas kehendak Dia yang Maha Esa. Kita doa banyak-banyak supaya Meena cepat sembuh ya?"


                                             **************************************

         Puan Maria keluar dari bilik wad yang menempatkan Dian didalamnya dan dilihat Madeena sedang duduk di luar bersama Noah. Langkahnya menghampiri mereka terbantut tatkala Mak Su Jue ingin mendapatkannya.

"Puan Maria...sekejap!" Panggil Mak Su Jue selaku doktor yang merawat Dian.

Langkahnya terhenti dan melihat ke arah doktor wanita itu. Kehadirannya lantas disedari oleh Noah dan Puan Madeena.

"Ini barang-barang peribadi Dian Ameena. Semuanya ada di dalam beg ini. Oh ya, dan surat ni untuk puan rasanya." Mak Su Jue menyerahkan sepucuk surat yang telah siap dikarang oleh Dian.

"Surat apa ni doktor?" Tanya mama Dian sambil menyambut hulurannya itu.

"Bacalah, disitu tertulis nama Puan Maria. Oh kebetulan Puan Madeena juga ada di sini, ini untuk puan."

Puan Madeena lantas bangun menghampiri doktor tersebut menyambut sepucuk surat putih yang mengandungi tulisan Dian.

"Kalau perlukan apa-apa, cuma tekan butang kecemasan di tepi katil ya puan? Jangan terlalu mendesak patient untuk sedar, dan jangan tinggikan suara di depannya. Ini boleh menjejaskan lagi keadaannya. Saya pergi dulu." Mak Su Jue meminta diri.

Tanpa membuang masa, Puan Maria dan Puan Madeena membaca isi kandungan surat yang ditulis Dian.
Teka Noah, sama sahaja isinya kerana Dian kesuntukan masa ketika dia mencadangkan supaya gadis itu menulis sepucuk surat buat mama dan cik sunya.


Buat mama dan cik su yang Meena sayangi,

Semoga mama dan cik su dalam baik-baik sahaja disaat membaca warkah ini. Maafkan Meena jika Meena pernah terguriskan perasaan mama dan cik su selama ini secara sengaja atau tidak. Halalkan makan minum Meena sepanjang Meena berada di atas muka bumi Allah ini.

Mama, Meena tak pernah minta apa-apa daripada mama selama ini tapi sekali ini je Meena mohon pada mama..tolong rendahkan ego mama untuk maafkan cik su. Buang yang keruh ambil yang jernih ya? Meena sayang mama dengan cik su sepenuh hati Meena. Mama tak pernah salah apa-apa dengan Meena, dan Meena selalu maafkan mama.

Cik su, andai ini warkah yang terakhir buat cik su, tolonglah penuhi permintaan Meena yang terakhir ini. Berbaiklah dengan mama dan maafkanlah mama. Sayangi mama dan jagalah mama seperti mana Meena sayang dan jaga dia. Hanya cik su jelah tempat Meena berharap.
Janganlah tangisi atas apa yang telah berlaku dulu, kini dan yang akan datang. Terimalah dengan berlapang dada. 

Mama, cik su....bolehkan kalian menunaikan hasrat dan hajat Meena yang terakhir?
Berdamailah semula mama dan cik su adik beradik demi kesejahteraan Meena di sana.
Berdamailah...
Andai dengan pemergian ini bisa menyatukan semula mama dan cik su...

Allah murka akan hambaNya yang memutuskan tali persaudaraan di antara saudaranya.
Haram bau syurga pada sesiapa yang ingkar akan perintahnya.
Meena tak sampai hati dengan kalimah tuhan yang satu ini mama, cik su...
bersatulah mama dengan cik su kembali.
Moga Allah merahmati mama dan cik su...

Salam Ikhlas,
Dian Ameena.


Dua wanita itu menangis teresak-esak melayani sendu masing-masing diperhatikan oleh Noah dan Fath.

Fath membuat isyarat mata kepada Noah bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Noah pun mengangkat kedua bahunya lalu menjuihkan muncungnya ke arah surat yang dipegang kedua insan kesayangan Dian.
Fath tersenyum dan mengenyitkan mata kepada Noah. Rancangan mereka berjalan lancar!

                               *****************************************

      Puan Maria pulang ke rumahnya di Pahang untuk mengemas pakaian dia dan Dian untuk dibawa ke hospital setelah dia sedar yang dia sehelai sepingang disaat diberitahu tentang kecelakaan puteri kesayangannua itu. Ketika ingin kembali ke Kuala Lumpur untuk menjaga Dian, dia ditemani oleh Encik Ezuan Kumar, suaminya.

      Sebelum itu, dia ke pasar raya di bandar untuk membeli beberapa keperluan dapur berseorangan. Disaat dia ingin ke kereta, bahunya tak sengaja terlanggar dengan seseorang. Ligat fikirannya memikirkan siapa wanita yang berumur lewat tiga puluhan itu, seperti pernah bertemu tapi di mana? Bisik hatinya.

"Puan Maria? Ingat saya lagi? Aisyah....pejabat tanah bahagian pusaka?"

"Aisyah? Oh.....ya saya ingat. Buat apa kat sini? Tak kerja?"

"Beli barang sikit, hari ini kan weekend so cuti. Erm...puan seorang je?"

"Aah...seorang...saya nak borak panjang lagi tapi..saya rushing sebenarnya. Anak saya masuk hospital kat KL." Puan Maria berterus-terang.

"Ya Allah...saya turut simpati puan. Erm..kalau puan tak kisah, boleh bagi saya sepuluh minit tak?"

Puan Maria sempat mengerling jam di pergelangan tangannya sebelum tersenyum bersetuju.

"Macam ni puan, sebenarnya...mengenai surat akuan sumpah yang dilakukan oleh arwah mak puan dan adik puan tu....tidak sah."

Terbeliak biji mata Puan Maria serta-merta setelah mendengar kenyataan tersebut dari wanita itu.

"Betul....pihak kami dah siasat...dan ianya tidak sah kerana kenyataan itu palsu semata-mata."

"Jadi selama ni, selama empat belas tahun bukti tu tak sah? Kenapa baru bagitahu saya sekarang? Apa makna semua ni?"

"Sabar puan..saya pun tak tahu, saya hanya menjalankan tugas. Apabila surat tersebut dilihat dan disemak oleh peguam yang menjaga wasiat yang diamanakah oleh arwah ibu puan,memang tidak sah. Sebab semua tu tidak benar sedangkan arwah mempunyai seorang lagi anak iaitu Puan Maria. Sebenarnya, mereka sengaja berkomplot buat surat olok-olok itu demi melindungi kepentingan puan dan anak puan."

Dahi Puan Maria berkerut minta penjelasan lanjut.

"Arwah ibu puan sangat terdesak ketika itu, begitu juga adik puan, Madeena. Jadi, mereka berpakat dengan Encik Adrian iaitu peguam yang menjaga wasiat itu untuk membuat satu sumpah tipu-tipu dan menyerahkan satu salinan kepada pejabat tanah dan pusaka sebagai rekod. Andai kata puan menuntut hak puan nanti, satu sen tak akan puan dapat dari wasiat tersebut kerana adanya surat sumpah mengaku anak tunggal itu."

Puan Maria menarik nafas dan menghembus beberapa kali bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sekarang.

"Saya tak hadap dengan semua harta pusaka tu Aisyah...yang buat saya sakit apabila tahu tentang sumpah mengaku anak tunggal dan hanya mempunyai anak tunggal, walaupun hanya palsu semata-mata. Tergamak seorang ibu membuat anak sendiri macam tu?"

"Menurut peguam arwah, arwah mempunyai sebab tersendiri macam yang saya katakan tadi demi melindungi kepentingan puan dan cucunya. Arwah tidak mengizinkan suami puan mengambil sesen pun dari peninggalan pusaka arwah kerana dia tidak merestui hubungan puan dengan suami puan sekarang."

"Tak apalah benda dah jadi pun...okay terima kasih bagitahu saya, saya pergi dulu."

"Nanti puan..."

"Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan puan....nanti makan diri sendiri. Memaafkan itu lebih mulia dari meminta maaf puan, jaga diri ya. Assalamu'alaikm..."

Puan Maria terkedu seketika bagaikan tepat kena ke atas batang hidung sendiri.


                       **************************************************

   "Assalamu'alaikum sayang....mama dengan abah datang ni...bangunlah.." Ujar Puan Maria di sisi Dian.

Encik Ezuan Kumar, Noah dan Fath masih setia melihat Puan Maria berbicara dengan Dian walaupun Dian kelihatan terbaring tidak memberi sebarang respons.

"Meena...mama akan buat apa yang Meena minta tapi tolonglah sedar sayang ya?" Rayu mamanya lagi.

Dian yang masih dalam mood lakonan akhirnya mengalirkan air matanya yang tertahan dalam keadaan mata tertutup. Puan Maria memandang Fath dan Noah bersilih-ganti.

"Ya aunty...walaupun dia tidak sedar tapi dia boleh mendengar apa yang kita cakap. Cuma dia belum kuat untuk sedar."

"Meena...mama miss you so much, cepatlah bangun ya sayang."

"Meena...Meena...dengar tak mama cakap ni sayang?"

Encik Ezuan Kumar mengusap lembut bahu isterinya memberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat genting sebegini.

"Erm...pak cik, mak cik...kita orang nak pergi ke kafe beli apa-apa untuk alas perut. Nak apa-apa tak?"

"Tak apalah Noah, mak cik dan pak cik dah makan sebelum ke sini. Korang pergilah makan."

"Kami pergi sekejap ya uncle, aunty..." Fath berbasa-basi sebelum beredar.

Dalam beberapa ketika kemudian, pintu bilik terbuka menandakan ada orang masuk. Puan Maria mengangkat sedikit mukanya dari sisi katil untuk melihat siapa gerangannya yang datang. Madeena? Suaminya turut ada bersama.

"Assalamu'alaikum..." Ucap Puan Madeena perlahan

'Wa'alaikumusalam." Jawab Puan Maria di dalam hati.

Encik Ezuan Kumar membertulkan duduk dari bersandar di sofa di bilik wad tersebut dan menyambut huluran salam dari suami Cik Su Madeena. Dian yang kononya tidak sedarkan diri curi-curi melihat gelagat mama dan cik sunya itu.Diharap mereka tidak menimbulkan kecoh seperti hari semalam.

"Meena tak sedar lagi?" Soal Puan Madeena jelas menujukan kepada kakaknya itu.

Puan Maria senyap dan diam seribu bahasa.

Puan Madeena memandang lama sambil mengelus lembut dahi dan rambut Dian beramas titisan air mata. Dian sama tidak dapat menahan rasa sebak di dada mengalirkan air mata lantas membuat Cik Su Madeena terkejut.

"Meena! Meena....dia menangis?"

"Dia memang tak sedar tapi dia boleh dengar apa yang orang di sekeliling bercakap." Balas Puan Maria acuh tak acuh.

Puan Maria menggengam erat tangan anak saudaranya lama sambil duduk di sisi gadis itu. Lama dia duduk di dalam bilik wad tersebut bersama dengan kehadiran mama Dian dan suaminya sekali. Aneh, mengapa kali ini kakaknya tidak seperti semalam angin ribut taufan datang melanda. Kalau tidak, awal-awal lagi dihalaunya keluar dari tempat itu.

                                        *******************************************

  "Weh beb, aku haus gila ni! Ada belikan air tak?" Bisik Dian yang masih dalam mood lakonan di atas katil.

"Nah...orang sakit mana boleh minum air manis air masak je, the best water in the world." Kata Fath sambil menuangkan air masak dari jag air.

"Eeee...sampai bila aku kena stay macam mayat hidup Fath? Rimas tahu!"

"Sabar sikit je lagi....sabar itu separuh daripada iman.."

"Dian, makan nasi ni dulu sebelum dia orang datang. Aku rasa mama kau tunggu kau sampai besoklah. Habislah kau..kena jadi 'mati' malam ni." Noah sakan menyakat Dian.

"Hish, supportlah kawan Noah! Lebam kang biji mata kau aku tumbuk." Fath ugut dengan serius.

"Okay, aku joke je pun.."

"Hotak kau joke, tengok tempat and time lah..."

"Ya ya Cik Fath Dlina Rose. Maafkan kanda wahai dinda yang jelita." Noah mengenyit nakal ke Dian lantas membuat gadis itu tergelak kecil.


                                  ************************************************


            Puan Maria menghilang dari bilik wad untuk ke surau menunaikan solat asar manakala suaminya ke tandas menyegarkan diri akibat kepenatan kerana memandu pagi tadi. Lama jugak dia berteleku di sejadah, berzikir dan berdoa semoga anaknya selamat dan sembuh semula. Bunyi kuakan pintu surau membuatnya berpaling melihat siapa yang masuk ke dalam. Madeena?

           Dia berpura-pura tidak peduli dan hairan akan kedatangan wanita tersebut di situ. Dilihatnya Madeena mendirikan solat di sebelahnya sehingga wanita tersebut selesai solat dia masih tidak berganjak dari tempat dia duduk tadi. Madeena lantas menghulurkan salam setelah mengaminkan doa kepada Puan Maria tanpa berfikir panjang. Puan Maria memberikan sebuah wajah pelik kepada adiknya itu.

          Masing-masing diam seribu bahasa di dalam surau yang hanya terdiri daripada mereka berdua sahaja sejak tadi. Seketika, mereka saling berpandangan berrdasarkan isyarat mata seperti orang bisu.

"Ermm...tak balik lagi?" Madeena memecah sunyi antara mereka.

"Saya jaga Meena malam ni."

"Oh...kalau tak kisah...saya pun boleh jagakan dia."

"So okay, she's my daughter. I'm her mama."

"Kak Maria...." Lembut sahaja panggil Madeena pada kakaknya itu. Dia tahu kakaknya masih marah padanya atas sebab yang berlaku dahulu.

"Buang tabiat nak mati dah ke apa panggil aku 'kak Maria'?" Sindir Puan Maria.

"Aku...sorry...Deena minta maaf kak, atas semua keterlanjuran kata Deena selama ni."

"Huh, maaf? Senangnya manusia mengungkapkan kata 'maaf' and that's it? Murahnya kata itu pada kau?"

"Akak nak cakap apa pun cakaplah...saya cuma ingin tunaikan hajat Meena seperti yang tertulis dalam kertas itu. Dia nak kita berdua berbaik adik-beradik...sebelum dia.."

"Cukup! Meena masih hidup. Jangan kau berani sebut perkataan 'mati' depan aku. Anak aku masih bernyawa atas katil dan dia akan sedar!"

"Ya dia akan sedar, dan Deena hanya ingin tunaikan hajat dia. Itu je."

"Oh...baiknya hati kau! Bajet suci konon."

"Kak..."

"Siapa kakak kau? Aku tak ada adik macam kau tahu? Yang tak reti hormat kakak sendiri."

"Meena...sayangkan kita berdua. Jangan kerana kita dia menangis bagai nak rak kak. Kesianlah pada Meena, dia perlukan sokongan kita sekarang. Saya sanggup merayu minta maaf pada akak demi Meena. Kalau nak saya melutut pun saya sanggup!"

"Cukup! Aku pun sanggup buat apa sahaja demi Meena. Kalau nyawa sekalipun terpaksa aku korbankan, aku sanggup!"

"Let's start afresh Kak Maria? For the sake of our beloved Meena? Please?"

Puan Maria memandang wajah adiknya seketika, dia serba salah saat ini. Dalam pada itu, jauh di sudut kecil hatinya tersentuh dengan kata-kata Madeena yang lembut terhadapnya. Adakah ini cuma sandiwara semata-mata untuk Dian Ameena atau benar-benar tulus dari hati? Gumam hati Puan Maria.

"Semua ni aku saya buat untuk Dian Ameena yang tersayang." Balas Puan Maria yang bersalaman dengan Madeena, satu-satunya adik kandung dia. Rasa rindu menjalar seluruh tubuhnya disaat mereka berpelukan sebagai tanda bersetuju untuk menunaikan hajat di warkah Dian sebelum kemalangan itu.

                                        ***************************************

"Dian, mama dengan cik su kau dah datang. Get set and ready!" Fath masuk dengan kalut memberitahunya.

Pantas Dian tidur di atas katil dan memakai topeng oksigen di mukanya seperti sebelumnya. Nasib dia sempat menghabiskan nasi bungkus yang dibeli Noah dan Fath sebentar tadi, kalau tak mati kempunanlah dia di situ!

Setelah cik su dan mama beriringan masuk ke dalam bilik wad tersebut, mama bertanya

"Eh, abah Meena tak sudah lagi ke bilik air?"

"Err...aah kot, sejak tadi tak nampak pun uncle kan Noah?" Fath mencelah.

"Ayah su pun tak ada pun lagi? Hmm...solat asar agaknya. Fath dengan Noah dah solat?"

"Belum, tunggu aunty dan cik su datang. Tak berani tinggalkan Dian sorang-sorang."

"Eloklah tu, pergilah solat dulu dah pukul enam petang ni. Tak baik lengahkan solat."

"Pergilah...mak cik dan cik su ada kat sini tunggu Meena. Sebelum tu, tolong belikan mineral water untuk aunty ya Fath, erm...Deena nak air apa?" Soal Puan Maria pada adinya dengan baik.

Fath dan Noah saling memandang. Dian turut mencuri pandang dan dengar tidak percaya.

"Samalah..air mineral je. Belilah lebih untuk korang sekali."

"Ni ambil duit ni..." Puan Maria menghulurkan sekeping not lima puluh ringgit kepada Fath.

"Eh tak apa aunty, ada orang suka belanja. Pemurah katakan." Fath menujukan ke arah Noah.

"Hee...so okay mak cik, cik su....Noah memang nak belanja pun. Simpan je duit tu mak cik nak buat kenduri Noah dan Dian nanti he he he."

Dian rasa nak tersenyum mendengar celoteh Noah yang gila tu. Nasib mamanya dan cik su tak memandangnya saat ini. Tapi dia perasan Fath dan Noah perasan akan dia yang hamoir tersenyum!


                              **********************************************


  "Meena...cepatlah sedar, cik su dan mama ada berita baik untuk Meena sayang." Sayu Puan Madeena merayu pada Dian.

"Meena, kalaulah Meena tak jadi macam ni...cik su sanggup rendahkan ego cik su untuk berbaik semula dengan mama sayang. You don't have to be hurt such like this sweetheart."

"Meena...mama yakin Meena dapat dengar mama kan sayang? Bangunlah, nanti mama bawa Meena balik rumah kita okay? Kita ajak cik su datang rumah ya?"

Biar betul mama ni? Dia tak salah dengar ke? Mama salah makan ke hari ni? Ke mama tersalah makan ubat?
Dian bagaikan tak percaya.

Mak Su Jue selaku doktor yang merawat Dian masuk untuk memeriksa keadaan Dian.

"Dian Ameena semakin pulih, keputusan CT Scan pun saya dah tengok, cuma ada sedikit hentakkan pada otaknya tapi insha Allah she's a strong girl, fighting to survive."

"Tapi...kenapa dia tak sedar lagi doktor?"

"Sabar puan, jangan terlalu memaksa pesakit. Ini mungkin disebabkan trauma yang dialaminya. Saya harap apabila pesakit sedar, tolong jangan bagi apa-apa tekanan atau membuatnya runsing. Kalau tidak, akan memburukkan lagi keadaan kesihatannya."

"Doktor, berapa lama lagi anak saya akan sedar?"

"Itu bergantung kepada pesakit sendiri dan keadaan persekitarannya. Apa yang saya boleh pesan, kawal emosi puan di hadapannya, beri dia galakan dan sokongan moral. After all, she'll do good."

"Thanks doc!" Ucap Puan Maria dan Madeena sebelum doktor mudah itu keluar dari bilik.

"Kita sama-sama jaga Meena okay?" Puan Maria berkata pada Madeena.
                        

No comments:

Post a Comment

nuffnang