Wednesday, 8 July 2015

The Healing Love - Part 27


       Seperti mengikut rancangan, hari ini Dian sedar dari koma setelah melihat perkembangan positif antara mama dan cik su. Malam semalam mama menemaninya di bilik wad itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya melihat mama bersusah payah menjaganya yang kononnya 'sakit'. Maafkan Meena mama, ini saja caranya untuk satukan mama dan cik su balik.

"Meena? Syukurlah....Meena dah sedar." Puan Maria terjaga dari tidurnya di tepi katil.

"Ber...berapa...lama?" Dian buat-buat serak tekak bertanya pada mamanya.

"Dah dua hari Meena tak sedar sayang....shhh..jangan banyak bergerak ya?"

"Ma..I miss and...love..you." Tutur Dian bersungguh.

"Mama.... seorang je? Hari tu.... Meena dengar... ada suara... orang lain lagi? Siapa?"

"Noah...Fath pun datang...cik su.."

"Cik su? Cik Su Madeena?"

Puan Maria mengangguk perlahan dan mempamerkan sebuah senyuman untuk menenangkan hati Dian.

"Mama...marah...lagi?"

Puan Maria menggeleng dan mengucup dahi anak kesayangannya.

"Tak sayang...Meena tahu kan mama sayang sangat anak mama ni? Mama akan buat apa pun demi Meena. Meena tak ada nilainya, malah tak ternilai dari apa yang ada di dunia ini." Jujur Puan Maria meluahkan.

"Thanks...Cik su...mana?"

"Dia balik rumah....nanti dia datang lagi. Meena nak minum?"

Dian mengangguk lemah, sungguh dia haus tahap maksimum tambahan dia tidak makan malam sejak mamanya menemani dia sepanjang malam semalam. Berkorban apa sahaja...keluh hatinya.



                                ********************************************

"Alhamdulillah...my lovely Meena dah sedar. Cik su risau sangat bila tahu Meena masuk hospital." Luah cik su dengan lega setelah melihat Dian kembali sedar. Hari ini dia datang bersama ayah su bersama jambangan bunga segar untuk Dian.

"I... miss... and love...you...cik su." Kata Dian dalam nada lemah dan tidak bemaya. 'Sakitlah' katakan.

"Me too...cik su takkan maafkan diri cik su kalau berlaku apa-apa pada Meena. Meena nyawa cik su, semangat cik su sama macam Saiful dan Kimi."

Dian tersenyum lega. Mama hanya memerhati mereka anak-beranak. Entah kenapa rasa damai dan tenang menghiasi seluruh anggota tubuhnya yang telah lama hilang selama ini. Dan kini, kembali menjalar tanpa diundang. Terima kasih ya Allah.

"Meena banyakkan berehat ya, kalau nak apa-apa bagitahu ayah su." Ayah su, suami cik su bersuara lembut.

"Terima....kasih." Jawab Dian perlahan.

"Erm...Meena rindu nasi...arab..cik su.." Luah Dian lagi.

Puan Maria memandang Madeena, adiknya dengan penuh persoalan.

Puan Madeena tersenyum manis dan berkata "Okay, nanti cik su buatkan special untuk Meena. Badan pun dah susut macam tak makan setahun, kesian..."

"Lagi Meena nak apa sayang?" Soal Puan Maria pulak.

"Nak...rendang ayam..mama..dan...."

"Makan sekali dengan..mama dan...cik su?"

Puan Maria saling berpandangan dengan Puan Madeena lalu memandang Dian dengan penuh kasih.

Puan Maria, mengelus lembut tangan Dian dan membalas "Boleh sayang...nanti mama belikan makanan ya?"

"Assalamu'alaikum, Dian Ameena? Macam mana rasa hari ini, semakin baik?" Wajah Mak Su Jue sebagai doktor 'olok-olok' Dian muncul dari luar dan menghampirinya untuk membuat beberapa pemeriksaan.

"Puan dan encik boleh tunggu di luar sekejap? Saya nak periksa Dian Ameena." Mak Su Jue meminta izin.

"Ya, boleh...silakan. Mama keluar kejap ya." Ujar Puan Maria pada anaknya itu.

Setelah mama dan cik su serta ayah su keluar dari situ, Mak Su Jue mendekati gadis itu sambil tersenyum.

"Mission almost accomplished. Well done..." Mak Su Jue terlebih teruja.

"Nampaknya macam tulah...tak sia-sia 'puasa' dua tiga hari he he he."

"Boleh dapat award pelakon terbaik ni! Berbakat besar." Tambah Mak Su Jue lagi.

"Shhh....nanti 'mati'...ingat..rahsia kita-kita je." Dian meletakkan jari telunjuknya di bibir.

"Harapnya dia orang dah berbaik betul-betul la kan?"

"Hmm...harap sangat."



                                        ***************************************

         Nasib baik Dian menjalankan 'penggambaran' tersebut sedang mereka dalam cuti pertengahan semester selama seminggu lebih. Tidak menjejaskan rancangannya untuk menyatukan mama dan cik su yang selama ini langsung tak terfikirkan akan idea gila seperti ini. Bertuah dia mendapat sahabat yang otak bergeliga seperti Fath Dlina Rose dibantu oleh 'penolong pengarah' bernama Noah.

"Amboi, aku masuk pun tak sedar asyik tersenyum-senyum seorang." Fath mengusik Dian.

"Eh, haruslah aku senyum! Rancangan berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki."

"Noah rasa, Dian silap masuk hospital ni. You should be in the Hospital Bahagia or Tanjung Rambutan."

Fath menghamburkan ketawanya yang tidak tertahan mendengar ayat polos dari mulut Noah.

"Ah aku tak kira, tanjung rambutan ke tanjung maggis ke yang penting mama dan cik su makin elok dan mesra. Aku harap dia orang pun tak 'berlakon' macam kita."

"Aah la...buatnya kalau dia orang 'berlakon' kita yang 'masak'" Fath bersuara.

"Masak lemak cili api pun sedap apa!" Noah galak dengan celotehnya.

Fath mencubit lengan lelaki itu tanda protes.

"Kau ni tak sayang mulut? Nak aku robek-robekkan mulut?"

"Wooo...relaks la sayang...jangan marah nanti kena lelong."

"Banyak hodoh muka kau, suka hati panggil aku sayang?"

"Sayang tu kan luas maknanya...sayang aku pada kau lain..pada Dian lain."

Terjongket sedikit kening Fath mendengar jawapan dari mulut Noah. Dian pun pandang ke arah muka lelaki itu minta penjelasan.

"Yang korang pandang aku macam nak telan ni kenapa? Aku salah cakap ke?"

"Sayang aku lain macam mana?" Soal Fath tak puas hati.

"Err...sayanglah..macam..ha macam Spongebob pada Patrick ha ha ha!"

"Then Dian?" Fath bertanya lagi.

"Dian...erm..sayang macam Romeo and Juliet tak pun macam Prince William and Kate Middleton gitu."

"Oh...okay...faham."

Noah mengenyitkan mata kepada Dian dengan nakal.

"Aduh! Rasa sakit kepala la pulak, seluruh badan rasa sengal ada orang cakap pasal 'sayang' errr!!" Perli Dian pada Noah. Ingat dia seorang pandai mengusik dan memerli?

"Kau jangan cakap kau mengandung beb, aku tak tanggung!" Fath pulak berseloroh.

"Eee kau mulut macam puaka! Mengandung kepala otak kau, kahwin pun tak."

"Heee manalah tahu...kau 'curang' dengan Noah."

"Sekali-sekala 'curang' apa salahnya, aku pun single lagi." Dian selamba menjawab dengan berseloroh jugak.

"Gatal betul kau eh, aku hempuk kau dengan tong oksigen ni kang! Jadi nyawa-nyawa ikan nak?"

"Aku bergurau je pun, kau ni gangster bebenau!"

"Esok aku boleh balik kot, Mak Sue Jue kata." Dian ubah topik lebih serius.

"Eloklah tu, asyik tidur makan free je kan? Sakitnya tak. Yang 'sakit' mata aku ni ha."

"He he he jealous katakan jealous. Makanan dia syok woh! Kalau macam ni, sakit selalu pun tak apa."

"Mintak sangat ke? Meh aku buat sakit betul-betul!" Fath mencubit paha Dian.


                                       ****************************************

      Hari ini setelah mendapat 'kelulusan' dari Mak Su Jue, Dian dibenarkan keluar hospital. Tuhan saja yang tahu nikmat dia boleh menanggalkan segala wayar yang berselirat dan balutan yang melemaskannya. Mama pun berasa lega melihat Dian semakin sembuh. Rasa syukur dipanjatkan pada yang Maha Kuasa.

"Meena...nak balik dah?" Soal Puan Madeena yang bari tiba di katil hospital itu.

"Err...ya cik su. Ingat cik su dah tak datang."

"Siapa cakap? Ni cik su datang kan...see what I bought for you? Nasi arab!"

"Wah! Seronoknya! Jom makan sama-sama mama, cik su?"

Pantas cik su mengeluarkan bekalan yang dibawanya untuk dijamu kepada anak buahnya. Puan Maria turut menyertai mereka menikmati hidangan yang melazatkan itu. Dalam pada itu, mereka berbual-bual mesra mengeratkan tali persaudaraan.

"Mama...boleh tak kalau..Meena nak pergi rumah cik su?"

"Tapi...Meena tak sihat lagi sayang...kita balik rumah mama dulu boleh?"

"Ala.. singgah sekejap je please?" Dian membuat muka kesian.

Mamanya memandang wajah cik su sebelum memberi jawapan "Hmm...okaylah."

"Yahoo! Thanks mama...Love you!"

"Dah cepat makan...abah dah tunggu tu. "

"Nanti Kak Maria ikut belakang kereta ya nanti? Rumah Deena dekat Sri Petaling, dekat dengan Mid Valley."

Puan Maria mengangguk lalu tersenyum dan menghabiskan suapan nasi arabnya. Inilah kali pertama dia makan makanan dari Timur Tengah itu dan inilah julung kali dia menikmati air tangan adiknya.



                                               *********************************

              Usai selesai urusan pendaftaran keluar dari hospital yang diuruskan antara mama dengan Mak Su Jue, Dian dibawa ke rumah cik su. Demi anak yang tersayang, Puan Maria akur. Teringat akan pesan terakhir Doktor Juliana sebentar tadi.

"Ingat puan, jangan biarkan Dian tertekan dan stress seperti sebelum ini. Kalau tidak, hanya menambahkan keburukan pada tahap kesihatannya yang semakin membaik. Layankan sahaja apa yang dia nak selagi mampu ditunaikan seboleh puan. Jaga anak puan baik-baik, saya doakan Dian cepat pulih sepenuhnya."

"Insha Allah doktor, saya akan ingat dan buat pesan doktor tu. Cukuplah apa yang Meena lalui bertarung nyawa di atas katil hospital selama tiga hari. Kalau ada apa-apa saya call doktor ya?"

Mak Su Jue mengangguk dan tersenyum lega dengan kata-kata Puan Maria.

"Okaylah, Dian jaga diri jangan lasak-lasak tau? Luka tu baru nak baik. All the best to you sweetheart."
Mak Su Jue senyum penuh makna.

"Thanks doktor, appreciate all your kindness for all these while." Dian mengenyitkan mata penuh makna.

"Bila Meena dah elok, boleh datang melawat Doktor Jue ya sayang? Bawa hadiah sebab dah tolong rawat dan layan Meena selama ni."

"Bawa nasi arab pun okay dah!" Seloroh Mak Su Jue.

"Okay, kami beransur dulu doktor. Terima kasih untuk semua service yang tip top and first class from you doc!" Ucap Puan Maria bersungguh.

"Dah memang tanggungjawab saya Puan Maria. Hati-hati dalam perjalanan. Nanti keep in touch okay?"

Dian membuat isyarat okay kepada ibu saudara Fath itu sebelum berlalu pergi.


                                               ************************************

        Puan Maria yang tenggelam dalam lamunan seketika tersentak apabila Dian memegang bahunya.

"Mama....kenapa?" Soal Dian khuatir.

"Hmm...lega rasanya anak mama selamat. Rasa nak putus nyawa mama bila doktor telefon bagitahu Meena masuk hospital dan kritikal."

"I am so sorry mama...Meena tak sangka boleh jadi macam ni. Meena dah susahkan hati mama dan bebankan mama jaga Meena kat hospital."

"No..Meena tak pernah susahkan dan bebankan mama sejak Meena lahir. You complete me sayang and you made my life more meaningful. You are my everything...priceless and precious." Terharu Dian mendengarnya.

"Erm..Meena..Kak Maria..Encik Ezuan..jemput minum." Cik su datang dengan sebuah dulang berisi teko dan cawan.

"Eh tak payah susah-susah tadi pun dah makan kenyang dengan nasi arab Deena. Sedap! Boleh minta resepi."

"Boleh...duduk bumi nabi itulah makanan yang paling famous. Sampai naik muak hari-hari makan nasi arab."

"Oh...dah tu bila nak balik sana? Cuti kat sini berapa lama." Tanya Puan Maria penuh teruja.

"Cuti sebulan...bulan depan bertolak balik ke sana. Lagipun dah lama tak balik, kesian kat budak-budak. Senang-senang datanglah sana boleh buat umrah sekali."

"Insha Allah...sebenarnya memang dah lama berhajat nak ke sana tapi belum berkesempatan. Tengoklah bila Meena dah baik sepenuhnya."

"Mama, nak ikut!" Dian bersuara teruja.

"Tunggu Meena baik okay? Nanti kita plan baik punya."

"Alright! Akhirnya...boleh jejak ke tanah suci!"

Puan Maria dan Madeena menggelengkan dan tergelak kecil melihat keterujaan Dian untuk ke tempat dia berkerja, Arab Saudi.

"Deena...Kak Maria nak minta maaf pada Deena. Untuk selama yang dah berlaku ya dik. Maafkan akak ya?"

"Deena maafkan akak, kita buang yang keruh ambil yang jernih. Demi kebaikan dan kebahagian kita bersama, demi puteri cantik ni. Demi redha Allah terutamanya."

"Ya...kalau Meena tak masuk hospital, kita tak berbaik lagi kot."

"Mama! Maksudnya mama sanggup anak mama terkorban nyawa-nyawa ikan baru nak berdamai dengan cik su? Kalau tak?"

"Bukan itu maksud mama, cuma...mama ego..ya mama mengaku mama ego, thanks to you sayang."

Meena membiarkan dia dipeluk erat oleh mamanya. Air matanya tumpah lagi kali ini.

"Cik su pun nak peluk jugak!" Puan Madeena mendapatkan kedua beranak itu lalu dipeluknya dengan penuh kasih dan rasa syukur. Alhamdulillah ya Allah...terima kasih ya rabb. Inilah hikmah yang selama ini kau ingin tunjukkan kepada kami.

Ayah su dan Encik Ezuan Kumar turut terharu dengan hubungan yang terjalin antara isteri dan anak mereka. Jauh di dalam hati mereka turut bersyukur dengan apa yang terjadi selama ini. Mujur tidak gugur air mata lelaki yang mahal itu, kalau tidak bisa hilang ketampanan!



                                   *******************************************

       Hari cuti yang tinggal lebih kurang enam hari dihabiskan Fath dengan hanya duduk di rumah melepaskan penat dan lelah selama sibuk dengan 'penggambaran' yang tidak berbayar. Pelik mamanya dengannya yang asyik keluar rumah dua tiga hari ini. Alasannya, pergi jalan-jalan dengan Noah dan Dian.

      Kakak Fath, Sharmaine pulak asyik tak lekap di rumah semenak dua menjak ini. Mungkin keluar dengan buah hati barangkali. Sejak diperkenalkan teman istimewanya itu di rumah sebulan yang lepas, kakak semakin rapat dan serasi dengan si pengurus Bank OCBC itu. Orangnya boleh tahan, tinggi dan kacak!
Layak jadi bakal iparnya, getus hati Fath.

    "Kak Fath!!!" Terdengar jeritan manja dan biasa dia dengar. Sepupu ciliknya, Kalila? Maknanya, ibu dan adik Kalila turut ada bersama? Serta-merta bagaikan kilat dia melangkah turun ke bawah untuk berjumpa dengan mereka. Lama rasanya tak bersua sejak beraya hari tu.

"Hello my daisy! Oh...I miss you so much!" Fath mendukung Kalila yang terkekek ketawa dengan manja.

"Kenapa tak bagitahu nak datang? Boleh prepare apa-apa."

"Alah, nak kena bagitahu dulu ke? Bukannya office nak buat appointment bagai. Dah orang tu tak nak datang rumah, kita terjahlah ke sini. Salam Kak Fath sayang." Ujar ibu saudaranya sambil menyuruh adik lelaki Kalilia yang baru berusia lapan bulan salam dengan Fath.

"Eeee....gebunya dia! Buntat pulak tu...mesti kuat susu ni ya?" Fath menggomol pipi gebu adik lelaki Kalila.

"Sharmaine mana? Tak nampak kereta dia kat luar."

"Hmm apa lagi dating lah anak dara mama yang seorang tu."

"Oh...ada berita sensasi ni. Siapa?"

"Siapa apa?"

"Ish, boyfriend dia! Siapa?"

"Oh....adalah...he he he. Tanya dia sendiri for further info ya! Jom masuk." Pelawa Fath.

Ibu saudaranya meletakkan adik lelaki Kalila di bawah untuk bermain dengan kakaknya. Sesekali tersenyum diagah Fath dan mamanya. Sukalah tu dapat keluar hari ni!

"Erm...aunty Sha tak nak kerja balik ke kat hotel? Kesian daddy busy je memanjang."

"Hmm...nak tu memang nak tapi siapa nak jaga dua orang ni. Tak sampai hati nak bagi orang lain jaga. Kang mati tersedak susu ke apa, tak pun kena dera ish nau'zubillah!"

Fath tahu sudah dengan alasan itu dan tidak menyangkal lagi. Akhir-akhir ini kes penderaan di rumah jagaan kanak-kanak makin menjadi-jadi di berita dan surat khabar. Seriau dibuatnya. Kalau dia pun tak sanggup bagi orang jaga anaknya.

"Ha..Kak Sharmaine dengan buah hati dia..ni yang sorang ni pulak?"

"Apa? Fath? Ehem...belum jumpa lagi. Malaslah bercinta-cinta, muda belia lagi he he he."

"Eleh, macam kita tak tau! Kak Sharmaine ada cerita pasal siapa ya nama budak tu, Hakim..eh itu abang Hakim Fath..hah! Hakimi, Danial Hakimi kan?" Terjungkit-jungkit kening Aunty Sha menyakatnya.
Naik merona merah pipi Fath saat ini.

"Hish, Kak Sharmaine ni tak boleh simpan rahsia langsung. Tak adalah, kawan je la...teman tapi mesra."

"Okay, tapi ingat...habiskan study dulu. Tengok along tu, dah ada masters...Kak Sharmaine pun sama ada masters, kalau boleh Fath pun sama okay? Bangga daddy dan grandpa tengok anak cucu dia berjaya."

"Insha Allah...bulan sepuluh ni Fath ke London! Sila jealous okay."

"Setakat London, tempat Aunty Sha berak ha ha ha! But, seriously I miss London. Nanti kirim salam orang kat sana ya, kirim salam pada Big Ben, London Bridge, Eye of London..."

"Okay enough...don't worry Fath akan sampaikan ha ha ha. Ajaklah Uncle Shaz pergi London honeymoon sambil bawa budak-budak ni makan angin. Boleh bagi adik lagi pada si buntat ni."

Aunty Sha membaling bantal yang terletak di atas sofa ke arah Fath namun gadis itu sempat mengelak.

"Dua ni pun dah pening mak tau! Tunggu Fath kahwin dulu baru 'top up'."

"Oh kalau gitu...maybe sepuluh tahun lagi?"

Aunty Sha mencongak sepuluh tahun yang dimaksudkan oleh Fath.

"Hoih! Umur tiga puluh satu baru nak kahwin? Masa tu umur Aunty Sha dah empat puluh tujuh! Dah boleh ada anak sepuluh masa tu okay."

"So jangan tunggu okay ha ha ha! Lagi ramai lagi meriah cucu-cucu Doughlas Omar. Baru gempak!"

"Gempak la sangat...eh mama mana senyap aje?"

"Mama? Kerja la...apa lagi. Mentang-mentang dia dah jadi 'mom at home full time' ni, dah hilang ingatan sekejap?"

"Habis tu Sharmaine tak kerja ke pergi dating?"

"Kak Sharmaine? Oh...dia lagi gempak...kerja sambil dating..two in one! Time lunch dia selalu jumpa buah hati pengarang jantung."

"Haih dah boleh tempah ballroom, ketering, kad kahwin nampaknya. Makan nasi minyak lah kita tak lama lagi kan 'buntat'!" Aunty Sha mengagah si comelnya yang memang 'buntat'.

"Cak! Ermm...cak!" Fath mengagah pula si comel itu. Sukanya dia! Memang comel si 'buntat' ini yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Arab dari kedua ibu bapanya.


                               *************************************************

           
   Salam orang 'sakit'...tengah buat apa tu? Tak rindu orang di sini ke?

       Dian tersenyum sendiri tatkala membaca mesej kiriman Noah itu. Mahu tak rindu dengan celoteh dan nakalnya sejak balik ke rumah mama untuk menghabiskan cuti yang masih berbaki lima hari. Nasib mamanya tak syak apa-apa atau hairan bila lukanya cepat sembuh. Ajaib kata mamanya.

  W'salam, tengah relax2 sambil tengok tv. Puhhh....lease lah nak rindu orang kat sana?

Kalau rindu katakan rindu adinda...jangan dipendam seorang diri nanti tak keruan dibuatnya.

Dian mengukir senyuman lagi. Berbunga rasaya ketika membaca sebaris mesej daripada Noah itu.
Bagaimana harus dia ungkapkan kata rindu sedangkan dia berasa malu pada dirinya sendiri?

Gila!

Yes, me is gilakan you! :)

Sihat orang di sana? Tak ke mana-mana ke?

See...nampaknya benarlah rindu kan? Sihat alhamdulillah...Erm...balik Kampung Jeram semalam. Lepas tu pergi shopping dengan Naz. Tu je.

Oh...rindunya kampung! Rindu pantai...

Oh...tuan punya kampung tak rindu? 'Cheese' kek!

Dian tergelak kecil sebelum menekan butang balas.

Dian darling...

Hmm?

How's mama and cik su so far?

They are doing great! Cik su nak datang sini nanti tau. I'm so excited! After all these years...

Alhamdulillah...I'm happy for you sayang.

Sayang? Noah pangginya 'sayang'? Ini rasanya kali kedua atau ketiga perkataan itu dipanggil kepadanya.

Umi, daddy and semua apa khabar? I miss them :(

Sihat...Khaleef, Natasha asyik menyebut mana Kak Dian? Bila nak datang?

Oh my...peluk cium dia orang untuk Dian okay? Nanti dah baik 'sakit' ni Dian datang.

Cool...erm..on Skype please. Rindu nak tengok muka live.

Now? Okay, give me a minute.

Lantas Dian membuka applikasi Skype di handphone untuk melihat Noah di sana. Tersenyum manis sampai ke telinga apabila dia melihat wajah lelaki itu. Wajah yang dirindui?

Lama juga mereka ber-Skype sehinnga waktu asar. Kemudian, Noah minta diri untuk besolat begitu juga Dian. Dipendam rasa rindu akan anak teruna Puan Nasha itu bimbang 'tergelincir' dari landasan dan matlamat hidup.
             

No comments:

Post a Comment

nuffnang