Setelah cuti pertengahan semester berakhir, Dian yang sudah sepenuhnya sembuh dari 'sakit' kembali ke Kuala Lumpur dihantar oleh mama dan abahnya ke universiti bagi meneruskan pengajiannya. Lega rasanya rancangan gila hasil idea Fath berjaya dengan cemerlang sekali. Mama dan Cik Su Madeena akhirnya kembali bersatu dan berbaik. Syukur dipanjatkan kepada tuhan yang mengabulkan doanya selama ini untuk empat belas tahun lamanya.
Cik su dan keluarga juga telah melawatnya di rumah mama di Pahang setelah keluar dari hospital. Rahsianya tentang 'sakit' itu hanya diketahui antaranya dengan Fath, Noah dan Mak Su Jue. Kata mereka, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Kalau tidak 'terjun' gaung! Tersengih Dian sendirian yang sedang menunngu kelas yang seterusnya pada pukul sebelas pagi.
"Hah! Teringatkan siapa tu, Noah?" Fath menepuk bahunya secara tiba-tiba.
Terkejut Dian macam nampak pontianak dengan lagak Fath yang entah dari mana muncul mengejut. Mujur dia tak termelatah keluar macam-macam. Kalau tidak, buat malu je depan public ini. Satu jelingan maut diberi pada sahabat baiknya itu. Namun Fath buat sengih macam kera sumbang.
"Eloklah tu...salam tak bagi, lidah dah kelu ke? Kau pergi mana minah?" Soal Dian.
"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....aku dari library la."
"Wa'alaikumusalam, patutlah tak nampak lepas kelas tadi. Hilang zapp terus macam tu. Tak bagi tahu ke aku pun!" Bebel Dian tak puas hati.
"Ala...sorry la...group member assignment aku nak jumpa. Kau marah ke? Alolo sini meh aku cium bagi kau cool down sikit." Fath memuncungkan bibirnya untuk mencium Dian.
Pantas Dian mengelak dan meletakkan tangannya di muka Fath.
"Heee kau ni Fath, orang tengok sah dia orang ingat kita ni tak straight!"
"Hahaha dah kau macam marah..asal? Bulan mengambangkah? Laki lari eh...kau mana kahwin lagi he he he."
"Noah mana? Aku tak nampak dari tadi lagi. Kereta dia pun aku tak nampak, biasa dia parking kat depan Fakulti kita kan?"
"Aah la..baru aku perasan, dia pergi mana? Kau nampak dia tak?"
"Ish, aku lepuk jugak kepala kau ni kang. Kalau aku tahu tak adalah aku tanya kau Fath oii...."
Fath tersenyum sumbing.
Tanpa mereka sedari, Noah datang dari arah bangunan fakulti mereka dengan penuh teruja setelah melihat mereka di situ.
"Ha...itu dia..dia datang haih dengan gantengnya!" Fath berseloroh.
"Morning girls! Dian...cepatnya 'sembuh'? Biasanya kalau orang patah kaki, tengkuk makan dua tiga bulan nak baik, kau jumpa bomoh ye ha ha ha!"
"Banyaklah kau bomoh bagai, yang kau baru nampak batang hidung sekarang pergi mana dari tadi?"
Noah tarik nafas dan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal dan menjawab
"Noah terlajak bangun tadi...terpaksa la skip kelas tadi. Nak buat macam mana, umi dengan daddy tak ada pergi Melaka teman daddy meeting sambil jalan-jalan. Naz pula sama syok tidur."
"Patutlah...aku rasalah...aku rasa kau ni patut kahwin, tak adalah terlajak pagi nak ke kelas atau kerja nanti. Kalau macam ni hari-hari 'masak' kau tahu?"
"Noah buat apa malam semalam sampai terlajak tidur?" Dian bertanya.
"Erm...hee tengok wayang."
"What? Wayang? Kau keluar tengok wayang dengan siapa weh?" Fath mencelah.
"Hish, tengok wayang kat rumah je pun. Cerita Jurassic World, best gila!"
"Oh...eh aku tak tengok lagi movie tu! Ada CD dia tak?"
"Aku tengok kat internet la..tak download pun. Ala, kau cari je kat youtube mesti ada punya."
"Erm...Korang kelas pukul sebelas nanti kan? Aku ada kelas sepuluh minit lagi, then tak ada dah. Kau orang pun sama kan? So, why not kita lunch sama nak? Aku belanja sempena kejayaan 'penggambaran' kita yang awesome?"
"Seriously? Okay, aku on je!" Fath terus bersetuju.
"Yelah....tapi nak makan kat mana? Bosanlah asyik makan kat kafe universiti." Jujur Dian.
"Siapa kata nak makan kat sini, nanti aku bagitahu yang penting korang ikut je."
Dian dan Fath tersenyum bersetuju kemudian mereka sama-sama melangkah ke kelas masing-masing.
**************************************
Alangkah terkejutnya Dian dan Fath apabila Noah membawa mereka ke salah satu restoran kegemaran mereka di ibu kota! Demi meraikan kejayaan rancangan gila mereka tempoh hari. Tak sangka Noah sangat peka akan apa yang menjadi kesukaan mereka selama ini. Cuma kadang-kadang Dian sahaja yang terlepas pandang akan kegemaran lelaki ganteng itu.
"Okay, order aje apa yang kau orang nak makan. Aku belanja!" Ujar Noah.
"Ni aku sayang kau ketat-ketat Noah! You are my best friend forever." Ucap Fath dengan bangga.
"Thanks Noah, Dian hargai atas pertolongan kau orang berdua selama ni, in fact Dian tak dapat nak balas jasa baik kau orang. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya."
"Noah dan Fath ikhlas membantu Dian. You are our apple of eye, nothing in this world can be traded with you. And because, I love you." Jawab Noah bersahaja.
Dian telan liur. Erk! Perlukah nak meluahkan kata-kata cinta kat sini sekarang? Nanti-nanti tak boleh? Desis hati Dian berkata. Noah tersenyum manis melihat reaksi mukanya.
"Ni dah pertengahan September. By the end of next month, we'll be flying to London! Excited?"
Noah bertanya pada dua gadis tersebut.
"Of course we do! Dah lama kot aku tak balik kampung! Wee...rindunya pada semua benda yang ada kat sana. Nak jumpa my aunts and uncles, cousins, friends and ehem..." Fath berhenti seketika.
"And sweetheart...." Dian sengaja menyambung ayat Fath membuatkan Fath memandangnya.
Noah membulatkan biji matanya tak percaya dengan kata yang keluar dari mulut Dian.
"Fath ni...jangan tak tahu diam-diam ada buah hati di kota London nuh. Orangnya dari Malaysia, tapi dah lama menetap kat sana kan Fath my dear? Kita je yang tak tahu."
"Wah...Fath kau diam-diam ya? Siapa mamat 'malang' tu?" Soal Noah.
"Hoih! 'Cheese' kek sungguh mulut hang Noah!" Habis terkeluar loghat utara Fath, tapi hanya satu itu je perkataan utara yang dia tahu.
"Aku dengan dia kawan je...macam aku dengan kau orang!"
"Eleh, yang kau duk cerita kat aku hari tu apa? Aku rasa...hmm...rasa...CINTA!" Dian mencelah.
"Dian....mulut kau tak boleh simpan rahsia kan? Hish, menyesal aku cerita pada kau."
"Chill...aku dengan Noah je tahu pun. Kalau ya pun kau suka dia apa salahnya. Dia single kau pun single. So why not? Kita orang kan kawan baik kau, takkan kau tak nak kongsi dengan kami?"
"Dian's true Fath, it's okay to falling in love. It's a precious feeling from god to you. Give yourself to loving and be loved. We will always support you."
Fath memandang wajah Dian dan Noah bersilih ganti dan tersenyum lega.
"Thank you guys. Sebab tu aku sayang kau orang sangat-sangat!"
"Okay, jom makan....nanti tak sedap makanan ni. Baca doa dulu!" Seperti selalu, Noah mengetuai bacaan doa makan dan sekali lagi, hati Dian terharu.
Salam Dian, how are you? Busy? ~Adam
W'salam Adam, I'm fine thank you. Tak busy, just relaxing dekat bilik tv.
Jom keluar nak? It's Sunday :)
Keluar? Mana?
Anywhere..as long as with you.
Dian?
Yeah..sorry...erm...petang ni boleh? Playing tennis perhaps?
Tennis? Great idea, okay I'll pick up you at 5pm then we go to the Kompleks Sukan Negara.
Eh....no..main kat sini je la..ada court okay?
Alright, see you later :)
Setelah menunaikan solat asar, Dian turun ke bawah menunggu Adam untuk bermain tenis di gelanggang universiti. Rasanya sudah lama dia tidak bersenam setelah menyambut hari raya sebulan yang lalu. Mana taknya, sibuk mengikut Noah ke rumahnya, pulang ke kampungnya, berjumpa dengan cik su dan macam-macam lagi. Akhirnya masa terbuang dengan begitu sahaja.
Lima minit menunggu di bangku bawah, Adam muncul bersama BMW m5 kesayangannya. Kelihatan dia sangat santai dengan t-shirt sukan putih dan seluar track hitam. Tampannya! Mana-mana perempuan yang lihat ni mesti cair, Dian mengomel sendirian.
"Ehem...assalamu'alaikum. Dah lama tunggu?"
"Err...wa'alaikumuslam! Eh, dah sampai? Tak juga, dalam lima minit gitu."
"Yalah dah sampai....ni mesti berangan kan?"
Darah hangat menyerbu naik ke muka Dian apabila Adam kata dia berangan.
"Okay, jom! Ada bawa raket tak? Kalau tak boleh ambil dekat stor." Ujar Dian yang sudah bangun dari bangku.
"Ada...tennis is my favourite sport after football okay. Dah ready ke nak lawan dengan Adam? Girl vs Man?"
"Hello, this is Dian Ameena okay? Kalau Noah boleh kalah kenapa tidak Adam?"
"Noah? Noah pun main tenis?"
"Ha...jangan tak tahu dia pun dah terjebak main tenis sebab Dian ajak hari tu. Asyik pergi gym je apa kelas!"
"I see...okay jom!"
Tak sangka Adam merupakan seorang pemain tenis yang sungguh bagus yang sukar ditewaskan. Patutlah badannya tegap dan sasa seperti atlet negara. Rupanya baru Dian tahu yang dia selalu bermain tenis dengan kawan-kawan pada waktu malam di Kompleks Sukan Negara
"Take five!" Dian memberi isyarat pada Adam dan melabuhkan duduk di bangku untuk meneguk air.
"Haih, baru setengah jam main dah lelah? Come on...takkan begitu mudah you give up?" Kata Adam.
"I tak kata yang I give up, I just ask for a break that's it."
"Well, we'll see who'll win. Siapa menang, kena belanja!" Adam mengenakan syarat kemenangan.
"Sediakan duit yang banyak untuk belanja I sebab you akan kalah Adam." Dian berkata dengan yakin.
Adam tersenyum geli hati. Ditatapnya wajah mulus dan sejuk mata memandang gadis di hadapannya itu. Tak jemu mata memandang. Kalaulah, dia dulu berjumpa dengan gadis ini dahulu. Pasti terus dinikahinya!
"Okay let's proceed..." Ajak Dian.
Begitu bersemangat Dian memberi pukulan balas terhadap Adam supaya dia tak dikalahkan oleh lelaki itu. Namun, Adam jauh lebih cekap dan pantas darinya. Permainan ini dah sebati dalam dirinya dan menjadi makanannya. Habis lecun bajunya mengejar bola tenis yang sebesar buah epal. Dian pula asyik kalah dan terlepas dari menyambut lantunan dari Adam.
Sedang dia mengejar lantunan bola yang datang dari pukulan balas Adam, entah bagaimana Dian tersilap langkah dan kakinya terseliuh lalu dia terjelopok jatuh di tengah gelanggang tersebut. Dian mengerang kesakitan.Adam tanpa berlengah mendapatkan Dian yang sedang menyeringai kesakitan di sebelah gelanggang.
"Ya allah..Dian! Let me see you feet. Terseliuh ni, I bawa you ke klinik okay."
Adam membantu Dian untuk berdiri namun Dian langsung tak mampu memijak dengan baik.
"Auch! No...it's hurt!" Dian separuh menjerit sakit.
"If you don't mind, Adam angkat Dian ya?"
Dian memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Terkejut. Mengenangkan kesakitan yang maha dahsyat itu, terpaksa juga dia akur dengan cadangan lelaki itu. Malu sudah jatuh nombor dua.
"Tahan sikit okay...." Ujar Adam yang ingin mengangkatnya.
Dalam hati tuhan je yang tahu betapa gemuruh dan berdebar-debar jantung ini. Jantung lelaki itu pun berdegup kencang mungkin setelah melihat kakinya yang terseliuh itu. Bagaikan satu balasan akibat membohong mama dan cik su hari itu. Dan sekarang dia sakit betul-betul. Hailah nasib. Dian mengeluh dalam hati.
"I am so sorry Adam...Dian dah susahkan Adam." Dian serba-salah melihat Adam yang kelam-kabut memandu.
"No sorry Dian, I am so worried about you when seeing you hurt. I am the one who should said sorry."
"Benda dah nak jadi, sekali lagi Dian minta maaf banyak-banyak ya?"
Adam tersenyum dan terus memecut laju menuju ke klinik berhampiran.
**************************************
Usai Dian dirawat oleh doktor panel syarikat Adam, Dian ditolak keluar dengan kerusi roda oleh seorang jururawat yang bertugas. Kaki kanan Dian berbalut kemas dengan bandage dan doktor memberikan dia beberapa ubat tahan sakit sebagai bekalan. Adam kini berasa sungguh bersalah dengan apa yang terjadi ke atas Dian. Sekarang gadis tersebut tidak dapat berjalan paling kurang dalam seminggu lebih.
"Dian...I am terribly sorry...Kalau kita tak main.."
"Adam, kalau perkataan 'kalau' itu dibuang sekalipun, kalau atas kehendak Allah nak kaki Dian terseliuh tetap akn terjadi. Mungkin ini kifarah untuk Dian."
"But...Adam tetap rasa bersalah pada Dian."
"No, it's okay. Boleh tolong hantarkan Dian balik? Please?" Pinta Dian.
Adam senyum dan mengangguk. Masakan dia nak membiarkan gadis itu di sini sorang-sorang? Dia bertanggungjawab atas kaki Dian yang terseliuh. Tak pasal-pasal dapat surat MC seminggu dari doktor.
Kesian Dian tak boleh pergi ke kelas melainkan ada sesiapa yang sudi dan terlampau baik hati nak angkat dia sepanjang hari. Adam tidak kisah, tapi bagaimana dengan kerja di hotel?
Ini kalau sampai Fath Dlina Rose tahu Dian terseliuh kaki, mahu setahun tak habis sepupunya berleter. Gumam Adam di dalam hati. Apatah lagi bila dia tahu dialah punca Dian terseliuh dan tidak ke kelas selama seminggu. Balik-balik mesti sepupunya itu akan tahu jugak. Bersiap-sedialah untuk dia menadah telinga mendengar anak pak longnya itu membebel macam nenek kebayan.
Sesampai sahaja di hostel Dian di universiti, sekali lagi Adam terpaksa membawa gadis itu naik ke atas. Sakit yang dialami pada kaki yang terseliuh tadi sudah reda dan tidak berdenyut seperti tadi. Tak pasal-pasal Adam jadi 'sado' sebab menahan beban beratnya empat puluh lapan kilogram untuk menghantarnya ke bilik.
Naik merah mukanya ketika diangkat oleh sepupu sahabatnya itu.
"Okay, take a full rest ya Dian? Anything you need just tell me. I'll be right there."
"Erm..Adam? Terima kasih ya...sebab Dian Adam jadi panik dan kena bawa pergi klinik."
"Kalau orang lain pun akan buat benda yang sama macam Adam buat Dian."
Dian tersenyum dan melihat lelaki itu keluar pergi meninggalkannya. Terus dia menoleh ke tingkap di biliknya di belakang katil untuk melihat Adam di bawah. Adam melambai kearahnya sebelum masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, Dian memandang ke arah satu bungkusan plastik yang Adam letakkan di atas meja. Sebungkus fish and chip bersama sebotol ice green tea kegemarannya yang dibeli semasa dalam perjalanan pulang ke sini.
************************************
Fath gelisah tak menentu apabila Dian masih tidak menampakkan diri di depan dewan kuliah pada pagi ini. Biasanya sahabat baiknya itu awal-awal lagi sudah tercongok duduk dekat Student Center sebelum masuk kelas. Sempat lagi membuat ulangkaji sambil menunggunya di situ. Tapi pagi ini, tak sampai-sampai pun lagi. Lantas Fath mendail nombor Dian.
"Dian! Mana kau? Kelas dah nak start ni." Fath terus bersuara disaat Dian menekan butang jawab.
"Aku tak datanglah Fath....kaki aku terseliuh semalam." Luah Dian dengan lemah.
"What? Macam mana boleh terseliuh?" Fath terkejut dengan kata-kata Dian.
"Semalam, masa main tenis...aku okay je. Cuma tak boleh jalan dalam seminggu ni, doktor bagi MC." Sengaja Dia tak mahu menyebut nama Adam kepada Fath tentang tenis semalam.
"Tak boleh jalan kau kata okay? Lepas kelas nanti aku datang, tunggu situ!"
"Ya, aku tak pergi mana pun...gila kau dengan kaki berbalut macam ni aku nak round kolej."
"Okay, aku nak masuk dewan kuliah ni. Kau take care, bye!"
"Hi Fath! Dian mana?" Noah datang dari belakang menyapanya di hadapan pintu masuk dewan kuliah.
"Hmm...she's absent. Kaki terseliuh masa main tenis semalam."
Noah terkejut dengan kenyataan yang diberi oleh sahabatnya itu. Serta-merta dia membayangkan bagaimana keadaan Dian sekarang. Rasa bagaikan ingin ponteng sahaja kelas Creative Writing pagi ini dan menyelinap masuk ke hostel Dian untuk melihat sendiri keadaan gadis itu.
"Noah? Jom...Prof. Shayla dah masuk tu! Cepat..." Panggil Fath.
Pantas kaki Noah melangkah masuk ke dalam bilik kuliah tersebut dan melupakan hasratnya tadi. Fikirannya pun tidak fokus pada kuliah, asyik terkenangkan tentang Dian sehinggalah tamat kuliah.
"Fath, aku ikut kau tengok Dian?" Pintanya.
"Kau gila? Hostel mana boleh lelaki naik!" Pintas Fath.
"Erm...bolehlah...darurat." Noah tak mahu mengalah,
"Melainkan...dengan satu cara!" Fath terfikir satu idea gila,
"Assalamua'alaikum, Dian? Oh Dian....Aku ni Fath." Fath mengetuk pintu bilik hostel Dian.
Mendengarkan suara sahabatnya itu pantas Dian berkata "Masuk! Pintu tak kunci."
Fath pun masuk bersama dengan seseorang yang Dian tidak kenal yang nampak macam malu-malu di belakang sahabatnya itu. Bertudung, berbaju kurung yang sedikit serebeh dan ketinggalan zaman. Kawan perempuan mana pulak yang Fath bawa datang ke sini?
"Fath...siapa ni?" Soal Dian dengan pelik.
"Erm...ni Nur kawan aku...dari Fakulti Ekonomi and Business. Saja aku ajak dia teman datang tengok kau. Dia pun risau bila aku cakap kau terseliuh kaki sampai tak boleh berjalan."
Dian mengerutkan dahi, ligat berfikir. Setahu dia, Fath mana kenal mana-mana pelajar dari fakulti tersebut melainkan....Noah! Tapi, Dian malas sangat nak fikir dan menyambut huluran tangan gadis yang bernama 'Nur' itu. Makkk! Kasarnya tangan perempuan ni, gerutu Dian di dalam hati.
Kelihatan 'Nur' yang tergaru-garu kepala dan badannya, jelas kelihatan yang dia tidak selesa langsung mengenakan baju dan tudung tersebut di badannya. Tak mandi pagi tadi barangkali. Dian membuat andaian sendiri. Tiba-tiba, 'Nur' bersuara garau kepada Fath.
"Huhhh Fath, aku tak tahanlah gatal-gatal pakai semua ni! Aku cabut eh? Nanti nak turun aku pakai balik."
Dian semakin tak faham dan keliru dengan gelagat 'kawan' Fath ni. Apa masalah dia yang sebenarnya? Takkan nak telanjang kot kat sini?
"Ish...yalah, lagipun mana ada siapa-siapa kat sini." Jawab Fath.
Pantas 'Nur' menanggalkan baju kurung dan tudung yang dipakainya itu. Sekarang hanya tinggal baju t-shirt dan seluar jean dia sahaja. Alangkah terkejutnya Dian setelah mengetahui siapa 'Nur' yang sebenarnya!
"Noah?!" Dian terjerit kecil.
"Shhhh!!! Nanti orang dengar. Aku terpaksa suruh dia pakai baju si Maya sebab dia asyik mendesak aje nak ikut aku tengok kau kat sini."
"Huh nasib aku tak lemah jantung! Noah...Noah...macam-macam!" Dian menjawab.
Noah tersenyum sampai ke telinga. Terpaksalah dia mengikut idea gila Fath itu kalau nak ikut tengok Dian kat bilik ni. Kalau tidak minta maaflah jawabnya. Nasib Maya tak tanya banyak masa dia nak pinjam baju kurung dan tudung bawalnya tadi. Kalau tak mahu kecoh satu kolej.
Dian ketawa berdekah-dekah setelah mengingat kembali gaya Noah yang menjadi 'Nur' tadi. Habis terhambur gelaknya sampai berair mata. Noah boleh pulak buat muka derk dan selamba tak bersalah.
"Aku ingat 'Nur' manalah tadi! Selekeh gila....macam tak mandi pagi ha ha ha!!!" Ujar Dian.
"Gelaklah...gelak...orang risaukan dia. Dia boleh gelak pulak." Balas Noah.
"Serius kelakar! Ini, kalau reporter kolej tahu masuk cover depan esok ni! Ha ha ha ha!!!" Dian masih gelakkan Noah.
Fath tak tahan lalu tergelak akhirnya. Sama naik gelaknya dengan Dian.
"Ni, nasi lauk ayam goreng dengan sayur kacang panjang kesukaan kau. Tengok bukan main sayang Noah kat Dian. Macam manalah boleh terseliuh ha?" Noah bertanya risau.
"Err...Dian main tenis, entah macam mana tersilap langkah bukkk terjatuh. By the way thanks for the food! Berapa?" Soal Dian.
"Alah, just a piece of cake. As usual! Kita kan kawan, and you are my future wife." Noah mengenyitkan mata kepada Dian.
"Perasan! Siapa nak kahwin dengan dia. Kaki tengah sakit berbalut bagai nak rak."
"Lepas baik kaki boleh kahwin he he he." Balas Noah lagi.
Dian menjeling lalu menukar topik perbualan. "Prof.Shayla perasaan tak aku tak datang?"
"Tak, aku tolong sainkan kedatangan kau!" Balas Fath. Mereka selalunya saling tolong-menolong untuk tandakan kehadiran di borang kedatangan kalau ada apa-apa kecemasan dan perkara yang memang tidak boleh dielak.
"Dengan siapa Dian main tenis semalam?" Noah tertanya-tanya.
Sudah! Apa aku nak jawab ni? Dian serba-salah.
"Dian?" Soal Fath pulak.
"Err....kawan."
"Siapa? Kawan yang mana satu?" Noah bertanya lagi mahukan jawapan yang tepat.
"Erm...bukan salah dia pun. Nasib ada dia tolong bawa pergi klinik."
"Hish susah sangat ke nak sebut nama dia? Siapa Dian sayangku?" Fath tak sabar.
"Errr....Aaaa...Adam!"
Mata Noah dan Fath tertumpu ke arahnya dengan pandangan tak percaya.
"Err..dia datang nak main tenis dengan Dian. Mula tu dia ajak keluar, tapi Dian malas so ajaklah main tenis."
"Eeee Am ni nak kena dengan aku ni!" Fath mula tak puas hati.
"Fath...bukan salah Adam. Aku yang terjatuh sendiri."
"Nabis tak teruk, kalau tak tak tahu apa aku nak cakap." Luah Noah pulak.
"Ala...aku tak apa-apa. Nanti seminggu baiklah ni. Thanks for your concern!"
Setelah mendengar bebelan dari dua sahabatnya itu, Dian makan nasi dengan lauk yang ditapau oleh Noah itu. Kebetulan perutnya sudah berkeroncong sejak pagi tadi. Harapkan makan biskut yang dibawa dari rumah hari itu je. Setelah selesai makan, Noah dan Fath meminta izin untuk ke kelas petang pulak dan berjanji akan datang melawatnya esok.
Gelak Dian kembali terhambur apabila melihat Noah menyarungkan baju kurung dan tudung bawal ke tubuh dan kepalanya. Sangat kelakar dan menggelikan hati! Orang gila pun mesti gelak pecah perut.
Noah masih boleh buat selamba apabila Dian dan Fath menggelakkan dia. Demi gadis pujaannya, jadi perempuan pun dia sanggup!
************************************
"Macam mana boleh terseliuh Meena? Hish...hari tu dah cedera teruk ni kena lagi?" Kelihatan wajah cemas Cik Su Madeena di Skype.
"Cik su...kaki ni dah nak baik. Lagipun bukannya segaja nak terseliuh, dah nak terjadi."
"Hmm...cik su ada telefon umi tadi. Dia pun risau tau! Umi ada cakap tak yang dia nak datang KL Sabtu ni? Nak pergi tengok Meena. Cik su ingat nak datang jugak."
"Yay! Kedatangan mama dan cik su sangat-sangat dialukan. Bawa makanan yang best okay?"
Puan Madeena tergelak kecil melihat gelagat Dian. Syukur anak buahnya itu tak cedera teruk seperti hari itu. Tak lena tidurnya mengenangkan Dian Ameena yang terlantar masih tak sedarkan diri. Macam-macam!
"Saiful dengan Kimi mana? Dah tidur ke?"
"Ada....tengah buat kerja sekolah. Saiful dengan Kimi kirim salam, semoga cepat sembuh kaki tu!"
"Heee thank you...rindu nak borak dengan dia orang. Masa kecil tak dapat main bersama. Sedihnya!"
"Alah, dah besar pun boleh main jugak. Dah tu, Meena buat apa je tak pergi kelas?"
"Hmm..layan movie kat laptop, siapkan assignments, baca novel, macam-macamlah! Sibuk walaupun tak pergi kelas. Hujung bulan depan dah nak ke London. Cik su tak nak hantar ke Meena kat airport?"
"Nak hantar macam mananya? Meenalah dulu yang kena hantar cik su ke airport minggu depan cik su dah nak balik. Lupa ke?"
Dian menepuk dahinya sendiri. Kenapa dia boleh lupa yang cuti cik su dah nak habis?
"Alamak...terlupa! Sorry....hmmm...entah bila boleh jumpa lagi dengan cik su."
"Kan mama kata nak bawa Dian pergi sana buat umrah? Masa tu jumpalah cik su."
"Yalah..tapi tak tentu lagi bila. Mesti best dapat jejakkan kaki kat kota suci. Dapat melawat makam baginda, lihat dengan mata kepala sendiri kaabah. Seronoknya!"
"Cik su tunggu Meena dan mama kat sini ya? Duduk dengan cik su kat sini, cik su sorang-sorang tak ada teman."
"Bereh!" Jawab Dian dengan teruja.
"Okaylah, Meena tidurlah dulu...dah pukul dua belas ni. Cik su nak tengok budak-budak tu nak suruh tidur esok nak ke sekolah. Jaga diri ya sayang?"
Dian tersenyum dan mengangguk sebelum melambai kepada cik sunya sebelum panggilan video ditamatkan.
No comments:
Post a Comment