Sunday, 19 July 2015

The Healing Love - Part 33



        Pagi ini, Dian dan Fath berjalan bersama-sama dengan Elsa ke universiti kerana mereka sama-sama ada kuliah pada pukul lapan pagi. Semalam semasa pulang dari Paris, Elsa tiada di rumah kerana balik ke rumah ibu bapanya di Birmingham manakala yang lagi dua orang teman serumah mereka turut tidak lekat di rumah pergi bersiar-siar katanya.

    Untuk sampai ke dewan kuliah yang mereka ingin pergi, mereka harus melalui dahulu bangunan
Business School yang menjadi tempat Noah dan rakan-rakan yang mengambil jurusan perniagaan belajar.
Dari kejauhan, kelihatan Mike Lewis berseorangan berdiri seperti menunggu Elsa sahaja. Getus hati Dian.
Masakan tidak, semenjak dua menjak ini mereka sering keluar bersama hingga lewat malam. Kemana tidaklah pulak Dian bertanya nanti dianggap menyibuk hal orang.

"Morning, hi Dian, Fath... May I speak with Elsa for a while please?" Pinta lelaki mat saleh itu dengan tenang. Lantas Elsa menghampiri Mike dan mereka berganjak sedikit dari tempat dimana Dian dan Fath berdiri.

"Sure..take your time buddy." Ujar Fath.

"Nak tunggu ke kita pergi dulu?" Tanya Dian.

"Now just 7.47 a.m... let's wait okay?"

Dian angguk bersetuju dan memandang ke arah Mike dan Elsa yang sedang berbicara. Apalah agaknya yang dibualkan mereka?

        Beberapa minit kemudian, Elsa kembali menghampiri Dian dan Fath dan mengajak mereka ke dewan kuliah. Kelihatan Elsa sangat ceria dan tersenyum-senyum setelah berbual dengan Mike. Dian dan Fath pulak yang tertanya-tanya.

"Elsa..if you don't mind what is that Mike told you just now?" Fath bersuara.

"Oh...I think I should share this happy news with you girls, I and Mike are getting engaged!"

Dian dan Fath saling memandang dan terkedu seketika.

"YES!!! He proposed me and I said YES! Oh I don't think it become this fast."

"Congratulations dear, I'm so happy for both of you!" Fath ucap pada Elsa.

"Thank you...and I'll make sure that you guys will come for the wedding day!"

"Of course...you will looked stunning a your big day for sure! Wow, I'm shocked Elsa..." Kata Dian pulak.

"Me too! We just courting for almost a month and now we are getting to the next phase, engaging!"

Dian dan Fath memeluk Elsa berkongsi kegembiraan itu bersama. Rupanya cinta antara mereka sudah berputik hampir sebulan dari mereka berdua sampai ke sini. Sungguh tak disangka rupanya.


                                        ****************************************


"Sekejap je rasanya kita kat sini...minggu depan dah nak balik? Huwaaaa! Aku tak puas lagi duduk sini." Luah Dian pada Fath yang sejak tadi menyepikan diri.

"Fath, dengar tak apa aku cakap ni?"

"Ya...aku pun sama tak puas lepas rindu lagi."

"Eh itu Adam kan, dia buat apa kat sini hah?" Sola Dian setelah yakin lelaki yang berkemeja putih dan bertali leher belang dengan seluar slack hitam itu Adam yang sedang berdiri di sebelah jalan di hadapan pintu masuk Universiti of London.

"Mesti nak jumpa kau la ni...aku rasa kan Adam suka kau la beb. Takkan kau tak rasa apa yang aku rasa?"

Dian memandang Fath tepat ke dalam matanya itu.

"Merepek! Sebab aku ni berkawan dengan kau, sepupu dia sebab tu je la. Don't speculate okay!"

"Seriuslah weh, cara dia layan kau...cara dia pandang kau takkan kau tak perasan Dian? Macam ni, antara Noah dengan Adam mana yang kau pilih?"

Duh! Apa pasal Fath tanya soalan macam ni? Soalan maut ni!

"Err....entah dua-dua aku suka dan selesa berkawan." Dian memberi jawapan selamat.

"No, pilih satu saja... perempuan mana boleh kahwin lebih daripada satu lainlah lelaki."

"Ala, boleh tak tak jawab sekarang? Esok lusa tahun depan aku jawab ya?"

Mereka kini menghampiri Adam yang sudah pun tersenyum melihat mereka.

"Assalamu'alaikum....sihat? Sorry I've been busy lately kena uruskan wedding reception and so on." Sapa Adam terlebih dahulu.

"So, when are you guys going to flying back?"

"Oh, next week on Saturday at 7 p.m. Why?"

"Just asking, who's going to send you to the airport?"

"We will be gathering at the airport by ourselves actually. Itupun kalau Adam sudi nak hantar Dian and Fath ke airport to saying goodbye heeee." Jawab Fath dengan bersahaja.

Adam tersenyum manis dan berkata " Sure no problem, I am free at that day."

"Betul ni? Wah...ini namanya rezeki! Thanks cousin." Ucap Fath dengan gembira.

"Erm...had done with your class today? Could we go for some cup of tea or coffee please my dear ladies?"

Tiba-tiba Fath menepuk dahinya "Gosh! I've forgot that I have promised to meet Hakimi in front of his faculty. So sorry guys, I've to go inside back you guys enjoy the tea time Daa!"

Belum sempat Dian berkata apa-apa Fath sudah jauh meninggalkannya dengan Adam. Nak tak nak terpaksa jugaklah dia pergi minum dengan si jejaka ranggi ini. Dian terfikir kembali akan kata-kata Fath tadi bahawa Adam menyukainya? Apakah benar? Takkan kot.



                                                   *******************************

           Hakimi sedang berdiri dengan penuh sabar menunggu Fath di hadapan Business School seperti yang telah mereka janjikan. Dari jauh dia melihat gadis pujaannya tercungap-cungap mendapatkannya.

"Sorry! Terlupa...Dah berjalan sampai keluar dengan Dian baru teringat."

"Patutlah...okay take a deep breath first kesian Hakimi tengok macam tak cukup nyawa."

Fath sempat tergelak dan menarik nafasnya beberapa kali untuk bernafas dengan normal.

"Okay, so now where are we going to?" Tanya Fath dengan tenang.

"Hmm...tempat biasa? Lepak-lepak sambil makan burger and ice cream?"

"Great! Come.." Fath menarik tangan Hakimi tanpa dia sedari.

"Ops! Bukan muhrim...cannot touch-touch. Tunggu kahwin."

Pantas Fath melepaskan tangan Hakimi dan menahan malu. Aduhai, malunya! Hatinya menyumpah-seranah atas ketidaksengajaannya itu.

Hakimi tersenyum mengherot melihat Fath yang diserbu malu tak menahan sehingga merah pipinya.

"Come... nanti Hakimi akan rindu saat-saat kita spend time sama-sama makan ais krim and bla bla bla well you know..."

"Kalau rindu baliklah Malaysia! Boleh lepak sama-sama."

"Hmm...tunggu...tak lama lagi after graduated Hakimi akan balik Malaysia bawa rombongan sekali. That time, you must say "YES". Ujar lelaki tinggi lampai itu lalu berlalu terlebih dahulu meninggalkan Fath di belakang.

Fath, kau salah dengar ke tadi? Fath berkata sendirian lalu mencubit lengannya sendiri.

"Auch! Eh ini bukan mimpi...ini realiti! OMG..." Fath terus meluru mendapatkan Hakimi yang sudah berada di hadapan. Mereka kemudian berjalan menuju ke Hyde Park untuk bersiar-siar bersama sambil menikmati udara di petang hari.


                                        ***************************************

      Seperti biasa, perisa vanilla untuk Fath Dlina Rose dan coklat untuk Danial Hakimi. Ramai pulak orang di taman ini waktu ni, biasanya tak adalah ramai mana. Ada yang jogging, baring atas rumput sambil membaca buku, bawa anak-anak jalan-jalan dan tak kurang juga yang hangat bercinta. Di London, babak aksi bercium tidak hairan di tempat awam malah sudah menjadi kebiasaan mat saleh di sini. Pandai-pandailah kawal mata sendiri.

"Fath nanti tinggal lagi satu semester kan? By after half of next year you will graduate am I right?" Hakimi ingin kepastian dari Fath.

"Yup! Tak sabar nak grad....nak kerja..nak tour the world and many more!" Luah Fath sambil ligat menjilat ais krim yang dibeli Hakimi tadi.

"I see...then Fath nak kerja dengan Uncle Iman? I mean your dad?"

"Erm...insya Allah lagipun mama dengan daddy duk bising suruh kerja dengan dia orang. Belajar selok-belok hotel and bla bla bla..."

"Hmm bagus apa at least you can gain experience in managing all that."

"Fath okay je...just I don't know..Ritz Carlton is such a big empire, I don't know that I can managing it very well the way daddy is doing right now. It's too big deal to me buddy." Jujur Fath dengan penuh perasaan.

     Ya, Hakimi juga maklum tentang kenyataan itu. Empayar Ritz Carlton yang sudah gah dan bertapak di bumi London, Malaysia, Dubai dan beberapa lagi negara lain di seluruh dunia sememangnya cukup terkenal dengan hospitaliti dan servisnya yang 'world class ranking' kata Inggerisnya. Namun, itu tidak bermakna Fath perlu berputus asa di awal permulaan sebelum menceburi dalam bidang perhotelan itu. Jika daddynya mampu melakukan seperti arwah moyangnya dan datuknya takkan seorang Fath Dlina Rose tidak.

"You go girl! I will always support you from the back dear. If you falling, I'll catch you and will make you standing back and keep walking to the front. We will do it for the empire, the very decent legacy of your family."

Fath tersenyum lega mendengarkan kata-kata semangat dari Hakimi. Memang selalu jikalau dia sedang lemah tak bersemangat Hakimilah yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat untuknya kembali berjuang habis-habisan selain mama dan daddynya serta adik beradiknya yang lain.

"I appreciate it. Thanks buddy!" Ucapnya dengan sebuah senyuman.

"Fath...could you promise me something hmm?" Hakimi memandang tepat ke dalam anak matanya saat ini.

"Hmm?" Soal Fath dengan berkobar-kobar akan pertanyaan Hakimi.

"Could you wait for me? Wait until I'll be back in Malaysia....and you be my wife?"

Fath megerdipkan matanya lalu telan liur. Aku bermimpi ke ni? Getus hatinya dengan penuh degupan kencang di jantung saat ini.

"Fath Dlina Rose Iman Doughlas?"

"Uh? Errr...."

"Will you wait for me until I will be back in KL to hand a marriage for you?"

Fath tertunduk malu lalu mengangguk perlahan.

"Yes! Yes, I will wait for you.."

Hakimi tersenyum puas mendengar jawapan yang ingin sangat dia dengarkan dari gadis itu.
Baru hari ini dia diberi kekuatan untuk melafazkan kata-kata seperti itu tadi. Mungkin disebabkan Fath akan berangkat pulang ke tanah air tidak lama lagi. Dan dia pasti dengan langkah yang diambilnya ini.




***********************************************

 "Dian, sudi tak malam ni keluar dinner dengan Adam? I'll fetch you at 8 p.m?"

Dian memandang wajah Adam yang putih bersih seketika sebelum menjawab

"Dinner? Erm...kat mana?"

"Ritz Carlton? Or maybe we should go to any restaurant in town?"

Dian Ameena hanya tersenyum dan sepertinya sombong pulak kalau dia menolak pelawaan lelaki ini. Lagipun tak lama dia dah nak balik ke Malaysia. 

"Okay."

"Alright, be ready at 8 p.m okay? Pakai lawa sikit."

"Perlu ke?" Dian tersenyum hambar.

"Hmm...it's okay whatever you wearing you're still look gorgeous and beautiful."

Dian tertunduk senyum malu dipuji oleh sepupu Fath itu. Kembang 'bon-bon' dia!

"So, go up and have some rest first. See you tonight, bye..." Ucap Adam.

"Bye, baik-baik jalan ya. Nanti apa-apa sms Dian okay?"

Adam mengangkat tangannya yang sudah mula melangkah meninggalkan Dian di hadapan apartmentnya itu.



                                            ************************************

         Fath membuka pintu bilik Dian dan melihat rakannya itu sedang bersiap dengan memakai baju gaun labuh yang sungguh mempesonakan lagi dirinya itu. Tambahan, dengan sedikit solekan nipis di wajah Dian menampakkan gadis itu persis puteri yang turun dari kayangan.

"Hai, pakai lawa-lawa ni nak pergi mana? Tak bagi tahu aku pun.." Fath bersuara masih berdiri di muka pintu Dian.

"Eh, sorry aku terlupa. Adam....ajak aku dinner malam ni. Farewell dinner maybe."

"What? Kalau ya pun farewell dinner takkan dia ajak kau je? Ish, ini dinner lain ni.." Fath mula curiga.

"Hmm...entahlah beb aku malas nak tolak ajakkan dia nanti dia kata aku sombong pulak lagipun kita dah nam balik minggu depan."

"Ceh, alasan...entah-entah dia nak propose kau kot?"

"Choy! Mulut kau tu...habis Noah nak campak mana?"

"Eh cup! Kau kata apa tadi? Noah? Kau dengan Noah ada apa-apa ke?" Soal Fath sambil merapatkan dua jari telunjuknya dekat-dekat.

Sengaja Dian tak menjawab dan memasukkan Sony Ultra miliknya ke dalam beg tangan.

"Dian Ameena! Aku cakap dengan kau ni? Dengar tak?"

"Ish, dengarlah..."

"So?"

"So what ha ha ha." Dian sengaja buat acuh tak acuh menjawab pertanyaan sahabat karibnya itu.

"Seriously cakaplah betul-betul...ada yang aku tak tahu ke ke terlepas tahu?"

Dian senyum dengan tenang dan memandang Fath.

"Insha Allah...kalau ada jodoh aku dengan dia tak kemana dan kaulah orang pertama yang akan dapat kad undangan kahwin nanti. Sekarang tepi sikit, aku nak lalu."

"Eleh jawapan Cliche! Apa punya payah kau nak mengaku beb, suka cakap jelah suka."

"Daa!" Dian yang sudah keluar dari biliknya melambaikan tangan kepada Fath sebelum berlalu pergi untuk makan malam bersama Adam, sepupu sahabatnya itu.

     Sesampai saja dia di bawah, kelihatan lelaki berdarah kacukan Inggeris-Melayu-Arab sedang menanti dengan sabarnya sambil bersandar pada badan Audi a4 miliknya. Segaknya dia malam ni, dengan berkemeja dan berkot serta bau harum dari perfume Mont Blanc Starwalker cukup membuatkan dirinya berkarisma.
Secara tak langsung Dian memuji Adam di dalam hatinya.

"Assalamu'alaikum, dah lama tunggu?" Sapanya.

Lelaki kacak itu tersenyum tenang sebelum menjawab " Wa'alaikumusalam, baru je dalam lima minit. Subhanallah...you look exquisite tonight!" Tuturnya perlahan namun masih Dian dapat menangkap setiap bait itu.

      Tanpa membuang masa, Adam membukakan pintu kereta untuk Dian sebelum mula memandu menuju ke restoran yang telah dia tempah khas untuk mereka berdua. Dalam hati Dian tertanya-tanya ke manakah jejaka ini akan membawanya makan malam ini. Lagu yang terpasang di radio pula membangkitkan suasana romantik pada malam ini. Apakah dia sudah merancang sesuatu?

"Sejuk?" Soal Adam sambil mencuri pandang Dian di sebelahnya.

Dian menggeleng padahal dia berasa boleh tahan sejuk. Sebenarnya dia terlupa untuk menyarungkan jaket sejuk di badannya dek kerana terganggu oleh Fath yang masuk secara tiba-tiba ke dalam biliknya tadi. Harap-harap sejuk malam ni tak adalah sampai mencengkam ke tulang rusuk. Pinta di dalam hatinya.

"My baby you...are the reason I could fly..and cause of you I don't have to wonder why. Baby you..."
Adam mengikut nyanyian lagu yang sedang terpasang di radio secara perlahan yang dinyanyikan oleh Marc Anthony membuatkan Dian berasa sedikit malu dan jantungnya bagaikan dipam-pam. Oh duhai jantung hati, tolong jangan buat hal sekarang. Gumam Dian cuba mengawal perasaanya.



                                          ***************************************


         Setelah berada selama lebih kurang tiga puluh minit di dalam kereta yang dipandu oleh Adam, akhirnya mereka pun tiba di restoran untuk menikmati makan malam. Memang Dian dah agak bahawa lelaki ini akan membawanya ke restoran yang bukan calang-calang dan cikai. Selera Adam sungguh tinggi dan sangat bercitarasa. Boleh tahan.

"Dian? Come we go inside?" Soal Adam melihat Dian memandang pada bangunan restoran tersebut.

"Uh? Oh okay..." Bagaikan baru tersedar dari mimpi, Dian melangkah mengikut Adam dari belakang masuk ke restoran yang bernama Club Gascon yang terletak di 57 West Smithfield , City, London.

"This place is so beautiful...pandai Adam pilih." Puji Dian seraya dia melabuhkan duduk di kerusi.

"Well, actually I want to bring you to this one restaurant called Bleeding Heart Restaurant in Clerkenwell but since they have function tonight so I chose to bring you here."

"I see...selalu makan sini ke?"

"Erm...kadang-kadang dengan client. Kalau tak sebab client I just eat at hotel's cafe."

Dian mengangguk perlahan dan melihat Adam memberikan pesanan kepada pelayan restoran tersebut.

"Dian nak makan apa?"

"Errr...Dian tak tahu nak makan apa sebenarnya.. ikut Adam lah...apa yang ada makan Dian order sekali."

"Okay, if that's the case...please give me this...this and one for this. Drink Dian?"

"Hot caramel latte please?"

Pantas pelayan wanita yang berbangsa tempatan mencatatkan pesanan Dian tadi.

"That's it? Okay...only that's it." Kata Adam kepada pelayan itu sebelum beredar dari meja mereka.

"Adam...boleh Dian tanya sikit?" Dian memberanikan diri untuk bertanya.

Adam memandang dan menunggu soalan yang ingin ditanya Dian.

"Err...hari ini ada special day ke? Your birthday?"

Lelaki kacak itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya.

"You guess?"

"Uh? Err... entah...I have no idea. Sebab tu Dian tanya Adam."

"Well, just nothing...mungkin Dian boleh anggap ini makan malam sempena Dian nak balik ke Malaysia?"

"Lah kalau macam tu baik ajak Fath sekali tadi, tahu tak dia bising bila tahu Dian nak keluar makan dengan Adam?"

Adam tersenyum lagi sebelum menjawab " Dengan Fath kemudian, lagipun ada beberapa hari lagi you all kat sini kan? This time I just wanna have a dinner with you. Just the two of us..."

Dian terasa seperti sesak nafas dan nak minta nyawa ketika mendengarkan kata-kata dari lelaki itu.

"I don't know Dian..how to express my feeling to you but I have to say this that I've felt really comfortable to have you with me, chatting with me and well I hope you know..."

Dian cuba berlagak tenang setenang-tenangnya.

"Oh...ya Dian faham. Dian pun sama..dalam dunia ni kan tak dengan semua orang kita selesa berkawan kan? Ada dua tiga empat orang yang entah kadang tu kita tak tahu apa sebabnya atau langsung tak ada sebab untuk tidak berasa selesa dan serasi untuk berdamping dengannya."

Adam tersenyum lagi? Haih dia ni terlebih gula ke malam ni? Getus Dian sendirian. Sejak tadi asyik tersenyum saja. Kalau dia terlebih gula aku yang boleh kena 'diabetes' ni!


                                              ************************************

        Usai menikmati makan malam yang cukup menyelerakan bersama Adam, Dian kemudian dibawa berjalan-jalan melihat suasana malam di kota London yang tidak pernah 'tidur'. Menurut Adam, ini disebabkan penduduknya yang majoriti bukan Islam selalu pergi ke kelab malam atau pub bagi berhibur bersama kawan-kawan dan sebagainya. Sebagai seorang muslim yang mukmin kita perlu tetap pendirian untuk tidak sesekali mendekati tempat-tempat sedemikian kelak akan memusnahkan hidup sendiri jika ingkar dengan larangan Allah.

      "It's not the same to keep and having a life in here that we used had it in our place before. It takes patience and determination to stay survived. There are a lot of high competence to face in order to succeed Dian. If you are falling for the ninetieth nine get up for the hundred... keep fighting and never give up." Ujar Adam sambil berjalan beriringan dengan Dian di kota London berhampiran dengan London Eye yang cukup mempesonakan setiap yang berkunjung di sini.

Sungguh Dian kagum dengan Adam yang tahu serba sedikit berfalsafah dan semangat yang ada dalam diri lelaki itu. Patutlah muda-muda lagi telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Ritz Carlton. Satu dalam sejuta stok seperti Adam ini.

"Wow! Cantiknya London Eye pada waktu malam...."

"Dian dah naik London Eye?"

"Belum...tak berkesempatan." Jujur Dian.

"Jom.." Adam mengajak Dian menuju ke kaunter tiket untuk menaiki London Eye tanpa Dian duga.

"It's okay, Dian bayar tiket Dian...Dah la tadi dinner Adam tolong bayarkan."

"Let me pay for you..remember I told you that I will claim it once you will be working?"

Apa lagi? Sudahnya Dian akur dan mengalah membiarkan jejaka itu membayarkan harga tiket untuk menaiki London Eye.

"We can have a 360 degree view from up here...how beautiful the city of London."

"Yes it is so beautiful." Ujar Dian terkesima dengan keindahan kota London di waktu malam yang dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik dan unik.

"Beautiful as you..." Lembut dan perlahan sambung Adam membuatkan Dian tersentak dan malu.


********************************************

       "Nanti bila Dian ada kesempatan datang ke sini lagi, just let me know and I am willing to be your London tour guide for FOC."

Dian tergelak kecil mendengarkan Adam berkata-kata memecah sunyi antara mereka ketika turun daripada menaiki London Eye.

"Thank  you...Insha Allah kalau sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki."

"Kalau Dian sudi, Adam boleh sponsor trip ke London."

"Eh tak payah! Tak perlu susah-susah..Adam dah banyak belanja untuk Dian belikan macam-macam. Segan Dian dengan Adam."

"Adam ikhlas, asalkan Dian suka dengan semua tu."

Dian hanya tersenyum tidak tahu apa yang harus dia katakan.

Kini, masing-masing hanya mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing. 

Adam memandang Dian seolah-olah ada sesuatu yang ingin dicakapkannya.

"Adam...do you have something to tell?" Tebak Dian memandang lelaki itu.

"Come on...just tell it."

"Dian...what do you feel about me?"

"Feel what?" Dian buat-buat tidak faham.

"Do you have any feeling like love or like towards me?" 

Dian ketap gigi mencari kekuatan untuk menjawab pertanyaan sepupu sahabatnya ini.

"Adam....Dian suka berkawan dengan Adam seperti Dian berkawan dengan Fath. Tapi kalau untuk suka lebih daripada seorang kawan Dian masih belum bersedia like I said before. I am sorry if it's offended you."

Adam menundukkan sedikit memandang ke arah jalan mungkin mencari kekuatan mendengarkan kata-kata Dia itu tadi.

"Come...I send you back." Ujar lelaki itu ringkas. Dian bimbang jikalau hatinya tersinggung dengan kata-katanya tadi. 

       Setelah tiba di hadapan apartmentnya, Dian memberanikan diri untuk berkata kepada Adam

"Adam...Dian minta maaf jika kata-kata Dian tadi buat Adam berkecil hati. Dian tak ada niat langsung, tapi Dian cuba untuk berlaku jujur. I don't like beating a round the bush."

Adam hanya tersenyum seperti biasa. Mungkin cuba untuk menutupkan rasa kecil hatinya. 

"It's okay...being honest is the best attitude to have in ourselves. Take care, goodnight."

Dian lega dan menghadiahkan sebuah senyuman sebelum turun dari kereta Adam dan melambai ke arahnya.
Sungguh dia tidak gemar akan sikap suka menipu nak-nak lagi pada diri sendiri. Dia selalu berpegang pada prinsip berkata benar walaupun kenyataan itu menyakitkan. 

                                                   

                                               

No comments:

Post a Comment

nuffnang