Deringan telefon bimbit diatas meja tidak dipeduli Dian malah menambahkan rasa jelik di hati apabila dikerling nama si pemanggil di skrin. Abah yang telefon.
Setelah sepuluh minit barulah senyap telefonnya berhenti bernada dering. Tangannya menggapai telefon tersebut dan melihat sebelas panggilan tidak berjawab, semuanya daripada abahnya.
Jari Dian kemudian menekan butang mesej melihat mesej yang belum dibaca.
Jangan nak buat2 gila dengan saya. Kenapa tak angkat call?
Dian mendengus melihat mesej yang tertera di skrin telefonnya itu lantas laju jarinya menekan delete. Rasa menyampah yang meluak-luak di hati panas dengan mesej tersebut. Sony Ultra yang berada di tangan dicampak lembut di atas katil lalu mengambil tuala yang tersangkut di penyidai dan menuju ke bilik air.
Setelah membersihkan diri, Dian kembali mendapatkan handphone tersebut. Ada satu panggilan tidak berjawab dan satu mesej. Semuanya daripada Noah.
Hi my dear Dian, free tak? Jom keluar dengan I please...
Kemudian Dian membalas
Free la jugak... Pergi mana?
Tiada balas daripada Noah. Sesaat kemudian, telefon Dian berdering panggilan masuk.
"Assalamua'laikum Dian my dear! Jom, Noah ada kat bawah ni. I give you 5 minutes to get ready."
"Wa'alaikum salam...what!? Hish suka sangat buat terkejut orang dia nilah. Nak pergi mana Noah oiii?"
"Just get ready, cepatlah!" Tegas Noah.
Malas bertekak dengan Noah, cepat Dian bersiap. Disarungkan blouse biru laut dengan jeans Levi's dan shawl kuning emas yang dibeli Noah untuk dipakai semasa hari ulangtahun perkahwinan ibu bapanya.
Dia memasukkan dompet dan handphone ke dalam sebuah beg tangan lalu mengunci pintu bilik dan bergegas turun ke bawah. Noah dengan sabar dan setia menunggu di dalam Camry Hybrid putihnya.
"Amboi cunnya Cik Dian kita hari ni!" Noah senyum melirik memandang Dian yang melabuhkan punggung disebelahnya.
" Jangan nak mengadalah Noah, dah sekarang ni kemana kita?" Dian cuba melencong topik lain.
"Adalah...surprise!" Noah tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Ah boleh cair Dian macam ni!
Dian tercengang dan tertanya-tanya kemana akan dibawa Noah. Dia hanya menurut sahaja kemana dibawa pergi. Asalkan Noah tak bawa dia ke tempat yang bukan-bukan sudahlah. Getus hati kecilnya.
Namun sempat lagi Dian memuji penampilan Noah yang nampak cool dengan hanya t-shirt putih dan jeans.
Ganteng sungguh mamat ni walau pakai apapun!
Setengah jam di dalam kereta, mereka berdua pun sampai di hadapan KLCC dan Noah memakir Camry Hybrid putihnya di tempat pakir yang disediakan di sekitar KLCC yang tersergam indah itu.
Dalam hati Dian masih buntu Noah ingin membawanya kemana sebenarnya? Kakinya hanya mengikut Noah dari belakang.
Semasa melangkah masuk ke dalam Dian perasan terdapat mata-mata gadis yang tertumpu ke arah Noah dan dia namun Noah tetap cool berjalan menuju ke tingkat atas menaiki ekskalator. Dilihat Noah melangkah ke arah sebuah restoran yang esklusif, Thirty8 Restaurant & Lounge.
Noah dan Dian mendapatkan meja di satu sudut yang agak tersorok di restoran tersebut. Agaknya Noah mahukan privasi, Dian membuat andaian. Seorang pelayan lelaki yang segak dengan kemeja dan tie serta vest hitam mendapatkan mereka berdua dan memberikan buku menu.
Noah menyelak satu demi satu menu tersebut lantas membuat pesanan kepada pelayan itu. Setelah mencatat pesanan Noah, pelayan tersebut beredar dari meja.
" Ada apa-apa special ke hari ini Noah?" Soal Dian dengan dahi berkerut.
Selamba Noah menjawab " Today's my birthday..."
Dian menangkup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan terkejut dengan kenyataan yang dibuat Noah.
Bagaimana dia tidak tahu hari ini hari lahir Noah? Kenapalah dia tidak cakna!
" Seriously?! Kenapa tak bagitahu awal-awal, bolehlah belikan Noah present."
" Dian keluar dengan Noah pun dah cukup menggembirakan Noah. As long as you be by my side is good enough." Sebuah senyuman manis terbit dari bibir mungil Noah. Sekali lagi hati Dian menjerit, jangan kau goda hati aku Noah!
" By the way, this is your birthday for...?" Dian tertanya umur sebenar Noah.
"Hmmm.... you guess?" Noah cuba berteka teki dengan Dian.
"30th! ha ha ha" Galak Dian kenakan Noah.
" Gosh! Banyaknya... muda lagilah. It's twenty-thirtieth my darling..."
Oh, Noah hanya tua dua tahun darinya! Dian menconggak dalam kepalanya.
" Happy birthday Noah... happy being older...happy being awesome and fabulous always! May all you dreams come true. May you be blessed and loved by Allah always and forever."
Tulus Dian mengucapkan kepada Noah yang sedang merenungnya tak berkelip.
" Mucho gracias mi amor..." Noah mengucapkan terima kasih kepada Dian.
" Noah tak buat celebration dengan family ke? Kenapa ajak Dian seorang sahaja?" Tanya Dian.
" Cause you are special, very special... Lagipun my parents tak ada mereka ke London ada urusan business kat sana. So, tinggallah birthday boy ni seorang kat sini."
Panjang huruf O yang disebut oleh Dian.
"Ala..kalau tahu tadi baik ajak Fath sekali. Baru best!" Tambah Dian.
"I just wanna spend this special day with my favorite girl...only with you." Lembut Noah menuturkan ayat tersebut.
Baru sahaja mulut Dian ingin berkata pelayan yang mengambil pesanan tadi datang bersama dulang yang berisi beberapa hidangan yang cukup menyelerakan. Noah lantas mengangkat tangan untuk membaca doa, Dian turut sama mengaminkan. Mereka menikmati makanan tersebut dengan berselera sekali. Bak kata orang mertua lalu tak namapk dah!
Sedang asyik menikmati hidangan tersebut, telefon Dian berdering panggilan. Tertera nama cik su Madeena di skrin, lalu pantas diangkatnya dengan senyuman yang berbunga-bunga.
"Wa'alaikum salam cik su!! Meena tengah makan kat luar ni.. Okay nanti kita Skype malam ni. Talk to you later. Bye!"
"Who's that?" Noah bertanya.
" My cik su... "
" She's calling you 'Meena' ?" Berkerut dahi Noah.
"Yup! Only my family called me that name."
" So sweet!" Puji Noah sambil menyuapkan tempura prawn ke dalam mulutnya.
Dian hanya menguntum senyum melihat gelagat Noah. Ada-ada sahaja Noah ni.
Tiba-tiba handphone Dian kembali berbunyi. Kali ini nama pemanggil yang terpapar di skrin membuatkan hatinya meluat sungguh lalu dibiakan berbunyi sampai berhenti. Malas diangkatnya, buat sakit hati malah sakit jiwa.
"Why don't you pick up the call?" Noah menegur Dian yang tidak peduli akan panggilan tersebut.
" Let it be... Doesn't matter." Balas Dian sambil menghambiskan strawberry milk shake di atas meja.
************************************
Usai membayar bil, Dian dan Noah keluar dari restoran tersebut dan jalan-jalan di sekitar shopping mall itu. Satu demi satu kedai dimasuk mereka tapi tiada satu pun yang dibeli. Hanya memcuci mata sehinggalah tiba di sebuah kedai yang menjual bunga. Noah mengajak Dian masuk ke kedai tersebut.
Dian hanya mengekori Noah dan melihat bunga-bunga yang ada dalam kedai itu. Noah yang hilang dalam kedai tersebut kemudian kembali di belakang Dian bersama sejambak bunga ros putih.
"This is for you...the girl that I love." Noah menghulurkan sejambak bunga segar itu kepada Dian.
"Eh? Should I the one who give you gift Noah." Ujar Dian.
"Just take it darling...I ikhlas."
"Thank you so much Noah, by the way tell me what do you want as present? I will buy for you."
"If I tell I want you?" Noah tersenyum manja.
"Don't be silly Noah! No I am serious."
" Me too serious. I want you!"
Dian langsung mengatur langkah keluar daripada kedai bunga tersebut lalu Noah pantas mengejar Dian.
"You see Noah... You can ask anything for present but not that one please." Dian berkata kepada Noah sambil mengatur langkah ke kiosk Baskin Robbin ais krim.
Ketika lelaki di kaunter menyebut harga yang perlu dibayar, Noah terus menghulurkan sekeping not RM50 kepada lelaki tersebut.
" I can pay for it Noah!" Dian bengang.
"It's okay, I treat you!"
"Huh!" Dian hanya mendengus lalu dia mengambil tempat di sebuah kerusi dan meja di hadapan kiosk tersebut.
"What's your problem?" Marah Dian masih bersisa.
" Nothing, it's you who have problem actually. You ask me for present, but once I told you refused."
"You ask for nonsense! Cuba minta selain daripada tu." Tegas Dian.
"Look...I Love you Dian. There's no one that I need but you. Just you..." Noah berharap.
Berdebar hati Dian dibuatnya. Alahai Noah, apa dah jadi ni!? Apa yang merasuk kau? Kenapa kau angau semacam? Dian menjerit dalam hati.
" Please Noah, for the time being I just don't need to have any relationship with anyone. Hope you get it."
"Just give a chance please." Noah masih tidak mahu mengalah.
"Why don't you find someone but not me. Irina tu bukan main tergilakan you, you aje yang buat dek."
"She's just a friend to me. An ordinary friend nothing more than that." Nafi Noah.
Dian tidak menjawab tetapi mengambil bekas ais krim daripada Noah
"Hoiii! habislah ais krim Dian..Nak pergilah beli sendiri!"
"Ala..dengan birthday boy pun nak berkira. Kedekut!"
"Yalah...yalah.. nasib today's your birthday. Kalau tak siaplah! Lepas ni pergi mana lagi?"
"Anywhere you want..." Noah masih asyik menikmati ais krim almond coklat vanilla .
********************************
Setelah menghabiskan ais krim Baskin Robbin, mereka berdua pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Dian ingin mengambil udara segar dan menyaksikan pemandangan petang hari di situ. Noah sekadar mengikut permintaan Dian. Apa sahaja untuk gadis yang disayangi.
Dian melabuhkan punggung di sebuah bangku di tepi tasik tersebut lalu Noah mendapatkannya. Sebelum itu, Noah sempat mengambil beberapa gambar candid Dian tanpa dia perasan. Untuk dibuat kenangan.
" Jauh termenung Dian oii, ingat kekasih ke buah hati?" Noah menyakat.
"Takda maknanya..." Keluh Dian namun mata menatap ke arah tasik yang tenang airnya.
" May I ask you something?" Noah menatap Dian tanpa berkedip.
"Sure..."
" Where is your aunt right now?" Laju Noah bertanya.
Pertanyaan Noah membuatkan Dian tergamam sebentar. Mencari-cari ayat yang sesuai untuk diberikan.
"Somewhere on earth."
"Yeah but where?"
"Riyadh, Saudi Arabia."
"Fuhh jauhnya. What she's doing over there?"
" Working.."
"Oohh... tak balik Malaysia?"
" Soon.. masa raya nanti."
" Tak lama...so boleh lah Dian bawa jumpa dia!" Noah teruja.
" For what? Tak payahlah."
" To get know each other. Bolehlah..." Pujuk Noah.
" Will see..but not promise!"
"Yayyy!" Noah tersenyum girang seperti budak-budak.
" Anyway, she is your mom's elder or younger sister?"
" the only one younger sister, mana you tahu dia adik my mum?" Terkejut Dian.
"Fath told me."
"What? Fath told you? How could her!" Bengang Dian mendengar jawapan Noah.
"Why not?"
Sampai hati Fath, mendedahkan rahsianya berdua kepada Noah tanpa pengetahuannya. Siap kau Fath!
Tapi apa salahnya Noah tahu, bukan dia kenal pun dengan cik su. Cuma dengan mama Dian sahaja pernah sekali dia berjumpa itu pun ketika Dian dimasukkan ke hospital sebab demam. Lepas itu mana jumpa langsung.
" Dian...Dian...Dian!"
Dian masih tenggelam dengan lamunan. Noah memetik jari di hadapannya.
"Dian, wake up!"
"Sorry.... apa dia?"
" Natasha nak jumpa main dengan you, so I ingat nak bawa you ke rumah this Saturday. Boleh?"
"Natasha?" Terjongket kening Dian.
"Natasha...my little cousin yang sweet and cute tu.. remember?"
"Ahhh Natasha Suraya!"
"Dia duk asyik sebut Kak Dian Kak Dian... sampai pening dibuatnya. "
Dian tergelak kecil melihat Noah bercerita pasal Natasha.
" Inshaa Allah... ingat lagi dia kat Dian ya?"
"Mahu tak ingat, dia tu kalau dah suka pada seseorang asyik sebut-sebut nama orang tu. Umi pun ada sebut nama Dian bilalah nak datang rumah lagi. Sampai I tak tahu nak jawab apa dah."
Sampai begitu sekali? Baru sekali Dian menjejakkan kaki ke rumah Noah. Uminya dan Natasha sungguh eksaited dengan kehadirannya lagi.
Tanpa sedari, handphone Dian bernada dering Love Like This oleh Natasha Bedingfield menunjukkan ada panggilan masuk. Abah lagi.
"Jawablah." Suruh Noah.
"It's okay, tak penting. My dad called. My step-dad."
"Step-dad? Seriously?" Noah tak percaya.
"Yeah, I hate him..." Noah membiarkan Dian berbicara.
"He's the reason why my mum and my aunt fighting up till now. For almost fourteen years long."
"Ya Allah!" Terkejut Noah mendengar apa yang keluar daripada mulut Dian.
" I don't get it why this must happened to me? I am not strong enough to bear with these things!"
Dian melepaskan apa yang terbuku di dada sementara Noah memandang simpati padanya.
"Know what, all these times I've never feel like I have cousins and so on, celebrating hari raya without relatives, having fun and laughing with them. Never!"
Noah masih sepi tanpa sepatah kata hanya membiarkan Dian melepaskan beban di dadanya. Baru hari ini dia dapat mengetahui tentang rasa hati yang disembunyikan oleh Dian.Perit pedih hanya Dian yang tanggung.
Terasa ingin dipeluk Dian untuk menenangkannya dan memujuknya. Namun Noah masih tahu menjaga batas.
" If my mum never marries him... these things never happened. We all would have enjoyed as a happy family!" Keluh Dian hampir menitiskan air matanya.
"Shhh... just be patient Dian. Times will heal everything." Noah memujuk.
"How long? It's fourteen years already! Fourteen years!!! I've sick waiting!"
"Inshaa Allah one fine day, Allah knows the best time for it."
"I love both of them...really love... they are just two of them. Why they need to fight and argue! For god's sake!"
" There's must be the hikmah, silver lining behind the cloud Dian. Only us didn't see it."
" Eh I am so sorry... I'm just emotional. Sorry." Dian tersedar dia terlebih emo.
" It's okay, I get you. Dah come I send you back,nak dekat maghrib ni." Ajak Noah.
Dian bangun dari bangku yang diduduki lalu mengikut Noah dari belakang menuju ke kereta.
******************************
Sesampai di hadapan asrama kediaman Dian, Noah sempat memegang tangan Dian.
Nasib Dian mengenakan blouse yang berlengan panjang. Kalau tidak free sahaja Noah dapat sentuh tangannya.
"Dian.... I will always be by your side when you need me. Just tell me whatever you want. I am here to be your listener." Lembut tutur kata Noah.
Dian tersenyum manis lalu berkata " Thank you... Okay bye salam'alaikum."
Setelah Noah pergi bersama Camry Hybrid putihnya, barulah Dian naik ke bilik di tingkat dua.
Bunga putih segar yang diberi Noah diciumnya lalu diletak diatas meja. Lama dia amati bunga tersebut.
Baru dia perasan, terselit sebuah kad pada bunga tersebut.
Cinta Noah pada Dian seputih & sesuci bunga mawar putih ini.
Terharu Dian dengan ungkapan kata manis pada kad itu. Noah..Noah..kenapalah kau tak pernah berputus asa. Selangkah aku menjauhi kau, seribu langkah kau mendekati aku. Gila!
No comments:
Post a Comment