Wednesday, 24 June 2015

The Healing Love - Part 18



                Dua jam pemanduan pulang ke Kuala Lumpur bersama Noah tidaklah seperti pulang ke rumah mamanya yang sesak dengan kenderaan yang masing-masing menuju ke kampung untuk beraya. Kali ini perjalanan lengang dan tenang tidak sesak. Lega di hati hanya tuhan yang tahu.

                Sejurus sampai di rumah keluarga Noah, Dian bersalam dengan uminya, Puan Nasha Emily yang menyambut dia dan Noah di muka pintu bersama si comel Khaleef dan Natasha yang nyata teruja kehadiran Dian ke rumah. Dian menyampaikan salam yang dikirim mamanya kepada umi Noah dan menyerahkan biskut raya yang dibuat oleh mamanya. Puan Nasha Emily sungguh gembira tak terkata dengan kedatangan Dian Ameena untuk beraya bersamanya. Melihat saja riak ceria di hati cukup menggambarkan segalanya.

"Umi ingat Dian tak jadi datang sini beraya, rupanya jadi..berjaya Noah pujuk ya?"

"Emm Dian yang nak datang ikhlas, lillah ta'ala umi. Umi pergi beraya ke mana je?"

"Umi balik kampung sekejap ziarah kubur, lepas tu pergi rumah adik umi dekat Seremban, pergi rumah terbuka kawan daddy itu jelah. Dian? Makin cantik umi tengok anak dara seorang ni."

"Ish umi mana ada, biasa-biasa je...Nanti Dian nak ikut umi beraya sama boleh?"

"Boleh sayang...umi pergi dekat-dekat je masa Noah tak ada nanti kalau pergi yang jauh mesti dia orang tanya pasal Noah. Eh, jom kita makan umi buatkan something special untuk Dian."

"Something special? Apa dia umi?"

"Roti jala, rendang dan lemang. Roti jala umi buat tapi the rest Noah's aunt yang bagi. Come..."

"Oh..mesti best! Noah, jom makan." Pelawa Dian.

              Natasha dan Khaleef turut sama menumpang makan bersama untuk kali kedua. Minat sangat dengan juadah diatas meja. Mulut sampai tak boleh nak bercakap. Seronok tengok anak kecil ini berselera makan. Dian tanpa kekok menyuapkan mereka dengan penuh kasih sayang.

"Untunglah korang ye, ada orang suap. Abang Noah ni tak ada siapa nak suapkan hmmm." Noah konon merajuk hati.

"Abang Noah nak Khaleef shuapkan? Nah aaaa!" Khaleef dengan pelatnya menyuakan sepotong lemang ke mulut Noah.

"Tak mau, abang nak orang suapkan Khaleef suapkan abang jugak. Nak nangis la macam ni." Rajuk Noah makin dibuat.

"Shhh angan nangis , angan angisss nantik tak hengseng. Umi engok tuuu abang angis." Khaleef cuba memujuk dengan lidah pelatnya.

Dian rasa nak ketawa habis geli hati dengan telatah dua beranak ini, yang seorang merajuk seorang lagi beriya memujuk. So sweet!

"Dian, lepas maghrib kita balik kampung umi ya dekat Jeram. Dekat je. Tunggu daddy balik nanti kita pergi."

"Err kita pergi lama ke umi? Dian bukan apa, seganlah umi.."

"Tak perlu segan-segan umi ada, Noah ada, daddy ada. Saja nak bawa Dian jalan-jalan tengok kampung. Ada pantai kat sana tau seronok... Dulu kecil-kecil semua suka mandi pantai."

"Siapa nak ikut balik kampung?!" Noah mula bersuara ingin menarik perhatian Khaleef dan Natasha.

"Saya!!!" Serentak mereka menjawab dengan teruja.

"Kalau nak ikut suapkan Abang Noah roti jala dengan kuah kari sekarang ha ha ha."

Makanya dua beradik itu berlumba-lumba menyuapkan roti jala yang dicicah kari ke mulut Noah. Sempat mereka bergelak ketawa ketika menyuapkan makanan tersebut.

          Dian baru teringat untuk menelefon mamanya untuk memaklumkan yang dia telah sampai ke rumah Noah. Tanpa berlengah dia mengambil handphonenya di dalam beg untuk berbuat demikian. Lega hati mamanya mendengar tentang khabarnya yang telah selamat sampai. Sempat lagi mengusik Dian untuk kirim salam pada bakal mertuanya dan rajinkan diri untuk tolong apa yang patut di dapur.

"Okay mama, take care nanti Meena call mama lagi. I love you."

"Okay, love you too!"

"Dah lepas rindu?" Suara Noah kedengaran dari belakangnya.

"Astaghfirullah... terperanjat Dian tau! Eeeeee ku ketuk-ketuk ramadhan jugak kang."

"Tett salah, ketuk-ketuk raya daa... Pergilah nak rehat mandi ke apa. Bilik hari tu okay."

"Emm Noah..."

"Yes? Anything?"

"Errr tak ada apa-apa."

"Say it.. I know there's something you wanna say."

"Thanks."

"For?"

"Anything..."

"Explain, specify please."

"Yalah, selama kita kenal macam-macam Noah buat untuk Dian. Hanya Allah saja yang boleh balas semua kebaikan Noah pada Dian selama ni."

"Please don't mention it. You know why I did all these."

"Uh?"

"Dah, go upstairs and rest. I wanna have some nap a while."

Tanpa berlengah Dian naik keatas untuk berehat dan sementara itu otaknya masih ligat menterjemah maksud kata-kata Noah itu. Maksud yang penuh makna dan mendalam.

           
                                         ********************************************


             Seperti yang dirancang, mereka akhirnya tiba di Kampung Ulu Jeram, Kuala Selangor kampung arwah nenek dan datuk Noah. Walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, namun rumah pusaka itu masih teguh dan utuh berdiri. Ibu saudara dan ayah saudara Noah yang dipanggil Mak Long Na dan Pak Long Dee yang diamanahkan untuk menjaga rumah tersebut dengan baik.

"Dian, jemputlah minum. Sedap air kelapa muda bagus kalau demam ke apa minum ni. Ori lagi.." Mak Long Na mempelawa dengan ramah sekali.

"Terima kasih mak long. Jemputlah sekali..." Dian turut mempelawa wanita berusia setengah abad lebih itu.

"Noah berapa lama lagi nak graduate? Rasa macam sekejap je dah nak habis."

"Habis cuti ini, masuk last semester mak long then merdeka!!!" Jawab Noah setelah menghirup air kelapa muda.

"Lepas tu kahwin! He he he... Dah ada calon ke uh?" Mak Long Na cuba mengorek rahsia.

"Tu depan mata calonnya, amacam cun tak?" Noah memuncungkan bibir mungilnya ke arah Dian.

Mahu tersedak air kelapa yang tengah disedutnya. Kalau ya pun, cover lah sikit Noah oii. Jangan straight to the point, malu tahu.

"Lah kenapa tak cakap awal-awal? Ingat budak manalah calonnya. Hmm cun sangat Noah! Mak long suka!" Mak Long Na pula terlebih teruja.

"Along, kot ye pun... control sikit happy tu. Dian dah malu ni. Tak habis nak menyakatlah. Tak habis kat rumah sambung kat kampung ya? Bagus dua beranak ni." Umi Noah mencelah.

"Alah umi apa salahnya, biar mak long tahu awal-awal tak adalah dia heart attack nanti he he he."

"Amboi kamu kalau bercakap bukan main. Sure Dian pun suka Noah?" Puan Nasha menguji.

"!00% sure umi!" Noah menjawab yakin.

"Really?" Uminya menduga lagi.

"Yup, kalau tak dia tak ikut Noah balik kan kan Dian?" Noah mengenyitkan mata kepada Dian.

Noah ni aku korek biji mata dia baru tahu! Asyik nak mengenyit je mata tuh, sakir mata ke apa?
Omel Dian tak tahan dengan usikan Noah yang makin menjadi. Nasib ada umi dan mak long dekat sini, kalau tak naya aku kerjakan budak ni!

"Assalamua'alaikum! Ooo tuan rumah? Tuan rumah ada tak?" Tanya seseorang yang berada di tangga rumah.

"Wa'alaikumsalam.... ha tuan rumah ada dalam rumah ni. Eh, Shasha dengan Alang! Mari naik, Mak Ngah Nasha pun baru sampai dengan yang lain." Mak Long menjemput anak saudaranya dan keluarga naik ke rumah.

           Shasha Liyana, sepupu sebaya dengan Noah menyalami umi Noah yang merupakan mak saudaranya dan bersalaman dengan Dian yang duduk disebelah umi Noah diikuti adik bongsunya, Sharin yang berusia tiga belas tahun. Mereka hanya dua beradik. Ternyata jelas diwajahnya penuh dengan tanda tanya siapakah Dian Ameena. Tiba-tiba Mak Ngah Nasha balik dengan membawa seorang gadis.

"Sha..ini Dian Ameena kawan Noah di universiti." Jelas Mak Long Na faham melihat wajah Shasha yang tertanya-tanya.

"Ehem merangkap calon isteri Noah. Ops!" Noah mencelah tiba-tiba.

Puan Nasha mencubit perlahan paha Noah sebagai membela Dian yang sudah malu tak tahu mana nak sorok muka.

"Never you bring any lady to hometown Noah, is there something we don't know buddy?" Puan Nayla bersuara dengan penuh persoalan.

"Yeah, that's why I bring her here so that something you don't know will turn into something you know." Noah selamba menjawab dengan mesra.

"I see...well by the way when are you gonna hand her for marriage? I can't wait to have nasi minyak!"
Mak Ngah Noah bertanya dengan teruja.

"Wait...don't be so greedy. Step by step ya he he he."

"Nanti lambat dikebas orang Noah oiii, tak takut ke? Calonnya cantik, comel, ayu secocok dengan Noah." Pak Ngah pulak mencelah dengan teruja.

"Let him be papa... He's still young why so fast into marriage? Study pun tak habis. Slowly lah.." Kali ini Shasha bersuara dengan nada tidak puas hati. Entah apa yang tidak puas di hatinya Dian tidak dapat teka tetapi jelas ayat tersebut ada bau. Bau cemburu.

"Iye, but what a fun to be married at young? Look at papa and mama, we married at twenty first even we still at university right sayang?" Pak Ngah mempertahankan hujahnya seperti berdebat pulak.

"Uh whatever, but nowadays we are at twenty first century which get married at young age is no more relevant. It's  typical old school fashion." Shasha masih tidak mahu mengalah.

"Relevant or not, we are happy married couple right till now. Please don't be so narrow minded honey.."Jawab Pak Ngah Noah masih tidak mahu mengalah.

"With high living cost, unstable economy and politics, how come you can handle a marriage. Tell me?" Soal Shasha dengan tanda tak puas hati.

"Sha, with an intelligent IQ, strategic planning and knowledge there's no doubt to have a marriage darling. Perkahwinan itu satu sunah yang mulia dan sangat dituntut oleh Nabi. Don't tell me you hate marriage." Noah menjelaskan pula hujahnya dengan penuh hemat.

"I am not telling that I hate marriage but seems there's a lot of thing to do instead of getting married, get a stable career or build up career, get a home and car, go for vacations around the world and most importantly you are free from bond! Oh just give me a break." Jelas Shasha menghuraikan secara terperinci.

"Gotcha! They are all your goals right? No marriage in the list? So okay, your decision then." Noah dapat tangkap maksud sebenar Shasha.

"Whatever, but I just don't want you regret in future." Provok Shasha.

"Regret? What on earth do I have to regret for?"

"Yeah regret of getting married at young, which definitely there's a lot to explore in this world other than get married."

"I will explore with beloved wife then, no regret at all!"

"It's not the same after all, marriage for me just like signing MOU between two party in order to get what you want by some rules and regulation and based on terms and conditions."  Shasha masih tak mahu kalah.

"Talking with future to-be lawyer will never make me win." Noah malas melayan hujah Shasa. Lagipun bukan Shasha yang nak kahwin tapi dia! Dan perempuan itu pun bukan Shasha tapi Dian Ameena ha ha ha!

         Rupanya Shasha bakal peguam? Patutlah bila bercakap tak mahu mengalah, tegas dengan hujahnya. Amboi amboi amboi.  Tapi terus terang Dian pun tidak suka dengan hujahnya walaupun ada benarnya di situ tapi dia lebih sukakan hujah Noah. Eh, kau suka hujah Noah ke kau suka Noah Dian?



                                       *********************************************


               Pukul lapan pagi mereka semua sudah berada di tepi pantai di kampung tersebut. Sungguh nyaman udara pagi ini bersama sinaran sang mentari yang menampakkan diri. Mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai sambil mengembalikan nostalgia dulu-dulu yang hanya tinggal kenangan. Dian hanya mencelupkan kaki di pesisiran pantai dengan berkaki ayam dan sedikit air membuatkan hujung seluarnya basah. Dia dan pantai memang tidak dapat dipisahkan.

"Hi, may I sit here?" Shasha datang menghampiri Dian yang sedang duduk di bawah pokok.

"Sure..." Balas Dian.

"Sorry for last night. I just terbawa-bawa sikap tak nak mengalah."

"So okay, bakal lawyer memang patut ada sikap macam tu."

Shasha tergelak kecil mendengar jawapan polos dari Dian.

"Dulu, I rapat dengan Nia and Noah. But when Nia passed away, everything has changed."

"Changed?"

Shasha mengangguk. Dian memberi ruang kepadanya untuk bercerita.

"Yes changed. Noah became a quiet boy not talking to anyone. He always be alone sometimes easily gets angry and many more just after Nia has left us."

"Make it short, after few years the old Noah has back again. Always witty, smiling and bubbly. How happy we all to seeing him back. He's an apple of everybody's eye."

Minah ni memang tak reti cakap Melayu ke apa? Asyik speaking dari semalam. Getus hati Dian.

"Tapi lepas tu kami terus jadi tak rapat seperti dulu. Entah,tak ada sebab untuk itu. Mungkin dengan perangai I yang buat dia tak berapa sukakan I kot." Bagaikan dengar getus hati Dian Shasha terus cakap Melayu.


"Maybe it's just your feeling and gut." Dian pula speaking.

"Maybe....Entah, I pun tak ambil hati sangat. But a bit shocked when he mentioned want to tie a knot."

"Shocked?" Dian tak mengerti.

"Yeah, tak sangka Noah yang I kenal, seorang yang gila-gila, nakal or whatever mentioned nak kahwin. Kinda weird to hear."

"Oh... kenapa? Apa yang pelik?"

"Pelik...pelik sebab Noah yang I kenal seorang yang tak serius untuk semua tu. Kalau cinta monyet I percaya, just for fun. Tak sangka dia serius kali ini."

"Sedangkan pantai boleh berubah, apatah hati manusia kan?" Dian berbasa-basi.

"Betul. Mungkin betul cakap dia semalam. I je yang nak nafikan." Suara Shasha mulai kendur.

Dian seperti mati kata-kata, tak tahu nak cakap apa. Bimbang tersalah cakap.

"Please.....jaga Noah baik-baik nanti. Take care good of him for me." Ujar Shasha mengharap.

"Uh? Noah pandai jaga diri sendiri kan. Ha ha ha"

"When you and him get married, please take care of him. Jaga dia, sayang dia seperti you sayang nyawa you sendiri Dian. Janji ?"

"Hah? Apa awak merepek ni?"

"I know you are special to him. Super special, so please could you promise?"

"Look Shasha, saya dengan dia hanya kawan tak lebih dari tu. " Dian cuba perbetulkan.

"Sudah terang lagi bersuluh Dian, selama balik kampung Noah tak pernah bawa siapa-siapa ke sini sekali pun tak pernah. Itu apa maknanya? Can't you see that? Come on..."

"Errr...no comment!"

"We all knew that, and we support Noah and you Dian. Just promise that you will be loving and taking care of him the way you love yourself.  Please...."

"I tak janji..but inshaa Allah if we are meant to be together."

"Good. You are always in my pray, always... Noah tu dah macam abang kandung I Dian, I love him so much like I love my little brother."

"Bertuah Noah ada sepupu sebaik awak Shasha."

"Sepupu awak tak baik ke?" Duga Shasha memandang Dian. Lantas terus membuat Dian telan liur pahit.

"Errr saya sepupu ada tapi macam tak ada."

"Means?"

"Eh nothing, come we go there. Dia orang dah siap mandi tu."

"Right."



                                              ***************************************

                 Fath yang sedang asyik mengunyah kerepek pisang dalam sebuah balang yang telah pun tinggal separuh hasil kunyahannya seorang terhenti seketika setelah neneknya atau dipanggil nanny duduk disebelahnya di atas sofa.

"Honey, your best friend didn't come here? Who's her name?"

Fath sengaja memberi grandma peluang untuk mengingati nama Dian Ameena sebelum menjawabnya.

"Aha! Dian right her name? Why she's not coming during raya? Dah raya ke lima ni."

"She went back to her hometown dear nanny, I don't know when she'll be back here but I've told her to come when she's back." Ujar Fath sambil sambung mengunyah kerepek pisang.

"I miss to have a long chat with her, last time we met during kenduri tahlil at my home. She's pretty girl just like you."

"Oh nanny you are so sweet... between me and her which one the most beautiful?" Duga Fath

"Oh darling honey....of course my sweet darling Fath Dlina Rose! Such sweet as the red rose that I love the most."

"Oh that's why there's 'rose' at the end of my name?"

          Neneknya mengangguk tersenyum. Nama 'Fath' diberi oleh kedua ibu bapanya yang bererti 'kemenangan' manakala 'Dlina' dipilih oleh kedua datuk dan neneknya sebelah ibu yang inginkan keunikan pada sebaris namanya. Grandpa dan grandma mempunyai hobi yang sama iaitu berkebun dan bercucuk tanam. Kata mereka ingin berbakti pada tanah. Ini kerana granpa Fath berasal dari bumi ratu yang memang sukakan bunga-bungaan dan segala aktiviti tanam-menanam.


"Honey my sweetheart, would you bring her to my home?" Soal grandma Fath dengan lembut.

"Uh? Who?"

"Dian. Please sayang..."

"Inshaa Allah nanny, nah kerepek?"

"Oh gosh, left half already?"

"Budak ni gila kerepek nanny or to be exactly 'hantu kerepek' he he he." Sharmaine datang mencelah dengan sebuah bekas ais krim.

"Kakak! Eeee ada ais krimlah, nak nak!" Dian mengendeng kakaknya untuk mendapatkan ais krim.

Nenek hanya tersenyum melihat kedua-dua cucu kesayangan berebut manja mesra. Teringat dia gelagat yang sama akan anak-anaknya.

"Sharmaine...how old you will turn this year sweetie?" Nenek bertanya pada kakak Fath.

"Errrr twenty six nanny, why?"

"Well, you should get married darling. Is there someone you dating now?"

"Ehem! kompang dipalu...pengantin baru!" Fath mengusik kakaknya yang sedang syok menyuap ais krim ke mulut.

"Nanny... for time being let me focus on my career okay if there's fate between me and him inshaa Allah."

"So you have someone now?"

"Yesss nanny!" Fath mencelah lagi lalu ditekup mulutnya dengan tangan kakak Sharmaine.

"Oh seriously honey?" Neneknya minta kepastian.

"Honestly we are still in getting to know each other phase nanny. We met last few months ago after I've got back from UK."

"Hmmm that's great. So please be hurry, if love him don't hesitate to proceed to the next!" Nenek teruja berpesan pada kakak Fath.

"Dengar tu kak, bercinta lepas nikah jangan lama-lama nak kenal lah bagai. Time is precious!" Fath tambah 'kuah' pulak.

"Ish diam orang tua bercakap." Kakaknya pulak bersuara.

"If that's the case, bring him to home for dinner or lunch at our house to introduce to us." Cadang nenek.

"Err... will see. I will ask him first okay."

"By the way what is his name darling?" Soal nenek penuh dengan persoalan.

" Ray..." Niat Fath ingin mencelah dihalang oleh kakaknya sekali lagi.

"Muhammad Rayyan Adrian Bin Rahman Ismail." Sharmaine menjawab.

"Rayyan...one of the name of heaven. Hope he is the one that will be your husband one day."

"Inshaa Allah nanny. Doakan Sharmaine please."

"Always darling...you are always in my doa."

"Assalamua'alaikum! Fath Dlina Rose?"

Siapa pulak yang datang siap sebut nama penuh aku ni? Getus Fath lalu pergi ke pintu untuk melihat siapa yang datang.

"Sampai hati balik tak habaq mai! Dah tu tak mesej pun nak datang sini. Sentap okay." Fath berpura-pura merajuk.

"Ala semua tak dirancang. Ingat nak kasi surprise ke kau." Jawab Dian sambil memandang ke nenek Fath.

"Surprise kepala hotak kau, kau yang kena surprise adalah. Jawabnya makanlah apa yang ada ni ha. Kerepek pisang, almond london semua yang dalam balang ni je."

"Ini pun dah okay, cukup dah. Kita orang datang pun nak melawat kau. Rindu!"

"Rindulah sangat! Ingat balik kampung dah lupa jalan mai sini. Kau pun sama dua kali lima kan Noah."

"Uih ada orang marahlah. Yang kau tak datang sana siapa suruh? Bukan tak dijemput."

"Nak datang kebendanya saudara mara berduyun-duyun ke rumah ni, tak menang tangan aku tau! Tu pun nasib dah balik raya ketiga. Lepas ni nak buat open house lagi. Ya Allah!" Fath membebel mengalahkan mak nenek sakit gigi.

"Open house? Bila bila?" Noah bersemangat.

"Amboi dengar 'open house' gumbira terus ya? Hujung minggu ni, datanglah. Kalau boleh mai lah tolong-tolong apa yang patut."

"Amboi dua dalam satu! Tolong makan bolehlah.."

"Aah bukan kau ambil katering Fath? Eh mak su dengan pak su kau apa cerita?"

"Ya daddy aku ambil katering macam biasa. Entah sedap ke tidak sebab kali ini bukan pak su aku yang masak. Talking about him, dah nak jadi daddy pun Dian. Tulah kau berita semasa tak ambil tahu."

"Ye ke? Berapa bulan dah mak su kau mengandung? Tahniah beb!"

"Dah nak masuk tiga bulan. Dia orang ada datang hari tu masa buat family gathering. Then balik rumah atuk dengan nenek aku pulak. Pastu busy kerja dengan on call semua."

"Seronoklah kau dapat sepupu baru nanti! Kau beraya ke mana je?" Tanya Dian sebelum membuka salah satu balang kaca yang ada di atas meja kopi.

"Tak beraya ke mana pun, aku busy layan orang datang rumah tak putus-putus. Noah mesti kau happy dapat balik ikut Dian, yalah orang balik rumah bakal mak mertua he he he."

"Fath! Stop it." Dian menahan malu.

"Balik rumah Dian fuhhh macam ni!!!! Terbaik! Meletop!" Noah mengangkat ibu jarinya.

"Aku dah agak, siapa tak suka balik rumah bakal mak mertua."

"Eeeee aku sumbat jugak mulut kau dengan biskut ni tak pun aku sumbat cili nak?"

"Garangnya dinda seorang ni..janganlah garang nanti tak manis" Fath berseloroh.

"Tiba panggil aku dinda apa hal? Dah kena sampuk?"

"Eleh, Noah panggil kau dinda kau okay je siap kembang bon bon lagi."

"Mana kau tahu dia panggil aku dinda?"

"Ini Fath Dlina Rose, semua news dalam tangan aku okay!"

"Yalah tu... Adam tak datang beraya ke?" Dian cuba tukar topik.

"Huk! Huk! Ada orang tanya pasal Adam lah... Noah don't be jealous."

"Jealous? Not my attitude okay." Noah selamba menjawab.

"Ada dia datang masa family gathering hari tu raya pertama dan kedua pastu dia balik rumah family dia kat Penang. Katanya nak pergi ke Seremban dengan kawan-kawan konvoi raya. Dia ada tanya pasal kau. Tanya kau tak datang beraya rumah aku ke? Bila kau balik? Dia tak contact kau Dian?"

"Ada dia messaged aku tapi sekali tu je aku balas. Wish hari raya."

"I see.... try call dia tanya ada mana? Aku pun tak jejak rumah dia kat Penang. Family dia je yang datang sini. Yalah sebab grandpa and nanny ada sini."

Belum sempat Dian berkata, muncul tiga orang budak lelaki dalam lingkungan umur tiga tahun datang menerpa ke arah Fath yang duduk di sofa.

"Kak Fath!!! Ha ha ha ha!" Jerit mereka bertiga serentak.

"Mak aih, triplet ke ni? Nampak lebih kurangnya je muka." Tanya Noah teruja.

"Yup, triplet. Anak aunt aku yang stay kat London yang aku kata hari tu. Raya jelah nak jumpa dia orang ni."

"Eeee comelnya!!! Geramnya aku weh."

"Shake hand with Kakak Dian and Abang Noah." Suruh Fath kepada tiga kembar itu. Dengan patuh mereka bersalam dengan Dian dan Noah.

"Say what's your name." Fath mengarahkan si tiga kembar yang tersenyum-senyum dari tadi.

"My name is Eeman." Si sulung terlebih dahulu memperkenalkan diri.

"Me is Eemran." Yang kedua turut berbuat yang sama.

"And me is Eemir! Who are you kakak?" Petah si adik bertanya pada Dian.

"I am Kak Fath's best friend! Can I kiss you please?" Dian minta izin untuk menciumnya.

Eemir tanpa segan silu berada dalam pelukan Dian dan membiarkan Dian mencium dan menggomol pipinya yang gebu. Dia memang suka diberi perhatian sebegitu.

"How long they will be here Fath?" Noah bertanya sambil melihat Dian melayan sepupu Fath.

"Till end of this month. Biasanya macam tulah, nak cover sebab lama tak balik."

"And you? Who are you?" Eemir bertanya pada Noah.

"Me? I am Kak Fath's best friend too and Kak Dian's future husband to-be." Noah membuat senyuman paling manis sekali.

"Wow! Daring statement gitu. Ni Dian tahu dah ke belum?" Fath terkejut dengan pengakuan Noah.

"Ehem, well technically she knew already but just need her official confirmation."

"Oh gitu pulak dah. May the best win!"

"May the best man win?"

"Yup, not only you who loves Dian but Adam too."

"What!?"

"Yes, kenapa tak percaya? But All the best to you beb."

"Kerek ah mamat tu sibuk nak kacau line!" Noah tak puas hati dengan Adam.

"Relax, kau guna cara kau untuk tacle Dian biar dia guna cara dia deal?" Fath mengumpan.

"Eeee aku tonyoh benamkan juga kepala dia dalam kolam tu kang! Macam dah tak ada perempuan lain nak tackle, Dian aku tu jugak yang dia nak. Ini tak boleh jadi!" Bentak Noah.

"Woo aku tak masuk campur hal korang tapi please settle cara baik no tumbuk-tumbuk tinju tinju. Not my taste. But then up to Dian antara korang siapa yang dia nak pilih."

Noah mengetap bibir dan dalam otaknya berfikir cara nak memenangi hati gadis bernama Dian Ameena.
Dia tidak akan membenarkan sesekali Adam mengambil Dian daripadanya. Langkah mayat dia dulu!


                   
                                            *****************************************

         
               Adam yang sedang meneguk segelas air oren tersedak-sedak batuknya. Dia yang kini sudah tiga hari pulang ke rumah keluarganya di Johor Bharu untuk menghabiskan cuti yang tinggal lagi sehari sebelum mula masuk bekerja di KL. Setelah puas berkonvoi raya dengan rakan-rakannya dia terus pulang ke Johor Bharu menaiki kapal terbang.

"Hai anak mama tersedak ada orang mengumpat apa ?" Mama Adam menegurnya yang tersedak.

"Jahat betul orang tu mengumpat Am kan. Apa agaknya salah Am pada dia kan ma?" Adam menokok tambah lagi.

"Hmm adalah tu yang Am dah buat sampai sakitkan hati dia. Cuba fikir siapa?"

"Sorrylah kalau ada tersalah cakap ke apa, mana Am sengaja."

"Cakap kat mama buat apa, cakap kat orang tulah."

"Ma esok Am nak balik, flight pukul 9 am tolong hantar ke airport boleh?" Pinta Adam pada mamanya.

"Cepatnya nak balik dah? Duduklah lama lagi mama tak puas nak bermanja dengan anak mama seorang ni."

"Ma, Am kat sini dah tiga hari kot. Hari tu kan dah spent banyak time dengan mama and daddy masa raya kat rumah Mak Long Jue. Tak puas lagi?"

"Am janji balik lagi? Selalu balik sini tau. Mama rindu...." Mamanya buat muka kasihan.

"Mama, Am pergi bukan pergi berfoya-foya tapi kerja. Mama free pergilah sana boleh melawat nanny and grandpa sekali."

"Alright son! Emm siapa tu nama perempuan yang Am sebut kat mama hari tu? Di..Diana?"

"Dian...Dian Ameena. Why?"

"Ha, Dian! Have you confessed your feeling to her? Proposed?"

Adam menggeleng lambat dan mengeluh kecil. Mamanya yang sedang berdiri di meja makan datang mendekatinya di ruang tamu yang sedang duduk di sofa.

"Kenapa ni dear? Tell me...."

"I don't know and not confident to get her mama. She's just like burung merpati, mudah dilihat tapi sukar dipegang. Am tak mahu desak and paksa dia kalau dia tak sudi."

"Belum cuba belum tahu kan? Jumpa dengan dia and slow talk to her. Confess to her that you love her. Buy her flowers, chocolate, cupcakes, anything she likes." Mama terus memujuk memberi semangat.

"Tak semudah yang mama sangka. Dia bukan seorang yang materialistik."

"Don't say die before you try sayang, mama and daddy always support behind you. Just because you break off before made you afraid to fall in love again. Be brave and positive!"

"Mama, you think she would accept me? Love me?"

"Why not? She has a feeling too. To be loved and loving. Don't you ever give up alright?"

"But...what if..." Adam terdiam sebentar.

"What if she rejects you? Like that?"

Adam diam membisu. Dia tidak mahu menaruh harapan tinggi menggunung untuk Dian Ameena. Dia tahu bahawa untuk mendapatkan gadis itu dia harus menyaingi Noah.

"Sayang, tengok mama... Am percaya pada takdir kan? Qada dan Qadar Allah? Jadi Am berusaha untuk memenangi hatinya. Jika takdir menentukan Am dengan Dian bersama, then she's your destiny."

"Inshaa allah I'll do my best to win her heart."

"Kisah cinta Am dengan Qistina adalah sejarah dan sudah terkubur. Dian Ameena is your future darling. Go and get her love!"

Adam tersenyum nipis dan kembali bersemangat setelah dihembus semangat oleh mamanya.

"Thanks ma, you're the best mama in the world! You always be by my side when I need someone to talk to."

"Shhh...that's because I Love you...more than you know. You are my sweetheart,my darling and my everything. Now get up and go perform zohor. Then we lunch together."

Adam lalu bangun dan naik ke atas untuk menunaikan solat Zohor dan lama dia bersujud diatas sejadah dengan juraian air mata minta diberi petunjuk dan hidayah agar dipertemukan jodoh dengan Dian Ameena.
Kalau Dian sudah termaktub di luh mahfuz adalah jodohnya maka dengan lapang dada dia menerima tapi jika sebaliknya dia redha.




                                        ************************************

           
                Seronok Noah melihat Dian melayan sepupu Fath yang kembar tiga sejak tadi. Mereka pun nampak senang masuk dan bergaul dengan Dian yang memang sukakan budak-budak. Pantang nampak budak kecil mesti didekatinya dengan penuh keterujaan. Dengan dia-dia sekali jadi budak-budak.

"Amboi seronok ya dapat main dengan budak kecil. Boleh jadi mak orang dah aku tengok." Fath memerli Dian yang berehat di atas sofa.

"Mulut tu aku cili nak? Eee besar kecil besar kecil je aku tengok kau Fath!" Dian bernada mengugut.

"Kalau teringin sangat nak main dengan budak kecil, beranak sendiri kan senang! Boleh usung bawa pergi mana je kau nak, nak gomol sampai lunyai pun tak ada hal. Calon pun dah depan mata."

"Kaulah beranak dulu beb, aku lambat lagi nak habiskan study dulu. Gomol anak orang syok juga, dah penat bagi balik kat mak. Berak tak payah aku basuh ha ha ha!"

"Oh bila berak kau tak nak. Keji sungguh! Noah, ini ke bakal mak yang nak lahirkan anak-anak kau nanti. Macam tipis je harapan ni." Fath mula memprovok Dian.

"Fath! Aku tenggelamkan kau dalam kolam nuh kang, sakitnya hati kita! Jom Noah kita balik."

"Alolo kak long dah merajuk alamak...kak ngah tak tahu nak pujuk. Chill beb, aku gurau-gurau mak labu, anak seribu tak muat kelambu he he he."

"Banyaklah kau tak muat kelambu siapa suruh mak labu beranak seribu? Ingat kilang buat anak? Huh!"

"Comel pulak aku tengok kau marah macam ni no wonder Noah jatuh chenta sampai mengigau siang malam."

"Poyo! Dah aku nak balik, selamat tinggal!"

"Eh eh marah? Janganlah marah dinda, kanda masih nampak mahu pulang. Sabarlah dindaku sayang."

"Errr geli gelemai bulu hidung aku Fath! Noah jom! Makin lama boleh jadi jeli satu badan ni."

Noah masih tercunguk di atas sofa memerhatikan gelagat Noah berperang sayang dengan Fath. Sesekali buat dia tersenyum geli hati melihat bebelan Dian Ameena. Sungguh mencuit hati!
Eeman yang perasan Dian sudah bangun dari sofa mendapatkan Dian lalu bertanya

"Are you wanna leaving already?"

"Yes sayang. Nanti kakak datang lagi okay." Jawab Fath sambil mengukir senyuman manis.

"What? I'm not understand."

"Dia tak faham bahasa Melayu la. English please."

Patutlah berkerut semacam bila Dian bercakap Melayu tadi. Rupanya tak faham bahasa kebangsaan. Maklumlah duduk di negara orang putih katakan, lidah kena cakap Inggeris.

"Oh sorry...I will come again here alright? I love you!"

"No...don't go now please I want to play with you more. Please...." Eeman meraih simpati lalu adiknya yang lain juga menghampiri Dian dan memegang Dian untuk tidak lepaskan Dian pulang.

Noah menjongketkan bahu tanda dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Eeman, Eemran, Eemir I have to go now cause I have some works to do. Inshaa Allah we will meet again. You stay here long right? So I'll ask Kak Fath to bring you along to meet me. Now kiss me please, no hurt feeling you good boys." Dian memujuk dengan lembut.

             Daddy kembar tiga itu turun ke bawah mendapatkan anak-anaknya untuk turut memujuk supaya mereka tidak mengamuk atau menangis. Setelah sesi peluk-memeluk mereka akhirnya akur dan merelakan Dian pulang bersama Noah. Dalam hati Dian sempat memuji ketampanan ayah kembar tiga itu yang berdarah campuran Korea-Amerika-Cina yang bertemu jodoh dengan adik perempuan daddy Fath. Tidak
mustahil anak-anaknya comel-comel belaka!




***********************************************

                       Usai pulang dari rumah Fath di Damansara Height, Noah dan Dian balik ke rumah. Kepulangannya disambut oleh umi Noah yang setia menunggu mereka sejak pukul 5 petang tadi. Bosanlah tu sebab daddy Noah tiada di rumah kerana pergi bermain golf dengan client. Natasha dan Khaleef sudah dijemput oleh ayahnya sebentar tadi. Sudah dua malam dua beradik itu tidur disini seronok ada Dian.

  Sejurus menunaikan solat asar, telefon Dian berbunyi. Cik Su Madeena! 

"Assalamua'alaikum, hello orang di sana apa khabar? Orang di sini rindu orang sana." 

"Wa'alaikumusalam...orang di sini baik-baik je. Rindu marilah kita berjumpa. Meena ada di KL ni."

"Eh cepatnya balik? Kata cuti seminggu lebih, mamai apa? "

"Meena beraya rumah Noah, spend time kat sini. Ikut dia balik dari rumah mama. Cik su beraya ke mana?"

"Baru balik semalam dari sana pergi ziarah kubur dua-dua. Cik su tahu Meena dengan umi datang kan sebab ada bunga atas kubur, ada kesan cabut rumput semua. Sebak pula sob sob"

"Oh..pergi berapa hari? Asal tak bagitahu?"

"Pergi sehari je, tidur dekat Sri Mahawangsa Inn then pagi-pagi terus balik. Kita jumpa kat KL lagi selamat kan kan. So bila nak bersua bermadah kasih ni?"

"Ayat tak boleh blah...boleh anytime je Meena okay. Tapi Meena bawa Noah sekali sebab dia driver hee."

"Amboi kalah anak menteri ada driver bagai. Kelasss Meena! Okay cun, apa kata jumpa di Mid Valley dekat dengan apartment cik su. Boleh pergi rumah beraya."

"Ada angpau dak? Kalau ada on je... Tapi bukan seorang tapi berdua ya."

"Ish datang jelah, ketuk kang! Bila? Esok?"

"Esok cik su free? Meena boleh je, nanti Meena confirmkan lagi sekali nanti."

"Bereh, nanti inform ya sebelum esok. Boleh cik su prepare something."

"Wah I like... masak sedap-sedap cik su!"

"Anything for my darling Meena. Okay talk later, Cik Su nak sambung masak."

"Okay kirim salam semua!"

                                  
                                         ***************************************


Deras hatiku berdetak
Dilangit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

       

                Sungguh Noah memiliki bakat yang terpendam dalam nyanyian dalam diam. Begitu sedap dan gemersik suaranya menyanyikan Lagu Kita itu sambil bermain gitar di tepi kolam renang. Asyik melayan perasaan sehinggakan Dian di belakangnya pun tidak perasan.


"Ong... ong.... sedapnya menyanyi malam-malam ni. Katak pun rasa terbuai lena ha ha ha!" Dian menyakat Noah.

"Ini namanya bersatu dengan alam. Menikmati malam yang penuh indah!"

"Ermm Noah...esok kan boleh tak bawa Dian pergi Mid Valley?"

"Uh? Nak shopping?"

"Bukan... adalah."

"Cakap dulu kalau tak tak boleh."

"Okay, nak cakaplah ni. Esok Dian nak jumpa cik su Dian. Noah hantarkan boleh?"

"Oh...pukul berapa?"

"Kalau boleh pagi lepas breakfast dalam pukul sepuluh boleh?"

Noah menunjukkan pipi kanannya dengan jari telunjuknya.

"Boleh tak? Dah kenapa tunjuk pipi pulak?"

"Kiss dulu!"

"Oh nak kiss? Haa ni kiss! "

Dian menunjal pipi Noah dengan sikunya yang beralas baju t-shirt. Puas hati dia! Siapa suruh minta yang bukan-bukan? Dah kena sebijik.

"Uih mak aii? Ini bukan kiss namanya, ni pedajal! Malaslah hantar esok." Noah merajuk.

"Hah? Alah sorry beb, Dian ter-refleks tadi. Itulah suruh bukan-bukan lagi."

"Tak ada, kena denda! D.E.N.D.A! "

"Okay apa dendanya?"

"Nyanyi satu lagu!"

"What? Eeee suara tak ada malam-malam ni, sakit tekak!"

"Okay fine, esok tak mau hantar."

"Okay okay lagu apa? Tak mau yang susah-susah."

"You choose...I play the guitar."

"Hmmm lagu apa ek? English can?

"Can..."

"Love Like This, Natasha Bedingfield ft. Sean Kingston. Music please!"

Tanpa berlengah Noah memetik gitar kesayangannya dan Dia mula menyanyi dengan penuh perasaan.


Well we go back so far
Swinging in your back yard
All the things that we used to do
We were cool back in high school
Oh I really liked you,
Must have been your attitude.

That's why you keep on running
In and out of my mind
As the years they'll roll by
Baby, now I know why
I keep coming back to you
You're the only one that knows me
Love it when you hold me
Never find a love like this

Let me hear you say
Now I'll never be lonely
Look at what you've shown me
Never find a love like this

Well this life tried to keep us apart
You keep calling me back to your heart
Let me hear you say
I'm so glad you found me
Wrap your world around me
Never find a love like this

All the guys tried to take me
You're the one who saved me
I feel like I owe you my life
And as strange as it may seem
I'll go if you take me
I'm willing to sacrifice

'Cause this life tried to keep us apart,
You keep calling me back to your heart.
Let me hear you say
I'm so glad you found me
Wrap you all around me
Never find a love like this



"Bravo!!! You are good at singing dear. Though you talented in acting only but in singing too how superb!" Noah memuji sepenuh hati.

"Thanks, but no too much compliments. It just from Allah. Just temporary." Dian merendah diri.

Macam mana aku tak jatuh cinta dengan Dian Ameena yang sangat merendah diri tidak angkuh dan sombong dengan kelebihan yang ada pada dirinya?

No comments:

Post a Comment

nuffnang