Monday, 8 June 2015

The Healing Love - Part 13


           Noah sedang duduk di buaian sarang burung berhampiran dengan kolam renang rumah ibu bapanya itu sambil dipegangnya sebuah gitar lalu menyanyikan lagu I'm Yours. Sungguh asyik melayan perasaan sehingga tidak perasan kehadiran uminya yang mengambil tempat di bangku sebelahnya.

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right to the cracks
Now I'm trying to get back

Before the cool done run out I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

 "Hmm lovely song..." Umi Noah bersuara sambil tersenyum ayu.

" Astaga..terkejut Noah umi! Hee really? " Kembang kuncup hidung Noah.

" Noah teringatkan umi pada daddy zaman dulu-dulu masa dia nak tackle umi... main gitar dan nyanyi."

"Iye umi? How romantic." Noah tersengih teruja.

"Daddy nyanyi lagu P.Ramlee pada umi tepi tingkap rumah arwah nenek dulu.."

"Lepas tu?" Noah tanya pada uminya.

"Terus umi jatuh cinta.... sampai sekarang."

"Fuhh agung sungguh kisah cinta umi dengan daddy!"

"Lagi satu, daddy sanggup ikat perut demi kumpul duit nak beli tiket kapal terbang semata-mata nak jenguk umi kat England. Bila arwah nenek dan atuk Noah nampak betapa bersungguhnya daddy cintakan umi, terus bagi green light untuk kami bernikah." Sambung Puan Nasha.

 "Wow! Hebat gila daddy sampai kejar umi ke England. Emm umi... macam mana lagi cara nak pikat perempuan?" Dari ceria Noah sedikit mengeluh.

"Hmm... buat apa yang dia suka dengan ikhlas tanpa paksa. Jangan terlalu mendesak untuk dia cintakan Noah. Let just go with the flow. With patience you can win her heart inshaa Allah." Lembut tutur umi Noah.

"I'll never give up, never ever.." Noah bersemangat kembali.

"That's my boy..dah jangan lama-lama kat luar ni. Masuk tidur esok ada kelas kan?"

"Okay umi, menurut perintah! Kelas Noah pukul 10am esok."

"Ye..tapi jangan lupa bangun subuh. Solat tu wajib sayang..." Pesan uminya lagi.

"Baik umiku tercinta, ratu hatiku..." Noah menyendeng pada bahu uminya.




                                                ***********************************


                  Fath tersenyum sendiri menghadap ipad di atas katilnya. Setelah menyiapkan tugasan kolej baru kini dia sempat untuk membuka Skype untuk chatting dan membuat panggilan video dengan Abang Hakim, abang nombor tiga yang paling rapat dengannya. Beza umur antara mereka hanya tiga tahun.

"Abang Kim, when you gonna have a girlfriend? Can't wait see how so bad your taste ha ha ha!"

" Wait and see.. I'll find one soon, just don't get shock later baby." Hakim tersenyum nakal.

"Make sure you had one when  I'm there starting four months from now!"

Galak Fath mengenakan abangnya kerana dia tahu abangnya seorang yang ulat buku tak kira masa belajar memanjang. Tak ada life langsung. Padanlah umur dua puluh satu dah dapat tawaran untuk sambung masters dalam bidang Orthodontics.
       
"Adik... I miss mama and daddy like crazy huwaaa!!! Nak balik..." Hakim meluahkan perasaannya.

"You such a spoil brat! Malu dengan kucing belakang rumah la.." Fath terusan mengusik.

"Everybody were over there but left me alone here... meh datang sini dik..." Pujuk Hakim.

"Hoi, kita nak datang lah nanti..sabar boleh? Tak lama...mama and daddy deliver special for you. Tak cukup reben je nak ikat wakaka."

"Can't patiently waiting... damn miss you all so much!"

"Iyee tahu...kan aunt Liyana and kids ada kat sana. Boleh main dengan Emir,Emran and Eman yang comel tahap gaban tu kalau stress."

      Tiga kembar yang dikatakan merupakan sepupu mereka, anak kepada ibu saudaranya yang juga adik ketiga kepada Dato Iman Richad Doughlas yang kini menetap di London kerana menguruskan hotel keluarga mereka.

"I don't care! I want my family... full stop!" Hakim memuncungkan mulut.

"Hish nak orang cakap tamil ke apa nak bagi faham? Ke nak cakap bangla?"Fath mendengus.

"He he he comelnya adik kita bila marah...Abang Kim gurau jelah.. Nanti adik datang bawa belacan, budu bagai eh? Kempunan gila nak makan masakan melayu."

Dah kenapa abang aku seorang ni? Macamlah tak ada kedai makan masakan melayu kat bumi ratu tu, mengarut sahaja dia ni!

"Hmm tengoklah nanti.." Acuh tak acuh Fath menjawab.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali lalu setelah disuruh buka sahaja pintu tersebut, muncul mamanya dengan berpakaian baju kelawar.

"Adik borak dengan siapa tu?" Tanya Datin Juhana sambil melangkah menghampiri anak bongsunya itu.

"Borak dengan orang jauh ni mama..ni abang mama ada baru masuk ni."

"Hai mama! Oh how much I've been missing you...you're my queen,my beautiful, my everything!" Hakim berubah ceria melihat mamanya di skrin Skype.

"Me miss you too darling...how are you? How's study?" Soal mama.

"All are fine ma.. just a bit tensed for this upcoming final exam. Then Kim plan to go to New Zealand with my buddies nak release tension."

"Alhamdulillah...sejuk hati mama dengar. You take care, nanti jumpa adik Oktober ni kat sana. Special mama and daddy kirim for you son."

"Okay, thank you mama..I got to go now, class will be start five minutes more. Love you mmuah!!!"
Hakim mengakhiri katanya sebelum pergi.

"Adik mama sayang...tidur esok ada kelas kan." Puan Juhana bangun dari katil Fath.

"Sekejap lagi mama ya, just another thirty minutes."

"Fine, don't be too late.. mula besok payah bangun mama kejut nanti."

"Hee mama simbah sebaldi air pada adik kalau tak bangun juga." Fath bercanda.

"Mama buat betul-betul nanti okay. Nanti katil basah tidur luar." Ugut Puan Juhana.

"Adik tidur bilik Kak Sharmaine ha ha ha!"

"Mulut tu...pandai menjawab...Okay mama nak masuk tidur, goodnight my honey." Mama Fath mencium dahi dan pipinya sebelum keluar.

 Mama dah pun keluar, sekarang line clear!
Jari Fath laju menekan butang video panggilan di Skype untuk berbual dengan seseorang.

Setelah menjawab ucap salam kepada si dia yang juga berada di bumi ratu, Fath bertanya

"Where on earth have you been? Almost two weeks we're not contacting?"

"So sorry, too much busy with projects and so on. How are doing babe? Is everything's okay? I miss you."

"Really? What sort of projects you mean? Yeah all are okay here."

"I was involved with innovative thingy of projects which need 100% concentration and really important for my carry marks in final. Good to hear from you babe!"

            Tersenyum lega Fath mendengar penjelasan daripada mulut Danial Hakimi. Rindunya menggunung apabila hampir dua minggu mereka tidak berhubung dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Fath yang sudah lama berkawan dengan Danial sejak sekolah menengah di London lama kelamaan menjadi semakin selesa berdamping dengan lelaki itu. Mungkin sifatnya yang mudah mesra alam dengan orang yang baru dikenali memudahkan dia didampingi oleh insan bernama Danial.

"Danny, I'm going to your place within four months from now. So then we could meet and have fun!"
Fath teruja memaklumkan kepada Danial.

"You serious? Well that's great babe and I can't wait to have you here. We could go for a stroll at Hyde Park, ice skating together and many more. Remember we picnicked at Hyde Park every weekend and studied Biology over there?" Kenang Danial.

"How come I forgot those our memories, perhaps by twentieth of October I'll be reach in London."

"Great! Dah lah tak sempat nak jumpa you masa datang melawat Abang Hakim hari tu. Datang pun seminggu..manalah cukup."

"Danny..am I really talk to you uh? Macam ajaib Danial Hakimi cakap Melayu..OMG!" Fath menyindir sambil tergelak sakan.

"Apa, ingat duk London I dah tak pandai cakap melayu ke? Sorry okay..ini Danial Hakimi Datuk Yusof okay."

"Hahaha saja nak test, kot dah lupa asal usul. Ingat tak masa you baru datang London, tergeliat urat lidah nak speaking English. Nasib ada Fath Dlina Rose yang baik dan cun ni tolong ajarkan."

Kelakar apabila Fath terkenangkan bagaimana ayam dan itik mereka bercakap semasa mula-mula berkenalan di sekolah. Jelas sekali Danial terkena kejutan budaya.

"Cun ke? Euwww ha ha ha.. kalau you cun asal Edward tak jatuh cinta pada you lepas berjuta surat cinta you bagi kat dia? Siap letak bedak talkum lagi tak boleh blah!"

"Danny!! Tu cerita lamalah... menyampah!"

"Nasib ada Danial nakkan Fath Dlina Rose.. Malaysian lagi keh keh keh!"

"Danny we talk later okay, it's almost twelve o'clock in the night. Esok Fath ada kelas. See ya bye!"

"Bye babe, love you!" Entah Fath dengar ke tidak ayatnya yang terakhir itu.


                                                *******************************


              Dian kini duduk di meja belajarnya menghadap sebuah cermin. Rambutnya masih berbalut kemas dengan tuala putih setelah mandi sepulut minit lalu. Fikirannya terus menerawang.

"Would you please be my partner for the wedding reception this Saturday's night Dian?" Noah bertanyakan dengan penuh harapan kepadanya.

            Majlis resepsi pak su dan maksu Fath bakal berlangsung di Ritz Carlton Hotel pada malam ini. Bukan calang-calang tetamu yang diundang, semuanya dari golongan VVIP, VIP dan orang kenamaan. Ini disebabkan datuk Fath merupakan pemilik hotel terkemuka di dalam dan luar negara. Majlis yang diadakan mestilah meriah dan mewah sekali.

"Dian...are you listen to me? Hoi!"

Dian tersentak. "Ha? Apa kau cakap Noah?"

"I'm saying...would you be my partner for the wedding reception? Kan pak su Fath kahwin.."

"Why me? Is there's no other girls you wanna ask for?" Dian tercengang.

"No, there's no other girl but you. Please my dear Dian..." Noah memujuk separuh mati.

"Okay, okay... bagus juga idea kau tu.Tak ada aku seorang-seorang duk tayang gigi kat sana nanti."

"Apasal pulak kau nak tayang gigi? Bukan suruh jadi duta Colgate pun.."

"Iyelah..aku mana kenal sesiapa kat sana tu. Fath confirm busy layan tetamu dia orang. Tak adalah aku terkulat-kulat kat majlis tu." Dian dengan sabar menjelaskan.

"Oh I got you..don't worry Noah's here to be your accompany! Make sure you get dressed beautifully. Tapi jangan over shadow the bride pulak ha ha ha."

"Ya aku tahulah! Kau pun jangan terlebih kacak mengalahkan pengantin lelaki pulak, kang orang confuse."

"Alright my dear! So I pick up you at around 8pm okay?"

              Bunyi tweet dari Sony Ultra menyedarkan Dian dari lamunan. Lantas dia memandang ke arah jam yang berada di atas katilnya, dah pukul 7.30 malam! Terus dia bangun mendapatkan sebuah dress merah jambu yang tersangkut di almari. Untuk kali kedua Noah menghadiahkannya baju cantik tersebut setelah puas ditolak pelawaannya untuk ke butik baju. Akhirnya Noah membeli secara senyap-senyap dan memberikan kepadanya. Mujur padan-padan sahaja dress tersebut untuk tubuhnya yang langsing.

              Usai dress tersebut dipakai oleh Dian, dia lantas kembali duduk di meja untuk bersolek. Hanya solekan nipis dikenakan pada wajahnya yang cerah itu dan sedikit lipstik yang sepadan warnanya dengan dress yang dikenakannya itu. Cukup mempesonakan Dian malam ini!

              Setelah mendapat panggilan daripada Noah mengatakan dia telah sampai di bawah, Dian terus turun ke bawah bersama seutas beg tangan.

Dia yang telah duduk disebelah Noah hairan lalu berkata

"Noah jom...nanti lambat pulak! Ada apa-apa ke kat muka Dian?"

"You look gorgeous Dian...so stunning!" Ungkap Noah mata masih tertatap tak berkedip pada Dian.

"Okay I knew..but could we go to the Ritz Carlton Hotel now please? Or we'll be late." Pintas Dian.

          Tanpa berlengah Noah memandu keluar dari kawasan kolej kediaman Dian dan menuju ke destinasi yang dirancang. Matanya sempat melirik kearah Dian, tertawan dengan keanggunan gadis itu!
Walau apapun yang dipakai Dian, dia tetap kelihatan cantik dan bergaya. Noah berbisik di dalam hati.

           Dian berpura-pura tenang padahal dalam hati berdetak laju apabila melihat Noah mengenakan sepasang baju smart casual pada tubuhnya yang tegap itu. Tambahan apabila Noah asyik curi-curi pandang padanya ketika memandu.Dalam hati Dian berdoa supaya mereka cepat sampai di majlis resepsi itu.

          Kehadiran Dian dan Noah disambut meriah oleh penyambut tetamu yang berdiri di hadapan ruang masuk utama ballroom hotel tersebut. Dian berjalan beriringan dengan Noah setelah menyerahkan kad jemputan yang diberi kepadanya. Betapa kagumnya melihat hiasan di dalam ballroom itu seperti di alam fantasi apabila langkahnya diatur kedalam ruang besar tersebut! Seumur hidup Dian inilah kali pertama dia menghadiri majlis resepsi sebegini mewah.

 "Wow, amazing!" Itulah perkataan pertama yang terbit dari mulut Dian.

 "What? What's amazing?" Tanya Noah.

 "This reception...really amazing! Cantik gila decoration dia..dengan fresh flowers...beautiful lighting.."

" But I feel more beautiful to be with you tonight..my beautiful Dian." Perlahan suara Noah namun masih jelas di telinga Dian. Dia buat-buat tak dengar.

"Let's have a sit, our table is number 2A...nah over there!" Ajak Noah.

        Dian hanya menuruti dari belakang dan tidak disangka meja mereka terletak berhampiran dengan pentas pelamin yang tersergam indah. Tetamu jemputan kian ramai hadir bersama pasangan masing-masing. Kanak-kanak kecil yang comel-comel memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Barangkali saudara-mara Fath dari jauh.

       Dari jauh, kelibat Fath sahabat baiknya kelihatan dengan sepasang dress biru laut pada tubuhnya. Rambutnya dilepaskan mengurai menyerlahkan lagi keayuan seorang yang bernama Fath Dlina Rose.

"Hi guys! Baru sampai ke? Thanks for coming... Koranglah sahabat dunia akhirat!" Ucap Fath tersenyum manis.

"Yeah we just arrived..amboi cantiknya cik kak kita malam ni." Dian memuji Fath.

"Korang yang looks amazing okay! Sedondon, secocok semualah...macam pinang dibelah dua belas!"

"Hoii banyaknya dibelah? Belah dua cukuplah.. well you know us.. we're always look good together."
Noah masuk bakul angkat sendiri.

Dian sudah kemerahan dengan pujian Fath.

"Huh pantang puji sikit dah perasaan lebih! Tapi seriously sepadanlah aku tengok korang berdua. Macam Romeo dengan Juliet..So sweet!" Fath galak menyakat.

Dian pantas mencubit paha Fath yang duduk disebelahnya.

"Ouch! Betul sumpah aku cakap ni... korang bagai merpati dua sejoli!" Tambah Fath masih tak serik dengan cubitan berbisa dari Dian.

"Kau tak payah bagitahu aku dah lama tahu babe...yang kau rileks macam free sangat kenapa? Dah tak reti nak tolong-tolong sambut tetamu kat luar nuh?" Noah membebel macam mak nenek.

"Ish, aku in charge benda lain..aku jadi bride's maid lah! Okaylah..aku nak pergi tengok mak su. Talk later, daa!" Kata Fath sebelum meninggalkan Dian dan Noah di meja tersebut.

Dian tertanya-tanya, kalau Fath pengapit untuk pengantin perempuan tetapi siapakah pengapit pengantin lelaki? Dian ligat berfikir...

                                                  ***********************************


                  Setelah ballroom itu penuh dengan kehadiran para tetamu jemputan, pengacara majlis mula bersuara di tepi pentas.

" Mengumumkan ketibaan kedua mempelai ke majlis resepsi diiringi oleh pengapit. Selamat datang ke majlis resepsi Johan Damian Doughlas dan Doktor Juliana Jauhari  kepada para tetamu Dato,Datin,Tan Sri,Puan Sri dan lain-lain."

              Semua tetamu yang berada di meja masing-masing berdiri dan bertepuk kepada pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ketika mereka berjalan masuk ke dalam ballroom. Paluan kompang rancak berkumandang mengiringi kedua mempelai. Kelihatan juga Fath berjalan mengiringi pengantin perempuan yang sungguh cantik berbaju pengantin berwarna putih krim dipadankan dengan selendang putih yang dihiasi mahkota di atas kepala.

             Alangkah terkejutnya Dian apabila matanya beralih kearah pengapit lelaki yang setia berjalan di sisi pengantin lelaki menuju ke pentas pelamin. Segak sungguh berbaju melayu berwarna biru laut!
Ya, itulah Adam!



           Dian tidak pasti sama ada Adam perasan akan kehadirannya atau pun tidak. Namun jelas kelihatan pada wajah lelaki itu tersenyum manis bersama kedua mempelai yang kini telah mengambil tempat di atas pelamin.Adam dan Fath masing-masing setia berdiri disebelah kedua-dau pengantin bersama sebuah kipas di tangan mereka. Mata Dian masih tertatap pada seraut wajah yang berada di atas pentas bersama pengantin yang dirai itu.

"They looks perfect couple right?" Noah berkata pada Dian.

"Err yeah they are! So perfect.."Jawab Dian ringkas.

"Fath also looks good and matched with Adam as bride's and groom's maid."

"Yes, they are..." Dian tersenyum.

            Sementara pasangan mempelai bersemayam di pentas pelamin, para tetamu dijamu dengan hidangan diatas meja masing-masing bersama dengan lauk yang cukup menyelerakan tekak semua yang hadir pada malam itu. Mereka dilayan bagai di dalam sebuah istana yang mewah oleh para pelayan-pelayan yang ditugaskan.

            Setelah selesai menjamu hidangan, Dian dan Noah masih setia di meja mereka. Sementara kedua mempelai yang diraikan sudah ke meja makan untuk makan beradab. Kelihatan, datuk dan nenek Fath bersama-sama duduk di meja bersama pengantin untuk makan beradab termasuk kedua ibu bapanya.
Ada bahagia yang indah terselit di wajah setiap antara mereka. Maklumlah ini merupakan majlis kahwin yang terakhir dalam keluarga Fath setelah semua ayah dan ibu saudaranya yang lain mendirikan rumah tangga.

            Pengacara majlis masih setia dengan tugas mengacara di atas pentas. Mereka berdua kelihatan sedondon berpakaian mengikut tema majlis.

           Sedang asyik Dian menikmati cupcake red velvet yang diambilkan oleh Noah tadi, hampir tersedak dia apabila ditegur oleh seorang yang amat dikenali yang kini telah pun mengambil duduk di tepinya.

"Hi Dian, wow you look stunning and exquisite tonight! Dah makan?"

"Adam? Hi...thank you. Yes dah makan tadi sekali dengan Noah."

"Dian datang dengan Noah? Where's he?" Adam mencari susuk tubuh Noah.

"Ya Dian datang dengan Noah, dia pergi ambil buah rasanya. Kuat betul dia makan malam ni."

"Ha ha ha you tak tahu ke Noah tu is a great eater? Badan je nampak kurus tapi eat like a horse."

Dian tergelak kecil. Sedap betul mulut Adam mengumpat kawan sendiri.

"By the way you too looks great with this Baju Melayu! Looks handsome.." Giliran Dian memuji.

"Really? Thank you sweaty.. my mak long, Fath's mom yang buatkan. I just pakai."

"Tak sangka Adam jadi pengapit pengantin lelaki."

"Why?" Soal Adam

"Cause I almost not recognized you with this beautiful baju melayu. Looks so different." Jujur Dian.

"How different?"

Dian mencari ayat yang sesuai untuk diberi kepada Adam..

"Emm different lah! not like as usual...  nampak segak and maskulin."

Adam tertunduk merendah diri mendengar pujian dari seorang Dian Ameena.

"You are way more gorgeous and beautiful Dian Ameena..how lucky if someone gets you as his wife."

Bulat mata Dian mendengar kata-kata dari mulut Adam, terkejut pun ada!

Tanpa sempat Dian membalas, Noah datang dan duduk di meja bersama sepinggan buah-buahan.
Ada strawberry, blueberry, anggur, oren dan macam-macam lagi!

"Hi bro! dah settled job kau jadi pengapit?" Tanya Noah sambil berjabat tangan dengan Adam.

"Settled bro, I'm free! Best tak foods served malam ni?" Adam pula bertanya.

"Fuhhh gila tak best, aku hampir mati kekenyangan makan malam ni!" Spontan Noah menjawab.

"Good..good. Enjoy yourselves okay, I've got to go." Adam meminta diri.

Dian dan Noah lantas menikmati buah-buahan yang diambil sebentar tadi sebagai pencuci mulut. Bukan senang nak dapat makan strawberry, blueberry dan lain-lain kat majlis macam ni. Ini namanya rezeki!


                                              *********************************

             Suara pengacara majlis menghiasi ruang ballroom yang terhias cantik bagai di syurga dunia menjemput nama seorang yang Dian kenali untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sebuah lagu sebagai persembahan buat pengantin dirai yang kini masih di meja makan. Buntang mata Dian apabila nama yang disebut itu adalah Adam!

"Happy newly wed to Pak su Joe and Mak su Julie..welcome to our family! This song is specially dedicated to you guys and....my love, Miss D.

            Uhuk! Dian tersedak lantas meletakkan gelas kaca yang dipegangnya di atas meja. Seperti tahu-tahu sahaja siapa Miss D yang disebut Adam itu. Namun dia cuba untuk kawal debar di dada dan bertenang sehabis mungkin.
     
              Adam menyanyikan lagu Sedetik Lebih milik Anuar Zain dengan penuh perasaan sehingga mata setiap tetamu tertumpu hanya padanya. Penuh karisma dan gayanya yang tersendiri ketika menyanyikan lagu tersebut. Seolah menghayati habis keseluruh bait lirik yang dinyanyikannya.

Setiap nafas yang dihembus
setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu
ternyata kuperlukan cinta
dari dirimu sayang barulah terasa ku bernyawa

Kasihku kuamat mencintai kamu
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencintai sedetik lebih
sampai selamanya

                Tepukan gemuruh dari para tetamu diberi kepada Adam setelah dia selesai menyanyikan lagu tersebut. Ada juga yang bersiul nakal dan teruja habis dengan nanyiannya itu tadi. Boleh jadi Anuar Zain tak boleh cari makan dah lepas ni. Dian omel sendirian.

                Kemudian, Fath naik ke atas pentas bersama kakaknya, Kak Sharmaine untuk memberi ucapan kepada kedua mempelai merangkap ayah dan ibu saudaranya. Ucapan dimulakan dengan gurauan daripada Fath mengatakan selepas ini, mak su tidak boleh sebarangan tidur dengannya lagi kerana prince charming sudah membawa mak su tidur bersamanya sehingga ke ucapan akhir yang sedikit membuat si pengucap sebak malah para hadirin juga terharu.

"Last but not least, we hope that Pak Su Joe will taking care good of our beloved darling Mak Su Julie with his full heart till his last breathe. Remember, we are always behind you for supports. May both of you last long and have many cute kids to give us as cousins. Thank you."

                 Hampir menitis air jernih Fath ke pipi disaat megucapkan kata-kata terakhir buat kedua pasangan yang duduk di meja makan yang setia memandang mereka di atas pentas. Dian pun hampir menitiskan air matanya melihat suasana yang tadi meriah bertukar sedikit emosi.

"Hey, you crying?" Noah menegur Dian lantas menghulurkan sehelai tisu kepadanya.

"Such a sweet of Fath..." Balas Dian sambil menyambut huluran tisu itu.

Noah hanya tersenyum mendengar jawapan telus Dian.

        Setelah itu, beberapa persembahan selingan dipersembahkan di atas pentas dari beberapa saudara Fath dan penyanyi jemputan iaitu Shila Amzah dan Aizat. Sungguh menakjubkan persembahan masing-masing!

        Kemudian pengantin lelaki dan perempuan bangun dari meja makan untuk bersalam dengan tetamu yang hadir sebagai tanda terima kasih. Dian pun tidak ketinggalan bersalaman dengan Mak Su Julie Fath,ternyata cantik orangnya apabila dilihat dari jarak dekat. Mak su Julie masih ingatkan Dian walaupun hanya dua tiga kali berjumpa dengannya.

 "Selamat pengantin baru Kak Julie! Semoga bahagia sampai bila-bila.."Ucap Dian sambil berpelukan dengan mak saudara Fath.

 "Thank you Dian, thanks for coming.." Balas Doktor Juliana tersenyum manis disisi suaminya tercinta.

  "Boyfriend?" Sempat si pengantin cantik ini bertanya kepada Dian sambil mata melirik kearah Noah.

"Kawan lah, kawan Fath jugak.." Jawab Dian menahan malu.

"Mula-mula kawan, and then kahwin..." Usik Doktor Juliana tersenyum penuh makna.

Dian hanya tersenyum tunduk di tepi Noah lalu Noah pantas mencelah

"Coming soon...coming soon."

Mak Su Julie menaikkan ibu jari kepada Noah tanda bagus lalu beredar pergi ke meja seterusnya.

"Ish tak malu. Siapa nak kahwin dengan dia!" Dian mencebik manakala Noah tersenyum nakal.
            





                                     *****************************************


          Fath kini mendapatkan Dian dan Noah yang sudah pun menghampiri ke pintu utama ballroom tersebut.

"Dian! Noah! Korang nak balik dah ke? Wait, come we take photos!" Fath menarik tangan Dian naik ke atas pentas pelamin yang masih tersergam indah dengan bunga-bunga segar.

"Ala... ambil kat sini tak boleh? Aku nak balik, lambat dah ni.." Dian berdalih.

"Kejap je, kejap! Noah sini!" Laung Fath sambil camera Nikon DSLR ditekan butang on.

Noah tanpa berlengah terus naik ke atas pentas pelamin dan duduk disebelah Dian.

"Dah tu siapa nak ambilkan gambar kita bertiga? Tu, minta tolong Kak Sharmaine ambilkan." Arah Dian.

"So okay, aku ambil gambar korang berdua dulu. Okay ready...one,two..three say cheese!"

Dian dan Noah tersenyum manis seperti sepasang pengantin baru yang dirai. Dengan pakaian yang secocok dan sepadan, memang mereka tampak bagai merpati dua sejoli!

"Okay, one more time! Smileeee..." Arah Fath seperti jurugambar profesional.

"Okay,dah aku nak balik..." Dian bangun dari pelamin.

"Eh wait, wait... Am could you please snap our photo?" Pinta Fath setelah terlihat Adam melintasi pentas tersebut.

"Sure..." Adam lantas naik ke atas pentas pelamin lalu menyambut camera Nikon DSLR daripada Fath.

               Usai mengambil beberapa keping gambar, Noah terus turun dari atas pentas untuk menjawab panggilan telefon. Sementara Dian masih di atas pentas bersama Fath dan Adam.

Seketika Dian ingin mengatur langkah menuruni pentas tersebut, Adam memegang lengannya. Nasib beralas.

"Dian, smile!" Adam menangkap gambar candid Dian.

"Adam! Hish, delete gambar tu." Dian separuh marah.

"Okay,okay..tapi let us take photo together. Just two of us." Adam menyuruh Fath mengambil gambar mereka berdua.

"Kau kahwin dua kali malam ni Dian ha ha ha" Fath mengusik sambil tangan ligat menekan butang di kamera.

"Shut up Fath Dlina Rose, aku kan cantik malam ni so ramai fans nak bergambar dengan aku!"

Belum sempat Fath buka mulut, suara Noah kedengaran bergema di dalam ballroom tersebut.

"Dian, jom balik!"

"Okay guys, I have to go now.. See you again, assalamua'alaikum."

Setelah Dian hilang dari ballroom itu, Adam meminta kembali Nikon DSLR daripada tangan Fath.

"Fath, give me that cam please."

Tanpa berlengah Fath menghulurkan kepada Adam.

         Gambar dia dan Dian yang ditangkap oleh Fath dilihat satu per satu sehinggalah ke du tiga gambar yang diundur kebelakang. Gambar Noah dan Dian diatas pelamin. Ada rasa cemburu timbul dihatinya saat melihat gambar tersebut. Bagai dicucuk duri atau selumbar.

           Apakah Noah sukakan Dian juga? Seperti dia sukakan Dian? Otak Adam giat berfikir. Malam tersebut ditatapnya gambar dia dan Dian yang diambil Fath. Puas ditatapnya sehingga terlena.
Dian Ameena, aku sukakan kau!

No comments:

Post a Comment

nuffnang