Sunday, 14 June 2015

The Healing Love - Part 15


        Hi Dian, are you at hostel? Can we meet please

Mesej daripada Adam dibaca Dian dengan penuh tanda tanya. Kenapa dia nak jumpa? Ada apa-apakah? Lalu dia membalas mesej tersebut.

     Ya I'm at hostel now, datanglah..

 Thanks sweaty!, at around 10 am I'll be there..see ya!

 Tidak sampai seminit mesej tersebut berbalas.

Dalam benaknya masih bertanya tujuan Adam ingin berjumpa dengannya. Lantas dia terus siap-siap menukar baju dan mengenakan tudung di kepala biarpun masih ada lima belas minit untuk menginjak ke pukul 10 pagi.

Setelah menunggu di bawah, Adam muncul bersama BMW m5 putihnya. Kelihatan dia sangat sempoi tetapi masih ranggi mengenakan jeans dan t-shirt Ralph Lauren berwarna hitam. Sempat Dian memuji lelaki itu secara diam di dalam hati.

"Hi,salam alaikum. Dian apa khabar? Demam dah elok?"

"Wa'alaikum salam, alhamdulillah dah sihat boleh main kejar-kejar lagi."

"Here's for you..." Adam menyerahkan sejambak bunga ros yang berwarna merah jambu kepada Dian.

"Eh kenapa beli bunga, banyak pula ni? Hari tu kan dah bagi bunga..." Dian masih belum menyambut huluran Adam itu.

"Tak tahu nak bagi apa pada Dian, so I guess perempuan mesti suka bunga, banyak sangat? Anggaplah ini sebagai tanda persahabatan kita yang tidak ternilai dengan kuntuman ros ini. Oh kejap, ini Kurma Ajwa atau orang panggil kurma nabi boleh makan masa berbuka esok."

"Terima kasih. Lain kali tak perlu bawa atau beli apa-apa untuk Dian. Membazir je. Bunga ni mesti mahal, dengan kurma lagi." Dian mengalah lalu mengambil pemberian Adam itu.

"Kurma tu bukan beli, kawan daddy pergi umrah. Bunga tu walaupun banyak tapi belum tentu dapat pikat hati Dian."

"Aa...apa? Means?" Dian tidak faham ayat yang terakhir yang dikatakan oleh Adam.

"Nothing...just accept it okay. Tak baik tolak rezeki kan? So esok dah puasa, Dian ada program apa-apa ke nanti?" Tanya Adam yang bersandar pada BMW miliknya.

"Ya, terima kasih sekali lagi. Hmm program? Macam biasa kalau tak sibuk sangat Dian pergi ke masjid untuk solat terawih lepas berbuka. Tu je rasanya."

"Good, tapi nanti buka puasa sorang-sorang?" Adam bertanya lagi.

"Tak tentu, kadang berteman dengan kawan yang duk hostel ni juga kadang seorang je lah jawabnya.Tapi Dian dah biasa pun."

"Buka puasa dengan Adam nak? Tapi maklum sajalah orang bujang, dapur tak berasap. Berasap kat kedailah."

"Eh tak apa, nanti kelam-kabut nak balik solat maghrib lagi semua. Thanks for the invitation ya." Dian menolak.

"Alah kita makan light-light then solat maghrib lepas tu baru makan heavy. Boleh?" Adam memujuk.

Kasihan pula tengok muka Adam yang separuh merayu. Macamlah tak ada dia tak boleh berbuka.

"Err tengok dulu macam mana tapi Dian tak janji ya! Lagipun Fath ada juga ajak berbuka dengan dia kat rumah. Ataupun Adam datang rumah Fath berbuka sekali, lagi meriah!" Bagaikan ada mentol menyala di kepala Dian.

"But I just wanna break the fast with you Dian, just the two of us. However that's a good idea."

Dian masih beku menghadap Adam cuba menghadap apa yang diperkatakan sebentar tadi. Adam ajak berbuka dengan dia berdua sahaja?

"Hello Dian!" Adam memetik jari di hadapan Dian langsung mematikan lamunan Dian.

"Ha? What's it?" Dian kembali ke realiti.

"Okay look, boleh kalau nak berbuka sekali dengan Fath di rumah dia. But would we choose any day to breaking fast together? We are same, berbuka sorang-sorang so why not we berbuka sama-sama?"

"Yalah yalah... Adam kena belanja Dian kalau gitu!" Sengaja Dian bergurau.

"Should be no problem...as long as you breaking fast with me." Adam tersenyum puas.

"You not sad anymore? Emm so okay if you don't want to answer it, just forget it!"

Adam kelihatan tenang dan mengambil nafas sebelum bersuara untuk menjawab pertanyaan Dian itu.

"No..not anymore. I've moved on. Yes it's tough at first, but I just accept that we are not destined. "

"Great to hear that, remember..."

"Ha ha ha bunga banyak di Tasik Titiwangsa tinggal petik saja!" Pantas Adam mencelah.

"Tak sangka cepat Adam belajar he he he. Seronok tengok Adam dah tak sedih-sedih lagi."

"Tapi kan..."

"Tapi apa?" Tanya Dian.

"What if.... I want to pluck the flower whose's standing right in front of me? Is she willing to accept me?" Redup mata hazel Noah memandang Dian. Bagai ada sinar cahaya yang menghiasi ruang matanya.

"Hah? Dian tak faham..." Dian berpura-pura tak faham. Lantas dialihkan pandangan ke arah lain setelah mendapati Adam sedang ralit merenungnya.

"Pura-pura tak faham atau memang tak faham? Huh Miss Dian Ameena?"

"Adam, please.. your heart just getting healed. Please take care of it so you won't be hurt again."

"Am I going to be hurt if I pluck the flower? Why should I be hurt? In fact the flower will makes my heart getting healthier and cherish. Besides it's beating faster than normal." Perlahan suaranya namun masih jelas di pendengaran Dian.

Dian buntu mencari kata untuk membalas kepada Adam. Hatinya kini berdetak laju seperti sedang berlari mengelilingi stadium.

" Cause the flower that you means was full of thorns that will make you hurt..." Akhirnya Dian berkata dengan berhati-hati.

"I will be careful plucking it ..." Pantas Adam menjawab.

"It's not easy as you thought."

"Why not? I am a determined and never give up person." Adam tak mahu mengalah.

"Then try harder..."

"For sure...once I got it, I will put water to it everyday, smell it, stare at it, love it with my whole heart. Never will I make it wilted. Cause that kind of flower is super special to me...." Sungguh romantis kata yang terbit daripada mulut lelaki yang bernama Adam itu.

Dian telan kelat air liur hampir mati kata-kata. Sungguh mendalam maksud ayat tersebut dan dia tahu siapa 'bunga' yang dimaksudkan Adam itu.

Sah, Adam tengah memikatnya! Mana mungkin dalam sekelipan mata dia bisa jatuh hati padanya. Cepat betul dia membuka hati untuk jatuh cinta lagi. Apa dia tidak serik dan lelah? Dian berbisik di dalam hati.

"But as for you know, I won't be so pressure to pluck that flower. Let time slowly helps me to take the super special flower. Patience is worthy." Jelas Adam lagi.

Sekali lagi Dian terdiam membisu.




                                           ***************************************

                   Pejam celik sudah hampir ke pertengahan ramadhan dan ini bukanlah kali pertama Fath mengajak Dian untuk berbuka puasa sama-sama. Tapi entah dalam hati Dian rasa lain macam saja dengan Fath hari ini. Macam ada sesuatu yang disorokkannya namun tak dapat Dian agak tentang apa.
Kali ini Fath mengajaknya berbuka puasa di luar dan sahabatnya itu akan menjemputnya di asrama.

     
"Fath, ada apa-apa yang aku tak tahu ke ni?" Dian memandang Fath yang sedang memandu dengan tenang.

"Uh? mana ada, seriously nothing..."

"Baik cakap betul-betul, kalau tak aku tak nak ikut kau."

"Hello, dah naik kereta ni kau kata tak nak ikut? Jangan nak mengada Dian. Tak ada apa-apa lah."

"Kenapa ya hati aku kuat mengatakan yang kau ada sembunyikan sesuatu ?" Dian curiga.

"Eeee minah nilah haiii, suka hati kaulah okay kita dah sampai!"

Mata Dian masih tertatap pada papan tanda restoran yang mereka akan masuki. Sungguh eksklusif!
Dari luar pun sudah nampak gaya eksklusifnya apatah lagi dekorasi di ruang dalam. Dian berbisik sendirian.

"Fath, Fath! Weh kita nak berbuka kat sini ke? Mesti mahal, kita cari kedai lain eh?" Dian menarik tangan Fath separa merayu.

"Dian, kan aku dah cakap aku belanja.. Dah jom! Dia orang dah tunggu kita tu.." Ujar Fath Dlina Rose.

"Dia orang? siapa? Bukan kita berbuka berdua ?" Tanya Dian tidak mengerti.

"Mama aku, Noah, umi dia and Adam." Balas Fath selamba sambil mengatur langkah masuk ke dalam restoran.

"What? Fath, asal kau tak bagitahu aku awal-awal? Ish seganlah!" Terbeliak mata Dian.

"Rileks, tak payah segan bagai lah Dian aku kan ada. Macam kau tak kenal dia orang tu. Jom..." Fath menarik tangan Dian.

"Bismilillah....." Dian menarik nafas lalu mengikuti di belakang Fath.


"Ha sampai pun anak dara dua orang ni. Ingat tak jadi datang..Come, have a sit!" Mama Fath bersuara.

Pantas Dian mendapatkan Puan Juhana, mama Fath dan umi Nasha untuk bersalaman.

"Uncle Razuan...eh silap daddy mana umi? Tak ikut sekali?" Tanya Dian yang duduk di sebelah Fath berhadapan dengan Adam manakala Noah disebelahnya. Matanya asyik memerhati Dian.

"Daddy pergi Singapore ada urusan business, tinggal umi dengan Noah je berdua." Jawab umi Noah.

"Aunty pula, mana boyfriend he he he?" Dian bertanya pula kepada mama Fath.

"Oh uncle Iman berbuka dengan client dia kat hotel... Ingat nak berbuka kat rumah tapi Fath beriya ajak aunty berbuka kat sini, ikut jelah." Balas Puan Juhana yang tak lokek dengan senyuman.

"Dian tak sangka pula umi dengan Aunty Jue ada, Fath tak bagi tahu langsung!" Dian menyiku lengan Fath yang leka dengan telefonnya.

"Eh? Sorry la darling... bukan sengaja."

"Dian dengan Fath nak order apa? Kami dah order tadi." Puan Juhana lantas melambai pada salah seorang pelayan restoran itu.

"I would like to have fish and chips, sweet potato and caramel latte please. Dian kau nak makan apa?" Tanya Fath melihat Dian asyik membelek buku menu.

"Hmm entahlah aku tak tau nak order apa. Kau order kan aje boleh?" Dian bingung malah rasa serba salah setelah satu persatu menu yang dibeleknya dilihat harganya yang begitu tak terjangkau dek akal.

"Give her baked cheese macaroni, delight drummet and Cappucino please..." Noah mencelah.

Dian seperti duduk tak kena dan serba salah. Mana Noah tahu selera tekaknya?

" Perghhh habis semua dia hafal favourite food kau Dian!" Fath memecah kesunyian di meja.

"Mana tak hafalnya, hari-hari duk makan sama kat kolej. Aww so sweet!" Sambung Fath.

Dian sempat menjeling kepada sahabatnya, mukanya merah padam menahan malu.

"Aku tak tahu kalau Dian hafal juga favourite food aku? Kan Dian?" Noah memandang Dian.

"Errr....tak, sorry.." Dian bersuara perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Noah.

           Adam tersenyum kelat, dia hanya mendiamkan diri dan memerhati. Matanya tak lari daripada memandang gadis manis yang bernama Dian Ameena. Tengah hari tadi dia menelefon mama Fath untuk datang berbuka puasa di rumahnya lalu mama Fath mengajak dia sekali ke sini. Alangkah langkah kanan dia dapat ketemu gadis yang telah mencuri hatinya itu.

"Adam, hello! Berangan je kerjanya..." Fath memetik jari kepadanya.

"Ha? Yeah that's true." Pantas lamunannya terhenti dan semua yang ada memandangnya.

"What's the true? Yes it's true that you have a daydreaming now! Ha ha ha" Fath gelak sakan.

"Ermm Dian, sedap tak kurma tu?" Adam cuba untuk tukar topik.

Dian terkejut, dalam banyak-banyak soalan kenapa soalan kurma ditanyanya? Pelik sungguh mamat ini.

"Sedap, manis... thanks ya!" Jawab Dian sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Kau bagi dia kurma bro? Bila?" Noah mencelah.

"Yup, hari tu sebelum puasa. If I am not mistaken, you too get it right? From mak long?" Tanya Adam.

"I see..you gave me kurma? When? I don't know about it." Balas Noah.

"Oh Noah, umi lupa kurma yang Noah makan semalam tulah yang Aunty Jue bagi. Rupanya Adam yang bagi ya?" Umi Fath menyampuk.

"That's right aunty.." Adam tersenyum.

       Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun sampai diletakkan diatas meja. Suara azan berkumandang pun kedengaran lalu Noah mengetuai bacaan doa berbuka dan doa makan sementara yang lain mengaminkan doa. Masing-masing tak bersuara khusuk menikmati hidangan masing-masing.

       Setelah hidangan dihabis makan, tiba saat mereka menikmati pencuci mulut. Setelah pencuci mulut dihidangkan diatas meja alangkah terkejutnya Dian melihat di atas pinggannya tertulis 'Happy Birthday' lalu dia memandang satu per satu muka yang berada di meja. Hatinya mula sebak dan mula menitiskan air jernih kerana rasa terharu yang mendalam.

"Fath...apa semua ni?" Dian bertanya dalam nada sebak.

"Happy birthday my darling Dian! Surprise!!!!" Balas Fath lalu memberi isyarat kepada pelayan restoran untuk membawa kek hari jadi ke meja mereka.

Dian terkedu tak terkata. Pipinya dibasahi air mata. Rasa tak percaya dengan semua ini.

"Come on, say something Dian..." Noah bersuara.

"Thank you so much everyone, I'm speechless! Thank you..." Dian mengesat air matanya.

"So birthday girl, please blow the candle first! Your tears won't be able to blows all of them. Make a wish first." Sempat Dian berjenaka.

"Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to Dian Ameena...Happy birthday to you.."
Semua yang berada di meja menyanyikan lagu hari jadi kepada Dian.

Pengunjung restoran yang berada di dalam restoran turut sama menyanyikan untuk Dian. Mereka juga tumpang gembira.

"One more song, Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan Dian Ameena..Allah selamatkan kamu..." Noah mengetuai nyanyian.

"Happy birthday my dear best friend, wish all your dreams come true and may Allah bless you always and cherish you forever." Fath terlebih dahulu mengucapkan kepada Dian lalu dipeluk sahabatnya itu.

"Thanks darling, I'm so touched babe. So this is the surprise uh?" Dian bersuara serak kerana terharu.

"Surprise being revealed! Dah tak usah touching-touching.. buah hati ada tengok tu ish." Fath mengesatkan air mata Dian.

"Buah hati kaulah ha ha ha. Terima kasih Fath, I really appreciate it..." Ungkap Dian.

"Emm are you done Fath? Can I wish to Dian now?" Tanya Noah yang setia berdiri di sebelah Fath.

"Ops sorry, yeah sure.. " Fath menginjak ke belakang lalu memotong kek red velvet yang ditempah khas daripada sahabat mamanya.

"Dian, selamat hari tua! Nah here's for you..Buka kat rumah nanti." Noah menghulurkan sebuah hadiah yang berbalut kemas dan cantik tetapi kecil sebesar tapak tangan budak dua tahun sahaja.

"Yalah...Dian dah tua! Thanks so much buddy, appreciate it! So you too berkomplot dengan Fath for this surprise?" Tanya Dian dengan kening hampir terangkat.

"Surprise! Ha ha ha! No...even Dian tua sekalipun, you're still gorgeous into my eyes." Sinar dalam mata Noah menembusi mata Dian.

"Banyaklah dia punya gorgeous...dah pergi makan kek." Arah Dian.

Lantas, Adam mendekati Dian setelah melihat Noah pergi ke meja untuk mengambil kek dan berkata sesuatu.

"Ehem, happy birthday Dian Ameena. This is for you..specially for you. Hope you like it."

"Oh Adam, susah-susah je bagi hadiah... but anyway merci ya! Thank you..." Dian menyambut huluran hadiah yang diberi Adam. Agak-agak apalah mamat ni bagi? Benaknya berfikir.

"Tergamak Dian tak bagitahu birthday Dian hari ini.." Kata Adam.

"Hari ini birthday Dian pun Dian tak ingat. Busy dengan kelas lah macam-macam. Mana Fath korek hari lahir Dian pun tak tahu."

"Really? Parah tu...You're lucky to have Fath as a best friend. She's awesome right?"

"Really awesome! Untung bila dia kahwin dengan suami dia nanti, mesti dialah yang eksaited nak celebrate."

Adam tersenyum mendengar luahan Dian. Tak jemu dia memandang seraut wajah yang ada didepannya ini. Sekali pandang berkali-kali ingin dipandangnya.

"Amboi Am... jangan ditenung lama-lama anak dara orang. Kalau dah berkenan masuk meminang, nanti dikebas orang he he he." Puan Juhana berseloroh.

"Mana ada mak long, mata mak long tu silap pandang agaknya." Adam cuba berdalih.

"My eyes are still healthy and clear sweetheart...don't ever to lying me. Kalau suka katakan suka kalau cinta katakan cinta." Tajam dan bisa kata-kata Puan Juhana, mama Fath.

"By the way Dian, this is for you honey... aunty tak tahu Dian suka apa so aunty main beli je. Hopefully you love it." Puan Juhana memberikan sebuah beg kertas bercorak bunga-bunga kepada Dian.

"Anything you give me, definitely I'll love it. Thank you so much aunty. Tak bagi hadiah pun Dian tak kisah aunty dah berkomplot for this surprise is surprise enough for me." Jujur dan tulus Dian menjawab.

"Dian, nah ini daripada umi and daddy. Noah kata Dian minat purple. So umi belikan warna purple. Nanti bukalah ya." Puan Nasha Emily datang mendapatkan Dian.

Noah pun hafal warna kegemarannya? Bertuah punya Noah!

"Ya Allah..terima kasih umi. Say thanks to daddy too ya.. apa dalam ni ya?" Dian menggoncangkan kotak hadiah yang berbalut rapi dan cantik.

"No...buka nanti ya sayang. Umi nak balik dah ni, nak terawih dekat masjid. Dian senang nanti datang rumah umi ya, Noah ada boleh tolong ambil. Seronok umi bila Dian datang rumah." Umi Noah minta diri untuk pulang.

"Insha Allah umi, kirim salam pada daddy ya. Hati-hati balik." Dian cium tangan umi Noah lalu dipeluknya erat wanita yang berusia lingkungan lima puluh tahun itu.




****************************************************


            Setelah dihantar pulang oleh Fath, Dian duduk diatas katil lalu dibuka satu per satu hadiah yang diberi kepadanya tadi. Rasa gembira bukan kepalang kerana sudah lama rasanya tidak dirai sedemikian. Pada usianya genap dua puluh satu tahun dia dianugerahkan tuhan untuk meraikan bersama mereka biarpun bukan ahli keluarganya tetapi hanya saudara seagama. Dipanjatkan rasa syukur kepada yang Maha Esa kerana dipanjangkan umur sehingga ke hari ini bernafas di bumi yang luas.

                   
           Sony Ultra Dian berbunyi panggilan lantas dijawabnya. Mamanya telefon.
Setelah salam dijawab, mamanya terus mengucapkan selamat hari lahir dan mengatakan ingin sambut dengannya apabila dia pulang ke rumah. 

"Kenapa malam baru mama nak wish Meena? Mesti lupa lah tu.."Dian berpura-pura merajuk.

"Ala sorry sayang, mama ingat Meena busy dengan kelas tadi. Sorry again. Okay nanti mama bagi dua presents pada Meena. One for birthday and one for sorry."

"Promise! Tak mahu yang kecik, nak yang besar he he he..' Dian berseloroh.

"Amboi...demand ya. Okay anything for you darling. So hari ini siapa wish pada anak mama?"

"Bukan setakat wish, celebrate sekali ma.. Fath lah yang mastermind. Siap komplot dengan mama dia dengan Noah semua. Surprised habis Meena hari ini." Jawab Dian.

"Serius? Wah...rugi mama tak ada sekali. Patutlah mama dengar happy semacam suara Meena. Dapat hadiah banyak ya? Noah bagi apa?" Mamanya teruja.

"Entah, Meena tak sempat buka hadiah Noah mama dah telefon." 

"Cer buka! Mama tunggu ni.." 

           Hanya hadiah Noah yang belum Dian buka. Yang lain semua dah dibukanya. Mama Fath memberinya sebuah beg kertas yang sederhana besar berisi tiga buah novel Inggeris dan dua buah novel Melayu manakala umi Noah memberinya sepasang kain sutera berwarna ungu. Fath pula menghadiahkannya sebuah t-shirt yang ditempah khas bertulis 'I am Fath's best buddy!" dan seutas jam tangan jenama Oriental pemberian Adam.

Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah daripada Noah yang paling kecil sekali kotaknya. Buat Dian tertanya-tanya apakah isi di dalamnya? 

"Meena...cepatlah buka mama dah tak sabar ni!" Suara mama menghentikan lamunannya serta-merta.

"Okay, kejap..sabar.." Katanya lalu diambil bungkusan kotak kecil itu.

Dibukanya dengan penuh berhati-hati balutannya. Setelah dibuka balutannya, terlihat sebuah kotak baldu kecil berbentuk segi empat berwarna hitam. Tanpa berlengah Dian membukanya dan alangkah hampir terkeluar biji matanya melihat isi di dalam kotak tersebut.

"Meena? Apa dia bagi?" Tanya Puan Maria.

"Meena? Hello? Dengar tak mama tanya?" Suara Puan Maria kedengaran di hujung panggilan.

"Cincin ma...Noah bagi cincin!" 

"Ya Allah, Meena tak tipu kan?" 

"Ya mama, cincin... Meena rasa ni cincin betul ma.." Jawab Dian dalam memandang ke kotak kecil tersebut.

"Biar betul Noah ni? Kenapa bagi Meena cincin pula?"

"Unbelievable...." Kata Dian masih tak percaya.

"Noah betul-betul sukakan Meena! So Meena suka dia tak?" Tanya mamanya dengan tersenyum.

"Suka sebagai kawan tak lebih daripada tu mama. Meena ni belajar lagi..ilmu lagi penting untuk dicari, cinta akan datang sendiri tanpa dipaksa. Meena nak pulangkan balik cincin ni."

"Eh nak pulangkan balik? Baik bagi mama je he he he.." Puan Maria berseloroh.

"Mama! Tak lawak okay, cincin ni mahal brand Tiffany & Co kot.. mesti beribu ni." Jawab Dian.

"Terpulang pada Meena. Tapi tak baik kita tolak pemberian orang sayang..." Kata mamanya.

" Bukan macam tu maksud Meena, pemberian Noah is just too much which I can't simply accept it." Meena cuba menjelaskan.

"Up to Meena, nanti update mama ya pasal cincin ni ya. Okay nanti mama call lagi bye sayang!" Puan Maria ucap pada Meena sebelum meletakkan telefon.

"Hmm Noah...buat tabiat apa bagi cincin mahal-mahal brand Tiffany & Co lagi tu." Omel Dian sendirian.

          Malam itu fikirannya asyik memikirkan bagaimana harus dia pulangkan hadiah Noah itu semula tanpa menyinggung perasaan lelaki tersebut. Walau bagaimana cara sekalipun hadiah mahal itu mesti dipulangkan segera kepada si pemberi hadiah. Bagi Dian dia tidak pantas untuk menerima hadiah sebegitu mahal. 





                                        *****************************************

            "Nah ambil balik hadiah ni, Dian tak layak untuk semua ni." Dian menghampiri Noah yang sedang menikmati sarapan pagi di Kafe Uncle Sam di kolej mereka.

         "Duduklah dulu, kenapa bagi balik? Dian tak suka?" Tanya Noah yang menghirup caramel latte di dalam cawan putih.

      "It's not like that, the thing is it's a ring! A ring Noah, Dian tak boleh terima." Kata Dian yang sudah duduk di hadapan Noah.

  "Why not? That's a present for your birthday...ambillah okay?"Selamba Noah menjawab.

" A ring with brand Tiffany & Co? No...it must be expensive, baik Noah ambil balik tak pun bagi umi Noah."

"Umi pun suka Noah bagi cincin tu, looks suit with you dear.."

Dian hampir tiada nafas untuk menghadam kata-kata Noah tadi, rasa pening-pening lalat.

"Tapi kenapa mesti cincin mahal-mahal? Dian tak perlukan semua tu. Can't you get it?"

"Look Dian Ameena, tak baik tau kalau tolak rezeki. That's just a present for you for your birthday. Please accept it with your full heart dear..." Lembut Noah menyusun ayat kepada Dian.

"Tapi...."

"No tapi tapi anymore, Noah nak Dian ambil hadiah ini dan pakai bila Dian dah bersedia." Balas Noah dengan tenang menatap mata Dian.

"Mak..maksudnya apa? Dian tak faham." Dian berkerut memandang Noah.

"Means wear it when you are ready to accept me as your future-to-be-husband. Is that clear?"

"Hah? No, Dian tak boleh terima semua ni! This insane, nah ambil balik." Dian berkeras.

"Okay you got me kidding darling, just assume it as our friendship love please?" Noah tergelak kecil.

"Noah, dah terlalu banyak Noah buat untuk Dian selama ni. Tapi Dian? I've do nothing to you!" Dian serba salah.

"Simple...caused I've deep fallen in love on you." Spontan balas Noah.

Dian telan kelat air liur, mencari-cari kata-kata untuk diucap pada lelaki yang bernama Noah Ismail Wong.

"Please Noah....jangan main-main soal hati dan perasaan."

"Ada kat muka Noah tulis 'main-main'? When I'm serious, no play-play. Yes, this is about the feeling, two hearts become one just because of L.O.V.E.." Satu-satu Noah mengeja huruf 'Love'"

"Noah, Dian tak ready untuk sekarang. Noah carilah perempuan lain ya."

"That's why I asked you to wear it when you're ready sweaty, and I'll be waiting for you till you're ready. I'll never ever find and wait for someone else. Full stop!" Sinar mata Noah penuh dengan sinar cinta saat ini.

"Kita...kita tak sepadan Noah. Dian dengan Noah macam langit dan bumi atau macam enggang dengan pipit." Dian berkata dengan resah.

"Who says? I don't think so. Cinta tak pernah kenal erti darjat atau harta. Malah cinta menyatukan dua hati satu jiwa..." Tenang Noah membalas.

"Noah..."

"Dian, please don't make it complicated uh? You deserves all these...trust me." Noah meyakinkan Dian.

Tidak sempat Dian membuka mulut untuk berkata Fath muncul dari arah belakang Noah.

"Hi guys! Amboi kalau dating dah tak ingat aku ya? Weh! Tiffany & Co? Tengok!!" Fath ingin mengambil kotak baldu yang berada diatas meja itu.

Belum sempat dia mengambil, tangannya dijentik Noah.

"Haip! Ini untuk Dian bukan kau okay."

"Yalah, kasilah aku tengok apa isi dalamnya." Fath mencebik tanda tidak puas hati.

Apabila Noah membiarkan Fath membuka kotak baldu hitam itu ternganga luas mulut Fath kerana kaget melihat sebentuk cincin permata yang bersinar di dalamnya.

"Wow! Cincin, diamond babe! Siapa bagi ni?" Tanya Fath teruja.

"Adalah seorang hamba Allah yang pemurah tu.." Balas Dian sambil mata melirik ke arah Noah.

Noah sempat mengenyit nakal kepada Dian.

"Bestnya kau dapat diamond ring! Jealous aku tahap infiniti... yalah hamba Allah yang mana satu? Aku kenal ke?" Tanya Fath sambil mengambil tempat di sebelah Dian.

"Kenal, kenal sangat..."

"Siapa? Hah biar aku teka! Adam?"

Hampir tersedak Noah yang sedang menghabiskan caramel lattenya itu. Tak sangka Fath meneka nama lelaki tersebut.

"Tettt salah!" Dian bersuara.

"Habis tu?" Fath tertanya-tanya.

"Find yourself. Tak surprise kalau aku bagitahu." Balas Dian lantas mengambil kotak baldu hitam tersebut masuk ke dalam begnya.

Betapa gembiranya Noah melihat Dian mengambil cincin tersebut. Semoga Dian akan memakai cincin tersebut apabila tiba masa dia sudah bersedia. Tak sabar rasanya!

"Eh jom, kelas dah nak start! Tak pasal-pasal membebel Mr.Jonanthan dari awal sampai habis kelas." Ajak Noah yang telah bangun dari kerusi.

"Okay let's go!" Dengan gembira Fath menyahut.

        Dian hanya berjalan beriringan bersama mereka. Sesekali matanya bertemu dengan mata Noah. Entah bagaimana perasaannya kini sukar untuk ditafsir dan dijelaskan tentang Noah. Apakah patut dia memberi sedikit ruang dan peluang untuk Noah?


                                             *************************************

                 
                  Setelah mendapati bahawa kelas bersama Dr.Danial Ashraf dibatalkan, Dian lega kerana dapat pulang awal untuk berehat. Hari ini tiba-tiba dia rasa penat dan lelah berpuasa. Mungkin disebabkan cuaca panas yang tiada berhujan lamanya. Pukul tiga setengah dia sudah sampai di bilik lalu rebah di atas katil.
Sementara matanya ingin lelap, Sony Ultra miliknya lantang berbunyi bernada panggilan.

"Assalamua'alaikum, Dian? Have you finished your class today?" Tanya si pemanggil.

"Wa'alaikumussalam, yeah I've done with class today..." Dian menjawab sambil memejamkan mata.

"So you free now? Would we breaking fast together please?" Pelawa si pemanggil.

Dian lantas membuka matanya dan melihat nama pemanggil di skrin telefonnya. Adam!

"Adam? Sorry... thought my friend." Balas Dian lalu bangun dari baring.

"Yes it's me.Me is not one of your friend?  So, would you please go out with me to breaking fast?" Tanya Adam sekali lagi.

"Err... where are you now?" Dian cuba melencong daripada menjawab pertanyaan si jejaka itu.

"I'm near your place now. So please come with me? Tak lama dah nak raya, so mungkin lama tak jumpa Dian."

"Hmm...okay but this is the last one! Pukul berapa nak datang?" Dian akur akhirnya.

"Cool, you okay if I fetch you at 6pm?" Tanya Adam.

"Okay 6pm... okay bye!" Dian ucap salam setelah bersetuju.

Adam tersenyum lega dengan persetujuan Dian untuk berbuka puasa bersamanya hari ini. Dia rela untuk memandu ke Subang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk gadis bernama Dian Ameena. Biarpun terpaksa meredah kesesekan jalan raya yang menggila justeru dia sanggup keluar pejabat awal untuk ke sana.



                                     ***************************************

            Usai berbuka puasa, Dian dan Adam menunaikan solat fardhu mahrib di masjid berdekatan. Setelah solat terawih, mereka menikmati makanan berat di restoran yang berhampiran. Selesai menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan, mereka mencuci mata di pusat membeli-belah di sekitar kawasan tersebut.

   "Jom, masuk sini kejap..." Adam mengajak Dian lalu diatur langkahnya ke sebuah butik pakaian.

   "Adam nak beli baju raya eh? Untuk mummy?" Tanya Dian yang berdiri di sebelah Adam di dalam butik tersebut.

   "Mummy dah lama beli baju raya. Dia tempah awal-awal lagi dengan kawan dia. Dekat sikit, hmm.. looks very beautiful with you!" Adam meletakkan sepasang baju kurung di badan Dian.

"Eh, Dian tak nak! Kalau nak beli untuk Dian tak payah membazir okay." Dian kelam-kabut.

"Alah bukan selalu, anggaplah ini hadiah untuk hari raya daripada Adam."

"Ish tak payah Adam, Dian dah ada baju raya mama belikan untuk Dian."

"Itu mama belikan, ini Adam belikan... come which one you like? this or this?" Tanya Adam sambil memegang dua pasang baju.

"Hish, degillah dia ni! Dian kata tak payah tak payahlah..." Dian mengeluh panjang.

"Please kali ini je..please.. okay Adam pilih je yang mana boleh?" Adam memujuk Dian.

"Suka hati Adamlah, asal bahagia!" Dian mengalah.

"That's my girl...okay I'll take this one and this one too." Kata Adam kepada pekerja butik tersebut.

"Eh beli satu cukuplah! Nanti Dian tak nak terima.." Dian mengugut.

"Okay fine, ambil satu je... saya ambil yang ini ya." Adam mengatakan kepada pekerja butik itu.

           
              Setelah selesai membayar, mereka melangkah keluar dari butik tersebut. Pantas mata Dian memandang sekujur tubuh yang amat dikenalinya dari arah kanan. Kelihatan sedang berjalan menuju menghala ke arahnya bersama sahabat baiknya Zaim Armani dan beberapa yang lain. Ya, tak lain tak bukan Noah! Hati Dian tak keruan dibuatnya.

"Emm jom kita pergi kedai tu, jom!" Dian mengajak Adam.

"Kedai baju lagi? Dian ada nak beli apa-apa ke lagi?" Tanya Adam melihat Dian semakin tak keruan.

"Aah, jom Adam!" Dian hampir menarik lengan Adam.

            Apabila mendapati tiada lagi kelibat Adam dengan kawan-kawannya, Dian terus menarik nafas lega.     Dibelek-belek deretan baju yang kemas tergantung di rak. Kemudian diambil sepasang baju melayu berwarna ungu kegemarannya. Adam pula hilang di bahagian hujung butik tersebut sedang leka melihat baju kurung. Betapa terkejutnya Dian bagaikan nak luruh jantung tatkala disapa oleh satu suara di belakangnya.

"Ehem...shopping seorang ke berdua cik adik manis?" Noah bersuara kepada Dian.

"Err...hish dah tak reti nak bagi salam? Kalau Dian mati katak kat sini tak rasa bersalah?" Marah Dian.

"Hee sorry, assalamua'alaikum ya habibi! Janganlah sebut pasal mati, kita kan belum kahwin lagi." Noah mengenyitkan mata.

"Biar Dian mati, padan muka Noah! Suka sangat buat orang terkejut." Bentak Dian.

"Chill...okay Noah minta maaf ya. Baju ni untuk siapa? Untuk Noah eh?" Tanya Noah.

"Eee perasan! Siapa nak belikan untuk dia. Tak malu." Dian mencebik.

"Dah tu? Untuk madu Noah ke? He he he!!!" Gelak Noah tak tahan.

"Kalau ya kenapa? Jealous?" Dian sengaja menguji Noah.

"Of course jealous. Asal untuk madu Noah Dian belikan baju, untuk Noah tak ada?"

"Suka hati Dianlah! Noah belilah sendiri!"

Belum sempat Noah menjawab, Zaim Armani memanggilnya dari luar kedai.

"Noah! Cepatlah kata nak pergi kedai kasut."

"Okay, kejap!"

"Dian my dear, Noah pergi dulu ya. You take care my sweaty... Oh ya, kirim salam sama madu Noah ya."

Dian seakan terkejut dengan kata-kata Noah sebelum dia beredar sebentar tadi. Apakah dia tahu dengan siapa Dian keluar? Atau sengaja pura-pura buat tak tahu? Tapi Noah berlagak tenang sahaja.

"Dian, dah pilih? You like this one?" Adam muncul lalu bertanya kepadanya.

"Huh? Err...cantik tak? Adam suka?" Tanya Dian pada Adam.

"Purple? Hmm I love purple! Tapi untuk siapa?"

"Untuk Adam, baru adil kan?"

"Hey, Adam dah ada baju rayalah Dian... ingat beli untuk ayah ke siapa."

"Alah...bukan selalu. Kalau macam tu Dian tak mahu terima baju kurung tadi."

"Okay..alright...tapi Dian belanja Adam bayar okay?"

Tercengang Dian mendengar kata-kata Adam yang sudah pun berlalu pergi ke kaunter bayaran.

               Setelah itu, mereka berjalan keluar dari pusat membeli-belah tersebut dan menuju ke kereta yang terpakir di hadapan pusat beli-belah itu. Kelihatan bandar Subang masih hidup dan ceria walaupun sudak menginjak ke tengah malam. Ramai yang keluar berjalan-jalan di sekitar usai menunaikan solat terawih. Lagipun cuaca sejuk di waktu malam berbanding siang hari.

"Dian suka jam tu?" Tanya Adam sambil menghidupkan enjin kereta BMW m5 miliknya.

"Oh..jam tu, suka! Cantik... terima kasih ya!" Balas Dian lalu tersenyum.

"Bila Dian lihat jam tu, ingatlah Adam ya." Kata Adam yang mula memandu.

Dian tidak balas kata-kata Adam tadi lalu membuang pandang ke arah tingkap disebelahnya.

"Raya nanti Dian balik mana?" Soal Adam memecah sunyi di dalam kereta.

"Raya nanti Dian balik rumah mama dekat Pahang. Kenapa nak ikut?" Pantas Dian menyumpah mulutnya yang gatal berkata sedemikian.

"Boleh ke?" Adam mengujinya.

"Errr..apa salahnya." Jawab Dian acuh tak acuh.

"Dian balik sana berapa lama? Tak balik kampung ke?"

"Tak balik kampung, kalau balik ziarah kubur arwah nenek dengan tok ayah Dian je. Mungkin balik seminggu kot." Ujar Dian.

"Oh.... Dian pandai buat kuih raya?" Adam cuba tukar topik.

"Hmm setakat tolong gote-gote tu bolehlah. Tolong mama buat almond london, tart nanas, biskut mazola, kuih siput, popia, cornflakes dan macam-macam lagilah."

"Gote-gote? Apa tu?"

"Ala macam uli..something like that. Jangan cakap 'uli' pun tak tahu."

"Oh... tahu-tahu. Adam suka almond london like crazy and cornflakes!"

"Ya? Kalau macam tu datanglah rumah beraya! Dian simpan banyak untuk Adam nanti."

Aduh mulut ni! Kenapa gatal bebenor. Dian menyumpah mulut sendiri.

"Inshaa Allah...kalau datang bawa rombongan sekali boleh?"

"Hah rombongan? Means?" Dian memandang Adam.

"Rombongan Cik Kiah meminang Dian ha ha ha!!!" Adam tergelak melihat reaksi Dian.

"Err tak kelakarlah Adam. Kalau nak bawa rombongan baik tak payah, Dian tutup semua pintu nanti bila datang."

"Hai tergamak buat macam tu? Tak baik tolak tetamu tau."

"Tergamak tak tergamak, siapa suruh bawa rombongan bagai."

"Alah orang gurau pun tak boleh. Chill...kalau Adam nak bawa rombongan Adam bagitahu Dian dulu okay?"

Dian buat tak peduli pada Adam malas dilayan nanti bertambah parah jadinya.

"Okay, dah sampai. Eh wait, here your baju...nanti pakai ya." Adam menghulur sebuah beg kertas kepada Dian.

"Ya, terima kasih..baju melayu tu pun jangan lupa pakai! Drive carefully ya, dah sampai inform!" Dian melambai kepada Adam.




                                                **********************************

                       
               Hari ini merupakan kuliah terakhir sebelum cuti raya bermula selama sepuluh hari. Berkobar-kobar Dian untuk pulang menyambut Syawal bersama mamanya. Biarpun dia tahu raya tahun ini mungkin seperti tahun sebelumnya namun dia masih menaruh harapan untuk menyatukan semula mamanya dengan cik su kesayangannya.Cukuplah persengketaan yang tercetus selama hampir lima belas tahun ini.

     "Okay, before we end the class I would like to wish happy hari raya aidilfitri to all my students who's going to celebrate it  and going back to hometown. Just make sure to bring me all delicious biscuits, and I'll give you extra marks for the assignments for sure. Last but not least, please send my regards to your parents and family and tell them to send you back here in one piece. Thank you..." Semua khusyuk mendengar ucapan daripada Dr.Mariam Sandra Kylle yang mencuit hati.

      Dr.Mariam Sandra Kylle yang berasal daripada Leeds sudah hampir dua tahun mengajar subjek Effective Communication untuk kuliah mereka. Sikapnya yang peramah dan tak lokek berkongsi ilmu membuatkan semua senang untuk berdamping dengannya. Akhirnya dia berkahwin dengan Dr.Ahmed Shazwan yang juga pensyarah di kolej tersebut dan mendapat kerakyatan Malaysia.


      Setelah selesai kuliah tersebut, Dian dan Fath melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut dan menuju ke sebuah kafe. Seperti selalu Kafe Uncle Sam menjadi pilihan mereka. Teringin untuk minum Cappucino kata Fath bagi menghilangkan haus di tekak. Dian pula dahagakan caramel latte yang disukainya sejak dulu.
Noah tiba-tiba menjerit memanggil nama mereka berdua yang kini berada di hadapan kafe.

"Woi korang tunggulah!"

"Apa dia Noah? Nak apa?" Tanya Fath.

"Korang raya ni pergi mana? Aku nak raya dengan korang boleh?" Jawab Noah masih dengan nafas naik-turun.

"Eh bukan ke kau ada kampung? Kita orang pun raya ni nak balik kampung." Balas Fath.

"Boleh kita cakap kat dalam? Aku dah kempunan nak minum ni!" Dian mencelah.

"Ha..moh-moh." Fath mengajuk cakap Pahang.

"Kampung aku mana ada siapa dah..kesianlah kat aku..."

"Noah my dear, habis tu umi kau nak raya dengan siapa? Adik beradik kau kan balik?" Fath menjawab setelah memeberi pesanan kepada Uncle Sam.

"Ala...umi raya dengan daddy aku, lagipun adik beradik aku balik.So tak apa kalau aku tak ada." Spontan balas Noah.

"Kesian aku tengok budak ni...hmmm kalau bawa balik rumah boleh suruh tolong buat kuih raya, pasang langsir, bersihkan rumah, bakar lemang ni," Dian pula mencelah.

"No problem! Noah can do anything. Please...." Rayu Noah.

"Ha kau jelah yang bawa dia balik Dian." Kata Fath.

"Ish, aku gurau je. Kang mama aku kata apa pula bawa balik anak teruna orang Kecoh kang!"

"Umi aku okay je kalau aku nak raya dengan korang. Dia dah bagi dengan green light. Daddy aku pun setuju." Kata Noah separuh merayu.

"See Dian, bawa jelah balik budak ni sorang. Tak luak pun kuih raya semua nanti. Dah buat muka sepuluh sen aku tengok." Fath memujuk Dian.

"Eeee tengoklah dulu aku tanya mama aku dulu, jangan nak happy sangat eh!" Jawab Dian lalu meneguk caramel latte kegemarannya.

"Kau dah beli baju raya ke Noah?  Berapa pasang baju kau?" Fath bertanya kepada Noah.

"Err baju melayu sepasang, baju biasa dua pasang...aku shopping dengan sepupu aku hari tu kat KL."

"Sepupu mana pulak ni?" Tanya Fath lagi.

"Sepupu akulah, namanya Natasha dan Khaleef. Dian pun kenal dengan dia orang. Suka sangat dengan Dian yang comel ni."

Dian menjeling pada Noah yang menyakatnya.

"Oh...diam-diam ya kau kenal dengan sepupu Noah!" Fath memandang Dian.

"Eh, budak-budak je pun. Comel gila nyah! Mesti kau lupa nak balik bila jumpa the kiddos.."

"Budak tak budak, aku tak kira. Berapa kali dah kau tidur rumah Noah? Hang habaq mai ke aku." Fath meniru cakap loghat Kedah.

"Err...mana ada! Hari tu jelah masa jatuh swimming pool. Asal?" Dian cuba berselindung.

"Hey, ini Fath Dlina Rose Iman Doughlas! Very up-to-date to the lattest news. Aku tahu semua okay!"

"Apa yang kau tahu? Cer bagitahu." Dian menguji Fath.

"Lepas habis final English drama hari itu, aku tahu kau demam. Then Noah took you home. Right?"

"Mana kau tahu?" Dian pelik dan terkejut.

"Adalah....daripada sumber yang boleh dipercayai." Jawab Fath selamba.

Dian memandang ke arah Noah yang asyik dengan tablet Apple miliknya. Setahu dia, tiada siapa yang tahu dia ke rumah Noah pada hari tu kecuali Noah dan keluarganya.

"Noah!!! Kau yang bagitahu Fath eh?" Dian separuh menjerit kepada Noah yang duduk hampir dengannya.

"Makk aii!! Bingitlah Dian.. Kot ye pun tak payahlah nak jerit-jerit. Pekak aku nanti!" Jawab Noah.

"Kau bagitahu Fath aku pergi rumah hari tu eh? Masa aku demam?" Tanya Fath mencerlungkan matanya.

"Ye, aku informed dia. Kenapa?"

Dian tiada kata untuk dilafaz sementara Fath tersenyum melihat air muka Dian yang berubah kemerahan mungkin kerana malu.

"Dian, nanti bagitahu aku ASAP bila dah minta izin mama kau ya. Tak sabar aku nak packing baju balik kampung." Noah teruja seperti kebudak-budakan.

"Eee rumah aku bukan kampung, rumah batu la..."

"Ah, aku tak kira asal balik kampung! Cepat tau bagitahu aku kalau mak kau dah approved."

"Hmm ya.... teruja bukan main lagi anak teruna Puan Nasha seorang ni." Getus Dian.


               Usai menunaikan solat isyak, Dian mencapai Sony Ultra miliknya yang diletakkan di atas meja.
Didail nombor mama kesayangannya untuk mendapatkan persetujuannya untuk bawa Noah balik sekali.

"Assalamua'alaikum mama, tengah buat apa?" Dian bersuara dahulu.

"Wa'alaikum salam Meena...tak ada buat apa tengah tengok Ceria Popstar ni ha...Esok bas pukul berapa?"

"Oh, hmm mama Dian nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Kalau Noah nak beraya dengan kita boleh? Beriya-iya nak ikut Dian balik beraya."

"Eh biar betul? Habis keluarga dia macam mana? Okay ke?" Puan Maria seakan tidak percaya.

"Itulah...dia kata keluarga dia semua okay. Lagipun adik-beradik dia yang lain ada balik. Kononnya kali ni nak beraya style lain pulak. Pelik kan Noah tu?" Jelas Dian.

"Ish, kalau gitu besar tapak tangan nyiru mama tadahkan Meena! Bawalah dia balik, boleh mama kenal-kenal dengan bakal menantu mama." Puan Nasha tergelak sakan.

"Mama! Hisy, ni Meena malas nak bawa anak orang balik rumah. Kecoh satu rumah nanti."

"Alololo, apa salahnya bawa dia balik beraya bersama? Lagipun dekat je pun KL dengan Pahang."

"Mama setujulah ni? Tak menyesal?" Dian inginkan kepastian.

"Ya setuju malah happy gila sebab nak beraya dengan bakal menantu yang handsome!" Mama Dian galak mengusik.

"Mama! Belum bawa balik dah habis kena bahan. Meena malaslah gini." Dian konon merajuk.

"Okay, sorry my darling...dah tu esok balik sekali dengan Noah atau naik bas? Raya kan lagi seminggu."

"Nanti Meena bagitahu dia, Meena naik bas dululah esok sebab tiket dah beli. Tak sabar nak jumpa peluk cium mama! Mama ambil kat bus stand ya. Dalam pukul 5pm Meena sampai. Kalau nak bentang red carpet pun Meena okay he he he."

"Amboi demand anak mama ni nak red carpet bagai. Okay, esok Meena turun bas je mama dah tercongok kat depan tu. Hati-hati ya esok, apa-apa call mama. Okay, see you tomorrow!" Jawab mamanya.

"Alright mama, bye!" Dian ucap pada mamanya lalu menekan butang call end di skrin telefon.

           Jasad sahaja yang berada disini namun roh sudah terbang pulang ke rumah tak sabar untuk menyambut Syawal yang mulia bersama mama tercinta.

         Sebelum terlupa, Dian mencapai semula handphone untuk menghubungi Noah untuk memaklumkan tentang persetujuan mamanya.

"Noah? Busy ke?" Tanya Dian setelah menjawab salam Noah di hujung panggilan.

"Emm tak, tolong mama baking biskut raya. So any news?" Tanya si jejakan kacak itu.

"Noah, sorry tau....mama Dian tak izinkan Noah beraya dengan kita orang sekali. Nanti apa kata family Noah." Dian menahan untuk ketawa.

"Err serius ke ni? Ala..pujuklah lagi mama Dian tu. Kata family Noah was okay with that. Please dear.." Noah merayu cemas.

"Serius, mama kata kalau nak beraya boleh datanglah dengan family sekali. Datang raya kedua atau bila-bila. Noah janganlah sedih, nanti tak ganteng!" Dian menahan untuk menghamburkan ketawa yang ditahan.

"Kecewanya hatiku... sakitnya tuh disini!" Noah bersedih.

"Ha ha ha ha!!! Gotcha!" Dian gelak besar di hujung panggilan.

Noah masih keliru dan tak dapat tangkap maksud Dian.

"Dah kenapa gelak macam pontilanak? Seriau dibuatnya." Jawab Noah dengan dahi berkerut. Kepalanya tak gatal digaru.

"Ha ha Noah kena tipu! Mama bagilah Noah beraya dengan kita orang nanti. Cuma esok Dian balik dululah ya sebab tiket bas dah beli. Noah datang kemudian okay?"

"Astaghfirullah...buat saspen je malam-malam ni! Ingat betullah tak bagi tadi. Nak kena ni Dian ni, tengoklah nanti Noah ketuk-ketuk, lenyek-lenyek, picit-picit biar lunyai."

"La la la la la buatlah kalau berani! Tak takut pun... So Noah bak datang rumah bila?"

"Emm inshaa Allah dua hari sebelum raya. Eh tapi Noah tak tahu rumah Dian kat celah mana?"

"Aah ya tak ya jugak, kalau gitu Dian kena ambil Noah kat KL."

"Macam ni, tiga hari sebelum raya Dian datang sini then kita balik sama-sama okay?" Cadang Noah.

"Brilliant! Okay, nanti jemput Dian kat stesen bas. Jangan lupa kasi tau pada umi dengan daddy!"

"Cool, nanti apa-apa text or call Noah. Dian I got to go now, Chief Chef is calling me in the kitchen. Bye!"

        Dalam hati Dian sempat memuji Noah yang rajin membantu uminya di dapur walaupun dia anak jantan.
Teringat dia akan kata-kata Noah tentang baginda rasulullah s.a.w. yang ringan tulang membantu isterinya di dapur. Alangkah mulianya sifat baginda kekasih Allah itu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang