"Hi sweaty, what you doing? No class today?" Daddy Fath melabuhkan duduk disebelah Fath yang tengah ralit dengan ipad ditangannya sambil mengambil News Strait Times di atas meja.
"Hi daddy...nothing just chatting with friend. Nope today is Friday,no class." Jawab Fath sambil mata masih di skrin ipad.
"Oh...well Dian Ameena doesn't come to our house? Such a long time since she came here." Tanya Dato Iman Richard Doughlas pada Fath.
"Dian is a busy person in the world daddy... mengalahkan our prime minister ha ha ha! No just kidding, she's at her home in Pahang daddy. When free I'll bring her home okay." Senyum Fath.
"She's just a sweet and decent girl. I love to see you be friend her..." Daddy Fath berkata.
"Yeah, she's a good friend. Like me! That's why I'm your sweetheart daddy.." Bangga Dian.
"Is she has anything special relationship with Noah? Seems Noah likes her very much."
"You too noticed that? Well Noah obviously really likes even loves Dian but she refuses, I just don't get it."
"I know and noticed how Noah sees and stares towards Dian..very different than to others. Dian's just lucky to have him as a partner."
"Perhaps she's not ready into any relationship daddy. Let time decides of it. We just wait and see."
"What? Noah loves Dian? You guys serious?" Tidak semena-mena Datin Juhana, mama Fath muncul dari arah tangga.
"You too out dated honey... Can't you see how Noah treats Dian? How he talks to her? Oh gosh.." Ujar daddy Fath.
"Iye ke Dian? Ish mama ingatkan Adam...I mean Adam attracted to Dian. Even Noah too?" Mama Fath tidak sangka.
"Dah terang lagi bersuluh mamaku sayang...siap bagi bunga bagai. Dian tu je yang jual mahal."Balas Fath.
"Well seems they have to compete winning Dian's heart. May the best man wins!" Teruja daddy Fath.
**************************
"Meena, nanti balik universiti nak mama hantar?" Puan Maria bertanya kepada Dian yang sedang menonton televisyen.
"Eh tak apalah mama Meena boleh naik bas. Isnin kan mama nak kerja. Ahad mesti jammed KL tu."
Spontan Dian menjawab.
"Betul ni? Tak menyesal? Kalau gitu tiket dah beli?"
"Dah..masa balik sini Meena dah beli...anyway thanks mama."
"Okay..no big deal sayang. Jadi ke nak pergi UK nanti?" Tanya mama Dian.
"Inshaa Allah mama... besar kemungkinan jadi. Tunggu result semester ni keluar then we all will be fly."
Dian membuat gaya kapal terbang.
"Mama mesti rindu buah hati intan sayang mama seorang ni..." Kendur kata-kata Puan Maria.
"Skype kan hado mama ni ish tak mau sedih-sedih Meena pergi nak menuntut ilmu okay.."
"Iyelah...dah jauh beribu-ribu batu kat sana nanti siapa nak tengokkan anak mama yang comel ni."
"Mama...Fath kan ada..Noah pun ada..ramai kawan-kawan Dian kat sana nanti. No worries okay." Dian memujuk.
"Noah? Siapa pula tu? Fath mama tahu lah...."
"Ya Allah mama...Noah, ingat tak yang mama jumpa kat hospital masa Meena admit sebab demam hari tu?"
Dian cuba mengingatkan mamanya.
"Oh...itu ke Noah? Ingat siapa...handsome sangat sampai terlupa nama dia. Eh dia sama course dengan Meena ke?"
"Eleh buat-buat lupa pula mama ni...tak Noah ambil business tapi sekelas dengan Meena subject public speaking, creative writing and drama." Jelas Dian.
"Oh ye ke? Baik mama tengok budaknya..boleh buat calon menantu."
"What? menantu? Ish mengarut mama ni!" Dian terkejut.
"Kalau dia tak ada hari itu entah apa jadi pada anak mama ni tahu? Caring, loving and handsome..haih tip top!" Puji mama pada Noah tahap maksima.
"Mahu kembang semangkuk si Noah kalau dengar puji melebih mama ni." Dian menambah.
"Mama puji benda yang betul apa... mesti sejuk perut mak dia mengandungkan sembilan bulan sepuluh hari."
"Dia lahir tak cukup bulanlah mama."
"Patutlah baik sangat orangnya! Ish pokoknya mama berkenan sangat kat Noah tu!" Mama Dian teruja.
"Haa kalau gitu baik mama je yang kahwin dengan dia habis cerita." Bentak Dian.
"Dah tu abah Meena tu nak campak mana?"
"Campak dalam gaung tak pun dalam Sungai Pahang." Balas Dian sambil bangun meninggalkan ruang tamu lalu berlalu pergi ke dapur.
"Hmmm not bad idea.." Mama Dian berseloroh.
******************************
Hi Dian, How are you? Ada dekat mana? Miss you - Adam
Mesej daripada Adam diterima Dian semasa dia dalam bas untuk balik ke universiti. Rindu? Apa kena dengan mamat seorang ni? Oh ni mesti kes kecewa tak jadi bertunang tak habis lagi. Hati Dian berbisik.
Hi Adam...ada dalam bas on the way balik KL. I am good alhamdulillah...
Beberapa minit mesej Adam berbalas.
Owh balik kampung lah ni? Well who's going to fetch you later? If don't mind I can take you.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, hati Dian tersenyum girang bagaikan bunga sedang mekar di taman.
Tak perlulah dia membazir bayar tambang teksi untuk balik ke kolej kediaman.
Betul ni? Tak menyusahkan ke? If not, I can take cab..
It's my pleasure Dian..what time you'll be arrive? Lagipun Adam kat area KLCC, tak jauh dari pekeliling.
Cool! Dalam pukul 6pm Dian sampai... Thanks!
Setelah dua jam berada dalam bas, akhirnya Dian sampai di pekeliling dan terlihat Adam setia menanti di tempat menunggu. Seperti selalu, dia kelihatan tampan walaupun hanya mengenakan Levi's jean dan long sleeved t-shirt berwarna biru laut. Pada wajahnya kacak dengan bercermin mata Ray Ban menambahkan lagi aura dan karismanya.
"Assalamua'laikum...Lama tunggu?" Dian memulakan bicara sambil melangkah ke arah Adam.
"Wa'alaikum salam...taklah baru sepuluh minit. So how's the journey? Mesti best dapat balik kampung."
Adam tersenyum meleret dengan matanya ralit tak sudah memandang pada Dian.
"Mestilah best dapat balik jumpa mama tersayang..Lainlah orang tu hari-hari dapat tengok wajah mummy dia. Dua puluh empat jam setiap hari." Perli Dian.
"Siapa cakap? My mummy's at Penang. Kita serupa okay..Adam kerja kat sini, my parents and family are in JB okay.." Adam perbetul tanggapan Dian.
"Lah kenapa tak cakap awal-awal..buat orang malu je! Dah lah jom.." Muka Dian kemerahan.
Tanpa berlengah mereka berdua menuju ke kereta yang terpakir tidak jauh dari situ.
"Hmm can we go for early dinner first before I send you back please?" Pelawa Adam sambil memandang Dian disebelahnya.
"Hah? Tak boleh hantar terus ke? Nanti lewat pulak Adam nak balik. Nanti bimbang terbabas maghrib."
Dian cuba mengelak.
"Please Dian...teman I dinner. Lagipun bukan selalu kita keluar kan? Maghrib nanti singgah mana-mana solat okay?" Adam tidak mahu menyerah kalah.
"What to do..kita tumpang orang terpaksalah... Fine tapi jangan lambat tau!"Dian akur sambil memasang tali pinggang keledar untuk dia sendiri.
Adam tersenyum puas dengan jawapan diberi Dian. Sebelum memandu, lagu Paradise yang dinyanyikan oleh Coldplay dikuatkan.
"By the way, what you did here around KL?" Tanya Dian memecahkan sunyi di dalam kereta.
Adam yang sedang fokus dengan pemanduan dengan tenang menjawab
"Nothing..just seeing friends for a cup of tea."
Dian sempat mengkerling Adam disisi dan Adam perasaan akan perbuatannya.
"Why? you don't believe?" Tanya Adam.
"Eh no.. just asking!" Pantas Dian menjawab lalu mengalihkan pandangan ke hadapan.
******************************
"Okay terima kasih banyak-banyak sebab belanja Dian....See you again bye! " Dian ucap pada Adam sambil membuka pintu kereta untuk keluar.
"Ermm Dian...when you'll be free again?"
"Huh? Why?" Tanya Dian tidak jadi melangkah keluar dari kereta.
"Nak ajak keluar jalan-jalan lagi, Bisa ngak?"
Dian tergelak kecil mendengar Adam mengajuk cakap Indon.
"Tengoklah dulu..tak janji."
"Okay..nanti I'll text and call you, bye...assalamua'alaikum!"
BMW m5 putih berlalu pergi meninggalkan Dian lalu dia mengatur langkah ke tingkat dua dimana biliknya berada. Terasa penat menyinggah di badan dek kerana duduk di dalam bas kemudian menemani jejaka kacak makan malam. Esoknya kelas seawal pagi jam 8 pagi, perlu bangun awal. Omel di dalam hati Dian.
Usai menunaikan solat fardhu isya dan mengaji Quran seperti biasa, satu mesej masuk membuatkan Dian terus mencapai Sony Ultra yang terletak di atas meja belajarnya itu.
Mesej daripada Cik Su Madeena.
Salam Meena my darling sweetheart, dah sampai asrama? Aaahhh rindunya pada Meena!!!
Tak sabar nak balik jumpa Meena.. Okay jaga diri, solat jangan lupa sayang. Miss you...
Hai betapa gembiranya hati menerima mesej daripada orang yang tersayang. Walaupun jauh beribu batu namun tak tahu bagaimana harus diungkap dengan kata-kata hanya tuhan sahaja rindu yang menyelubungi hati. Terlebih dahulu dia maklumkan pada cik su bahawa hujung minggu ini dia akan balik ke rumah mama jadi tiada panggilan video, nanti terkantoi pula.
Mesej tersebut sengaja tidak berbalas kerana akan dicaj kredit yang mahal lantas Dian membuka Facebooknya untuk membalas pada cik su yang sangat dirindui. Tidak lama kemudian, satu mesej lagi masuk kali ini daripada nombor asing.
Hai Assalamua'laikum Kak Dian! Apa khabar sihat ke?
Ligat otak Dian memikirkan siapa nama pengirim kepada mesej tersebut. Tangan laju menekan butang balas.
W'salam...siapa ni?
Pelik, setahu dia mana ada adik. Tiba-tiba si pengirim memanggilnya 'Kak Dian'. Setelah setengah jam menunggu akan mesej balas tersebut barulah terungkai siapa gerangan sebenar si pengirim mesej tersebut.
Ni Saiful... Kak Dian sihat? Lama gila kita tak jumpa kan..Ibu yang kasi nombor Kak Dian...
Barulah Dian tahu bagaimana dia boleh mendapat mesej tersebut. Masih ingat lagi sepupunya itu pada dia biar berpuluh tahun tak bertemu bersua muka.Agaknya masih samakah muka seperti dulu di dalam gambar?Getus hati Dian.
Oh...ingatkan putera katak manalah mesej Kak Dian. Sihat alhamdulillah... Saiful form dah berapa? Ya lama tak jumpa, mesti handsome orang tu kan..
Lama senyap tiada berbalas, Dian duduk lalu membaca buku sebagai persediaan untuk kuliah esok.
Dan seketika itu mesej tersebut berbalas.
Putera katak? Ha ha ha.. Saiful form 5 tahun ni. Kita biasa-biasa je tak kacak pun..Okaylah nak sambung buat homework. Bye!
Dian tersenyum melihat mesej terakhir itu tak boleh blah merendah diri sangat rupanya sepupunya yang sorang ni.
**************************
Seperti biasa, setelah tamat kelas pagi Fath dan Dian akan minum di Cafe Uncle Sam. Cappucino dan Caramel Latte yang special membuatkan mereka sering lepak di situ sambil tunggu kelas berikutnya.
Namun pelik hari ini batang hidung Noah langsung tak mereka lihat sejak pagi lagi. Musykil!
Kemana agaknya si ganteng ini menghilang? Ditelan bumikah? Dimesej tak balas, telefon tak berjawab.
Zaim Armani, rakan baik Noah tiba-tiba singgah di kafe tempat Dian dan Fath sedang duduk. Lalu Fath bertanya tentang Noah.
"Zaim! Sini jap.." Panggil Fath pada Zaim yang berada di kaunter pembayaran.
"Ha apa?" Tanya Zaim yang sudah pun berada dekat meja Dian dan Fath duduk.
"Noah mana? Dari tadi tak nampak pun dia." Ujar Fath.
"La..kau orang tak tahu lagi ke?" Zaim terkejut.
"Tahu apa? Asal dengan Noah?" Fath berkerut.
"Noah injured sebab main futsal Sabtu baru ini. Admit hospital sehari. Maybe dah discharged." Terang Zaim Armani.
"What? Kenapa dia tak bagitahu pun kat aku? Teruk ke?" Fath bertanya lagi.
"Dia lupa kot...teruk tu taklah teruk sangat tapi terseliuh sampai berbalutlah."
"Okay thanks Zaim!" Ucap Fath pada Zaim.
"By the way, Noah MC seminggu rasanya. Pergilah melawat dia kat rumah." Balas Zaim sebelum berlalu pergi meninggalkan meja tersebut.
"Ish sampai hati tak bagitahu kita dia masuk hospital! Nak kena budak seokor ni.." Fath tak puas hati.
"Kan Zaim kata mungkin dia lupa..sakit sangat sampai lupa nak inform la tu. Tak apa nanti kita melawat dia nak? Kesian dia..." Dian menyedapkan hati Fath.
Fath hanya berdiam tak menjawab sambil menghirup Caramel Latte yang berada di atas meja.
*********************************
" Amboi tergamak betul tak bagitahu kita orang kau masuk hospital ya Naoh! " Fath masih dengan tak puas hatinya.
"Sorry girls..aku lupa seriously. Sakit gila sampai dah tak ingat nak informed." Noah memberi alasan.
"Macam mana sampai boleh terseliuh teruk ni?" Seriau Dian melihat balutan di kaki Noah.
"Entah Dian, benda nak jadi sekelip mata." Noah menjawab.
"Itulah dah rugi tak pergi kelas...ha rasakan!" Fath menyampuk.
"Boleh aku relax puas-puas kat rumah yahoo! Alaa tak apa you girls kan ada boleh ajarkan.."
"Banyaklah nak tolong ajarkan...kau tu ambil business kita orang ambil communcation okay.Mind that."
Fath menyambung dengan jelingan tajam menikam Noah.
" Gini gayanya kawan..Okay fine tak nak tolong tak apa. My dear Dian ada sudi ajarkan kan Dian kan?" Noah mengenyitkan matanya nakal kepada Dian.
"No way...hohoho tak sanggup I! Itulah siapa suruh main tak ingat dunia. See what happened now, just face the music my dear Noah." Dian memperkena Noah semula.
"Sampai hati kau orang ya...tak apa ada ubi ada batas ada hari tengoklah aku balas!" Noah berpura-pura merajuk.
"Abang ganteng merajuklah Dian! Hilang terus macho.." Sindir Fath lalu menghirup segelas jus yang dihidangkan oleh umi Noah.
" Korang mulut macam longkang, hish! menyampah aku.." Noah masih konon merajuk.
" Kang bertambah sakit kaki tu nak? Aku puji kata mulut macam longkang. Feninglah!" Bidas Fath.
" Orang sakit memang suka touching-touching eh? Euuw gelinya!" Tambah Fath membuatkan Noah bengang.
" Time sakit nilah nak touching manja-manja, kalau tak haram kejadah nak bermanja-manja." Giliran Noah membidas.
" Dengan aku sorry nak manja bagai, dengan Dian Ameena okay no problem!" Fath membalas sambil memandang Dian yang memasang telinga sejak tadi.
"Apa kena dengan aku pulak? Korang ni asyik bertekak tak penat ke hah? Cubalah bawa bertenang sikit.."
Dian cuba meredakan dua sahabat itu namun debar di hati tuhan sahajalah yang tahu apabila melihat Noah sedang merenung kearahnya.
"Nah makan sikit bubur umi buat ni..." Puan Nasha,umi Noah muncul dari dapur dengan semangkuk bubur.
"Tak naklah umi...Noah tak ada selera." Noah menepis perlahan mangkuk bubur tersebut.
"Makanlah sikit, tadi breakfast pun sikit je Noah makan..Nanti perut masuk angin. Aaaa nganga sikit"
"Ehem...dia nak Dian suapkan kot baru selera makan bubur tu." Celah Fath tersenyum menyindir.
Pantas tangan Dian memicit paha Fath membuatkannya terjerit kecil.
"Makkk!! Sakitlah.."
"Mulut tu... elok sikit ye. Kang aku sumbat cili padi nak?" Ugut Dian yang muka dah kemerahan, rasa nak menyorok bawah meja.
"Aku cakap betul apa, kalau kau yang suap confirm berselera makan bubur tu sampai menjilat siku!"
Fath masih tak serik.
" Kalau begitu nah Dian tolong suapkan budak sakit ni..." Umi Noah menghulurkan mangkuk berisi bubur nasi kepada Dian.
" Kaki dia yang sakit bukan tangannya umi...saja gatal tak nak makan." Dian berbasa-basi.
" Nak menggatal dengan buah hati apa salahnya kan Noah." Haih umi Noah back up anak sendiri? Dian bisik di dalam hati.
Malas menjawab Dian lantas menyambut huluran mangkuk bubur tersebut lalu disuapkan kepada Noah yang setia menanti untuk disuapkan.
"Awww so sweet!" Fath galak menyakat sambil tergelak-gelak melihat Dian dengan pasrah menyuapkan bubur kepada Noah.
"Shut up Fath." Dian cuba kawal perasaannya. Sementara Noah tersenyum bahagia disuap oleh gadis pujaannya. Hai alangkah indahnya kalau hari-hari macam ni disuap Dian Ameena!
********************************
"Kesian Adam tak jadi bertunang..." Dian meluahkan rasa simpatinya pada Fath yang sedang memandu.
"Eh mana kau tahu dia tak jadi tunang?" Fath menoleh sesaat pada Dian ditepinya.
"Dia sendiri yang bagitahu aku."
"Yelah....bila?"
"Hari tu masa dia ajak aku keluar lunch kat Tamarind Hill Restaurant. Hari yang sepatutnya dia tunang."
"Oh...korang keluar senyap-senyap tak bagitahu aku ya. Well betullah tu dia tak jadi bertunang. Aku terkejut beruk dapat tahu dia dengan Lydia tak jadi tunang. Bercinta bertahun lamanya last-last cancel!"
Jadi Lydia nama perempuan yang buta-buta tinggalkan Adam. Dian omel sendirian.
"Asal diorang tak jadi tunang eh?" Dian pura-pura buat tak tahu.
"Si Lydia tu sukakan mamat lain! Hish aku memang dari dulu tak berkenan dengan minat berlagak cun tu, memang bagus dia tak jadi bertunang dengan Adam. Aman dunia..."
"Kenapa kau cakap macam tu? Lydia tu tak baik ke?" Dian cuba menggali rahsia.
"Dengan baju yang tak pernah nak cukup kain tayang body sana sini, asyik menyendeng dengan Adam. Baik tak payah! Aku ni walaupun tak bertudung, masih boleh dikira sopan baju yang aku pakai..."
"Oh....dia kerja apa?" Khusyuk mendengar Fath membebel pasal Lydia.
"Model seluar dalam ada, model bikini pun ada, semua adalah! Sakit mata menengoknya..Adam pun satu dengan perempuan macam tu pun boleh nak jadikkan awek. Apa dah rabun sangat ke sampai tak dapat nilai yang mana buruk yang mana baik."
Amboi nampak sangat Fath tak berkenan dengan bakal tunang tak jadi Adam. Habis dihambur keluar kata-kata yang tidak disukanya apabila memang langsung tak berkenan tentang Lydia.
"Kita orang satu family memang bersyukur gila dia tak jadi tunang hari itu...Lega hati dibuatnya!" Sambung Fath.
Dian tiba-tiba teringatkan wajah Adam yang bukam dan tak ceria setelah menceritakan bahawa dia tidak jadi bertunang minggu lepas. Terselit rasa simpati pada lelaki itu. Sudah takdir yang tercatat di Luh Mahfuz tentang soal ajal, maut, rezeki dan jodoh.
********************************
Setelah dihantar pulang oleh Fath, sempat petang itu Dian turun ke gelanggang untuk bermain tenis. Sudah lama dia tidak bermain tenis akibat sibuk dengan tugasan dan macam-macam lagi. Hari ini bagaikan ada magis membuatkan dia berpeluang untuk mengeluarkan peluh melepaskan beban di dada.
Melinda Ooi rakan sekuliahnya menjadi teman untuk bermain tenis. Nasib gadis itu memang minat bermain tenis. Tiadalah Dian seorang yang mengejar bola tenis diantara gelanggang tenis itu.
Setelah puas bermain, mereka duduk di bangku yang tersedia di gelanggang tersebut.
"Macam mana dengan Noah? Sudah okey?" Tanya Melinda pada Dian yang sedang meneguk air dari botol Tupperware.
"Kaki dia terseliuh sampai berbalut, dapat MC seminggu..." Terang Dian pada Melinda.
"Haiyaa mesti sakit kan! How come he can be injured like that?" Melinda bertanya dengan sedikit pelat cinanya.
"Careless punya pasal maa..padan muka dia." Dian mengajuk cara Melinda bercakap.
"Hopefully he gets speedy recovery. Rindulah sama dia.."
"What? You rindu Noah? Biar betik..." Dian seakan tidak percaya.
" Uh, betik? Apa pasal betik pula. I cakap pasal Noah meyh..."
Dian tergelak melihat reaksi Melinda yang blurr
"Yelah suddenly rindu pada Noah..haa ni mesti ada apa-apa dengan Noah!" Usik Dian.
"Ish mana ada! You yang ada apa-apa dengan Noah." Nafi Melinda sambil menjuihkan bibirnya.
" I pulak? Tadi beriya kata rindu Noah. Apa kena pula libatkan I meyh?"
"I rindu sebagai sahabat lorhh...tak ada lebih-lebih tau! Jangan jealous ya..Yalah rindu dengan dia..dengan mulutnya yang riuh..happy go lucky and charming dia ." Jelas Melinda bimbang Dian tersalah anggap.
"Oh...hawat tak habaq awal-awal. Ya I pun rindu dengan celoteh dia."
"Bahasa apa tu? Eleh rindu juga pada Noah ha ha ha.."
"Itu kecek Kedah meyh.. rindu sebagai sahabat haiyaa!" Balas Dian.
Benarkah dia rindukan Noah hanya sebagai sahabat semata? Hati kecilnya bersuara.
No comments:
Post a Comment