Friday, 5 June 2015

The Healing Love - Part 12


               Dian yang sedang khusyuk menelaah buku Effective Communication terhenti sebentar apabila telefonnya bernada dering panggilan. Tanpa berlengah terus diangkatnya.Panggilan daripada Noah. Kening Dian terjongket sedikit.

             "Salam alaikum, ha ada apa?" Dian terlebih dahulu bersuara.

"Wa'alaikum salam..aik marah ke? Janganlah marah sayang...tak ni nak pesan tolong ambilkan nota kuliah creative writing and public speaking please..." Pinta Noah dengan senyuman meleret.

"Apa...ulang sekali lagi? Tak dengar.." Dian mencebik biarpun Noah tak nampak.

"I say sayang...please tolong ambilkan nota kuliah creative writing and public speaking."

"Ambillah sendiri! Suka hati minta orang ambilkan." Dian jual mahal.

"Kalau I sihat walafiat I boleh ambil sendiri sayang aih..." Noah masih tersenyum nakal.

"Stop it! Sayang sayang huh! Benci."Dian mendengus kecil tetapi masih didengari Noah.

"Dah tu minta tolong sikit pun nak berkira ke? Nak kena bagi intan berlian baru sudi tolong?"

"Hello, I am not that too much to ask for all those things. I can get by myself..."

"Tolonglah Dian..only you I can rely on right now please dear." Rayu Noah.

"Yalah..yalah..tapi dengan satu syarat." Dian tersenyum nakal.

"Seribu syarat pun I sanggup sayang oii.. tell me what is it?"

"Stop calling me sayang! Well belanja Dian makan Nando's okay deal?"

"Nando's punya pasal tak ada hal deal! Okay thank you sayang!"

"Noah! Eeeeee...."

               Talian sudah pun diletak sebelum Dian memarahinya. Haihlah sungguh comel kau marah Dian! Buat aku makin jatuh hati pada kau.


                                                   ******************************

           
                      Sungguh rasa teruja tahap apa dah apabila ramadhan bakal menjelma kurang dua minggu dari sekarang. Dian tersenyum syukur kerana masih panjang umurnya didunia ini untuk menyambut bulan barakah iaitu bulan ramadhan al-mubarak. Namun hatinya sedikit sebak apabila mengenangkan adakah syawal tahun ini bakal dirai seperti tahun-tahun sebelum ini? Hanya bersama rakan-rakan dan saudara jauh sahaja?

                      Jauh di sudut hatinya tersimpan seribu malah sejuta harapan untuk menyatukan semula ibu saudaranya dengan mamanya yang telah lama berperang dingin atau perang saudara. Sudah cukuplah atas semua yang terjadi ini sedangkan betapa murkanya Dia apabila memutuskan silaturahim sesama saudara.

Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim
  Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

                            Mengenangkan hadis itu sudah cukup menggerunkan hati Dian tapi apakan dayanya. Semua telah tersurat atas kehendakNya bersama sejuta hikmah yang Dia sahajalah yang tahu. Berharap suatu hari keajaiban berlaku memperbaiki hubungan yang telah retak diantara kedua-dua beradik itu.
            
 "Hello..dah sampai London ke mengelamun?" Tegur Noah

"Err ha? Apa kau cakap Noah?" Dian tersentak.

"Dah sampai mana London? Manchaster? Edinburgh? What do think of actually Dian Ameena?" 

"Tak ada apa-apalah!" Dian berdalih.

"Ni cuba tengok okay tak kalau aku masukkan isi ni dalam projek kita?" Serius Noah.

"O...okey..okey.."

"You okay Dian? What is wrong with you lately?" 

"Aku okey...don't worry. Memang bagus isi ini kalau masuk dalam projek."

"No you are not. Could you tell me what happened?" Noah masih ragu-ragu.

"Trust me, nothing happened. Thank you for concern." 

"I am not knew you not only today, almost three years so please if there is anything that messed up your head just do share with me." Tutur Noah dengan nada lembut.

"Fine...I'll share with you but not here and now." Dian separuh berbisik bimbang pustakawan menegurnya.

"Suit yourself!" Noah mengalah sambil mengambil buku rujukan setebal seribu muka surat untuk diletakkan kembali di rak.

                                                         **************************


                     Setelah mengulangkaji di perpustakaan bersama Noah, Dian membuat haluan ke arah kafe untuk makan petang. Noah terkejar-kejar untuk pulang sebab ingin ke gym seperti selalu. Patutlah badannya tegap kalau tidak mesti gendut macam badak. Dian tergelak sendiri.

                    Dari jauh seperti kenal manusia yang sedang berdiri bersandar pada sebuah kereta BMW m5 putih. Berkemeja ungu cair dan berseluar slack hitam serta kaca mata Ray Ban di atas hidung yang sedikit mancung. Adam!

                   "Hi Dian...Assalamua'alaikum. This's for you...." Adam menyerahkan sejambak bunga lily yang cantik kepada Dian.

     " Wa'alaikum salam...what are you doing here?" Dian kehairanan.

      " Kebetulan ada meeting dengan klien area Subang so that's why.."

       " Hmmm fresh lilies! Are you trying to tackle me uh?" Dian berseloroh.

        " If the answer is yes?" Adam tersenyum manis.

 Aduh! mulut ni lahai asal jahat sangat petang-petang ni? Dian menyumpah mulut sendiri.

"Err then try hard! Hee.. thanks for it." Sekali lagi mulutnya bagaikan gatal bercakap sedemikian.

Bunga dah bagi, tunggu apa lagi? Tak tahu jalan balik ke Adam? Omel Dian di dalam hati.

"Dian...could we go for a cup of coffee or maybe tea please?" Adam mempelawa.

"Hah? Errr...now?" Dian terkejut sesaat.

"Eh esok lusa pun boleh tapi untuk hari ini sekaranglah ha ha ha." Adam cuba berseloroh.

"Aaaa bolehlah... dekat-dekat sini je ya." Dian akur lalu masuk ke dalam kereta Adam.




                                                  *****************************

             Restoran  Old Town White Coffee yang terletak tidak jauh dari kolej lebih kurang tiga kilometer setengah menjadi pilihan Adam untuk menikmati secawan kopi bersama si cantik yang bernama Dian Ameena.

             Dian hanya memesan secawan kopi Latte seperti dia selalu minum di Kafe Uncle Sam di kolejnya manakala Adam memesan secawan kopi putih bersama spagheti carbonara. Seperti tak makan setahun Dian melihatnya makan. Mertua lalu tak nampak dah!

        "Gelojohnya makan...." Tegur Dian sambil tersenyum melihat cara Adam makan.

        " I didn' had lunch...tak sempat. So nak qada' balik." Selamba jawab Adam.

Dian tersengih mendengar jawapan Adam. Makan pun kena qada'? Berat sungguh..

"Breakfast makan tak?" Dian bertanya.

"Hari ini breakfast, kadang-kadang tak sempat.Maklumlah orang bujang.." Jujur Noah berkata.

"If possible don't ever skip your breakfast. If not will make you harm.."Nasihat Dian.

"Okay doc!" Adam menyuapkan suapan spagehti yang terakhir ke dalam mulutnya.

Sebelum sempat Dian berkata selanjutnya, seorang gadis cantik malah seksi datang menghampiri meja yang mereka duduki. Air muka Adam tiba-tiba berubah dengan mendadak.

"Oh well...well...well....how fast you find a replacement Am!" Dengan angkuh wanita itu berkata.

Adam hanya mengetap bibir menahan marah akan kata-kata wanita tersebut.

"Don't worry...I won't disturb you guys dating. I just wanna give this..." Gadis yang berambut panjang dan perang mengalahkan mat salleh celup menyerahkan sekeping kad kepada Adam.

Huluran kad tidak disambut Adam lalu dia meletakkannya di atas meja kami.

"Jangan lupa datang okay, you are special invited darling..." Jari runcingnya diseret ke atas bahu Adam.

"Okay till then, bye!" Wanita itu ucap selamat lalu pergi meninggalkan kami.

Adam lantas mengambil sekeping kad yang terletak diatas meja lalu dibacanya. Dia kembali meletakkan semua kad tersebut ke atas meja dengan muka yang masam mencuka.

Dian memberanikan diri untuk melihat kad tersebut.

        Wedding Invitation of 
         Zayn Rayyan & Lydia Qistina

        Jadi perempuan yang baru beredar itulah Lydia yang dibenci sangat oleh Fath? Sayang..rupa cantik tapi pakai nau'zubillah! Perempuan inilah yang juga menghancurkan hati lelaki yang bernama Adam.

Adam masih berdiam tidak berkata apa-apa membuatkan Dian rasa serba salah untuk berkata.

"Err...are you okay Adam?" Dian memberanikan diri bertanya.

"Yeah... I just need to be alone." Ungkap Adam dengan muka berserabut.

"Okay..could you please send me back please? Dian tak solat asar lagi.."

"Sure..let's go." Adam bingkas bangun. Kad yang diberi dibiar sahaja diatas meja langsung tak diusik.

                                                 **************************

              Sepanjang perjalanan Adam berdiam seribu bahasa malah Dian juga. Bimbang tersalah cakap dengan dia-dia sekali dibaham nanti. Hanya lagu Bleeding Love berkumandang mengisi ruang kereta tersebut. Bagaikan khas dituju buat Adam yang baru putus cinta.

"I'm sorry Dian for today..." Adam memulakan kata.

"Sorry for what?"

"For just now.."

"Tak ada hal lah! You tak usah nak sedih-sedih, remember kat Taman Tasik Titiwangsa banyak bunga untuk dipetik?"

"Ha ha ha okay fine just tinggal petik..." Adam kembali ceria.

Fuhh boleh cair bila tengok lelaki ini senyum! Boleh goncang jiwa aku, bisik Dian.

"That's right! Okay thanks for the coffee..drive carefully ya!" Dian melambai pada Adam.

"Alright see ya! Keep in touch..." Adam turut melambai dan sempat menekan hon kereta pada Dian.

     Apalah nasib kau Adam, lelaki kacak dan ranggi macam kau pun sanggup kena reject oleh perempuan macam tu je. Memang butalah mata hati perempuan bernama Lydia tu!
Entah apalah yang tak sempurna pada matanya pada insan bernama Adam. Dahlah kaya, berkerjaya, rupa ada, baik malah berkarisma pulak tu. Rugi...rugi...

No comments:

Post a Comment

nuffnang