Tepat pukul 10 pagi Puan Maria dan suaminya Encik Ezuan Kumar sampai di Kuala Lumpur atau lebih tepat di kolej kediaman Dian. Sengaja mereka ke sana untuk melawat satu-satunya anak gadis mereka itu di hujung minggu dek kerana rindu yang menggunung. Bermacam-macam jenis barang yang dibawa untuk Dian sebagai bekalan sepanjang tinggal di kolej seperti stok makanan, barang mandian dan lain-lain.
"Assalamu'alaikum mama..dah lama sampai? Dian baru breakfast kat kafe tadi." Dian mencium tangan mamanya lalu disalam tangan abahnya pula. Ikutkan hati, malas betul dia ingin bersalaman dengan ayah tirinya itu namun demi menjaga hati mama yang tersayang dia terpaksa juga.
"Waa'alaikum salam sayang, ye ke? Mama bawa nugget and fingers untuk Meena. Tak apa nanti petang boleh makan dengan kawan ya. So macam mana result semester ni?" Tanya mama Dian.
"Wah lama Meena tak makan nugget and fingers! Ingat juga nak bawa bekal untuk Meena ya..Ni Meena sayang ketat-ketat kat mama! Result? Hmm alhamdulillah pass semua..dapat 3.78 je."
"Seriously? Congratulations Meena! Mama tahu Meena boleh buat. Hari-hari mama doakan supaya Meena cemerlang dunia akhirat." Puan Maria memeluk anaknya.
"Thanks ma..so Meena qualified untuk pergi UK Oktober ni. Lega rasanya!"
"Pergilah sayang if that's make you happy and enjoy. Mama tumpang gembira untuk Meena."
"Ni nak tanya, kenapa hari tu abah call banyak kali tak angkat?" Celah Encik Ezuan.
Dian diam membisu rasa sebal dengan soalan itu.
"Abah tanya tu, jawablah Meena.."
"Err..Meena dalam kelas masa tu. Handphone silent." Jawab Dian teragak-agak.
"Hari Sabtu Ahad pun ada kelas?" Encik Ezuan seakan tidak percaya.
"Betul, Meena tak tipu. Masa tu dekat nak exam so lecturers buat extra class nak habiskan syllabus and buat revisions." Dian cuba berhelah.
Encik Ezuan hanya memandang, anak matanya tajam menikam mata Dian Ameena. Keningnya bertaut seperti tidak percaya akan jawapan yang diberi oleh anak tirinya itu.
"Tak boleh call balik lepas tu? Orang call entah ada emergency ke apa. Lain kali jangan buat lagi!"
Balas abahnya dalam nada tegas.
Dian tidak kuasa untuk menjawab malam memberi jelingan mata kearah ayahnya itu. Ada sahaja yang tak kena kalau dia dan suami mamanya ini bertemu.
Sedang mereka anak beranak berbual-bual sambil minum di kafe di kolej kediaman itu, telefon bimbit Dian berbunyi panggilan. Matanya lantas melihat nama pemanggil yang tertera. Cik Su Madeena!
Masak aku kalau kantoi. Terus jarinya menekan butang reject sebelum nada dering panggilan itu mati.
"Kenapa tak jawab call tu?" Tanya Encik Ezuan yang duduk bertentangan dengannya.
"Nombor tak kenal." Jawab Dian selamba.
"Mana tahu kawan ke, boyfriend ke." Tambah mamanya yang tersenyum mengusik.
"Tak ada maknanya." Dian menjawab ringkas. Dalam hati lantang menjerit supaya telefonnya itu tidak berbunyi lagi.
Setelah lebih kurang tiga jam meluangkan masa melawat Dian, Puan Maria dan Encik Ezuan meminta diri untuk pulang. Bimbang jika jalan sesak kerana hari ini merupakan cuti sekolah.
Dian sempat memeluk erat mamanya sebelum dicium pipinya lalu dia bersalaman dengan ayahnya itu.
Berpura-pura mesra dihadapan mama sedangkan hati meraung sakit dan perih. Bagaimana harus dia lupa akan tragedi yang menimpa keluarga kecilnya itu hampir empat belas tahun dulu?
*************************************
Sony Ultra yang masih dipegang di tangan kembali berdering, masih pemanggil yang sama.
Baru kali ini dia berpeluang untuk menjawabnya kerana keadaan selamat dan tenang.
"Assalamua'alaikum Meena, kenapa reject call cik su tadi?"
"Wa'alaikum salam cik su...sorry tadi line tak clear mama datang tengok Meena kat sini."
"Oh...nasib baik Meena tak angkat. Ni mama dah balik?"
"Dah baru balik setengah jam tadi. Dia datang dengan abah."
Puan Madeena seakan tersekat di kerongkong apabila mendengar kata dari anak buahnya itu. Tahulah dia siapa yang dimaksudkan 'abah' oleh Meena itu. Baginya manusia itulah punca keluarganya berantakkan sampai ke hari ini.
Dia cuba untuk mengalih topik lalu bertanya tentang perkara lain.
"Dian tak pergi mana-mana ke hari ini?" Tanya ibu saudara Dian di hujung panggilan.
"Tak, sebab mama datang. Semalam malam Meena pergi wedding reception kat Ritz Carlton."
"Wedding reception? Siapa kahwin?" Berkerut dahi Puan Madeena.
"Aah, pak su and mak su kawan Meena kahwin. Best gila reception dia orang, grand habis!"
"Iye? Meena pegi dengan siapa? Naik apa?"
"Meena pergi naik kereta lah takkan naik bulldozer pulak, alamatnya tahun depan baru sampai ha ha ha!"
"Amboi amboi naik bulldozer ya.. Seriuslah, pergi dengan siapa?"
"Noah."
"Oh Noah budak handsome tu? Yang bawa Meena pegi hospital masa demam hari tu?"
"Ya cik su ku yang terchenta!!! Kenapa?"
"Just curious darling...manalah tahu kot-kot dia bawa my darling ni lari ke culik mana cik su tahu, cik su jauh kat sini."
"Mengarutlah cik su ni, kalau nak bawa Meena lari dah lama dia buat macam tu. Sebab dia baik dia tak buat macam tu okay."
"Bukan main lagi back up dia! Dah jatuh chenta ke? Don't hide anything from cik su ..."
"Betul tak ada apa-apa. Tak ada nak jatuh cinta bagailah, jatuh swimming pool adalah. Nasib tak lemas kalau tidak arwah dah."
"What!? When you got drowned Meena? Why cik su tak tahu?" Terkejut Puan Madeena.
"Benda nak jadi, dah lama dah...about a month ago. Entah perempuan sesat mana entah sengaja tolak Meena,nasib Adam selamatkan Meena."
"Adam? Anak siapa pula Adam ni?" Terpinga-pinga Puan Madeena mendengar kata-kata Dian.
"Adam is my friend's cousin also a friend of Noah."
"Lepas tu apa jadi?" Cik su Dian kepingin tahu lagi.
"Alhamdulillah Meena okay, nasib tak demam terkejut. Perempuan tu kena sebijik penampar agung dengan Fath, kawan Meena. Malam tu Meena tidur rumah Noah. Umi dia tak bagi balik bimbang Meena sorang-sorang."
"Thank god you're safe, kalau Meena tak cerita cik su tak tahu sampai sekarang. Adam tu handsome juga ke budaknya?" Puan Madeena cuba mengorek daripada Dian.
"Hmm boleh tahanlah, cuba bayangkan ayah dia kacuk mat saleh dan mak dia memang pure minah saleh."
"Oh my god, confirm handsome! Tapi Noah pun handsome, ala macam mana ni?"
"Macam mana apanya? Mulalah tu nak mengarut, sengetlah cik su."
"Tapi cik su tengok Noah seems so caring about Meena, obviously..."
"Haa dah jangan nak melencong, antara Dian dengan Noah mahupun Adam there's nothing special between us. Titik!"
***************************************
"Wait, we haven't finished yet! Now, look into my eyes and tell that you don't love me even once in your life Elizabeth." Noah yang memegang watak sebagai King Rudolph merentap lengan Dian.
Persembahan drama Inggeris muzikal arahan Noah sempena bulan Bahasa Inggeris di kolejnya diadakan di Dewan Harmonica yang penuh dengan pelajar dari pelbagai latar belakang kursus sepanjang berlangsungnya selama tiga hari berturut-turut. Disamping itu, kelab drama itu mengadakan kutipan bagi rumah kebajikan anak-anak yatim disekitar Selangor.
"Yes it's true, even once in my life I've never do love you! Satisfied?" Jawab Dian yang memegang watak sebagai Elizabeth.
"Again, tell me again. I don't hear you." Noah sebagai King Rudolph membalas.
"I don't love you, I said I don't love you...I don't..." Air mata menitis di pipi mulus Dian sambil menghampiri ke pelukan Noah.
Hampir sahaja Dian dalam pelukan Noah, dia terus berpaling seperti baru tersedar.
"No! This is wrong. Between us there's nothing anymore... I am not the exact woman that you should married. I am not a princess too, we can't live together for our whole life."
"Elizabeth, look at me.. I am willing to leave all the wealth and throne just to be with you. Only you that I love, only you..." Noah ingin memeluk Dian.
"You are the king of Pendragon while I'm just a slave. We are not the same, now forget of me. Marry Princess Vaneesa." Dian menepis pelukan Noah.
"I'm not gonna marry her, only you will be my princess Elizabeth. You had stole my heart so long time ago. The first time when I looked at you, I know that you're the one, my princess.." Tulus kata Noah.
Dian yang berpakain seperti cinderella terkedu memandang dialog yang diucap Noah.
"Please don't do this to me Rudolph! Between me and you just a history."
"I know deep in your heart you still love me. Just don't cheat your heart when your mouth says different of it. Please, Elizabeth Rose Alaxander will you marry me? Grow old with me? Be my beautiful princess for forever?" Noah kini melutut sambil menghulurkan sebuah kotak cincin permata kepada Dian.
Para penonton yang setia dan khusyuk dengan persembahan itu sudah pun bersorak
" Marry him! Marry him! Marry him!"
Dian memandang para penonton yang bersorak kepadanya. Kemudian wajah Noah yang telah pun menawan hatinya sejak dulu kini ditatap dengan penuh rasa cinta.
"Yes i will! I will ..." Dengan tersedu-sedu Dian menangis lalu menyambut huluran Noah yang merupakan sebentuk cincin permata.
"Yes, Yahooo!" Noah bersorak girang setelah mendengar jawapan daripada Dian.
"And they live happy ever after with many children...." Suara latar menyudahkan penceritaan.
Para penonton lantas bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada persembahan babak yang terakhir itu. Betapa puas harga tiket yang dibayar demi menonton persembahan yang berbaloi seperti ini. Diharap mereka akan membuat persembahan lagi di masa akan datang dengan pelakon yang sama.
Sementara dalam hati Noah sangat berharap Dian menerimanya seperti dia menerimanya dalam drama sebentar tadi. Akan dia bahagiakan dan membuatnya tersenyum setiap hari sepanjang masa. Akan dibelai seperti sang puteri di sebuah syurga yang indah. Andai itu semua terjadi kenyataan, dialah lelaki paling bahagia dan gembira!
"Noah, daydreaming? Hurry up, people wanna your autograph!" Melinda berkata lantas menyedarkan Noah dari angan-angannya yang belum pasti menjadi kenyataan atau tidak.
"King Rudolph I love you!!!!" Jerit salah seorang penonton yang berasak-asak untuk meminta autograf daripada Noah.
"What a loving couple if King Rudolph really loves Elizabeth!" Celah seorang penonton lagi.
"Make a confession King Rudolp. Be brave man!" Seorang pelajar lelaki Cina lantang bersuara.
Noah dan Dian hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka semua.
"You okay Dian? Tak sihat? Pucat muka ni." Tanya Noah cemas melihat Dian.
"Pucat sangat ke? Tak, Dian sihat..." Balas Dian sambil meletakkan tangan di pipinya.
"No you are not. Come, see you have high fever!" Noah meletakkan tangannya di dahi Dian.
" Demam sikit je ni, nanti baiklah..jangan risau."
" Jom ikut Noah balik rumah, at least kat sana ada orang tengokkan Dian." Ajak Noah.
"Hah? Ish tak mau, Dian boleh jaga diri sendiri. Ubat hari tu pun tak habis lagi, mama pun ada bagi panadol masa datang hari tu." Dian menolak.
"Jangan degil Dian Ameena! Ikut jelah. Jangan buat orang risau boleh?" Noah berkata tegas.
"Kenapa nak risau? Kita tak ada apa-apa pun. Mind your own business okay!" Dian turut berdegil.
Noah terus menarik tangannya lalu menyuruh masuk ke dalam kereta. Peganggan tangan Noah yang kuat di mampu untuk Dian lawan. Akhirnya dia akur.
"Dian mana ada baju nanti nak tukar." Dian cuba untuk memujuk.
"So okay, we take your clothes first at hostel..." Pintas Noah lalu memandu menuju ke kolej kediaman Dian.
"I give you ten minutes to pack all your things, just take important things only like purse, IC and clothes."
Dian malas menjawab lalu naik ke bilik untuk berkemas. Ikutkan hati malas dia mengikut kehendak Noah tapi entah kenapa kali ini Noah tegas memaksa.
Tiba-tiba Sony Ultra yang diletakkan di atas meja berbunyi panggilan. Pantas dia mencapai handphone tersebut.
"Adam?" Soal Dian setelah menyambut salam jejaka tersebut.
"Yes it's me, why you sounds different? Are you sick Dian?"
Aduh, mengapa lelaki ini dapat cam suaranya yang sakit? Apa yang harus dijawab?
"Err...demam sikit. Nanti Dian makan ubat." Tak jadi dia berbohong.
"Want me take you to doctor? Seriously I am worrying about you.."
"No thanks Adam, thanks for your concern."
"If there's anything just let me know, give me a call okay."
"Yeah, I have to go now. Bye!" Dian menekan butang 'end call'.
"Dian...hello? hello?" Adam masih bersuara di hujung panggilan.
Dian terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta. Semput dia dibuatnya. Ini semua gara-gara Noah bedebah! Nak ikut cakap dia sahaja, cakap kita bukan nak dengar. Macam curah air ke daun keladi.
"Dian buat baju ke ambil baju? Almost fifteen minutes I'm waiting in the car."
"Sorry....patik mohon ampun tuanku! Sembah patik harap diampun." Dian cuba berlawak meredakan kemarahan Noah.
Dan nasib baik Noah tersenyum melihat lawaknya itu. Barulah nampak lesung pipit yang mengancam jiwa itu!
"Umi ada kat rumah tak?" Tanya Dian memecahkan kesunyian.
Noah pantas mengangguk tanda uminya ada di rumah. Kalau tidak masakan sesuka hati dia membawa anak dara orang kerumah. Mahu kahwin free buatlah! Mahu ceramah tujuh kali raya dengan umi dan daddy buatlah! Getus hatinya.
"Natasha and Khaleef ada jugak?" Soal Dian lagi.
"They are at their dad's house." Selamba jawab Noah,mata memberi sepenuh tumpuan kepada pemanduan.
"Ala..tak syok tak ada dia orang." Dian bermasam muka lalu mengeluh.
"Nak ambil boleh je..." Spontan Noah menjawab. Terus air muka Dian berubah ceria.
"Betul? Ambillah! Ambillah! Please...." Merayu Dian.
"Cium dulu.." Noah meletakkan jari telunjuknya di pipi.
"Ah mengada! Baik minta belanja ais krim ke, burger ke, cool blog ke minta kiss mana ada rasa!"
"Ada, rasa cinta." Pantas Noah menjawab.
Erk! Air liur terasa payah ditelan Dian.
"Eh kita nak pergi mana ni? Bukan masuk kiri ke nak pergi rumah Noah?" Dian mulai pelik.
"Kata tadi nak ambil Natasha and Khaleef.. aduhai..." Keluh Noah.
"Oh ye ke? hawat tak habaq awal-awal ke ceq heee." Lega Dian rasa.
******************************************
"Dian! Ya Allah rindunya umi pada Dian..." Puan Nasha memeluk tubuh Dian di muka pintu.
"Eh, panasnya badan! Dian demam ya? Jom masuk dalam." Puan Nasha bersuara lagi.
Semetara Noah, Natasha dan Khaleef masih di luar melihat ikan di kolam ikan di tepi rumah tersebut. Katanya daddy Noah baru beli anak ikan emas tiga ekor. Teruja budak-budak dua orang itu ingin melihatnya.
"Makan ubat ni.. nanti umi masakan bubur untuk Dian. Dian suka bubur apa? Bubur ayam?" Umi Noah memberikan dua biji panadol kepada Dian.
"Terima kasih umi, maaf Dian dah susahkan umi." Dian serba salah.
"Shhh.. Dian dah umi anggap macam anak umi tahu? Umi sayang Dian sama macam umi sayang Noah."
Terharu Dian mendengar luahan seorang ibu yang bernama Puan Nasha Emily Edward. Ya, umi Noah merupakan anak kacukan melayu-inggeris tetapi dibesarkan lama di bumi Malaysia. Jadi, tidak hairan umi Noah kelihatan cantik dan menawan dengan kulit cerahnya ditambah dengan senyuman manis.
Seperti daddy Fath, yang juga kacukkan melayu-inggeris tetapi dibesarkan di bumi ratu. Kemudian baru menetap di sini.
"Ha dah makan ubat? Panas gila dahi dia tadi umi." Noah muncul bersama Khaleef dan Natasha.
"Dah makan tuanku. Tuanku jangan risau, pemaisuri tuanku akan menjaga patik seadanya..."
Puan Nasha hanya tersenyum menggeleng melihat gelagat Dian dan Noah. Lucu pun ada!
"Kalau begitu lega beta mendengarnya, baiklah beta naik beradu sekejap ya. Mahu ikut?" Tanya Noah mengajuk Dian bercakap menggunakan bahasa istana.
"Tuanku sudah hilang akal? Mana mungkin patik bisa beradu berdua dengan tuanku sedangkan kita bukan suami isteri?" Bidas Dian hampir tersenyum.
"Jadi, kahwinlah sama beta! kah kah kah!" Gelak sakan Noah.
"Sudah pegi naik atas nuh! Sakit pulak hati kita." Dian menjawab memalingkan muka.
"Kalau sakit hati biar beta ubatkan!" Jawab Noah masih bersisa tawanya.
"Tak payah! patik boleh ubatkan sendiri. Terima kasih saja."
"Makin manis bila tuan puteri marah...senyumlah sikit hai cik adik manis!"
Malas Dian melayan Noah yang dah senget otak agaknya, terjangkit demamnya barangkali.
Dian melayan telatah Natasha dan Khaleef di bawah bersama umi Noah sementara Noah sudah pun hilang naik ke atas mahu beradu atau tidur katanya. Beradu ke menghadap PS3. Bentak Dian.
*************************************
"Daddy harap sangat habis degree Noah akan kerja dengan daddy, belajar selok-belok business kita itu. Kalau nak harapkan adik-adik yang lain macam ke laut je. Empire Properties perlu terus berdiri megah sama duduk dengan company hartanah yang lain. Nanti daddy bersara Noah pula akan ambil alih." Suara Encik Razuan Wong Iskandar memecah keheningan malam.
"Inshaa Allah daddy,Noah akan buat semampu Noah untuk company kita. You can trust on me.." Balas Noah sambil mencapai cawan teh yang berada di atas meja.
" Alhamdulillah, senang hati umi dengar Noah cakap macam tu. Daddy dulu dari bawah nak bangunkan Empire Properties, jatuh bangun umilah saksinya. Malah umi setia sepanjang daddy susah senang kami bersama." Giliran Puan Nasha,umi Noah bersuara.
"Ya umi, Noah tahu. Sebab tu Noah tabik and respect so much towards daddy and umi." Senyum Noah.
Dari ruang tamu kedengaran ketiga-tiga beranak itu sedang berbual-bual usai mengerjakan solat isyak berjemaah. Dian turut bersolat bersama keluarga Noah. Kakinya mengatur perlahan-lahan kearah luar mendekati mereka yang sedang duduk di meja berhampiran dengan kolam renang. Ya, kolam renang yang dia terjatuh hari itu.
"Dian, jom minum sekali. Demam lagi?" Ajak umi Noah mesra.
"Demam dah kebah lepas telan panadol yang umi bagi tadi. Khaleef dengan Natasha dah terbaring depan tv kat atas penat sangat main hari ini kot."
" Ye? Haih Noah kena angkatlah nanti masuk bilik nampaknya." Umi Noah memandang wajah anaknya.
"No hal umi, Noah kan superman!" Noah mengangkat bahunya seperti gaya adiwira yang disebutnya itu.
"Dian berapa beradik semua?" Tanya Encik Razuan Wong.
"Dian seorang je uncle...sulung dan bongsu." Balas Dian rasa kurang selesa ditanya tentang peribadinya.
"Lah...anak tunggal rupanya. Ish tak payah panggil uncle, panggil 'daddy'." Jujur sekali balas daddy Noah.
Dian terkedu malah terharu. Betapa baiknya hati kedua ibu bapa Noah tidak mementingkan gelaran nama ataupun pangkat. Susah untuk berjumpa dengan orang berada yang merendah diri dan tak sombong seperti mereka berdua ini.
"Kot-kot lepas ni jadi menantu daddy, so practice dari sekarang he he he.." Encik Razuan berjenaka.
Muka Dian sudah kemerahan menahan malu yang diserbu tidak tahu mana harus disorok. Rasa hangat darah mengalir ke mukanya. Sudahnya dia hanya mampu tersenyum dan kawal perasaan debar bukan kepalang.
"Bila daddy pandang Dian, teringat daddy ke arwah anak perempuan daddy. Kalau dia masih ada mesti lebih kurang dengan Dian umurnya. Kan umi?" Encik Razuan Wong pandang sekilas kepada Puan Nasha.
"Alah daddy mula nak jiwang malam-malam ni....kan Nia dah tenang kat sana. Kita yang hidup ni sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Moga dia baik-baik saja..." Noah mencelah.
" Allah lebih sayangkan anak uncle..eh daddy. Betul cakap Noah tu, walaupun arwah dah tiada tapi kita boleh sedekah Al-Fatihah tanda ingat kita ke dia." Dian berhati-hati menyusun kata bimbang terguris hati seorang bapa itu.
"Mungkin Allah nak gantikan Nia dengan Dian agaknya kan bang?" Umi Noah pula berkata.
Nasib air teh yang sedang Dian hirup tak tersembur ke muka Noah yang tepat duduk bertentangan dengannya. Apakah yang dimaksudkan oleh umi Noah?
"Hmm mungkin...muka pun ada iras-iras Nia. Dian jangan ambil hati pula dengan apa yang daddy cakap ya. Maklumlah, itulah satu-satunya anak perempuan daddy."
"Eh tak apa uncle...eh daddy.. Dian okay. Tak salah kita mengenang atau ingat pada yang dah tiada. Tapi jangan sampai kita merapati pemergiannya."
"Arwah rapat sangat dengan Noah masa kecil. Yalah jarak umur dia orang dekat cuma setahun. Main bersama, gaduh bersama, makan bersama tidur pun sama-sama masa kecil dulu. Bila arwah tak ada, Noah jadi pendiam, tak nak makan lepas tu asyik termenung. Sampai daddy dengan umi bawa jumpa doktor psikatrik." Terang Encik Razuan Wong.
"Daddy...apa ni cerita pasal Noah? Ish malu Noah." Noah bermuncung tanda protes.
Dian masih setia mendengar cerita dari daddy Noah. Begitu hebat penangan pemergian Nia buat Noah rupanya. Getus hatinya.
" Lepas beberapa kali sesi terapi dan kaunseling dengan doktor barulah Noah sembuh semula. Tuhan je tahu perasaan daddy dengan umi masa tu. Lebih kurang enam bulan lamanya sakit Noah tu. Ada daddy dan umi bawa berubat cara kampung jumpa ustaz di kampung umi Noah. Tiup-tiup, puh-puh sikit ke Noah supaya ada semangat semula." Encik Razuan masih meneruskan cerita tentang Noah.
"Daddy, itu cerita lama...dah basi,dah lapuk. Noah kan dah sihat. See I'm a happy go lucky now!" Noah sengaja tayang sebaris gigi putihnya.
"Saja daddy cerita pada Dian bakal menantu daddy ni..."
Erk! Sekali lagi pipi Dian kemerahan seperti diletak pewarna pipi.
"Bakal menantu tak bakal menantu, pokoknya tu cerita lama. Dah tutup buku pun." Pintas Noah menjawab.
"Nasib doktor tak bagi makan ubat sakit jiwa dulu. Sebab apa daddy risau side effect banyak nanti bila makan ubat macam tu. Memanglah pada dasarnya untuk menyembuh, tapi kalau boleh dielak memang tersangat digalakkan."
"Cuma bagi makan vitamin nak bagi dia ada selera makan seperti biasa. Apa nama vitamin tu umi? Appe..apa? Hah Appeton! Lagi satu yang Champ tu."
Geli hati Dian Encik Razuan cuba mengingati nama vitamin yang dimakan Noah suatu ketika dahulu.
"Bila Natasha lahir, Noah ceria macam sediakala. Sebab tu kalau tengok dia tak kekok menguruskan baby. Dialah yang tukarkan pampers, buatkan susu dan tidurkan Natasha. Natasha sush a great blessing to our family caused had give us our Noah back." Umi Noah sambung bercerita pula.
"Okaylah daddy masuk dalam dulu dah ngantuk..." Ujar daddy Noah bingkas bangun dari kerusi.
"Yalah, saya kemaskan ni dulu lepas tu saya datang ya bang." Umi Noah berkata.
"Ok sayang, jangan lambat nanti abang rindu..." Encik Razuan Wong mengenyitkan mata ke arah umi Noah.
"Such a sweet couple umi dengan daddy!" Dian bersuara terharu melihat kemesraan mereka biarpun sudah lama berumah tangga.
"Tua-tua pun kena romantic Dian, baru indah rumah tangga." Balas umi Noah sambil meletakkan cawan dan piring ke atas dulang.
"Setuju!" Dian pantas mengangguk tersenyum.
"Nanti Dian dah kahwin baru Dian tahu rasa romantic. Best!"
"Ha ha ha lawaklah umi Noah ni." Dian membuang pandang kearah Noah yang sejak tadi berdiam diri kerana rasa malu.
"Umi kan makan garam, gula, aji nomoto dulu lagi dari Dian. Sebab tu umi berani kata."
****************************************
Asmara ini yang hanyutkan cinta
Asmara ini yang hanyutkan aku
biar seribu kali kuucapkan
takkan goyah oh kebenaran
Tiada kuduga tiada kupinta
Semuanya berlalu sebegitu saja
Dan diriku diseksa dalam hati ini
Sungguh aku telah mengerti
Takkan kuberlari salahkan sesuatu
Agar tak dihantui oleh dosa-dosaku
Dan sememangnya mudah
untuk kulepaskan seandainya kukatakan
Asmara ini yang hanyutkan cinta
Asmara ini yang hanyutkan aku
walaupun seabad kupertahankan
takkan goyah oh kebenaran
Jari Noah rancak memetik gitar kesayangan sambil menyanyi lagu Asmara Ini. Sungguh merdu dan gemersik suaranya. Puji Dian di dalam hati serentak seperti asyik terbuai oleh alunan suara Noah itu.
Noah sebenarnya punya bakat terpendam selain berbakat dalam lakonan malah dalam nyanyian juga. Dian berkata sendirian.
"Ehem...dah lama buat kerja ni? Stalker orang?" Noah bersuara.
"Eh? Perasan kita stalker dia!" Dian cuba berlagak biasa.
"Habis yang duk berdiri kat situ dari tadi apasal? Tu bukan namanya stalker?"
"Umi panggil breakfast, tak inginlah nak stalk bagai huh!" Dian berlalu pergi menuju ke dapur.
"Eleh, nak kata suara kita sedap le tu! Syok dengar sampai terkantoi terkontang-kanting ha ha ha!"
"Noah! breakfast!" Lantang uminya memanggil dari dapur.
Hampir terjatuh gitar yang dipegangnya sejurus mendengar uminya menjerit memanggilnya.
"Umi, ada orang stalker Noah masa nyanyi gitar tadi.....siapalah orang tu eh?" Noah sengaja menjeling Dian.
Dian sempat membalas jelingan nakal Noah yang duduk bertentangan dengannya. Sengaja mahu cari pasal dengan dirinya di awal pagi.
"Biarlah..sedap suara Noah tu. Umi pun suka dengar Noah nyanyi." Puan Nasha seolah memihak kepada Dian.
"Kalau ya pun suka, datanglah depan-depan tengok. Ini apa barang curi-curi tengok." Noah menjawab.
"Takut nanti Noah segan nak nyanyi bila tengok depan-depan. Pitching lari kang." Tambah uminya.
"Ish mana ada umi! Lagi lunak dan merdu Noah nyanyi untuk orang yang stalker Noah tu..."
"Dah, time makan mulut tu berhenti pot pet pot pet, cuba tengok Dian tak bercakap masa makan. Malu tahu Noah ni. Lepas tu nak pot pet sampai malam pun umi tak kisah."
Dian tersenyum puas hati kepada Noah tanda kemenangan. Padan muka!
No comments:
Post a Comment