Monday 29 June 2015

The Healing Love - Part 21



          Pagi Isnin dimulakan seperti biasa setelah bercuti sepuluh hari kerana menyambut Syawal mulia baru-baru ini. Teruja rasa hati Dian untuk memulakan sesi kuliah pada pagi ini. Dia bangun awal pagi dan bersiap untuk ke kelas pada pukul 8 pagi. Oats dan milo tiga dalam satu diambil sebagai sarapan untuk mengalas perut. 

"Salamu'alaikum my dear Dian Ameena! Here is for you..." Noah pagi-pagi lagi sudah muncul di hadapannya berdekatan ruang pelajar. Ceria sungguh wajahnya pada pagi ini.

"Wa'alaikumusalam, apa ni? Coklat?"

"Yelah takkan dapur gas pulak aduhai Dian..."

"Thanks! Happy muka pagi ini ada apa-apa ke?"

"Ye ke? Biasa je. Lunch sama nanti ya? I've got something to tell you."

"Cakap sekarang tak boleh? Penting?"

"Yes. Okay, got to go now! Jangan lupa at 12 a.m sharp at usual place."

Dian buat-buat tidak dengar tapi mengangkat tangan kanan sebagai tanda ya. Apa dia yang ingin Noah bagitahu sebenarnya? Musykil ni.

"Hoi! Amboi pagi-pagi dah dapat sejambak coklat. Jealous ni!" Sapa Fath tiba-tiba.

"Oh mak kau meletup masuk longkang! Eh, lidah kau dah kelu nak bagi salam?"

"Sejak bila kau melatah ni mak cik? Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..."

"Wa'alaikum salam warahmatullah...ha kan elok bagi salam. Ini main terjah nasib aku tak pegang pisau ke benda."

"Coklat ni siapa bagi?"

"Adalah...buah hati he he he."

"Noah la tu....kan kan kan!"

"Ah sibuk je kau, tepi aku nak masuk!"

"Sah dah angau bin sasau bin segala tok nenek!" 





                               ************************************************


                Seperti yang dijanji, tepat pukul dua belas tengah hari Dian berjumpa dengan Noah di Kafe Uncle Sam untuk mengetahui tentang sesuatu yang ingin diberitahu. Apabila Dian tanya apa dia Noah kata tunggu pesan makanan terlebih dahulu kemudian baru cakap.

"Okay makanan pun dah sampai so tell me what is it?" Soal Dian dengan mata tepat memandang ke arah Noah.

"Sabtu ni ada reunion dengan kawan sekolah menengah kat Sepang Gold Cost Resort."

"So?" Terjungkit sedikit kening Dian minta kepastian.

"So, I want you to come along as my partner." Noah sengih tayang gigi putih bersihnya.

"Tak naklah, reunion dengan kawan-kawan dia ajak kita pulak."

"Ya tapi dia orang suruh bawah partner masing-masing."

"Motif?"

"Motif? Hmm...cause you are my girl! That's it."

"Ish, tak naklah. Tak pasal Dian jadi patung bernyawa dekat situ nanti. Noah sibuk berborak cerita itu ini dengan kawan-kawan. Tak mau!"

"Please....Noah janji tak akan biarkan Dian seorang-seorang. Kita borak berdua je ya?"

"Cakap sekarang bolehlah, nanti nan hado bila kat sana!"

"Just for this once and I promise this is the first and last please?"

"Bila?"

"Sabtu ni, pukul sepuluh pagi. Noah datang ambil Dian kat hostel ya? Pakai cantik-cantik."

"Sampai pukul berapa?"

"Tak pasti tapi Noah akan cuba balik awal. Hazril kata dia orang ada buat games nanti mungkin makan masa jugak."

"Hish, malulah Dian. Ajak orang lain tak boleh? Fath?"

"Fath is fully occupied my dear honeydew... She'll be in JB at his elder brother's place."

Dian tepuk dahi sendiri. Bagaimana dia boleh lupa sedangkan Fath sudah memaklumkan kepadanya?
Takkan muda-muda dah nyanyuk Dian Ameena ni?

"So would you say yes please? If they ask anything silly questions I'll cover you!"

"Boleh percaya ke ni?" Dian ragu-ragu.

"Insha Allah. Please...dia orang masing-masing bawa girlfriend and boyfriend kat sana nanti. The more the merrier!"

"Hmm yelah.... tapi janji ni first and last!"

Noah angguk bersungguh dan tersenyum manis.


                                  ************************************************


   "Bro! Weh lama tak jumpa kau. Noah the witty and bubbly!" Tegur salah seorang sahabat Noah yang bernama Hazril lalu berjabat tangan dengannya.


"Weh Ril! Sihat betul aku tengok kau sejak dah ada cik puan isteri! Apa cerita?" Jawab Noah.

Dian setia disisi Noah sejak mereka berdua tiba di sini. Terdapat beberapa pasang mata memerhati ke arahnya dan Noah. Sempat mereka berbalas senyuman. Dian terasa sedikit kekok kerana majlis ini bukan majlisnya.

"Well, ini Hazril Haziq la... Yelah orang dah ada bini mesti makin sihat. Bro, siapa ni? Awek ke orang rumah?" Tanya Hazril dengan senyuman yang penuh bermakna.

"Kenalkan Dian Ameena, bakal tunang dan isteri aku.!" Selamba Noah menjawab.

Hampir nak terkeluar biji mata Dian setelah mendengar kata-kata Noah itu. Pantas dia mencerlung pandang ke Noah namun Noah sedikit pun tak gentar.

"Diam-diam ya  kau  menyulam cinta. Hari tu bukan main cover kata single mingle bagai. Tup tup dah nak tunang? Tahniah! Hai gigit jarilah si Emilia bila tahu pasal ni."

Emilia? Siapakah? Getus hati Dian. Ini mesti skandal Noah masa sekolah ni. Entah-entah berderet perempuan duk tunggu giliran nak jadi teman wanita dia. Yalah, rupa ada, gaya ada, berada pulak tu. Lengkap pakej!

"Thanks bro, ala kau tu apa kurangnya...tunang senyap-senyap lepas tu tiba-tiba aku dapat kad kahwin apa kes? By the way, kau datang seorang je ke? Wife mana?"

"Oh wife aku tak dapat datang, tak sihat. Orang mengandung katakan. Pagi-pagi lagi dah lembik muntah-muntah sampai aku rasa nak cancel je datang sini."

"Serius? Tahniah bro! Alah biasalah tu, orang bakal jadi ayah. Dah berapa bulan?"

"Nak masuk tiga bulan..bukan main teruk lagi morning sickness dia. Bila makan, keluar balik rasa macam nak terkeluar segala isi perut usus bagai. Kesian pulak aku tengok dia."

"Nanti okay la tu. Weh, Andy comot dah balik dari US? Lama tak jumpa dia. Ingat tak masa dulu bukan main comot tahap apa dah setiap kali lepas rehat sebab main bola keranjang? Kelakar gila!"

"Ha ha ha ingat lagi kau ya? Dah  enam bulan dia balik, lepas tu terus dia kerja dengan ayah dia. Dia cakap dia nak datang tapi batang hidung pun tak nampak. Kau tahu dia dah tunang dengan Shanti?"

Noah berkerut mendengar nama Shanti. Adakah Shanti itu skandal dia juga? Fikir Dian.

"Shanti Sharvanan kelas Lima Uranus tu? Yang chubby-chubby?"

"Yup. Siapa sangka kan? Dulu bukan main macam anjing dengan kucing aku tengok. Oh dia dah kurus lah sekarang!"

"Oh...baguslah tak adalah si Andy sibuk nak mengejek dia lagi."

"Kau ingat Wendy? Kevin? Jessica?" Soal Hazril lagi.

"Ha kenapa?"

"Dia orang further study in UK satu universiti lagi. Tapi Wendy ambil law, Kevin ambil ekonomi dan Jess ambil medic. Now they are all in Malaysia for this reunion."

"Oh terharu aku."

"Lagi siapa ya, ha! Luqman, Imran dengan Qayum kau tahu dia orang kat mana sekarang?"

"Luqman aku tahulah dekat Dubai since dia pindah masa form five awal tahun sebab ikut parents dia kerja kat sana. Sekarang dia sambung buat masters kat sana kan? Yang dua ekor tu aku tak tahu cerita."

"Betullah tu. Luqman tak dapat datang tapi Imran dengan Qayum datang katanya. Kau tahu Imran dah kerja? Gempak siot kerja dia! Kerja dengan Schlumberger! Qayum pulak ambil dentist dekat Indon."

"Oh ye ke? Semua cerita dia orang kau tahu ni?"

"Haruslah, dah apa guna ada Facebook, twitter semua tu? Kau aje duk sibuk angau bercinta."

"Eh eh haruslah!" Noah mengajuk cara cakap Hazril.

"Jom duduk dulu, kalau nak cerita sampai subuh tak habis. Lenguh dah kaki aku ni."

Tanpa berlengah mereka melabuhkan punggung di sebuah meja yang menempatkan enam orang kesemuannya lalu Dian hanya menuruti langkah mereka. Dia hanya diam seribu bahasa dan memerhati gelagat dua sahabat itu.

"Ril, Diana the 'diva' tu apa cerita? Kerek macam dulu lagi?" Tanya Noah.

"Entah, Sally kata dia dah berubah sikit sejak dah bertunang dengan apa nama ke mamat tu? Em..eh bukan Emran tapi Emril! Gila anak Tan Sri kau, ada ladang lembu dekat New Zealand!"

"Ada aku kisah? Ladang lembu ke, khinzir ke bukan ada kena mengena dengan aku. Simpang malaikat empat puluh empat!"

"Amboi benci sungguh kau dengan dia kan?"

"Meluat aku dengan 'diva', kerek and what so ever tu!"

"Sally pulak nak kahwin bulan depan dengan Shahrin. Ha terkejut tak?"

"What? Sally dengan Shahrin? Since when? Weh gila terkejut beruk aku."

"Ya....tulah kau. Tak pasal-pasal aku jadi joyah hari ni. Tapi tak apa aku cerita jugak kat kau. Dia orang bercinta masa masuk universiti kat MMU kat Melaka nuh. Masa second year punyalah sakan bercinta."

"Tak sangka aku, tengok ke Sally bukan main rock gila. Si Shahrin pula kontrol sopan dan ayu gitu. Macam dah terbalik dunia ni tau."

"Kan! Tapi ada lagi best yang kau tak tahu aku rasa."

"Ada lagi? Ha apa dia?"

Dian turut sama mencuri dengar perbualan dua sahabat yang sudah lama tak bertemu ini.

"Yana... dah kahwin ada anak seorang! Tapi...."

"Weh kau biar betul? Hari tu aku jumpa dia awal tahu hari tu dia kata dia single lagi."

"Ish aku tak habis cerita kau dah menyampuk! Dengarlah dulu...tapi dia dah bercerai! Kahwin setahun jagung je then berpisah. Masa tu anak dia baru nak masuk tiga bulan."

"Astaghfirullah...tapi kenapa? Mati-mati aku ingat dia bujang lagi. Tup tup ada anak satu!"

"Itulah...dah tak ada jodoh namanya nak buat macam mana. Tapi cekal dan tabah sungguh aku tengok dia bangun dan bangkit semula. Sekarang ni dia buka butik dekat Jalan TAR dengan adik dia."

"Hmm baguslah...Emilia apa cerita pulak?"

"Aik aku salah dengar ke apa ni ada orang tanya pasal Emilia?"

"Saja tanya salah ke? Aku dengan dia kawan je. Dia aje yang duk lebih-lebih bagai. Oh give me a break!"

"Well, minah tu baru je balik dari London habis degree in fashion design. Makin lawa aku tengok dia!"

"Amboi kau, mengada-ngada bila bini tak ada." Perli Noah.

"Tak aku cakap betul. Dia makin cantik, bergaya dan menawan! Kalah Angelina Jolie, boleh menangis Brat Pit tengok dia ha ha ha!"

"Dah sekarang dia kerja mereka baju ke apa?"

"Yelah kot? Tapi aku rasa dia dah ada boyfriend la.."

"Ada aku kisah? Aku pun ada!"

"Ceh! Handsome mamat tu, macam kacuk mat saleh aje aku tengok. Ada iras-iras Zac Apron he he he!"

Dian ketawa melihat Hazril menyebut nama pelakon hollywood itu.

"Zac Efron lah! Tapi aku tak hairan sikit pun tak la.. Awek aku sepuluh kali cun dari dia! Aku pun seribu kali handsome daa!"

"Kau puji diri sendiri sampai beribu eh? Dahsyat...dahsyat."

"Ini Noah Ismail Wong, anak Razuan Wong meyh! Bukan calang-calang olang wa kasi tahu."

"Ha ha ha okey, okey! Eh Dian ambil jurusan apa ya, business sama dengan Noah?"

Dian tersentak apabila Hazril bertanya kepadanya.

"Uh? Eh tak, Dian ambil Communication major in Public Relation."

"Oh, dah lama korang bercinta bermadu asmara?"

Buntang biji mata Dian mendengar soalan dari mulut seorang pensyarah itu. Dah kerjanya bercakap maka bercakaplah dia tanpa henti. Nasiblah isteri dia.

"Err..sebenarnya...kita orang..."

"Sebenarnya dah lama pun!" Noah memintas dengan selamba.

Dian sempat mengerling kepada Noah.

"Aku dah lama syok dan usha dia ni tapi bukan main payah ya rabbi nak tackle gadis yang bernama Dian Ameena ini. Mudah dilihat tapi sukar dipegang. Tapi tulah kena make efforts to win his heart!"

"Aku doakan korang bahagia sampai bila-bila. Jangan lupa jemput kenduri kahwin sudahlah. Kalau tak putus kawan!" Hazril mengugut Noah.

"Ish tak ada maknanya aku boleh lupa. Kau kan best friend aku dunia akhirat!"

"Eh tu Adam kan? Asal dia ada sekali kat sini? Bukan ke dia senior kita dulu? Sesat ke apa?"

           Noah mengalih pandangan ke arah Adam. Disisinya bersama dengan salah seorang rakan sekelas dia dahulu, Tengku Juwita. Anak tauke balak yang terkemuka di Malaysia. Tengku Juwita belajar di New Zealand dalam jurusan hartanah dan sekarang di tahun akhir. Bukan ke dia dengan Megat Johan Iskandar? Dah putus ke? Tebak Noah dalam hati.

         Dian turut memandang ke arah Adam bersama Tengku Juwita. Mereka berdua nampak mesra dan sudah lama kenal sahaja. Masing-masing masih di pintu masuk utama sedang rancak berbual dengan rakan-rakan Noah yang lain. Macam mana Dian boleh terlupa yang Adam dulu satu sekolah dengan Noah?

"Ril, bukan ke Juwita dengan Johan? Dia orang dah clashed ke?" Soal Noah.

"Aah betul la tu dia dengan si Johan. Tapi Johan tak dapat datang, dia ke Singapore. So Adam gantikan dia maybe? Eh Adam tak jadi tunang ya dengan si model jelita tu?"

Sekali lagi Dian tersentak dan terkejut dengan kata-kata Hazril. Noah pantas mengangguk.

"Apahal dia orang tak jadi bertunang? Bukan main terpampang satu muka surat kata nak bertunang lah apa sekali terpampang lagi satu muka surat kata tak jadi pulak. Pening aku!"

"Dah tak ada jodoh..."

"So dia single lah sekarang?"

"Yelah kot, perempuan tu pun dah kahwin."

"Lah ye ke? Ish, melepaslah Adam..."




                                   *************************************************


         Sedang Dian mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet di hujung restoran itu, ada suara garau menyapanya. Nasib tak terlepas pinggan kaca yang dipegang. Mujur juga dia tak melatah di depan lelaki tersebut.

 "Hi, salam 'alaikum! Sikit je makan, diet?" Soal Adam yang berdiri di sebelah Dian.

"Wa'alaikum salam, eh ini dah round kedua tau! Baru nak makan ke?" Dian berbasa-basi.

"Ya, jom makan sekali!" Ajak Adam.

"Eh tak apa, Adam makanlah lagipun tak baik biarkan partner sorang-sorang tu."

"So okay, lagipun ini reunion dia orang. We are the same, an outsider." Senyuman penuh menggoda terukir di wajah tampannya.

"Hmmm, tak sangka boleh jumpa kat sini. Tak kerja ke?"

"Hari ini kan Sabtu?"

"Oh lupa.... Okaylah Dian duduk dulu."

Adam pantas mengangguk dan terus mengambil makanannya.

Apabila Dian kembali duduk di meja yang Hazril dan Noah duduki, pantas Hazril berkata sesuatu pada Noah.

"Adam tu syok kat Dian ke? Kau jangan...dia tu single and available."

"Langkah mayat aku dulu! Banyak lagi perempuan kat KL ni nak buat girlfriend."

"Amboi marah nampak, chill...aku just warning je. Supaya kau more careful and alert."

"Hmmm... yalah tu."

"Kau kata nak pergi London Oktober ni ya? Kau pergi lama?"

"Aah, sebulan lebih insha Allah. Dian pun pergi juga dengan seorang lagi kawan baik dia, Fath, sepupu dengan Adam."

"Fath Dlina Rose Iman Douglas? Anak owner Hotel Hilton tu?"

Noah mengangguk laju. Hai, glamor nama kau Fath! Mesti tersedak kau sekarang kat JB.





                                         ****************************************


               Usai menjamu hidangan yang disediakan, mereka dijemput untuk berkumpul di satu tempat di resort tersebut. Alangkah terujanya Dian dibawa di tepi laut! Dia dan laut memang tidak dapat dipisahkan.
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi mulusnya. Terasa nyaman sekali!

"Okay semua, mari datang dekat-dekat supaya faham apa yang ingin diterangkan." Ujar Fahmi selaku bekas ketua kelas semasa di tingkatan lima dahulu. Tegap dan tegas orangnya. Bakal peguam katakan.

"Baiklah, game yang pertama ini dipanggil sebagai 'betul ke bohong'. Enam orang akan dipilih secara random untuk menjawab soalan di dalam balang ini berdasarkan arah muncung botol kaca yang dipegang oleh Ilham ni. Nak tak nak kena jawab jujur sejujurnya okay! Kemudian, saya serahkan kepada Ilham untuk terangkan game yang seterusnya."

"Baik, untuk game yang kedua iaitu game gubah bunga untuk pasangan masing-masing. Gubahan yang paling cantik dan menarik akan mendapat hadiah yang lumayan."

           Masing-masing sakan bersorak. Noah kalau tak jadi juara dalam game gubah bunga ini tak tahulah Dian nak kata apa. Masakan tidak, dah penuh satu meja belajarnya dengan bunga pemberian lelaki ini tak termasuk dengan bunga daripada Adam.

         "Seterusnya, game lari dalam guni ulang alik bersama pasangan masing-masing sebanyak dua kali.. Tubuhkan lima kumpulan dimana dalam setiap kumpulan ada dua pasangan. Lepas lari dalam guni, game bawling kelapa tua. Markah akan diberikan berdasarkan jumpah bilangan botol yang berjaya ditumbangkan. Akhir sekali, tulis surat cinta yang paling romantis buat pasangan masing-masing dan pasangan akan dipilih secara rawak untuk membaca di hadapan semua. Faham?"

Dian telan liur. Macam budak-budak permainannya! Terkubur sudah niatnya untuk mengajak Noah balik awal dek melihat muka Noah yang teruja habis untuk bermain.

          Permainan 'betul ke bohong' dimulakan dengan penuh keterujaan seperti kanak-kanak riang ribena. Lagi mengejutkan apabila Dian dipilih untuk menyertai kumpulan yang pertama. Gabra habis satu badan!
Namun dia menarik nafas panjang untuk kekal tenang. Adam juga terpilih untuk masuk satu kumpulan dengannya. Haru!

"Okay, soalan pertama buat Rudi! Sejak bila jatuh cinta dengan teman wanita atau isteri anda?"

Semua mata tertumpu ke arah Rudi, bakal pegawai farmasi yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Sejak kali pertama saya melihatnya." Dengan tenang jawabnya.

Semua sudah sakan bersorak siap bersiul lagi.

"Betul kata Riana, puas hati dia nampaknya. Baik, kita lihat siapa yang kena untuk soalan kedua!"

Berdebar kencang jantung Dian pabila muncung botol tersebut menghala ke arahnya. Sudah!

"Okay, apa yang membuatkan anda cintakan pasangan anda Noah?" Tanya Fahmi yang perasan sejak tadi Dian bersama dengan Noah.

"Err....sebab dia...hengseng?" Teragak-agak Dian menjawab.

"Lagi?"

Mata Noah tak berkedip menunggu jawapan Dian yang seterusnya.

"Baik? Pemurah, Peramah dan lawak."

"Betul Noah?" Tanya Fahmi mendapatkan kepastian.

Dian tersenyum lalu mengangguk.

"Jadi, mangsa kita seterusnya adalah....Adam!!!" Jerit Fahmi dengan teruja.

Adam nampak tenang dan bersedia untuk menjawab soalan.

"Siapakah perempuan yang paling bertuah sedang anda cintakan?"

Adam pandang Dian sekilas. Cepat-cepat Dian tunduk melarikan pandangan mata.

"Dia...adalah...Mis Dee." Pendek jawab Adam.

Dian telan liur, kelat! Nama yang sama ketika majlis resepsi kahwin mak su dan pak su Fath dan dia di Hotel Hilton.

"Exactly please?" Soal Fahmi.

"Rudiana Zameena..." Spontan balas Adam dengan tenang.

Rudiana Zameena? Nama teman wanita terbaru Adam yang sedang cintakan? Pelik.

"Baiklah, kita pusing lagi botol itu. Oh Dian Ameena lagi!"

Dian terkejut dan bulat matanya. Semua tertawa melihat reaksi spontannya itu.

"Okay tenang Dian, soalannya berbunyi apakah warna kegemaran Noah?"

"Ungu." Dian jawab dengan yakin dan pasti.

Fahmi memandang Noah meminta kepastian dan jawapannya ya! Tak perlu disangkal lagi.


                                  *************************************************


            Selesai kumpulan pertama, Noah duduk di kerusi sebagai ahli kumpulan kedua. Ceria dan gembira jelas terpancar di wajahnya seperti tidak sabar untuk menjawab soalan dari Fahmi.

"Mangsa yang pertama adalah....Sally! Okay, apa moment paling manis antara anda dengan Shahrin?"

"Erm...masa dia melamar saya!"

"Bagaimana cara dia melamar?"

"Waktu kita orang dinner then time dessert dia proposed. Ada satu pinggan yang bertutup dihidang di atas meja dan bila saya buka penutup tu, ada cincin dalam kotak baldu yang terbuka. And I said YES!"

Semua yang ada disitu bertepuk tangan dan bersorak.

"Kali ini....Noah! Siap kau aku kerjakan." Kata Fahmi dengan nada mengejek.

"Noah, kenapa mesti Dian Ameena? Apa istimewanya?"

Semua memberi tumpuan kepada Noah.

Dengan tenang dan selamba Noah menjawab " Kerana dia Dian Ameena...yang sejuk dan tak jemu mata memandang. Dian yang lemah lembut, tulus hatinya sesuci cinta Hawa kepada Adam."

"Wooooo! Pew wit!" Jerit salah seorang daripada mereka. Dian sudah membahang kemerahan. Ayat habis dramatik tak boleh blah.

"Okay, boleh tahan jiwang rupanya...baiklah soalan seterusnya untuk si cantik Emilia!"

"Siapakah cinta monyet anda yang pertama ketika di sekolah menengah?"

"Noah Ismail Wong." Emilia menjawab sambil tersenyum manja.

"Adakah betul Noah?" Soal Fahmi pulak.

"Hah? Errr bohong!!!"

"Jadi bagaimana Emilia? Katanya bohong."

"Betul!"

"Okay, tak mengapa mari kita pusing botol itu! Ya dan kali ini Qayum yang kena!"

"Qayum, perkara yang paling memalukan yang pernah terkantoi di depan makwe kau?"

"Err...terkentut dalam kereta. Ops!" Jawab Qayum.

Masing-masing terhambur gelak setelah mendengar jawapan polos dari Qayum.

"Adakah ia betul Fazura?" Tanya Fahmi sambil menahan ketawa.

"Ish awak ni! Buat malu je.."

Yang lain makin galak ketawa melihat dua pasangan tersebut.


                                    ***************************************************

 
                 Setelah tamat permainan 'betul ke bohong' maka mereka meneruskan ke permainan yang kedua iaitu gubahan bunga. Noah nampak sungguh cekap dan kreatif mengubah bunga ros segar bersama beberapa bunga yang lain. Langsung tidak nampak kekok! Saingan begitu sengit apabila Adam juga turut pandai dan mahir dalam mengubah bunga.

"Baik, keputusan telah pun ada di tangan saya! Pemenang tempat ketiga jatuh kepada......Qayum! Sila serahkan bunga yang telah digubah kepada pasangan. Seterusnya, tempat kedua dimenangi oleh....Adam! Sila beri bunga anda kepada Juwita. Johan untuk permainan kedua ini adalah........si  bekas pemain bola keranjang sekolah, Noah Ismail Wong!!!"

               Dian tergamam sesaat dan turut sama memberi tepukan kepada Noah. Kan betul tekaannya, sah-sah Noah menang sebab bab bunga dia memang terror! Celah gigi dia je. Getus Dian.
Sempat dia memandang melihat wajah Adam yang asyik merenung ke arahnya.                                   Terselit rasa sayu dan penuh mengharap akannya.

Dian pulak melihat wajah gembira Tengku Juwita disaat Adam menyerahkan gubahan bunganya tadi. Mereka nampak sangat mesra seperti telah lama kenal. Gumam Dian dalam hati.

"Cantik tak Dian bunga ni?"

"Hah? Ha..cantik! Pandai Noah gubah..."

"See the hand la! Nanti Noah boleh ajarkan, senang je hai!"

"Okay...jom?"

"Jom? Pergi mana?"

"Tu game ketiga nak start. Tak nak join?" Soal Dian.

"Of course nak! Okay jom."



                                    **********************************************


                Akhirnya, tiba ke permainan yang terakhir dan masing-masing diberikan sehelai kertas kosong untuk meluahkan kata-kata romantis buat pasangan masing-masing. Begitu khusyuk Noah menulis di atas kertas tersebut sehingga penuh satu muka surat. Dian tertanya-tanya apa benda yang diluahkan itu.

"Hoi! Eee janganlah tengok, rahsia!"

"Eh eh, tak nampak pun la..kecik cenonek tulisan mana nampak!" Noah cover line.

"Biarlah, tangan Dian bukan tangan Noah huh!"

Dian terus sambung menulis di atas kertasnya yang masih belum penuh. Takkan nak luah semua kot? Setengah cukuplah nanti tak jadi rahsia pulak. Buat malu je kalau kantoi kena baca depan semua orang. Hatinya berkata.

"Okay, masa telah pun tamat. Sila berhenti menulis sekarang!" Kata Edrian selaku ketua untuk permainan terakhir ini. Sekali tengok macam anak Pakistan si Edrian ini, dengan hidung mancungnya persis Salman Khan dan kulit kuning langsat.

"Dengan sukacita, dijemput Adam untuk membacakan surat romatisnya dipersilakan!"

Semua memberikan tepukan paling gemuruh ketika nama Adam disebut. Tanpa membuang masa, jejaka itu pergi ke hadapan dan membacakan segala yang ada di kertas putih itu.

"Pertama kali terpandang wajah manisnya, jantung mula berdetak laju. Luar biasa laju. Nafas bagaikan tersekat seperti kekurangan oksigen. Namun itulah hakikatnya. Cukup sempurna apa yang ada padanya melengkapkan lagi separuh di hati ini. Dari jauh menjadi semakin dekat, semakin sayang dan cinta. Ibarat bunga mekar harum setaman. Namun, bunga itu penuh dengan duri membuatkan sukar dipetik."

Setiap mata dan telinga diberi perhatian mendengar bacaan Adam di hadapan. Ada yang bisik-bisik seperti meneka siapakah gerangan gadis itu.

"Sungguh diri ini sudah terlanjur mencintainya tanpa sedar. Jantung semakin berdegup kencang tidak mengikut rentak dan ritma. Adrenaline semakin bergerak pantas seluruh badan. Darah dipam-pam ke seluruh organ disaat ungkapan cinta ini dibaca. Public pulak."

Rakan-rakan Noah tergelak dan ketawa mendengar kata-kata spontan dari mulut Adam.

"Si cantik manis itu bukanlah pasangan saya pada hari ini, kerana dia sudah pun ada yang punya. Kalau tidak mahunya diterkam bagaikan rimau laparkan daging manusia."

Sekali lagi, suasana penuh dengan gelak dari yang sedang mendengar.

"Cukup sudah bahawa diri ini meluahkan kata cinta yang lama tersemat di hati ini. Biarlah masa yang menentukan sama ada dia sudi menerima diri yang serba hina ini. Biarpun seribu tahun menunggu, menjadi bujang terlajak pun akan ku sanggup. Jika bulan dan bintang menjadi permintaannya akan digapai walau setinggi mana pun awan itu. Hadirnya dia dalam hidup, cukup mendamaikan dan menggembirakan diri. Bagaikan pungguk rindukan bulan, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Kau akan ku tunggu. India London Oman Venice Europe Yunan Oscar Unicorn!"

Semua tercengang dengan ayat terakhir Adam itu dan membuat Dian terkesima seketika. Dia tahu maksudnya! I LOVE YOU!

"Wah sungguh romantis kata-kata cinta daripada Adam! Bertuah sungguh gadis yang dimaksudkan itu. Baik, yang kedua, dijemput Noah!!!"

Semua memberikan tepukan paling gemuruh untuk Noah. Noah siap buat 'peace' lagi. Dia berlagak tenang sambil memegang sehelai kertas yang penuh dengan kata cinta.

"Kata orang cinta itu buta, dan memang benar ternyata ianya buta ha ha ha!" Sempat dia berlawak.

"Okay, tapi yang butanya cinta itu dia si gadis yang saya cintai. Saya tak buta, saya celik!"

Sahabatnya semua ketawa melihat telatah Noah yang memang nakal.

"Saat pertama bertentang mata dengannya ketika masuk kelab drama. Fuhh! Cunnya minah ni! Getus hati ini. Tapi dia si jelita ini buat derk je, buat tak nampak macam betul-betul buta ha ha ha! Tapi steady, cool nak dekat dengan dia. Macam-macam cara dibuat untuk lenal rapat dengannya tapi habuk pun tak dak. Try punya try tanpa putus asa, akhirnya....yes! Kami berkawan juga. Dia bagaikan si gadis misteri nusantara yang pernah saya jumpa. Terlalu berahsia. Hari demi hari, kami semakin rapat, dan dia makin mesra menampakkan auranya yang cantik dan penuh karisma. Tidak perlukan barangan berjenama seprti Chanel, Louis Vuiton, Tifanny & Co dan sebagainya untuk memikat hatinya. Cukuplah dengan cinta dan kasih yang tulus buat dirinya." Penuh perasaan Noah membaca di kertas.

Setelah menarik nafas, dia sambung lagi " Dia bukanlah dari keturunan bangsawan, puteri kayangan atau puteri raja dari mana-mana negara. Dia hanya biasa-biasa yang punya tempat yang teristimewa di hati saya ini selain umi saya Puan Nasha Emily Richardson. Dalam tegasnya, ada kelembutan terselit pada dirinya yang membuatkan saya cair dan tak menahan, geram! Terkadang, sukar untuk agak akan dirinya yang kadang-kala gembira, terlalu gembira dan tak mustahil tiba-tiba air matanya turun membasahi pipi. Mana mungkin, saya tegar melihatnya diulit sedih,perit dan pilu?"

Dian asyik mendengar Noah meluahkan apa yang ditulis di kertasnya itu. Rasa terharu dan dia menahan air mata yang sedang bergenang di tubir mata.

"Semakin lama kita kenal, semakin sayang dan cinta saya buat awak oh adinda. Kehadiranmu dalam hidupku menyerikan lagi suasana ini bukan untuk diri sendiri malah buat kerabat tercinta.Seindah namanya menerangi lagi hari-hari yang dilalui atas bumi Allah ini membuatkan cinta ini makin kuat dan kuat. Tidur malam kadang terigau-igau akannya. Senyumannya, ketawanya, pandangan matanya membuat aku terpukau. Ah sungguh aku mencintaimu dinda. Moga berjodoh antara kita nanti, sekian."

Tepukan gemuruh dan siulan dan teriakan diterima Noah. Dinda? Siapa sahaja yang memanggilnya begitu kecuali seorang, Noah. Ya, semoga ada jodoh antara kita. Kata Dian di dalam hati.




                                      ********************************************

 "Dian? Hi, saya Salimah panggil Sally." Sally menghampiri Dian dan duduk di sebelahnya.

"Oh hi Sally, study MMU kan? Ambil course apa?" Dian cuba bermesra dengan belas rakan sekelas Noah.

"Aah, ambil Cinematic Arts. Dulu Noah, famous satu sekolah sebab hebat main basket ball. Lagi satu dia pandai main gitar. Ramai suka dia tau."

"Sally pun?" Tebak Dian.

"Suka sebagai kawan saja. Nakal-nakal dia pun top ten dalam kelas setiap kali exam."

"Iye?" Dian tunjuk teruja.

"Ramai yang nak dekat dengan dia especially girls. Tapi dia bolayan. Siap kasi bunga, surat letak bedak dan macam-macam! Kelakar gila."

"Oh, siapa yang minat dia?" Dian cuba mengorek rahsia.

"Ramai, yang tua yang muda semua ada. Tapi ada seorang ni memang tak serik nak dekat Noah. Biar kena simbah sebaldi air dari tingkat atas, kena conteng muka dengan marker tetap gilakan Noah. But it were just an old story, budak tu pun dah moved on."

"Sampai macam tu sekali? Ish nakal sungguh!"

"Salah budak tu juga pergi cium pipi Noah siapa suruh! Sampai Noah rasa nak tukar sekolah."

"Cium? Seriously?" Dian tak percaya.

"Aah, that girl was damn so much in love into Noah until kissed his cheek. Besides, dia siap curi jersey bola keranjang Noah untuk buat kenangan. Itu baru sikit, ada satu hari tu, dia kenakan Noah kata kawan baik Noah, Hazril nak jumpa dekat Nando's then Noah pun pergi. Tapi Hazril tak ada, si budak perempuan tu yang tersengih-sengih kat dia."

"Angau betul ya pada Noah?"

"Tapi Noah pun panjang akal, dia tak duk diam. Dia pakat dengan geng dia kenakan balik budak perempuan tu. Masa perkhemahan dekat Janda Baik, dia orang balut kain kapas putih macam pocong dan menyorok di sebalik pokok besar dekat dengan air terjun. Kebetulan, budak perempuan tu nak pergi basuh tangan dekat situ, apa lagi dia orang berempat melompat-lompat ala-ala pocong untuk takutkan budak tu. Meraung sampai terkencing si Emilia tu ha ha ha ha!"

"Emilia?" Dian terkejut mendengar nama itu.

"Aah that girl was Emilia. Tu yang pakai blouse pink dengan seluar jean. Tapi tu cerita dulu masa zaman innocent, tak makan saman. Sekarang semua dah berubah. Baik gitu sejak masuk universiti." Jelas Sally.

         Dian tersenyum mendengar cerita tentang Noah masa zaman sekolahnya dulu. Dia pun nakal jugak. Dua kali lima sama macam Noah. Tak dapat bayang muka cuak macam nak mati bila Dian mengamuk sambil menghayun seorang budak lelaki yang bertubuh kecil yang sekelas dengannya apabila dia geram kawannya Puteri telah meninggalkan dia seorang di dalam kelas. Tak pasal-pasal budak tu demam tiga hari berturut-turut.

"Juwita tu pun pernah ada hati pada Noah. Tapi macam biasa dia tak layan."

"Takkan Noah tak pernah bercinta, I mean puppy love?"

"Ada tu ada, cuma just for fun. Tapi budak tu pindah ke Dungun masa form 4. Tapi Noah selamba rock je, sepuluh yang datang ada la. Mungkin dia jenis setia pada yang satu."

"Oh...mungkin."

'Eh, ni kad kahwin saya datang tau bulan depan tujuh hari bulan, tanda siap-siap kat kalendar."

Dian menyambut huluran kad undangan majlis walimatulurus dia bersama Shahrin.

"Terima kasih, insya Allah Dian datang dengan Noah. Dah siap preparation?"

"Almost 90% siap. Tinggal ambil baju pengantin dan pasang pelamin je. Datang tau!"

"Okay, berseri-seri muka nak naik pelamin ya! Anyway, selamat bakal pengantin baru sebulan dari sekarang."

"Thanks dear! Okay, nak bagi kad ni pada yang lain pulak. Dian nanti kahwin jangan lupa jemput Sally!"

"Lambat lagi....tapi insya Allah. Bagi number phone Sally senang nak contact."

Tanpa berfikir panjang Sally menyebut sebaris nombor telefonnya kepada Dian.


No comments:

Post a Comment

nuffnang