Seperti yang dijanjikan pada hari tu, Dian kembali ke Kuala Lumpur di rumah keluarga Noah tiga hari sebelum menyambut Syawal yang mulia. Dian menaiki bas dari Pahang dan dijemput Noah di Pekeliling pada petang tersebut.
Setelah Camry Hybrid putih Noah masuk di ruang garaj rumahnya, Dian terlebih dahulu masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan umi Noah. Langkahnya terhenti disaat bertentang mata dengan seorang lelaki yang asing dan tidak pernah di ketemu langsung.
"Hai, awak siapa ya?" Tanya si lelaki yang berbadan tinggi dan tegap itu.
"Hai, err... saya Dian Ameena." Jawab Dian sedikit gugup dan segan yang amat.
Kemudian Puan Nasha Emily muncul dari dapur dan mendapatkan Dian yang berada di ruang tamu.
"Dian! Dah sampai rupanya, ha umi kenalkan ini anak umi yang nombor tiga yang belajar di Melbourne, Australia. Namanya Nazman, Naz inilah Dian kawan Noah yang umi cerita tu." Ujar umi Noah mesra.
"Oh...inilah Dian Ameena yang Noah asyik sebut-sebut. Cantik orangnya seperti namanya jugak. By the way I'm Nazman Razuan Wong." Lelaki tersebut sekali lagi memperkenalkan dirinya.
"Hi Nazman, nice to meet you! Handsome macam abangnya jugak." Dian spontan memuji Nazman.
"Ha ha ha don't compliment to much, I'm just ordinary person. So come join us berbuka. Make yourself comfortable." Mesra Nazman menjemput Dian.
"Ah yes thank you..." Dian tersipu malu lalu menuju ke dapur untuk membantu umi Noah apa yang patut.
"Umi, ada apa-apa yang nak Dian tolong?" Tanya gadis manis tersebut.
"Eh, tak ada dah semua dah siap cuma tunggu hidang je. Kalau nak tolong, sendukkan lauk ini dan bawa ke meja ya sayang. Umi nak buat air." Balas umi Noah sambil mendapatkan sebuah jag kaca di atas kabinet.
Dalam pada itu, Noah yang masuk ke dalam rumah duduk di sofa ruang tamu untuk menunggu waktu berbuka. Nazman kemudian datang menghampirinya dan duduk bertentangan dengannya.
"Pandai Along pilih, cantik, modest, polite and decent the person. I like 200% !" Nazman memulakan kata.
"See the leg la! This is Along, my taste is very standard and superb. She's very kind, full of loves which had stole my heart long time ago." Noah tunjuk bangga di hadapan adiknya.
"Yeah, seems like umi likes her too. Does she knew about Kak Nia?" Jawab Nazman.
"Absolutely! Well, she knew it already..."
"Her face...looks alike as Kak Nia a little bit right? Made me a bit impressed just now."
"Yes she is. Daddy pun kata macam tu..."
"Untunglah Along, tak lama boleh makan nasi minyaklah Naz dengan Adik. Dapat seorang kakak lagi!" Nazman teruja sungguh.
"Sabarotun.... kalau tak sabar pergi beli kat kedai ya nasi minyak. Kang mati kempunan Along tak tanggung." Gurau Noah tergelak kecil.
"Naz boleh sabar, takut Along yang tak sabar-sabar he he he!" Nazman menyakat abangnya.
"Eleh kata orang pulak, dia tu! Girlfriend pun nan hado! Cubalah expand your horizon tu sikit."
"Hish, Naz mudah trang tang tang lagi okay...not so desperate for girlfriend at this moment. Nak habiskan masters dulu then kerja kumpul harta bertingkat-tingkat dulu."
"Tak kemana harta tu Naz.. kalau harta banyak tapi kesunyian tak syok tau tak?"
"I knew, but will see...kalau ada jodoh adalah. Kalau tak it's okay, Along dengan Kak Dian kan hado.."
"Kak Dian? She's same your age okay..." Noah memperbetul Nazman.
"Oh ye ke? But she's going to be my future elder sis in-law soon, takkan kena panggil nama juga kot?"
"Aah ya tak ya kan? Emm panggil Kak Dian lah senang. Along pun suka!"
"Dah 7.15pm ni, jom berbuka! Tak sabar nak makan gulai lemak ketam umi yang awesome!!!" Ajak Nazman yang dah pun bangun dari sofa.
"Ish budak ni kalau bab makan nombor satu! Tapi badan maintain fit, sado..tak faham Along." Noah menggelengkan kepalanya melihat gelagat adiknya itu.
"Ha mari duduk anak-anak kesayangan umi semua. Hari ini umi masak special untuk semua. Hopefully you guys like it!" Umi Noah melabuhkan duduk disebelah Dian.
"Of course umi! Dah lama Naz tak makan masakan Melayu macam ni. Hari-hari kat sana spaghetti, bread, lasagna. Naik fed-up Naz umi..." Nazman meluahkan perasaannya terhadap umi.
"Umi tahu, dah tu makanlah puas-puas! Banyak umi masak, dalam periuk ada lagi tu."
"Daddy berbuka sekali dengan kita ke berbuka kat luar umi?" Tanya Noah yang menyambut huluran gelas berisi jus oren daripada Dian.
"Daddy kata nak berbuka sama dengan kita. Kejap lagi sampai la tu."
Tidak semena, salam diberi dari luar rumah menandakan Encik Razuan Ismail Wong telah sampai ke rumah.
"Hmmm dari luar bau masak lemak cili api umi... " Ujar daddy Noah yang menghampiri meja makan.
"Hah! See hebat gila penangan masakan umi! Dari luar boleh bau, haih putihlah mata dengan mulut jiran depan belakang kiri kanan kita umi..." Nazman memuji uminya.
"Ha ha ha umi tak tau, not my fault!" Umi Noah cuba berlawak.
Lantas semua tergelak mendengar jawapan spontan Puan Nasha Emily itu.
"Azan dah bunyi tu, Noah you lead to recite the doa please..." Arah daddy Noah mula menadahkan tangan.
Semua juga menadahkan tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Noah.
Mereka menjamu selera dengan penuh rasa syukur dan nikmat sekali. Masing-masing tak bersuara menikmati hidangan yang dimasak oleh umi kesayangan Noah. Betullah kata orang, air tangan ibu adalah yang terbaik di dunia. Tiba-tiba Dian teringatkan mamanya yang mungkin berbuka puasa bersama Encik Ezuan Kumar yang katanya balik pada hari ini. Ah, buat pedih je ulu hati bila ingatkan suami mamanya itu.
"So esok Along nak balik rumah bakal mertua Along, nak beraya dengan bakal mak mertua he he he" Noah tergelak nakal.
Uhuk! Uhuk! Tersedak Dian yang sedang mengunyah nasi di dalam mulut setelah mendengar kata-kata Noah. Mukanya sudah berubah rona kemerahan, menahan malu yang amat. Semua mata terarah kepadanya lalu membuatkan dia ingin menyorok dibawah meja saat itu juga.
"Noah, tengok muka Dian dah merah sangat tu...Ish behave sikit." Tegur uminya.
"Along memang macam ni Kak Dian, suka sangat menyakat orang. Dah jadi habit!" Tambah Nazman sambil mencedok ketam masak lemak cili api.
Dian sekadar tersenyum dan tidak berkata apa. Jus oren yang tinggal separuh diteguknya untuk memberi sedikit kelegaan. Siap Noah nanti! Bentak hatinya.
"Noah, nanti duduk rumah bakal mak mertua pandai-pandailah jaga diri, jaga tingkah ya. Pandai-pandai ambil hati bakal mak mertua tu." Encik Ezuan Wong pula menambah.
Dian yang sedang menyuapkan nasi bagaikan nak terkeluarkan semula apa yang disuapnya itu, terkejut dan rasa nak pengsan pun ada. Boleh jadi nasi yang disuapnya masuk lorong yang salah di aesofagus.
Noah pula dah senyum sampai ke telinga mendengar kata-kata daddynya.
"Ish daddy pun sama suka sangat nak menyakat Dian, tak nampak dah merah padam muka budak ni." Puan Nasha menegur suaminya.
"Eh betul apa saya cakap, sayang.... tak salah kalau abang bagi tips untuk anak kita ni. Biar success!"
"Hmm yelah tu darling...dah cepat makan, nanti lambat nak ke masjid. Dian ada bawa telekung? Kalau tak ada nanti umi bagi telekung ya."
Dian mengangguk tanda setuju lalu disudahkan suapannya yang terakhir sebelum meneguk just oren di dalam gelas. Lantas dia membantu umi Noah mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk. Dalam hati umi Noah memuji kerajinan gadis cantik ini yang ringan tulang menolongnya di dapur. Sesuai sangat untuk jadi menantu!
Usai berterawih di masjid perumahan Noah bersama keluarganya, Dian terus masuk ke bilik untuk tidur kerana esok dia dan Noah akan pulang ke rumah mamanya di Pahang awal pagi. Betapa berbunganya hati Dian mengenangkan mamanya yang ternanti-nanti kepulangannya dan Noah.Sama seperti Noah, bagi Dian raya kali ini agak sedikit berbeza kerana ada Noah untuk beraya bersama. Mesti ceria suasana raya kali ini!
Setelah matanya dipejam, bunyi tweet dari Sony Ultra berbunyi menandakan satu mesej masuk lalu dicapai handphone itu untuk melihat mesej tersebut.
Selamat malam my dear Dian, sweet dream...dream of me! Mmmuahahaha :)
Dian tersenyum setelah menatap mesej yang diterimanya itu. Macam-macam Noah ni, duduk sebumbung pun nak bermesej bagai, buat membazir kredit sahaja. Tapi Dian teruja untuk balas mesej tersebut.
Thank you...you too good night! Tidur, esok nak balik kampung!
Seminit kemudian bunyi tweet lagi menyapa telinga Dian lalu dibaca mesej yang dibalas Noah.
Pergi mall main bawling, okay darling!
Dian tersenyum lebar melihat meseh tersebut, sungguh geli hati dengan gelagat Noah yang seringkali mencuit hatinya. Rasa sungguh bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata apabila dia bersama Noah.
*************************************
Pagi-pagi lagi Dian dikejutkan oleh Puan Nasha Emily, umi Noah untuk subuh berjemaah. Kali ini daddy Noah mengimamkan mereka sementara Noah melaungkan iqamat. Terasa sebak di dada Dian disaat Noah berdiri melaungkan iqamat. Syahdu rasa hatinya dan membuatkan air mata bergenang di tubir mata. Tanpa disangka luruh juga air matanya lantas diseka supaya tiada siapa yang perasan.
Setelah selesai mendirikan solat subuh, Dian berserta keluarga Noah bertadarus Al-Quran. Sekali lagi hati Dian dirundung sayu dan hiba. Bukan selalu dia melalui aktiviti sedemikian. Kalau pernah pun beberapa kali bersama mamanya manakala yang lain bersama kawan-kawan sekolahnya di sekolah menengah. Sungguh Dian tidak sangka bahawa betapa sedap dan lunak suara Noah membaca ayat-ayat suci Allah. Malah Dian juga terkejut yang Noah dan adiknya yang lain belajar mengaji dengan uminya sendiri.
Hampir sejam mereka bertadarus sehingga matahari nampak terbit memunculkan diri menyinari sekalian alam. Dian dan Noah bersiap-siap untuk pulang ke rumah mama Dian di Pahang. Semua beg pakaian dan beberapa barang telah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sebelum pulang, Dian dan Noah menyalami umi dan daddy Noah.
"Umi, Dian minta halal semua makan minum Dian kat rumah umi ya. Dian minta maaf kalau ada salah silap terlajak kata pada umi. Dian sayang umi, selamat hari raya umi, maaf zahir batin..." Dian sebak lalu memeluk umi Noah erat-erat.
Daddy Noah dan Noah memandang Dian dan Puan Nasha yang sendu berpelukan membuatkan mereka hampir menitiskan air mata lelaki mereka. Terharu!
"Daddy, Dian minta halalkan semua ya selama Dian datang rumah daddy. Selamat hari raya maaf zahir batin daddy." Ucap Dian kepada daddy Noah menghadiahkan sebuah senyuman sebagai ganti tidak bersalaman dengan lelaki itu.
"Ya, daddy halalkan semuanya Dian... Selamat hari raya, maaf zahir batin jugak untuk Dian. Maaf banyak-banyak andai selama ini ada gurauan daddy buat Dian jauh hati dengan daddy. Harap kosong-kosong ya!"
"Terima kasih daddy, Dian tak simpan dalam hati pun semua tu. Dian tahu daddy cuma bergurau."
"Okay, umi....daddy...Kita orang gerak dulu ya! Selamat hari raya maaf zahir batin, maaf untuk semua salah dan silap Noah pada umi dan daddy. I love you all so much!" Noah memeluk kedua ibu bapanya.
"Ya sayang, umi dan daddy dah lama maafkan Noah. We love you more than you know! Drive carefully ya sayang, dah sampai bagitahu umi. Kirim salam pada bakal mama mertua he he he" Sempat umi Noah berlawak ketawa.
Dian dah tak keruan dibuatnya menahan usikan umi Noah.
"Umi, daddy, Naz.... Dian balik dulu ya. Nanti jemputlah beraya ke rumah! Dian dengan Noah tunggu..." Ujar Dian sebelum masuk ke dalam kereta.
"Okay umi, daddy, Naz ... Along gerak dulu nanti bimbang jammed. Nanti Noah call bila sampai!" Noah melambai kepada keluarganya.
"Along, jangan mengada nak main mercun! Kang tak beraya nanti." Sempat Nazman berjenaka dengan Noah.
"Ish, along budak baik...paling koman pun main mercun bawang pop! pop! tu... heee"
"He he he mercun jugak tu! Okay, take care of my future sis in-law. Siap along kalau dia report pasal along nanti."
"Don't worry my dear bro, along akan jaga dia baik-baik gigit nyamuk pun along tak bagi okay!"
Setelah Noah masuk kedalam kereta dan memandu keluar dari garaj rumahnya, keluarganya melambai-lambai kepadanya sebelum masuk kedalam rumah. Umi dan daddy berharap mereka selamat sampai ke Pahang. Tidak lama kemudian, Natasha dan Khaleef muncul bersama ayah mereka untuk bersama-sama menyambut Syawal tahun ini.
Lagu di radio rancak berkumandang dengan lagu hari raya dari lagu sedih hinggalah ke sedih. Dian dan Noah masing-masing melayan perasaan di dalam kereta. Bunyi tweet dari handphone Dian membuatnya tersentak lalu dibuka beg untuk membuka mesej tersebut.
Assalamua'alaikum my sweetheart Meena, cik su dah balik Malaysia! Tak sabar nak jumpa Meena nanti, Meena take care ya sayang. Cium rindu cik su buat mama sekali!
Dian tersenyum manis melihat mesej yang dikirim oleh Cik Su Madeena sebentar tadi. Noah memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Hai senyum sorang nampak, siapa mesej?" Tanya Noah yang sedang fokus dengan pemanduannya.
"Adalah....sibuk je!" Dian sengaja memprovok Noah.
"Alah, dengan Noah pun nak berahsia, benci!" Noah sengaja buat gedik.
"Ha ha ha anak manja umi ni lahai... cik su Dian mesej ni ha.. tak percaya? tengok ni" Dian menyuakan handphone ke muka Noah.
"Ye...percaya! I'm driving now okay, kang terlanggar lembu tepi jalan tak beraya lah kita Dian oii"
"Dah tak percaya sangat! Jealous mengalahkan perempuan."
"Jealous means love sayang!" Jawab Noah dengan lantang.
"Ah tak ada maknanya..." Dian menjeling Noah.
Tangan Noah lantas menguatkan bunyi di radio yang rancak berkumandang lagu Balik Kampung oleh Newboyz lalu dia ikut sama bernyanyi. Geli hati Dian melihat Noah menyanyi. Comel pun ada!
"Oh oh oh balik kampung! Oh oh oh balik kampung....hati girang hoi!" Selamba Noah bernyanyi.
"Eeee sakitnya gegendang telinga ni, pitching dah la lari. Suara macam katak panggil hujan!" Omel Dian.
"Katak handsome kot ni! Lumayan ganteng ini katak. Ong! Ong! Ong!" Noah membuat bunyi katak.
Dian terbahak-bahak ketawa sampai berair mata melihat sisi Noah yang lucu dan menggelikan hati.
"Nasiblah tahun ini aku bawa si katak perasan ganteng beraya dengan mama ha ha ha!" Dian sambung ketawa dengan kuat.
Sepanjang perjalanan, Dian tidak langsung terlelap malah ditahannya mata untuk tidak terlelap semata-mata untuk menemani Noah disisi. Bimbang Noah sunyi nak berborak. Puas dia pujuk supaya menukar giliran untuk memandu namun Noah berkeras katanya tak gentleman kalau bagi dia pandu. Lagipun dah masuk tol Bentong pun. Bukannya jauh Kuala Lumpur dengan Pahang. Akhirnya Dian akur dan setia berborak dengan Noah sepanjang perjalanan mereka.
"Noah....emmm..." Dian terhenti untuk berkata.
"Apa? Tell me..." Tanya Noah yang membelok diselekoh tajam setelah melepasi tol Bentong.
"Noah jangan sebut apa-apa pasal cik su depan mama Dian nanti eh. Kunci rapat-rapat mulut tu okay." Dian mengingatkannya.
"Don't worry honey..dew.. I won't tell your mama even a word." Noah berjanji.
"Good! Kalau mama dapat tau tahulah Dian siapa punya mulut!" Ugut Dian.
"Sumpah! Kanda janji dinda!" Noah mengangkat tangan kirinya.
"Tak baik sumpah-sumpah, makan diri sendiri baru tahu! Janji cukup dah."
"Iye, kanda janji dinda!" Noah berkata lagi.
Dian tersenyum dan tergelak kecil melihat gelagat Noah yang tak habis dengan lucunya. Sakit perut Dian dibuatnya. Nasib tak berterabur giginya!
***************************************
Empat puluh minit kemudian, mereka memasuki kawasan perumahan mama Dian. Kelihatan deretan rumah dua tingkat dan rumah semi-d tersusun sepanjang lorong tersebut. Dian nampak tak sabar nak berjumpa dengan mamanya setelah sehari tak melihat wajah kesayangan mamanya. Dalam hati Noah berdebar kencang apabila kereta yang dipandunya berhenti tepat di hadapan rumah Dian.
Dia berselawat banyak-banyak sebelum turun dan bersalaman dengan mama Dian yang sudah pun berada di pintu pagar.
"Assalamua'alaikum mak cik...apa khabar?" Tanya Noah sambil menyalami wanita yang bernama Puan Maria itu.
"Wa'alaikum salam Noah...Sihat alhamdulillah. Noah sihat?" Tanya mama Dian pulak.
"Alhamdulillah sihat sangat-sangat mak cik. Terima kasih sebab sudi izinkan saya datang ke rumah beraya bersama. Terharu saya mak cik!" Noah tersenyum lebar.
"Ya, mak cik seronok sangat Noah nak datang beraya dengan mak cik tahun ni! Mesti Meriah punya! Eh jom masuk, mesti penat drive kan?"
"Amboi mama, bukan main lagi macam dah tak nampak anak mama seorang ni bila Noah ada." Dian berpura-pura merajuk.
"Eh mestilah, bakal menantu datang ke rumah mestilah seronok, teruja, gembira semualah!" Mama Dian mengusik Dian yang dah memenucungkan mulut.
"Habis tu Meena ni? Sampai hati mama kan..." Dian melangkah naik keatas.
Meena? Itu panggilan manja Dian rupanya? Comelnya! Omel Noah sambil mengambil duduk di sofa.
"Noah beraya kat sini berapa hari?" Tanya mama Dian yang muncul dari dapur bersama dua pinggan berisi tom yam campur dan ayam goreng tempura lalu diletakkan diatas meja.
"Oh mungkin sampai raya ketiga kot mak cik, kenapa?"
"Lah sekejapnya? Duduklah lama sikit, boleh ikut pergi beraya sekali." Pujuk Puan Maria.
"Heee saya okay je mak cik. Takut mak cik yang tak okay."
"Eh mak cik okay sangat-sangat! Ni dah bagitahu family Noah dah sampai?"
"Alamak, nasib baik mak cik ingatkan! Noah call sekarang." Noah mengeluarkan Samsung Note 5 dari poketnya.
"Assalamua'alaikum umi, Noah dengan Dian dah sampai ni. Umi buat apa? Oh okay, kirim salam semua!"
Puan Maria menghampiri Noah yang sedang bercakap dengan uminya.
"Umi, mama Dian ada ni nak cakap?"
"Mak cik, umi nak cakap nah..." Noah menghulurkan handphone kepada Puan Maria.
"Ya Puan Nasha, tak ada hal lah.. riuh sikit rumah Noah datang ni! Raya nanti datang bawa yang lain sekali, rumah saya selalu terbuka. Okay, selamat hari raya...maaf zahir batin."
Mama Dian menyerahkan semula telefon kepada Noah.
"Umi cakap apa kat mak cik?" Tanya Noah.
"Hee dia pesan kalau Noah nakal, jentik je telinga tu! Dia kata lagi, kalau Noah tak dengar kata..cepat-cepat report pada dia."
"Umi kata macam tu?" Noah seakan terperanjat.
"Alah, mak cik tahu Noah budak baik kan? Takkanlah nakal, kalau nakal mana boleh jadi bakal menantu ye dak?"
Sengaja Puan Maria menyakat anak teruna Puan Nasha yang dah kemerahan mukanya. Makin terserlah merah di pipi dek kerana kulitnya yang cerah macam cina. Tergelak mama Dian melihat reaksi Noah.
"Mama! Mama masak apa hari ni?" Tanya Dian yang tiba-tiba muncul dari atas, kelihatan lebih segar kerana telah mandi.
"Habis dah merajuk? Mama masak tom yam campur dengan ayam guring je.. simple!" Jawab mama Dian.
"Hmmm suka-suka! Air dah buat?"
"Mama nak buat air lah ni, Noah okay mak cik buat air laici? Ke nak air apa?"
"Suka-suka! Noah suka laici!" Noah mengajuk cara cakap Dian.
"Meena tolong bawa Noah ke bilik letak beg sekali. Tunjukkan apa yang patut ya." Arah mamanya.
"Jom si katak I tunjukkan bilik!" Ajak Dian pada Noah.
"Ong! Ong! " Noah membuat bunyi katak. Pantas Puan Maria tergelak melihat gelagat dua orang tersebut. Ada-ada je dia orang ni! Lucu pun ada.
"Silakan....inilah tempat beradu si katak! Kalau nak aircond, disini remote control, nak kipas ini suisnya, nak fresh air ini tingkapnya bisa dibuka. Bilik airnya di sini, ada air panas, on switch di sini okay?"
"Terima kasih dinda! Bilik dinda mana? " Tanya Noah pada Dian.
"Inilah bilik dinda! Semata-mata untuk si putera katak ini, dinda terpaksa korbankan diri tidur di kamar ibunda." Jelas Dian dengan lembut tapi dalam nada menyindir.
"Oh baik sungguh hati dinda! Terima kasih dindaku sayang... Kanda sayang dinda!" Ujar Noah lalu meletakkan beg bajunya di almari.
"Eh eh jangan dibuka almari itu, ada harta karun dinda! Letak je beg di tepi ni..." Arah Dian mula cemas.
"Harta karun? Hmm teruja pula kanda ingin melihat apa di dalamnya!" Usik Noah.
"Jangan sesekali berani ya! Awas kamu!" Ugut Dian sambil menunjukkan penumbuk kepada Noah.
Dari bawah terdengar suara mamanya memanggil untuk turun.
"Dian! Noah! Cepat turun dah nak berbuka ni. Buat apa lagi tuh?"
"Ya mama, coming!"
Pantas kaki mengatur langkah kebawah untuk berbuka puasa. Setelah azan kedengaran, Noah mengetuai bacaan doa berbuka dan doa makan. Terharu rasanya menyentuh hati Dian. Kemudian, masing-masing leka menyuap makanan ke mulut masing-masing. Sesekali mata Dian dan Noah bertemu membuat degupan jantung makin berdegup kencang.
"Noah..tambah nasi lagi. Lauk banyak ni" Mama Dian mula bersuara.
"Boleh juga, terima kasih mak cik. Sedap gila mak cik masak!" Puji Noah menghulurkan pinggan nasi kepada Dian.
"Amboi, sedap lagi....gila lagi? Ha tambah-tambah lepas ni tak ada siapa nak makan dah."
"Pak cik tak balik ke?" Tiba-tiba Noah membuka mulut bertanya akan ayah tiri Dian yang sejak tadi tidak kelihatan batang hidungnya.
"Oh pak cik baru balik siang tadi sebelum Noah sampai. Raya kedua baru dia balik sini. Kerja sendiri macam tulah Noah..." Balas mama Dian yang bangun dari kerusi untuk ke dapur.
Sempat Dian menjeling ke arah Noah. Bukannya Noah tidak tahu dia tidak suka malah benci apabila disebut tentang ayah tirinya itu. Buat panas je hati ini.
"Lepas makan cepat siap nak pergi terawih ya! Umi nak naik mandi kejap. Nanti Meena tolong kemas ya." Mama Dian berkata sebelum naik ke atas.
"Alright, bereh ma!" Semangat balas Dian.
"Nanti Noah tolong Meena kemas mama ya eh mak cik..." Noah mencelah sambil tergelak.
"Eee tak malu panggil mama kita 'mama' eeee...dah tu panggil kita 'Meena' pula tu...hergh!!" Dian tak puas hati memandang Noah.
"Eeee suka hatilah! Kita kan bakal menantu mama...." Balas Noah membidas Dian.
Sudahnya Dian diam malas menjawab lalu dihabiskan lauk dipinggannya. Kemudian dia membasuh pinggan dan mangkuk di singki.
"Ha letak je situ, nanti Dian basuh. Pergi mandi, siap-siap." Dian mengarahkan Noah.
"Baik dinda...kanda naik dulu ya."
"Menyampah! " Bentak Dian geli melihat gelagat Noah.
********************************************
Usai berterawih di surau perumahan Dian, mereka pulang ke rumah lebih kurang pukul sepuluh setengah malam. Ada jiran yang bertanya pada mama Dian siapakan si ganteng yang ikut sekali berterawih itu. Lalu mama mengatakan anak angkatnya yang balik nak beraya bersama dari Kuala Lumpur.
Kembang kuncup hidung Noah apabila beberapa jiran Dian memuji betapa kacaknya dia!
Mama dan dia tumpang kembang atas pujian tersebut malah bangga sungguh.
Sementara mama Dian sudah masuk ke dalam rumah, Dian dan Noah masih di luar di tepi taman mini rumah mamanya. Kelihatan rumah Dian dihiasi lampu kelip-kelip dan lampu pelita menceriakan lagi suasana Syawal yang bakal dirai.
"So, raya ni tak jumpa your aunt?" Tanya Noah sambil bertenggek di tepi tiang rumah mama Dian.
"Shhhh! Cakap tu pandang-pandang dulu boleh tak! Cili mulut tu nanti, meraung kat situ jugak!" Marah Dian.
"Sorry, alah mama dah masuk dalam tak dengar!"
"Tak kira! Mulut tu, jangan nak joyah sangat!"
"Iye, maafkan patik tuan puteri.... so Dian tak jawab lagi soalan Noah."
"Tengoklah macam mana, tak janji. Kenapa?"
"Nak ikut sekali boleh? Please..."
"Eeee sibuk je! Tak payah nak mengada!"
"Okay, fine I'll tell your mama." Noah mengugut Dian.
"Okay...okay...Dian bawa Noah sekali. Tadi dah janji siap sumpah lagi!"
"He he he gurau je sayang... jangan marah! Chill, Noah won't tell to mama."
"Make sure you keep your promise or else you are done!" Dian membuat tanda mati di lehernya.
"Mak aii garang gila kak long kita ni!"
"Siapa kak long? Sepak kang! Report kat umi dengan daddy baru tau." Dian menjawab.
"Comel lotte kak long marah! buat abang long makin sayang... he he he!"
Dian mendapatkan Noah untuk mencubit bahunya tetapi pantas Noah mengelak.
"Lagi satu, tak payah nak sebut pasal abah depan mama! I hate it."
"Ya, tahulah kita menumpang je kat sini. Maaf dinda..."
"Mulalah tu nak touching-touching, hee serabutlah aku! Nasib muka hengseng.."
"Janganlah serabut-serabut dinda...dinda kata kanda hengseng? Eee seronoknya kanda!"
"Hah senget, mereng makin nak raya ni!" Dian mengatur langkah ingin masuk ke dalam rumah.
"Hai selamat...hari raya...hari untuk kita bersuka ria...setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini!"
Noah menyanyikan lagu selamat hari raya dengan gembiranya lalu masuk ke dalam rumah.
Dia tak tahu yang mama tengah perhatikan dia dari tingkap sambil tergelak-gelak sehinggalah dia masuk ke dalam rumah.
"Ewah eh sedapnya lagu raya Noah! Ada apa-apa ke?" Tanya mama Dian.
"Hee ada orang tu kata Noah hengseng mama..eh mak cik." Noah selamba menjawab.
"Uh? Hengseng? Menatang benda tu?" Mama Dian berkerut tak faham.
"Handsome lah mama..eh mak cik..sorry! Seronoknya..." Malu Noah asyik tersasul.
"He he he memang pun! Hengseng gila! " Sambung Puan Maria lalu tergelak.
"Thank you mak cik, Noah naik dulu ya.. nak beradu...baru terasa letih!"
"Yalah, nanti mak cik kejutkan sahur nanti. Pukul 5 pagi boleh bangun tak?"
"Okay, no problem. Good night mak cik! Assalamua'alaikum." Ucap Noah sambil beredar menuju ke kamar beradu.
Dian yang baru keluar dari tandas bertanya pada mamanya
"Apa yang kecoh sampai dengar dalam jamban ma?"
"Noah, dia kata ada orang kata dia hengseng..."
"Siapa? Perasan gila!"
"Entah, Meena kot! He he he"
******************************************
Setelah sahur dengan lauk yang dimasak ketika berbuka, mereka mendirikan solat subuh yang diimamkan Noah. Betapa syahdunya suaranya mengalunkan ayat suci Allah sehingga membuatkan Dian menitiskan air matanya yang ditahan selama ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu sayu di hatinya. Mama juga perasan titis air mata di kelopak matanya. Mama Dian pun nampak terharu diimamkan Noah.
"Hmmm....wanginya! Masak apa ni mak cik?" Noah muncul dari ruang tamu.
"Mak cik buat almond london, nak tolong?" Tanya mama Dian yang sedang memanaskan coklat bar secara double boiling.
"Mama, hari tu kan bukan main orang tu kata boleh tolong macam-macam semata-mata nak ikut Meena balik beraya." Perli Dian yang sedang menyusung cawan kertas berwarna hitam diatas dulang.
"Yelah...nak tolonglah ni. Nak tolong apa?" Tanya Noah menghampiri Dian.
"Ni susun cup ni kat dulang, tak muat letak kat luar atas paper ni." Arah Dian.
"Okay bos!"
"Noah memang suka gila-gila almond london mak cik, cornflakes pun Noah suka! Biskut kacang peas, kuih gunting, mini popia semualah!" Teruja Noah memberitahu pada Puan Maria.
"Makanlah Noah, mak cik buat untuk makan bukan untuk pameran. Makan puas-puas, nanti mak cik bekalkan bawa balik KL ya."
"Amboi, sampai nak berbekal-bekal! Kang tak cukup kuih raya tetamu datang mama." Dian memprotes.
"Mama buat banyak sayang...siap boleh jual lagi! Tak baik tamak..."
"Betul betu betul!" Noah mengajuk seperti upin dan ipin.
"Boleh umi dengan family rasa kuih mak cik buat kan Noah? Kot-kot boleh jual banyak-banyak lepas ni, kaya hai!"
"Mama yang tamak ha ha ha!"
Semua pecah gelak mendengar Dian selamba berkata begitu. Bising-bising pun masih berjalan tangan bekerja. Sekejap sahaja siap kuih raya terakhir yang dibuat oleh Puan Maria kerana ada banyak tangan yang membantu. Hari ini sahaja tiga jenis kuih raya berjaya disiapkan. Semua sekali ada tujuh jenis kuih raya termasuk kerepek dan kekacang. Memang menjadi tradisi keluarga Dian membuat kuih dan biskut raya setiap kali Syawal menjelang. Lagi sedap dan untung kalau buat sendiri, mama Dian berkata.
"Dian kacau benda lagi ni?" Tanya Noah yang berdiri ditepinya.
"I am going to bake a cake. Kek masam manis!" Jawab Dian yang tekun mengacau acuan kek.
"Wow, interesting! Nak tengok, tapi letak apa dalam ni?"
"Tengoklah katak oii, nanti Dian letak asam yang warna merah masa kecil-kecil selalu makan bendalah tu! Ni yang ni.." Dian memuncungkan kearah asam yang dimaksudkannya.
"Ooh coklat ni! Tak tahu pulak boleh letak dalam kek, mesti sedap. Kek masam manis..sedap namanya macam yang membuatnya jugak."
"Eeee ketuk jugak kepala dia ni! Tepi sikit, nak ambil periuk kukus."
"Let me take it, here you go." Noah mengambilkan periuk kukus yang tersimpan dalam kabinet atas.
"Haa lepas tu kita letak asam ni layer by layer then barulah colorful!" Terang Dian macam seorang cikgu.
"Macam kek lapis Sarawak! Boleh suruh umi buatkan nanti..."
"Siap! Tunggu masak je... Esok last kita puasa, ada apa-apa nak beli? Ingat nak keluar malam nanti jalan-jalan tengok bandar."
"Hmm tak ada tapi nak ikut jalan-jalan! I'll drive you okay?"
"Cool... jom tengok tv sementara tunggu kek masak." Ajak Dian.
Noah menuruti dia dari belakang dan duduk di sofa.
*****************************************
Sejurus berbuka puasa pada hari kedua terakhir ramadhan mereka bertiga bersiap-siap untuk ke surau yang terletak di hujung taman perumahan mama Dian untuk menunaikan terawih dan solat fardhu. Setelah itu, Noah memandu membawa Dian dan mamanya ke bandar untuk membeli beberapa barang atau mungkin saja jalan-jalan. Noah hanya mengikut mereka.
Kereta Noah diparkir agak jauh kerana keadaan jalan yang sesak dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu membeli-belah di saat akhir kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah sebelum diskaun.
Tidak kurang dengan mereka yang mengusung anak kecil, yang masih dalam pantang dengan berstokin dan macam-macam lagi. Naik rimas dan lemas pun ada.
Mereka berkunjung dari satu khemah ke satu khemah yang lain untuk melihat apa yang dijual sebenarnya. Tiba di satu khemah yang menjual baju kurung dan baju melayu, Noah memanggil Dian untuk datang kepadanya.
"Dian, sini kejap! Cantik tak?" Tanya Noah sambil menunjukkan sepasang baju kurung kepada Dian.
"Hmm bolehlah...tapi I prefer..." Dian terhenti berkata-kata.
"I know...you prefer purple right!" Noah meneka dengan tepat.
"Pandai! Nak beli untuk siapa? Awek? Cewek?" Teka Dian.
"Pandai!" Noah mengajuk Dian.
"Cepatlah ambil je kalau dah berkenan. Mama dah dekat depan nanti hilang pulak."
"Sabar, kejap Noah bayar..kak berapa ni?"
Setelah membuat bayaran, Noah menyerahkan plastik baju kurung tersebut kepada Dian yang sedang berjalan beriringan dengannya.
"Nah..." Hulur Noah.
"Eh, kata nak beli untuk cewek? Apa pasal bagi Dian pulak?" Dian berkerut.
"Kerna lu ceweknya! Ha ha ha..." Ketawa Noah.
"Hah? Kalau tahu tadi baik tak payah beli, buat membazir je..Dian dah ada tiga pasang baju raya."
"Cukupkan empat! Setiap hari pakai baju baru, baru feeling raya kan kan."
"Hish, bak sini! Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Terima kasih!"
"Sama-sama. Lagipun Noah nak baju raya kita matching baru nampak sweet he he he..."
"Siapa nak matching dengan dia! Jangan nak perasanlah, dah jom pergi kat mama."
Usai penat berjalan di tengah lautan manusia, mereka akhirnya pulang hampir pukul dua belas pagi. Kebiasaannya, pada waktu-waktu itu suasana bandar sunyi sepi dan 'mati' tetapi di musim Syawal yang bakal menjelma tiba, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk berniaga menjana pendapatan lebih. Lagipun bukannya selalu hanya setahun sekali.
Walaupun jam sudak menginjak ke pukul dua belas dua puluh minit pagi, entah kenapa mata Noah masih segar dan susah untuk lelap. Aneh, biasanya setelah pulang dari surau mendirikan solat isyak dan terawih matanya sudah layu dan hanya nampak bantal dan katil melambai-lambai ke arahnya. Tekaknya tiba terasa haus menuntutnya untuk ke dapur untuk minum. Disaat dia membuka lampu dapur,nasib tak pecah dinding rumah dek jeritan terkejut yang terkeluar spontan dari mulut Dian.
"Makk!!! Jembalang!!!"
Kuss semangat Noah apabila mendengar Dian menjerit seperti ya ya sahaja matanya nampak jembalang. Banyak kali dia beristighfar menenangkan jantungnya yang bagaikan terkena renjatan elektrik.
"Astaghfirullah....kenapa tak buka lampu? Bukan Dian je terkejut, Noah pun rasa nak tercabut jantung!" Noah masih terkejut.
"Hee sorry, malas buka lampu nanti membazir elektrik. Sekarang kan semua mahal dengan Gila Sangat Terlampau!" Dian buat muka selamba badak.
"Uh? Benda tu Gila Sangat Terlampau?" Tanya Noah.
"GST."
"Oh...kalau sampai buat orang sakit jantung baiklah pasang tak kira GST ke tak GST."
"GST buat sakit hati! "
"Hmm kenapa tak tidur lagi? Insomnia?" Noah mencapai sebuah mug di kabinet dapur lalu menuangkan air masak.
"Entah malam ni tetiba rasa segar je mata padahal masa balik tadi bukan main rasa kuyu dah."
"Same goes to me.. Dian, esok last kita puasa lepas tu dah raya."
"Ye, kenapa? Rindu umi dengan daddy ke?"
"Bukan macam tu, tiba rasa sayu hati ini... entah sempat atau tak ramadhan tahun depan."
"Doa banyak-banyak minta Allah panjangkan umur untuk sampai ramadhan tahun depan dan lagi, lagi dan lagi. Rileks la, tak baik cakap pasal mati."
"Eh, Noah cakap pasal mati ke? Tiba-tiba teringat ke Nia...." Kendur suaranya meluah rasa.
"Err...so okay, bila teringat tu sedekahlah Fatihah, baca Quran niatkan pahala untuknya, setiap amal yang Noah buat pun niatkan untuk dia. Inshaa Allah berganda pahala yang Noah dapat."
"I knew that, I just...missing her....so much...almost eight years since she left us." Bergetar nafas Noah untuk meluahkan kata pada Dian.
"Sabar, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Cuma lambat atau cepat. Jangan diikut perasaan sangat ya, nanti parah. Cukuplah Noah dah buat umi dengan daddy risau dulu."
"Dian tahu tak, dulu masa time nak dekat raya...Noah dengan Nia balik kampung belah umi. Dekat Ulu Jeram, betapa happy kita orang bila dapat balik kampung sebab dapat main bunga api, mandi pantai dan lumba buat ketupat. Tapi tak sangka itulah raya terakhir Noah dengan Nia."
Dian memberi ruang untuk Noah bercerita lanjut.
"Nia manja sangat dengan Noah, ada satu hari tu Noah kenakan dia. Noah jumpa katak dalam kasut lepas tu Noah letak dalam kotak dan bagi dia. Melompat terkejut dia bila buka kotak tu, lepas tu dia mengadu pada umi dengan daddy. Satu lagi, dia takut lipas. Asal nampak lipas mesti terpekik menjerit suruh Noah buang lipas tu. Bila Noah ambil lipas tu Noah usik dia sampai menangis. Terlalu banyak kenangan kami bersama yang tak dapat Noah lupakan."
"See... even though she had passed away, but obviously she's still in your heart and your memories with her are still fresh. Nia still alive in your heart. Only her body was gone, but her soul is with you." Tenang Dian berkata pada Noah.
"Yes, Nia will always living in here...forever." Noah meletakkan tangan kanannya di dada.
"Muka dia ada iras Dian...which made me always remembered of her."
"Oh, sorry I don't know... Dah lah tu, if she sees you sad like this for sure she would be sad too. I'm sure she wants her big brother always happy and cherish like old days and now."
Noah akhir sekali menitiskan air mata lelakinya yang tak dapat dibendung membuatkan Dian serba salah.
"Alamak, janganlah nangis..Dian tak pandai pujuk. Nah lap dengan tisu." Dian menghulurkan tisu.
"Sorry, ter-emo...bila nak raya mesti hati sebak teringat ke arwah. Automatik..."
"Ye Dian faham, tak salah teringatkan arwah tapi ingat jangan sampai meratapi berdosa tak tenang arwah kat sana tahu?"
"Yes, thanks Dian caused lend your ears to hear me... you literally give my strength back."
"Not a big deal... hish malu abang hengseng nangis! Okay, Dian naik tidur dulu. Lepas dengar Noah bercerita baru terasa mengantuk...boleh buat bed time story ni tiap kali tak boleh tidur. Okay, salam."
'Wa'alaikumussalam..." Jawab Noah lalu membasuh mug yang diguna untuk minum tadi.
*****************************************
Seperti yang dijangka, Syawal bakal disambut pada hari esok setelah penyimpan mohor-mohor besar diraja membuat pengumuman di televisyen. Dian menjerit teruja seperti budak-budak.
Noah juga teruja tetapi tidaklah sampai terjerit seperti Dian. Dipanjatkan rasa syukur di dalam hatinya kerana masih diberi nafas untuk menyambut Syawal yang mulia.
"Meena...ish tak malu Noah tengok anak dara terjerit-jerit, mama malu tau!" Puan Maria muncul dari dapur bersama senduk di tangan. Dia sedang mengacau rendang ayam untuk dijamu kepada tetamu esok. Cuma tinggal tanak pulut kuning sahaja pada pagi esok. Tak adalah kelam-kabut nanti.
"Ala mama...orang nak raya mestilah happy! Bukan selalu pun.."
"Haa yelah tu, kot ye pun janganlah menjerit macam budak-budak sayang oii, awak tu anak dara dah boleh buat bini pun."
"Meena tak nak kahwin, I'm still young!"
"Young lah sangat, umur je banyak tapi perangai mengalahkan budak kecil. Tengok Noah tu, tak ada terpekink terlolong macam Meena. Duduk elok diam aje...." Mamanya menyebelahkan Noah.
"Asyik-asyik mama back up Noah, eee sakit pulak hati kita!"
"Daripada perit tekak duk menjerit baik tolong mama masukkan duit raya dalam sampul. Letak lima dengan sepuluh ringgit dalam sampul yang mama letak atas katil."
"Bereh Mek Maria! Uih banyaknya duit raya mama bagi? Bagi seringgit dua cukuplah...Budak-budak bukan reti pegang duit ma, kang dibeli mainan yang bukan-bukan. Bukan macam Meena, duit raya Meena simpan dalam bank."
"Biarlah, sedekah raya kan setahun sekali. Boleh dia orang beli coklat ke apa."
"Kaya mama Meena rupanya! Kalau gitu Meena nak paw duit raya banyak lah dengan mama he he he.'
"Hmm kalau nak tolong masuk duit dalam sampul ye, lepas tu tolong masukkan kuih dalam balang ni, lepas tu tolong sapu sampah, mop then I'll consider about it."
"Hah? Banyaknya nak kena tolong? Habis tu Noah buat apa je? Meena bawa balik dia pun sebab nak suruh tolong buat yang mama suruh tu."
"Noah kan tetamu, tetamu mana boleh disuruh buat kerja rumah. Tetamu perlu dilayan baik-baik dengan penuh adab tatasusila." Mama mengenyit mata kepada Noah.
"Mana aci macam tu!" Dian tidak bersetuju.
"Aci kat India...cepat! Kata nak duit raya banyak..." Puan Maria mengumpan Dian.
"Yelah..yelah...suruhlah Noah tu potong lemang ke, potong kek, lap cermin tingkap ke... dia bukan dikira tetamu kalau dah lebih tiga hari dua malam kat rumah ni.
Mama buat kiraanya secara mencongak, lalu berkata pada Dian
"Cer kira betul-betul...dia duduk sini tak sampai tiga hari baru dua hari. Lusa baru kita kerjakan dia cukup-cukup he he he." Puan Maria mengenakan Noah.
Noah tergelak kecil melihat telatah dua beranak ini. Comel sungguh!
"Set! Suruh dia sapu, mop, cuci pinggan, bersih bilik air, buat air semua mama! Siapa suruh ikut Meena balik kampung wakakakaka."
"Noah no hal...tangan ni dah pernah buat macam-macam kerja tau! Cat, membaiki, menyapu, mencuci bagai semua di hujung jari. Kecil punya hal." Noah mencelah.
"Okay, nanti buat ya jangan tak buat nanti Dian pelakung kang." Dian separuh mengugut.
"No worries dear, I'll satisfied you with all my services. Just chill, don't be so serious honey..dew.."
"Eeeee tengok mama, dia panggil Meena honeydew!"
"Honeydew kan manis...sesuai untuk Meena yang manis orangnya."
"Mama pun sama nak geng dengan Noah? Stress macam ni!"
Dian lantas bangun dan meninggalkan mama dan Noah untuk ke atas melakukan seperti yang disuruh mamanya. Langkah diatur menuju ke bilik mama untuk memasukkan duit raya ke dalam sampul.
Radio yang berada di tepi katil mama dipasang dan dia turut menyanyi bersama Hail Amir lagu Seloka Di Hari Raya dengan girangnya lupa sudah marah dan cemburu pada Noah sebentar tadi.
Indahnya sungguh di hari raya
ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik berseri
di hari mulia tersenyum mesra
*************************************************
Setelah siap memasukkan duit ke dalam sampul dia pergi ke biliknya. Dia mengambil beg tangan yang disimpan cincin Tiffany & Co pemberian Noah sempena hari lahirnya. Asyik dia memandang dan merenung kotak cincin tersebut, mama menjengah masuk menghampirinya.
"Mama! Terkejut Meena...bagilah salam dulu."
"Assalamua'alaikum...ha hilang dah terkejut?" Lembut mama berbicara.
"Noah mana?" Tanya Dian pada mama.
"Kat bawah tengok tv, tadi umi dia called. Mama bercakap dengan umi dia. Dia kirim salam pada Dian."
Lantas Dian menjawab salam kiriman umi Noah itu.
"Eh, ini ke cincin yang Noah bagi hari tu?"
"Aah, cantik kan mama?"
Mamanya mengambil kotak kecil berisi cincin permata lalu dilihatnya.
"Ini emas betul Meena! Mesti mahal...Tiffany & Co pulak tu." Mama Dian membulatkan mata.
"Tulah, Meena pulangkan dia tak nak terima. Terpaksalah ambil juga. Rezeki tak boleh ditolak."
"Betullah dia cakap tu. Tapi kenapa simpan dalam kotak ni kenapa tak pakai?"
"Ha tu satu lagi hal..macam ni..." Dian mula bercerita.
"Hal apa?"
"Noah suruh Meena pakai bila Meena dah bersedia?"
"Aaaa...mama tahu! Bila Meena dah bersedia nak jadi suri di hati dia begitu?" Mama meneka tepat.
"Err...macam mana mama tahu?" Dian terkejut.
"Meena, mama ni dah kahwin. Dua kali pulak tu. Mama dah masak dengan semua ni."
"Oh..ingat apalah tadi. Masalahnya Meena tak tahu. Meena keliru dengan perasaan sendiri mama. Ya Meena mengaku memang Meena suka dia, tapi dia tak pasti sama ada Meena cintakan dia atau tak."
"Istikharah....minta Dia beri petunjuk...lorongkan anak mama ni di jalan yang betul. Setiap malam konsisten buat solat istikharah. Inshaa Allah Dia akan bantu. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sayang."
"Ya, istikharah... Meena akan buat ma. Terima kasih."
"Mari sini tangan Meena tu." Mamanya meminta dihulurkan tangan kanan.
"Hah! Cantik! Cun! Sesuai sangat dengan jari Meena. Pakai teruslah, bersinar-sinar permatanya boleh buat mata buta."
"Ha ha mengarut je lebih mama!"
"Iye... cer tengok ni, menyerlah gitu! Pakai ya?"
"Mama, kan Meena kata bila dah bersedia..."
"Tapi bila?"
"Hmm bila-bila dari sekarang."
"Suka hati Meena lah..tapi jangan lama-lama sangat nanti melepas abang hengseng kat bawah tu. Menangis tak berlagu nanti."
"Inshaa Allah...Let times reveal it mama ya? Dah Meena nak tidur, esok nak raya yahoo!"
Setelah beberapa minit, Sony Ultra Dian berbunyi panggilan minta berjawab. Satu nombor yang tidak asing dalam hidup Dian Ameena. Mama masih di situ bersamanya. Macam mana ni!? Habislah kalau kantoi mama tahu dia berhubung dengan Cik Su Madeena selama ini.
"Ha jawablah call tu kot-kot ada apa-apa." Suruh Mama.
"Aa...err...tak penting kot. Biarlah. Dia nak dia telefonlah lagi." Dian menjawab tergagap-gagap.
Dan benar sekali lagi handphone dia berbunyi panggilan masuk, daripada si pemanggil yang sama.
"Kali ini no excuse, jawab Meena. Kalau tak penting takkan call dua kali."
Dian mengeluh kecil lalu dijawab panggilan tersebut dengan penuh debaran.
"Ya hi...oh Melinda! Yes thank you...jemput beraya ke rumah. I di Pahang rumah mama I."
"Meena...line tak clear eh? Mama ada ke tu? Okay, faham-faham... just nak wish selamat hari raya he he he.
Nanti kita jumpa ya, set any date okay. Alright, take care bye!"
"Ya thanks, bye!"
"Ha siapa?"
"Melinda..kawan kuliah Meena wish selamat hari raya. Ingat siapa tadi rupanya dia pakai nombor satu lagi, Meena tak ada nombor Maxis dia." Dian kelentong mamanya.
Panjang huruf O yang disebut mamanya tanda mengerti, nasib tidak syak apa-apa tentang cik su Dian Ameena yang sudah sekian hampir tiga tahun mereka saling berhubung.
"Aku takkan mengaku kau kakak kandung aku lagi lepas ni! Antara kita putus saudara! Kau lebih pentingkan suami hindu kau dari keluarga sendiri, hey boleh pergi matilah!" Tengking Puan Madeena terhadap kakak sulungnya yang sudah teresak-esak di tangga rumah.
"Deena...akak tahu akak salah, tapi janganlah kejam hukum sampai macam ini. Tergamak Deena.." Puan Maria tersendu-sendu menangis.
"Aku tak ada kakak macam kau yang sanggup sakitkan mak sendiri! Kahwin tanpa restu mak kandung kau, itu kau tergamak hah? Hey kau berambus dari sini sebelum aku sepak terajang! Berhambus!!!"
"Sabar Deena...jangan ikut sangat nafsu nak. Mengucap...istighfar banyak-banyak." Mak Ngah mententeramkan Puan Madeena.
"Manusia macam ini tak perlu dikesian lagi mak ngah, tak layak jejak kaki kat rumah ni. Dia dah pilih jalan hidup dia dengan suami hindu tu. Dia lebih rela tengok mak menangis dan marah. Kau tengoklah nanti anak kau seorang ni jadi apa besar nanti, entah-entah ikut sama perangai kau macam hantu! Dah pergi buat semak je tengok muka kau."
"Mak tak ada anak macam kaulah Maria! Kalau arwah ayah ada mesti dia sedih dengan kau. Kau nak ikut sangat jantan hindu tu kan, hah pergilah! Jangan kau berani datang sini merayu bagai. Meluat aku. Get lost!!!" Tengking Puan Madeena lagi.
"Dia dah masuk Islam Deena..Dia suami yang baik."
"Islam kau kata? Tak solat itu kau kata Islam? Baik? Islam sekadar nama semata-mata nak kahwin dengan kau! Hey sedar diri, cermin diri tu sikit.. Kalau dia betul-betul baik, kuat agama Islamnya, mesti dia menikah dengan kau dengan cara elok bukan bawa lari kahwin kat Siam lah bodoh! Itu yang kau kata baik? Yang kau puja? Boleh jahanam lau kau berdua."
"Bagilah dia peluang untuk kenal dan belajar Islam. Inshaa Allah perlahan-lahan akak bimbing dia Deena." Rayu Puan Marian.
"Diri sendiri tak terbimbing ada hati nak bimbing orang lain. Sudah lah Maria, mak pesan pada aku dia tak nak tengok muka kau masa hari dia mati jadi baik kau pergi sebelum darah aku makin meluap!"
"Maria...baliklah dulu ya. Nanti Maria datang ziarah lagi nak." Pujuk mak ngah.
"Hey kau dengar sini, jangan haraplah kau nak dapat sesen dari harta mak! Mak dah amanahkan aku dan abang Mahdi untuk mewarisi semuanya, kau langsung tak ada hak! "
"Akak tak nak harta mak Deena..Deena ambillah."
"Bagus! Dah tunggu apa lagi berhambus!!!!" Tempik Puan Madeena hilang sabar.
"Mama...." Dian memegang bahu Puan Maria.
"Mengelamun eh? Jom tidur Meena ngantuk sangat dah ni.."
"Okay jom, emm Meena...mama minta maaf andai ada salah silap mama pada sayang ya. Mama tak sempurna tapi mama cuba beri yang terbaik pada Meena."
"Mama esok kan raya, minta maaf esok la.. baru touching-touching and emo he he he. Ya, Meena maafkan mama..sentiasa..Meena sayang mama! " Dian mencium pipi Puan Maria.
"Terima kasih sayang..." Lega Puan Maria
No comments:
Post a Comment