Hari ini Fath datang lebih awal daripada Dian. Hairan Dian, biasanya dia terlebih dahulu sampai dan jagakan tempat untuk Fath. Tapi hari ini Fath jagakan tempat untuk dia dalam dewan kuliah.
Sebelum dia melabuhkan duduk, sempat dilihat sejambak ros merah yang wangi dan segar berada di atas meja.
"Rose? Red roses? Siapa punya?" Pelik Dian sambil kening terangkat.
"Untuk siapa lagi, untuk kau lah!" Jawab Fath
"Daripada?"
"Tu..." Fath menjuihkan bibir munggilnya.
Noah?
" Ish, asal asyik bagi aku? Bagilah ke Sonia ke, Melinda ke tak pun kau." Bentak Dian.
" Ah yee dah orang bagi terima dengan hati terbukalah Cik Dian Ameena oii. Bersyukur!" Fath membebel.
"Masalahnya kan Cik Fath Dlina Rose... hari tu pun dia dah kasi bunga. Takkan bagi lagi kot?"
"Cause it's means he loves you! Aduhai..."
" Merepek!"
"Suka hati kaulah! Orang cakap tak nak percaya." Fath menjeling.
Belum sempat Dian menjawab, Prof.Dr.Leonard melangkah masuk lalu memberi sepenuh perhatian pada kelas tersebut. Namun dalam hatinya masih tidak puas membicarakan tentang bunga ros itu.
******************************
"Noah! Noah!" Tergocoh-gocoh Dian mengejar Noah yang keluar dahulu dari dewan kuliah tersebut.Di tangannya dipegang bunga ros yang terletak diatas mejanya bersama sebuah hadiah yang kemas berbalut.
"Yes Dian anything?" Lembut Noah bertanya.
"You gave this roses and gift?" Tercungap-cungap Dian menuturkan soalan tersebut.
"Yeah, just for you sweaty...if you anggap I kawan you just accept it okay." Noah tersenyum ikhlas.
"Tapi..."
"Noah!! Hi honey!' Dari jauh Irina melambai-lambai sambil laju melangkah ke arah Noah dan Dian.
" Err Hi Irina... ada apa?" Noah seperti tidak selesa dengan kehadiran Irina. Masak sudah dengan perangai gedik yang tak bertempatnya itu. Lagi dilayan lagi haru nanti.
"Come let's have breakfast! I'll treat you.." Belum sempat Irina menghabiskan ayatnya Noah mencelah
"Eh Dian jom nanti lambat pulak takut jammed." Pantas tangan Noah memaut lengan Dian pergi dari situ.
"Err sorry Irina I dah janji dengan Dian..next time ya! Bye.."
Dian yang masih terpaku ditarik Noah lalu baru dia tersedar bahawa dia ditarik oleh Noah dan berlalu pergi dari situ.
Sementara Irina menghentak kaki tanda protes dan marah kerana ajakannya ditolak mentah-mentah oleh Noah. Ini semua Dian tak guna punya pasal!
"Noah, kot ya pun lepaskan tangan I ni." Dian bersuara.
"Eh sorry..sorry... I tak sengaja." Noah melepaskan tangan Dian.
"Asal you lari dari Irina? Takutlah tu.." Dian menyindir sambil tersenyum mengejek.
"Tak kuasa melayan perempuan gedik macam tu, baik I layan you yang comel ni." Noah tersenyum manis sambil membuat lenggok manjanya.
"Ish mengada! Irina tu hot and sexy lagi kot, takkan tak tergoda dan terpikat." Perli Dian.
"Hot and sexy yang tak pernah cukup kain? Euuuw! Minta simpang...kalau umi nampak si Irina tu mahu tujuh kali raya dia membebel pada I tau."
"By the way, about this roses...nah ambil balik. Bagi orang lain takpun bagi umi you." Dian menghulurkan jambangan bunga ros pada Noah berserta kotak hadiah tersebut.
"Ya Allah..Dian can't you still get it? All are for you.. "
"Noah..please. Dian tak perlu semua ni! Can't you get it? Or nak I cakap bahasa perancis untuk buat you faham?"
"Look..Dian, I know you have need nothing. But please just accept it. Kalau tak tak nak kawan!" Noah seperti keanak-anakkan.
"Noah asyik bagi Dian hadiah, tapi Dian tak pernah bagi apa-apa pun pada Noah." Dian merungut.
"Dian selalu ada depan mata Noah dah sukup buat rasa happy. You shine bright my day dear! Your smile keeps me happy and made my day." Noah meluahkan rasa di hati.
"Tapi..."
"Shhh..I am hungry now, dah macam konsert Metallica dah ni. Jom makan?" Noah ajak Dian dengan harapan Dian tidak mengungkit lagi tentang bunga dan hadiah yang diberinya.
*************************
"So Dian, jadi this weekend datang rumah Noah jumpa Natasha?" Soal Noah sambil menyuapkan spagheti bolognese ke dalam mulutnya.
"Inshaa Allah jadi..tapi Noah kena jemput dan hantar Dian. I have no transport." Terang Dian.
"Should be no problem, anything for you dear!"
"Ish tak payah nak ber-dear sangatlah, geli tahu!" Dian menjongketkan bahunya.
"Haha how sweet! Makin comel bila Dian marah." Noah menyakat.
"Woi kat sini rupanya korang dating, patutlah puas tak jumpa aku cari! Aha, gotcha!" Fath menjerit kecil lalu mendapatkan Dian dan Noah yang duduk makan di Cafe Uncle Sam yang terletak dalam kawasan kolej mereka juga.
Muka Dian kemerahan menahan malu, blushing!
"Mana ada! apa kelas dating dalam kolej. Baik pergi Mid valley, One Utama atau Sunway Pyramid. Boleh ice skating sekali!" Noah cover line.
"Eleh, macam aku tak tahu... kau syok kat Dian! Tak dating kat luar dalam kolej kat kafe pun bolehlah." Fath rancak mengusik.
"Okay stop it. Ni yang kau gelabah cari aku apa hal?" Dian cuba mengalih topik daripada terus diusik.
"Tak...ni aku nak ajak datang rumah Sabtu ni ada buat maka-makan sempena birthday daddy sekali dengan sambut my parents' wedding anniversary." Terang Fath.
"Cup! Aku dah booked Dian for this Saturday okay." Noah menyampuk.
"What? Kau nak bawa dia pergi mana? Kau jangan macam-macam Noah!" Fath memberi amaran.
"Chill Fath... sebenarnya aku nak bawa Dian ke rumah aku main dengan sepupu aku, Natasha and Khaleef. That's it."
"Ala...please Dian. Noah you're invited too. Tak meriah tak ada korang nanti!" Fath separuh merayu.
"Senang ginilah, aku belah dua jasad aku ni pastu aku pergi rumah kau and Noah pada masa yang sama. Settle?" Dian bercanda.
"Tak kelakarlah wei!" Bengang Fath lalu menolak lembut bahu Dian.
"Ala, Dian you come to my house first with Noah and then go to his house right after that. Okay?"
"Good idea!" Pantas Noah menjawab.
"Okay..okay! Untuk korang...aku pasrah!" Balas Dian
"That's my Dian! Sebab tu aku sayang kau ketat-ketat!" Fath memeluk bahu Dian yang sedang asyik dengan macaroni cheese.
"Eee tercekik aku kang! Nanti tak sempat datang rumah korang padan muka." Dian mencebik.
"Alololo comelnya bila kau marah." Fath mengusik.
" See I've told you looked sweet when get angry." Tambah Noah.
" Haa abang ganteng pun cakap kau sweet! Sweet sangat!!" Galak Fath mengendahkan jelingan Dian.
************************
"Assalamu'alaikum aunty...happy wedding anniversary! May aunty and uncle always be blessed by Allah." Ucap Dian dengan penuh senyum pada mama Fath, Datin Juhana setibanya di rumah tersebut.
"Wa'alaikum salam Dian! How much long time not see you darling... thank you for the wish. Dian sihat? Lama dah tak datang sini, ingat dah tak sudi datang pondok buruk aunty." Betapa gembiranya Datin Juhana menerima kedatangan Dian di rumahnya.
"Ish mana ada, busy dengan assignments and exam.Rumah macam istana aunty kata macam pondok buruk,kelakarlah! Dian sihat alhamdulillah.." Jawab Dian.
Seorang wanita yang cantik berbaju kurung berwarna ungu datang mendekati Dian dan Datin Juhana.
"Who's this kak long?" Tanya wanita tersebut dengan ramah.
"Oh ni Dian Ameena. Kawan kolej Fath...Ha Dian ini mummy Adam, Aunty Suraya Ann, adik ipar aunty." Mama Fath perkenalkan pada Dian.
"Assalamua'laikum Aunty Suraya...Nice to meet you. No wonder Adam handsome rupanya mummynya jelita sangat." Puji Dian dengan rasa terpesona.
"Jangan nak puji melebih Dian sayang... Allah kan maha pencipta. Setiap ciptaanNya itu indah dan cantik belaka." Puan Suraya Ann merendah diri.
Benar, setiap ciptaan Allah indah belaka. Dian berbisik sendiri di dalam hati.
"Okay ladies, go and get your food okay. Just make as your home. Aunty nak ke depan sekejap." Mama Fath meminta diri.
Dian dan Puan Suraya Ann hanya tersenyum melihat tetamu yang dijemput semakin ramai di hadapan.
Tiba-tiba Adam datang menghampiri mereka berdua.
"Hi Dian? How are you? Dah makan?" Sapa Adam.
"Adam..good, I am good! Nope..baru nak makan. Come join us?" Pelawa Dian yang terkejut dengan kemunculan jejaka tersebut dengan tiba-tiba.
Adam lantas mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Dian ke tempat makanan di luar rumah berhampiran dengan kolam. Dengan tiba-tiba Dian teringat akan insiden tempoh hari dimana dia terjatuh akibat sengaja ditolak oleh perempuan yang gila cemburukan dia dan Noah.
Nasib umurnya panjang kalau tak mati lemas free sahaja.
"Dian...Dian?" Adam menegurnya lantas mematikan lamunannya.
"Aa...apa dia Adam?"
"What's wrong with you? You okay? I asked you want briyani or nasi hujan panas?" Soal Adam sambil memegang dua buah pinggan di tangannya.
"Briyani please, eh tak apa biar Dian ambil sendiri." Dian ingin mengambil pinggan daripada Adam.
"You teringatkan insiden hari tu ya? Jatuh kolam?" Teka Adam sambil mencedok lauk di dalam bekas buffet.
"Ha? Err... aah. Terkejut tu tak hilang lagi sebenarnya." Tutur Dian jujur.
Adam tergelak kecil melihat jawapan polos daripada Dian. Sungguh mencuit hatinya.
"Don't worry... whenever you're in danger I will always be there inshaa Allah." Adam tersenyum ikhlas.
Kini Dian pulak tersenyum apabila terdengar kata-kata daripada Adam.
"Adam...do you see where on earth Noah is? Sejak tadi dia tinggalkan Dian terkontang-kanting sorang-sorang kat sini. Fath pun I didn't see." Dian berkata sambil menyuapkan nasi briyani kedalam mulutnya.
"Really? I didn't see them too. Just arrived about thirty minutes ago. It's okay, I'll keep accompany you till they come." Adam menyedapkan hati Dian.
Hisy mana pulak dua orang ni? Ajak aku bukan main lagi, tapi tinggalkan aku sorang-sorang macam ni baik tak payah ajak. Dian membebel sendiri.
"Well actually Dian..sebenarnya dah lama nak tanya pada Dian tapi baru hari ini berkesempatan."
"What is it Adam?"
"Ermm if it's okay to you to give me your number please?" Tenang Adam bersuara.
"Oh..okay, here you go..." Dian menyebut satu per satu nombor telefonnya sambil Adam menekan di skrin telefonnya untuk disimpan.
"Thank you..nanti I sms you. By the way I've missed call you just now."
"Hee alright.." Mulut Dian masih syok meratah ayam nasi briyani yang sungguh menyelerakan itu.
"Ermmm Dian and Noah...is there anything between both of you guys? Couple?"
Uhuk! uhuk! Hampir tersedak ayam yang sedang dikunyah Dian mendengar soalan yang ditanya Adam.
"Eh! so...sorry Dian. Nah minum air ni." Adam menghulurkan segelas air di atas meja mereka.
"No...there's nothing between us! We are just friend..good friends." Jelas Dian.
"Cause I saw Noah so care about you. Know what, he's so difficult to give flowers to any girl but not you Dian."
"How did you know Noah had gave me flower?" Kening Dian separuh terangkat hampir terkejut.
"Last week in KLCC..."
Gulp! Rupanya Adam ternampak dia orang berdua di sana tempoh hari! Patutlah dia macam syak sesuatu...
"Ohh hari tu... err that day was his birthday! So Dian just temankan Noah makan...just a small celebration. That's it."
"But why he gave you flower?" Adam masih tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
"Cause Noah is a kind of generous person in this whole wide world! Dia memang suka memberi, tak suka menerima..." Hah semoga Adam puas hati dengan jawapan yang ini. Omel Dian.
"I see... tapi seriously I tak pernah tengok dia bagi bunga bagai kat perempuan except you. The way he looks you, the way he talking to you... not the same like he does to everyone."
Aduh! Apa yang aku nak jawab pada Adam ni? Tahap ingin tahu dalam dirinya makin menjadi-jadi nampaknya. Tenang Dian, tenang!
"Ya ke? I don't think so. Rasanya sama sahaja dia layan orang lain macam dia layan Dian dan Fath." Dian bertegas.
Baru sahaja Adam ingin berkata, kelibat Noah dan Fath dilihat datang menghampiri mereka di meja makan di luar berhampiran dengan kolam renang.Fuhh! Lega rasa hati...
**************************
"Where have you been just now huh? Tahu tak naik basah ketiak ni tunggu kau orang! Tiba-tiba je ghaib.." Dian berleter sebaik sahaja masuk ke dalam kereta bersama Noah.
"Ada je kat depan..syok jumpa kawan-kawan. Ala janganlah marah cik adik manis!" Pujuk Noah sambil memandu keluar dari kawasan rumah Fath.
" I am not your younger neither elder sister!"
"Ok fine my love..." Selamba Noah berkata sebegitu.
Buat sakit jiwa bercakap dengan Noah ni! Dian hanya memandang ke tingkap di sebelahnya sepanjang perjalanan sehinggalah sampai di rumah Noah.
"Kak Dian!!" Natasha menjerit ceria lalu mendapatkan Dian sejurus Dian dan Noah keluar dari perut kereta.
"Natasha!! Hello sayang...rindunya Kak Dian pada dia!"
Noah dan uminya hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua yang terlalu gembira apabila bertemu semula. Sungguh kehadiran Dian sedikit sebanyak memeriahkan keluarga tersebut. Dian mempunyai auranya yang tersendiri sehinggakan semua disekelilingnya suka akannya.
"Kak Dian tidur sini dengan Natasha eh? Boleh kita main sama-sama!" Ujar si kecil ini teruja.
"Alamak maaf...kakak tak tidur sini Natasha. Tapi hari ini kak Dian akan spend the whole day with Natasha okay?"
"Yahoo!! Thank you kak Dian!"
Khaleef yang terkebil-kebil melihat dua orang itu bertepuk tangan tumpang gembira melihat kakaknya gembira bukan main hari ini.
"Why not you sleep over here?" Pelawa Noah sambil berbisik pada Dian yang seronok melayan dua si kecil itu.
"No way..banyak lagi kerja tak beres. Assignments bertimbun macam Mount Everest kot." Dian menolak.
"Noah kan ado..me can help you,just a piece of cake!" Noah menawarkan dirinya untuk membantu.
"You kidding me? Assignments dia pun tak siap lagi, ada hati nak tolong kita pula. Macam mak monyet, anak di hutan ditinggalkan, anak gajah disusukan. Something like that."
"Jual mahal!" Provok Noah.
"Orang perempuan mestilah kena jual mahal, mana boleh murah-murah, kan Natasha kan!?" Balas Dian.
Natasha yang tidak mengerti apa-apa hanya mengangguk laju tanda bersetuju dengan Dian.
Malas berlawan mulut dengan Dian, Noah mengatur langkah naik ke atas. Lebih baik dia layan Play Station daripada berhabis air liur dengan si gadis ini. Sampai sudah takkan habis, asyik dia sahaja yang kena mengalah.
"Apa bising-bising tadi tu? Mana Noah?" Umi Noah muncul dari dapur dengan dulang berisi air dan kuih.
"Eh tak ada apa-apa la umi...Noah tu saja suka menyakat. Dia dah naik atas."
"Tu tak lain tak bukan menghadap PS3...takpun main gitar."
"Noah pandai main gitar?" Dian terperanjat.
"Bolehlah... Ni jemput minum. Kuih bakar ni umi buat tau!"
"Iya? Pandainya umi buat.. bolehlah Dian minta resepi. Mama pun suka kuih bakar."
"No problem, kecil punya hal." Balas umi Noah.
"Umi nak tanya Dian sikit..."
Dian tak jadi memasukkan kuih bakar kedalam mulutnya, "Tanya banyak pun tak apa umi.."
"Dian sukakan Noah?"
Nasib baik Dian tak jadi masukkan kuih bakar ke dalam mulutnya lagi, mahu terhambur ke muka umi Noah kuih tu nanti. Dengan berlagak tenang Dian menjawab
"Suka sebagai kawan aunty..eh umi.. kenapa?"
"Maksud umi, Dian cintakan Noah? Sebagai teman istimewa?"
Alamak! tadi hampir terkena dengan Adam, sekarang dengan ratu hati Noah pulak!
"Dian anggap Noah sebagai kawan macam kawan Dian yang lain umi, tak lebih daripada tu."
"Pasti? Ke Dian masih ragu-ragu hubungan antara Dian dan Noah?" Puan Nasha cuba menguji.
"Errr...betul umi Dian dengan Noah kawan biasa je. Macam kawan dengan Fath juga."
"Umi bukan apa.. umi bimbang Noah ada buat apa-apa pada Dian. Dian kan anak dara orang."
"Tak..Noah tak pernah pun buat apa-apa pada Dian walaupun dia berpeluang untuk buat semua tu, cuma..."
"Cuma apa Dian?"
Gelas berisi jus mangga Dian letakkan di atas meja.
"Cuma...Dian tak pasti sama ada Noah betul-betul sukakan Dian atau hanya main-main."
Aduhai mulut, kenapa engkau derhaka pada tuan kau sendiri wahai mulut?
"Noah dah ceritakan semuanya pada umi Dian...dan betul Noah suka,sayang dan cintakan Dian. Bukan main-main tapi seriously."
Rasa nak pengsan, pitam semualah saat ni! Jantung bagaikan dah berhenti berdetak dek mendengar apa yang keluar daripada mulut umi Noah sebentar tadi. Hari ini umpama hari terkejut buat Dian.
Lidah tidak semena-mena menjadi kelu tanpa kata.
******************************
Usai mendirikan solat maghrib dan mengaji Quran, otak Dian masih terfikirkan kata-kata umi Noah siang tadi.
"Kalau betullah Dian dan Noah bercinta, umilah orang paling senang dan gembira sekali dalam dunia ni!"
Agak-agaknya mengapa gembira bukan kepalang Puan Nasha atau umi Noah apabila dia dan Noah berpacaran? Tidak pula berani Dian bertanya sebab apakah.
Bunyi tweet di telefon menandakan satu sms masuk lantas dicapainya Dian di atas katil.
Hai assalamua'alaikum Dian Ameena! How are you doing? Still scared of the drowning incident?
Still scared of the drowning incident? Sah ini mesti mesej daripada Adam. Kemudian jari Dian menekan butang untuk membalas.
Wa'alaikum salam it's you Adam right? Well, will get scared if seeing swimming pool. All in all i am good and fine alhamdulillah...
Tiada mesej balas daripada Adam. Kemudian Sony Ultra Dian bernada dering menandakan panggilan masuk. Nombor asing yang tidak disimpan dalam telefon, nombor yang baru bermesej dengannya.
"Hai...what you doing? Am I disturbing?" Soal si pemanggil di hujung panggilan.
"Adam.. err I'm waiting for Isya'..no you are not disturbing. Ada apa ya call?"
"Cool, saja call Dian. By the way do you free tomorrow?"
"Ohh..esok? hmm pagi ada kokurikulum sampai pukul sepuluh. Then I am free..." Terang Dian.
"Well, if you're okay with it shall we have lunch together tomorrow?"
"Ha? Lunch? Fath ada tak?" Dian berharap Fath akan ikut sekali.
"Fath's at her elder brother's house in JB now."
"JB? Dia tak bagitahu Dian pun nak pergi JB."
"Perhaps she's forgot to inform..so shall we?"
Alahai..segannya nak keluar berdua-duaan dengan Adam. Kalau Fath ada tahanlah sikit segan ni.
"Err... do you know my hostel? tak menyusahkan Adam ke nak ambil hantar Dian?"
"It's okay..lagipun I just wanna take a walk and relax during weekend."
"Alright, kalau begitu Dian tunggu kat bawah after 10am okay. Anything just text or call Dian. "
"Alright see ya!"
*************************
"Makanlah Dian..tak perlu segan-segan. Kalau nak boleh order lagi." Mesra Adam menyuruh Dian tambah lauk yang dipesan tadi.
Mak aii banyak sungguh lauk yang dipesan, ada kerabu mangga, ayam masak bercili ala Thai, tom yam seafood campur yang sangat pekat, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Dahlah Dian dan Adam sahaja yang makan. Tak tahu pula Adam penggemar masakan Thai.
Dian pula terpegun dengan suasana eksklusif restoran Tamarind Hill yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ.
"Erm..hari ini ada apa-apa special ke Adam?" Dian bertanya.
"No..just an ordinary day, why?"
Teringat Dian ketika secara mendadak Noah mengajaknya ke Restoran Thirty8 hari itu, rupanya hari lahirnya pada hari itu. Sebab itu Dian bertanya awal-awal kepada Adam. Mana tahu hari ini hari lahir dia.
"Dian....Dian?"
"Yes Adam?" Tersentak Dian daripada lamunannya.
"Thinking of what?" Soal Adam dengan lembut.
"Err nothing..sedap kan makanan kat sini. Pandai Adam pilih restoran!"
"Well,you know me..actually today is..supposed my engagement day." Ada riak sedih di wajah Adam.
Air liur ditelan Dian terasa kelat. "Apa? Bertunang?" Dian tidak percaya.
Adam mengangguk perlahan lalu berkata " Yeah...but was cancelled out of sudden."
"I am sorry...if you don't mind..err.. " Baru sahaja Dian ingin bertanya Adam terlebih dahulu memberi jawapan kepada soalan yang ingin ditanyanya.
"We had broke up...she has somebody else."
Dian terkedu.Jadi Adam sedang bersedih kerana tidak jadi bertunang. Orang yang sedang berada di hadapanya bakal tunang orang!
"Allah has better plans for you..don't worry everything will goes well according to His plan." Dian menyedapkan hati Adam.
" You're right Dian.." Sayu sahaja bunyi yang menyapa di telinga Dian.
"Cheer up Adam! Bunga bukan sekuntum, banyak lagi bunga di taman boleh dipetik. Tu bunga dengan Taman Titiwangsa bersepah banyak..just petik!" Dian berseloroh untuk ceriakan Adam.
Akhirnya segaris senyuman terlakar di wajah Adam yang cerah nan tampan memikat kalbu.
Bisa bikin cair mana-mana perempuan yang ada disekelilingnya.
"Your future fiancee-to-be must be insane to left a handsome and kind man like you for another man. Rabun kot tak pun buta" Tambah Dian lagi.
Sekali lagi Adam tergelak mendengar apa yang diperkatakan oleh Dian.
"I was blind indeed...tak tahu nilai yang mana kaca yang mana permata." Kata Adam dengan rasa menyesal.
"Benda dah lepas jangan dikenang...mungkin jodoh Adam dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada dia. Trust me.." Pujuk Dian dengan simpati.
"Dian..thank you for today. You made my day..." Ucap Adam sambil matanya menikam mata Dian.
Dua mata mereka bertentang tanpa berkelip seketika.
"No big deal..kita kan kawan! Lepas ni move on, no sobs sobs tak macho."
"Thanks Dian..you such a nice friend." Ucap Adam.
************************************
Setelah kenyang menikmati makanan yang lazat tak terkata, Adam menghantar Dian pulang ke hostel. Moodnya ceria sedikit jika dibandingkan semasa di restoran tadi. Maklumlah orang tak jadi bertunang, haruslah frust menonggeng. Seminggu dua baru pulih jiwa yang sakit itu atau mungkin berbulan.
"Okay thank you so much Adam for the treat!"
"You're welcome..oh ermm Dian? Could we..could we meet again please?"
Sudah..macam aku ni tempat mengadu dia pula! Relaks Dian..hatinya tengah sedih bagai nak rak tu.
"Oh sure..anytime just let me know.Inshaa Allah..but promise no more sobs sobs okay?"
"If you be with me , I wont be in sobs anymore."
Erk! Chill Dian..orang tak jadi bertunang memang bercakap macam tu. Gaya amnesia!
"Ok see you again bye!! Drive safely.." Dian terus keluar dari BMW m5 putih milik Adam dan melambai kepadanya.
Seminit kemudian, Sony Ultra Dian berbunyi panggilan. Noah.
"Hi, where have you been uh Dian? I message no reply." Noal membebel macam mak nenek.
"Ish busy lah tadi..ada kokurikulum. Ha kenapa?"
"Saja call...nak cakap ni je.. I miss you! Bye!"
Itu je? Yang seorang frust tak jadi bertunang, yang seorang lagi entah kena sampuk apa jadi sewel macam tu.
Maintain cool Dian!
No comments:
Post a Comment