Syawal yang ditunggu tiba menjelang jua pada hari ini tanggal dua belas Ogos bersamaan hari Isnin. Mama bangun awal-awal pagi lagi tiga puluh minit sebelum subuh mungkin kerana terbiasa bangun untuk bersahur dan menyediakan apa yang patut. Dian dan Noah masih dibuai dan diulit mimpi di atas katil.
Setelah azan subuh berkumandang di udara, mama mengejutkan Dian dan Noah untuk solat berjemaah.
Dian memeluk lembut belakang mamanya setelah berwudhuk. Menjalar seluruh badannya dengan kasih dan sayang yang tidak ternilai buat mamanya. Terasa nyaman dan selesa mendakap seorang ibu yang jerih perit mengandungkannya sembilan bulan sepuluh hari lamanya. Mama tiada galang gantinya.
"Meena, cepatlah nanti subuh habis. Nak peluk-peluk dah pulak budak seorang ni." Ujar Puan Maria.
"I love you mama, happy eidulfitri, zero-zero ya!"
"Iye...dah jom!"
Sekali lagi air mata Dian tak tertahan mendengar alunan merdu ayat Quran dari mulut Noah ketika dia diimamkan solat subuh. Syahdu yang membuak-buak. Terasa rindu dengan saat ini.Seperti rasa mahu diimamkan setiap hari dan setiap waktu solat dalm sehari. Jiwanya mudah terusik sekali. Allahu akhbar.
"Bismillahirahmanirrahim.... Ya Allah kau ampuni segala dosa kedua ibu bapa kami,dosa ahli keluarga kami, sahabat-sahabat dan diri kami sendiri. Sesungguhnya kami hambaMu yang hina dan lemah. Hanya kepadaMu tempat mengadu dan meminta pertolongan. Sejahterakan kehidupan kami di dunia dan di akhirat ya Majid, beri kami kekuatan untuk taat mengerjakan setiap perintahMu dan menjauhi setiap laranganMu. Sesungguhnya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Amin.." Noah membaca doa selepas solat.
Air mata Dian deras mengalir sebak. Sungguh tersentuh hatinya mendengar bacaan doa Noah tersebut sehingga mama perasaan akan matanya yang merah. Bagaikan dimengerti akan perasaan sayu dan hiba yang dirasa anaknya itu malah dia juga kena tempias itu.
"Mak cik dengan Dian pergi sembahyang raya kat masjid ke nanti?" Noah bertanya.
"Emm sebenarnya mak cik dengan Dian tak pernah pergi pun Noah, sebab yelah faham-faham kadang 'cuti-cuti Malaysia' lagi satu itu kan sunat yang dituntut. Noah nak pergi ke?" Tanya Puan Maria yang sedang melipat kain telekung.
"Noah ingat nak pergi, Dian dengan mak cik nak ikut? Kita pergi sekali satu kereta, sekejap je kan."
"Boleh juga, kejap mak cik kemas apa yang patut then kita pergi ya. Pergilah bersiap ya, pakai baju raya."
"Akhirnya....dapat juga merasa bersolat raya di masjid!" Dian gembira lalu masuk ke bilik untuk bersiap.
Usai menunaikan solat hari raya aidilfitri secara berjemaah di masjid, mereka pulang ke rumah untuk menjamu selera. Mama Dian menyediakan rendang ayam, pulut kuning, kek masam manis, lemang dan macam-macam lagi. Rendang ayam memang merupakan kegemaran Dian sampai bertambah dua tiga kali sebab tak cukup. Seperti selalu, mereka duduk di rumah untuk menunggu tetamu datang bertandang untuk beraya. Kiri dan kanan rumah Dian sunyi sepi kerana pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkumpul saudara-mara dan adik beradik. Hati Dian terusik lagi, pedih.
"Noah, jom makan rendang moh! Sedap wa cakap lu..sehingga menjilat jari meyh!" Ajak Dian yang muncul dari dapur membawa semangkuk rendang ayam.
"Haiya...wa talak tahu lu jadi itu nyonya ini pagi raya. Apa pasai meyh?" Noah turut sama mengajuk.
"Apa lu panggil wa, nyonya? Haiya...wa muda lagi lo, panggil wa amoi meyh.. Pagi-pagi makan ini rendang buat lidah wa lembut cakap macam cina ha ha ha."
Noah tergelak sama lucu melihat Dian bercakap pelat cina. Dia menghampiri meja makan dan berkata sesuatu.
"Amoi, lu manyak cantik hari ini...wa tarak tipu sama lu!"
"Hari ini ja meyh? Hari lain tarak cantik uh?"
"Maksud wa, lu cantik sangat sebab lu pakai baju kurung yang wa beli semalam ha ha ha."
"Amboi ambil komisyen ya! Yelah, terima kasih."
"My pleasure.. eh hari ini kita serbu rumah siapa dulu? Tak sabar nak kutip duit raya."
"Oh gosh! Dah dua puluh tiga tahun masih nak kutip duit rayakah? Oh my..." Dian berpura terkejut padahal dia pun sama dua kali lima.
"Eleh, Noah kan belajar lagi..tak kahwin lagi...so haruslah dapat duit raya!" Noah mempertahankan diri.
"Hmm.. jangan sampai meminta-minta sudahlah. Tengoklah kejap lagi, kalau tak ada orang beraya kita serbu mana-mana rumah. Buat tebal muka."
Baru sahaja Noah ingin berkata, terdengar ucapan salam dari luar rumah. Kedengaran ada beberapa orang.
"Assalamua'alaikum...kami datang nak beraya!"
Dian cuak, gementar dan semualah ada sekali. Dipanggil mamanya yang sedang berada diatas.
"Mama, tu Mak Cik Adnah dengan family datang nak beraya rumah kita..."
"Jemputlah dia orang masuk, mama nak siapkan hidangan. Noah tolong sekali layan ya.Hari ini hari ketiga Noah kat sini he he he."
"No hal mak cik." Selamba Noah melirik senyum.
"Mak cik, jemput masuk... Selamat hari raya, maaf zahir dan batin." Dian menjemput mesra.
"Dian....lama tak jumpa! Selamat hari raya dear... eh ni siapa pulak yang handsome ni?"
"Hi, saya Noah Ismail Wong...panggil Noah je. Saya anak angkat mak cik Maria. Kawan universiti sama dengan Dian."
"Oh...belajar lagi? Ingat dah kerja...ambil course apa?"
"Business mak cik.. silalah duduk, makan kuih raya. Semua special homemade cookies."
"Mak cik tahu...Mak Cik Maria kamu ni memang suka buat kuih raya kalau raya, tak main beli-beli. Tak standard. Tapi biskut raya dia memang umphhh!" Puan Adnanh menaikkan ibu jarinya tanda bagus.
"Amboi akak ni, puji melangit segan saya. Jemput minum, minum ke air teh o? Ke nak air mineral?"
"Mana-mana pun boleh...Dian cuti berapa lama?"
"Emm Dian cuti sepuluh hari je mak cik.. Lepas tu dah kena balik. Sekejap je. Tak puas duduk rumah."
"Sepuluh hari pun banyak apa, mak cik cuti sekolah seminggu je..Itu pun kena ganti, leceh!"
"Hee, lebih cuti saya sikit..."
"Selama ni tak nampak pulak Noah kat sini masa raya." Puan Adnah menukar topik.
"Oh, ada dia datang sebelum ni cuma tak bertemu dengan akak tapi hari ini good luck eh Noah?" Jawab Puan Maria, mama Dian yang duduk di sebelah Puan Adnah.
Erk! Bila masa pulak Noah pernah jejak kaki kat rumah mama? Dian bertanya di dalam hati.
"Mak Cik Adnah ni Muet teacher dekat sekolah menengah sebelah sekolah Meena dulu. Dia punya English fuhhhh power! Kalah mat saleh London ha ha ha."
"Ish ada-ada je you ni Maria. I biasa-biasa aje.."
Noah sekadar tersenyum manis malas mahu menyampuk perbualan orang tua. Dia membuka balang kaca berisi almond london untuk dimakan. Kegemarannya tu! Selepas tu, semua balang dibuka untuk dirasa setiap satu biskut raya. Tak cukup dengan itu, dihadapnya pulak lemang dengan rendang ayam. Boleh gendut Noah macam ni! Dian omel dalam senyap.
"Saya ingat nak buat makan-makan nanti sebelum Meena ke UK this October." Mama berkata kepada Mak Cik Adnah yang sedang asyik menikmati pulut kuning dan rendang.
"Oh really? Congratulations! Berapa lama kat sana nanti?" Puan Adnah teruja memandang mama Dian.
"Sebulan kan Meena? Dia orang buat short semester kat sana. Noah pun pergi sama."
"I see...seronoklah dapat pergi overseas. I tak lepas and berpeluang lagi ke sana Maria. Jealous!"
"Alah, akak nak pergi boleh sangat. Saja je tak nak pergi. Ajak ni Abang Ehsan pergi honeymoon ke UK."
"Banyak expenditure nak pergi Maria oii..anak-anak lagi...dalam Malaysia tak habis tour ha ha ha."
"Tak apa, nanti ada peluang dan ruang pergilah. Saya pun tak pernah sampai ke sana."
"Meena belikan souvenir untuk mama and mak cik ya! Inshaa Allah."
"Fridge magnet or London printed t-shirt pun dah buat mak cik happy Dian."
"Nadia, Nadirah..tambah lagi... jangan segan-segan. Dina, ambil lagi kek tu, sedap tak?" Tanya mama Dian.
Dian mengangguk malu manakala kakak-kakaknya tanpa segan dan menunggu menambah rendang dan pulut kuning ke dalam pinggan masing-masing. Kemudian, mama membisikkan sesuatu ke telinga Dian Ameena.
"Pergi ambil duit raya bagi kat dia orang. Ada atas katil mama. Thanks."
"Alright ma.." Jawab Dian lalu naik ke atas ke bilik mamanya.
"Dah sudah? Kenyang kan makan rumah Mak Cik Maria? Rumah first beraya ni..." Jelas Puan Adnah.
"Terima kasihlah datang beraya, jiran paling jauh ni he he he.. kejap ya."
Dian kemudian turun bersama beberapa sampul berisi duit raya lalu diberi kepada mamanya untuk dibagi kepada anak-anak Mak Cik Adnah.
"Terima kasih banyaklah sudi terima kami sebagai first guess, jemputlah ke rumah. Sekakang kera je pun..I ada je di rumah cuma kejap lagi balik kampung dekat ni. Bawa Noah sekali ya."
"Inshaa Allah.." Balas mama pendek sahaja.
"Emm ada duit raya tak mak cik?" Noah selamba badak bertanya.
Dian jadi serba malah dan buat tebal muka je.
"Eh, kalau datang mestilah ada duit raya ha ha ha!" Umpan Mak Cik Adnah sakan.
"Yess!! Okay nanti Noah datang ya mak cik, masak sedap-sedap tau."
"Of course, okay balik dulu bye!"
Noah ni memang tak malu atau buat-buat tak malu? Memang tak makan sama ini 'apek'.
*******************************************
Raya pertama gamit dengan suasana riuh tetamu yang datang bertandang ke rumah Puan Maria. Tidak sangka pulak rakan-rakan sekerjanya datang beraya pada raya pertama semata-mata ingin menikmati pulut kuning dan rendang masakan mama Dian yang menjilat jari. Ada tiga keluarga yang datang membawa keluarga masing-masing. Pulak tu, datang serentak dua keluarga sekaligus menyerbu rumahnya.
Kalut menyiapkan juadah dan mengacau air di dapur. Mujur Noah turut sama membantu apa yang patut.
Memang laku pulut kuning yang ditanak mama Dian dan rendang ayam istimewanya hari ini. Hanya tinggal beberapa ketul ayam sahaja di dalam periuk cukup-cukup untuk makan bertiga. Berbaloi dia mengacau, mengoreng dan sebagainya semata-mata untuk menjamu para tetamu pada hari ini. Mama Dian ada bersuara untuk buat laksa asam pula pada raya kedua yang menjadi kegemaran Dian Ameena sejak kecil.
"Mama, jomlah kita pergi beraya..Meena nak kutip duit raya pulak. Asyik orang datang beraya rumah kita je." Dian mula meluahkan rasa.
"Aik? Dah besar panjang pun nak duit raya? Nak beraya rumah siapa dulu?" Tanya mama.
"Hmm...tak kisah asalkan pergi beraya. Jomlah nanti orang datang beraya tak sempat pulak."
"Meena pergi beraya rumah kawan-kawan sekolah lama boleh? Ajak Noah temankan." Cadang mamanya.
Noah tersenyum meleret dengan cadangan mamanya.
"Tak best tak ada mama...come please..." Dian merayu membuat muka sepuluh sen.
"Ish, asyik nak berkepit je anak dara seorang ni... tidur pun bawah ketiak."
"Eeee mama, tak payahlah mention depan Noah!"
"Tahu malu ya...he he he."
"Kawan-kawan Meena semua tak ada raya pertama kedua ni, ramai balik kampung. Kita pergi rumah Mak Cik Nurishah yang tepi Sungai Pahang tu nak? Mesti dia ada, lagipun dia kan duduk sekali dengan mak dia."
"Okay, kejap mama call dia...Tak nak pergi rumah Mak Cik Nor? Rumah ma?"
"Meena okay je... up to you boss!"
"Noah tak ada kawan-kawan duk Pahang?"
"Emm, ada tu ada tapi bukan kat sini, dia orang stay Kuantan mostly mak cik."
"Oh gitu pulak.."
Setelah mama berjaya menghubungi kawannya yang sama bekerja dahulu, Noah memandu mereka ke rumah Mak Cik Nurishah di Kampung Bangau Tanjung yang betul-betul di tepi Sungai Pahang.
Lama juga mereka singgah beraya di situ, berbual-bual, makan, minum dan akhir sekali meminta diri untuk pulang. Alangkah berbunga hati Dian dan Noah diberi duit raya yang bersampul kartun Upin dan Ipin.
Dalam hati ditetapkan tidak kisah berapa jumlahnya asalkan si pemberi ikhlas memberi.
********************************************
Sedang Dian leka menonton Akustik Raya di Astro Ria, Noah menghampirinya duduk di sofa bertentangan dengannya. Mata tak berkedip dengan mulut syok mengunyah kuih gunting yang dibuat mama.
Mana tak berkedip penyanyi pujaannya tengah menyanyi siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza.
"Dian...hello!" Noah cuba menarik perhatian Dian.
"Yes Noah?" Dian beralih kepada Noah.
"Emm..Dian tak nak pergi beraya ke hari ni? Esok mungkin Noah nak balik dah.."
"Cepatnya nak balik! Tinggallah lama sikit, beraya tak puas lagi."
"Actually, I missed my family...a lot..."
"Oh...masa nak datang sini bukan main terkinja-kinja nak ikut masa tu juga ya! Well, if that's what you want okay.."
"Please...bawa Noah beraya mana-mana. Bosanlah duk rumah je, hari ini tak ada pun tetamu."
Sebelum sempat Dian menjawab kepada Noah, bunyi kereta masuk di perkarangan garaj rumah mamanya lalu pantas diintainya. Abah!
"Kenapa?" Noah terkebil-kebil.
"Abah balik. Buat biasa je, jangan nak terlebih mesra pulak. Watch out!" Dian memberi amaran keras.
Noah buat derk je. Macamlah dia takut dengan Dian Ameena, paling ekstrem pun kena tengking saja bukannya apa-apa pun malah dia berupaya untuk menjinakkan lagi Dian adalah. Dia melihat Dian menyalami Encik Ezuan Kumar yang muncul di muka pintu. Lalu Noah bangun mendapatkan lelaki itu untuk bersalam dan menyapa.
"Assalamua'alaikum pak cik, selamat hari raya..." Noah menyapa mesra sambil bersalam.
"Hmm wa'alaikumsalam, ini Noah ya kawan Meena? Maaflah raya kedua pak cik baru boleh balik."
"It's okay pak cik, ya saya kawan universiti dengan Dian tapi lain course."
"Oh..macam mana datang sini okay? Selesa?"
"Alhamdulillah...saya happy sangat dapat ikut Dian beraya di rumah dia dengan family sekali. Siap bagi bilik dia untuk saya tidur. Semuanya first class terbaik!" Noah menaikkan ibu jarinya tanda bagus.
"Good to hear then, berapa hari Noah di sini?"
"Inshaa Allah esok dah nak balik, kalau pak cik dengan mak cik tak keberatan saya nak ajak Dian balik KL sekali untuk beraya dengan family saya." Lembut tutur Noah bagai pijak semut tak mati.
Dian dah pandang semacam pada Noah, terkejut kerana Noah tidak ada cakap apa-apa pun padanya tentang perkara tersebut. Rasa nak sembur je dengan air sirap yang diteguknya itu.
"Pak cik tak kisah...tapi terpulang pada tuan punya badan kalau dia setuju okay je. Meena macam mana?"
"Err...err..Meena.. " Dian memandang abahnya dan Noah bersilih ganti.
"Pergilah kalau nak pergi, abah izinkan... Tapi pandai-pandai jaga diri di rumah orang nanti."
"See Dian, your dad has approved! Come to KL with me please?" Noah ceria bukan main lagi.
"Nanti Dian fikir ya, Noah cakap last minute apalah!"
"Sorry, nak surprised Dian. Adillah Noah beraya rumah Dian, Dian beraya rumah Noah right?"
Dian tak membalas malah menjeling maut pada Noah. Suka hati cakap tanpa bincang terlebih dahulu dengan dia. Main ikut suka mak nenek dia je! Bentak Dian dalam hati. Tidak lama kemudian, mama muncul di bawah setelah menunaikan solat zohor.
"Eh sampai dah? Bila sampai?" Tanya Puan Maria pada Encik Ezuan Kumar.
"Baru je lagi, masak apa hari ini? Macam terbau-bau ada yang special je.."
"Laksa asam...marilah nak makan. Noah,Meena meh makan sekali dengan pak cik."
Pantas Noah ke meja makan untuk menghadap laksa asam untuk kali keempat. Baru Dian tahu rupanya laksa asam kegemarannya juga sama seperti dirinya. Ada chemistry sangat! Tak cukup dengan itu, rupanya Noah juga gilakan warna ungu tanpa Dian sedar dan mereka peminat tegar drama bersiri Merlin. Wah ada jodoh ni.
"Ni ha, Mak Cik Adnah rumah hujung tu jemput ke rumah lepas asar ada makan-makan sikit sempena raya. Jomlah kita pergi sekali."
"Awak pergilah dengan dia orang, saya tunggu kat rumah. Penat..." Encik Ezuan Kumar mencelah.
"Dia jemput semua, nanti apa pulak cakap dia nampak kereta abah ada tapi tak sampai ke rumahnya."
"Awak wakil saya cukuplah..lagipun saya penat drive dari Kemaman ke sini."
"Hmm...Meena dengan Noah ikut mama ya lepas asar? Kot-kot ada angpau untuk korang boleh beli coklat."
Meena tidak memberi respons sebaliknya tekun menghabiskan asam laksa di mangkuknya. Betapa dia sudah masak dengan perangai ayah tirinya itu ang tidak gemar ke mana-mana majlis keramaian. Entah kenapa, dia pun pelik. Kalau bertemu dengan sepupunya Uncle Nathan setiap kali balik ke sini boleh je. Tak pun melepak di gerai bawah pokok dengan Uncle Nathan minum teh o atau kopi depan pejabat sepupunya itu.
"Noah minta izin nak ajak Meena balik KL beraya dengan family dia. Mama okay ke?" Tanya Encik Ezuan Kumar memecah sunyi di ruang meja makan.
"Mama okay, kalau Meena memang nak ikut. Boleh kenal bakal saudara mertua." Mama Dian mengenyitkan mata.
"Tak lawaklah mama...rindu Meena pada mama tak habis lagi takkan nak balik KL kot."
"Pergilah, kesian Noah drive seorang nanti tak ada teman. Lagipun bukannya Meena beraya mana pun. Kalau mama tak keluar tak keluarlah juga Meena."
Dian senyap tak berkata masih berfikir-fikir nak pergi ke tak. Sunyi juga bila Noah dah balik, tak ada teman nak berbaik dan bercakaran. Ada je perkara yang nak dicakapkan kalau dia ada depan mata.
"Okay, Dian ikut balik KL tapi mama datanglah beraya rumah Aunt Nasha eh? Kenal dengan umi and daddy Noah. Seganlah Meena asyik pergi rumah dia tapi mama tak kenal dia."
"Boleh juga tu, boleh mama kenal dengan bakal besan mama he he he."
********************************************
Tiba-tiba Puan Maria ingin masuk ke bilik Dian Ameena yang didiami oleh Noah. Entah kenapa hatinya ingin masuk ke dalam bilik tersebut. Dian dan Noah sedang berada di bawah menonton televisyen.
Pandangannya terus ke telefon milik Dian yang sedang dicaj. Lama ditenungnya kemudian ketika di ingin melangkah keluar dari situ, kedengaran bunyi panggilan dari Sony Ultra yang berlitup cover hitam sebagai pelindung. Digagahkan dirinya untuk melihat siapa nama pemanggil di skrin.
"Mama... mama buat apa dalam bilik ni? Jom makan..."
"Err..ni telefon Meena bunyi ada orang call. Cuba tengok."
Dian masuk dan mendapatkan Sony Ultra miliknya lantas dilihat siapa nama si pemanggil. Jantungnya berdegup kencang bagaikan tiada bernyawa. Cik Su Madeena!
Telefon masih bising benada panggilan meminta untuk dijawab. Puan Maria masih di situ menunggu Dian menjawab panggilan tersebut kerana beriya-iya dia ingin tahu siapakah yang menelefon.
"Cepatlah jawab Meena... dari tadi duk berbunyi tak diam-diam."
"Hah? Err... " Dengan rasa terpaksa Dian menjawab panggilan dari ibu saudaranya itu.
"Wa'alaikumsalam, ye? Oh Adila... aku kat rumah mama lagi ni. Apa? Beraya rumah kawan kelas? Tengoklah dulu, nanti aku bagitahu balik."
"Siapa?" Berkerut Puan Maria bertanya.
"Kawan kelas universiti, ajak pergi konvoi beraya rumah kawan."
"Oh..ingat siapa call. Tadi tak sempat mama tengok siapa yang call Meena dah datang."
"Jom kita turun makan, semua dah tunggu tu. Meena buat jus epal favorite mama. Esok Meena nak balik KL pulak. Rindu my sweetheart honey pumpkin ni!"
"Meena...sayang....ingat jangan tunggu lama untuk sedia. Istikharah ya sayang, Allah akan bagi petunjuk. Mama doakan yang terbaik buat anak mama seorang ini. Remember, I'll always be by your side through thick and thin my baby..." Mama memeluk erat Dian dengan sayu.
"Thank you mama..You always be my number one to know the good news. Queen of my heart." Dian membalas pelukan mamanya dengan titisan air mata.
*********************************************
Noah masuk ke dalam bilik gadis yang telah mencuri hatinya sekian lama. Diperhati satu per satu gambar yang terletak di atas meja di tepi sudut katil tersebut. Segaris senyuman terukir diwajahnya melihat Dian Ameena ketika kecil. Mukanya saling tak tumpah dari Puan Maria dan sama sehingga sekarang. Cuma dulu dia nampak comel dan mulus tapi sekarang nampak cantik dan manis.
Entah bagaimana tanpa dia sedar, diambil sebuah bingkai gambar yang berisi gambar Dian ketika kecil dan teletak satu gambar bersaiz pasport mungkin ketika umur Dian berusia tujuh belas tahun yang terletak kemas pada cermin bingkai itu. Pantas dia mengeluarkan gambar pasport itu dan menyimpan di dalam beg duitnya untuk dijadikan kenangan.
"Dian Ameena, take how long that you need sweaty...I'll be waiting for you patiently." Noah berkata perlahan pada gambar yang diambilnya seolah sedang berbicara secara langsung dengan tuan punya badan.
"The way you looks, the way you talk, the way you laugh, the way you smile had stolen my heart towards you... I love you from the bottom of my heart Dian Ameena. You will be mine..."
Malam terakhir Noah di rumah itu, dia tertidur bersama walletnya yang terisi gambar Dian Ameena sehingga termimpikan gadis itu. Mimpi yang indah yang ingin dikecapinya selama ini. Hanya Dian Ameena di hati dan sanubarinya. Inshaa Allah.
**************************************************
Usai bersarapan bersama dengan Puan Maria dan Encik Ezuan Kumar, Dian dan Noah meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga Noah pula. Berat hati Dian untuk meninggalkan rumah mamanya tanpa berteman nanti. Wajah yang bakal dirinduinya pengubat hati, penawar gusar di jiwa. Namun, tidak sanggup pula mengecilkan hati Noah yang sangat berharap dia dapat pulang bersama.
"Elok-elok ya bawa kereta, dah sampai call mama ya Meena." Pesan Puan Maria yang bersalam dengan Dian.
"Okay inshaa Allah mak cik, sampai je kita orang call terus. Mak cik dengan pak cik jaga diri kat rumah. Anything inform Noah right away."
"Drive carefully, musim raya ni banyak kereta kat highway, speed trap pun boleh tahan." Pesan Encik Ezuan Kumar pula.
"Inshaa Allah, pergi dulu ya! Assalamu'alaikum...."
"Kirim salam pada umi dan daddy semua sekali. Ni kuih raya ni jangan lupa, special for dia orang."
"Seronoknya ada bekal biskut raya! Thank you mak cik...appreciate it! Nanti Noah datang masakkan asam laksa tau tak pun rendang ayam yang ohsem tu he he he."
"Anything for my future son-in-law he he he. Jaga Dian baik-baik Noah, kalau dia nakal terus report pada mak cik, tahulah dia mak cik sental cukup-cukup."
"She'll be safe under my supervision inshaa Allah, and if she's naughty I'll teach her smoothly deep to her heart so she won't do the same mistake.
"Noah, are you going home or not? Or I change my mind..." Dian sudah mengugut tidah tahan dengan usikan mama dan Noah.
"Okay, come let's go...dah puas cium peluk mama? Nanti meraung pulak dalam kereta, I won't turn back."
"Dah...mama Meena pergi dulu, nanti kita calling-calling as usual. Love you!"
Setelah bersalam dengan ayah tirinya, sekali lagi Dian memeluk mama kesayangannya. Hangat rasa dipeluk oleh seorang wanita bernama ibu yang kasih sayangnya melebihi lautan luas. Tiada tolok bandingnya dengan apa-apa nilai kasih dan cinta seorang ibu yang telah melahirkan, menyusukan, memelihara dan mendidiknya sejak dilahirkan ke dunia.
Hon dibunyikan oleh Noah ketika dia mula memandu pergi. Ditoleh Dian yang berada disebelahnya yang kelihatan agak sedih untuk berpisah dengan mamanya. Tidak sampai hati untuk bercakap dengannya lalu dia fokus terhadan pemanduan yang penuh dengan kereta di lebuh raya. Setelah beberapa ketika, Noah bersuara setelah lagu di radio diperlahankan.
"Dian...Dian dengan abah memang tak banyak bercakap?" Soalnya dengan berhati-hati bimbang Dian melenting.
"Hmmm.... kind of lately." Jawab Dian acuh tak acuh nampak sangat tidak suka ditanya solalan berkaitan dirinya dan ayah tirinya itu.
"If you don't mind, why?" Tanya Noah ingin tahu lagi.
"Easy, caused he's the main reason why my family were fighting for almost fourteen years. If you were in my shoes what do you feel?" Dian serius memandang.
"Well, logically feel hurt, sad and irritating. But, time is healing....forgive and forget."
"Easy to say, but the truth is the scars that remained at here...such a painful!" Dian menunjukkan di hatinya.
"I got you and I feel you... but for how long you will be like this, holding grudges will even make you hurt, more painful. Sedangkan rasulullah memaafkan umatnya, apatah kita hamba Allah yang penuh dengan dosa."
"Enough, you don't know nothing about it. You will never felt it how it feel, cause you never been there!" Dian meninggikan suara. Air matanya hampir gugur.
"Look, there's nothing you get when you are hot. Here drink this mineral water, may you cool down a bit." Noah menghulurkan sebotol air mineral kepada Dian.
"I may forgive but never to forget. I have nobody accept Allah, Rasulullah, mama, and my aunt. They are such my pulse to keep on living and breathing. Even though some time I feeling to gasping. Gosh! So hurt."
"They never tried to get fixed? I mean all these while?" Noah bersuara namun mata menghadap ke hadapan.
"Fixed? Never! Masing-masing keras kepala, hati batu or what so ever. Peliklah, orang lain sepuluh sebelas beradik boleh baik-baik tak gaduh bercakar terajang tapi dua beradik? Macam nak tunggang terbalik dunia. Really I don't get it. Islam je nama tapi perangai nauzubillah. I such stuck in the middle, don't know where to go. Who should I trust."
"Okay chill...nanti you will get high blood pressure and I am dead. Inshaa Allah Dian, Allah akan bukakan pintu hati dia orang untuk berbaik semula. Just give some more time and wait for the right moment. Tenang okay." Noah menenangkan Dian.
"Noah, would you do me favor please?"
"Inshaa Allah...as I can do the best."
"Please don't tell anyone about this, I trust in you Noah. Promise?"
"Promise, inshaa Allah. Now, don't think about that too much, let time reveal everything of it."
Dian hanya mengangguk lemah. Dia bagaikan telah putus harapan untuk menyatukan semula mamanya dengan cik sunya. Sungguh dia tidak berdaya lagi. Tuhan....pinjamkan aku kekuatan untuk bertahan selama boleh. Kabulkan permintaan aku ya Allah. Rayu Dian di dalam hati.
"Nah tisu, jelik tahu ngak kamu nangis segala. Hodoh gaya apa daaa..." Noah cuba menceriakan suasana.
"Shut up Noah! Orang sedih boleh buat lawak, korek biji mata kang."
"Eh sampai hati dinda nak dikorek biji mata dinda. Nanti buta kanda tak dapat tatap wajah dinda yang jelita."
Meletus juga ketawa Dian mendengar kata-kata Noah yang mengelikan hati.
No comments:
Post a Comment