Thursday 28 May 2015

The Healing Love Part 8



               Dian dibawa ke bilik tetamu oleh umi Noah di tingkat dua rumah tersebut. Disisi Puan Nasha berdiri seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan usia enam atau tujuh tahun kelihatan sangat rapat dan manja dengannya. Ada miripnya juga saling tak tumpah. Barangkali anak bongsunya, adik Noah.

"Dian rehatlah ya. Umi keluar dulu." Ujar Puan Nasha.

"Terima kasih banyak-banyak umi... selamat malam." 

Puan Nasha hanya tersenyum lalu melangkah keluar dari bilik tidur itu diikuti budak perempuan tersebut.
Tangannya melambai pada Dian sebelum Puan Nasha menutup pintu bilik tersebut.

           Mata Dian menatap tatarias bilik yang dihuninya itu. Lantas matanya tertatap pada beberapa bingkai gambar yang terletak di atas sebuah almari. Gambar perempuan yang berumur lebih kurang lima belas tahun cuba diamati Dian. Wajah Noah semasa kecil dapat Dian cam dan mukanya dengan gadis itu lebih kurang serupa, tapi siapakah dia? 

Bunyi pintu bilik terkuak mengejutkan Dian terus dia berpusing menghadap ke pintu bilik melihat siapakah yang datang. Budak perempuan kecil itu.

"Hai! " Sapa budak tersebut.

"Hai...ya?" Senyum Dian padanya.

"Boleh tak saya nak tidur sini dengan kakak?" Ringkas bicara si kecil itu lantas terus menerpa ke atas katil.

"Boleh apa salahnya. Ni siapa nama?"

" Natasha Suraya Binti Norman" Jawab si comel manis tersenyum pada Dian.

"Cantik nama secantik orangnya! Adik abang Noah ya?" 

Natasha menggeleng laju.

"Habis tu?"

"Sepupu dengan abang Noah lah hehehe" Dibuat suara comel seperti chipmunk kepada Dian.

Panjang huruf O yang disebut Dian setelah mengetahui gerangan si kecil yang petah bercakap ini.

Malam itu dia tidur berpelukan dengan Natasha dengan nyeyaknya. 






                                  
                                                   *******************************



               Usai menunaikan solat fardhu subuh Dian melabuhkan badannya keatas katil disebelah Natasha yang masih asyik diulit mimpi. Tangannya mengusap wajah mulus anak kecil itu lalu menciumnya. Wajah yang masih suci tiada dosa yang ditanggung. Sejam kemudian, barulah dia bangun mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Apabila keluar dari bilik mandi, kelihatan si comel Natasha sudah pun hilang dari bilik tersebut. Mungkin pergi mendapatkan umi Noah, getus hati Dian.


"Kakak!" Teruja Natasha apabila kelihatan Dian di tangga menuruni ke bawah.

"Natasha! Dah mandi ya? Kakak tengok tiba-tiba Natasha hilang tadi." Dian mendapatkan Natasha lalu memeluknya dengan erat.

"Mestilah dah wangi! Ini Natasha lah." 

" Bagusnya dia!" Jari Dian memicit lembut pipi mulus si kecil yang manis itu.

" Dian...mari sarapan." Muncul Puan Nasha dari dapur mempelawa Dian untuk bersarapan.

" Jom, makan Natasha!" Ajak Dian pada Natasha.

         Di suatu sudut berhampiran dengan ruang makan rumah tersebut kelihatan beberapa keping gambar yang tersemat kemas di dalam bingkai gambar dengan wajah yang sama seperti di dalam bilik yang Dian tidur malam semalam. Sekali lagi, Dian tertanya-tanya siapakah dia?

"Natasha, siapa perempuan dalam gambar ni?"

"Ooh itu kak Nia, adik abang Noah."

Soalan yang tertanya-tanya di benak Dian terjawab juga akhirnya. Tapi dimanakah dia? Sejak dia di sini tidak pernah pun sekali dia betemu dengan gadis bernama Nia itu. Lagipun Noah tidak pernah bercerita tentangnya walaupun sekali. 

"Assalamua'laikum..." Bunyi seseorang bagi salam dari luar rumah memeranjatkan Dian yang sedang duduk menikmati sarapan bersama Natasha.

"Papa!!! Papa datang..." Natasha berlari mendapatkan papanya di muka pintu.

"Eh ada tetamu! Siapa ni kak long?" Tanya papa Natasha, Encik Norman sambil mendukung Khaleef.

" Ini Dian Ameena...kawan kolej Noah. Dia tidur sini malam semalam. Yang jatuh kolam semalam dialah."

"Oooh.. dah okay? Ada cedera mana-mana?" Soal Encik Norman pada Dian simpati.

Dian hanya menggeleng tanda tiada apa-apa berlaku padanya.

" Kak long, saya tumpangkan Khaleef dengan Natasha kat rumah sekejap ya. Ada meeting dengan client."

"Yalah, biarlah dia orang kat sini. Mari makan sekali." Ajak umi Noah pada papa Natasha.

"Tak apalah saya dah breakfast kat rumah tadi dengan Khaleef." Encik Norman menolak pelawaan umi Noah.

"Okay. Pergilah! Nak pergi dating pun pergilah. " Sakat umi Noah.

"Ada-ada je kak long ni. Dah saya pergi dulu." 

Khaleef yang masih didukung papa Natasha diletakkan di bawah lalu terus beredar keluar.

"Khaleef, salam kak Dian sayang!" Umi Noah menyuruh Khaleef.

             Tangan kecilnya pantas menhulurkan salam kepada Dian lantas terus berlari ke ruang tamu untuk bermain dengan kakak Natashanya. Khaleef cepat mesra walaupun baru kenal dengan Dian. Oleh sebab itu, tidak hairanlah begitu mudah untuk Dian mendukungnya.

"Mamanya dah dua tahun meninggal dunia masa lahirkan Khaleef dulu." Terang umi Noah.

"Oooh.. papa dia orang tak cari mama baru?" Tanya Dian.

"Tak nak, katanya tiada pengganti untuk mama anaknya."

"Tak apa, mak longnya sentiasa ada. Ada abang Noah dan yang lain-lain."

"Puas dah umi suruh cari mama baru, bertuah!" Omel umi Noah.

"Hai mengumpat siapa pagi-pagi ni?" Suara Noah mengejutkan uminya dan Dian.

"Astaghfirullah...terkejut umi! Ni seorang lagi, sekarang baru nak turun." Bebel umi Noah.

"Terbabas lepas subuh tadi umi....Dian dah okay? Ada demam? selesema?" Noah memandang Dian.

"Alhamdulillah...dah okay. Lepas ni boleh tolong hantarkan balik?"

"My pleasure Miss Dian." Segaris senyuman terukir di bibir mungil Noah.

             Setelah  selesai menikmati  sarapan Dian minta diri untuk pulang kepada Puan Nasha.
Puas dipesannya untuk datang ke rumah itu lagi. Natasha dan Khaleef dicium puas-puas sebelum pulang dan berjanji akan berjumpa lagi dengan mereka. Kali pertama berjumpa hati Dian sudah mula cair dengan gelagat dua si kecil itu. 


                                                    ***************************


            Dalam kereta, Noah diam seribu bahasa lalu Dian memulakan bicara memecah sunyi antara mereka.

"You never told me about your sister,Nia." Dian berharap Noah akan bercerita tentang adik perempuannya.

Noah memandang seketika Dian lalu menumpukan semula kepada pemanduannya.

"She had left us long time ago..almost ten years." Selamba Noah bercerita.

"What happened to her?" 

"Drown. Lemas mandi pantai." Jawab Noah ringkas.

"I cuba selamatkan dia, but god loves her more." Sambung Noah lagi.

"Sorry.." Dian simpati.

"So okay, long story...dia pun dah tenang kat sana." Balas Noah dengan tenang.

"Amin... how many siblings do you have actually?" Tanya Dian lagi.

"Including Nia four, now just the three of us. Nazman, Nazim and me."

" Tak nampak pun dia orang masa event semalam kecuali Nazim."

"Nazman is in Melbourne doing MBA and will be back in 2 years more."

"I see... Nazim studies kat mana?"

"University of Malaya taking sports science."

"All are clever boys! Wonderful...Sejuk perut umi you mengandung." Puji Dian.

"Know what, I was very panic last night saw you drowning. Such a nightmare!"

"I tak mati lagilah! Chill." Seloroh Dian.

"Stop it Dian! You ingat benda ni main-main!? " Jerkah Noah memeranjatkan Dian.

"Sorry... I was not on purposed." Kesal Dian.

"You never knew how I felt seeing my sister dying! So please stop saying like that!" Sebak Noah lantas air matanya laju menitis tanpa disedari.

             Inilah kali pertama Dian melihat Noah menitiskan air mata lelakinya. Sungguh dia terasa bersalah dan buntu.Sekarang bagaimana harus dia memujuk si teruna Puan Nasha ini? Gementar hatinya untuk memujuk Noah yang masih diulit rasa sedih mengenangkan adik perempuannya.Nasib baik Noah memberhentikan kereta di tepi jalan.

" Look Noah, I am so sorry. I minta maaf okay." Pujuk Dian.

            Noah tidak memberi respon. Matanya merah kerana menangis. Aduh! sedih benar hatinya. Getus Dian. Ini mulutnya punya pasal cakap main lepas sahaja. Benarlah kata orang terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya. Padan muka kau Dian! Sekarang sedih hati Noah kau buat.


"Noah...janganlah merajuk please. Tak ganteng kalau kau menangis. I am really sorry. Promise I will not saying like that again." Dian mengangkat tangan kanan sebagai tanda berjanji.

"Noah...buruk tau you sedih-sedih. Kalau Nia tengok mesti dia pun sedih." 

"Semua yang I sayang pergi tinggalkan I. Lepas satu satu. After nenek and atuk left followed by Nia. Then almost you..." Perlahan Noah berkata meluah rasa sedih yang masih bersisa.

"I minta maaf banyak-banyak. Now could you send me home please?" Pinta Dian.

Noah lantas menolak gear ke tanda D untuk memandu. 

Lega hati Dian dibuatnya Noah berjaya dipujuk. Kalau tidak, tak balik dia nampaknya.

Setelah lima belas minit berada di dalam kereta, Dian selamat sampai di asrama kolej kediamannya.

"Okay terima kasih daun keladi Noah! See you on Monday." Dian ucap selamat tinggal pada Noah.

"You are welcomed. Take care! Nanti I call." Jawab Noah lalu meninggalkan Dian dengan Toyata Camry Hybrid miliknya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang