Monday, 4 May 2015

The Healing Love - Part 4


         
               "Dian! Jom makan tengah hari ?" Terkocoh-kocoh Noah mendapatkan Dian sejurus keluar dari bilik kuliah. "Dengan siapa?"

"Dengan siapa lagi, akulah! Kau dan aku." Senyuman nakal melirik di pipi Noah.
"Ajak Fath sekali boleh? Ramai baru meriah."

Niat hanya ingin makan berdua bersama dengan Dian tinggal harapan setelah Dian mengajak Fath.
Bisik hati kecil Noah.

"Alamak sorry Dian, aku tak boleh join korang sebab aku ada hal. Next time okay!" Laju Fath mencelah lantas meninggalkan Dian dan Noah.

Yes! Yes! Yes! Hati Noah melonjak riang. Terima kasih banyak Fath!

"So, shall we?"

Malas menolak, Dian setuju dengan permintaan itu.


                                                         *******************

       "Kau order je apa kau nak makan, hari ini aku belanja." Senyum lebar Noah diberikan pada Dian dengan hatinya yang berbunga-bunga bagai bulan jatuh ke riba.

Bukan senang nak ajak insan bernama Dian Ameena untuk makan bersama dan ini kali pertama mereka makan bersama. Kalau makan bersama, bukan berdua tapi bertiga termasuk Fath. Kalau tidak haram Dian nak makan dengannya. So today is the day!

"Kau demam ke apa ni? Tiba-tiba nak belanja."
" Mana ada aku demam. Cik Dian Ameena, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ada paham?"

Segaris senyuman di pipi Dian terpancar melihat Noah mengajuk cakap gaya mamak.

"Dian, petang ni tenis nak? Aku teringin betul nak battle dengan kau tapi baru hari ini ada chance nak ajak."

"Serius? Kau bukan suka pergi gym ke?"

"Seriuslah! Gym tu gym, hari ni nak tukar angin main tenis pula."

"Ok set."

Yes, another chance. Hati Noah terlonjak riang dengan penerimaan Dian. Entah kenapa, apabila matanya memandang Dian dari jauh membuatkan dirinya ingin mendekati gadis itu. Apabila didekati, ada suatu perasaan yang sukar digambarkannya tetapi yang Noah pasti adalah dia berasa sungguh selesa dengan Dian.
Biarpun gadis-gadis lain beratur untuk memikat hatinya namun Dian yang dia kejarkan.


                                         
                                                **********************


" Take five sekejap!" Noah mengesat peluh di leher lalu mendapatkan botol airnya.

"Come on Noah, baru 3 round takkan surrender kot?"

" Surrender? Hell no way."

" Then come for the fourth one. Let see who's winning again." Cabar Dian pada Noah

"If i am winning, you be my girl!" Semangat Noah bangun meneruskan cabaran tenis dengan Dian.

"You kidding me? hell no! hahaha" Dian tahu Noah hanya bercanda dengannya dan dia tidak ambil serius kerana dia yakin dia akan menang.


Bersungguh-sungguh Noah mengibas raket tenis bagi memastikan dia menang dan takkan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan Dian. Sebenarnya dirinya tidak sangka mulutnya akan berkata sedemikian pada Dian. Sungguh tidak dipercayai secepat ini.


"So i won, you be my girl!"

"Jap, kau menang pusingan keempat je pun. Jangan nak merepek!"

"Aik! Bukan bertaruh untuk pusingan keempat sahaja kan?"

" Ish Noah!!! Off the bet. Mana boleh kalau satu pihak yang setuju je."

"Ok fine. Off the bet, now officially i ask you.... will you be my girlfriend?"

Hati Dian berdegup kencang namun sedaya upaya disorokkannya. Oh hati, tenanglah kau jangan dupp dapp sangat!
Mulut Dian tertahan daripada meluahkan tawa lalu tak dapat ditahan lagi.

"Hahahahahaha!!! lawak la kau ni Noah. Kelakar tahu?" Tawa Dian masih bersisa, Noah masih terkebil-kebil memandangnya.

Lawak ke? Otak Noah giat mencerna apa yang diperkata Dian sebentar tadi. Tak apa, try hard Noah, try hard!


                                                     ****************


Terbahak-bahak Fath gelak ketika Dian menceritakan tentang Noah semalam sampai berair matanya.

"Hahahhaaha! Apalah Noah ni... buta ke apa? Dalam banyak-banyak perempuan kat kolej ini,Dian yang dia ajak jadi girlfriend hahahahaha!"

Bulat mata Dian apabila melihat reaksi Fath lantas dicubit paha sahabatnya itu.

"Ouch! sakit tau. See... ini belum jadi girlfriend Noah mahu hilang paha sebelah."

"Meh nak rasa hilang dua-dua belah?"

Rancak Dian dan Fath berbual dan bergelak ketawa sambil menikmati sarapan di kafe berdekatan dengan kolej mereka.

" Dian.... kau ni tak pernah bercinta ke kau tak suka lelaki?"

" Hish kau! mulut.... "

"Dah tu aku tengok kau macam tak bercampur sangat dengan budak lelaki kelas kita."

"Untuk pengetahuan kau, pertama aku suka lelaki dan aku bukan tuttt. Kedua, yes aku tak pernah bercinta tapi pernah tersuka."

Nasib air teh yang dihirup Fath tidak tersembur kepada Dian.

"Really? Lega aku dengar kau bukan tutttt. Tapi kau pernah tersuka siapa? cer citer!"

"Suka je pun, tak ada lebih-lebih. Suka tengok attitude dia, wajah dia... siapa? Aku pun dah tak ingat, lama dah kot...masa darjah satu"

Berderai tawa Fath dan Dian memenuhi ruang kafe menimbulkan suasana yang meriah.

"Tapi kan, takkan sikit kau tak ada hati dengan Noah the handsome guy tu?" Fath teruja pasal Noah.

"Me and Noah? Come on Fath, kau buta ke apa?"

Cis! Dian kenakan semula Fath.

" Why not babe? Never say die before you try."

" Macam langit dengan bumi kot. Noah kan tinggi, kacak, berada pula tu. Mana standard dengan aku yang pendek paras bahu dia je, biasa-biasa sahaja."

" Come on Dian, just for experience!"

Apa kena dengan Dian ni? Adakah suruh bercinta semata-mata untuk experience? Tapi betul juga, kalau tak bercinta, mana ada experience. Belum cuba belum tahu.

Dari jauh kedengaran suara Noah memanggil nama Dian dan Fath.
Macam tahu-tahu je cakap pasal dia. Omel Dian di dalam hati.


No comments:

Post a Comment

nuffnang