Monday, 18 May 2015

The Healing Love - Part 6

              Hari Isnin seperti biasa kuliah pada pukul 8 pagi. Dian mengagahkan diri untuk ke kelas kerana bimbang ketinggalan. Mujur hari dia dimasukkan wad tiada kelas keesokan paginya dan terus hari hujung minggu. Demam sudah kebah cuma sendi terasa sakit bagai mencucuk-cucuk dan selera makan masih tiada.
Hanya diminumnya air kosong dan menjamah sekeping biskut tiger sebulum ke kuliah.

"Dian, you fully recovered ke?" Prihatin Fath tentang kesihatan Dian.

"Yes I am. Thanks for concern sweetheart!" Sebuah senyuman dihadiahkan pada Fath.

"Euuww! Gelilah sweetheart bagai, itu kau boleh panggil sweetheart" Sambil muncung dituju ke arah seorang yang duduk di kerusi hadapan sekali. Noah.

Tiba-tiba Noah berpusing menghadap mereka berdua

"Hi Dian! How are you? Dah sihat? Ubat makan tak?"

Ibu jari Dian diangkat sebagai tanda bagus dan dia sudah sihat.

"Dian, this weekend ikut pergi birthday party cousin aku nak? Please"

"What? Cousin yang mana satu ni? "

"Anak aunt aku, baru dua tahun namanya Kalila. Please..." Rayu Fath.

"Insyaa Allah, ramai tak kat sana nanti?" Gusar Dian.

"Just close family and friends, Noah pun datang sekali! Suka tak suka tak?" Fath sengaja buat gedik.

Perbualan antara mereka berhenti tatkala Prof.Dr.Faisal melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dan memberikan ucap selamat kepada ahli dalam bilik kuliah tersebut sebelum sesi kuliah dimulakan.





                               *******************************


             Majlis sambutan hari jadi sepupu cilik Fath diraikan dengan meriah sekali bersama tetamu yang dijemput hadir. Menurut Fath, juadah yang dihidangkan dimasak sepenuhnya oleh pak sunya yang secara sukarela menawarkan khidmat katering. Lagipun bukan sesiapa anak saudaranya juga. Pak su Fath sangat arif pasal bab makanan kerana dia seorang chef malah memiliki beberapa rantaian restoran di Malaysia dan luar Malaysia.


   " Hai Dian, tak makan cake? Rugi tak rasa kek 'beku." Adam sepupu Fath mendekati Dian yang berada di taman mini rumah mak saudara Fath dan juga Adam.

   " Hai, Adam. Kek beku?" Berkerut kening Dian.

  " Kek Frozen lah hahaha. Sedap okay, wallah!" Seloroh Adam.

  " Hahaha ada-ada je."

"Ni first time lihat senyuman Dian Ameena."

Belum sempat Dian membalas Noah muncul dari belakang lalu mendekatinya dan Adam.

"Dian, dah ambil kek? Come taste the cake!" Pelawa Noah dengan teruja.

"Hoi laju betul kau kalau bab kek Adam!"

" Well you know me!"

" You guys know each other?" Duga Dian kelihatan Noah dan Adam mesra seperti sudah lama kenal.

"Yes, kita kawan dah lama. My family kenal his family pun dah berkurun." Selamba Noah berkata.

" Guys! Cepatlah game dah nak mula, birthday girl pun dah ready." Satu suara yang amat dikenali datang dari dalam rumah memanggil mereka di luar. Sah suara Fath Dlina Rose, bisik hati Dian.

" Jom jom game nak mula dah! Excited ni dah lama tak main musical box." Adam seakan anak kecil teruja.

Semua yang hadir ke majlis itu sangat seronok dan gembira tambahan dengan kepetahan mulut Kalila, si kecil yang dirai pada hari ini. Yang bertuah juga Kalila dapat banyak hadiah sempena hari lahirnya yang kedua tahun. Senyum sampai ke telinga apabila melihat setiap yang datang membawa sesuatu yang berbalut di tangan.

Akhirnya majlis hari jadi tamat sekitar pukul 1 tengah hari. Tetamu yang dijemput semakin lama semakin berkurangan hanya tinggal ahli keluarga Fath yang terdekat.

" Dian balik dengan siapa nanti?" Tanya Noah pada Dian.

" Datang dengan Fath balik pun dengan Fath lah."

"Balik dengan I jelah, Fath sibuk nak cleaning up tu."

" Tak menyusahkan ke? "

" It's a pleasure to give you a ride." Segaris senyuman manis terukir di wajah Noah.

" Thanks, nanti I inform Fath kata nak balik dengan you. "

Tiba-tiba Kalila mendapatkan Dian dan mengatakan " You too want to go home?"

" Yes my sweetheart daisy, I'll come and see you again okay!"

" Auch so sweet! Kiss me please....." Pinta Noah pada Kalila yang berada dalam dukung Dian.

Dengan rela Kalila menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Noah sambil tersenyum riang kerana ada yang melayannya.

" You promise that will come see me again okay!" Kalila memastikan Dian tidak memungkuri janjinya.

" Insyaa Allah honey, I promise!" Dian mengomol pipi mulus Kalila."


Setelah memberitahu Fath bahawa Dian pulang bersama Noah, Dian dan Noah hilang bersama kereta Toyota Camry Hybrid Noah.






   
          Sepanjang pemanduan Dian dan Noah masing-masing diam tidak bersuara, sempat Noah melirikkan anak mata kepada Dian yang duduk disebelahnya. Tangannya menekan butang radio dan memasang lagu kegemarannya yang dinyanyikan Jason Derulo.

" Is there anything you wanna share with me?"

Lamunan Dian terhenti terkejut dengan suara Noah.

"Come on Dian, jangan dipendam sorang-sorang if you got something to tell, I am here to be your listener."

Dian hanya menggeleng tanda tiada apa untuk diceritakan atau dikongsi dengan Noah.

" Hmm it's okay, just take your time. Kita pergi ice skating nak?" Noah menceriakan suasana.

" Belum solat zohor, nanti tak sempat."

"Sampai sana kita solat zohor kat surau. I treat you!"

" Baiklah Noah oiii, tapi jangan lama-lama."

" Set bos! Lagipun i know you like ice skating."

" How you know?" Tanya Dian bagaimana Noah boleh tahu kegemarannya.

"Fath."

Bagaimana harus dia menolak jika ditawarkan bermain ice skating kerana itulah antara salah satu cara dia melupakan seketika serabut di kepala. Suara hati Dian berbicara.



No comments:

Post a Comment

nuffnang