"Dian! Dian! Tunggulah!" Pantas Noah mengejar Dian.
" Apa dia Noah? Aku letihlah, nak balik."
"Jom tenis petang ni?" Semangat Noah mengajak Dian.
"Malaslah."
"Jom makan?"
"Tak ada selera."
"Jomlah, kau tak makan pun tengah hari tadi. Nanti sakit aku juga yang susah."
"Aku ada makanan kat bilik, so tak payah risau. Dahlah aku nak balik."
Dian meninggalkan Noah tanpa berlengah dan menuju ke asramanya.
Hairan Noah dibuatnya semenjak cuti pertengahan semester Dian nampak pelik dan kurang bercakap dengannya. Kadangkala seperti Dian cuba untuk mengelak daripadanya. Apa dia ada tersalah cakap atau membuat dia tersinggung sakit hati? Apabila ditanya pada Fath tentang Dian, Fath pun tidak tahu tetapi mereka perasan Dian menjadi lain atau dalam kata lain berubah. Seperti dia cuba sembunyikan atau pendamkan sesuatu.
Perasaan ingin tau Noah membuak-buak dan dia harus selidik tentang Dian. Banyak yang dia tidak tahu tentang Dian yang dia ingin tahu. Sikap Dian membuatkan dia menggelarkan Dian "gadis misteri". Inilah sebab dia makin ingin mendekati dan cuba mengenali isi hati si gadis itu.
*****************
" Meena! Mari turun makan." Panggil Puan Maria kepada Dian Ameena yang sejak tadi berkurung dalam bilik. Entah apa yang dibuat dalam bilik. Suka sangat duduk terperuk seorang. Omel kecil Puan Maria pada dirinya sendiri. Walhal dia maklum sudah bahawa setiap kali ayah Dian pulang ke rumah, Dian selalu menjauhkan diri daripada ayahnya itu. Dahulu tidak pula dia berperangai sebegitu tetapi semenjak kebelakangan ini hubungan Dian dengan ayahnya semakin jauh. Biarpun ayahnya bukan ayah kandung namun perhubungan mereka sebelum ini agak mesra tetapi bukan lagi sekarang.
" Meena buat apa dalam bilik tak turun-turun?" Soal mama masih meluahkan sisa omelnya.
Dian hanya diam seribu bahasa sambil mengambil tempat duduk di meja makan.
"Ish adalah projek dia tu." Ayah menyambung bagi memeriahkan ruang sudut makan itu.
Sempat Dian menjeling ayahnya sebagai tanda tidak suka akan apa yang diperkatakan.
Ketika menjamu makan tengah hari Dian lebih suka untuk diam dan menikmati hidangan di atas meja.
Hanya mama dan ayahnya berbual.
Setelah pinggan dibasuh, laju kaki Dian melangkah naik ke arah tangga untuk ke bilik.
" Eh tu nak kemana? Duduk kat bawah tengok tv ni!" Encik Ezuan menegur Dian.
Saja Dian buat tidak peduli dengan kata ayahnya itu lalu terus menuju ke bilik dan menutup pintu.
Telinganya masih sempat menagkap kata Encik Ezuan sambil melangkah naik ke atas.
"Kalau macam ni perangai baik tak payah balik.Ada macam tak ada!"
Gigi dikatup menahan marah cuba bertenang. Tanpa disangka air mata Dian merembes laju membasahi pipi mulusnya. Sekali lagi dia tidak dapat menahan air mata itu dari jatuh berderaian.
Deringan Sony Ultra menyedarkan Dian daripada lamunan lantas terus dia menjawab panggilan telefon itu.
Tidak sempat dia melihat terlebih dahulu gerangan si pemanggil di skrin.
"Hai, assalamua'laikum Dian."
"Wa'alaikum salam, siapa ni?"
"Kau tak save nombor aku ke? Noahlah! Kau dah makan? Balik tadi makan apa?"
"Noah.. ingat siapa call malam-malam ni." Kedengaran bunyi Dian menghembuskan hingus hidung.
"Kau tak sihat Dian?" Gusar Noah cuba mendapatkan kepastian.
"Selesema je...kau...." Belum sempat Dian sambung terdengar talian telah diputuskan. Hairan dengan Noah tiba-tiba letak telefon. Malas hendak layan, Dian melabuhkan dirinya di atas katil.
Lima belas minit kemudian Sony Ultra yang dibiar dia atas meja belajar kembali berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Panggilan daripada Noah.
"Hello, Dian turun sekejap please."
Apa kena dengan Noah malam ni? Dian mengomel sendirian.
"Ada apa Noah malam-malam ni?"
Tanpa sedar Noah meletakkan tangannya di dahi Dian. Terperanjat Dian dengan lagat Noah sedemikian.
"You have a high fever! Jom aku bawa pergi hospital." Pantas Noah menyuruh Dian masuk ke dalam kerata.
"No. Demam sikit je ni nanti okaylah. Now you go home."
"Sikit apanya panas sangat tu! Come aku bawa pergi hospital. Just don't be stubborn!"
Terkesima Dian dengan Noah lalu akur dengan permintaan Noah. Nasib dia bawa sekali purse dan mengenakan sweater sebelum keluar tadi. Noah terus membawanya ke medical center tidak jauh dari kampus yang lebih kurang sepuluh minit perjalanan.
Sampai sahaja di hospital, Noah membawa Dian ke kecemasan lalu Dian terus masuk ke bilik untuk diperiksa. Apa yang mengejutkan Noah bahawa doktor memberitahu Dian perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut. Dian mungkin menghidap demam denggi dan perlu menjalani ujian darah dan dimasukkan air kerana badannya kekurangan air.
Nombor Fath didail untuk maklumkan tentang Dian dan memesan supaya memberitahu mama Dian sekali. Malam itu Noah berjaga di hospital menemani Dian. Dian kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya disamping drip yang dicucuk untuk masukkan air ke dalam badannya membuatkan Noah kasihan pada Dian.
Kerusi di tepi katil menjadi tilam buat Noah melepaskan lelap seketika sambil menunggu Dian.
*******************
Kesejukan yang amat menyedarkan Dian dari tidur dan dia cuba untuk ingat apa yang telah berlaku semalam sehingga membuatkan dia berada di sini. Suara yang tidak asing mengejutkan Dian sepenuhnya.
"Hi Dian, macam mana kau rasa? Kenapa tak bagitahu kau demam? Nasib baik Noah bawakan ke hospital."
"Satu badan aku rasa sengal Fath. Tak sangka pula boleh jadi sampai macam ni. Dah lama sampai?"
"Dah sepuluh minit aku kat sini. Tak sampai hati nak kejutkan kau tengok pucat semacam macam orang mati."
"Hoi mulut... aku hidup lagilah! Kau datang dengan siapa? Noah mana?"
"Sepatutnya aku tanya kau Noah mana. Aku tak jumpa pun Noah lagi. Kau sorok dia kat mana?" Masih sempat Fath bercanda dengan Dian.
"Mana ada aku sorok! Entah semalam lepas jumpa doktor aku tak jumpa Noah pun. Cuba call dia."
Belum sempat Fath mendail nombor Noah, tuan punya diri yang disebut-sebut muncul dengan sebungkus plastik makanan dan sejambak bunga segar.
Si pembawa bunga pun kelihatan segar seperti telah mandi.
" Hai Fath,Dian! Tadi balik rumah solat, mandi and here you are breakfast. I know makanan hospital are tak sedap. That's why i bought nasi lemak ayam to you."
"Wow! Sedapnya!" Fath teruja
"Ish ni untuk orang sakitlah." Noah seperti memerli Dian.
"Then, give me that flowers!" Acah Fath masih ingin mengenakan Dian
"Nope, this too for sick and stubborn people." Tersenyum Noah niat ingin menceriakan hati Dian yang memerhatinya dengan Fath.
Noah membukakan nasi lemak ayam untuk Dian dan menyuapkan ke mulut Dian. Tangan Dian pantas menepis Noah lalu menyuapkan sendiri, malu dihadapan Fath.
Hanya beberapa suap yang dimakan Dian kerana dia tiada selera makan dan akhirnya Fath menghabiskan makanan itu.Usai menghabiskan nasi lemak ayam, Fath minta diri untuk pulang untuk menghadiri majlis kenduri kenalan keluarganya dan meninggalkan Dian bersama dengan Noah.
"Noah, thank you for all these. Sorry i made you trouble."
"No thanks yang penting you will get fully and speedy recovery." Sebuah senyuman terbit dari pipi Noah.
" Thank god not dengue. Cemas dibuatnya bila you kena admit ward. By the way, your mom will come and you take good rest okay. I'll come visit later."
" Thanks Noah. Appreciate it." Lemah Dian menuturkan kepada Noah yang bangun dari kerusi untuk beredar.
" Don't be sick again or else i might get infected too. Take care."

No comments:
Post a Comment