Friday, 22 May 2015

The Healing Love - Part 7



      Usai dihantar oleh Noah petang tadi Dian menunaikan solat asar kemudian maghrib dan membaca kitab suci al-quran di atas sejadah sementara menunggu waktu isyak. Sengaja dibiarkan laptopnya dalam mood sleep setelah memeriksa email.

       Sementelah khusyuk membaca al-quran Sony Ultra bernada dering panggilan masuk. Tertera sebaris nama yang amat dikenalinya lalu pantas dijawab dengan salam kepada si pemanggil.

"Assalamua'laikum Meena. Apa khabar? Tengah buat apa tu?"

"Wa'alaikum salam, sihat alhamdulillah. Tengah baca quran, cik su sihat? Dua hari tak telefon mesti sibuk ya?"

" Cik su sihat sayang, baru habis kerja malam sebab tu tak sempat telefon Meena."

Panjang o yang disebut Dian. Betapa girangnya hati apabila panggilan yang selalu dinanti tiba juga.Terlalu rindu yang membuak akan ibu saudaranya itu. Hanya teknologi yang dapat menghubungkan mereka berdua.

"Meena buka laptop kita Skype okay sayang."

"Okay give me a minute."

Panggilan telefon diletak lantas Dian terus ke meja belajar dimana laptop terletak dalam mood sleep.
Logo Skype terus ditekan untuk sign in bagi membuat panggilan video dengan ibu saudaranya yang berada jauh dari bumi Malaysia.

"Assalamua'laikum! Rindunya pada Meena... Hari ini cuti kan, pergi mana?" Teruja Puan Madeena untuk mengetahui aktiviti Dian seharian.

"Wa'alaikum salam... hari ni Meena pergi birthday party sepupu kawan then pergi ice skating. Itu je"

"Seronoknya! Pergi ice skating dengan siapa?"

"Kawan Meena."

"Siapa?"

"Oranglah!"

"Ish budak ni gigit nanti cepatlah dengan siapa?"

"Kalau Meena bagitahu pun bukan cik su kenal. Noah, kenal?"

"Oh Noah...... handsome ke orangnya?" Tersenyum lebar Puan Madeena di dalam panggilan video.

" Tak! Dia kawan Meena jelah tak payah nak speku okay." Gelabah Dian apabila cik su mensyak sesuatu antara dia dan Noah.

"Didn't say anything!" Usik Puan Madeena.

"Cik su! Silly."

Telefon bimbit Dian berdering menandakan panggilan masuk tertera 'mama' di skrin lantas dia mengisyaratkan diam kepada cik su supaya diam.
Bimbang mamanya terbau perhubungan mereka berdua. Mamanya bertanyakan khabar dan apa yang sedang dilakukan sekarang.

Setelah tiga minit bercakap dengan mama Dian sambung Skype dengan cik su yang setia menunggunya.

"Mama apa khabar?" Soal cik su sebelum sempat Dian memulakan bicaranya.

"Alhamdulillah sihat. " Dalam hati Dian berkata masih ingat lagi cik su kepada kakaknya.

" Oh Meena, cik su dah pos hadiah birthday Meena. Should reach before 23rd July. Just wait and see ya."

" Oh ya ke? Terima kasih cik su!"

"Harap suka hadiah tu."

" Mesti suka, anything cik su bagi Meena will be happy."

" Noah tu baik orangnya? "

" Noah lagi! Cakap pasal hadiah tiba-tiba muncul Noah, mahu tersedak Noah malam ni."

"Biar dia tersedak hahaha tak boleh tidur." Puan Madeena berjenaka.

" Tadi ice skating Noah belanja Meena."

"Tanda dia sayang anak buah cik su yang seorang nilah!"

"Tak adalah, dia memang pemurah cik su."

"Bagilah tengok gambar Noah, mancung ke tidak hidung, gigi ada berapa, dahi jendul ke tidak."

" Galak betul cik su! Jangan risau cukup sifat."

"Alhamdulillah...nanti pesan pada dia jaga anak buah kesayangan cik su ni baik-baik tau!"

"Ya ya ya... esok Meena ada kokurikulum kena bangun pagi, nanti kita Skype lagi ya my sweetheart."

"Alright my honey! Take care, dah solat isyak? Solat dulu kemudian tidur. Jangan lupa baca doa sebelum tidur. Baca al-fatihah, ayat qursi dan 3 qul ya. I love you."

"I love you more!"

Terluah juga rasa rindu pada cik su melalui panggilan video Skype sebentar tadi. Semoga mama dan cik su berbaik dan bersatu semula suatu hari nanti. Bisik Dian pada diri sendiri..

Apabila kepala telah diletakkan di atas bantal empuk, telefon Dian kembali berdering panggilan.

Noah.

"Hello, dah tidur?"

"Noah, baru nak tidur. Ada apa?"

"Just want to say goodnight."

"Itu sahaja? Lagi?" Uji Dian.

"I love you." Selamba Noah.

"Lagi..."

"I miss you."

"Lagi..."

"I need you."

"Lagi..."

"I heart you."

"Dah habis?" Tanya Dian

"Belum."

"Ada lagi?" Berkerut dahi Dian.

"I love you Dian.." Ungkap Noah.

"Ok dah you have said what you wanna said now go to bed. Have some sleep."

"Dian...please give me chance to love and have you in life."

" Stop it Noah. Get some sleep."

" I will never stop chasing you. I'll steal your heart."

Apa kena dengan Noah malam ni? Tidak sihatkah? Mabukkah? Setahu Dian Noah mana pernah sentuh benda haram sebegitu. Pening difikirkannya.

" Don't be nonsense Noah. I need to sleep now."

" Have a sweet dream, dream of me..."

Laju jari Dian menekan butang end call di telefonnya geli dengan perangai Noah sejak kebelakangan ini.
Malas mengusutkan kepala sendiri dia memejamkan mata untuk tidur. Esok dia perlu memulakan hari di awal pagi untuk aktiviti kokurikulum. Biarkanlah Noah meracau sendiri.






                                               *****************************


           Setelah mendirikan solat subuh, Dian mencapai handphone yang terletak di atas meja. Terdapat satu mesej yang diterima.

" How are you my loving anak."

Apabila mata tertatap pada nama si pengirim sms laju Dian menekan butang tong sampah untuk memadam mesej tersebut. Rasa jelik berbuku di hati.

Satu deringan menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Daripada Noah.

" Morning! May you be blessed and stay fabulous all day. Love you!"

      Dah tidur pun masih meracau Noah ni? Fikir Dian. Entah-entah tak tidur semalam, duk meracau.
Sengaja Dian tidak membalas mesej Noah, tidak kuasa dilayan sengal Noah itu.
Banyak lagi perempuan sexy and hot yang nak jadi girlfriend dia tapi aku yang pendek tak lawa yang dikejar.
Buang tebiat.


      Usai aktiviti kokurikulum di bangunan octagon Dian menuju ke kafe untuk bersarapan. Perutnya sudah berbunyi dram rock bercampur zapin oleh sebab dia hanya mengambil sepeket biskut Jacob di bilik bersama air suam sahaja. Dari jauh kelihatan figura yang sangat dikenali sedang setia menunggu di hujung bangunan dia berjalan keluar. Tak lain tak bukan Noah.

   
" Hi Dian, assalamua'laikum morning!" Senyum Noah.

"Wa'alaikum salam, you buat apa kat sini Noah?"

"Datang nak ajak you breakfast sekali, jom!"

"Pergi mana?"

"Breakfast."

"Yalah di mana? Where?"

"Kat luar, mesti bosan kan asyik makan dalam college je. So let's go!"

" Dah biasa makan kat kafe tu, lagipun banyak choices."

"Ala... jomlah wahai cik puan puteri."

" Kau belanja?"

" Of course, dah jom! I'm starving now."


Dian membuntuti Noah ke kereta lalu mereka menuju ke sebuah restoran di tengah bandar.

       Ketika Dian ingin melintas jalan berhadapan restoran yang ingin mereka kunjungi, tanpa sedari sebuah kereta datang dari arah kanan memecut laju melintasi jalan tersebut. Tanpa sempat Dian mengelak atau berundur dari situ kereta tersebut nyaris melanggarnya.

       Nasib Noah cepat merangkul Dian dalam dakapannya, menyelamatkannya daripada mangsa kemalangan kereta tidak berguna tersebut. Jantung Noah berdegup kencang melihat Dian hampir dilanggar malah dia hampir diserang sakit jantung. Dian masih dalam dakapan Noah dan bisa mendengar degupan jantung Noah yang kencang.

        Setelah beberapa minit kemudian, barulah Dian lepas daripada dakapan Noah. Terasa lega.

"You okay Dian?" Cemas Noah melihat Dian berpeluh.

Dian hanya mengangguk sebagai tanda dia tiada apa-apa.

"Noah?"

Noah pun hanya menganggukkan kepala kepada Dian.

"Thanks selamatkan I."

"Lucky not anything happened to you. If not sure I will regret whole my life."

"Ya million thanks to you! Dah jom breakfast!" Ajak Dian yang sudah kelaparan.



                                 **************************************



"Kenapa kita ke sini? I tak nak beli apa-apa." Ujar Dian hairan dengan Noah.

"Jom singgap sekejap. Come!"

"Noah, I tak nak beli baju okay. I nak balik."

"Later I send you back but please choose anything from here please."

"Could you please pick something suit with her?" Noah mengarahkan kepada salah seorang pekerja butik itu.

"Noah please..send me back right now." Keluh Dian.

"Alright try this this and this. Cepat kata nak balik."

"aaah not this one, looks ugly. Try this one."

Dian hanya membuat apa yang disuruh Noah, keluar masuk bilik persalinan.

"This is perfect!" Tersenyum manis Noah melihat baju yang tersarung cantik pada badan Dian.

"Okay we take this!"

"Oh ya! Your scarf.. Please choose a suitable one that matching with this dress." Arah Noah pada pekerja butik tersebut. Dian hanya tercegat seperti patung bernyawa di situ.

Setelah membuat pembayaran, Noah terus menghantar Dian pulang ke kolej.

"Nanti this Friday night will be held my parents wedding anniversary. I want you to wear that dress and scarf yang kita beli tadi malam tu okay?"

"Hah?" Ternganga Dian dibuatnya dengan kenyataan yang baru disebut oleh Noah.

"Why?"

"Kenapa pula I yang you nak bawa ke event tu? Tak ada orang lain?"

"Tak ada. Full stop!"

Dian sempat menjeling Noah yang sedang fokus pada pemanduannya.

"By the way, get ready at around 8pm and I will come fetch you."

"Dengar tak?" Tanya Noah melihat Dian tidak mempedulikannya.

"Dian Ameena! Are you listen to me?"

"Yes Noah Ismail Wong!"

"Good girl." Segaris senyuman terpancar dari wajah Noah.



                                           *****************************


              Malam Jumaat seperti yang dijanjikan Noah menjemput Dian untuk menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan kedua ibu bapanya di rumah. Sepuluh minit menunggu Dian di bawah di dalam kereta.
Akhirnya Dian kelihatan menuruni asrama dengan berpakaian gaun dan tudung yang dibeli Noah pada hari yang lepas.

               Mata Noah tidak berkedip walau sesaat menatap gadis anggun yang sungguh dikenalinya berjalan menuju ke kereta.Dian yang sudah berada di sebelahnya di dalam kereta membuatkannya terkejut tiba-tiba Dian berada di sebelahnya.

"Noah...Assalamua'alaikum!"

Noah hampir terjerit apabila lamunannya terhenti dek sapaan yang diberi oleh Dian.

"Wa'alaikum salam....fuhh!! Cantiknya you Dian!"

"Tak usah nak puji lebih-lebih, dah jom nanti lambat pula." Dian cuba alih topik lantas memakai tali pinggang keselamatan.

             Semasa memandu mata Noah asyik curi-curi pandang Dian disebelahnya.
Tidak puas pandang getus hatinya.Sekali pandang nak pandang berkali-kali. Dian pula cuba untuk kawal gementarnya. Ditariknya nafas dalam-dalam lalu dihembusnya perlahan.

              Lima belas minit kemudian mereka sampai di rumah ibu bapa Noah. Tetamu yang dijemput ramai yang telah tiba. Tanpa diduga, satu suara menyapa Dian sesampai dia di sana.

"Dian! Kau pun ada kat sini?" Fath yang ayu dengan gaun ungu warna kegemarannya menyapa Dian.

"Ya aku pun 'dipaksa' untuk ke sini. Kau datang dengan siapa, seorang?" Tanya Dian.

"Tak aku datang dengan Adam. Amboi aku was-was tadi nak tegur takut salah orang. Cun gila kau malam ni!" Sengih Fath pada Dian.

"Cait! tak payah mengada-ngada nak perli aku. Kau tu lagi hot and spicy!" Balas Dian.

Adam menghampiri mereka dengan segelas minuman di tangan.

"Dian? Dian Ameena?" Adam ragu-ragu.

Dian mengangguk lalu tersenyum manis.

"You look different tonight! More gorgeous and sparkling!" Tambah Adam terpesona dengan Dian.

"See I told you!" Fath menyokong kata-kata Adam.



Noah yang menghilang tiba-tiba muncul mendekati Dian lalu meminta izin untuk membawa Dian berjumpa dengan ibu bapanya. Dian hanya mengikut Noah dari belakang.

" Umi, abah this is my friend Dian Ameena."

Dian menyalami Puan Nasha sebagai tanda perkenalan dan hanya menghadiahkan senyuman pada Encik Nuqman.

" Ooo inilah Dian Ameena yang selalu Noah ceritakan. Cantik orangnya!" Gembira Puan Nasha menemui gadis bernama Dian Ameena yang selama ini hanya disebut-sebut namanya tetapi baru malam ini dapat bertemu berempat mata.

"Terima kasih aunty... aunty pun lagi cantik dan cun!" Puji Dian pada umi Noah.

"Umi.... panggil je umi ya Dian."

"Baik aunty....eh umi."

"Dah makan? Pergi ambil makanan, Noah temankan Dian makan sayang."

        Sejurus itu, Noah menemani Dian untuk mengambil makanan di tepi rumah atau lebih tepat lagi di taman mini rumah tersebut. Setelah mengambil makanan, mereka berdua mengambil tempat di sebuah meja yang disediakan.

         Dari arah bertentangan mereka, seorang berpakaian yang agak menjolok mata memandang tajam ke arah mereka lalu menghampiri meja yang mereka berada.

       " Hi Noah....you look handsome tonight. Don't you want to introduce who is this girl?" Sambil jari meniti di atas bahu Noah, Natasha sempat mengerling Dian.

Malas dilayan perempuan sebegitu Noah cepat memperkenal Dian pada Natasha yang sedang menunggu di sisinya itu.

"This is Dian,Dian Ameena. Dian, Natasha...Natasha Suraya Al-Bukhari."

Dian menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan kepada Natasha namun Natasha membuat tidak peduli dan tidak menyambut huluran tersebut. Dian menarik semula huluran tangannya itu.

"Orang hulur tangan nak salam buat sombong pula. Nice!" Perli Noah sambil mulut menikmati makanan di atas pinggan.

        Natasya mengeluh kecil lalu terus beredar dari meja mereka berdua untuk beralih arah ke tempat lain.
Seorang jejaka yang agak berusia dihampirinya dan dia cuba untuk bermesra dengan lelaki tersebut.
Noah dan Dian hanya memerhati dari jauh dan sempat menggeleng akan perangai Natasha itu.


"Siapa dia?" Soal Dian.

"Natasha."

"Yalah siapa?"

"Anak kawan umi and abah I."

Panjang muncung yang dibuat Dian setelah mendengar daripada mulut Noah siapa Natasha itu.

        Sedang mereka hampir menghabiskan makanan dalam pinggan masing-masing, semua dipanggil untuk berkumpul di meja untuk sesi memotong kek.

         Pantas Noah mengajak Dian ke meja tersebut untuk acara memotong kek. Dian pun teruja untuk melihat sesi memotong kek oleh kedua ibu bapa Noah.

        Setelah kek tiga tingkat dipotong, Noah terus mengambilnya dan meletakkan di atas pinggan untuk Dian. Kemudian baru diambil untuknya. Mereka menikmati kek tersebut dalam keadaan berdiri berhampiran dengan kolam dek kerana meja telah penuh.

        Seorang kenalan keluarga Noah memanggil Noah untuk ke dalam rumah sebentar lalu Noah membiarkan Dian seorang di luar menikmati kek.
Beberapa minit Natasha muncul kembali mendekati Dian. Kali ini dengan cara yang lebih agresif dan ekstrem. Dian juga tidak dapat menyangka akannya. Tapi dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.


         Fath dan Adam yang tidak jauh dari Dian melihat seorang bergaun merah terang sedang menghampiri Dian dari belakang. Dian masih tidak menyedari akannya. Fath cuba untuk berlari mendapatkan Dian. Namun disebabkan gaun yang labuh menyukarkan untuk dia berlari pantas mendapatkan Dian.
Adam yang sedari tadi disebelahnya telah hilang dan terlebih dahulu mendapatkan Dian di hujung sana.

   "Ya Allah Dian!" Jerit Fath dalam kekalutan mendapatkan Dian.

Natasha yang kini sudah jauh dari tempat Dian berada hanya tersenyum riang sambil menikmati segelas cola.

"Dian!Dian!" Adam menjerit memanggil Dian yang terjatuh ke dalam kolam renang.

"Adam please selamatkan Dian!" Raung Fath yang berada di tepi kolam.

       Semua mata tertatap pada kejadian tersebut dan hanya mampu melihat. Noah tiba-tiba muncul apabila terdengar jeritan para tetamu dari luar rumah. Tanpa berlengah dia bergegas ke luar dan mendapati Adam sedang menyelamatkan sekujur tubuh di dalam kolam renang.

Dian Ameena.

" Ya Allah Dian! What happened to you? Wake up Dian! Wake up!" Noah mengoncangkan tubuh kaku Dian.

"Dian! You hear me? Please Dian!" Adam kembali memegang tubuh kaku Dian yang kebasahan. Dia menekan dada Dian untuk mengeluarkan air yang tertelan oleh Dian.

"Kenapa ni? Apa dah terjadi?" Umi Noah terpinga-pinga.

"Uhuk! huk! huk!" Dia tersedak mengeluarkan air yang tertelannya di dalam kolam.

"Can you hear me Dian?" Tanya Adam yang masih cemas.

Dian hanya bisa mengangguk dan cuba untuk mengeluarkan air yang tertelannya melalui mulut.

"Adam, bring her inside!" Arah umi Noah pada Adam tanpa berlengah.

Fath yang masih disitu mendekati Natasha yang kononnya sedang berbual-bual dengan salah seorang tetamu majlis itu lalu terus memberi sebuah tamparan yang cukup panas pada gadis tidak sedar diri itu.

Panggggggggg!!!

"Hey! Sakitlah! Dah kenapa tampar orang tiba-tiba!" Tengking Natasha pada Fath.

" You ingat I tak nampak yang you sengaja tolak Dian jatuh dalam kolam?!" Berang Fath.

"Mana ada I tolak dia yang jatuh sendiri." Selamba tidak bersalah Natasha berkata.

"Kurang ajar!" Fath menyimbah segelas air oren ke muka Natasha lalu masuk ke dalam rumah.

"What the hell!!!" Marah Natasha yang kebasahan dengan air oren.

Lelaki yang berdiri di sebelahnya pun turut tersenyum dengan simbahan yang dikenakan padanya.

"Apa suka-suka?! Hish!" Bentak Natasha yang masih tercegat di tepi kolam.

Sementara itu, Dian dilap oleh Adam dengan tuala kering di ruang tamu rumah ibu bapa Noah.

"Nak I bawakan ke klinik or hospital?" Gusar Noah melihat keadaan Dian.

"No thanks." Balas Dian lalu terbersin.

"You sure you okay Dian?" Tanya Fath pula.

"No I am okay. Don't worry."

"Si betina baju merah itulah yang sengaja tolak Dian jatuh masuk dalam kolam!" Marah Fath masih ada.

"I pun nampak dia nak tolak you Dian. Nasib sempat I terjun selamatkan you."

"Thank you Adam." Lega Dian.

"Betul ke Adam, Fath?" Soal umi Noah tidak percaya.

"Ya umi Nasha... dari awal Fath nampak dia datang dekat dengan Dian dan sengaja nak tolak Dian."

"Astaghfirullah!" Istighfar panjang umi Noah mendengar tentang perbuatan Natasha.

Encik Nuqman hanya mampu menggelengkan kepala dengan perbuatan kejam Natasha yang selama ini dianggap baik budaknya.Ternyata silap andaiannya.

"Dian tidur sini aje ya sayang.. umi bimbang sorang-sorang Dian kat rumah nanti." Pujuk umi Noah.

"Yes my mom is correct. Sleep over here tonight okay."

Malas untuk berdalih-dalih Dian bersetuju dengan cadangan untuk tidur di rumah Noah.
Terkejutnya pun masih belum reda. Perasaan takut juga masih mencengkam urat nadinya.
Lebih baik setuju sahaja.


No comments:

Post a Comment

nuffnang