Tuesday, 30 June 2015

#Syukur Selalu



Dear Ramadhan,
finally we meet again
how happy I am indeed so grateful 
but I admit 
that sometimes I'm reckless and not cautious
so irritating right?
Yeah I knew


I sometimes, missed how so much His blessings into me
that I forget to thanked Him 
at least by saying 'Alhamdulillah'
but when I remember straight away will say it


Realized it or not 
a lot of good and kind people has left us for forever
passed away
only memories with them just kept along 
together with tears

Life is life
must be carry on
no matter what
until it come to 

T.H.E    E.N.D

Monday, 29 June 2015

The Healing Love - Part 21



          Pagi Isnin dimulakan seperti biasa setelah bercuti sepuluh hari kerana menyambut Syawal mulia baru-baru ini. Teruja rasa hati Dian untuk memulakan sesi kuliah pada pagi ini. Dia bangun awal pagi dan bersiap untuk ke kelas pada pukul 8 pagi. Oats dan milo tiga dalam satu diambil sebagai sarapan untuk mengalas perut. 

"Salamu'alaikum my dear Dian Ameena! Here is for you..." Noah pagi-pagi lagi sudah muncul di hadapannya berdekatan ruang pelajar. Ceria sungguh wajahnya pada pagi ini.

"Wa'alaikumusalam, apa ni? Coklat?"

"Yelah takkan dapur gas pulak aduhai Dian..."

"Thanks! Happy muka pagi ini ada apa-apa ke?"

"Ye ke? Biasa je. Lunch sama nanti ya? I've got something to tell you."

"Cakap sekarang tak boleh? Penting?"

"Yes. Okay, got to go now! Jangan lupa at 12 a.m sharp at usual place."

Dian buat-buat tidak dengar tapi mengangkat tangan kanan sebagai tanda ya. Apa dia yang ingin Noah bagitahu sebenarnya? Musykil ni.

"Hoi! Amboi pagi-pagi dah dapat sejambak coklat. Jealous ni!" Sapa Fath tiba-tiba.

"Oh mak kau meletup masuk longkang! Eh, lidah kau dah kelu nak bagi salam?"

"Sejak bila kau melatah ni mak cik? Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..."

"Wa'alaikum salam warahmatullah...ha kan elok bagi salam. Ini main terjah nasib aku tak pegang pisau ke benda."

"Coklat ni siapa bagi?"

"Adalah...buah hati he he he."

"Noah la tu....kan kan kan!"

"Ah sibuk je kau, tepi aku nak masuk!"

"Sah dah angau bin sasau bin segala tok nenek!" 





                               ************************************************


                Seperti yang dijanji, tepat pukul dua belas tengah hari Dian berjumpa dengan Noah di Kafe Uncle Sam untuk mengetahui tentang sesuatu yang ingin diberitahu. Apabila Dian tanya apa dia Noah kata tunggu pesan makanan terlebih dahulu kemudian baru cakap.

"Okay makanan pun dah sampai so tell me what is it?" Soal Dian dengan mata tepat memandang ke arah Noah.

"Sabtu ni ada reunion dengan kawan sekolah menengah kat Sepang Gold Cost Resort."

"So?" Terjungkit sedikit kening Dian minta kepastian.

"So, I want you to come along as my partner." Noah sengih tayang gigi putih bersihnya.

"Tak naklah, reunion dengan kawan-kawan dia ajak kita pulak."

"Ya tapi dia orang suruh bawah partner masing-masing."

"Motif?"

"Motif? Hmm...cause you are my girl! That's it."

"Ish, tak naklah. Tak pasal Dian jadi patung bernyawa dekat situ nanti. Noah sibuk berborak cerita itu ini dengan kawan-kawan. Tak mau!"

"Please....Noah janji tak akan biarkan Dian seorang-seorang. Kita borak berdua je ya?"

"Cakap sekarang bolehlah, nanti nan hado bila kat sana!"

"Just for this once and I promise this is the first and last please?"

"Bila?"

"Sabtu ni, pukul sepuluh pagi. Noah datang ambil Dian kat hostel ya? Pakai cantik-cantik."

"Sampai pukul berapa?"

"Tak pasti tapi Noah akan cuba balik awal. Hazril kata dia orang ada buat games nanti mungkin makan masa jugak."

"Hish, malulah Dian. Ajak orang lain tak boleh? Fath?"

"Fath is fully occupied my dear honeydew... She'll be in JB at his elder brother's place."

Dian tepuk dahi sendiri. Bagaimana dia boleh lupa sedangkan Fath sudah memaklumkan kepadanya?
Takkan muda-muda dah nyanyuk Dian Ameena ni?

"So would you say yes please? If they ask anything silly questions I'll cover you!"

"Boleh percaya ke ni?" Dian ragu-ragu.

"Insha Allah. Please...dia orang masing-masing bawa girlfriend and boyfriend kat sana nanti. The more the merrier!"

"Hmm yelah.... tapi janji ni first and last!"

Noah angguk bersungguh dan tersenyum manis.


                                  ************************************************


   "Bro! Weh lama tak jumpa kau. Noah the witty and bubbly!" Tegur salah seorang sahabat Noah yang bernama Hazril lalu berjabat tangan dengannya.


"Weh Ril! Sihat betul aku tengok kau sejak dah ada cik puan isteri! Apa cerita?" Jawab Noah.

Dian setia disisi Noah sejak mereka berdua tiba di sini. Terdapat beberapa pasang mata memerhati ke arahnya dan Noah. Sempat mereka berbalas senyuman. Dian terasa sedikit kekok kerana majlis ini bukan majlisnya.

"Well, ini Hazril Haziq la... Yelah orang dah ada bini mesti makin sihat. Bro, siapa ni? Awek ke orang rumah?" Tanya Hazril dengan senyuman yang penuh bermakna.

"Kenalkan Dian Ameena, bakal tunang dan isteri aku.!" Selamba Noah menjawab.

Hampir nak terkeluar biji mata Dian setelah mendengar kata-kata Noah itu. Pantas dia mencerlung pandang ke Noah namun Noah sedikit pun tak gentar.

"Diam-diam ya  kau  menyulam cinta. Hari tu bukan main cover kata single mingle bagai. Tup tup dah nak tunang? Tahniah! Hai gigit jarilah si Emilia bila tahu pasal ni."

Emilia? Siapakah? Getus hati Dian. Ini mesti skandal Noah masa sekolah ni. Entah-entah berderet perempuan duk tunggu giliran nak jadi teman wanita dia. Yalah, rupa ada, gaya ada, berada pulak tu. Lengkap pakej!

"Thanks bro, ala kau tu apa kurangnya...tunang senyap-senyap lepas tu tiba-tiba aku dapat kad kahwin apa kes? By the way, kau datang seorang je ke? Wife mana?"

"Oh wife aku tak dapat datang, tak sihat. Orang mengandung katakan. Pagi-pagi lagi dah lembik muntah-muntah sampai aku rasa nak cancel je datang sini."

"Serius? Tahniah bro! Alah biasalah tu, orang bakal jadi ayah. Dah berapa bulan?"

"Nak masuk tiga bulan..bukan main teruk lagi morning sickness dia. Bila makan, keluar balik rasa macam nak terkeluar segala isi perut usus bagai. Kesian pulak aku tengok dia."

"Nanti okay la tu. Weh, Andy comot dah balik dari US? Lama tak jumpa dia. Ingat tak masa dulu bukan main comot tahap apa dah setiap kali lepas rehat sebab main bola keranjang? Kelakar gila!"

"Ha ha ha ingat lagi kau ya? Dah  enam bulan dia balik, lepas tu terus dia kerja dengan ayah dia. Dia cakap dia nak datang tapi batang hidung pun tak nampak. Kau tahu dia dah tunang dengan Shanti?"

Noah berkerut mendengar nama Shanti. Adakah Shanti itu skandal dia juga? Fikir Dian.

"Shanti Sharvanan kelas Lima Uranus tu? Yang chubby-chubby?"

"Yup. Siapa sangka kan? Dulu bukan main macam anjing dengan kucing aku tengok. Oh dia dah kurus lah sekarang!"

"Oh...baguslah tak adalah si Andy sibuk nak mengejek dia lagi."

"Kau ingat Wendy? Kevin? Jessica?" Soal Hazril lagi.

"Ha kenapa?"

"Dia orang further study in UK satu universiti lagi. Tapi Wendy ambil law, Kevin ambil ekonomi dan Jess ambil medic. Now they are all in Malaysia for this reunion."

"Oh terharu aku."

"Lagi siapa ya, ha! Luqman, Imran dengan Qayum kau tahu dia orang kat mana sekarang?"

"Luqman aku tahulah dekat Dubai since dia pindah masa form five awal tahun sebab ikut parents dia kerja kat sana. Sekarang dia sambung buat masters kat sana kan? Yang dua ekor tu aku tak tahu cerita."

"Betullah tu. Luqman tak dapat datang tapi Imran dengan Qayum datang katanya. Kau tahu Imran dah kerja? Gempak siot kerja dia! Kerja dengan Schlumberger! Qayum pulak ambil dentist dekat Indon."

"Oh ye ke? Semua cerita dia orang kau tahu ni?"

"Haruslah, dah apa guna ada Facebook, twitter semua tu? Kau aje duk sibuk angau bercinta."

"Eh eh haruslah!" Noah mengajuk cara cakap Hazril.

"Jom duduk dulu, kalau nak cerita sampai subuh tak habis. Lenguh dah kaki aku ni."

Tanpa berlengah mereka melabuhkan punggung di sebuah meja yang menempatkan enam orang kesemuannya lalu Dian hanya menuruti langkah mereka. Dia hanya diam seribu bahasa dan memerhati gelagat dua sahabat itu.

"Ril, Diana the 'diva' tu apa cerita? Kerek macam dulu lagi?" Tanya Noah.

"Entah, Sally kata dia dah berubah sikit sejak dah bertunang dengan apa nama ke mamat tu? Em..eh bukan Emran tapi Emril! Gila anak Tan Sri kau, ada ladang lembu dekat New Zealand!"

"Ada aku kisah? Ladang lembu ke, khinzir ke bukan ada kena mengena dengan aku. Simpang malaikat empat puluh empat!"

"Amboi benci sungguh kau dengan dia kan?"

"Meluat aku dengan 'diva', kerek and what so ever tu!"

"Sally pulak nak kahwin bulan depan dengan Shahrin. Ha terkejut tak?"

"What? Sally dengan Shahrin? Since when? Weh gila terkejut beruk aku."

"Ya....tulah kau. Tak pasal-pasal aku jadi joyah hari ni. Tapi tak apa aku cerita jugak kat kau. Dia orang bercinta masa masuk universiti kat MMU kat Melaka nuh. Masa second year punyalah sakan bercinta."

"Tak sangka aku, tengok ke Sally bukan main rock gila. Si Shahrin pula kontrol sopan dan ayu gitu. Macam dah terbalik dunia ni tau."

"Kan! Tapi ada lagi best yang kau tak tahu aku rasa."

"Ada lagi? Ha apa dia?"

Dian turut sama mencuri dengar perbualan dua sahabat yang sudah lama tak bertemu ini.

"Yana... dah kahwin ada anak seorang! Tapi...."

"Weh kau biar betul? Hari tu aku jumpa dia awal tahu hari tu dia kata dia single lagi."

"Ish aku tak habis cerita kau dah menyampuk! Dengarlah dulu...tapi dia dah bercerai! Kahwin setahun jagung je then berpisah. Masa tu anak dia baru nak masuk tiga bulan."

"Astaghfirullah...tapi kenapa? Mati-mati aku ingat dia bujang lagi. Tup tup ada anak satu!"

"Itulah...dah tak ada jodoh namanya nak buat macam mana. Tapi cekal dan tabah sungguh aku tengok dia bangun dan bangkit semula. Sekarang ni dia buka butik dekat Jalan TAR dengan adik dia."

"Hmm baguslah...Emilia apa cerita pulak?"

"Aik aku salah dengar ke apa ni ada orang tanya pasal Emilia?"

"Saja tanya salah ke? Aku dengan dia kawan je. Dia aje yang duk lebih-lebih bagai. Oh give me a break!"

"Well, minah tu baru je balik dari London habis degree in fashion design. Makin lawa aku tengok dia!"

"Amboi kau, mengada-ngada bila bini tak ada." Perli Noah.

"Tak aku cakap betul. Dia makin cantik, bergaya dan menawan! Kalah Angelina Jolie, boleh menangis Brat Pit tengok dia ha ha ha!"

"Dah sekarang dia kerja mereka baju ke apa?"

"Yelah kot? Tapi aku rasa dia dah ada boyfriend la.."

"Ada aku kisah? Aku pun ada!"

"Ceh! Handsome mamat tu, macam kacuk mat saleh aje aku tengok. Ada iras-iras Zac Apron he he he!"

Dian ketawa melihat Hazril menyebut nama pelakon hollywood itu.

"Zac Efron lah! Tapi aku tak hairan sikit pun tak la.. Awek aku sepuluh kali cun dari dia! Aku pun seribu kali handsome daa!"

"Kau puji diri sendiri sampai beribu eh? Dahsyat...dahsyat."

"Ini Noah Ismail Wong, anak Razuan Wong meyh! Bukan calang-calang olang wa kasi tahu."

"Ha ha ha okey, okey! Eh Dian ambil jurusan apa ya, business sama dengan Noah?"

Dian tersentak apabila Hazril bertanya kepadanya.

"Uh? Eh tak, Dian ambil Communication major in Public Relation."

"Oh, dah lama korang bercinta bermadu asmara?"

Buntang biji mata Dian mendengar soalan dari mulut seorang pensyarah itu. Dah kerjanya bercakap maka bercakaplah dia tanpa henti. Nasiblah isteri dia.

"Err..sebenarnya...kita orang..."

"Sebenarnya dah lama pun!" Noah memintas dengan selamba.

Dian sempat mengerling kepada Noah.

"Aku dah lama syok dan usha dia ni tapi bukan main payah ya rabbi nak tackle gadis yang bernama Dian Ameena ini. Mudah dilihat tapi sukar dipegang. Tapi tulah kena make efforts to win his heart!"

"Aku doakan korang bahagia sampai bila-bila. Jangan lupa jemput kenduri kahwin sudahlah. Kalau tak putus kawan!" Hazril mengugut Noah.

"Ish tak ada maknanya aku boleh lupa. Kau kan best friend aku dunia akhirat!"

"Eh tu Adam kan? Asal dia ada sekali kat sini? Bukan ke dia senior kita dulu? Sesat ke apa?"

           Noah mengalih pandangan ke arah Adam. Disisinya bersama dengan salah seorang rakan sekelas dia dahulu, Tengku Juwita. Anak tauke balak yang terkemuka di Malaysia. Tengku Juwita belajar di New Zealand dalam jurusan hartanah dan sekarang di tahun akhir. Bukan ke dia dengan Megat Johan Iskandar? Dah putus ke? Tebak Noah dalam hati.

         Dian turut memandang ke arah Adam bersama Tengku Juwita. Mereka berdua nampak mesra dan sudah lama kenal sahaja. Masing-masing masih di pintu masuk utama sedang rancak berbual dengan rakan-rakan Noah yang lain. Macam mana Dian boleh terlupa yang Adam dulu satu sekolah dengan Noah?

"Ril, bukan ke Juwita dengan Johan? Dia orang dah clashed ke?" Soal Noah.

"Aah betul la tu dia dengan si Johan. Tapi Johan tak dapat datang, dia ke Singapore. So Adam gantikan dia maybe? Eh Adam tak jadi tunang ya dengan si model jelita tu?"

Sekali lagi Dian tersentak dan terkejut dengan kata-kata Hazril. Noah pantas mengangguk.

"Apahal dia orang tak jadi bertunang? Bukan main terpampang satu muka surat kata nak bertunang lah apa sekali terpampang lagi satu muka surat kata tak jadi pulak. Pening aku!"

"Dah tak ada jodoh..."

"So dia single lah sekarang?"

"Yelah kot, perempuan tu pun dah kahwin."

"Lah ye ke? Ish, melepaslah Adam..."




                                   *************************************************


         Sedang Dian mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet di hujung restoran itu, ada suara garau menyapanya. Nasib tak terlepas pinggan kaca yang dipegang. Mujur juga dia tak melatah di depan lelaki tersebut.

 "Hi, salam 'alaikum! Sikit je makan, diet?" Soal Adam yang berdiri di sebelah Dian.

"Wa'alaikum salam, eh ini dah round kedua tau! Baru nak makan ke?" Dian berbasa-basi.

"Ya, jom makan sekali!" Ajak Adam.

"Eh tak apa, Adam makanlah lagipun tak baik biarkan partner sorang-sorang tu."

"So okay, lagipun ini reunion dia orang. We are the same, an outsider." Senyuman penuh menggoda terukir di wajah tampannya.

"Hmmm, tak sangka boleh jumpa kat sini. Tak kerja ke?"

"Hari ini kan Sabtu?"

"Oh lupa.... Okaylah Dian duduk dulu."

Adam pantas mengangguk dan terus mengambil makanannya.

Apabila Dian kembali duduk di meja yang Hazril dan Noah duduki, pantas Hazril berkata sesuatu pada Noah.

"Adam tu syok kat Dian ke? Kau jangan...dia tu single and available."

"Langkah mayat aku dulu! Banyak lagi perempuan kat KL ni nak buat girlfriend."

"Amboi marah nampak, chill...aku just warning je. Supaya kau more careful and alert."

"Hmmm... yalah tu."

"Kau kata nak pergi London Oktober ni ya? Kau pergi lama?"

"Aah, sebulan lebih insha Allah. Dian pun pergi juga dengan seorang lagi kawan baik dia, Fath, sepupu dengan Adam."

"Fath Dlina Rose Iman Douglas? Anak owner Hotel Hilton tu?"

Noah mengangguk laju. Hai, glamor nama kau Fath! Mesti tersedak kau sekarang kat JB.





                                         ****************************************


               Usai menjamu hidangan yang disediakan, mereka dijemput untuk berkumpul di satu tempat di resort tersebut. Alangkah terujanya Dian dibawa di tepi laut! Dia dan laut memang tidak dapat dipisahkan.
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi mulusnya. Terasa nyaman sekali!

"Okay semua, mari datang dekat-dekat supaya faham apa yang ingin diterangkan." Ujar Fahmi selaku bekas ketua kelas semasa di tingkatan lima dahulu. Tegap dan tegas orangnya. Bakal peguam katakan.

"Baiklah, game yang pertama ini dipanggil sebagai 'betul ke bohong'. Enam orang akan dipilih secara random untuk menjawab soalan di dalam balang ini berdasarkan arah muncung botol kaca yang dipegang oleh Ilham ni. Nak tak nak kena jawab jujur sejujurnya okay! Kemudian, saya serahkan kepada Ilham untuk terangkan game yang seterusnya."

"Baik, untuk game yang kedua iaitu game gubah bunga untuk pasangan masing-masing. Gubahan yang paling cantik dan menarik akan mendapat hadiah yang lumayan."

           Masing-masing sakan bersorak. Noah kalau tak jadi juara dalam game gubah bunga ini tak tahulah Dian nak kata apa. Masakan tidak, dah penuh satu meja belajarnya dengan bunga pemberian lelaki ini tak termasuk dengan bunga daripada Adam.

         "Seterusnya, game lari dalam guni ulang alik bersama pasangan masing-masing sebanyak dua kali.. Tubuhkan lima kumpulan dimana dalam setiap kumpulan ada dua pasangan. Lepas lari dalam guni, game bawling kelapa tua. Markah akan diberikan berdasarkan jumpah bilangan botol yang berjaya ditumbangkan. Akhir sekali, tulis surat cinta yang paling romantis buat pasangan masing-masing dan pasangan akan dipilih secara rawak untuk membaca di hadapan semua. Faham?"

Dian telan liur. Macam budak-budak permainannya! Terkubur sudah niatnya untuk mengajak Noah balik awal dek melihat muka Noah yang teruja habis untuk bermain.

          Permainan 'betul ke bohong' dimulakan dengan penuh keterujaan seperti kanak-kanak riang ribena. Lagi mengejutkan apabila Dian dipilih untuk menyertai kumpulan yang pertama. Gabra habis satu badan!
Namun dia menarik nafas panjang untuk kekal tenang. Adam juga terpilih untuk masuk satu kumpulan dengannya. Haru!

"Okay, soalan pertama buat Rudi! Sejak bila jatuh cinta dengan teman wanita atau isteri anda?"

Semua mata tertumpu ke arah Rudi, bakal pegawai farmasi yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Sejak kali pertama saya melihatnya." Dengan tenang jawabnya.

Semua sudah sakan bersorak siap bersiul lagi.

"Betul kata Riana, puas hati dia nampaknya. Baik, kita lihat siapa yang kena untuk soalan kedua!"

Berdebar kencang jantung Dian pabila muncung botol tersebut menghala ke arahnya. Sudah!

"Okay, apa yang membuatkan anda cintakan pasangan anda Noah?" Tanya Fahmi yang perasan sejak tadi Dian bersama dengan Noah.

"Err....sebab dia...hengseng?" Teragak-agak Dian menjawab.

"Lagi?"

Mata Noah tak berkedip menunggu jawapan Dian yang seterusnya.

"Baik? Pemurah, Peramah dan lawak."

"Betul Noah?" Tanya Fahmi mendapatkan kepastian.

Dian tersenyum lalu mengangguk.

"Jadi, mangsa kita seterusnya adalah....Adam!!!" Jerit Fahmi dengan teruja.

Adam nampak tenang dan bersedia untuk menjawab soalan.

"Siapakah perempuan yang paling bertuah sedang anda cintakan?"

Adam pandang Dian sekilas. Cepat-cepat Dian tunduk melarikan pandangan mata.

"Dia...adalah...Mis Dee." Pendek jawab Adam.

Dian telan liur, kelat! Nama yang sama ketika majlis resepsi kahwin mak su dan pak su Fath dan dia di Hotel Hilton.

"Exactly please?" Soal Fahmi.

"Rudiana Zameena..." Spontan balas Adam dengan tenang.

Rudiana Zameena? Nama teman wanita terbaru Adam yang sedang cintakan? Pelik.

"Baiklah, kita pusing lagi botol itu. Oh Dian Ameena lagi!"

Dian terkejut dan bulat matanya. Semua tertawa melihat reaksi spontannya itu.

"Okay tenang Dian, soalannya berbunyi apakah warna kegemaran Noah?"

"Ungu." Dian jawab dengan yakin dan pasti.

Fahmi memandang Noah meminta kepastian dan jawapannya ya! Tak perlu disangkal lagi.


                                  *************************************************


            Selesai kumpulan pertama, Noah duduk di kerusi sebagai ahli kumpulan kedua. Ceria dan gembira jelas terpancar di wajahnya seperti tidak sabar untuk menjawab soalan dari Fahmi.

"Mangsa yang pertama adalah....Sally! Okay, apa moment paling manis antara anda dengan Shahrin?"

"Erm...masa dia melamar saya!"

"Bagaimana cara dia melamar?"

"Waktu kita orang dinner then time dessert dia proposed. Ada satu pinggan yang bertutup dihidang di atas meja dan bila saya buka penutup tu, ada cincin dalam kotak baldu yang terbuka. And I said YES!"

Semua yang ada disitu bertepuk tangan dan bersorak.

"Kali ini....Noah! Siap kau aku kerjakan." Kata Fahmi dengan nada mengejek.

"Noah, kenapa mesti Dian Ameena? Apa istimewanya?"

Semua memberi tumpuan kepada Noah.

Dengan tenang dan selamba Noah menjawab " Kerana dia Dian Ameena...yang sejuk dan tak jemu mata memandang. Dian yang lemah lembut, tulus hatinya sesuci cinta Hawa kepada Adam."

"Wooooo! Pew wit!" Jerit salah seorang daripada mereka. Dian sudah membahang kemerahan. Ayat habis dramatik tak boleh blah.

"Okay, boleh tahan jiwang rupanya...baiklah soalan seterusnya untuk si cantik Emilia!"

"Siapakah cinta monyet anda yang pertama ketika di sekolah menengah?"

"Noah Ismail Wong." Emilia menjawab sambil tersenyum manja.

"Adakah betul Noah?" Soal Fahmi pulak.

"Hah? Errr bohong!!!"

"Jadi bagaimana Emilia? Katanya bohong."

"Betul!"

"Okay, tak mengapa mari kita pusing botol itu! Ya dan kali ini Qayum yang kena!"

"Qayum, perkara yang paling memalukan yang pernah terkantoi di depan makwe kau?"

"Err...terkentut dalam kereta. Ops!" Jawab Qayum.

Masing-masing terhambur gelak setelah mendengar jawapan polos dari Qayum.

"Adakah ia betul Fazura?" Tanya Fahmi sambil menahan ketawa.

"Ish awak ni! Buat malu je.."

Yang lain makin galak ketawa melihat dua pasangan tersebut.


                                    ***************************************************

 
                 Setelah tamat permainan 'betul ke bohong' maka mereka meneruskan ke permainan yang kedua iaitu gubahan bunga. Noah nampak sungguh cekap dan kreatif mengubah bunga ros segar bersama beberapa bunga yang lain. Langsung tidak nampak kekok! Saingan begitu sengit apabila Adam juga turut pandai dan mahir dalam mengubah bunga.

"Baik, keputusan telah pun ada di tangan saya! Pemenang tempat ketiga jatuh kepada......Qayum! Sila serahkan bunga yang telah digubah kepada pasangan. Seterusnya, tempat kedua dimenangi oleh....Adam! Sila beri bunga anda kepada Juwita. Johan untuk permainan kedua ini adalah........si  bekas pemain bola keranjang sekolah, Noah Ismail Wong!!!"

               Dian tergamam sesaat dan turut sama memberi tepukan kepada Noah. Kan betul tekaannya, sah-sah Noah menang sebab bab bunga dia memang terror! Celah gigi dia je. Getus Dian.
Sempat dia memandang melihat wajah Adam yang asyik merenung ke arahnya.                                   Terselit rasa sayu dan penuh mengharap akannya.

Dian pulak melihat wajah gembira Tengku Juwita disaat Adam menyerahkan gubahan bunganya tadi. Mereka nampak sangat mesra seperti telah lama kenal. Gumam Dian dalam hati.

"Cantik tak Dian bunga ni?"

"Hah? Ha..cantik! Pandai Noah gubah..."

"See the hand la! Nanti Noah boleh ajarkan, senang je hai!"

"Okay...jom?"

"Jom? Pergi mana?"

"Tu game ketiga nak start. Tak nak join?" Soal Dian.

"Of course nak! Okay jom."



                                    **********************************************


                Akhirnya, tiba ke permainan yang terakhir dan masing-masing diberikan sehelai kertas kosong untuk meluahkan kata-kata romantis buat pasangan masing-masing. Begitu khusyuk Noah menulis di atas kertas tersebut sehingga penuh satu muka surat. Dian tertanya-tanya apa benda yang diluahkan itu.

"Hoi! Eee janganlah tengok, rahsia!"

"Eh eh, tak nampak pun la..kecik cenonek tulisan mana nampak!" Noah cover line.

"Biarlah, tangan Dian bukan tangan Noah huh!"

Dian terus sambung menulis di atas kertasnya yang masih belum penuh. Takkan nak luah semua kot? Setengah cukuplah nanti tak jadi rahsia pulak. Buat malu je kalau kantoi kena baca depan semua orang. Hatinya berkata.

"Okay, masa telah pun tamat. Sila berhenti menulis sekarang!" Kata Edrian selaku ketua untuk permainan terakhir ini. Sekali tengok macam anak Pakistan si Edrian ini, dengan hidung mancungnya persis Salman Khan dan kulit kuning langsat.

"Dengan sukacita, dijemput Adam untuk membacakan surat romatisnya dipersilakan!"

Semua memberikan tepukan paling gemuruh ketika nama Adam disebut. Tanpa membuang masa, jejaka itu pergi ke hadapan dan membacakan segala yang ada di kertas putih itu.

"Pertama kali terpandang wajah manisnya, jantung mula berdetak laju. Luar biasa laju. Nafas bagaikan tersekat seperti kekurangan oksigen. Namun itulah hakikatnya. Cukup sempurna apa yang ada padanya melengkapkan lagi separuh di hati ini. Dari jauh menjadi semakin dekat, semakin sayang dan cinta. Ibarat bunga mekar harum setaman. Namun, bunga itu penuh dengan duri membuatkan sukar dipetik."

Setiap mata dan telinga diberi perhatian mendengar bacaan Adam di hadapan. Ada yang bisik-bisik seperti meneka siapakah gerangan gadis itu.

"Sungguh diri ini sudah terlanjur mencintainya tanpa sedar. Jantung semakin berdegup kencang tidak mengikut rentak dan ritma. Adrenaline semakin bergerak pantas seluruh badan. Darah dipam-pam ke seluruh organ disaat ungkapan cinta ini dibaca. Public pulak."

Rakan-rakan Noah tergelak dan ketawa mendengar kata-kata spontan dari mulut Adam.

"Si cantik manis itu bukanlah pasangan saya pada hari ini, kerana dia sudah pun ada yang punya. Kalau tidak mahunya diterkam bagaikan rimau laparkan daging manusia."

Sekali lagi, suasana penuh dengan gelak dari yang sedang mendengar.

"Cukup sudah bahawa diri ini meluahkan kata cinta yang lama tersemat di hati ini. Biarlah masa yang menentukan sama ada dia sudi menerima diri yang serba hina ini. Biarpun seribu tahun menunggu, menjadi bujang terlajak pun akan ku sanggup. Jika bulan dan bintang menjadi permintaannya akan digapai walau setinggi mana pun awan itu. Hadirnya dia dalam hidup, cukup mendamaikan dan menggembirakan diri. Bagaikan pungguk rindukan bulan, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Kau akan ku tunggu. India London Oman Venice Europe Yunan Oscar Unicorn!"

Semua tercengang dengan ayat terakhir Adam itu dan membuat Dian terkesima seketika. Dia tahu maksudnya! I LOVE YOU!

"Wah sungguh romantis kata-kata cinta daripada Adam! Bertuah sungguh gadis yang dimaksudkan itu. Baik, yang kedua, dijemput Noah!!!"

Semua memberikan tepukan paling gemuruh untuk Noah. Noah siap buat 'peace' lagi. Dia berlagak tenang sambil memegang sehelai kertas yang penuh dengan kata cinta.

"Kata orang cinta itu buta, dan memang benar ternyata ianya buta ha ha ha!" Sempat dia berlawak.

"Okay, tapi yang butanya cinta itu dia si gadis yang saya cintai. Saya tak buta, saya celik!"

Sahabatnya semua ketawa melihat telatah Noah yang memang nakal.

"Saat pertama bertentang mata dengannya ketika masuk kelab drama. Fuhh! Cunnya minah ni! Getus hati ini. Tapi dia si jelita ini buat derk je, buat tak nampak macam betul-betul buta ha ha ha! Tapi steady, cool nak dekat dengan dia. Macam-macam cara dibuat untuk lenal rapat dengannya tapi habuk pun tak dak. Try punya try tanpa putus asa, akhirnya....yes! Kami berkawan juga. Dia bagaikan si gadis misteri nusantara yang pernah saya jumpa. Terlalu berahsia. Hari demi hari, kami semakin rapat, dan dia makin mesra menampakkan auranya yang cantik dan penuh karisma. Tidak perlukan barangan berjenama seprti Chanel, Louis Vuiton, Tifanny & Co dan sebagainya untuk memikat hatinya. Cukuplah dengan cinta dan kasih yang tulus buat dirinya." Penuh perasaan Noah membaca di kertas.

Setelah menarik nafas, dia sambung lagi " Dia bukanlah dari keturunan bangsawan, puteri kayangan atau puteri raja dari mana-mana negara. Dia hanya biasa-biasa yang punya tempat yang teristimewa di hati saya ini selain umi saya Puan Nasha Emily Richardson. Dalam tegasnya, ada kelembutan terselit pada dirinya yang membuatkan saya cair dan tak menahan, geram! Terkadang, sukar untuk agak akan dirinya yang kadang-kala gembira, terlalu gembira dan tak mustahil tiba-tiba air matanya turun membasahi pipi. Mana mungkin, saya tegar melihatnya diulit sedih,perit dan pilu?"

Dian asyik mendengar Noah meluahkan apa yang ditulis di kertasnya itu. Rasa terharu dan dia menahan air mata yang sedang bergenang di tubir mata.

"Semakin lama kita kenal, semakin sayang dan cinta saya buat awak oh adinda. Kehadiranmu dalam hidupku menyerikan lagi suasana ini bukan untuk diri sendiri malah buat kerabat tercinta.Seindah namanya menerangi lagi hari-hari yang dilalui atas bumi Allah ini membuatkan cinta ini makin kuat dan kuat. Tidur malam kadang terigau-igau akannya. Senyumannya, ketawanya, pandangan matanya membuat aku terpukau. Ah sungguh aku mencintaimu dinda. Moga berjodoh antara kita nanti, sekian."

Tepukan gemuruh dan siulan dan teriakan diterima Noah. Dinda? Siapa sahaja yang memanggilnya begitu kecuali seorang, Noah. Ya, semoga ada jodoh antara kita. Kata Dian di dalam hati.




                                      ********************************************

 "Dian? Hi, saya Salimah panggil Sally." Sally menghampiri Dian dan duduk di sebelahnya.

"Oh hi Sally, study MMU kan? Ambil course apa?" Dian cuba bermesra dengan belas rakan sekelas Noah.

"Aah, ambil Cinematic Arts. Dulu Noah, famous satu sekolah sebab hebat main basket ball. Lagi satu dia pandai main gitar. Ramai suka dia tau."

"Sally pun?" Tebak Dian.

"Suka sebagai kawan saja. Nakal-nakal dia pun top ten dalam kelas setiap kali exam."

"Iye?" Dian tunjuk teruja.

"Ramai yang nak dekat dengan dia especially girls. Tapi dia bolayan. Siap kasi bunga, surat letak bedak dan macam-macam! Kelakar gila."

"Oh, siapa yang minat dia?" Dian cuba mengorek rahsia.

"Ramai, yang tua yang muda semua ada. Tapi ada seorang ni memang tak serik nak dekat Noah. Biar kena simbah sebaldi air dari tingkat atas, kena conteng muka dengan marker tetap gilakan Noah. But it were just an old story, budak tu pun dah moved on."

"Sampai macam tu sekali? Ish nakal sungguh!"

"Salah budak tu juga pergi cium pipi Noah siapa suruh! Sampai Noah rasa nak tukar sekolah."

"Cium? Seriously?" Dian tak percaya.

"Aah, that girl was damn so much in love into Noah until kissed his cheek. Besides, dia siap curi jersey bola keranjang Noah untuk buat kenangan. Itu baru sikit, ada satu hari tu, dia kenakan Noah kata kawan baik Noah, Hazril nak jumpa dekat Nando's then Noah pun pergi. Tapi Hazril tak ada, si budak perempuan tu yang tersengih-sengih kat dia."

"Angau betul ya pada Noah?"

"Tapi Noah pun panjang akal, dia tak duk diam. Dia pakat dengan geng dia kenakan balik budak perempuan tu. Masa perkhemahan dekat Janda Baik, dia orang balut kain kapas putih macam pocong dan menyorok di sebalik pokok besar dekat dengan air terjun. Kebetulan, budak perempuan tu nak pergi basuh tangan dekat situ, apa lagi dia orang berempat melompat-lompat ala-ala pocong untuk takutkan budak tu. Meraung sampai terkencing si Emilia tu ha ha ha ha!"

"Emilia?" Dian terkejut mendengar nama itu.

"Aah that girl was Emilia. Tu yang pakai blouse pink dengan seluar jean. Tapi tu cerita dulu masa zaman innocent, tak makan saman. Sekarang semua dah berubah. Baik gitu sejak masuk universiti." Jelas Sally.

         Dian tersenyum mendengar cerita tentang Noah masa zaman sekolahnya dulu. Dia pun nakal jugak. Dua kali lima sama macam Noah. Tak dapat bayang muka cuak macam nak mati bila Dian mengamuk sambil menghayun seorang budak lelaki yang bertubuh kecil yang sekelas dengannya apabila dia geram kawannya Puteri telah meninggalkan dia seorang di dalam kelas. Tak pasal-pasal budak tu demam tiga hari berturut-turut.

"Juwita tu pun pernah ada hati pada Noah. Tapi macam biasa dia tak layan."

"Takkan Noah tak pernah bercinta, I mean puppy love?"

"Ada tu ada, cuma just for fun. Tapi budak tu pindah ke Dungun masa form 4. Tapi Noah selamba rock je, sepuluh yang datang ada la. Mungkin dia jenis setia pada yang satu."

"Oh...mungkin."

'Eh, ni kad kahwin saya datang tau bulan depan tujuh hari bulan, tanda siap-siap kat kalendar."

Dian menyambut huluran kad undangan majlis walimatulurus dia bersama Shahrin.

"Terima kasih, insya Allah Dian datang dengan Noah. Dah siap preparation?"

"Almost 90% siap. Tinggal ambil baju pengantin dan pasang pelamin je. Datang tau!"

"Okay, berseri-seri muka nak naik pelamin ya! Anyway, selamat bakal pengantin baru sebulan dari sekarang."

"Thanks dear! Okay, nak bagi kad ni pada yang lain pulak. Dian nanti kahwin jangan lupa jemput Sally!"

"Lambat lagi....tapi insya Allah. Bagi number phone Sally senang nak contact."

Tanpa berfikir panjang Sally menyebut sebaris nombor telefonnya kepada Dian.


Sunday, 28 June 2015

The Healing Love - Part 20



               Dian sambung tidur setelah menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama Noah dan keluarganya. Kelihatan masing-masing masih mamai sebab layan filem apa entah semalam sampai tidur lewat pagi. Cuma umi Noah dan daddynya saja yang terus berjaga setelah subuh dan bercucuk tanam di taman mini di tepi rumah. Rajin juga pasangan suami isteri ini berkebun dan bercucuk tanam ya.

              Setelah terlelap sejam tadi, Dian akhirnya terjaga dan membersihkan diri lalu turun ke bawah. Hajatnya ingin membuatkan sarapan untuk seluruh isi rumah tetapi umi Noah lebih pantas lagi daripadanya. Kelihatan wanita berusia separuh abad lebih itu sedang membancuh teh dan menggoreng cekodok di dapur.

"Assalamua'alaikum umi, maaf Dian tertidur tadi. Hmm sedapnya bau, masak apa ni?"

Puan Nasha Emily tersenyum manis melihat Dian muncul di dapur.

"Wa'alaikumusalam sayang, umi goreng cekodok pisang je. Dian okay ke?"

"Wah..favorite Dian tu! Ada apa yang boleh Dian tolong?"

"Dah tak ada, dah nak siap pun. Tolong panggilkan hero-hero tu Dian?"

"Baik umi. Dian naik panggil dia orang kejap."


             Dian memberanikan diri mengetuk pintu bilik Naz, adik ketiga Noah yang berada di tingkat atas. Nasib dua kali ketuk lelaki tersebut sudah menyahut dan akan turun sebentar lagi. Seterusnya Dian melangkah di hadapan bilik Noah pulak. Salam diberi bersama beberapa ketukan pada pintu bilik itu.
Setelah beberapa ketukan, masih tidak berjawab membuatkan Dian serba salah. Nak masuk ke tak?
Kalau tak panggil nanti, sampai esok tak turun pulak. Bismillah... dengan langkah perlahan dan berhati-hati Dian menapak ke dalam bilik bujang tersebut.

            Wah cantiknya bilik dia, kemas, teratur dan tersusun mengalahkan biliknya! Dekorasi yang tenang bertemakan warna ungu lembut. Eh! Kejap, ungu? Warna kegemaran Dian tu! Haruman lavendar yang menenangkan menghiasi ruang kamar Noah secara tidak langsung membuatkan Dian rasa segar.

"Lah...tidur mati ke? Noah... bangun! Breakfast!" Dian tegaskan suaranya.

Noah masih asyik lena dibuai mimpi bersama dengkuran halus. Tangan kiri di atas perut dan tangan kanan di atas dada. Dian mencuba sekali lagi.

"No...ah!!!! Oh Noah! Bangun... hari dah siang!" Dian separuh menjerit.

Masih tiada respons. Hish tak boleh jadi ni.

"Noah, rumah terbakar Noah!!! Rumah terbakar!" Dian masih tak berputus asa.

"Hah! Terbakar? Bomba! Bomba!" Dengan terkejut Noah bangun lalu menjerit-jerit.

Dian tahan tawa melihat reaksi Noah yang macam orang sasau.

"Ha ha ha ha! Bangun, turun breakfast!" Tawa Dian terhambur juga akhirnya.

"Bukan rumah terbakar ke?" Noah bertanya dengan muka blurr.

"Mana ada. Tulah tidur tak ingat dunia, bom meletup pun tak sedar kan?" Jawab Dian.

"Heee..okay give me five minutes please."

"Don't be late! Semua tengah tunggu kat bawah." Pesan Dian sebelum beredar.

Tanpa sedar dan sengaja Dian terlanggar sesuatu yang berada betul-betul di tepi meja dalam bilik tersebut.
Pantas tangannya mengambil dompet Noah yang terjatuh secara terbuka dan terlihat gambar passportnya!

"Mana dapat gambar Dian huh?" Soal Dian dengan hairan.

"Err...err..." Noah kelu lidah sambil menggaru kepala yang tidak gatal

"Noah?" Dian separuh mengangkat keningnya.

"Hari tu masa kat bilik Dian...sorry."

"Suka hati je ambil kan? Dah minta maaf masa raya tapi buat dosa tahu kan ambil tanpa kebenaran itu mencuri?"

"Tahu ustazah...minta maaf."

"Apa dia?"

"Tahu ustazah, ampun...lain kali janji tak buat." Noah angkat tangan kanan bersumpah.

"Tak semestinya jadi ustazah kalau nak tegur. Salah tetap salah."

"Dah cepat turun! Umi dah lama tunggu."

"Dian...kejap!"

"Ish apa dia?"

"Will you allow me to keep this photo please?"

"Dah ambil baru nak minta?"

Noah tersengih menampakkan barisan gigi putih bersihnya tanpa segan silu.

"Suka hati kaulah Noah, Dian ada banyak lagi copy."

"Yahoo!!!"

Tanpa berlengah Noah masuk ke bilik air untuk mandi dan terus turun ke bawah untuk bersarapan.



                                      ********************************************


  Sedang mereka menjamu sarapan di meja makan, Naz memecah sunyi di pagi pukul sepuluh itu.

"Along, abang bomba dah balik ha ha ha." Perli Naz pada Alongnya.

" 'Cheese' kek sungguh kau ye! Dia pun sama terbuai lena lepas subuh tadi. Kak Dian yang kejutkan kan?"

"Tapi Naz terus bangun tak macam orang tu sampai nak rumah terbakar baru nak bangun."

"Alah bukan selalu, hari cuti nilah nak feeling bangun lambat. Nanti kelas start tak merasa dah."

"Hari ini apa plan long? Ada apa-apa program?" Tanya Naz sambil mengunyah cekodok pisang uminya.

"Hmmm entah, tak ada apa kot. Stay home je rasanya."

"Kak Dian?" Naz memandang Dian meminta kepastian.

"Nope, Kak Dian nak kemas-kemas nak balik nanti."

"Hah? Kelas isnin ni kan? Hari ni baru Sabtu, balik esok je ya Kak Dian?"

"Err... tengok orang yang sudi hantar kakak lah Naz, nak hantar hari ini akak follow je."

"Along, hantar Kak Dian besok aje please? Hari ni Naz nak ajak korang buat something."

"Buat apa?" Noah menyoal adiknya disebelah.

"Karaoke. He he he..." Naz tersengih selamba.

"Okay, along hantar esok."

"Ha Kak Dian, balik esok yay! Lepas ni kita karoks!"

"Siapa nyanyi paling tak sedap kena benam dalam swimming pool tuh deal?" Naz memeterai perjanjian.

"Hah? Ish tak mau la akak Naz." Dian tidak bersetuju.

"Okay macam ni, siapa kalah dia masak makan malam ni boleh?"

"Setuju, deal?" Kata Naz.

"Please Kak Dian....hari tu akak nyanyi bukan main sedap lagi tepi kolam dengan along."

Alamak, Naz nampak dia menyanyi malam semalam ke? Sudah! Entah-entah dia rakam?

"Don't worry, Naz tak record pun. Masa tu terus terkesima dengar akak nyanyi sedap gila."

"So macam mana? Setuju?" Noah meminta kepastian.

"Err...o..okey. Tapi Kak Dian tak pandai nyanyi. Betul!"

"Alah belasah je kak, Naz pun suara macam katak puru."




                           ****************************************************


Setelah sepagi berkaraoke di ruang tamu akhirnya mereka berhenti menyanyi dan mengambil angin di luar rumah di tepi kolam.

"Naz malam ni kau jadi tukang masak. Masak sedap-sedap kalau tak along 'masak' kau buat steak!" Ujar Noah sambil menghirup jus oren di tangannya.

"Ceh, mentang-mentang dia skor 94% beza empat mata je pun!" Naz membela dirinya.

"Ah tak kira tadi dah janji siapa kalah kena masak makan malam. Kan Dian?"

Dian mengangguk dan tersenyum. Lega dia berjaya skor 92% walaupun ke laut je dia menyanyi.

"Okay, fine!" Naz mengalah.

"Tapi...sebelum tu along nak benamkan kau dalam kolam ni ha ha ha yeahh!!" Tanpa rasa bersalah Noah menolak Naz ke dalam kolam renang yang kebetulan dia sedang berdiri sipi saja dari tempat itu.

"What the! Siap kau long! Umi tengok anak sulung umi tolak Naz masuk dalam kolam." Naz mengadu pada uminya.

"Alah, tak mati lemas pun. Naz kan pandai berenang."

"Anak manja umi huh!" Noah perli Naz.

"Eh, long apa kat atas kepala kau tuh? Sini jap!" Naz berbohong dan perangkap Noah ke tepi kolam.

"Benda? Hah tolong buang Naz."

Dan tanpa berlengah Naz menarik Noah masuk terjun sama ke dalam kolam renang tersebut.

"Bengong kau Naz! Aku sumpah kau jadi katak puru ha ha ha!" Noah ketawa lalu membenamkan kepala Naz ke dalam air.

Dian geli hati melihat aksi kedua-beradik itu bergaduh manja mesra di dalam kolam. Sungguh dia rasa cemburu sangat! Namun rasa gembira dan senang menguasai di hati.

"Haih budak berdua ni macam-macam! Inilah jadinya bila lama tak berjumpa. Kejap gaduh kejap baik."
Umi Noah dan Naz berbicara di tepi Dian.

Dian hanya tersenyum melihat telatah anak-anak teruna Puan Nasha Emily yang masing-masing simbah-menyimbah air dan berlumba renang. Sesekali lawan tahan nafas dalam air. Seronok!



                             ***************************************************


        Salam. How you doing? Still at Noah's home? Miss you ~Adam 

Mesej yang baru diterimanya usai menunaikan solat fardhu asar. Patutkah dia balas atau biarkan saja mesej itu tak berbalas? Kalau tak balas nampak sangat sombong semacam. Okay, sekali ini je Dian. Getus hatinya.


W'salam, great! Yes at his place and by tomorrow will be back at hostel. Why?

Dua minit kemudian bunyi tweet menandakan mesej masuk lalu Dian segera membacanya.

Oh, just asking. Though you've been in your hometown. Could we meet after you be back to hostel, please?

Meet? For what? 

Just to meet my desired flower that long time no see :)

Silly! Insha Allah...

When you reached pls give me a call. 

Will see :)

See ya tomorrow! India London Oman Venice Europe Yunan Oscar Unicorn :)

           Berkerut dahi Dian menterjemah mesej Adam yang terakhir itu? Apa kaitannya dengan           hajatnya untuk bertemu dengannya dengan India, London Oman bagai? Sungguh, dia tak faham!
Bahasa apa yang cuba Adam sampaikan? Pabila jemarinya ingin menaip balas, kejap!
Tadi dia berjanji pada diri sendiri hanya balas sekali saja tapi ini dah berkali-kali. Ah! Malunya.


           Akhirnya Dian tidak membalas mesej tersebut dan seketika itu pintu biliknya diketuk. Pantas dia membuka pintu bilik dan melihat Noah tercegat di pintu sambil tersengih.

"Yes?" Tanya Dian.

"Look who's here! " Noah menunjukkan Natasha dan Khaleef yang menyorok di belakanya untuk terkejutkan Dian.

"Oh my two little sweethearts! I miss you guys come muahh muahh." Dian memeluk dan mencium kedua-dua beradik yang sudah terlalu teruja untuk bertemu dengannya.

"We come here just to meet and play with you Kakak he he he." Natasha selamba memberitahu Dian.

"Oh that's so sweet of you darling, okay come we go downstairs!"

"Ehem!" Noah sengaja berdehem untuk ambil perhatian.

"Why?" Soal Dian

"Kacang lupakan kulit nampak?"

"Jealous? Dengan budak kecil pun nak jealous hah?" Dian tergelak memerli Noah.

"Sorry sikit, bukan jealous tapi cemburu. Cem...bu...ru...."

"Eleh samalah tu, ni mesti lemah English masa sekolah rendah dengan menengah."

"Okay, jom Abang Noah sayang...kita turun bawah main sama-sama ya? Natasha and Khaleef ask Abang Noah to join us along."

"Come...adik ada new toys to show you!" Ujar Khaleef sambil menarik tangan Noah untuk turun ke bawah.

"Ish dah besar pun nak merajuk Abang Noah ni, hodoh you know?" Natasha mencelah.

Dian ketawa bila Noah kena bahan dengan sepupu kecilnya itu. Padan muka!

"You are the one that hodoh okay huh! Me is hengseng..." Noah tak mahu mengalah.

"Hello, I am pretty enough just like my mummy. FYI, lots of boys in my class asked me to be their girl huh!" Natasha turut sama tidak mahu kalah.

Tergamam Dian melihat celoteh Natasha yang baru berusia tujun tahun mengatakan bahawa dia ada ramai peminat! Biar betul budak kecil ni?

"Me too have a girlfriend which is way more beautiful than you." Sambung Noah.

"Who is your girlfriend? Tell me." Soal Natasha.

"This, right in front of you know. Pretty right ha?" Noah mengukir senyuman.

"Kak Dian? Really?"

"Yes of course darling."

"Err..don't listen what you've heard just now Natasha, Abang Noah's just kidding." Dian buat muka pada Noah.

"Oh well if that's true, I am the most happiest person in this whole wide world!" Teriak Natasha.

"Okay whatever, come we go downstairs?" Dian mengubah topik.

Barulah semua berganjak dan turun ke bawah. Betapa lega hati Dian!


                         *****************************************************


              "Khaleef, can I kiss you more more and more?" Tanya Dian sambil cuba mendapatkan Khaleef yang sememangnya susah untuk duduk diam. Geram melihat wajah putih mulus dan gebu budak kecil itu yang masih suci dari sebarang dosa.

Setelah penat dikejar oleh Noah dan diusik oleh Noah, barulah si kecil yang baru berusia dua tahun lebih itu mendapatkan Dian di sofa. Diminta untuk melinduginya daripada gomolan Noah. Menjerit habis supaya diselamatkan.

"Kung! Kung!" Kata Khaleef yang masih pelat dalam berbicara.

Nasib Dian mudah tangkap maksudnya lantas mendukung si cilik yang comel itu. Peluang untuk mencium dan mengomel terbuka luas. Mengekek budak kecil itu ketawa kegelian.

"Khaleef come to Abang Noah?" Noah menghulurkan tangan untuk mengambil Khaleef daripada Dian.

Pantas si comel itu menepis dan mencengkam kuat di atas dukungan Dian. Kali ini dia tidak akan tertipu dengan helah Noah.

"Jom kita beli ais krim nak?" Naoh mencuba sekali lagi.

"Tak nak!" Jawab si kecil itu yang masih dalam dukungan Dian.

"Coklat? Coki-coki?" Umpan Noah lagi.

"No!"

"Then what do you want?" Soal Noah.

"I want...." Tanpa segan silu Khaleef mencium tepat di bibir Dian lalu tergelak terkekek-kekek. Bukan sekali tapi berkali-kali dia mencium Dian dengan selamba. Hampir meleleh air liurnya sambil mencium Dian.

"Eeee gatalnya budak kecil ni! Mengalahkan orang besar ha ha ha!" Noah galak menyakat.

Semakin disakat semakin menjadi dia mencium bibir mungil Dian lalu ketawa bagaikan dibuat-buat.

"Eeee seronoknya ada orang cium kita banyak kali hari ini. So sweet!" Dian ketawa senang hati.

"Ceh, menyampah!"

"Khaleef ada orang cem...bu...ru..."

"Bu..ru! aha ha ha ha." Khaleef mengikut kata Dian.

"Bukan bu..ru.. tapi cem...cem..bu..ru! Cemburu. Say it?" Jawab Dian.

"Emburu!"

"Cem.....bu...ru!"

"Cem..bu..ru!" Akhirnya si kecil itu berjaya menyebut dengan betul.

Noah malas melayan mereka berdua lalu hilang ke dapur dan muncul bersama beberapa batang ais krim yang sungguh menyelerakan dan menambat hati si kecil Khaleef.

"Nak! Nak!" Pinta Khaleef lalu menghampiri Noah.

"Tadi kata tak nak. Wek!"

"Nak!"

"Okay here you go. Kiss dulu!"

Si kecil itu memberi sebuah ciuman di pipi kanan Noah.

"Haip! here?" Noah menunjukkan pipi di sebelah kiri pulak.

Si kecil itu hanya menurut sahaja demi mendapatkan ais krim tersebut.

"Okay nah!"

Kemudian Noah memberi sebatang ais krim kepada Natasha dan akhir sekali membuka untuk dirinya sendiri.

"Ehem, makan seorang nampak?" Dian menegur.

"Eh sorry, this is the last but if you don't mind nah!" Noah menghulurkan ais krim yang sudah dijilatnya itu.

"Eeee tak naklah! Dia dah jilat nak bagi kita pulak."

"Cepat meleleh nanti!'

"Tak mau! Gelilah."

"Come, here I feed you. Aaaaa!"

Tanpa diduga Noah menonyoh ais krim ke mulut Dian membuatkan Dian membukakan mulutnya dengan terpaksa.

"Noah!"

"Yes me?"

"Keji!"

"I love you muah! ha ha ha!" Selamba Noah mengucapkan kata cinta pada Dian lalu menghabiskan ais krim vanilla tersebut.



                                            *****************************************


                Keesokan hari dalam pukul sepuluh pagi Dian meminta Noah menghantarnya pulang ke asrama di universiti bimbang sesak lalu lintas. Maklum sajalah namanya Kuala Lumpur kalau tak jam tak sah. Lagi-lagi bila masing-masing pakat nak balik ke bandar semula setelah beraya.

"Kak Dian! Kejap..." Panggil Naz kepadanya.

"Eh Naz ingat tak ada tadi. Ada apa?"

"Nah, cenderahati yang tak seberapa!" Naz menghulurkan sebuah beg kertas sederhana kepada Dian.

"Eh apa pulak ni? Birthday akak dah lepas lah."

"Just take it, anggaplah hadiah for your pre-birthday from me."

"Eh eh patung Koala lah! How cute! Key chain dengan t-shirt pun ada? Thank you so much Naz!"

"Not a big deal, kebetulan beli lebih tak tahu nak bagi siapa. So you are lucky."

"Heee lepas ni akak tak bosan sebab ada Koala bear teman tidur he he he."

"Nanti free datanglah sini lagi Naz cuti lama tau. Nanti Naz suruh along bawa pergi Australia."

"Insha allah... okay akak pergi dulu take care bye!"

Naz melambai kepada Dian di muka pintu sehingga kereta yang dipandu Noah hilang dari pandangan.



           
                                         *****************************************


             Dari tadi Puang Maria merenung akan sebuah barisan nombor yang padanya bukan talian tempatan di skrin telefon bimbitnya.  Nombor telefon yang dia curi-curi ambil dari telefon Dian semasa anaknya itu meninggalkan di dalam biliknya. Sampai sekarang dia berteka-teki siapakah pemilik nombor telefon tersebut. Cuma dia ada membuat beberapa panggilan untuk memastikan talian tersebut masih aktif atau tidak.

             Rupanya selama ini nombor yang sama asyik menelefon Dian selama anaknya itu pulang ke rumah ketika beraya hari itu. Ternyata Dian Ameena berbohong kepadanya. Mesti ada sesuatu yang disorok daripada pengetahuannya. Semestinya melibatkan dirinya sekali. Kalau tidak masakan Dian sanggup menipu kepadanya buta-buta. Dia harus siasat!

"Mama buat apa asyik tengok skrin handphone tu?" Tanya Encik Ezuan Kumar yang mendekati isterinya itu.

"Eh tak ada apa-apa. Ini, tahu tak nombor ni dari negara mana? Macam bukan nombor Malaysia."

"Aah macam bukan. Mana awak dapat nombor tu?"

"Hari tu ada nombor ni called tapi saya tak sempat jawab. Lepas tu tengok nombor dia lain macam aje."

"Try call balik mana tahu kawan awak dari overseas."

"Ish saya mana ada kawan duduk overseas!"

"Cuba ingat balik, awak kan kawan ramai. Kawan sekolah,sekolah rendah, menengah, hospital."

"Iye saya yakin dan pasti hundred and ten percent! Siapa ya?"

"Hah saya mana tahu kawan awak bukan kawan saya. Ni Meena tak ada call?"

"Ada tadi dia called cakap on the way balik hostel. Saya katalah nanti hujung minggu akan pergi tengok dia."

"Saya tengok tak lama macam kita nak dapat menantu."

"Saya pun rasa macam tu. Tapi Meena tu muda lagi lah abah, tak macam terburu-buru ke?"

"Hmm kalau dah jodoh, terima jelah. Lagipun saya tengok Noah baik budaknya."

"Kan! Saya pun suka tengok dia, lawak pun ada ha ha ha. Bolehnya dia tersasul panggil saya 'mama' dia nak sebut 'mak cik' sebenarnya."

"Kalau dah dia orang suka sama suka kita kahwinkan je senang. Wali hakim je senang cerita!"

"Saya pun setuju tak payah pening kepala. Lega bila anak dara seorang tu ada yang menjaganya. Umur kita pun belum tentu panjang ke tidak."

"Okay saya nak keluar sekejap."

"Abah nak pergi mana?"

"Jangan tanya, pantang! "

"Alah cakap aje lah..bukan saya larang pun. Nak tahu je."

"Jumpa Nathan la apa lagi. Duduk rumah pun bukan ada apa."

"Hmmm yelah jangan lama-lama nanti saya siap masak kang sejuk pulak lauk."

"Okay see you again bye!"

                                        **************************************


 "Terima kasih Noah tolong hantar Dian balik, nanti kita belanja ais krim ya!" Ucap Dian.

"Ais krim je? Ish tak patut..."

"Dah tu? Nak apa? Lempang nak?"

"Mak aii! Gangster ke apa?"

"Okay, say it what do you want?"

"Your heart!"

"Itu dah melampau kalau ambil hati Dian nak hidup macam mana? Oh nak tengok Dian jadi arwah?"

"Ish merepek! Buat-buat tak faham pulak, menyampah!"

"Eeeee aku hempuk jugak kepala dengan beg ni. Okay thanks again bye!"

"Dian!" Panggil Noah.

"Apa lagi?"

"I Love you!"

Terus setelah Noah mengucapkan kata cintanya dia memecut laju hilang bersama Toyota Camry Hybrid membuatkan Dian geram dan ketap gigi.

           Sesampai sahaja dia di dalam bilik, dia terus membersihkan diri untuk bersiap-siap mendirikan solat zohor walaupun belum masuk waktu. Kalau boleh setiap lima waktu solat dia ingin tunggu masuk waktu dan bukannya melengahkan solat. Selalu dia mengingatkan dirinya agar solat di awal waktu kerana pahalanya berlipat kali ganda berbanding solat di akhir waktu kerana dia tidak mahu menjadi hambaNya yang rugi.

           Setelah mengerjakan ibadah wajib tadi, Dian membuka laptopnya untuk menyemak email dari pensyarah jika ada pesanan untuknya selain membuka portal universiti untuk mengetahui tentang perkara semasa. Sedang dia ralit membaca di skrin laptopnya, telefonnya berbunyi panggilan. Alamak macam mana dia boleh terlupa nak telefon Adam?

"Hi...sorry terlupa nak called." Ujar Dian setelah menjawab salam lelaki itu.

"Oh so okay, dah lama ke sampai?"

"Almost an hour ago? Adam dekat mana tu?"

"Well, around your place actually. Just waiting you to calling."

"Sorry.... terribly sorry!"

"Hey relax, I'm okay just worried about you."

"Why you have to worry about me?" Dian pelik.

"Cause India London Oman Venice Europe Yunan Oscar Unicorn!"

"Hah? Apa tu?"

Sekali lagi Adam menyebut sama seperti dalam mesejnya yang terakhir semalam.

"You really don't know it?"

"Seriously! What is it?"

"Hmm it means... phonetic, I LOVE YOU!"

Dian terdiam sekejap dan cuba bertenang. Biar benar mamat ni!

"Dian? You there?" Kedengaran suara Adam di hujung talian.

"Err...yeah! Sorry?"

"Come we had some cup of tea please?"

"Err...tapi..."

"Okay I'll be there within five minutes, get ready please!"

"Adam...Dian......" Belum sempat Dian habis cakap Adam sudah meletak telefonnya.

Nak tak nak terpaksalah dia bersiap dan turun menemui lelaki itu dan mungkin keluar bersamanya. Apalah nasib badan menjadi seorang Dian Ameena.


                                     ******************************************

   
 "So how's staying at Noah's house? His umi and daddy treating you nice? His siblings?"

"Oh well they are all nice and good people. His brother studies in Australia is back for long holiday."

"Naz?" Teka Adam.

Dian mengangguk tanda ya.

"He's a nice buddy. Very clever no wonder at age of twenty first has been offered to further masters."

"Yes he's so awesome and cool just like his elder brother."

Wajah Adam sedikit berubah apabila Dian menyebut tentang Noah.

"Makanlah, sedap tau makanan kat sini."

"Ya silalah jugak. Adam buat apa je hari ini?"

"Hmm just stayed at home waiting for your call. That's it."

"About that...I am so.."

"Shh so okay, not a big deal. Sedap kan?"

"Aah, selalu makan sini ke?"

"Ya this is my favorite place to hangout especially with my future fiancee...."

Dian yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut dengan sudu terbantut ketika Adam menyebut tentang bakal tunang tak jadinya itu. Buat dia jadi serba salah mengingatkan dia tentang hal itu.

"Err sorry...I didn't meant it."

Dian sekadar tersenyum dan menyambung makan. Lama antara mereka diam membisu sementara menghabiskan makanan di pinggan masing-masing.

"Dian...what if there is someone had crushed on you?"

"What?"

"Means someone loves you? Will you willing to accept him with your warm heart?"

"Err...no answer for that question. Sorry."

"Please answer it Dian."

"Well, how to say it? I am not ready for the time being plus with my young age and still on study."

"What about he waits you up till you are ready and you had graduated?"

"Err...will see how it will be."

"Specify please."

"Huh, okay... actually marriage is not my top priority right now but to build up a career, own a house and car, travel around the world and bla bla bla..." Jelas Dian.

"Only that?"

"Yup. Why not? I have my own right to choose what i want to do and the otherwise."

"Can't you just give him a chance? For once?"

"No."

"One thing you have to know that you can't force your heart to not falling in love for now. Cause love is a feeling that Allah gave to anyone that he wants to feel how amazing and wonderful the power of a love between two hearts."

"I have to control my heart by hook or crook. There's a lot important things I have to settle first instead of thinking to be married. Oh no no no."

Sabar Adam, bukan dengan cara paksaan untuk menakluki hatin Dian Ameena. Hanya dengan kelembutan dan kehalusan bisa melenturkan kekerasan di hatinya untuk mencintai engkau Adam. Berusahalah!

                   
                                          *******************************************


 Usai makan bersama Adam petang itu, lelaki tersebut menghantar Dian pulang ke asrama universiti.

"Emm Dian...this is for you."

"Apa ni? Coklat?"

"Suka coklat tak?"

"Uih mahu tak suka, pengubat dikala kesunyian ni! Beli kat mana?"

"Airport. Masa balik dari JB hari tu.

"Oh..thanks a lot ya! Banyak pulak tu."

"Biar sampai rongak gigi Dian ha ha ha!"

"Jahat! Drive carefully ye. Dah sampai bagitahu, sms or call."

Alamak, macam over pulak pesan macam tu. Tapi dah tercakap! Omel Dian dalam hati.

"Study rajin-rajin, focus masa dalam lecture hall, jangan nakal!"

"Macam ayah orang dah bagi pesan macam tu."

"Sekali sekala jadi ayah apa salahnya."

"Okay bye!" Ucap Dian dari luar kereta.

"India London Oman Venice Europe Yunan Oscar Unicorn!" Jawan Adam pulak.

Dian kelu lidah dan tertunduk malu sehinggalah Adam hilang bersama BMW m5 putihnya.

Thursday, 25 June 2015

The Healing Love - Part 19


              Seperti yang dijanji semalam, Dian bertemu dengan Cik Su Madeena di Mid Valley bertemankan Noah yang setia menemaninya. Umi Noah tidak tahu tentang perkara ini malah Dian dan Noah memaklumkan bahawa mereka ingin jalan-jalan di pusat membeli-belah itu dan berjanji tidak akan pulang lewat ke rumah.

"Cik su! Arghhh rindunya.....sihat?" Dian menerpa ke arah cik sunya yang sedang menunngu di hadapan kedai Forever 21. Bersamanya kelihatan ayah su dan dua anak lelakinya, Saiful dan Kimi. Sudah besar mereka malah rupa mereka pun Dian tidak cam.

"Rindu juga pada Meena! Sihat...ni Saiful dan Kimi." Puan Madeena memperkenalkan anak-anaknya kepada Dian lalu Dian tersenyum dan mengangguk kepada mereka.

"Oh cik su, ini Noah kawan Meena satu universiti. Noah this is my aunty Cik Su Madeena."

Noah yang setia berdiri di sebelah Dian tersenyum dan mengangguk kepada Puan Madeena tanda perkenalan.

"Noah? Hmmm handsome! Cik su suka! Okay, kita nak pergi mana dulu ni? Terus pergi rumah cik su boleh cik su dah masak special untuk Meena dengan Noah."

"Cik su masak apa? Meena gurau  je semalam rupanya buat betul-betul? Seronoknya!"

"Rahsia, jom kita pergi! Anything for you I'll make it. Cause I love you..."

"Aww that's so sweet. Cik su balik berapa lama? Meena rindu tahap gaban dah ni!"

"Sampai habis raya cik su cuti. Bukan selalu pun so boleh spend time dengan family lama-lama."

"Seronoklah dia orang ibu balik lama eh? Boleh suruh masak macam-macam! Minta je."

"Macam-macam cik su dah masak, eastern ke western nasib tak southern ke northern je ha ha ha. Noah follow belakang ya nanti nak ke rumah cik su?"

Noah mengangguk tanda mengerti lalu Dian tersenyum sebagai tanda penghargaan kerana sudi menemaninya hari ini.

"Senyap-senyap ya bawa anak bujang orang balik rumah beraya? Gatal!" Puan Madeena mengusik Dian.

"Dia yang beriya nak ikut Meena, siap merayu air mata darah! Dialah yang gatal miang."

"Sampai hati tak bagitahu cik su, nak merajuklah macam ni."

"Alolo, sini nak kiss sikit orang kuat merajuk ni. Alah, bukan apa pun lagipun mama ada kat rumah takkanlah dia berani buat apa-apa tak molek hok aloh!"

"Best tak ada mata air datang rumah beraya?" Cik su menggerakkan keningnya.

"Eeee gila tak best? Best gila! Ha ha ha ha." Dian buat muka teruja.

"See you're the one having itchy disease! Mama sihat? Dia dah start kerja?"

"Mama? Sihat....esok start kerja. Rindukah?"

"Ehem... kalau ya kenapa? Cemburu? Dah ada buah hati masih mau cemburukah? Aiyoo..."

"Aiyooo cemburu tandanya sayang. Kalau rindu pergilah jumpa itu mau ajarkah?"

"Err....mahunya dihalau macam kucing yatim piatu? Buat malu je."

"What? Kucing yatim piatu? Ha ha ha."

"Yalah...cik sukan anak yatim piatu. Ish."

"Tapi bukan kucing ho ho ho. Sedih betullah!"

"Mama tak syak apa-apa Meena contact dengan cik su ni? Kang ada isytihar perang dunia ketiga."

"Insha Allah tak. Kalau syak pun tak adanya sampai nak isytihar perang paling tak pun gempa bumi atau tanah runtuh ha ha ha."

"Choy mulut tu tak ambil insurans kan. Jadi betul-betul padan muka."

"Padan muka kita berdua!"

Kedua-dua beranak itu ketawa berdekah-dekah membuatkan beberapa pengunjung di pusat beli-belah terpandang akan gelagat mereka. Pelik bin hairan.




                                *************************************************


              Jarak dari Mid Valley ke apartment milik Cik Su Madeena tidak jauh hanya lebih kurang empat ratus meter sahaja. Boleh berjalan kaki sahaja tetapi tidaklah di tengah terik panas macam sekarang nanti rentung! Terpegun Dian melihat dekorasi seluruh ruang dalam rumah tersebut. Ini pasti semua hasil ilham dan idea cik su yang sememangnya kreatif sejak dahulu lagi. Kalau bab seni serahkan sahaja padanya.

"Meena, Noah jemput duduk dulu. Cik su nak siapkan hidangan kat dapur lepas tu boleh makan."

"Okay cik su, take your time!" Jawab Dian yang sudah melabuhkan duduk di sofa empuk di ruang tamu.

          Pandangannya tiba-tiba tertatap pada beberapa bingkai gambar yang terletak di atas sebuah almari perhiasan di tepi televisyen. Terus dia bangun lalu menghampiri bingkai gambar tersebut.

Gambar cik su dan mamanya pada zaman dahulu, gambarnya dengan cik su serta sepupunya Saiful dan gambar semasa hari raya bersama arwah neneknya. Air matanya turun membasahi pipi tanpa sedar.
Secara tidak langsung mengimbau kenangan mereka bersama di saat perhubungan masih baik antara satu sama lain.

             Dian terkejut apabila Cik Su Madeena memeluknya lembut dari belakang dan berbisik sesuatu padanya. Air matanya dan air mata cik su deras berjuraian beradu mengingati saat-saat manis di suatu ketika dahulu. Sungguh, setiap pada itu hanya tinggal memori yang tersemat di hati dan tidak pernah pudar.

"I miss all those memories when we were together as a happy family. A small happy family..."

"Meena pun...terlalu rindu."

"Tapi sayang, semuanya dah berubah dan takkan kembali seperti dulu lagi."

"Ya semua dah berubah tak seperti dulu..."

"Cik su rindu dan sayangkan mama... tak pernah sesaat pun dia hilang dalam ingatan cik su. Sekali pun tak."

"Meena tahu...cuma masing-masing degil tak nak mengaku. Ego!"

"dan keras kepala, hati batu."

"Tahu tak apa...kita doakan banyak-banyak supaya keluarga kita bersatu semula cik su. Meena dah tak boleh sabar sob sob sob."

"Insha Allah one fine day...dah kenapa jiwang karat pulak kita ni? Dah jom makan! Noah dah tunggu kat meja tu. Kesat air mata jiwang tu malu Noah nampak."

"Cik su pun...eee malu tua-tua pun nangis. Nanti kena ejek dengan Saiful dan Kimi."

"Ish, sekali-sekala jiwang karat apa salahnya. Jom!"



                                    **********************************************


                Mereka semua sedang asyik menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Rupanya menu special yang dirahsiakan cik su adalah nasi arab yang popular di negara tempat dia bekerja. Dian dan Noah pun suka dengan menu tersebut malah siap tambah tiga kali lagi. Selain itu, cik su juga membuat kek coklat kegemaran Dian dan biskut coklat cips. Masakan dia boleh lupa makanan kesukaan anak saudaranya itu.

"Meena...Noah tambah lagi jangan malu. Kalau malu rugi lapar!" Ujar cik su.

"Eh tak malu pun..ni ha siapa tambah tiga kali lagi. Macam tong dram dengan tong sampah dah badan ni."

"Noah punya badan tough, kurus macam tak cukup makan tau cik su tengok."

"Ye ke? Mungkin sebab puasa sebulan tulah sebabnya macam cekeding ha ha ha. Tak macam orang tu tak cukup sebulan puasa, puasa yang yok tengah hari bukak periuk. Ops!"

Dian menyiku Noah dengan sikunya. Aku toreh mulut tu kang Noah ni! Dian mengisyaratkan dengan mata.

"Hmm bertullah tu..orang perempuan biasanya mana cukup puasa sebulan. Kalau tak tak namanya perempuan. Ada lampu merah dalam setiap bulan."

Dian sudah kemerahan di pipi menahan malu. Noah!!!

"Err..cik su sedap kek coklat ni! Macam tahu-tahu je Meena punya favourite." Dalih Dian cuba alih topik.

"Eh cik su memang ingat favorite food Meena. Meena suka ayam goreng tepung macam KFC, pizza, Nando's, cendol, ABC, roti canai ha lagi apa ya? Nasi ayam, rendang, almond london semua tu."

"Wah hebat cik su! Ni sayang cik su sangat ni!"

"Meena pulak ingat ke cik su suka apa?" Puan Madeena sengaja menguji Dian.

"Alamak! Errr...cik su suka...err...murtabak! Murtabak ayam."

"Tu je? Lagi?"

"Hah? Lagi....cik su suka maggi kari yang cap Maggi je.. lagi cik su suka karipap inti kentang campur ayam, lagi cik su suka puding caramel, puding roti dan rojak!"

"Not bad... Meena pandai ke buat karipap?"

"Ini Meena...Dian Ameena! Mestilah! "

"Noah suka karipap?"

"Su..suka..kenapa? Noah ni tolak kayu, batu, tiang elektrik, khinzir dan seumpama dengannya je yang lain semua Noah bedal."

"Oh..untunglah gitu senang masak apa je Noah makan ya? Bertuah Meena nanti."

"Apa pulak Meena yang bertuah?"

"Yalah dapat Noah jadi suami tak payah susah fikir nak masak apa untuk dia."

"Meena dengan Noah?" Dian merapatkan dua jari telunjuknya.

"Wooo... kalau ya pun Meena masak nasi goreng telur dengan kicap je!"

"Noah tak kisah. Noah makan je..."

Puan Madeena ketawa geli hati melihat reaksi Dian yang cemberut.

"Eeee siapa nak kahwin dengan Noah! Ada hati tak malu."

"Dah tadi kata nak masak nasi goreng telur tu kira sudi nak kahwin lah tu kan cik su?" Kata Noah.

"In your dream! "

"Amboi seriusnya...."

"Seriuslah! Ingat kahwin ni main kahwin masa kecil-kecil?"

"Noah tak cakap pun."

"Dah tu?"

"Kahwin jelah senang cerita!"

"Senang cerita kepala hotak hang, ingat Dian ni apa? Anak patung?"

"Noah tak cakap."

"Cik su! Tengok Noah ni, eeee menyampah Meena!"

"Cik su kahwinkan juga korang berdua ni. Asyik nak bertekak je. Cuba cakap elok-elok, bawa berbincang."

"Noah yang mula dulu! Suka sangat usik Meena. Stress!"



                                       **********************************************


                Setelah kenyang menikmati segala masakan Cik Su Madeena, mereka lepak-lepak sambil bermalasan di ruang tamu. Dian tak lupa untuk mengambil gambar bersama cik su dan sepupunya sebagai kenangan. Noah dengan rela hatinya menawarkan diri untuk jadi jurugambar tak berbayar.

"Cik su...jomlah keluar jalan-jalan. Entah bila lagi boleh jumpa macam ni!" Dian mengeluh kecil.

"Hmm tulah...nak buat macam mana sudah suratan takdir kita macam ni."

"Jom main ice skating nak? Jomlah please..."

"Ish cik su mana pandai main benda macam tu. Ni Saiful dengan Kimi sukalah."

"Alah..teman Meena main cik su tengok je pun tak apa. Please..."

"Okay, okay jap cik su bersiap dulu. Nak touch up sikit. Dah pukul tiga ni, sempat ke?"

"Sempat apanya? Sempat sangat. Bukan jauh pun rumah Noah dari sini."

Tanpa berlengah Puan Madeena bangun masuk ke bilik untuk bersiap.

            Usai sampai di pusat beli-belah di Mid Valley, mereka semua menuju ke tempat ice skating untuk mendaftar masuk. Puan Madeena hanya duduk di luar untuk melihat mereka bermain sambil mengambil gambar mereka beraksi.

Ketika Dian dan yang lain ingin masuk ke dalam kawasan bermain, dia terlanggar bahu seseorang tanpa sengaja.

"I'm so sorry miss, I am not on purpose." Ucap Dian dengan rasa bersalah kepada gadis tersebut.

"Oh it's okay... well next time be careful." Jawab gadis tersebut lalu mengangkat mukanya memandang Dian.

"Beb! Kau pun naik main ice skating? Kau datang dengan siapa?"

"Weh Fath! What a surprise! Aku datang ni dengan Noah, tu kat sana cik su aku yang pernah aku cerita dulu. Dua orang macho ni sepupu aku."

"Oh...you owe me an explanation beb! Aku tuntut!" Fath berbisik ke telinga Dian.

"Yeah I knew, wait till the right moment. I will story everything ya. Come we enjoy!" Ajak Dian.

"Yeah!!!" Fath bersorak.

            Ramai juga pengunjung yang bermain ice skating di sini tidak kira rakyat Malaysia mahupun pelancong dari luar negara. Begitu seronok mereka bermain dan meluncur di atas permukaan ais ini. Tidak kurang juga dengan yang tidak pandai langsung bermain tapi buat-buat pandai sampai jatuh terlentang.
Mereka bermain selama lebih kurang sejam di gelanggang ais tersebut dengan gembira sekali.

"You coming alone Fath?" Tanya Noah

"Nope with my sis there she is!" Fath menunding ke arah seorang gadis yang mendukung seorang budak perempuan.

"Eh tu Kalila kan?" Dian meneka.

"Yup. The triplets also are here with their parents. Maybe at somewhere with my mama."

" I see... why your sis not playing along ice skating?"

"Dah tu mana nak campak si Kalila tu? Budak kecil mana boleh main bendalah ni."

"Ya tak ya jugak. Ah! Comelnya sepupu kau geram betul aku nak gomol!"

"Comel macam kakak sepupu dia jugak kan?" Fath mengerdipkan mata dengan gedik.

"Perasan! Dah jom sambung main."

        Setelah penat bermain, mereka duduk berehat lalu Cik Su Madeena datang menghampiri mereka dan Dian memperkenalkan Fath kepada cik sunya.

"Cik su, ni Fath Dlina Rose kawan universiti Dian dengan Noah. Anak tauke hotel ni!"

Fath mencubit halus paha Dian.

"Auch! Aku saman kang kau tiba je cubit paha comel aku."

"Hi aunty, apa khabar? Selamat hari raya..." Ucap Fath lalu menyalami ibu saudara Dian.

"Hi, sihat. Selamat hari raya jugak, mana yang lain datang seorang je?" Soal cik su Dian.

"Eh tak, datang dengan family. Tu yang baju biru dukung budak kecil tu kakak saya. Yang lain singgah kedai kat atas rasanya."

"Oh....jom minum sekali. Dah penat main isi minyak pulak." Pelawa Puan Madeena.

"Eh tak apa. Thanks so much, saya kena pergi kat kakak ni dia tengah tunggu tu. Sekejap lagi kita orang nak pergi dinner kat KLCC. Nice to see you aunty, see ya! Dian aku pergi dulu, Noah take care kawan baik aku." Pesan Fath sebelum berlalu pergi.






                                   ************************************************


                 Puan Madeena belanja anak saudara kesayangannya minum di sebuah kafe. Sambil minum, mereka berbual-bual dengan ketawa berselang-seli. Noah hanya mendengar dan memerhati daripada bercakap. Dia memberi ruang dan peluang kepada Dian dan cik su Madeena lepas rindu masing-masing.

"Noah? Noah dengan Dian serius ke dengan hubungan korang ke cinta monyet je?" Soal Puan Madeena.

"Hah? Eh betul, Noah serius! Cuma.. tunggu Dian setuju saja." Jawab Noah.

"So Meena? Macam mana?"

"Errr... Meena tak tahu cik su. Meena study lagi. Entah."

"Kalau suka kata suka, kalau cinta katakan cinta. Ish itu pun nak kena ajar?"

"Tapi...."

"Tapi apa sayang? Macam nilah, Meena habiskan study lepas tu kahwin senang cerita!"

"Meena nak kerja dulu cik su. Bina kerjaya, nak beli rumah, kereta nak pergi umrah kalau ada duit lebih."

"I can provide all those Dian, just marry with me..." Noah mencelah.

Dian mengeluh lalu menyedut capuccino ais yang dipesan tadi. Dia sengaja diam malas menjawab.

"Meena, lebih baik kahwin dengan lelaki yang suka dan cintakan kita daripada kahwin dengan lelaki yang kita suka. Macam perigi cari timba. Cik su dengan ayah su dulu macam tu, ayah su yang sibuk pikat cik su tunggu melanguk depan hospital sampai cik su habis kerja. Lepas tu tunggu depan rumah sampai cik su naik meluat. Last-last arwah nenek suruh ayah su masuk meminang cik su and we are happily married!"

"Senang cik su cakap itu zaman dulu. Zaman sekarang mana boleh pakai dah semua tu."

"Siapa cakap? Bukti dah ada depan mata. Meena, jangan jual mahal sangat nanti frust menonggeng!"

"Eee cik su sebelahkan siapa sekarang, Noah ke Meena?"

"Cik su  tak sebelahkan siapa-siapa tapi benda baik jangan ditangguh nanti syaitan suka."

"Hmmm kalau gitu cik su jelah kahwin dengan Noah."

"Ish budak bertuah ni, orang cakap pasal dia. Mama tahu dah?"

"Tahu gitulah... ish apa cakap pasal kahwin-kahwin ni? Cakaplah pasal hartanah ke, Palestine ke, Syria or anything. Kalau dah sampai jodoh Meena jemputlah cik su datang makan nasi minyak."

"Kalau sempat...Kalau tak tak adalah nak merasa nasi minyak Meena."

"Ada pulak ke situ, tak baik cakap macam tu. Meena sebenarnya nak keluarga kita bersatu, mama dengan cik su berbaik semula barulah senang hati Meena nak fikir pasal kahwin semua tu."

"Oh...kalau macam tu susah sikit. Cik su tak boleh janji."

Dian mengeluh lalu membuang pandang ke arah luar kafe yang mereka sedang minum. Matanya terlihat seorang lelaki yang biasa dia kenali sedang melintasi kafe tersebut. Macam Adam?

"Meena? Meena? Hey!" Tegur cik su.

"Hah? Apa cik su?"

"Meena tengok siapa tu?"

"Err tak ada apa-apa... so dah siap? Jomlah kita." Ajak Dian.

"Meena jom singgah kedai baju tu kejap, bukan selalu cik su belikan Meena apa-apa."

"Eh tak payah cik su, baju Meena pun dah penuh satu alamri cik su."

"So Meena nak apa? Say it?"

"Meena nak cik su berbaik semula dengan mama itu adalah hadiah yang paling tak ternilai buat Meena."

"Eeee dia main-main pulak! Cepat cakap nak apa?"

"Mana Meena main-main. Betul! Meena nak cik su dengan mama sama-sama uruskan majlis kahwin Meena nanti."

"Aik? Tadi beriya kata tak nak kahwin."

"Sekarang tak tapi masa akan datang wahai cik su kesayanganku."

"Dengan siapa?"

"Siapa-siapalah. Kenapa?"

"Bukan calonnya tu...." Puan Madeena munjuihkan muncung ke arah Noah.

"Tak mustahil."

"Ceh ayat dia! Okay cik su sentiasa doakan yang terbaik untuk Meena. Hati-hati balik nanti sampai sms cik su tak pun call. Kita Skype ya nanti. I love you sayang!" Ucap Puan Madeena sambil memeluk erat Dian.

"Meena love you too...more than you know. Take care..." Jawab Dian lalu beredar meninggalkan cik su.

Noah hanya sebagai pemerhati setia di situ melihat babak sedih untuk berpisah antara dua insan yang terlalu lama memendam rindu di hati. Sebak turut mengundah di hatinya melihat air mata Dian tumpah tanpa sengaja itu. Prihatin dan kasihan jatuh buat gadis betudung manis itu. Sabarlah Dian Ameena!




                                    *********************************************

                 
                Disaat mereka menuruni eskalator ke bahagian bawah bangunan, Adam menyapa dari hadapan. Kelihatan dia berseorangan bersama beberapa beg membeli-belah.

"Bro! Kau buat apa dengan Dian kat sini? Anyway, selamat hari raya!" Ucap Adam lalu berjabat tangan dengan Noah.

"Bro! Selamat hari raya jugak. Aku main ice skating dengan Dian tadi then pergi minum. Amboi shopping sakan! Kau seorang je?"  Balas Noah dengan senyuman manisnya.

"Oh... kau nampak aku berdua bertiga ke? Ya aku seorang, shopping sikit. Esok dah masuk kerja. Dah pergi beraya rumah Fath?" Tanya Adam sambil mata memandang Dian.

"Aah kita orang dah pergi rumah Fath, dia ada cakap yang kau balik rumah family kau. Pergi konvoi raya bagai. Seronok?"

"Ish mahu tak seronok bro, jumpa kawan-kawan lama! So, free-free nanti boleh kita lepak mamak pekena teh tarik amacam?"

"Sure, apa-apa aku call kau. Dah lama tak borak panjang. Okay aku balik dulu bye!"

"Dian balik sekali dengan kau? Bukan korang on leave lagi kan? Takkan dah balik universiti?"

"Oh yes we're still on leave, by this Monday dah start kelas. She's staying at my house."

Adam terkesima sebentar menghadam kata-kata Noah tentang Dian tadi. Hatinya bagai dihiris sembilu, disiat-siap seperti melepah daging korban. Sakit!  Adakah antara mereka ada apa-apa? Tak mungkin.

"Selamat hari raya Adam, maaf zahir dan batin. See you again." Ucap Dian lalu mengikut belakang Noah ke tempat parkir kereta.

"Dian....may I ask you something?" Soal Noah yang baru duduk di kerusi pemandu.

"Sure, what is it?" Selamba Dian bertanya balik.

"Do you have crushed on Adam?"

"Pardon?"

"You like Adam?"

"Nonsense!"

"Tell me the truth!"

"I said no! N.O!" Dian siap mengeja perkataan tidak dalam Bahasa Inggeris.

"You sure?"

"Why? You jealous?" Dian pandang Noah dengan tajam.

"If yes?" Noah saja menduga.

"Up to you. Your feeling not mine!"

"Yes I am jealous! J.E.A.L.O.U.S" Kali ini Noah mengeja perkataan cemburu dalam Bahasa Inggeris.

Dian buat tak tahu lalu membuang pandang ke sebelah tingkap di tepinya. Malas nak bertekak tentang hal remeh-temeh dengan Noah. Sepanjang perjalanan mereka diam seribu bahasa tak berkata. Hanya lagu di radi rancak mengisi ruang di dalam kereta.



                                     **********************************************


              Dian masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Dia menyalami tangan umi Noah sebelum naik ke atas. Umi Noah sempat menyampaikan pesan bahawa mamanya telefon dan menyuruhnya telefon semula mamanya. Baru Dian tersedar handphone dia habis bateri dan lupa nak caj penuh sebelum keluar tadi.
Habislah kena soal macam penjenayah dengan mama!
       
 Masuk saja ke dalam bilik dia caj Sony Ultra miliknya lalu menelefon mamanya.

"Assalamua'alaikum mama, sorry sangat Meena lupa caj handphone tadi."

"Wa'alaikumusalam, ish penat mama call tak dapat-dapat! Ingat jadi apa-apa ke. Meena pergi mana tadi?"

"Meena pergi Mid Valley dengan Noah jalan-jalan main ice skating."

"Oh... kus semangat mama bila call tak angkat. Lain kali jangan buat lagi!"

"Alright ma'am!  Mama sihat? Tengah buat apa tu?"

"Tengah bercakap dengan Meena apa lagi? Mama okay, alhamdulillah. Meena tak nak balik rumah ke? Isnin dah mula kelas kan? Mama rasa, baik Meena tak payah balik."

"Hah? Eee mama kejam tak bagi anak sendiri balik. Sampai hati!"

"Mama tak habis cakap lagi...bukan macam tu. Maksud mama tak payah balik sekarang, tak ada tiket. Orang ramai nak balik naik bas. Faham?"

"Oh aah ya jugak.Tapi Meena rindu mama!"

"Rindu tu tolak tepi dulu. Noah dengan umi dia kan ada, bosan pergi rumah dia. Kata ada budak kecil kat situ."

"Meena nak mama...sob sob sob."

"Hai anak manja mama ni, nanti hujung minggu mama datang tengok ya. Dah ni dah solat belum? Nanti nak maghrib."

"Alamak! Nasib mama ingatkan...thanks mama! Nanti kita borak lagi ya. Bye!"

Kelam-kabut Dian ke bilik air untuk berwudhuk dan solat asar. Jam sudah pukul 6.40 p.m dan dia masih belum solat! Nasib mama ingatkan dia. Lega!

Setelah dia selesai solat, dibelek semula gambar yang ditangkap oleh Noah akan gambarnya dengan cik su. Betapa bahagia hatinya hari ini dapat berjumpa dengan orang kesayangan dalam hidupnya. Dia berniat ingin mencuci gambar tersebut dan dibingkaikan sebagai kenangan.


                          ****************************************************


             Puan Nasha Emily memanggilnya turun untuk makan malam bersama. Dian turun lalu menolong umi Noah menghidangkan makanan di atas meja. Kemudian adik ketiga Noah turun. Tapi Noah tak nampak batang hidungnya. Merajuk lagikah?

"Hi Kak Dian! Cantik-cantik ni nak pergi mana?"

Dian tahan gelak apabila Naz memujinya cantik malam ini. Cantik ke dengan t-shirt ungu berlengan panjang dengan seluar hitam pallazo dan selendang hitam yang ada kilat-kilat sikit?

"Ish mana ke cantiknya Naz, akak tak keluar mana pun. Abang Noah mana?"

"Entah, ingat dia dah turun. Ha panjang umur!"

Kelihatan Noah berpakaian t-shirt pagoda dan berseluar slack biru muda. Cukup ringkas tapi nampak ganteng!  Ops, Dian melatah di dalam hati.

"Umi masak apa malam ni..sedap je bau!" Noah berkata sambil mengambil tempat duduk di sebelah Naz.

"Umi masak simple je sayur bayam masak air, ikan talapia goreng dengan tempe berlada. Air mama buat air oren. Makanlah."

"Bismillah...." Noah mengetuai bacaan doa makan seperti biasa.

Semasa makan, matanya sempat memandang Dian. Kekadang mata mereka bertemu membuat Dian serba tak kena. Panas punggung dibuatnya. Apa Noah masih merajuk dengannya sebab hal petang tadi?

"Hai along, biasanya dialah legend kalau masa makan. Apahal senyap semacam malam ni ada emas ke dalam mulut long?" Naz bersuara memecah sunyi ruang makan.

Masing-masing memandang Noah menunggu jawapan.

"Hari ini hari berdiam seribu bahasa. Kau apa tahu! Huh."

Sempat lagi nak berlawak antarabangsa pulak. Omel Dian sambil menahan senyum.

"Aik? Tak angin ribut tiba isytihar hari berdiam seribu bahasa kenapa? Cer cerita!" Pancing Naz lagi.

"Sibuklah, makan!" Noah menjeling adiknya.

"Umi...kenapa anak sulung umi malam ni? Demam kura-kura ke? Ke bergaduh dengan buah hati?"

Dian telan liur pahit. Dah kenapa babitkan dia?

"Entah...umi tak campur. Naz tanyalah tuan punya badan."

"Ehem, long sharelah! Asal? Kak Dian? Kenapa dengan mamat tepi Naz ni?"

"Kak Dian tak tahu...betul." Dian berdalih. Noah sempat mengerlingnya.

"Dah makan cepat, tak baik bercakap masa makan. Naz pula banyak cakap malam ni."


          Setelah selesai makan malam, mereka duduk di ruang tamu menonton tv sementara tunggu waktu tidur. Noah pun duduk di ruang tamu sambil mata ralit menonton rancangan kegemarannya Just For Laugh Gags di saluran HBO. Bukan main galak dia ketawa macam dah lupakan hal merajuk petang tadi.

         Dian memberanikan diri membawa dulang berisi teh o untuk dihidangkan di atas meja. Kemudian dia menuangkan teh tersebut ke dalam cawan dan menghulurkan kepada Noah dan Naz. Huluran disambut tanpa membantah. Nampaknya merajuk sudah hilang!


"Errr....Naz kat sini berapa lama?" Soal Dian kepada Naz.

"Dua bulan kak, cuti semester kali ini lama. Hari tu dua minggu je so Naz tak balik. Pergi tour satu Aussie dengan kawan-kawan. Perghh sedap gila teh o Kak Dian buat!"

"Ish biasa jelah Naz ni pun. Oh berapa lama lagi nak grad?"

"Masters dua tahun setengah. Lagi setahun insha Allah kalau tak ada apa aral. Akak pernah pergi Aussie?"

"Aussie? Tak pernah...lainlah orang tu merata dah dia sampai. Malaysia ni pun belum sempat akak teroka."

"Along boleh bawa Kak Dian pergi Aussie tengok Naz kan long? Sambil honeymoon."

Tersedak Noah yang tengah minum teh o yang dituangkan oleh Dian tadi. Terkejut barangkali.

"Chill long...baru sebut honeymoon dah tersedak? Parah ni."

"Agak-agaklah weh along tengah minum. Panas kot!"

"Ha ha so..sorry long. Maap! Akak minat kangaroo? Kaola? Bunga?"

"Uih minat! Gila tak minat, kat sana famous dengan benda tu kan?"

"Aah, seronok kat sana macam-macam ada, cakap je apa nak! Nak mak we pak we mata biru hijau pun boleh!"

"Ish, ye ke? Best kalau dapat pak we mata biru mesti comel anak nanti."

"Ehem! Panas betul teh o ni!" Noah berdehem kuat.

"Akak....ada bau something tak?" Naz seakan berbisik namun masih jelas di telinga Noah.

"Bau? Tahi kucing?" Teka Dian.

"Bau cemburu.... hiks!" Naz ketawa terbaha-bahak.

"Oh..kuat bau tu! Ada spray dak? Biar hilang cepat sikit bau cemburu tu."

"Nonsense." Noah mencebik.


nuffnang