Saturday, 8 March 2014

Romantik Rabak Aku

Kurniakan aku anugerah cinta pilihanMu
yang benar2 aku perlukan
pada pandanganMu
semata-mata

Bukan sekadar aku pelengkap tulang rusuk
malah teman bercanda, meroyan dan menangis
yang setia menemani kala jatuh bangunku
seikhlas mungkin

Temukanku dengan dia yang mencintaiMu
melebihi aku
yang mencintaiku keranaMu
tanpa bersyarat
tapi bersandarkan pada redha yang setulus hati

Bukan rupa paras yang digilai
tapi kalau ranggi lampai apalah salahnya kan
bonus tambah investment
darab dengan risiko

Namun cukuplah hanya sederhana
penyejuk mataku, bonda ayahanda
Memadai kuat pada pegangan agama Allah yang satu
Islam
punya akhlak sebahagian dalam baginda Muhammad s.a.w
biar tak sempurna mana
biarlah
sebab aku pun tak sempurna mana
kerana akan aku,kau dan kita
saling melengkapi ketidaksempurnaan itu

sebelum mahligai cinta termeterai
tiadalah perhubungan yang keterlaluan
biar kenal2 biasa gituu
selebihnya biar usai lafaz akad

ahh indahnya ^_______^

p/s: please don't be panic of my recent entries that seems like you guys get to the wrong blog..(just in case if curiosity is overwhelming you hahah)
btw, i'm in love with  lagu puisi !! so, the above are the result and so with the 3 of my puisi rabak
kasi chance la kat aku wuwuwu

ok bye <3


No comments:

Post a Comment

nuffnang