Segala rasa disimpul padu
digigih hati bersulam tangis
jatuh terduduk lagi terkesima
khabar dapati tak terjangka
menggemparkan
masih terselit walau sekelumit
jauh dalm di lubuk hati
suatu keajaiban kan berlaku
walau lagi seribu tahun
bukan kehendak siapa2
malah siapalah kita untuk menolak lukisan takdirNya
qada' & qadarNya lagi dirahsia Yang Maha Besar
andai waktunya untuk kembali sudah tiba
takkan awal
takkan lewat nan sesaat
tragedi hanya asbab
Dia al-alim
Maha Mengetahui
kun fayakun
jadi,maka jadilah!
Ujian menyapa dalam pelbagai rupa
tak mengenal insan
ujian seharus makin meghampirkan dengan Dia
ujian mencekalkan lagi mengebalkan hati
agar tak mudah goyah di hari muka
yakini ujian kan ada bahagia yang terahsia
dari tuhan yang tak pernah lupakan kita
hadapi hari2 mendatang dengan tenang
teruskan hidup demi yang tersayang.
p/s: salam takziah buat para keluarga mangsa MH370..kami sentiasa mendoakan.
sejahteralah kamu semua
No comments:
Post a Comment