Friday, 25 July 2014

Ramadhan--jangan pergi boleh?

bismillah.. moga setiap yang membaca satu persatu kata huruf ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
dalam terpelihara iman bersama niat

ramadhan akhirnya bakal pergi juga
berlalu meninggalkan harapan membisik di hati
moga ketemu tahun depan
dalam perasaan berbaur--- sedih pilu sayu mendominasi
haruskah kau pergi juga
encik ramadhan kareem ?

kerana belum rela ingin lepaskan engkau pergi
kerana belum puas bersama dengan engkau dalam dakapan
kerana banyak malah terlalu ingin diisi bersama kau
kerana sungguh cinta aku akan kau

masih belum puas berasmara memburu rahmat tuhan
masih belum puas menangisi keinsafan pada tuhan
bertemankan engkau ramadhan
mengorak seribu langkah beribadah
tanpa jemu di dada

belum pasti dan tepat apa masih bisa kita bersua lagi
belum pasti
belum

syawal mengintai menampakkan diri
engkau pula bakal melabuhkan tirai
sebak di dada hanya tuhan yang tahu
betapa aku akan merindui engkau

betapa aku cemburu membuak di hati
ramai antara mereka menghadap tuhan yang satu bersama engkau ramadhan
indahnya kembali pada sang pencipta di bulan paling mulia
tiada azab dan masuk pada mana2 pintu jannah
saat indah tak terbayangkan


waima, hidup perlu dikemudi
menongkah arus di bumi sementara
selagi hayat dikandung badan
selagi belum mendapat 'call' daripada tuhan

mahu syahid di bulan barakah
bisik hati memujuk rindu pada tuhan
namun terkesima pabila dosa bergunung
malu teramat untuk bertemu Dia
apa diri layak?

semoga kita berjumpa lagi encik ramadhan

I'll be missing you!


No comments:

Post a Comment

nuffnang