Monday, 21 July 2014

Cinta tak keterhinggaan ~ MH17 in memory

Bersabar wahai hati
bersabar menyapa ujian ini
tanda kasih dari ilahi
mencekal lagi hati
memuncak pahala buat akhirat nanti
penghapus dosa tak terperi

"la tahzan...jangan bersedih...innalllaha ma'na...Allah sentiasa bersama..."

kuat semangat
tabah cekal wahai diri
teruskan melangkah di hari muka
kebalkan tekad di hati





hanya tuhan sahaja yang tahu
betapa jujurnya cinta kita
walaupun berbeza diri kita
cinta ini milik kita

tinggallah segala kenangan mengabdi di bumi ini
berlinangan air mata
takkan pernah kembali
masih dekat hati

kini tuhan sayangkan diri kau
pergilah
bersemadilah
tenanglah di alam sana
diri rela berteman pasrah

tangisan bersendu beriringan kalamullah
menemani engkau disana
tenanglah disana
kerana tuhan pernah berkata




"setiap yang bernyawa pasti merasai mati"

siapalah aku hambaNya untuk menentang kehendakNya...
menyejuk jauh di lubuk qalbu

moga engkau dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh
diantara yang terlepas azab seksaNya
sempena bulan sungguh mulia

dan...tunggu aku disana ya
kita akan bersua kembali

jaga diri di rumah abadi sana.

wassalam.




note: takziah buat ahli keluarga penumpang & anak kapal MH17.. terima dengan lapang dada...gagahkan semangat untuk teruskan kehidupan yang masih bersisa di bumi sementara...








No comments:

Post a Comment

nuffnang