Saturday 29 August 2015

The Healing Love - Part 47


        "Aku tak fahamlah dengan Tengku Citra. Kot ya pun tengah sakit tak patut dia tinggikan suara pada kau hari tu. Kita datang melawat dah cukup bagus eh geramnya hati aku saja bikin panas!" Fath meluahkan rasa tak puas hatinya pada Dian.

     Dian yang sedang menulis nota malas ingin membahaskan mengenai insiden itu. Bersangka baik itu lagi baik daripada bersangka buruk. Tak pasal-pasal dia dapat dosa kering.

     "Hoi, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Ya...biarlah cerita tiga hari lepas pun mahu diungkit lagi? Baik kau study..exam tak lama lagi 3 minggu kot. "

"Mengelat huh! Adam pula satu..rajin pula nak volunteer diri menunggu perempuan tu! Ish!"

"Yang kau macam tak puas hati ada isu dengan Tengku Citra apasal? Adam tunggu dan teman orang tu pun kau tak puas hati. Kau dah kenapa Fath? Bulan mengambang eh?"

"Tak adalah..mak bapak dia kan ada boleh tunggu? Aku cuma kesiankan Adam je..tak pasal-pasal jadi mangsa nak jaga anak orang kat hospital."

"Ada ke dia komplen pada kau?  Tak ada kan? So, tak payah nak kecoh la cik kak oii.."

     Fath mencebik dengan jawapan balas dari Dian. Sungguh setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri siapa itu Tengku Citra, entah mengapa hati kecilnya tidak berapa berkenan akan wanita itu. Rupa ada, cantik persis Diana Danielle tapi sayang..terkurang ajar.

                                       ************************************


  "Assalamua'laikum. Morning...how are you today? Feeling better?" Adam masuk menjengah ke dalam bilik wad yang menempatkan Tengku Citra.

"Wa'alaikumusalam...great feeling better oh by the way I dah boleh discharge hari ni!"

"Sound good! Oh..this is for you.."

"Rose?"

"Why you don't like it? Sorry if it is not your taste..I tak tahu you suka what kind of flowers."

Ada sebaris senyuman mekar di bibir Tengku Citra.

"Lain kali bawalah Ferroro Rosche ke, Cadbury..boleh makan kenyang ha ha ha."

Adam menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Okay next time but before that give me your business card so that I can post to you all the way from London."

 "When is your flight?"

"Why you nak ikut I?" Adam bercanda mengenakan Tengku Citra saja ingin melihat sejauh mana akalnya.

"Habis kerja I kat sini? Lainlah you..GM of Empire Ritz Carlton the well known hotel top in the world."

Adam tunduk merendah diri sebelum menjawab. "I kerja makan gaji juga sama macam you Citra. We're just same.."

Tengku Citra tak menjawab namun menghidu kuntuman bunga ros yang diberi oleh Adam tadi. Terselit rasa nyaman di tangkai hatinya dengan kedatangan lelaki bernama Adam Edruce Ian ini. Dalam pada masa yang sama hati kecilnya mengingatinya agar berwaspada agar tidak hancur disakiti lagi.


                                            *************************************

         
  Dian my honeydew! Busy? Sleeping? -Noah

Bunyi chat di Facebook mematikan tumpuan Dian yang sedang menelaah buku sempena peperiksaan akhirnya. Sengaja dia membiarkan laptopnya terpasang untuk memudahkannya membuat rujukan.

Noah! Tengah study..final in 3 weeks more..kinda wrecking my nerves lol. Anything? -Dian

Cool..just asking. Err nak tanya pasal hantaran Dian nak apa untuk hantaran? -Noah

Cepatnya nak buat hantaran!? Errr..ikutlah terserah Noah nak bagi Dian apa. Kalau ikutkan Dian senaskhah Al-Quran pun dah kira okay. Tak perlu membazir :) -Dian

Eh mana boleh macam tu? Nanti Noah beli takut Dian tak suka pula..cakaplah Dian nak apa wahai intan payungku sayang? -Noah

Silly. Tak kisahlah..beli je apapun tapi jangan yang mahal-mahal! -Dian

Apa kata kalau Noah bawa Dian pergi beli hantaran? -Noah

What? Ala..minggu nak final kot! Lepas exam boleh. -Dian

No problem my dear :) -Noah

Okay dah pergi tidur I'm gonna concentrating on my study. Good night lovely :) -Dian

Hahaha okay my honeydew fiancee..jangan tidur lewat sangat! Don't worry I bet that you gonna score with flying colors for sure :))) -Noah

     Dian hanya tersenyum melihat mesej terakhir dari Noah itu. Mindanya kemudian cuba membayangkan dalam masa lebih kurang dua bulan sahaja lagi dia bakal menjadi isteri orang. Macam tak percaya saja! Mengenangkan segala yang telah dia laluinya, pahir getir bersama air mata yang tertumpah akhirnya dapat juga dia berasa nikmat bahagia.


                                        ****************************************

            
 Tengku Citra Tengku Maher
Chief Operation Officer 
Sky Dalton Property Sdn. Bhd.
H/P :017 3731000

    Adam membelek-belek kad perniagaan yang diberi oleh Tengku Citra siang tadi. Hatinya berbelah bahagi sama ada ingin menghubungi atau tidak wanita itu. Tapi yang jelasnya dia tiada sebab yang kukuh untuk menelefon COO Sky Dalton itu di tengah-tengah malam ini.

    Akhirnya dia mengalah lalu mendail nombor telefon yang tertera di kad tersebut menunggu panggilannya berjawab. Dalam hatinya ada sedikit getar bimbang mengganggu wanita itu berehat barangkali.

"Hello?" 

"Hello..hai! Tengku Citra?"

"Yes speaking..may I know who's speaking over there?"

"Hai baru jumpa siang tadi takkan dah tak cam suara I? You must be kidding me."

Otak Tengku Citra ligat memikirkan bahawa hari ini tiada sesiapa yang dia berjumpa setelah keluar dari hospital melainkan...

"Adam? Is it you?"

Adam senyum kulum di hujung talian.

"Yeah it's me. Sorry if I'm disturbing you..just wanna ask how you doing?"

Tengku Citra pulak yang mengulum senyum mendengarkan kata-kata dari mulut Adam.

"Okay..I'm good. Baru sudah makan..sekarang tengah tengok tv. And how about you?"

"Right now..speaking with you. Bila start kerja balik?"

"Maybe lusa..by the way you tak jawab lagi soalan I kat hospital tadi. When is your flight to London?"

"And yet you not answer my question of why you wanna to come with me to London?"

Masing-masing akhirnya tersenyum lebar di hujung telefon. Ada rasa satu 'chemisty' tercetus dengan perkenalan singkat antara mereka ini dan membuatkan mereka selesa bercerita tentang pelbagai topik. Sedikit sebanyak membuatkan Tengku Citra perlahan-lahan melupakan tentang Noah.


                                               ******************************

          Setelah lama tidak mimpikan mengenai apa-apa tentang petunjuk dari solat istikharahnya, baru malam ini mimpi tersebut kembali menerjah dalam tidurnya yang lena. Jam dikerling, menunjukkan baru menghampiri ke puku tiga setengah pagi.

"Astaghfirullahhalazim...ya Allah." Ucap Dian lalu meraup wajahnya.

"Aku mimpi lagi..tapi petunjuk apa kali ini?"

      Lantas Dian teringat akan pesan Cik Su Madeena untuk tidak fikirkan sangat segala mimpi buruk yang pernah dia alami ketika tidur. Mungkin mimpi itu hanya mainan syaitan laknatullah sahaja. Syaitan itu sudah nyata lagi jelas ingin menarik anak Adam ke dalam api neraka malah musuh Allah itu sudah berjanji di hadapan Allah untuk menghasut anak cucu Adam.

    Tanpa berlengah, Dian bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk untuk mendirikan solat sunat taubat dan tahajud serta hajat moga segala urusan yang membawa kebaikan sahaja akan dia lalui pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

      Alang-alang sudah berjaga Dian menggunakan waktu pagi yang segar itu untuk mengulang kaji pelajaran demi persiapan peperiksaan akhir semesternya. Lagipun, otak mudah ingat apabila menelaah di tengah pagi sebelum subuh.
                                                   *****************************


  Adam sedang menaip sambil meneliti fail berkenaan projek baru yang dia ketuai. Seketika, interkom dari Siti Sherry berbunyi.

"Encik Noah, ada tetamu ingin berjumpa tapi tak ada appointment."

"Siapa?"

"Your old best friend. Encik Adam Edruce Ian."

"Okay, ask him to come in."

Adam kemudian muncul dari luar bilik Noah dengan penampilan yang kasual seperti biasa.

"Hey bro! Masuk masuk..anything that I can help you?"

Adam tersenyum lalu menarik kerusi di hadapan meja Noah untuk duduk.

"Sorry mengganggu...saja aku singgah sini sambil pergi Old Town depan tu."

"Old Town? Buat apa dekat situ bro?"

"Aku bertani..apa punya soalanlah kau ni! Aku minum dengan kawanlah."

Noah tersengih mendengarkan lawak sahabat satu sekolah menengah dengannya dulu. Cuma Adam seniornya setahun.

"Tengku Citra tu janda rupanya eh?"

Noah tersentak tatkala mendengar Adam menyebut nama COO Sky Dalton itu.

"Kau baru tahu ke?"

"Aah..kalau dia tak bagitahu sampai ke sudah aku ingat dia tu single dan tak pernah kahwin."

   Noah lantas teringat akan momen Tengku Citra membuka segala cerita silamnya itu ketika mereka di kampungnya tempoh hari. Sungguh tak sangka dan tak terlintas dek akal fikirannya wanita seusia Tengku Citra telah bergelar 'janda'.

"Dah tak ada jodoh dengan bekas suami dia...insya Allah adalah jodoh yang lagi baik untuk dia. Dia pun muda lagi, cantik pun cantik. Tak ada hal la."

"Such a pity woman she is. Bahagia tak kekal lama."

"Kita hanya mampu merancang bro yang menentukan Dia yang Maha Merancang. Perancangan Dia tu yang terbaik."

   Adam bersetuju dengan kenyataan Noah itu. Kepalanya diangguk-angguk sebagai tanda bersetuju.


                                             *************************************

         Kereta Mazda X5 yang dipandu selamat masuk ke perkarangan rumah kedua ibu bapanya. Untuk seminggu ini Dato Maher dan Datin Mahirah mengarahkan anaknya, Tengku Citra tinggal bersama mereka bagi memastikan anak sulungnya itu betul-betul baik dari sakit.

 Kelihatan Datin Mahirah sudah terpacak di muka pintu menunggu Tengku Citra keluar dari perut kereta.

"Citra pergi mana? Tengok-tengok dah hilang risau ibu tahu?"

"Kan Citra dah pesan pada Mak Yam Citra keluar sekejap."

"Yalah tapi Citra pergi mana? Citra tu baru baik demam panas..kalau apa-apa jadi siapa yang susah? Hish budak bertuah nilah.."

"Sorry ibu Citra keluar jumpa kawan kejap."

"Kawan? Siapa?"

"Adam."

"Adam? Yang teman Citra kat hospital baru ni?"

Citra tersenyum lalu masuk ke dalam rumah. Datin Mahirah seperti tidak puas dengan jawapan yang hanya dijawab dengan senyuman anaknya itu.

"Jadi betullah Adam Citra pergi jumpa tadi? Adam anak kawan ayah ya?"

"Betul la tu ibu. Saja jumpa dia sebagai tanda terima kasih sebab teman Citra kat hospital lagipun tak lama dia nak balik London dah."

"Oh..ibu tengok Citra serasi sangat dengan cucu hotel Ritz Carlton tu. Ada apa-apa ke?"

Pipi Tengku Citra mulai kemerahan. Memang benar ada satu keserasian yang sukar digambarkan apabila dia bersama Adam. Setakat ini cukuplah sekadar mereka berkawan.

"Ibu..kata orang berkawan biar beribu bercinta biarlah satu. Dia tu kawan Citra je..tak lebih daripada itu. Okay Citra naik atas dulu ya!"

Datin Mahirah melongo melihat gelagat anaknya itu tapi hatinya terasa lega kerana Tengku Citra nampak gembira dan ceria walaupun baru lepas keluar hospital. Mungkin semua ini ada kena mengena dengan Adam.

                                         

No comments:

Post a Comment

nuffnang