Thursday, 20 August 2015

The Healing Love - Part 43



       Seperti yang dijanjikan, Dian dan Adam akan berjumpa pada hari ini yang kebetulan hari hujung minggu dan Dian tiada apa-apa yang perlu dilakukan di hostelnya. Tepat pukul sepuluh pagi sepupu sahabat baiknya itu datang menjemputnya lalu menuju ke tengah kota raya Kuala Lumpur.

      Sepanjang perjalanan, tidak banyak yang dibicarakan antara mereka berdua. Kekok barangkali mungkin sebab lama tidak bersua. Apatah lagi setelah Adam menluahkan isi hatinya pada Dian tempoh hari sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia.

"Errr Dian.." Adam ingin memulakan perbualan. Serentak dengan Dian jugak.

"You first..." Pintas Dian sambil menahan malu. Terasa darah hangat menyerbu ke pipinya tatkala ini.

Adam tersenyum menampakkan lesung pipinya yang cukup mempesonakan.

"Dian sihat?" Tiba-tiba terluncur soalan sedemikian yang lari dari soalan yang sebenar yang ingin ditanyanya.

"Alhamdulillah..macam nilah. Cuma balik dari umrah hari tu demam dua tiga hari mungkin sebab cuaca panas kot."

Adam mencuri pandang Dian yang duduk disebelahnya itu. Ada riak wajah sedikit terkejut apabila mendengarkan ayat tersebut dari gadis itu.

"Kenapa?" Soal Dian keliru dengan riak di muka Adam.

"Dian..tak bagitahu pun pergi umrah."

"Oh ingat Fath bagitahu Adam...hmm pergi dengan mama je. Pergi buat umrah sekali dengan cik su Dian dia memang dah ada kat sana. Cik su Dian kerja kat King Faisal's Hospital, Riyadh. Dialah yang teman Dian dengan mama buat umrah sekali."

"Oh...so seronok tak?"

"Eh mestilah seronok! Tak sangka Allah jemput untuk ke sana dalam umur Dian yang baru dua puluh dua tahun ni heee.. Adam pernah pergi ke sana?"

"Dua kali.."

"Wah! Dua kali tu..pergi dengan family?"

"Yes, first time dengan family. Second time was alone. I stayed there for a month over there..."

"A month? Buat apa kat sana?"

"Belajar agama.."

   Terbit rasa kagum dalam hati Dian dengan apa yang baru didengarnya itu. Tak sangka lelaki muda seperti ini sanggup ke bumi barakah yang jauh beribu batu dari sini semata-mata hanya untuk menuntut ilmu.


                            ***********************************************

          Setelah sampai di Kampung Ulu Jeram, Noah terus hilang menuju ke pantai yang terletak di kampung itu dengan hanya berjalan kaki. Terasa dirinya perlukan udara segar dan ketenangan pada hari ini.
Tengku Citra tidak dipedulikannya yang terkontang-kanting di rumah arwah datuknya yang ditinggalkan bersama keluarganya.

"Err..aunty nampak tak Noah?"

"Noah? Bukan ke tadi dia ada je kat depan tu?"

"Aah ada..tapi entah dah tak ada pun sekarang kat depan."

"Hmm..budak tu kalau tak ke pantai tak sah bila balik sini. Cuba Citra cari di pantai. Mak long pasti dia kat situ."

"Oh okay..Citra pergi dulu ya aunty, mak long."

"Ha baik-baik jalan tu. Pesan pada Noah jangan lama-lama nanti balik cepat nak makan tengah hari sekali!" Pesan Mak Long Na pada Citra.

           Setelah pasti dan yakin yang Tengku Citra sudah pun keluar dari rumah, Mak Long Na memulakan sesi soal siasatnya pada adiknya, Puan Nasha Emily. Malah umi Noah itu juga dapat membaca apa yang teruja di fikiran kakaknya itu. Pasti mengenai anak perempuan Tengku Maher yang mengikutnya pulang ke kampung.

"Noah dengan Citra tu rakan sekerja je along..dalam hati Noah tu hanya Dian Ameena."

"Eh belum tanya dah ada jawapan? Dahsyat kau ni ha ha ha!"

"Nasha bukan kenal along baru semalam. Jangan nak gosip lebih-lebih."

"Tapi boleh tahan cantik Citra tu. Anak kerabat diraja pulak huh!"

"Apalah sangat ada dengan derjat dan keturunan along...mati Allah tak kira semua tu tapi amal dan taqwa."

"Along bukan apa, cuma pelik orang bandar macam Citra tu nak pulang datang kampung?"

"Biarlah dia..dekat bandar tu mana ada pantai, hijau-hijau macam ni. Jadi, tak salah dia nak ke sini."

Mak Long membuat sedikit muka tak puas hati dengan jawapan klise dari adiknya itu.

"Hmm ada makna lain disebalik dia ikut ke sini ni..kau tak perasan ke apa yang along perasan? Cara dia tengok Noah tu? Lain macam!"

"Lain macam mana pulaknya? Ish jangan nak mengarut. Noah dengan Dian dah nak bertunang tak lama lagi tahu?"

"Eh sungguh?"

"Ni, bagitahu secara tak formal dulu..sebab tarikh tak tetap lagi. Antara kita-kita je. Takut Nasha terlupa."

Terlihat muka Mak Long tersenyum gembira mendengar berita baik tersebut.

"Alhamdulillah..berjodoh jugak ya dia orang berdua!"

       Mereka berdua beradik tersenyum sama-sama sambil menyiapkan hidangan makan tengah hari buat seisi keluarga.

                                            *************************************

           Noah mencampakkan beberapa biji batu kecil ke dalam air sambil menikmati keindahan semula jadi pantai kampung halamannya itu. Tanpa sedari, Tengku Citra berada di sisinya turut memandang jauh ke arah air laut yang cukup mendamaikan semua yang datang ke sini.

         Biarpun sedar dengan kehadiran wanita itu di situ namun Noah buat-buat tak peduli saja. Kemana dia nak pergi mesti perempuan ini ada, huh! Omelnya di dalam hati.

"Fikirkan apa?" Tanya Tengku Citra memecah sunyi antara mereka.

Noah tidak membalas dalam beberapa minit. Sengaja.

"You buat apa kat sini?"

"You tak jawab lagi soalan I."

"Nothing."

"Hmm...cantik kampung you ni. Well reserved village!"

Noah hanya mendengar kata-kata tersebut tidak berminat untuk menjawab apa-apa.

"Dah lama you kenal Dian Ameena?"

Noah tersentak tidak sangka Tengku Citra menyebut nama gadis pujaan hatinya itu.

"Kenapa?"

"Just interested to know..."

"It's been three years..."

"Quite long..satu course?"

"Nope..I was in Business School and she's in Communication ones."

"Oh..then how did you guys knew each other? I means fell in love?"

Noah memandang lagi Tengku Citra dengan riak tiada perasaan. Apa banyak pulak tanya perempuan ini? Desis hatinya tak puas hati.

"Long story make it short, through drama club."

"Cool...hmm it's a wonderful feeling to fell in love right? More meaningful when both loving each other.."

Noah hanya meminjamkan telinga menunggu Tengku Citra berkata-kata lagi.

"You tak pernah bercinta ke?"

Tengku Citra hanya tersenyum yang dibuat-buat. Tiba-tiba kenangan silam menerjah ruang mindanya kembali.

"I had been in love and married before."

Noah tersentak dan memandang sekali lagi wanita itu dengan reaksi tak percaya.

"Seriously? Though you..."

"Single?" Pintas Tengku Citra.

      "It's just happened a year ago..we've be apart or in other word is divorced. Well, basically loving each other unconditionally..We've been together for almost three years. Siapa sangka bercinta tujuh tahun tapi rumah tangga yang dibina selama hampir tiga tahun habis macam tu saja?"

Bicara Tengku Citra menarik perhatian Noah.

"I'm so sorry..if you don't mind, what happened?" Tanya Noah.

"Bukan jodoh kami..." Dalih Tengku Citra hanya menyatakan jawapan tipikal.

"Sebab anak..." Sambung wanita itu, terselit suram di matanya kini.

Noah sekali lagi berasa serba salah.

"Citra..I..."

"No it's okay..kalau tidak you will never knew."

"I used to be pregnant with our first child..however god tested us by I had miscarriage and since that our marriage starting to be ruin." Luah Tengku Citra dengan sebak.

Noah telan liur cuba membayangkan di akal fikirannya apa yang telah Tengku Citra lalui selama ini. Betapa berat ujian yang menimpanya rupanya. Dalam tidak sedar timbul rasa simpati buat wanita ini.


                                               **************************************

          Tak terjangka langsung Dian yang Adam akan membawanya ke tempat yang pernah mereka makan dan buat kali pertama mereka keluar bersama satu ketika dulu. Suasana yang esklusif sungguh mempesonakan mana-mana pelanggan yang datang di sini. Apalagi kalau bukan Tamarind Hill Restaurant di Jalan Ampang.

"Please have a sit Dian.." Pelawa Adam dengan penuh ramah.

"Kenapa mesti restoran? Dekat area Subang banyak tempat makan yang best kan?"

"Why you don't like? It's okay if you don't like we could be back to Subang to have lunch."

"Eh eh dah sampai pun takkan nak ulang-alik. Tak apa..next time makan dekat-dekat sana je ya?"

Adam hanya mempamerkan senyum lantas memesan hidangan untuk dirinya dan Dian kepada pelayan yang setia berdiri di tepi meja mereka.

"Bila balik London?"

"Ikut hati tak nak balik dah. Tapi  have to..cause got a lot of things need to be settled dengan wedding reception, annual meeting with the investors and so on."

"Oh..yelah orang tu kan General Manager..Empire of Ritz Carlton pulak tu. Haruslah sibuk luar biasa."

Adam hanya mampu tergelak kecil.

"Erm..Dian? Have you decided of what did I told you last time?"

Bagaikan tersekat di kerongkong, Dian mula gelabah tak senang duduk dengan soalan tersebut.

"Errr...err about that.."

"It's okay I got it." Pintas Adam.

Dian serba salah jadinya. Ikutkan hati ingin sahaja dia berterus-terang akan hal yang sebenar tak perlu berselindung bagai. Lambat laun Adam pasti akan tahu jugak.


                                                 **********************************

        Noah dan Tengku Citra duduk di bawah pokok yang rendang bersaksikan laut biru disamping dipukul oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Sudah hampir sejam mereka berdua di situ. Kini Noah berasa ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri wanita yang bernama seorangTengku Citra Tengku Maher.

"Lepas tu you tak pernah jatuh cinta?" Soal Noah tertanya-tanya.

Tengku Citra tertunduk sedikit menguis pasir pantai dengan ranting kayu.

"Tak semudah itu...cuma sekarang mungkin hati I dah terbuka kembali untuk mencintai dan dicintai."

Noah mempamerkan riak tidak faham menunggu ayat selanjut dari Tengku Citra.

"Entahlah I pun tak tahu nak cakap macam mana. Terkadang rasa diri ini tak layak dan berhak untuk bahagia seperti orang lain. Kalaulah ditakdirkan I jatuh cinta lagi..mungkin ianya tidak sama seperti dulu lagi. Takkan pernah. Lelaki dan suami yang I cintai seumur hidup adalah Syed Emir Idrus buat selamanya. Walau tidak bersama lagi, payah untuk buang dia dalam hidup ini."

Tekun Noah mendengar luahan rasa bekas isteri Syed Emir Idrus yang tidak pernah dia kenali ini.

"God has a better plan for you, trust me." Pujuk Noah.

"Hope so."

"I know you are a strong woman that's why He testing you. Dia tak akan uji melebihi daripada kemampuan kita kan? Insya Allah..jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah."

Terasa satu kedamaian menyentuh kalbu Tengku Citra apabila Noah berkata sedemikian.

"What if the person that I've in love is right in front of me right now?"

Noah terkesima dan memandang tepat ke arah mata Tengku Citra.

"Means?"

"Means I love you..."

Bagaikan beku seketika Noah mendengarkan lafaz yang diluah oleh wanita bernama Tengku Citra itu.

"Well..as a friend and co-worker of course!" Noah mencelah dengan selambanya lalu bangkit dari duduknya.

"Come..mesti makan tengah hari dah tersedia! Katanya umi dengan Mak Long nak masak ikan bakar. You must try tau! Ikan tu Pak Long tangkap dekat sungai kampung ni okay. Mesti Terangkat tell you!" Tambah Noah lagi.

    Tanpa berlengah Tengku Citra turut mengikut Noah pulang ke rumah kampungnya untuk menikmati hidangan yang cukup melazatkan itu. Sekurang-kurangnya terluah sudah rasa hati yang dipendam selama ini. Apa jawapan dan reaksi Noah itu belakang kira. Yang penting dia sudah meluahkannya.


                              *********************************************     
             
            Bunyi deringan panggilan dari mama menyedarkan Dian yang baru terlena dari tidurnya. Dalam keadaan mamai dia menjawab panggilan tersebut. Setelah mendengarkan butir bicara mamanya matanya luas terbuka serta-merta.

"Bertunang? Minggu depan!?"

"Ye..umi Noah telefon mama bagitahu nak datang bawa hajat nak sunting bunga di taman. Meena macam mana?"

"Umi cakap macam tu? Ya Allah..." Dian memperbetulkan duduknya setelah bangun dari perbaringan.

"Hmm..mama setuju kalau Meena setuju. So what's your say?"

Dian ketap bibir mencari-cari kata yang sepatutnya diucap.

"Hello? Meena?"

"Yeap! Err...macam cepat sangatlah mama. Meena tak pasti sama ada Meena dah bersedia atau belum."

"Bertunang je pun alahai. Lagipun benda baik jangan ditangguh, maksiat harus dielak."

"Kalau mama setuju, Meena ikut jelah!"

"Betul ni? Mama tak nak paksa Meena. Mama cuma nak yang terbaik untuk satu-satunya anak mama ni. Bagus jugak kalau tunang lepas tu kahwin cepat, cepatlah mama dapat cucu ha ha ha!"

Dian menahan geram di hujung panggilan. Terasa pipinya hangat sekali diusik sedemikian oleh Puan Maria.

"Mama!!! Malaslah cakap kalau macam ini." Bentak Dian buat-buat merajuk.

"Okay, okay..kalau betul Meena setuju baliklah hari Jumaat ni. Kita buat ringkas-ringkas je ya?"

"Insya Allah. Hmm..macam tak percaya dah nak bertunang!"

"Anak dara mama dah besar nak jadi isteri orang dah. Lepas ni tinggallah mama seorang kesunyian..sobs sobs"

"Eeee gediklah mama ni! Walaupun Meena dah besar tapi I'm always your baby okay? Dan Meena mesti balik jenguk mama selalu. Kalau Noah tak nak Meena mogok tak nak masak untuk dia!"

"Baru nak bertunang, dah cerita pasal mogok masa dah kahwin! Amboi jauhnya imaginasi he he he.."

Padan muka! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata tanggunglah sendiri Dian Ameena.
     

                                          **************************************

           "Tahniah Meena!!! I'm so happy for you my dear darling :) Maaf sangat-sangat sebab tak dapat ada masa majlis bertunang nanti but insya Allah cik su janji akan ada masa hari besar ya sayang? Jangan lupa kirim gambar bertunang tau! Cik su sentiasa doakan kebahagian Meena dengan Noah amin. Muah! Lots of love from Riyadh..."

       Mesej dari Cik Su Madeena di Facebook dibaca oleh Dian dengan tekun walaupun terselit rasa hampa kerana dia sangat berharap cik su akan berada di sisinya ketika majlis bertunang kelak. Namun, insan bernama Madeena sentiasa tahu akan cara untuk memujuk hatinya itu.

       Mungkin inilah detik yang paling sesuai setelah misinya untuk satukan semula keluarganya terkabul jua dan bahagia yang seterusnya datang berturut-turut menyerikan lagi hidupnya ini. Kalau benar Noah bakal imamnya, moga Allah dekatkan mereka dan satukan mereka dengan ikatan perkahwinan.


        Bunyi 'notification' di kotak mesej Facebook mematikan lamunan Dian dan terus dia tersenyum setelah melihat kiriman chat yang dihantar oleh  si pengirim bernama 'Noah IW' .

"Amboi...online je kerja dia eh!  Pergi tidur, esok ada kelas pukul 8 pagi :)" - Noah

"Amboi paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih :P"  -Dian

"Student tak bagus tidur lambat :P" -Noah

"Seorang COO pun tak bagus tidur lambat. Boo kalah!" -Dian

Noah tersenyum sendirian di hadapan laptopnya membacakan jawapan balas Dian di Facebook.

"Okay let's together shut down this laptop and go for bed :)" -Noah

"Ok je! Dalam kiraan 1..2..." -Dian

"Wait!" -Noah

"What? Grrrrr" -Dian

"Te Amo." -Noah

"Huh maaf saya orang Malaysia tak faham Spanish." -Dian

Dian mengulum senyum sambil menunggu jawapan dari Noah di Facebook sengaja ingin melihat akal lelaki itu.

"HAHAHA I know you knew it HAHAHA but it's okay, just because you are my fav girl I'm willing to say it again and again that I LOVE YOU DIAN AMEENA. Counting the days..and you'll be my official fiancee yabedabeduuu! :))" - Noah

"Keep your I LOVE YOU words when we officially get tied the knot. We need to have the limit even tho had get engaged alright my dear future fiancee. So, good night and salam alaik !" -Noah

    Balasan mesej di Facebook dari Dian yang terakhir itu makin membuatkan cinta Noah pada gadis itu makin menebal hari demi hari. Dian Ameena..disimpan pesona dirinya sebaik mungkin demi bakal suaminya yang akan dinikahinya nanti. Tak dipamer apa yang tidak sepatutnya pada tatapan yang lain, hanya untuk bakal suami dan ayah kepada anak-anaknya.