Tuesday 4 August 2015

The Healing Love - Part 40


       Setelah  lima hari meluangkan masa bersama Cik Su Madeena di tempatnya di Riyadh, kini masanya untuk Dian dan Puan Maria pulang ke tanah air tercinta menaiki penerbangan Emirates ke KLIA.
Berat hati Dian untuk berpisah dengan Cik Su Madeenanya namun dia terpaksa akur dan walau ditahan air matanya daripada gugur dari tubir mata, akhirnya air jernih itu tertitis juga sehingga dia tersedu-sedu.

"Hey...no crying please. I may cry when seeing you crying my darling. Insya Allah nanti cik su balik okay?" Kata Puan Madeena kepada Dian yang sedih untuk berpisah dengannya.

"Bila?"

"I'll try my best to be back by June masa cuti sekolah. Dah tak mau sedih-sedih, hodoh la nangis ish."

"Madeena take care okay, anything call us. Nanti balik inform la...we all will be loving and missing you dik." Celah Puan Maria yang menyembunyikan sebak. Lantas dipeluk kakaknya itu untuk melepaskan rindunya yang sudah lama tidak bersua.

    Pengumuman di ruang airport mengumumkan bukaan balai berlepas penerbangan Emirates ke Malaysia menambahkan lagi sedih dan sebak Dian terutamanya.  Entah bila lagi bisa bertemu bersama satu-satunya ibu saudaranya ini. Sudahlah masa selama hampir empat belas tahun sudah tersia begitu sahaja dan sesekali dia tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi dalam keluarganya.

"Alright, time's up...it's the time to boarding. See you next time insya Allah. Have a safe journey back home!" Ucap Puan Madeena kepada Dian dan kakaknya.

"Bye cik su...nanti Skype okay?"

"Okay sayang...sekarang hajat cik su dah tercapai walaupun berjauhan dengan Meena dan mama sebab keluarga kita dah bersatu dan Meena tidak ada alasan lagi untuk menangis. One more thing, update cik su pasal calon bakal menantu anak saudara cik su ya? I don't want to miss any single thing about it."

Dian tersenyum sedikit mendengarkan ayat-ayat cik sunya itu. Pasti dia akan berkongsi cerita tentang hal itu kerana cik sulah satu-satu ibu saudaranya yang dia ada dulu, kini dan selamanya.


                      *********************************************************


 Salam, hello Fath do you know when is exactly Dian and her mom will be back in Malaysia?

W'salam hey apa cerita lama tak contact kau Noah? Eh kau tak tahu ke dia orang sampai esok, kalau flight tak delay pukul sebelas sampai la katanya. 

Serius? Siapa ambil dia orang kat airport nanti?

Eh betul la..aku lepuk kang nanti nak? Anyway, rasanya tak tahu lagi siapa yang ambil nanti cause abah Dian pergi Kalimantan ada kerja kat sana time dia orang sampai. 

Oh k thanks babe :)

                           
       Sedang Fath khusyuk dengan phone dia, Kak Sharmaine datang dan masuk senyap-senyap sengaja ingin memeranjatkan adiknya itu.

"Hah! Mesej dengan buah hati la tu!"

"Oh mak kau sundal bolong pakai kain berkemban! Eh! Mak kau hijau eh akak! Hish...terkejut la orang. Tak reti nak ketuk dulu ke bagi salam sebelum masuk? Main terjah je...."

Kak Sharmaine tergelak terbahak-bahak mendengarkan adiknya yang melatah secara spontan dek kerana terkejut dengannya tadi.

"Ha ha ha! Fath latah apa tadi, ulang balik ha ha ha! kalau mak kakak sundal bolong, mak Fath apa eh?" Kak Sharmaine tidak dapat menahan dirinya daripada terhambur ketawakan adiknya.

Sudahnya dengan Fath sekali terbahak-bahak ketawa bersamanya.

"Akak la punya pasal ni..terkejutkan Fath lagi! Tak pasal-pasal mama dapat nama."

Kak Sharmaine ketawa lagi kali ini lagi kuat bunyi kekekkannya sehingga senak perutnya.

"Okay, okay enough! Mak aihh sakit perut kakak dibuatnya..tapi serius kelakat gila tadi bila Fath melatah!"

Fath hanya menulikan telinganya malas nak terjebak dengan kakaknya yang ketawa sakan akannya yang termelatah tadi.

"Okay, ni masuk terjah bilik ni nak apa?" Fath cuba mengalih topik.

"Nak cari sundal bolong berkemban! HAHAHAHA!" Balas kakaknya menyambung lagi ketawanya sehingga berair mata.

"Okay, fine..gelaklah puas-puas. Huh!"

"Fath mesej dengan buah hati eh?"

"Tak, Noah okay..."

"Aik sudah bertukar buah hati ke?"

"Alahai, nak kena maki dengan Dian? Noah tanya bila Dian balik sampai sini so Fath kata la esok pagi...."

"Oh begitukah? Hmm...Fath adikku sayang yang paling cantik di dunia..."

"Hmmm mula dah dia...ini mesti ada something nak minta tolong kan?"

Kak Sharmaine tersenyum penuh makna.

"Hee..Kak Sharmaine dah survey baju pengantin tapi kan masa kakak pergi hari tu Fath pula tak ada so this time I want to ask you to go with me to the boutique. Try baju yang kakak suka tu, well actually I gave the designer my dream wedding dress's design and dah siap pun cuma belum cuba."

"Oh begitukah? Ha...okay jom!"

"Haih pergi dengan seluar pyjama? You crazy or what?"

"Eh astaga! Okay Fath mandi dulu tunggu kat bawah tau..nak tunggu dalam bilik pun okay jugak ha ha ha."

"Penakut! Siang-siang ni mana ada sundal bolong Fath oiii.."

"Ceh!"

                                   ***********************************************

          Perjalanan terus tanpa sebarang transit melegakan hati Dian kerana tidak perlulah mereka berlama untuk sampai di Malaysia nanti. Rindunya pada dua sahabat baiknya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu rasanya.

      Kini dalam kurang tiga jam dia bakal mendarat di KLIA sebelum pulang ke rumah mamanya di Pahang.
Betapa bersyukurnya dipanjatkan kepada Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu kerana dia dan mama berjaya menunaikan umrah dengan lancar sekali dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mereka di sana.

"Malaysia...I'm coming back!" Omelnya sendirian di tempat duduknya di dalam pesawat tersebut.

Dek kerana teruja untuk pulang ke tanah air, matanya tidak betah untuk pejam dan dia layan filem yang terdapat di dalam skrin interaktif di hadapannya itu manakala mama sudah lama dibuai mimpi indah barangkali.


                                 ***************************************************

          Pagi ini seperti biasa, sebelum ke pejabat Noah akan bersarapan bersama daddy dan uminya terlebih dahulu sebagai alas perut dan tidaklah dia berlengah setibanya di pejabat untuk bersarapan lama-lama di kafe bawah pejabatnya. Bolehah dia menyudahkan kerjanya yang berlambak yang perlu dibereskan.

"Hai..happynya orang tu pagi ni?" Ujar Puan Nasha Emily hairan melihat anak bujangnya gembira semacam.

"Tak nak share?" Tambah uminya lagi.

"Dian dengan mama dia sampai hari ni dari Riyadh. Noah nak minta izin daddy nak jemput dia orang kat airport boleh? Sebabnya, abah Dian tak boleh jemput sebab dia ke Kalimantan kerja.."

"Of course my son. Anything for my future daughter in-law!" Selamba jawab Encik Razuan Wong sambil menghirup teh buatan isterinya tersayang.

"Thanks daddy!"

"By the way we got an important meeting with Skyview Property at 9 a.m this morning and what time they will be arrive?"

"If fight is not delayed, by 11 a.m. daddy.."

"Oh...if that case, I'll let you go earlier."

Bertambah manis senyuman Noah tatkala mendengar 'lampu hijau' daddynya itu.

"Lepas ambil dia orang nak bawa ke mana? Rumah mak cik Maria kan kat Pahang?"

"Noah rasa Noah bawa dia orang transit sini dulu, esok kan Sabtu? Noah hantar esok je la..okay tak umi?"

"Hmm brilliant! Boleh la umi jumpa bakal besan dan menantu umi he he he..."

Noah mengenyitkan matanya kepada uminya sambil menyuapkan roti bakar ke dalam mulutnya.
   

                                           ****************************************

        Kini Dian dan Puan Maria telah pun selamat mendarat di KLIA dan sedang menunggu bagasi mereka di tempat mengambil bagasi.

"Betul ke Noah nak ambil ni?" Soal Puan Maria lagi untuk kali ke tiga.

"Ya mama...dia pesan tunggu kat sini sampai dia sampai. Mungkin dia dah on the way kot."

"Hmm okay...bakal menantu mama nak ambil."

Dian memegang tangan mamanya "Mama! Ish..behave please.."

"Alright darling.."

       Usai selesai urusan mengambil bagasi, mereka ke kafe berdekatan di dalam KLIA untuk minum-minum sambil menunggu kedatangan Noh untuk menjemput mereka.


                                       *******************************************

    "Daddy...Noah minta diri dulu okay? Mesti Dian dengan mama dia dah ada di airport dalam setengah jam lagi. Bimbang jalan jammed je dekat tengah hari." Kata Noah meminta izin dari daddynya untuk keluar dari bilik mesyuarat itu.

        Setelah 'diluluskan' untuk keluar dari bilik tersebut, patas Noah melangkah keluar dan bergegas untuk ke tempat parkir kereta di aras bangunan bawah dimana Camry Hybrid putihnya diparkir.

     Sebelum sempat dia melangkah keluar dari muka pintu pejabat, Tengku Citra menyapanya dari jauh.
Dalam hati Noah berkata "Duh, time-time nilah dia nak muncul..."

"Where are you going? The meeting is not finish yet..." Ujar Tengku Citra yang baru selesai ke tandas.

"Oh..Dato lepaskan I, okay I'm in hurry right now want to go fetch up someone." Jelas Noah.

"Who? Your brother?" Tebak wanita itu inginkan jawapan yang spesifik.

"No..someone very important and special to me!" Balas Noah dengan sedikit tegas.

"Yalah...siapa?"

"My fiancee and her mom. Okay bye!" Tanpa berlengah Noah terus hilang dari situ dan menuju ke lif untuk segera ke KLIA bimbang Dian dan mamanya menunggu lama.

Tengku Citra terkesima seketika di situ.

"Oh..he's been engaged to someone! Yet still not married and available.." Omel Tengku Citra sendirian.

       Kemudian, barulah dia melangkah masuk kembali ke dalam bilik mensyuarat untuk menyambung semula sesi perbincangan mereka tadi. Fikirannya kini tidak seperti awal-awal tadi kerana terganggu dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Noah sebentar tadi.

"My fiancee and her mom..." Kata-kata Noah itu bermain di benaknya sehingga dia ditegur oleh ayahnya, Tengku Maher yang perasaan akan dirinya yang tidak fokus ketika perbincangan diadakan.

"Tengku Citra, I would let you to explain in details of the design that will be constructed for the new unit condominium to our partner."

Tengku Citra tersentak dan tak tahu hujung pangkal saat ini. Mujur Katrina ada di sebelahnya memberi petunjuk secara diam-diam melalaui tulisan di kertas kerjanya.

"Thanks." Ucap Tengku Citra pada setiausahanya sebelum menerangkan tentang reka bentuk kondominium yang bakal mereka bina secara terperinci.



                                          *****************************************
   
         Dian dan Puan Maria sedang menikmati sarapan untuk kali kedua di sebuah kafe terletak dalam lapangan terbang tersebut sementara menunggu kedatangan Noah untuk menjemput mereka berdua.

"Dah setengah jam ni batang hidung bakal menantu mama tak sampai-sampai ni?" Omel Puan Maria setelah dikerling jam di pergelangan tangannya.

"Sabarlah sikit...sabar itu kan separuh daripada iman. Ha panjang umur tu dia dah sampai!"

Kelihatan Noah mendapatkan mereka dengan penuh senyuman manisnya yang bisa menggugat hati mana-mana perempuan di saat ini. Segaknya lelaki ini berkot dan berkemeja! Puji Dian secara sembunyi di dalam hati pada masa yang sama lega apabila dapat bertemu semula dengan Noah setelah dua minggu memendam rindu yang terbuku di hati.

"Assalamu'alaikum..sorry lambat tadi ada mesyuarat." Kata Noah masih tersenyum manis.

"Wa'alaikumusalam eh tak apa...bukan lama pun baru je sampai dalam setengah jam tadi. Susahkan Noah je nak ambil kita orang kat airport lepas tu nak hantar ke stesen bas pulak."

"Stesen bas?"

"Yalah, boleh kan Noah hantar mak cik dengan Dian ke stesen bas? Nak balik rumah la Noah ish.."

Noah tersenyum lagi. Alahai...omel Dian di dalam hati.

"Siapa kata saya nak hantar mak cik dan Dian ke stesen bas?"

"Aik dah tu? Takkan nak culik kita orang pulak?" Tambah Puan Maria cuba berlawak.

"Saya bawa mak cik dan Dian ke rumah umi dulu..esok saya hantar balik Temerloh okay? Hari ni rehatlah dulu kat rumah boleh borak-borak dengan umi."

"Oh..langkah kanan la kita ya Meena? Bagus juga idea Noah tu...so jom kita beransur? Noah mesti nak masuk office pulak lepas ni kan?

"Ikutkan hati saya nak ambil setengah hari je hari ni mak cik tapi banyak kerja bertimbun macam Gunung Everest yang nak kena siapkan."

"Oh..tak apalah nanti apa pulak kata Dato Razuan Wong nanti membebel pulak macam datuk kebayan."

Noah tergelak mendengarkan mama Dian menggelarkan daddynya 'datuk kebayan'.


                                        *********************************************

         Setibanya mereka di rumah keluarga Noah, Puan Nasha Emily, umi Noah sudah pun menunggu di depan pintu rumah menyambut kedatangan Dian dan mamanya ke rumahnya. Sungguh teruja wanita berusia lima puluh tahun itu melihat Dian dan Puan Maria setelah lama tidak bertemu.

"Apa khabar anak perempuan umi seorang ni? Sihat? Macam mana umrah?"

"Alhamdulillah...sihat umi. Umrah was so awesome umi..umi makin cantiklah!"

"Ish ada-ada je Dian ni..Maria apa khabar? Ada jodoh kita berjumpa lagi ya.."

Setelah bersalaman dan berpeluk dengan Dian, umi Noah berlaga pipi dan berpeluk dengan Puan Maria, mama Dian.

"Umi ni suka sangat, over the moon gitu bila 'bakal menantu dan besan' datang ke rumah."

Tak semena-mena pipi Dian hangat kemerahan menahan malu rasanya nak masuk dalam kain.

"Eh mari masuk kita makan dulu, umi masak special tahu Dian dengan mama nak datang."

"Thank you umi..segan pulak Dian asyik datang rumah umi tapi umi tak pernah pun pergi rumah Dian."

"Itu tunggu...tak lama lagi datanglah umi..tapi bukan sebarang datang tapi datang 'berhajat'."

Dian keliru dan bingung akan kata-kata yang dimaksudkan oleh umi Noah itu.

Sementara Noah sudah tersenyum-senyum sejak dari airport lagi.

"Datang la ke Pahang pulak berjalan tengok Sungai Pahang, nanti saya masakkan menu famous ikan patin masak tempoyak untuk Kak Maria ya? Bawa semua sekali tau.. mesti seronok makan ramai-ramai."

"Insya Allah memang berhajat nak ke sana pun..nantilah kita rancang. Nah pinggan makan...makan Dian jagan malu-malu nanti lapar anak umi ni." Ujar Puan Nasha Emily dengan ramah.

Dalam benak Dian ligat berfikir akan 'hajat' umi Noah itu sambil menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan.


                                                ************************************

               Usai mesyuarat bersama dengan syarikat hartanah  Datuk Razuan Wong, Tengku Citra dan ayahnya Tengku Maher pulang ke pejabat mereka menaiki satu kereta. Kebetulan setiausaha Tengku Citra menaiki keretanya sendiri dari rumah lagi terus ke syarikat tersebut. Kini hanya mereka berdua serta pemandu yang memandu mereka ke Skyview Property.

"Ayah tengok tadi Citra tak fokus langsung pasal our discussion. Why? Is there something bothering your mind?" Tanya Tengku Maher pada anak sulungnya itu.

Tengku Citra memandang wajah ayahnya. Patutkah dia bertanya tentang Noah pada ayahnya lebih-lebih lagi mengenai urusan peribadi lelaki itu.

"Citra? Come on...why?"

"Err...ayah, anak Dato Razuan tu dah bertunang ya?" Dengan teragak-agak Tengku Citra bertanya pada ayahnya.

Tengku Maher tersenyum mengerti akan pertanyaan anaknya itu.

"Bertunang? Setahu ayah belum lagi...kalau ya mesti Dato' Razuan jemput ayah untuk ke majlis pertunangan anaknya. Kenapa tiba-tiba Citra tanya pasal Noah dah bertunang?"

"Huh? Err...just asking. Tapi.."

"Tapi apa? Noah itu baru je habis belajar..baru nak graduate. Takkan dah bertunang dan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Citra sukakan Noah?"

Tengku Citra tersentak mendengarkan persoalan ayahnya itu.

"Eh mana ada! Pandai-pandai je ayah ni..cukuplah apa yang Citra dah lalui selama ni ayah.Parutnya masih ada..dan tak mungkin dilupakan sebegitu sahaja."

"Ya ayah faham..tapi lumrah manusia inginkan teman hidup dan berkasih-sayang. Barulah saling melengkapi, macam ayah dengan ibu.."

"Itu ayah dengan ibu...bukan Citra. Citra cuma tak sanggup terluka buat kali kedua."

"Gagal kali pertama tak bermaksud gagal kali kedua Citra. Selagi bukan suami orang, Citra berhak untuk mendapatkan lelaki itu. You deserve to be happy honey."

Tengku Citra hanya tersenyum hambar dan wajah Noah berlegar di mindanya. Entah kenapa sejak pertemuannya dengan COO dari syarikat hartanah tersebut membuatkan dia ingin mengenali lebih lagi akan perihal lelaki yang bernama Noah Ismail Razuan Wong.
                                           

No comments:

Post a Comment

nuffnang