Thursday 27 August 2015

Kerana Dendam Itu



           Amanda telah menjadi mangsa rogol oleh Fernando, datuk bandar di kampung mereka. Oleh kerana terdesak atas sebab ingin menyelamatkan diri, Amanda tanpa sengaja mencenderakan Fernando yang ghairah akan dirinya.
     
            Fides, isteri Fernando tidak melepaskan sewenangnya akan perbuatan Amanda lantas membuat wanita terpedaya itu dipenjarakan sehingga mati. Carmela yang masih kecil terpaksa berpisah dengan ibunya dek kerana insiden tersebut.

           Carmela ikut secara senyap mak cik, sahabat baik maknya ke hospital untuk melawat datuk bandar tak guna itu. Dari situ semua rahsia busuk datuk bandar terbongkar di depan matanya.

          Rupanya ayah Carmela bukan mati sebab kemalangan tapi sengaja mati dibunuh oleh Fernando sendiri! Lebih parah apabila mak cik kawan baik mak Carmela menyaksikan sendiri insiden tragis itu. Fernando yang tergilakan akan Amanda kemudian boleh mendapatkan wanita cantik pujaan ramai itu tanpa halangan. Carmela turut tahu bahawa ibunya dirogol oleh datuk bandar itu dan diperdaya sehingga dipenjara.

           Sejak itu, Carmela hidup berpaksikan dendam demi mempertahankan hak ibunya. Dia dibesarkan oleh nenek Wagay di Manilla bersama beberapa budak lain yang dianggap sebagai adik-adiknya. Carmela yang sekarang bukanlah Carmela yang dulu.

         Saat bertemu di dalam LRT melihatkan Catarina atau Carmela, hati Yago berasa cinta sedang mekar di jantung hatinya. Hari demi hari mereka akhirnya menjadi kawan baik dan punya rasa cinta yang masih tak terluah.

    Ketika cinta sedang mekar antara mereka, Carmela dapat tahu siapa Yago yang sebenarnya yang berkait rapat dengan dendam masa lampaunya.

     Nak tahu selanjutnya? Tengoklah ye! Tak sempat di tv3 tengok kat tonton.com.my uolls!

Yang penting, lakonan mantap Marian Rivera tak pernah menghampakan uolls lolss.


To add on, dia pernah berlakon dengan husband dia jugak dingdong dantes dalam Endless Love dan Dangerous Love. Fuhhh! Syok..

Happy watching peeps!



No comments:

Post a Comment

nuffnang