Salam and morning my honeydew..selamat menghadiri kelas pada hari ini dengan tenang dan ceria.
Btw, I'm so sorry to inform that can't make it for our lunch date this afternoon. Tomorrow insya Allah..anything will update you. ILY :)
Dian sudah maklum bahawa tanggungjawab yang digalas Noah kini lebih berat dan mencabar sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat keluarganya itu. Maka dengan itu dia seharusnya sentiasa menyokong tunangnya itu walaupun apa jua yang berlaku.
"Hoi! Apa kau dah kurang siuman senyum sorang-sorang ni? Ni mesti encik tunang ganteng mesej ya?"
"Jealous?"
"Aku? Jealous? Hell no! I'm not so desperate to feel so okay?"
"Lunch nanti makan sama ya? Lunch aku dengan Noah cancel last minute."
"Oooo...masa ada Noah aku ni ibarat halimunan dah depan mata kau eh? Tak guna punya member..okay fine.." Fath buat-buat merajuk.
"Uh tak kuasa aku nak pujuk..."
Fath terkesima melihat Dian berjalan meninggalkannya di belakang. Akhirnya dia yang terkejar-kejar untuk bersaing berjalan bersama dengan sahabat baiknya itu.
**************************************
Noah menekan butang interkom bagi menghubungkannya dengan Siti Sherry, setiausahanya.
"Siti, pukul berapa meeting I dengan Tengku Citra?"
"Erm..based on the schedule here by 10 a.m. at our office. Why?"
Noah sempat mengerling jam di pergelangan tangannya.
"It's five minutes to ten now..biasanya dia selalu datang setengah jam awal even lagi awal kalau ada meeting."
"Aah ya tak ya jugak..okay nanti saya try contact Tengku Citra..oh panjang umur!"
Belum sempat Siti Sherry menyudahkann ayatnya, kedengaran setiausaha Noah menyapa dengan ramah akan Tengku Citra yang baru melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"She's just reached here.."
"Good..please bring all the documents and fails regarding our new project please."
"Alright bos." Akur dengan arahan Noah, Siti Sherry pantas meletakkan ganggang di interkom lalu mendapatkan segala dokumen dan fail yang dikehendaki bagi perjumpaan dengan wakil dari Sky Dalton Property itu.
"Tengku Citra..please have sit in the meeting room first. Mr.Noah will be right there soon and by the way would you like coffee or tea?"
"Tea would be nice..just a spoon of sugar please. Thanks.." Ucap wanita yang sentiasa kelihatan ranggi dan anggun dengan caranya tersendiri.
Sebelum Noah bersedia untuk keluar dari bilik pejabatnya, bunyi deringan mesej masuk mematikan langkahnya. Adam.
Holla bro. How you doing? Lunch break nanti free? Come let's have lunch together? Aku belanja!
Yo! Aku ada meeting sekarang tak sure habis pukul berapa. Why not come over to my office then kita lunch sama, rindu jugak nak lepak dengan kau bro.
Cool..will be right there around 12.30 p.m more or less. See ya!
*******************************
"Assalamu'alaikum Citra..ingat tak jadi meeting dengan you hari ni. Jalan jammed ke?" Sapa Noah setelah masuk ke dalam bilik mesyuarat tempat mereka bakal berbincang tentang usaha sama yang sedang dijalankan.
"Wa'alaikumusalam..mestilah jadi. Jammed? Biasalah..KL. So shall we start now?"
"Yeah sure..so pasal each of unit condominium tu, we had been agreed of the final design of our architect. And now we could proceed with the implementation to the construction.
Sedang Noah rancak menerangkan isi perbincangan yang sepatut dibincangkan, Tengku Citra hanya menatap wajah lelaki itu tak berkedip dari awal sehingga akhir. Noah bukan tidak perasan tapi malas dilayan sangat dengan renungan wanita itu. Nampak macam psiko pun ada.
"Err Citra? Did you hear me?"
"Aah ya! Excuse me for a moment please.." Pinta Tengku Citra kepada Noah dan dua setiausaha yang ada di dalam bilik tersebut sebelum berlalu keluar menuju ke tandas.
Dibukanya paip air di sinki lantas disapu air yang diletakkan di tapak tangan sebelum diraup ke muka. Air mata dengan laju mengalir deras membasahi pipinya kini. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus.
"You need to be strong Citra! Be strong and have faith!" Ujarnya pada diri sendiri.
Seketika kembali, air mata kembali jatuh berjuraian melepaskan rasa sesak di dada bagaikan menikam-nikam parah sehingga lumat jantung hatinya kini.
Kenapa kau tak pandang aku setelah aku luahkan perasaan aku pada kau Noah!? Why!?
Hati kecil Tengku Citra menjerit sayu bersama air mata kecewa.
**************************************
Lama Noah dan dua setiausaha masing-masing menunggu di bilik mesyuarat sehingga jam menunjukkan hampir pukul 12.30p.m. Sudah lima belas minit Tengku Citra di tandas. Naik risau pulak setiausahanya, Katrina.
"Cuba you go and check on her in the ladies Kat.." Siti Sherry mencelah turut bimbang akan Tengku Citra.
Dari awal tadi lagi dia dapat tangkap riak wajah COO Sky Dalton itu sedikit pucat dan tidak ceria seperti sebelum ini. Mungkin perasaan dia barangkali. Sedangkan Katrina tidak perasan pun akan perubahan seperti tersebut pada majikannya.
"She looks unwell Kat..her face is pale." Noah bersuara tiba-tiba lantas air muka Siti Sherry mempamerkan riak bersetuju sekali dengan kata-kata Noah itu.
"Told you Kat! Bos you tak sihat.."
"Hmm..kejap I pergi tengok dia."
Tidak lama setelah Katrina keluar untuk melihat keadaan Tengku Citra di tandas, kelihatan wajah Adam muncul di sebalik pintu kaca bilik mesyuarat bertegur dengan Katrina. Noah lantas bangun mendapatkan sahabat lamanya itu dan berjabat mesra.
"Dah habis meeting bro?" Tanya Adam.
"Well basically not yet..maybe will be postponed."
"Oh I see..eh tak apa kalau lambat pun aku boleh tunggu tak ada hal. Kau settle dulu kerja kau.."
Noah tersengih dan matanya kini menangkap ke arah Tengku Citra yang berjalan dengan lemah cuba dipapah oleh Katrina. Cepat-cepat dia mendapatkan wanita yang hampir longlai dan rebah itu.
"What on earth is happened on her Kat!? Citra..Citra..you dengar tak?" Panggil Noah dengan cemas.
"Dia hampir nak rebah kat toilet tadi. Nasib saya cepat!"
Adam yang masih disitu cuba turut membantu dengan menyuruh Katrina membawa Tengku Citra ke sofa tetamu berdekatan dengan meja Siti Sherry. Siti Sherry yang nampak keadaan Tengku Citra yang tidak berdaya dari dalam bilik mesyuarat kelam kabut keluar untuk melihat.
"Cik Citra! Ya Allah..bangun Cik Citra..Encik Noah tolong ambilkan segelas air kosong di pantri now.." Arah Siti Sherry dengan separa panik. Katrina pulak cuba mengipas memberi kelegaan pada majikannya itu.
"Nah air.."
"Panas badan Cik Citra ni!" Kata Siti Sherry sambil mengambil segelas air yang dihulur Noah bagi memberi minum kepada Tengku Citra.
"Uhuk! Uhuk! Ayah..ibu..Citra tak kuat.." Kedengaran Tengku Citra berkata-kata dalam tidak berapa sedar lebih kepada meracau.
"Citra..mengucap Citra. Ingat Allah.." Noah mencelah cuba menyedarkan wanita itu.
"Aku rasa baik bawa dia pergi hospital. Nampak lemah sangat ni.." Kata Adam.
Adam tanpa berfikir dan hanya niat ingin membantu terus mengangkat wanita bernama Tengku Citra dan bergegas menuju ke kereta untuk dibawa ke hospital untuk dirawat oleh doktor. Noah dengan Katrina ikut sekali sementara Siti Sherry tunggu di pejabat.
*********************************
Usai kelas pada pukul lima petang, Dian menelefon buah hatinya saja bertanya khabar. Masuk hari ini sudah seminggu mereka tidak berjumpa dek kerana tuntutan tugas masing-masing. Mujur mereka saling memahami antara satu sama lain.
"Hello..assalamu'alaikum...Noah dekat mana? Busy? Still in office?"
"Wa'alaikumusalam..nope Noah di Prince Court Medical Center right now."
Biji mata Dian buntang agak terperanjat. "What? Siapa masuk hospital?"
"Tengku Citra..dia pengsan di office tadi. Adam pun ada di sini..."
"Macam mana boleh pengsan? Ni Noah tunggu Tengku kat situ dengan Adam? Parents dia dah tahu?"
"Ada sekali..ingatkan Noah nak balik rumah solat, mandi lepas tu datang melawat semula."
Fath sedari tadi cuba mendengar apa yang dikatakan Noah di hujung panggilan.
"Oh..hmm kalau macam tu Dian dengan Fath pergi tengok sekaranglah. Sedang elok Noah balik semula ke PCMC kan? So, jumpa kat sana ya? Bye!"
"Siapa Tengku Citra?" Pantas Fath menyoal siasat Dian dengan tidak sabar.
"Co-worker Noah..anak owner Sky Dalton Property kalau tak silap Noah bagitahu aku hari tu."
"Oh..dah tu dia masuk hospital kau nak pergi melawat naik apa ni?
"Hee...ala kita kan buddy selamanya takkan terpisah! Please.....teman aku?" Dian memujuk Fath untuk membawanya ke pusat medikal di ibu kota.
"Nasib baik aku ni baik dan cantik! Tapi kau kena belanja aku dinner nanti..amacam?"
"No problem my darling baby..."
"Yakkk! Meremang bulu roma aku Dian!"
Dian tergelak seronok dapat menyakat sahabat baiknya itu.
****************************************
Silauan lampu yang menerangi bilik membuatkan matanya terasa berat sekali untuk dibuka. Beberapa ketika dipaksa juga untuk matanya dibuka. Kelihatan dirinya terbaring di atas sebuah katil, pemandangan di sekitar ruangan bilik sangat asing di matanya. Bau ubat-ubatan tajam menusuk hidung.
"Alhamdulillah..Citra dah sedar nak...macam mana boleh jatuh pengsan ni? Risau ibu tengok Citra.." Datin Mahirah menghampiri anaknya itu dalam riak yang kerisauan yang amat.
"Citra kat mana?"
"Hospital sayang...Citra pengsan tadi. Nasib baik Noah dengan Adam bawa Citra ke hospital."
Mendengarkan kenyataan dari mulut ibunya, mindanya kembali mengingati akan babak sebelum dirinya dibawa ke pusat perubatan Prince Court.
Ketukan pintu bilik bersama ucapan salam membuatkan Datin Mahirah menoleh dan menyambut huluran salam dari Dian dan Fath yang datang melawat Tengku Citra. Di tangan Dian terdapat sebuah jambangan bunga segar serta seplastik buah-buahan sebagai buah tangan untuk wanita itu.
"Dian Ameena...tunang Noah ya? Baru ini kali pertama aunty berjumpa depan mata..sebelum ni kenal nama je.. duduklah...ni pulak kawan ya?" Sapa Datin Mahirah agak tertarik untuk mengenali tunang Noah ini.
"Ya saya..ini Fath Dlina Rose kawan baik saya."
"Muka kawan Dian ni macam familiar la..artis ke?"
Kenyataan yang selalu membuatkan Fath lali dan kali ini sedikit lain. Ada pulak aunty ni ingat aku artis? Hot sangat ke muka aku yang cun ni? Gumam anak dara pewaris Empire Ritz Carlton itu. Geli hati pun ada.
"Taklah..saya bukan artis cuma biasa-biasa je aunty. Mungkin pelanduk dua serupa kot..."
"No...I'm so sure that I've seen your face many times in somewhere but couldn't recall it back..:
Bagaikan dejavu, Fath cuba berlagak tenang dan lebih memilih untuk tidak mendedahkan akan latar belakang keluarganya. Itulah Fath Dlina Rose, yang sentiasa rendah diri dan tak gemar menonjol. Dian sempat memuji sahabat baiknya itu secara diam.
"Hai Tengku, macam mana Tengku rasa? Feeling better?" Tanya Dian cuba berbual dan bermesra dengan wanita tersebut.
"Just call me Citra..by the way thanks for visit me." Jawab Tengku Citra sekadar berbasa-basi.
Dian mengukirkan sebuah senyuman lalu diletakkan buah tangan yang dibelinya di atas meja di tepi katil.
"Nanti Citra makan buah-buah ni okay? Semoga cepat baik...dan jangan lupa makan ubat ya?"
Sepi. Hairan Dian dan Fath melihatkan wanita itu seperti tidak suka akan kehadiran mereka di situ.
Mungkin kerana sakit membuatkan dirinya berasa tidak daya untuk berbual. Dian dan Fath membuat andaian mereka sendiri.
"You dah makan?" Fath mencelah setelah berlaku jeda di antara perbualan antara Dian dan wanita itu.
Hanya gelengan sebagai isyarat jawapan dari wanita itu.
"Makanlah sikit sayang...ibu suapkan nak? Ataupun ibu minta ayah belikan makan kegemaran Citra dekat kantin nak?"
"No.." Jawab Tengku Citra dengan lemah.
"Eh tak boleh macam tu..Citra kena makan at least sikit pun okay kalau tak perut masuk angin." Ucap Dian cuba memujuk.
"Aku cakap tak nak tak nak tak faham ke!?" Hilang sabar, sebaris ayat dingin dengan nada tinggi terkeluar tanpa disangka oleh dirinya sendiri lantas membuat Dian, Fath dan Datin Mahirah terkejut dengan suara lantang itu.
"Citra! Mind your words please." Tegur Datin Mahirah dengan tegas.
*************************************
"Dian rasa baik kami minta diri dululah aunty..mesti Citra nak berehat. Maaf kalau kedatangan kami menganggu Citra." Ucap Dian dengan sedikit rasa bersalah di hatinya. Mungkin sebab itu Tengku Citra tanpa sengaja tertinggi suaranya pada dia.
"Yalah, terima kasih sebab sudi datang melawat Citra. Aunty minta maaf bagi pihak Citra sebab tertengking pada Dian, mungkin dia tak sengaja. Lately ni dia tak berapa sihat. Kerja banyak kat office sampai jatuh sakit."
"It's okay aunty..Dian faham. Aunty tunggu ke malam ni kat sini?"
"Tak tahu lagi..belum bincang dengan ayahnya. Sebenarnya, aunty ada function dengan ayah Citra di Mandarin Oriental Hotel. Tapi dengan keadaan Citra macam ni..entahlah." Datin Mahirah meluahkan keluh di hatinya pada Dian dan Fath.
"Oh..samalah dengan daddy dan mama saya aunty! Entah-entah function yang sama yang aunty nak pergi ni." Dengan tiba-tiba mulut Fath ringan untuk mencelah.
"Really? Siapa ya nama your daddy and mama?" Soal Datin Mahirah berminat.
Alamak! Kenapalah mulut ni gatal sangat nak menyampuk bila orang tua tengah bercakap? Dah kena atas batang hidung sendiri. Dian pulak boleh pulak tersenyum penuh bermakna pada aku bukannya nak tolong back up.
"Err..err...daddy saya Iman Richard Douglas. Mama pulak Juhana Ismail Lazim."
"La...Fath anak CEO Ritz Carlton! No wonder macam familiar muka Fath ni..yalah barulah aunty ingat yang gambar you and your family ada dalam magazine Business. Tak sangka boleh berjumpa kat sini..husband aunty kenal sangat dengan daddy Fath tu."
Fath hanya tersenyum dan tersengih. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukakannya.
Mereka dihantar keluar oleh Datin Mahirah dari bilik wad Tengku Citra. Pada masa yang sama, Noah dan Adam muncul dari arah pintu masuk berjalan menuju ke arah mereka.
"Hai aunty..sorry lambat. Balik mandi, makan dan solat maghrib dulu tadi. Then, pergi ambil kereta Adam di pejabat. "
"It's okay...nasib baik ada hero-hero ini tlong bawakan anak aunty ke hospital. Terima kasih banyak-banyak ya gentlemen!"
"Korang dah nak balik ke?" Tanya Noah melihat pada si tunangnya dan Fath.
"Yup! Habis tu takkan nak kita orang bermalam kat sini kot ha ha ha!" Balas Fath sarkastik.
"Hmm..kalau macam tu biar aku hantar Dian balik hostel. Kau tak perlu susah payah nak patah balik ke Subang kan?"
"Oh Noah...kaulah sahabat yang sangat memahami aku! Thanks dude! So, kau balik dengan your Mr.Fiancee okay? Okay, I shall make a move now..bye!"
"Oh erm..Adam tak ikut sekali kan hantar Dian balik? Boleh tak kalau aunty nak minta tolong sangat dengan Adam boleh?"
"Tolong apa ya? Insya Allah kalau boleh tolong saya tolong.."
"Macam ni, aunty dengan uncle ada function di hotel. It's a very important one so..aunty nak minta jasa baik Adam untuk temankan Citra sekejap boleh? Kalau boleh suruh dia makan sekali...sebab dia tak makan apa-apa lepas sedar tadi. Boleh ya?"
Adam sempat menjeling Noah dan Dian yang turut mendengar permintaan Datin Mahirah.
"Okay..aunty dengan uncle pergilah function tu. Don't worry Adam temankan Citra."
Lega mendengar jawapan positif dari anak muda itu lantas Datin Mahirah menunggu suamninya, Dato Maher untuk kembali dari surau sebelum mereka terus ke hotel tersebut bagi menghadiri majlis jamuan. Sementara itu, Noah dan Dian mula beransur dari situ untuk ke asrma universiti Dian.
***************************************
Kakinya dibuka melangkah masuk ke dalam bilik wad yang tertera 'Tengku Citra Mahir' dengan perasaan sedikit gusar. Apa mungkin dia dihalau atau ditengking jugak seperti sebentar tadi setelah diberi peringatan oleh Datin Mahirah akan hal itu.
"Assalamua'laikum...hai." Ucapnya setelah menutup pintu bilik. Terasa sedikit janggal kerana kini hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu.
Mendengarkan suara itu, Tengku Citra menoleh dan menjawab salam dengan perlahan sekali tapi sempat ditangkap di pendengaran Adam.
"Err...your mom..asked me to accompany you while she and your dad go for a function. A really important one...." Dengan teragak-agak Adam bersuara.
Kelihatan bubur nasi yang terletak di atas meja di hujung katil tidak terusik langsung lantas Adam teringat akan pesanan ibu wanita ini untuk memujuknya makan. Tanpa berlengah, dia mencapai magkuk berisi bubur itu lalu mengambil duduk di tepi Tengku Citra bersedia untuk menyuapkan ke mulut wanita itu.
"Come..makan sikit nanti makin lama you will be staying here." Adam sempat lagi berjenaka.
Tengku Citra hanya menjeling dan mengeluh. Tidak dibuka langsung mulutnya disaat lelaki itu menyuakan satu sudu bubur ayam yang enak di mata Adam.
"Hmmm! It's perfect even hospital's food..you should have a try of it..like seriously.." Kata Adam sambil menyuapkan bersudu-sudu bubur ke dalam mulutnya sehingga tinggal separuh.
Tengku Citra buat-buat serius dalam menahan dari meletuskan tawa melihat gelagat Adam yang berusaha memancingnya untuk makan.
"I got you! You tak suka makanan kat sini..yeah I knew makanan hospital selalu tak mendapat tempat di hati penghuni hospital kan? So..apa kata you tunggu sini kejap okay? Jangan pergi mana-mana!"
************************************
Dua puluh minit kemudian, Adam kembali bersama sebungkus chicken chop yang cukup menyelerakan siapa-siapa sahaja terutama si penggemar ayam. Kebetulan, menepati citarasa Tengku Citra yang sukakan makanan barat. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang sahaja.
"Here you go..okay buka mulut! Aaaa!" Adam menyuapkan makanan yang dibelinya di kantin hospital.
Kali ini Tengku Citra terpancing dengan umpan Adam yang berjaya memujuknya untuk makan.
"Okay?"
"Bolehlah..."
"Bolehlah je? Sedap ke tidak?"
"Ya sedap...thanks."
"I guess you need someone to feed you after this. Sebab lepas ni I nak terbang balik dah."
"Where to?"
"London. Why? Nak ikut ?" Mulut Adam terukir sebuah senyuman miring.
"Nonsense. Never mind, I can take care of myself. No worries.." Balas Tengku Citra.
"Takkan you tak teringin nak kahwin ada family sendiri?"
"I used to be married before and being divorced..." Jujur Tengku Citra lalu membuatkan jeda seketika perbualan antara mereka.
"I'm...sorry..." Itu yang terpancul dari mulut Adam bersama rasa simpati.
Tengku Citra hanya tersenyum hambar lalu meneguk jus oren yang dibeli oleh Adam tadi.
"Err..."
"Adam..panggil Adam." Seperti dapat mengagak apa yang ada di fikiran wanita itu Adam terus menjawab tanpa soalan dari wanita itu.
"Adam...terima kasih sebab tolong bawa I ke sini."
"Well bukan I seorang je bawa you ke sini..Noah sekali.Dia yang drive you ke hospital. So he also deserves the thanks."
Air muka Tengku Cira berubah mendadak mendengar nama 'Noah'.