Friday, 24 April 2015

The Healing Love - Part 3

                   Fath Dlina Rose yang Dian kenali merupakan seorang yang bergaya, berkarisma dengan caranya tersendiri, hanya menjadi dirinya sendiri dan berpendirian. Walaupun tidak bertudung, dia sangat menjaga solat. Teringat Dian sewaktu di rumah Fath, dia berjemaah bersama keluarga Fath untuk solat maghrib diimamkan oleh daddy Fath. Sebak menyelubungi di ruang hati Dian untuk merasakan suasana bersolat jemaah bersama-sama sebegitu.Baginya, nikmat itu merupakan peluang manis yang tidak ternilai.
Fath sentiasa memberitahunya dan Dian tidak menafikan.

"Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdhal daripada solat bersendirian."
Hadis riwayat Muslim

            Keluarganya sangat menitipkan solat berjemaah terutama solat subuh,maghrib dan isyak bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain. Setelah solat, daddynya akan memberi tazkirah ringkas dan padat. Beruntung sungguh Fath dikurniakan dalam sebuah keluarga yang bahagia.

                 Telefon bimbit di atas meja berdering menandakan panggilan masuk. Dian tersedar dari lamunannya itu lalu tangannya mencapai handphone tersebut.

"Assalamua'laikum Meena, apa khabar sihat ke?" Kedengaran suara yang amat dikenali dari corong telefon namun Dian masih terdiam sepi bagaikan hilang kata-kata.

"Meena... hello? Meena okay tak ni? Macam mana kolej hari ini?" Tanya si pemanggil tanpa berlengah apabila Dian masih menyepi.

" Ya wa'alaikum salam. Meena sihat cik su, kolej okay je hari ni macam biasa." Perasaan Dian berbaur tetapi   masih terselit rasa gembira dengan panggilan yang diterima itu. Panggilan dari jauh yang dinanti-nanti.
Panggilan dari mak saudara yang dirindui.

" Mama tak datang melawat ke? Hari ini Meena makan apa? Cik su rindu kat Meena" Rancak Pn.Madeena bertanya pada Dian.

Dian pun rindu pada cik su. Ingin sahaja Dian menyebut ayat itu namun hanya di dalam hati.
"Mama dah datang minggu lepas so minggu ni tak datang. Tadi makan nasi goreng patayya dengan ABC. Dah habis kerja ke?"

"Dah..baru sampai rumah. Esok cik su cuti by the way Meena nak present apa for birthday nanti?"

"tak payahlah susah-susah, tapi kalau nak bagi pun boleh juga, special punya." Teruja Dian

"Okay apa dia?"
"cik su!"

"Hahaha tak muat kotaklah sayang. No seriously, tell me Meena nak apa nanti cik su pos okay. What about abaya?"

"Abaya ke kebaya? apa benda tu?" Musykil Dian. Kedengaran tawa dari hujung telefon.

"Abaya ala macam jubah. Tapi disini panggil abaya, abaya kat sini cantik-cantik Meena. Okaylah cik su bagi abaya ya, lagi nak apa?"

"Cik su...Meena nak cik su." Jawab Dian selamba

"Ish budak sorang ni, kalau nak cik su hujung tahun ni okay, cik su balik raya. Ujar Pn.Madeena.

"Betul ke? okay cun!" Ceria Dian sehingga Pn,Madeena dapat merasakan betapa gembiranya anak saudaranya menantikan kepulangannya ke tanah air.

"Meena, nanti kita chit chat lagi ya. Cik su nak call Mikail pula nak tanya macam mana exam dia. Bye sweetheart!"

"Okay, kirim salam pada dia ya. Take care."

"Meena Skype lah dengan Mikail, Mikail tanya pasal Meena tau. Lama dia tak jumpa Meena since 12 years ago. Ingat sangat dia pada Meena cuma tak ingat muka katanya."

Air liur terasa payah untuk ditelan Dian apabila Pn.Madeena menyebut pasal Mikail, sepupunya itu. Dia tahu cik su berusaha untuk merapatkan semula mereka sepupu sepapat yang sekian lama tidak bersua.
Apatah lagi dengan Hakim, adik kedua Mikail belum pernah Dian bertemu dan kenal. Macam mana agaknya rupa mereka. Bisik Dian.



                                                       ***************************



           Assignments yang sedang disiapkan dibiar diatas meja dengan laptop yang masih terbuka. Fikirannya masih memikirkan tentang perkara itu. Tidak pernah lupus malah masih jelas di benak. Kenapa semua ini harus terjadi, kenapa dia yang diuji sebegini. Kadang-kala terfikir apakah dia tidak layak untuk menikmati seperti mana yang dinikmati oleh orang lain. Mengapa harus dia?
Jauh Dian Ameena termenung tenggelam dalam duniannya.


             Betapa dia cuba untuk cekalkan dan teguhkan hati memberi dirinya sendiri  bahawa harapan sentiasa ada. Hanya masa yang menentukan dan menyatukan kembali sebuah keluarga yang berpecah-belah. Tuhan tahu masa yang paling tepat dan Dialah juga Maha Mengetahui sejuta hikmah tersingkap disebalik itu.
Itulah harapan yang tersimpan kemas di hati kecil Dian dan berharap termakbul suatu hari kelak.


              Bukan sifatnya untuk menghakimi sesiapa untuk apa yang telah  terjadi. Tetapi jikalau dapat diputarkan waktu, ingin dia membetulkan segalanya malah ingin dia mengelakkan daripada terjadi langsung.Namun, kehendak Allah tidak dapat ditolak. Sungguh jelas lagi terang apabila Allah menyebut

"Jadilah! Maka jadilah ia." 
Surah Yassin ayat 82


          Jam menunjukkan 5.35pm, kalut Dian bersiap-siap untuk ke rumah datuk Fath. Fath menjemputnya untuk majlis tahlil allahyarhamah moyangnya yang baru meninggal dunia minggu lepas akibat sakit tua. Tanpa disangka moyang Fath yang sihat tiba-tiba jatuh sakit kemudian menghembuskan nafas terakhir beberapa hari kemudian setelah mereka pulang dari melawat abang ketiga Fath di United Kingdom. 

      Walaupun Dian tidak pernah berjumpa dengan moyang perempuan Fath, namun Fath selalu menceritakan pasal moyangnya itu dan jelas sekali bahawa amat dalam sayang Fath pada moyangnya.Rasa sedih menyelubungi Dian ketika Fath dengan suara yang tersekat-sekat memberitahu tentang pemergian moyangnya.


"Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali"
surah Al-baqarah ayat 186

             
     Bunyi telefon Dian menandakan mesej masuk.

" Salam, aku ada kat bawah ni cepatlah." Mesej Fath pada Dian

Tudung Ungu dipakai Dian tanpa memilih lalu mencapai beg tangan bimbang Fath membebel.



                  
                                               ********************************

                            

          Majlis tahlil berjalan lancar seperti yang dirancang dan dihadiri oleh saudara  dan rakan-rakan terdekat keluarga Fath. Semua adik beradik sebelah daddy Fath datang kecuali Aunt Lydia kerana dia menetap di UK bersama suaminya. Sebelum jamuan makan, diadakan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh imam yang dijemput diikuti bacaan tahlil. 

             Sedari tadi lagi Dian perasaan bahawa seperti dia diperhati oleh seseorang. Yang pasti, seseorang yang tidak dia kenali. Rasa serba salah dan tidak selesa dibuatnya.

"Fath, sini sekejap. Kau nampak tak yang berdiri dekat pintu ? Siapa tu?" Tanya Dian 

"Yang mana satu?" Fath bertanya pula

"Yang baju warna biru laut. Dari tadi asyik tengok-tengok aku. Apa tak pernah tengok orang ke? Tengok, dia pandang lagi." Omel Dian pada Fath sambil menyuapkan pulut panggang ke mulutnya.

"Oh itu Adam, sepupu aku anak Uncle Ian. Dia sebaya dengan abang ngah aku. Berkenan kot." Usik Fath

Tanpa disedari, susuk tubuh yang memerhati Dian dari tadi hilang dari pandangan mata Dian.

Seketika, hampir melatah Dian apabila disapa oleh orang yang asyik perhatikan dia sejak tadi yang sekarang ada di hadapannya. Buat aku terkejut sahaja. Omel Dian.

"Hai, Fath who is this?" Tanpa berlengah Adam bertanya pada Fath.

"Hey! Well this is Dian Ameena, my course mate at the college. Still single but not sure if available." Jawab Fath penuh dengan senyuman mengusik.

Dian hanya tersenyum malu sempat lagi dia membulatkan mata pada Fath. Sebuah senyuman manis terukir buat sang arjuna yang asyik perhatikan dia dari tadi.

"Dian orang mana?" Mula Adam bertanya setelah Fath beredar menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut selain memberi peluang kepada Adam berborak dengan Dian personally.

"Being born in Penang but raised in Pahang." Jawab Dian seperti selalu apabila ditanya soalan sedemikian.
Dia sendiri pun keliru nak bagitahu yang mana satu. Senang bagitahu dua-dua. 

"I see, so orang Penang lah ni. Anyway, ever in my life never been there." Kelihatan Adam ingin Dian bercakap lebih banyak. Ada sesuatu yang ada pada Dian yang membuatkan dia ingin lebih tahu malah teruja untuk tahu. Dari jauh Dian nampak mysterious atau lebih tepat reserved. 


Dian hanya menjawab sepatah dua sahaja setiap soalan yang ditanya Adam. Baginya Adam tidak perlu tahu lebih-lebih tentang peribadinya. 


         Fath tiba-tiba muncul dengan seorang yang agak berusia disisinya. Manis berselendang hitam dengan seri manik-manik di baju orangnya. Dian terus mendapatkan Fath lalu bersalaman dengan neneknya, Datin Sri Normala. Fath memperkenalkan Dian dengan neneknya yang dipanggil grandma. Selalu juga Fath menyebut  tentang neneknya namun baru kali ini Dian berkesempatan untuk bertemunya. Nenek Fath sempat untuk menjemput datang ke rumah pada bila-bila masa lapang pada Dian.Bolehlah sembang lama-lama.

         Usai majlis tahlil, Dian terjebak sekali lagi dengan pujukan rayu Fath untuk tidur di rumahnya. Oleh sebab hari sudah lewat malam dan bimbangkan Fath seorang-seorang memandu pulang, akhirnya Dian mengalah.

       Esoknya, dia ke kelas berbajukan baju Fath. Yalah tidak disangka dan dirancang untuk tidur di rumah Fath kerana sehelai baju pun dia tidak bawa untuk ke kuliah. Hanya sehelai sepinggang berbaju kurung untuk majlis tahlil. Tidak akan sesekali dia memakai semula baju kurung yang telah dipakai, masam!




           

No comments:

Post a Comment

nuffnang