Dua hari menjelang pernikahan antara Dian Ameena dan Noah Ismail Wong dan segala perancangan berjalan dengan lancar sekali kerana dibantu oleh pelbagai pihak termasuk sahabat-sahabat Puan Maria.
Debaran kian terasa terutama bakal pengantin yang akan bertukar status kelak dalam masa empat puluh lapan jam lagi.
"Meena..." Panggil Puan Maria setelah menguak sedikit pintu bilik anak daranya itu sebelum melangkah masuk menghampiri Dian yang sedang duduk di atas katil.
Diusap dengan kasih rambut Dian yang panjang mengurai sampai ke bahu. Senyuman dihadiahkan buat anak gadis kesayangannya itu.
"Entah masa manalah besar anak mama sorang ni. Tengok-tengok dah nak kahwin..."
"Kan..Meena pun tak sedar bila masa Meena besar."
Kedua anak beranak itu masing-masing diulit rasa sebak dan sayu. Perasaan yang sukar digambarkan, bercampur-baur.
Puan Maria mengelus lembut kedua tangan Dian sebelum meneruskan katanya
"Meena nanti dah jadi isteri Noah, patuh pada suami ya sayang. Layan dan jaga suami dengan penuh rasa kasih dan cinta seikhlas dari hati Meena...lepas ni Meena bukan lagi bawah tanggungjawab mama dan abah. Syurga Meena akan jatuh di bawah tapak kaki suami Meena, Noah. Mama hanya boleh doakan kebahagiaan anak dan menantu mama."
Puan Maria menahan air jernih daripada jatuh menitis. Dadanya sebak bergelora.
"Mama..insya Allah Meena akan cuba buat yang terbaik Meena untuk jadi seorang isteri yang baik dan solehah. Walaupun lepas ni Meena bukan lagi bawah tanggungan dan tanggungjawab mama...tapi I'm still your baby mama..sobs sobs! Mama adalah nyawa Meena dan tulang belakang Meena sampai bila-bila. Meena sayang mama sampai infiniti!" Dian meluahkan isi hatinya dengan nada kendur lalu memeluk erat Puan Maria dengan syahdu sekali.
"Lah ni kenapa sedih-sedih? Sepatutnya kita semua happy sebab nak dapat menantu hengseng lagi dua hari. Ini tak..sedih dan dramatis pula!" Muncul Puan Madeena, cik su kesayangan di sebalik pintu bilik.
Dian dan Puan Maria mengesat air mata yang jatuh di pipi. Kantoi!
Mereka akhirnya tertawa sama-sama.
****************************************************
Dian sedang dipakaikan inai oleh Cik Su Madeena pada malam ini. Lega hatinya kini kerana semua hajatnya yang diingini terkabul sebelum dia mendirikan rumah tangga. Inilah saat atau momen yang paling dia tunggukan selama ini. Semua sudah bersatu dan berkasih sayang seperti dulu-dulu. Semua ini tak akan terjadi kalau bukan atas pertolongan Fath dan Noah juga dan termasuk Cik Jue, mak su Fath. Dian tersenyum sendirian.
"Haih! Senyum sorang-sorang ni..dah tak sabar nak kahwin la tu!" Ucap Cik Su Madeena.
"Eh mana adalah cik su ni. Dah siap ke ni? Lenguh dah tangan Meena ni.." Keluh Dian.
"Sabar...sikit je lagi."
"Dian!!! Oh my god...makin berserinya kau sejak nak kahwin ni beb!" Muncul Fath dari luar rumah.
"Aku ingat kau tak jadi nak datang dah tadi huh! Bikin cuak je.."
"Alololo sorry la darling...KL stuck macam biasa jammed gila. Kan orang balik pejabat. So semua dah siap? Ada apa-apa nak tolong?"
"Hmm..tak ada apa kot. Semua dah dibereskan. Jom pakai inai sekali beb!"
"What? Kang tak pasal-pasal orang bash aku kata kahwin ha ha ha."
"Kalau Fath nak, cik su boleh pakaikan. Banyak lagi ni inainya.."
"Jomlah Fath! Ala..biarlah mulut orang bukan boleh tutup pun. Tak semestinya kau berinai bermakna kau dah kahwin. Tapi bagus jugak orang ingat macam tu tak adalah kau kena kacau heee!"
Akhirnya Fath mengalah dan membiarkan jari tangannya dilukis dan 'diconteng' dan dipakaikan inai oleh Cik Su Madeena.
**********************************
Teringat selalu wajah kekasihku
Saaku menuai lagu
Cuba engkau dengarkan
Kutuaikan nada lirik lagu sederhana
Kuceritakan kisah tentang kita
Peluklah tubuhku
Bila engkau rapuh
Saat kau mula terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini syurga kita
Tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertakhta
Tenang sayang
Ku pasti akan datang
Yakinlah aku datang menjemputmu
Jangan menangis
Hapus air matamu
Yakinlahku tetap milikmu
Tenang sayang
Kutepati janjiku
Kerna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku
Matilah dipelukanku
Biar seluruh jagat raya tahu
Bukan sahaja Dian yang merasa debaran malah bakal pengantin lelaki turut dilanda keresahan. Apatah lagi Noah yang akan menghadap tok kadi untuk melafazkan akad dan nikah nanti. Untuk mententeramkan hati dan jiwa, gitar dipetik dan dia bernyanyi dengan sepuas hatinya.
Satu per satu tergambar di fikirannya akan setiap episod kehidupan yang telah mereka sama-sama lalui sehingga sampai ke peringkat ini. Segala usaha yang dilakukan demi memenangi seorang Dian Ameena yang telah mencuri hatinya ini sejak kali pertama mereka bertemu.
Dari keindahan sepasang mata gadis itu, bagaikan ada suatu misteri yang disembunyikan. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dan lebih memilih untuk memendamkannya daripada dicanang satu dunia. Itulah yang Noah dapat ekpresikan tatkala dia perhatikan gadis ayu bernama Dian Ameena pada suatu ketika dahulu.
"Tak ada tempat lain ke nak duduk? Situ...kan boleh duduk juga!" Dian membentak dan berpaling sedikit dari duduknya.
Noah tersenyum tapi sedikit pun tidak berkecil hati.
"Salah ke kalau nak duduk sini? Tak ada pun tulis nama kau kat sini?"
Dian mendengus kecil. Menjeling tajam ke arah lelaki yang asyik mendekatinya itu sejak dia masuk kelab drama dua minggu yang lepas.
"Okay tak ni? Any problem here in university? Maybe I can help?" Tanya Noah cuba menggali jawapan disebalik raut wajah yang tak ceria Dian.
"Menyibuk je!"
"Orang tua-tua kata berkawan biar beribu...bercinta biarlah satu. Aku cuma concern manalah tahu junior aku ada masalah kat sini bolehlah aku tolong mana yang mampu."
"Tak ada apa-apa."
"Ye ke ni? Habis kenapa muka cemberut macam terlebih cuka ni? Kalau ada apa-apa jangan dipendam sorang..cuba luahkan atau kongsi dengan orang yang kau rasa boleh percaya. Kalau tak sampai satu tahap bommm! Meletup."
"Ke homesick ni?" Sambung Noah setelah gadis itu masih sepi tanpa kata.
Belum apa-apa, Dian dah bangun dari duduk di bangku kayu di hadapan taman kolej untuk beredar dari situ.
"Eh nak pergi mana tu? Tunggu nak ikut!" Laung Noah bersama sebuah senyuman manis di bibirnya.
Gadis itu tidak pernah gagal dalam membuatnya senyum sehingga sekarang. Bukan sekali malah berkali-kali dia cuba untuk rapat dan mengenali lebih dalam dengan pelajar dari Fakulti Komunikasi itu. Mujur kerana kelab drama mereka akhirnya menjadi rapat hari demi hari.
"Haih! Bukan main lagi senyum dia...Naz dah duduk sini dekat sepuluh minit tak habis lagi senyum! Ini parah ni..mesti penangan Dian Ameena."
Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tertunduk.
"Cinta Naz..satu anugerah dari Dia yang datang tak diduga pergi pula tak disangka."
"Poem Shakespears eh?" Naz berlawak.
"Naz dengan adik dah cuba baju untuk majlis along nanti? Amacam?"
"Cantik! Just nice...along, nervous tak nak salam tok kadi lusa?"
"Boleh tahan cuak jugaklah ha ha ha. Basically, susah nak explain kau tunggulah bila turn kau Naz."
Naz telan liur dalam mempamerkan riak wajah yang manis dihadapan abangnya itu.
*****************************************
Hari yang dinanti-nantikan kini akhirnya tiba jua. Mengambil berkat penghulu segala hari yakni Jumaat untuk melangsungkan akad dan nikah serta majlis resepsi di sebelah keluarga pengantin perempuan.
Satu dewan hotel penuh dan meriah dengan kehadiran para tetamu undangan.
Dian kini berada di bilik yang ditempah khas di tingkat tujuh hotel berkenaan untuk bersiap sebelum dibawa turun untuk majlis akad nikah selepas maghrib nanti. Fath sentiasa ada disisinya ketika saat yang dia perlukan seseorang untuk menenangkan dan memberi kata-kata perangsang.
"Pengantin perempuannya...dah siap? Tok kadi dengan pengantin lelaki dan keluarga dah sampai."
Bagaikan berhenti seketika degup jantung Dian mendengarkan ayat-ayat dari mulut Mak Cik Normah, sepupu mama sebelah arwah nenek.
"Ingat aku pesan apa? Selawat banya-banyak..." Ujar Fath tenang.
Dian menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali.
Fath meletakkan mahkota di atas kepala Dian beralaskan selendang putih yang menutupi kepala sahabatnya itu sebagai persiapan terakhir.
"Beb, kau cun sangat malam ni! Rasa macam tak sabar pulak aku nak kahwin heeee!"
Dian tersenyum cuba berlagak tenang dalam sepasang baju pengatin putih rekaan khas untuknya.
"Semoga kau dengan Hakimi cepat-cepat ke jinjang pelamin....lepas ni giliran aku makan nasi minyak kau."
"Amin....makbul doa kau Dian."
"Apa-apa pun lepas ni, walaupun kau dah jadi isteri orang...kita tetap kawan,sahabat, hunny bunny bestfriend okay? Aku sayang kau Dian...lillah ta'ala!"
"Insya Allah...dah kau jangan nak buat hal nak emo time aku dah siap cun melecun ni!"
Mereka akhirnya ketawa dan secara tak sedar debar di dada Dian kian surut.
***********************************
Kesejukan penghawa dingin yang mengisi ruang ballroom Hotel St.Gills The Garden tidak terasa kini dek kerana kehangatan debaran yang menguasai dirinya disaat ini. Dari jauh di tengah sudut bakal suami yang akan berjabat tangan dengan tok kadi dalam bila-bila masa dari sekarang.
Wajah mama, Cik Su Madeena, umi Noah dan Fath bersilih ganti dilihatnya. Semuanya nampak tenang dan gembira untuk majlis ini. Semua mata kini tertumpu kearahnya dan Noah di tengah-tengah sudut yang dihias seperti singgah sana kecil untuk melakukan akad nikah.
"Noah Ismail Bin Razuan Wong..." Seru tok kadi yang berumur dalam lingkungan lima puluhan.
"Saya."
Dian telan liur dan cuba mengawal perasaannya.
"Aku nikahkan dikau berwakil wali akan aku dengan Dian Ameena Binti Daud dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai...." Ucap tok kadi tersebut.
"Aku terima nikahnya Dian Ameena Binti Daud dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai..." Noah melafazkan dengan tenang sambil berjabat tangan dengan tok kadi.
Sesaat kemudian...terdengar tok kadi dan para saksi mengucapkan "Alhamdulillah..." sambil meraut muka termasuk Noah.
"Tahniah beb! Dah sah!!!" Kedengaran Fath membisikkan di telinga Dian.
Bagaikan sepintas kilat semuanya berlaku dan kini Dian Ameena telah pun bergelar isteri yang sah kepada Noah. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Puan Maria dipeluknya erat kemudian diikuti Puan Madeena, ciksunya.
Kelihatan Noah, suaminya datang menghampiri lalu duduk melutut untuk sesi menyarungkan cincin pernikahan mereka. Tetamu yang hadir kini meghurungi singgah sana bagi menyaksikan dengan lebih dekat sesi tersebut sekaligus untuk merakamkan gambar pernikahan Dian dan Noah.
"Nanti jangan lupa cium tangan suami Meena.." Bisik Puan Madeena di telinga untuk mengingatkan anak saudaranya itu.
Kini barulah empat mata tepat memandang antara satu sama lain setelah lafaz akad dan nikah diucap Noah. Bagaikan terpaku dengan kejelitaan Dian Ameena yang sudah pun bergelar suri hidupnya kini. Debaran di dada kian terasa bagaikan nak tercabut. Hebat sungguh panahan cinta ini!
Puan Nasha Emily setia memegang sebuah kotak baldu berisi sebentuk cincin emas yang disuakan kepada Noah. Naik lenguh pun ada.
"Along..tunggu apa lagi? Sarunglah cincin tu pada Kak Dian..." Tegur Nazman, adik lelaki Noah.
Terus mati lamunannya dan mengambil sebentuk cincin yang ditempah khas berukir namanya dan Dian di situ untuk disarungkan kepada isterinya yang baru dinikahi.
Lampu-lampu 'flash' dari kamera berkelip-kelap di sekeliling kedua pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ini demi merakam momen-momen indah mereka pada malam ini.
Ya Allah..tolonglah tenangkan hatiku ini ya Allah. Omel Dian ketika matanya tepat memandang ke dalam mata suaminya yang bernama Noah itu. Segaknya suamiku malam ni! Hengsengnya...ah cair!
"Beb..hulurlah tangan kau nak sarung cincin tu!" Bisikkan Fath mematikan lamunan Dian yang terpukau dengan ketampanan suaminya yang baru dinikahi tak sampai satu jam.
Mahu terloncat keluar jantungnya disaat dikucupnya tangan Noah, yang kini sudah bergelar suami kepadanya yang bakal mengetuai rumah tangga mereka selepas ini. Mungkin kerana ini kali pertama mereka bersentuhan. Tak keruan hati dibuatnya!
************************************
Sebelum Dian dan Noah disanding ke atas pelamin yang tersiap hias dengan cantik oleh perancang perkahwinan, mereka terlebih dahulu menukar persalinan yang telah tersedia. Akhirnya, Noah bisa menarik nafas lega. Yang wajib sudah dilaksanakan dan kini Dian Ameena adalah tanggungjawabnya yang perlu dijaga sebaik mungkin.
Adam yang dipertanggungjawab untuk menjadi pengapitnya sedang ligat merapikan sampin yang terletak di badannya. Tajak di kepala diletakkan membuatkan dirinya tampil segak lagi bergaya.
"You look great bro! Too handsome to handle..." Puji Adam yang turut tampil ranggi berbaju melayu berwarna 'maroon' secocok dengan Fath sebagai pasangan pengapitnya pada malam ini.
Noah hanya tergelak kecil. "Alhamdulillah..thanks to you too bro for lending the hands for this event. I owe you a cup of coffee."
"Ceh a cup of coffee je? Seems not worth enough lol!"
"Yelah..tunggu selesai semua ni nanti adalah ganjaran baik punya khas untuk kau. No worries!"
"You got me kidding well..cukup kau doakan aku dengan Tengku Citra dipermudahkan segalanya untuk majlis kita orang pulak." Pinta Adam dengan tulus.
Noah meletakkan tangannya di pundak sahabatnya itu.
"You guys are always in my prayers. Insya Allah...aku doakan korang cepat bertunang dan langsungkan hari besarnya tiga bulan dari sekarang." Ujar Noah bersama sebuah senyuman kepada Adam.
"Okay..pengantin perempuan dah siap. Come! Don't make the guests waiting..." Tiba-tiba muncul perancang perkahwinan muncul disebalik pintu bilik suite yang menempatkan pengantin lelaki.
Tanpa berlengah mereka beredar dan bersiap untuk turun ke ballroom hotel untuk diarak masuk hingga ke pelamin yang tersergam indah hasil ilham perancang perkahwinan yang terkemuka Redzuwan Ismail.