Monday, 6 July 2015

The Healing Love - Part 24



        Setelah Dian pulang ke Kuala Lumpur sejak perbalahan tanpa disengajakan dengan kedua ibu bapanya, dia bermalam di rumah Fath dan belum pulang ke asramanya di universiti. Hari Isnin dia ke kelas bersama Fath dari rumah sahabatnya itu. Sakit di hati masih terasa sehingga kini. Mungkin masa akan menyembuhkan tetapi satu yang dia pasti bahawa sesekali takkan lupus dari ingatannya melainkan dia menghidap amnesia.

"Hey, cheer up sikit. Nanti orang tanya kenapa muka masam macam kena tempoyak." Fath bersuara di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke universiti.

Dian senyum dibuat-buat untuk sedapkan hati sahabatnya itu.

"Dian...tak ada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Where there is a will, there is a way! Insha Allah semuanya akan baik-baik je."

"Harapnya macam tulah." Pendek jawab Dian acuh tak acuh.

"Kau okay ke tak nak stay rumah aku for few days more? Aku bukan apa, risau kalau kau sorang-sorang kat bilik hostel."

"Aku belum terfikir nak bunuh diri la..aku tahu lagi dosa pahala. Aku okay, jangan risau..."

"Ha...orang kalau emosi tak stabil, dia tak fikir apa dah. Kalau ada apa-apa nanti inform aku terus tau!"

"Ya, thanks..." Ucap Dian sedikit tersenyum.


                                         *****************************************


 "Assalamua'laikum! Hi Cik Dian Ameena, sihat? Natasha kirim salam rindu untuk awak dan saya kirim ini untuk awak..." Noah menegur Dian setelah nampak gadis itu di depan dewan kuliah. Ada sahaja sesuatu yang dilakukan untuk menceriakan hati Dian. Bagaikan tahu-tahu je yang Dian sedang bersedih.

"Wa'alaikumusalam, alhamdulillah....masih bernafas di atas bumiNya. Terima kasih Noah, Dian masuk dulu."

"Dian! Kejap, are you okay?" Tanya Noah.

"Err..okay."

"Sure? I know what had happened to you. I'm sympathy..."

"You knew what?"

"Err..so okay, nanti kelas habis pukul sepuluh kan? Noah pun sama, jadi kita jumpa tempat biasa boleh? So that we could talk more?"

"Alright, got to go now bye."



*******************************************************


         Sejurus Dian duduk di sebelah Fath dalam dewan kuliah, diletakkan sejambak gubahan coklat di atas mejanya lalu menarik perhatian sahabat baiknya itu.

"Wah...ada orang dapat bunga la! Eeee untunglah, kita tak ada siapa nak bagi."

"Excuse me, ini bukan bunga ini coklat. Nampak ni, Ferrero Rocher lagi tau!" Ujar Dian dengan bangga.

"Yelah whatever tapi still aku jealous tau, asyik-asyik kau aje dapat bungalah, coklatlah.." 

"Dah tu, suruhlah buah hati kau hantar jugak. Nah ambillah, banyak coklat ni. Yang hari tu pun ada lagi tak habis. Aku bukannya kedekut tahi hidung masin." Kata Dian selamba.

"Betul ni? Okay thanks!" Fath teruja lalu mengambil beberapa biji coklat dari jambangan gubahan tersebut."

Tidak semena itu, Dian memukul tangan Fath serta-merta membuatkan sahabatnya itu terkejut.

"Oh mak kau pocong! Dah kenapa, kata suruh ambil?" Fath melatah.

"Hoi, melatah kau ye? Memanglah aku suruh ambil, tapi janganlah ambil banyak sangat tu tamak namanya. Tinggallah sikit ke aku, aku nak merasa jugak."  

"Pulak dah? Okay, sorry..eh kau tak pernah bagi apa-apa ke dia?"

"Siapa?"

"Ish, Noah? Aku tengok balik-balik dia yang bagi kau itulah, inilah..kau pulak bagi apa?"

Kenapa Dian tak perasan ya selama ni yang dia tak pernah pun sekali membalas pemberian lelaki itu. Hanya dia sahaja yang menerima segala macam pemberian dari Noah.  Sungguh pun dia tahu yang memberi itu lebih baik daripada menerima tapi mengapa sampai dia tak teringat akan hal sedemikian? Serba salah menebal dalam dirinya sekarang.

"Err...aku tak tahu nak bagi apa kat dia. Kau tahu tak dia suka apa?"

Fath berfikir sejenak tentang apa kesukaan Noah.

"Ha! Aku tahu, dia minta game kan? Gila PS3 kan? Apa kata kau belikan dia game baru?"

"What? Alahai, aku manalah tahu pasal game semua ni, idea lain?"

"Erm...baju? t-shirt? Kau belikan warna favorite dia. Okay?" Fath memberi cadangan.

"Aah kan? Apasal aku tak terfikir selama ni kan? Kau teman aku pergi shopping boleh?"

"Oh itu no problem!"

"Hee thanks my honey bunny bestfriend!" Ucap Dian dengan ceria. Terlupa sebentar dia akan kesedihan hati yang melanda sejak Sabtu baru ini.


                               ************************************************


 "Cik su, Meena tak tahu nak buat macam sekarang ni. Meena buntu..." Luah Dian kepada Cik Su Madeena di telefon.

"Buntu? Hmm...apa kata Meena minta maaf pada mama? Alah, mama mesti maafkan Meena sebab dia sayangkan Meena sangat."

"Tapi...macam mana dengan ab.." Dian tak jadi menyebut nama abah tirinya itu pada cik su kerana dia tahu wanita itu sangat membencinya.

"Meena sayang...cik su sentiasa ada dengan Meena walau apa pun yang berlaku. Meena dah macam anak cik su sendiri tau. Kalau mama marah Meena, cik su ada untuk support Meena. Jangan sedih sangat, nanti tak lawa..." Pujuk Puan Madeena dengan lembut.

"Meena sakit cik su, hati Meena sakit sangat!" Dian menitiskan air matanya yang ditahan.

"Ya cik su tahu, tapi semua bukan dalam kuasa kita sayang. Cik su dengan arwah nenek pun sedih. Meena satu-satunya cucu sulung dia, tak dapat dia tengok Meena membesar depan mata. Dia pergi pun tak sempat jumpa Meena."

Air mata Dian semakin deras mengalir turun ke pipi mulusnya.

"Meena nangis ke sayang? Janganlah nangis, nanti cik su pun nangis..." Suara Puan Madeena mula sebak.

"Meena...cuma...rindukan arwah nenek dengan tok ayah. Dah lah tok ayah Meena tak pernah jumpa sejak lahir. Lepas tu, mama pisahkan Meena dengan nenek. How could her!"

"Meena, Meena sabar ya sayang...Meena kan good girl. Kalaulah arwah nenek masih ada, mesti dia happy cik su dapat cari dan jumpa cucu kesayangan dia seorang ni. Meena tahu tak, dia pesan pada cik su suruh cari Meena sampai jumpa walaupun dia dah tak ada lagi kat dunia ni?"

"Cik su...Meena nak jumpa cik su, I need your hug...."

"Okay, nanti kita jumpa weekend ni ya. Meena nak jumpa dekat mana? Ke nak datang rumah cik su?"

"Meena ingat nak jumpa kat mall, Meena nak pergi One Utama nanti Sabtu ni dengan Fath."

"Fath?"

"Kawan baik Meena, yang jumpa dengan cik su masa main ice skating hari tu?"

"Oh...anak tauke hotel tu! Baik, Meena janji dengan cik su satu perkara boleh?"

"Apa dia?"

"Janji dengan cik su yang Meena takkan sedih-sedih macam ni lagi. Enough is enough, simpan air mata Meena tu untuk perkara lain yang lebih bermakna. Cik su susah hati tau bila anak buah cik su sedih dan menangis. Janji ya?"

"Insha Allah...I love you cik su."

"I love you more than you know..." Puan Madeena tersenyum ikhlas biarpun Dian tidak dapat melihatnya.


                                           *******************************************


       Dian melangkah masuk ke dalam Kafe Uncle Sam untuk bertemu dengan Noah setelah selesai kelasnya pada pukul sepuluh pagi. Kelihatan Noah sudah sampai dan tengah menunggunya di salah sebuah meja di suatu sudut kafe tersebut. Lelaki tersebut sedang leka bersama telefonnya.

"Hi, dah lama tunggu?" Sapa Dian sambil melabuhkan duduk di hadapan Dian.

"Haih dah setahun, berjanggut dan beruban tau? Kenapa lambat?" Omel Noah.

"Pergh..melampau nampak? Ala..sorry la lecturer tu yang kasi keluar lambat, marahlah dia!"

"Heee tak adalah Noah baru lima minit sampai. Noah pun terlambat sebab pergi ke staff room kejap."

"Ish, menyampah! So, what do wanna talk about?" Dian bertanya dengan perasaan yang kosong.

"Hmm kot ya pun order lah dulu. Caramel latte or cappuccino?"

"Caramel latte lah..." Jawab Dian.

"Okay, give one Caramel Latte and one espresso please? Thank you." Noah memberi pesanan pada pelayan kafe yang sedang mengambil pesanan dari meja mereka.

"Makan Dian? Macaroni cheese or anything?"

"Tak payahlah, Dian kenyang lagi breakfast oats tadi. Itu je...thanks!" Ucap Dian pada pelayan lelaki itu.

"Okay now, dah order so what is it?" Soal Dian tak sabar.

"Hmm...pasal your parents and your aunt? Your family?"

"Yes, kenapa?"

"Fath had told me everything..."

"So?"

"Mama Dian ada called Noah hari tu, minta Noah tengokkan Dian kat sini."

"I can take care of myself, just get a life!"

"Dian...I know it's hurt you that much but please don't be like this."

"Be like what? You don't know nothing so better you shut up your mouth!" Dian bengang.

"Don't be so stubborn and heartless. You are a good and decent lady, so you know what is good and bad literally. By doing this, never solve a problem."

Dian pandang tajam kearah anak mata Noah. Nafasnya naik turun mendengarkan kata-kata sahabat baiknya itu.

"Look, I'm not intended to busy body in your family matter, but as a best friend I should advise you so that you are in a the best path."

"Just please be straight to the point, I don't need such your long introduction!" Dian mula tak sabar.

"Chill...kenapa nak marah-marah ni ha my 'honeydew' ? Dian yang Noah kenal, seorang yang sabar dan boleh menahan marah sampai merah muka. Cuba dengar dulu apa Noah nak cakap ni..." Noah bercakap dengan penuh lembut dan berhati-hati.

"Okay, fine...ha cakaplah."

"Mama nak Dian balik minggu ni, kalau Dian nak Noah boleh temankan Dian balik."

"For what I have to go back? For hurt my heart again and again?"

"Mama rindukan Dian, she's longing of you damn so much. Can't you get it?"

"Rindu? I don't think so, all these while she loves more that guy! That guy who ruins my family! Because of him, I lost my family up till now." Dian mendengus berat.

"Noah faham, tapi itu semua dalam kehendakNya. Dian tak percaya pada qada' dan qadar Allah? Allah mesti ada sebab untuk semua yang berlaku ini, dan kita tak boleh sesekali berputus harap dengan rahmatNya. Lihatlah orang yang jauh lebih susah dan terseksa dari Dian, bersyukurlah Dian..."

"No..you never get me, how hurt and irritating it felt until you feel it yourself!"

"Dian...the more you get mad, the more you will hurt yourself even your heart honey. Just move on and embrace. Time will heal everything my dear sweetie, insha Allah Allah akan kabulkan segala permintaan dan hajat Dian. Believe me..."

Dian hanya memandang kosong kepada Noah, tiada rasa ingin menjawab.

"Dian?"

"If there's nothing, please excuse me. Salam a'alaikum..." Dian ucap kepada Noah dan beredar.

"Dian! Wait..." Noah memanggilnya namun tidak diendahkan.



                                   ************************************************

        Hari Sabtu yang terik dengan sang mentari menyinari bumi dan seisi alam digunakan oleh Dian dan Fath untuk ke One Utama untuk mencari hadiah buat Noah. Hajatnya ingin mencari baju untuk lelaki itu.
Dari satu kedai ke satu kedai dimasuki mereka namun tiada satu pun berkenan di hati Dian.

"Dian...come on, nanny aku pun tak cerewet macam ni tau bila shopping baju untuk grandpa aku. Pilih je la banyak yang cantik-cantik ni kot. Tak faham aku!" Rungut Fath.

"Ish, sabarlah my honey bunny best friend....aku bukan apa sebenarnya rambang mata nyah!"

"Ha ni pun okay, cool gitu...sesuai sangat dengan mamat tu."

"Hmmm...yang ni pun cantik, macam mana ni?!"

"Senang, ambil je dua-dua!"

"Banyak hodoh muka kau, kau ingat aku cop duit? Satu ni pun dah berapa..."

"Ala, sekali-sekala...kalau nak bandingkan apa yang dia bagi kat kau lebih dari harga baju ni tau."

"Iyelah, okay aku ambil dua pasang ni."

        Kemudian, mereka bergerak keluar dari kedai baju tersebut dan menuju ke salah satu restoran yang dijanjikan untuk berkumpul dengan cik su dan Noah sekali. Rindu sungguh pada cik su untuk bertemu lagi lebih-lebih lagi setelah berlaku perkara yang tidak disangka pada minggu lepas di rumah mama.

"Cik su! Dah lama sampai? Hero-hero mana tak ikut?" Sapa Dian pada Cik Su Madeena yang sudah berada di dalam restoran yang dijanjikan.

"Adalah dalam sepuluh minit, dia orang ada tuisyen. Meena sihat sayang?"

"Macam cik su nampak, sihat kot he he... Noah sampai dulu ke cik su dulu?"

"Ehem, Noah sampai dulu. Gila, bosan tak ada buat apa kat rumah baik lepak datang sini. Oh by the way, umi, daddy and Naz send their regards to you." Noah senyum menampakkan lesung pipit di pipinya.

"Wa'alaikumusalam...Dian pun rindu pada umi dengan daddy. Tapi masa sangat mencemburui Dian gitu, eh jom order. Fath kau nak makan apa?"

"Erm...lamb chop will do good and vanilla milkshake please." Fath bersuara.

"Okay, give me fish and chip with ice green tea..Noah and cik su?" Soal Dian.

"I would like to have spaghetti carbonara  and jasmine tea." Cik su memberi pesanan.

"And me fish and chip with ice green tea same as her." Selamba Noah berkata.

Dian membutangkan matanya tak percaya. Noah sengaja mengikut apa yang dipesannya?

"Ehem ehem, serupalah dua orang ni order menu. Sehati sejiwa sangat!" Fath memerli dengan senyuman nakal.

Dian mencubit paha Fath sehingga gadis itu menyeringai sakit.

"Auch!"

"Fath? You okay?" Noah bertanya pelik melihat Fath kesakitan dan berkerut dahinya.

"Aaa..tak ada apa-apa..entahlah ada semut halus kot kat sini. Dia orang lupa nak spray kot." Fath berdalih sambil mata menjeling Dian.

"Meena, tak balik rumah mama ke? Merajuk lagi?" Tebak Puan Madeena.

"Uh? Err...nantilah Meena busy banyak assignments nak kena siapkan." Dalih Dian.

"Ingat pesan cik su semalam, cik su tak nak Meena sedih-sedih, nanti cik su susah hati."

Dian hanya memberikan sebuah senyuman kepada ibu saudaranya itu.

"Weh, bagilah beg tu pada Noah. Kang lupa pulak."

Noah memandang Dian tentang apa yang Fath katakan. Tanpa berlengah, Dian menyerahkan sebuah beg kertas yang mengandungi baju yang dibelinya tadi.

"Apa ni?" Noah pelik dan hairan sambil membuka beg kertas itu dan melihat isi di dalamnya.

"Pemberian Dian untuk Noah, selama ni Dian tak pernah pun bagi apa-apa kat Noah so hope you like it!"

"Eh eh, cantiknya baju ni. Cik su, see my new clothes!" Noah mengeluarkan baju barunya itu.

"Amboi...untuk Noah je ke? Cik su?" Puan Madeena sengaja mengusik.

"Alamak, sorry Meena terlupa! Nanti Meena beli ya?"

"Cik su gurau je lah... pandai Meena pilih baju, Noah suka bukan main nampak!"

"Haruslah suka, buah hati yang bagi kan kan?" Fath mencelah.

Dian mencubit lagi paha Fath secara diam-diam membuatkan sahabat baiknya itu terjerit kecil.

"Auch! Sakitlah..."

"Kenapa Fath? Semut lagi ke?" Soal Puan Madeena.

"Aah...banyak pula semut halus time-time ni..."

"Ye ke? Cik su tak nampak pun kan Noah?" Jawab cik su Dian pulak dengan muka blurr.

Boleh biru paha aku duduk sebelah Dian Ameena sampai sudah. Silap-silap, tinggal sebelah aje..Omel Fath dalam hati.


                                       *********************************************


              Usai makan di restoran tadi, ketika mereka berempat berjalan di sekitar dalam bangunan pusat membeli-belah tersebut, telefon Dian berbunyi panggilan. Mama. Dian dengan teragak-agak menjawab panggilan tersebut dengan berat hati.

"Meena...." Puan Maria kedengaran sebak sekali. Nafasnya naik turun di hujung talian membuatkan Dian berdebar-debar.

"Mama....ada apa?" Dian memberanikan bertanya.

"Abah Meena...abah.." Suara mamanya tersekat-sekat namun masih dapat ditangkap butir bicaranya.

"Kenapa dengan abah?" Dian mulai cemas.

"Abah masuk wad, heart attacked...sekarang ada di Hospital KL, baru transferred pagi ni."

"Ya Allah...mama tunggu situ Meena datang sekarang!" Jawab Dian dengan pantas.

Setelah talian dimatikan, Fath bertanya. "Dian, kenapa?"

"Abah aku...masuk HKL, heart attacked. Fath jom teman aku pergi sana."

"Biar Noah bawa Dian okay? Tenang Dian, insha Allah tak ada apa-apa akan jadi. Banyakkan bersabar,"

"Cik ikut Meena ya?" Puan Madeena bersuara.

"Aku ikut sekali Dian, tapi kau naik dengan Noah ya? Aku follow belakang." Jelas Fath.

"Okay jom, mama aku ada kat sana."

Mereka mempercepat langkah untuk keluar dari pusat beli-belah itu dan menuju ke Hospital Kuala Lumpur.
Menurut mama abahnya dimasukkan ke unit rawatan rapi CCU khas untuk pesakit jantung. Dalam fikirannya bermacam-macam andaian dibuat. Hatinya berdebar kencang memikirkan pelbagai kemungkinan. Segala marah dan dendam serta benci lenyap begitu sahaja akan ayah tirinya itu.


                                  **********************************************

               
        Sesampainya Dian di wad Cardiac Care Unit (CCU) di HKL, dia menerpa kearah mama yang sedang duduk di kerusi yang tersedia di luar wad itu.

"Mama! Meena minta maaf....I am so sorry..." Ucap Dian sambil memeluk erat mamanya.

Puan Madeena, cik sunya turut ada di situ menyaksikannya berpelukan dengan mamanya. Mungkin Puan Maria masih belum perasan akan kehadirannya dengan Noah dan Fath.

"Mama dah lama maafkan Meena...sentiasa maafkan Meena."

"Abah macam mana? Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Entah...mama tak tahu, kawan dia yang telefon bagitahu. Semua berlaku dengan cepat Meena."

Setelah sedar akan kehadiran tiga jasad yang masih berdiri memerhatinya dengan anaknya, matanya tertumpu ke salah seorang daripada mereka. Madeena! Wajah yang masih diingatinya selama ini, yang sudah berbelas tahun lamanya tidak dia lihat. Bagaimana wanita tersebut boleh ada di sini? Apa kaitannya dengan Meena? Soal Puan Maria di dalam hati.

"Meena...kenapa perempuan ni ada kat sini?" Soal mama Dian dengan sedikit tegas.

"Err...mama, ini cik su..Meena jumpa cik su tadi."

Tajam anak mata Puan Madeena menikam anak mata Dian. Cukup menggerunkan!

"Selama ni, Meena masih berhubung dengan perempuan ni? Tanpa pengetahuan mama?!"

"Mama..."

"Tell me the truth Dian Ameena!" Tengking Puan Maria dengan menyebut nama penuhnya menandakan dia terlampau marah.

"Yes! Why? Is it wrong? I have the right too." Jawab Dian berterus-terang.

"Dian Ameena, perempuan ni dah tak ada kena mengena dengan kita. Dia dah buang kita dari hidup dia! Siap mengaku anak tunggal lagi, mama tak kenal dia!"

"Mama..yang lepas tu biarlah lepas. Let's start new chapter in life please..." Rayu Dian hampir menangis.

Fath dan Noah hanya diam tak berkutik memerhatikan gelagat anak-beranak itu.

"No, sampai mati pun mama takkan lupakan apa yang dia dah buat pada kita. Mama takkan jilat balik ludah mama! Never! Hey perempuan, kau tak diundang untuk datang kat sini, baik kau pergi sebelum aku halau kau!"

Cik Su Madeena tunduk memandang lantai menahan marah. Dia tahu, selama ni dia terlalu keterlaluan pada kakaknya itu sama ada dengan kata-kata mahupun dengan tingkah laku. Tapi jauh di sudut hatinya sayangnya pada kakaknya masih menebal tidak kira walau bencinya pada darah dagingnya itu.

"Mama, perempuan ini ada nama.Madeena namanya!"

"Mama tak kira, kenapa dia datang sini? Tak cukup apa dia dah buat kat kita? And you Dian Ameena, why would you still keep in touch with this bitch!?"

"Mama, watch out your mouth and low down your voice! This is hospital... tak malu ke orang tengok?"

"Baik Meena suruh dia berambus sebelum mama naik hantu! Now! Jijik aku tengok muka kau!" Merah padam muka Puan Maria menahan marah.

Dian memandang cik su dan berharap semoga dia mengerti dan beredar seketika. Noah mengikut cik su untuk menemani wanita itu beredar. Hanya tinggal Fath disitu untuk menemani Dian dan mama.

"How dare Meena masih contact dengan perempuan tu? Senyap-senyap selama ni?"

"Mama, Meena bukan budak kecil lagi yang mama boleh control ikut suka hati mama. I have my own rights and I deserve to know whereabouts of my aunt and cousins! Please don't be too selfish." Dian memebela dirinya.

"Oh...habis tu Meena dah lupa apa yang dia dah buat selama ni? Dia caci, maki hamun kita depan semua orang? Simply like that you can forget it?"

"Mama, manusia kalau marah macam-macam boleh keluar dari mulut. Macam mama jugak sekarang ni. Sudahlah mama, Meena penat dengan semua ni. Kesianlah pada Meena, for about fourteen years mama...fourteen years!"

"You don't understand me... "

"Yeah I don't understand you and you don't understand me!"

"Dia dah mengaku dia anak tunggal dengan bersumpah Meena sekali dengan orang tua tu!"

"Orang tua tu mak kandung mama! And I'm sure there's must be misunderstanding about this!"

"No, dah jelas lagi terang semua bukti yang ada! Sejahat-jahat mama, mama tak mengaku mama anak tunggal!"

"Enough ma, just enough! Meena datang bukan nak bertekak dengan mama, Meena datang dengan niat baik."

"Okay fine...then behave yourself."




                              **********************************************

          Setelah melawat abahnya di CCU bertemankan Fath dan mama, Dian keluar menemui cik su dan Noah. Wajahnya sedikit muram dan sugul. Bermacam-macam sedang bermain di fikirannya saat ini.
Cik su terus mendapatkan Dian yang baru keluar dari bangunan hospital itu.

"Meena, macam mana? Semua okay?"

Dian tidak menjawab lantas memeluk kemas ibu saudaranya itu dan menangis teresak-esak. Cik su mengusap lembut belakangnya dengan penuh kesian. Dicubanya untuk menyelami isi hati anak buahnya itu.

"Shhh..dah...cik su ada dengan Meena. Don't worry..." Pujuk Puan Madeena.

"Mama...kenapa dia masih tak berubah? Kenapa keras sangat hati dia..."

"Hey, kenapa cakap macam tu? Mama cakap apa pada Meena?"

"Mama...tak bagi Meena berhubung dengan cik su lagi. Kalau tak, dia tak bagi Meena balik lagi dah."

"Astaghfirullah..."

Noah terkesima seketika dengan apa yang diluahkan Dian sebentar tadi. Fath mengangguk tanda mengiyakan apa yang dicakapkan Dian itu. Dia sendiri tidak sangka yang Puan Maria sanggup berkata sedemikian pada anaknya sendiri.

"Macam mana ni cik su? Meena sayangkan mama...tapi Meena sayangkan cik su..."

"Dah tak mahu menangis, nanti kita fikirkan macam mana nak solve semua ni okay? Jom kita balik rumah cik su dulu ya?"

"Eloklah tu, baik Dian balik dan tenangkan diri dulu. Spend your time with cik su okay?" Noah mencelah.

"Tapi mama...."

"Tak apa..I'll protect you...she will never dare to mad at you sayang...trust me." Kata cik su dengan yakin.

"Okay, kalau gitu kau hantar ke aku hantar dia orang balik?" Soal Fath.

"It's okay, aku hantar dia orang...kau baliklah dulu." Noah menjawab.

"Okay, Dian kau take care kalau ada apa-apa terus call aku. Aku balik dulu ya. Cik su, Fath minta diri dulu."
Ucap Fath lalu bersalam dan memeluk Dian dan cik su.

"Dian, cik su jom Noah hantar balik..." Pelawa Noah dengan mesra.



                                 ***************************************************

         Puan Maria yang masih setia menunggu suaminya, Encik Ezuan Kumar yang masih telantar di CCU setiap hari di situ tanpa jemu. Dian datang melawat bertemankan Noah dan Fath berselang-seli dan cik su tunggu di luar bimbang mengeruhkan lagi keadaan. Sudah masuk tiga hari suami mamanya masuk ke HKL dan tiga harilah jugak mama sudah berkampung di situ.

          Dian memandang lemah kearah Encik Ezuan Kumar yang masih berbaring dengan batuan pernafasan. Menurut pakar, ayah tirinya diserang penyakit jantung tiba-tiba dan telah disahkan ayah itu tidak mengambil ubat-ubat yang dibekalkan mengikut jadual yang ditetapkan. Pelik, biasanya abahnya makan ubat ikut jadual setiap hari. Kenapa sampai boleh jadi macam ni?

Mesin Electro Cardiogram (ECG) yang dipasangkan pada ayahnya berbunyi nyaring dan membuatkan Dian panik.

"Noah...kenapa dengan abah?" Dian kelihatan cemas begitu juga Noah.

"Noah panggil doktor!" Noah terus keluar mendapatkan doktor dan Dian segera menekan butang kecemasan di tepi katil.

Tidak sampai beberapa saat, doktor dan beberapa jururawat datang ke katil ayahnya dan meminta dia dan Noah beredar sebentar. Mama tiada kerana ke kantin dan solat sebentar. Dian mengambil alih untuk menjaga Encik Ezuan Kumar saat itu. Dalam hati Dian berdebar-debar dan seluruh badannya terketar-ketar melihat detik cemas itu.

Setelah beberapa detik kemudian, doktor pun keluar dan Dian terus menerpa kearah doktor lelaki yang berusia separuh abad itu.

"Doktor, macam mana dengan abah saya?"

"Jangan risau, pesakit hanya mengalami tekanan darah tinggi dan keadaannya stabil. Mungkin dia akan sedar tak lama lagi. Jangan risau, dia seorang yang kuat semangat." Ujar doktor lelaki tersebut dengan tenang.

"Terima kasih doktor..." Ucap Dian dengan lega.

"Dian...dengar tu, abah Dian akan sedar tak lama lagi. Sabar okay?" Noah berkata kepadanya

"Dian cuma risau...tiba-tiba je dia jadi macam ni. Tak pernah dia masuk hospital dan sentiasa ikut schedule makan ubat. Entahlah..."

"Dah...insha Allah everything is gonna be find...chill okay." Noah menenangkan hatinya.

"Semua Dian buat ada je tak kena lately...stressed betul!"

"Janganlah stress, nanti Noah susah...nak pergi kelas lagi, nak jaga Dian lagi.."

Dian diam dan duduk di kerusi yang tersedia di luar bilik CCU tersebut sehingga mamanya datang bersama bekalan makanan untuknya. Marah mama juga makin berkurang dan reda. Apa yang penting abahnya sihat seperti sedia kala.


                                  ***********************************************


      Dian duduk di kerusi di tepi katil abahnya hampir sejam yang lalu sejak pagi tadi. Hari ini dia datang bersama dengan Fath yang jugak ada di dalam wad tersebut menemaninya. Mama pulak pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Sudah masuk hari yang keempat mamanya berumah di hospital ini. Tidur pun tak lena menjaga Encik Ezuan Kumar yang masih terlantar.

      Tiba-tiba, Dian perasan jari-jemari ayahnya bergerak-gerak lantas dia menghampiri lelaki itu menunggu reaksi selanjutnya. Perlahan-lahan mata ayah tirinya dibuka dan dia tersenyum lega melihat perkembangan positif ayahnya itu. Dalam hati diucapkan kata syukur yang tidak terhingga.

"Abah....alhamdulillah...." Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Fath hanya memerhati dan turut berasa lega.

"Kat mana ni?" Serak sura ayahnya bertanya.

"HKL...abah nak air?"

Perlahan ayah tirinya mengangguk. Pantas Dian mencapai gelas di atas meja di tepi katil dan menuangkan air dan metelakkan straw ke dalam gelas tersebut supaya memudahkan ayahnya untuk menyedut air.

"Nak lagi? Abah...dah tiga hari abah tak sedar tau? Meena risau..."

Encik Ezuan tersenyum dengan lemah. Diatas hidungnya dipakaikan alat bantuan pernafasan membuatkannya berasa tidak selesa.

"Abah nak cakap apa? Meena dengar ni.." Dian mendekatkan telinga ke ayahnya kelihatan lelaki tersebut ingin berkata sesuatu.

"Aa..abah mmm...minta... mmm...maaf..."

Dian tersenyum, untuk menyedapkan hati ayah tirinya itu.

"Aa..abah dah...banyak ...buat...salah...pada...Meena."

"So okay, don't talk too much. Rest okay?"

Encik Ezuan menggelengkan kepalanya dan bersambung "I... am... too... selfish...."

"I've... hurt.... you... so ..much ...coincidentally, without ...I noticed...for so long.... time."

Dian diam seribu bahasa menundukkan kepala ke arah lantai sementara Fath mendengar perbualan mereka berdua-beranak.

"You deserved to be happy...with a happy family. But I steal all that from you since fourteen years ago. I am a bad father...really bad father...you deserve to loath me!"

Dian masih senyap dan tidak menjawab apa-apa.

"Meena...look at me sayang...I am so sorry dear, I've steal all what you should owned since before, and now I've realized that I've sinned a lot to you."

"Meena...abah...minta maaf...maafkan abah ya?" Rayu Encik Ezuan Kumar dengan bersungguh.

Dian terkedu, dan menitiskan air jernih tanpa disangka. Fath turut bersedih melihatnya.

"Abah....Meena pun salah...Meena dah terkasar bahasa pada mama dan abah. I am too emotional..."

"No....you're not wrong sayang, me...who should be blamed for all these.. me...."

"Semua dah berlaku...tak dapat dibetulkan dan diputar balik. Meena redha...."

"Abah...kejam...abah...pentingkan diri sendiri."

"It's okay, Meena dah maafkan abah dan mama. Apalah gunanya kalau berdendam dan marah lama-lama nanti rosak hati. Tapi untuk melupakan bukan senang untuk Meena lakukan...I'm so sorry..." Jujur Dian.

"Aaa...abah....faham...just want you to know one thing, that I love you so much..."

Dian tersenyum pada ayah tirinya yang berada di atas katil. 'I love you too abah...' ucapnya di dalam hati.
Tidak betah dia untuk marah lama-lama kerana itu bukanlah sifat dirinya yang sebenar. Begitu juga dengan sesiapa, sebab itu semua orang suka berdamping dengannya.

Ketukan dari pintu bilik membuatkan dia terkejut dan tersentak lalu mengesat air matanya dengan lengan baju tidak mahu sesiapa melihat. Muncul Noah dan mama di muka pintu lalu masuk ke dalam bilik.
Ditangan Noah dipegang sejambak bunga segar barangkali untuk diberi buat Encik Ezuan Kumar.

"Alhamdulillah...pak cik dah sedar. Macam mana rasa? Sihat?" Noah bersuara memecah sunyi di dalam ruang bilik itu.

Encik Ezuan hanya mengangguk perlahan. Terasa tekaknya perit  kerana baru sudah bercakap dengan Dian Ameena.

Puan Maria tersenyum lega melihat perkembangan positif suaminya itu.

"Aunty, kalau aunty sudi jomlah berehat di rumah Fath. Dah empat hari aunty kat hospital, at least dapat tidur dengan selesa kat rumah sekejap. Biar Dian tengokkan uncle." Fath mempelawa Puan Maria.

"Tak pun mak cik boleh pergi rumah Noah. Boleh jumpa umi sekali, bakal besan mak cik." Sempat Noah berlawak membuatkan semua yang ada di dalam bilik wad itu tergelak kecuali Dian Ameena. Merah pipinya menahan malu dengan lawak selamba Noah itu.

"Meena tunggu abah ke nak ikut mama?" Soal Puan Maria pinta kepastian.

"Errr...Meena..."

"Meena baliklah dulu rehat nanti datang lagi dengan mama okay?" Encik Ezuan mencelah tiba-tiba.

"Ha, apa lagi greenlight dah dapat jomlah..." Noah berkata kepada Dian.

"Okay, kalau ada apa-apa cakap tau? Call terus.."

"Jangan...risau...doktor and nurse ada.."

"Okay, shall we?" Noah bersuara tak sabar.

"Mak cik ingat nak ikut Noah, Meena ikut sekali ye?"

"Err...terserah mama...Meena ikut je."

"Hai, orang nak pergi rumah bakal mak mertua, rumah aku dah tak pandang dah..." Fath memerli Dian.


Friday, 3 July 2015

The Healing Love - Part 23


 "Nah, bagi pada Natasha and wish to her happy birthday . Kiss her for me and say sorry for not coming."

Dian menyerahkan sebungkus hadiah yang sederhana besar kepada Noah yang sedang duduk di hadapannya. Hari esok dia sudah nak balik ke rumah mama jadi, dia bagi kepada Noah hadiah tersebut seperti yang dia janjikan.

"Oh, I'll give it to her. Thanks a lot!" Ucap Noah.

"You are welcome...caramel latte je ke?" Soal Dian.

"Hmm tak ada selera nak makan. Makan?"

"Kenapa, tak sihat ke?"

"Entah rasa tak sedap badan sejak pagi tadi, kejap panas kejap sejuk."

"Haa...demamlah tu!" Tebak Dian.

"Harap taklah. Esok ada tournament basketball final dekat Bukit Jalil."

"Oh, cepatnya final dah? Anyway, all the best! Mesti champion punya."

"Thanks. Esok balik siapa hantar ke bus stand?"

"Dian naik teksi dari sini."

"Pukul berapa?"

"Bas pukul tiga dalam pukul satu lebih lepas zohor Dian bertolaklah."

"No, I send you tomorrow."

"Eh, kata esok ada tournament?"

"Benda tu pagi, maybe dalam pukul dua belas habis la. Esok tunggu je kat hostel Noah datang ambil."

"Tak payah susah-susah, penat nanti... Dian naik teksi je."

"No, I am serious!"

Dian terkedu, sekali Noah bertegas maknanya muktamad, tak boleh diubah dan disangkal. Kalau putih maka putihlah jawabnya. Terpaksalah dia akur.

" Larat ke esok nak main? Buatnya pengsan siapa susah?" Bimbang Dian.

"Insha Allah...nanti balik Noah telan panadol."

"Okay, ermm umi daddy sihat?"

"Alhamdulillah...umi asyik menyebut pasal Dian. Bila nak datang? Sihat ke? Tak rindu dia ke?"

Dian tersenyum manis, sudah berminggu-minggu dia sibuk dengan aktiviti universiti dan tugasan yang memerlukan dia berjaga malam dan kurang tidur sehingga tidak sempat untuk datang melawat umi lelaki tersebut. Ada juga yang ingatkan dia ya?

"Kirim salam pada umi ya, kata nanti Dian free Dian datang eh?"

Noah sekadar tersenyum lalu disedutnya air minuman yang dipesan sehingga habis.


                                   **********************************************


 Sedang Dian berada di bilik ICT di universiti, bunyi tweet menandakan mesej masuk lantas terus dibacanya.

Salam,hi busy? Petang ni kelas sampai pukul berapa? ~Adam

W'salam, not so busy. Kelas sampai pukul lima. 

Oh, if don't mind want to ask you out :)

Hmm to?

Area your place, maybe botanical garden, picnic?

Ha ha, boleh jugak... release tension otak yg berserabut dgn assignments!

Cool! I'll pick up you around 5.30pm lepas asar?

Insha Allah okay :)


Entah kenapa terasa ringan sahaja dia menerima pelawaan Adam yang ingin membawa dia keluar kali ini. Mungkin terasa dirinya perlu menghirup udara di petang hari menenangkan fikiran yang sarat dengan pelbagai benda? Atau segaja ingin seseorang teman untuk berbual?


"Here you go, ice Lipton green tea!" Adam menhulur sebotol air minuman kegemarannya.

"Wah! Macam tahu-tahu je favorite Dian!" Dian ceria dan gembira.

"Really? Kebetulan, my favorite too..." Adam tersenyum manis.

"Thanks!"

"My pleasure."

"So, how's work? Okay or no okay?"

"Hmm biasalah nama pun kerja..ada okay and tak okay. But so far everything's under control."

"Adam kerja under department apa?"

"I am as the general manager for KL branch. Is not easy as you though to hold that title.."

Dian memandang ke arah Adam yang melepaskan sedikit keluhan.

"Kenapa cakap macam tu? Ada apa-apa masalah?"

Adam senyum hambar dan berkata " A young man as me hold that title...too much responsibilities, where some of the workers are more older than me."

Dian berkerut dan memberikan Adam ruang untuk berkongsi tentang masalahnya.

"Entahlah...people...we can't expect what they want actually. Satu orang satu ragam, kalau ada seribu orang, seribulah ragam. I just don't want anything, but respect to me as a leader."

"Manusia...tak pernah puas dengan apa yang ada. Beri betis nak paha. As long as we do our job the best, let our success be the noise and make them shut up!"

"I feel like want to give up, can't stand anymore! It's hurt me..."

"Then, orang tu akan tersenyum puas! Bertepuk tangan dan bersorak pada Adam. Nak macam tu? Kalau Dian, Dian fight dia balik sampai Dian menang. Never for once I give it up!" Dian memberi semangat kepada Adam.

"Never say die before you try, people are jealous of you cause you are way above than than, that's why. Keep fighting! Berani kerana benar yeahhh!" Sorak Dian.

Adam yang sedikit muram dan sedih tersenyum menampakkan lesung pipit di wajahnya. Ah kacaknya!

"Dian..."

"Uh?" Dian berpaling setelah meneguk air botol yang diberi oleh Adam.

"Thanks."

"For?"

"For that wise words, you're my inspiration."

Dian tersenyum lalu berkata " Not a biggie, kita kan kawan? Kawan mesti support kawan tak kira apa pun!"

"I will never ever give up! I will keep fighting." Adam kembali bersemangat.

"Hah macam tulah! Semangat waja! Baru boleh menang."

Mereka tergelak sama-sama. Petang itu dihabiskan melihat keindahan taman botani yang hijau dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam di sekitarnya. Sungguh mendamaikan!



                           **************************************************


          Seperti yang dirancang, Dian pulang ke rumah mamanya di Pahang untuk melepaskan rindu yang menggunung. Maklumlah, balik beraya sekejap sahaja, lepas tu dah kena ikut Noah pulang ke rumahnya pulak. Dah macam laik bini pulak. Dian tergelak seorang di dalam bas.

          Sesampai sahaja dia di stesen bas, mamanya sudah tercegat di terminal bas menurunkan penumpang dengan wajah yang sungguh ceria tak terkata. Begitulah juga Dian Ameena!

"Mama! Eeee rindunya muah muah!" Dian mencium pipi mamanya.

"Hai, macam tak jumpa setahun. Macam mana naik bas, okay?"

"Okay, pak cik bas tu bawa bas macam nak racing mama ha ha ha."

"Hmm dia tahu anak mama rindu bukan kepalang lagi ke mama."

"Aah kan? Nasib selamat sampai."

"Okay, jom balik." Ajak mama.

" Abah ada balik ya mama?" Tanya Dian setiba mereka di hadapan rumah mamanya, melihat sebuah kereta Proton Waja milik abahnya terpakir di dalam garaj.

"Ya, baru je sampai tu. Jom masuk."

"Hish sibuk je balik buat menyemak aje!" Bentak Dian.

"Haih, tak baik cakap macam tu. Dah jom."

Dian cuba kawal perasaan marahnya, dibuat-buat mesra di hadapan Enzik Ezuan Kumar. Setelah bersalam dengan lelaki tersebut terus dia masuk ke bilik, membersihkan diri lalu solat asar.

Sony Ultra yang diletakkan di atas katil berbunyi tweet menunjukkan mesej masuk.

Setelah selesai bedoa, Dian mencapai telefonnya itu.

Salam, dah sampai? Kirim salam pd bakal mak mertua Noah ;)

Dian tersenyum sendiri ketika matanya membaca mesej daripada Noah itu.


W'salam, ya dah sampai. Gembira tak terkata rasanya!

Ewah ewah, jangan gembira sangat nanti menangis. Take care gnayas!

Gnayas ? Apa tu?

Sayang :)


Dian kembali tersenyum, bagaikan berbunga-bunga hatinya melihat mesej terakhir daripada Noah. Rasanya inilah kali pertama lelaki ini memanggilnya 'sayang'. Ah! Perasanlah kau Dian, sayang tu luas maknanya, sayang sebagai seorang kawan, seorang kekasih. Eh, kejap! Kekasih? Tak, tak...aku anggap 'sayang' sebagai seorang sahabat.

"Meena, mai turun makan ni!" Panggil mama dari bawah.

"Ye mama, I'm coming."

"Okay, cepat!"

Lantas Dian meletakkan telefonnya lalu beredar turun ke bawah untuk makan petang. Abahnya telah membelikan pisang goreng, keledek goreng dan cucur bawang dari gerai depan taman perumahan mereka itu. Mamanya hanya membacuh teh o kosong sebagai minuman.

"Meena...cuba tengok nombor telefon ni, kenal tak?" Encik Ezuan Kumar yang sedang memegang telefon bimbit mamanya menunjukkan kepadanya.

Dengan tiba-tiba jantung Meena berdebar-debar dan terasa sesak yang amat ketika itu. Nombor Cik Su Madeena! Macam mana ada dalam simpanan mama?

"Meena? Tahu tak?"

"Err tak! Tak tahu." Jawabnya laju cuba untuk berselindung. Puan Maria memandangnya kosong.

"Betul? Perempuan ke lelaki masa dia telefon Meena hari tu?"

"Hah? Meena mana tahu abah, Meena tak pernah tengok pun nombor ni sebelum ni."

"Habis tu macam mana elo-elok je Meena jawab panggilan dari nombor ni masa hari tu?"

Gulp! Dian telan liur.

"Hah bila masa? Mana ada!" Dalihnya lagi.

Setahu dia, dia tak menyimpan nombor cik sunya sebagai 'Cik Su Madeena' sebaliknya dengan menggunakan sebagai 'Kabsa Ayam' atau dalam kata lainnya 'Nasi Arab' bimbang terkantoi dengan mama.
Tapi kali ini, macam nak terpecah je rahsianya yang berhubung dengan cik su selama ini.

"Jangan nak bohong atau tipu mama! Meena ada sorokkan apa-apa dari mama kan?" Teka mamanya serius.

"Betul...mana ada Meena tipu mama. Percayalah!"

"Habis tu, bagitahu mama nombor telefon ni dari negara mana? Bukan Malaysia yang mama pasti."

Sudah! Apa aku nak kelentong ni? Dian gusar di dalam hati.

"Err..entah, Jepun kot!" Tibainya dengan penuh debar di dada.

"Jepun nombor depan dia +81 depan dia, abah tahu..." Celah Encik Ezuan kumar.

Dian menjeling tajam abahnya itu, hish aku toreh jugak mulut lelaki ni dengan garpu! Senyap tak boleh?

"Habis tu dari mana? Hah Meena?" Soal Puan Maria seolah inspektor polis.

"Err....Arab kot?" Jawab Dian. Alamak! Kenapa mulutnya ringan je sebut negara tempat cik su bekerja? Ah lantaklah, dah terbagitahu pun.

"Hmm...macam ya. Tapi siapa yang called?" Soal Encik Ezuan pulak.

"Entah, manalah Meena tahu!"

"Habis tu, yang Meena jawab call tu depan mama kata kawan tu apa? Siapa?"

"Uh? Oh...itu..memang kawan Meena mama, dia stay Dubai. Dia pindah sana lepas PMR ikut ayah dia kerja sana." Bohong Dian.

"Kenapa letak nama 'Kabsa Ayam' dalam phone?"

"Errr...saja, sebab dia memang gila makan nasi arab! Sebab tu Meena letak nama dia kat phone gitu."

Ya Allah, tolonglah bagi mama percaya...

"Kawan yang mana satu?" Soal mama tak puas hati lagi. Aduhai mama...mama...

"Kawanlah..nama dia errr.... hah namanya Mardiana! Ye, Mardiana Muhd Mazlan."

"Oh...cakaplah kawan. Puas mama ingat siapa."

Fuhh lega! Macam kena jawab soal siasat dalam lokap je, ngeri! Teriak Dian dalam hati.

"Mana mama dapat nombor ni?"

"Itulah pasal, nombor ni ada missed call mama hari tu. Itu mama pelik."

"Apa?" Dian mula cuak.

"Dah kenapa muka macam tercekik biji durian ni?"

Maknanya Cik Su Madeena ada telefon mama? Teka Dian dalam fikirannya.

"Dia tersalah dial kot, sebab dulu Meena pernah call dia dari handphone mama. Mungkin confuse ingat Meena guna nombor tu."

"Mungkin...dah makan cepat dah nak maghrib ni."

Malam itu, secara diam-diam dia berborak dengan cik sunya di telefon di dalam bilik dan memaklumkan tentang hal tadi yang hampir terkantoi. Akhirnya cik su memberitahunya betul bahawa dia telah menelefon mama pada minggu pertama raya. Namun, di saat mama menjawab panggilannya, bagaikan tiada kekuatan untuknya bersuara lalu terus diletak ganggang.


                                              ***************************************


        Bosan pulak asyik balik duduk terkurung tak keluar-keluar dari bilik. Dian bukan apa, malas untuk turun ke ruang tamu bawah menonton televisyen sebab dia sudah masak dan muak nak bergaduh dan berebut siaran tv dengan abahnya. Siapa cepat dia dapat. Pernah beberapa kali dia bergaduh dan bertikam lidah disebabkan tv sebuah itu, abah yang mahu menonton bola sepak manakala dia ingin menonton filem di saluran lain. Terpaksalah dia beralah dan naik keatas layan lagu di handphone.

      Tapi entah kali ini, kakinya ringan untuk turun ke bawah untuk duduk di ruang tamu. Mama pulak sedang sibuk memasak untuk makan tengah hari. Abahnya, seperti biasa sedang bersenang-lenang di atas sofa menonton Discovery Channel. Rancangan paling digemari oleh suami mamanya. Seketika itu, Encik Ezuan ke bilik air dan membiarkan tv terpasang rancangan yang menjadi kegemarannya. Tanpa berlengah, Dian terus menukar saluran tv itu ke saluran kegemarannya.

Encik Ezuan Kumar yang selesai keluar dari bilik air datang kembali di ruang tamu dan mendekati Dian.

"Siapa pandai-pandai tukar channel ni?" Serius ayah tirinya bertanya.

"Entah!" Selamba Dian sambil matanya tertacap pada skrin tv.

"Mana remote?!" Agak tinggi suara jantan ayah tirinya itu.

Dian buat tak peduli dan menonton drama yang diminatinya.

"Saya cabut kad astro kat situ nanti, biar tak dapat tengok!" Ugut lelaki itu.

Dian mendengus keras, lalu membuat tidak peduli lagi. Makin dijeling kepada lelaki itu adalah.

Encik Ezuan yang kelihatan masih tidak mahu mengalah terus mendekati Dian yang duduk di sofa dan menyelitkan tangannya di celah sofa itu untuk mencari remote control astro. Dian ditolaknya dengan kasar tanpa peduli.

"Asyik dia je nak tengok tv! Orang pun nak tengok tv!!!" Bentak Dian dengan penuh amarah.

"Saya potong menantang ni nanti nak? Siapa suruh asyik duduk dalam bilik!"

"Suka hati oranglah! Dah dia asyik duk tengok tv, tak bagi langsung orang tengok, menyampah!"

"Jangan nak bayak cerita, pergi naik atas duduk senyap dalam bilik!" Jawab Encik Ezuan Kumar.

"Asyik dia je nak menang, tua tak sedar diri!"

"Apa dia?! Cakap lagi sekali, saya tak dengar?!" Tengking ayah tirinya.

"Aku cakap, kau tua tak sedar diri! Rumah kata pergi kubur kata mari!" Balas Dian.

"Heh! Yang tua nilah yang ambil bela kau dengan mak kau dari kecik berhingus tahu tak? Yang tua nilah jugak yang bagi kau makan minum semua!"

"Eleh, disebabkan kaulah kelaurga aku musnah berpecah belah! Lagi teruk!"

"Nenek kau yang tak nak terima aku sebagai menantu!? So what?!"

"Sebab nenek benci bermenantukan hindu macam kau! Dan nenek tahu kau takkan boleh bahagiakan aku dan mama sampai bila-bila faham?!" Marah Dian.

"Kau dengan nenek dan mak cik tak guna kau tu sama je! Bodoh, celaka!"

Dian ketap gigi menahan marah.

"Kaulah yang celaka 'keling' !!!" Balas Dian lagi.

Pang!

"Meena! Abah! Kenapa ni hah?" Puan Maria muncul dari dapur setelah mendengar dua beranak tini bertikam lidah.

"Mama tengok ni, dia cakap nenek dengan cik su bodoh dan celaka!"

"Anak awak ni memang kurang ajar, biadap!" Jawab Encik Ezuan Kumar.

"Meena...Meena cakap apa kat abah sayang?"

"Meena nak tengoj tv je pun, dia ni ha tak bagi kedekut tahi hidung masin!"

"Meena tengoklah dekat laptop..."

"Mama asyik nak sebelahkan 'keling' ni je kan! Meena selalu kena beralah dengan dia! I loath both of you!"

"Meena! Awak pun satu...pasal tv pun nak bergaduh dengan anak." Tegur Puan Maria pada suaminya.

"Saya tengah elok tengok tv dia pergi alih, memang saya mengamuklah!"

"Aku benci kau dasar 'keling'!"

"Sebab kau hidup aku dengan mama tak bahagia, aku tak pernah merasa ada nenel,sepupu dan mak saudara! Berbelas tahun aku pendam seorang dalam hati ni kau tahu tak! Kau dan mama sama je pentingkan diri sendiri!"

"Meena! Mama tak ajar anak mama jadi kurang ajar macam ni!" Marah Puan Maria.

"Itulah awak, manjakan sangat budak ni dah naik lemak."

"Disebabkan lelaki ni, mama sanggup belakangkan arwah nenek dan keluarga mama sendiri! Mama sanggup buat nenek sedih dan menangis sebab anaknya derhaka padanya. Sampai hati mama!"

"Meena sendiri nampak kan macam mana dia halau kita dulu dari rumah tu? Bukan setakat tu, siap sumpah mengaku anak tunggal tu apa?!"

"No! Itu semua bohong, cik su dan nenek buat semua tu demi selamatkan Meena! Dia orang sayangkan Meena, dan sayangkan mama tak nak mama kena tipu bodoh-bodoh dengan 'keling' ni!"

"Heh kau mulut aku cili jugak!" Tengking Encik Ezuan

"Ah, itu semua karut je! Kalau tak sampai sekarang mama tak tahu pasal tu semua. Angkat sumpah bagai, bagus ke ibu macam tu? Dah lah Meena, selama ni pun antara kita dengan dia memang dah putus hubungan. Meena pun dah tahu mana baik mana buruk."

"No, ini mesti ada salah faham selama ni! Mama yang buta selama ni, bertahun Meena tahan perasaan Meena sorang-sorang sebab kepetingan mama seorang! You made me suffered, you ruined everything that I should own! My cousins, my aunt, my uncle and my beloved grandma!"

"Tak, nenek yang salah sebab tak nak restu mama dengan abah. Nenek yang pentingkan diri sendiri."

"Nenek buat semua tu sebab hati seorang ibu tahu yang mana baik dan buruk untuk anaknya dan dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia! Takkan mama pun tak tahu sebab mama pun seorang ibu! You are selfish!"

"Ya mama selfish! Dan mama menyesal, tapi semua tu dah berlaku dan tak boleh diputar balik, life must be goes on Meena!"

" Ya life must be goes on but until when both of you two wanna fix your relationship?! Dah tua-tua pun masih nak gaduh? Malulah... it's has been for about fourteen years mama, fourteen years! Susah sangat ke nak berbaik semula, you just berdua beradik!"

"Meena tak perlu masuk campur urusan ini, pandailah mama uruskan sendiri!"

"Oh...I see...tak perlu masuk campur? Habis Meena ni patung? Tak ada perasaan? Come on mama...Meena pun ada hak nak masuk campur sebab I'm part of this! And dia ni, si 'keling' yang memang langsung tak ada kena mengena dalam keluarga kita!" Dian menunding jari kearah Encik Ezuan Kumar yang sedang meluap marah.

"Kurang ajar, aku bunuh kau!" Encik Ezuan terkam ke arah Dian ingin mencekiknya pantas dihalang Puan Maria.

Dian cemas dan terketar-ketar lalu berlari naik ke biliknya. Berjuraian air matanya turun membasahi pipi. Dia menangis sepuas-puasnya sehingga tidak peduli panggilan mama yang mengetuk pintunya untuk turun makan bersama. Akhirnya dia menangis hingga tertidur sehingga maghrib.



                               **************************************************

            
             Bunyi azan berkumandang mengejutkan Dian daripada tidur. Habis matanya sembap dan bengkak dek menangis teruk petang tadi sehingga tertidur. Kepalanya berdenyut-denyut macam nak pecah. Digagahkan dirinya untuk bangun dan masuk ke bilik air untuk berwudhuk bagi menyejukkan hati yang masih panas. Usai mengerjakan solat maghrib, teresak-esak dia menangis berteleku di sejadah. Perit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

            Setelah mama memgetuk pintu biliknya untuk kali kedua, akhirnya dia membuka juga pintu biliknya dan membenarkan mamanya masuk. Dipeluk lama-lama ibunya dengan linangan air mata yang sungguh tak tertahan. Emosi yang selama ini ditahannya diluahkan secara tak sengaja pada petang tadi.

            Apabila Puan Maria keluar dari bilik, Dian duduk di katil dengan wajah yang sugul. Hatinya masih sakit bagaikan ditoreh-toreh dengan pisau. Sakit yang amat! Kenapa susah sangat untuk menyatukan dua beradik ini yang sungguh degil macam kepala batu? Susah sangat ke nak mengaku salah masing-masing dan saling memaafi? Dah berpuluh kali raya disambut, tetap masih macam tu tidak berubah!

           Dian bangun dan mengemas kain pakaiannya di dalam beg galas dan menutupnya kembali. Dicapai sebuah buku nota kecil dan ditulisnya sesuatu dengan pen lalu dikoyak kertas itu dan diletakkan di meja solek dengan harapan mama faham dan memberinya ruang untuk bertenang. Dalam pukul 5 pagi dia keluar senyap-senyap dari rumah mama dan menuju ke stesen bas. Tiket bas seawal pagi dibelinya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dihantar mesej kepada Fath untuk meminta jasa baik sahabatnya menjemputnya di Pekeliling nanti.

       Tanpa sedar, air matanya tumpah lagi berjuraian. Perginya kali ini dengan hati yang lara dan sakit.
Seksa sungguh rasa di hati ini yang ditanggung sekian lama. Apakah tuhan sedang menghukumnya?





                                *********************************************


     Sejurus Dian turun dari tangga bas, Fath meluru mendapatkannya dan memeluknya.

"Hey, kau okay tak ni? Kenapa mata ni ha?" Soal Fath cemas.

Dian hanya menggeleng dan menahan air mata yang bergenang di tubir matanya.

"Okay, okay...jom balik rumah aku dulu nanti bila kau dah ready kau cerita ya?" Pujuk Fath.

Dian tak bersuara lalu berjalan beriringan dengan Fath ke kereta yang diparkir di hujung stesen bas. Sepanjang perjalanan ke rumah Fath dia senyap tak berkata apa-apa dan melayan perasaannya sendiri.
Fath sengaja memberi Dian ruang untuk bercerita kepadanya.
                             
"Okay beb, kau rehat dulu sini...aku siapkan breakfast then aku panggil kau turun ya?" Ujar Fath.

"Fath...." Panggil Dian pada Fath yang bersedia untuk keluar dari bilik.

"Thanks..."

"Apa gunanya kawan kan? Okay, rehat ya!" Dian tersenyum ikhlas dan lega.

Syukur tak terhingga kerana Allah masih sayangkan dia dengan mengirimkan seorang sahabat yang begitu baik dan memahami seperti Fath Dlina Rose selain Noah Ismail Wong. Sahabat yang sentiasa ada disisi saat susah dan senangnya tanpa jemu.

Fikirnya, mesti mama sudah membaca notanya itu. Kalau tidak masakan mama menelefonnya banyak kali pagi ini mesti untuk bertanya kemanakah dia pergi. Mesej pun sama, dia langsung tak balas. Harapnya mama tak risau dan tahu dia selamat sudah.

Dia tak betah ingin berada di rumah itu malah bertentang mata dengan lelaki yang bergelar 'ayah tiri' kepadanya itu buat masa sekarang. Hanya menambahkan lagi keruh keadaan. Silap-silap, mati dicekik oleh lelaki itu semalam. Tak pasal-pasal masuk surat khabar pagi ini dan dia jadi arwah. Tak terjangkau dek akal fikiran!



                         *************************************************


  "Fath honey...come here for a while?" Panggil Puan Juhana, mamanya dari ruang tamu.

"Yes mama?" Soalnya yang menghampiri mamanya yang sedang duduk di sofa.

"Is there something bad happened to Dian? Is she alright?" Tanya mamanya dengan risau.

"Don't worry, she'll be alright..just give her some space to be alone."

"Oh...I am so worry about her. Looks she have a problem. With her sad face..."

"Mama, can you do me a favor please?" Pinta Fath menyentuh kedua tangan ibunya.

"Yes anything sayang..."

"Please...don't ask anything that makes her more sad? I just pity enough with her.. we don't know the real story yet."

Puan Juhana tersenyum dan mengangguk pada anak bongsunya itu tanda mengerti.

"Thank you..."

"Suruh dia duduk sini, tidur sini. Mama risau dia sorang-sorang kat hostel nanti."

"Nanti Fath pujuk ya? Fath nak siapkan breakfast untuk dia."

"Okay, nak mama tolong?"

"So okay, mucho gracias mama!" Ucap Fath.

Tanpa berlengah Fath ke dapur dan membuat macaroni cheese kegemaran Dian dan segelas coklat panas. Usai siap menyiapkan sarapan, dia membawa semua hidangan tersebut naik ke atas di biliknya.
Kelihatan Dian duduk di katil termenung dengan sisa air mata dan hidung yang merah.

"Breakfast ready!" Ucapnya dengan ceria.

Dian membalas dengan sebuah senyuman yang dipaksa.

"Tak payah susah-susah, aku boleh turun makan kat bawah..."

"Aku kan terlebih rajin hari ni, bukan senang kau nak datang rumah ni. Makanlah..special aku buat ni. Kau mesti suka punya!"

"Hmm sedap...terima kasih!" Dian membalas lalu menyuapkan makanan tersbeut ke dalam mulut.

Fath melihatnya makan sehingga habis dengan puas hati. Tak sia-sia dia bertungkus-lumus mengupas bawang bagai untuk membuat satu hidangan yang istimewa untuk sahabat baiknya itu.


                                      
                                         ****************************************

 "Dian.....kalau kau dah bersedia, ceritalah aku dengar...kalau kau nak nangis nangislah sepuas hati."

Fath cuba membuat Dian bercerita tentang apa sebenarnya terjadi pada dirinya. Tiba-tiba awal-awal pagi dia dapat mesej dari sahabatnya itu untuk menjemputnya di stesen bas. Setahunya Dian balik ke rumah mamanya hujung minggu ni. Baru semalam balik, hari ini dah balik ke KL?

"Dian? Aku kenal kau bukan baru hari ni, dah dekat dua tahun lebih, aku tahu banyak benda yang kau pendam dalam hati tu. Tapi aku tak nak paksa kau untuk ceritakan semua." Lembut Fath berkata-kata.

Dian masih senyap seribu bahasa. Air matanya akhirnya menitis jatuh di pipi.

"Hey....shhh shhhh jangan nangis. Aku ada kat sini, nanti aku pun nangis. Luar je aku nampak tough tapi dalam aku lembut tau." Fath mendekatkan kepala Dian ke bahunya.

Tangisan Dian semakin deras tersendu-sendu. Dibiarkannya Dian menangis sehingga reda dahulu. Mungkin gadis ini sudi menceritakan kepadanya.

Beberapa minit kemudian, Dian mengangkat kepalanya dari bahu Dian dan dilap air matanya yang membasahi pipi dan lehernya. Dihembus hingus yang keluar dari hidung dengan tisu yang dihulurkan Fath. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum dia mula bercakap.

"Aku benci dia...aku benci dia Fath!"

"Siapa?"

" 'Keling' tu!"

"What?"

"Ayah tiri aku dan mama aku!"

"Dia orang pentingkan diri sendiri, sebab 'keling tulah kami anak beranak berpecah-belah sampai sekarang. Dah berbelas tahun! Aku yang jadi mangsa menahan segala rasa dekat hati ni, sakit tahu tak? Sakit!!!"

Fath senyap memberi tumpuan kepada Dian.

"Mama aku kahwin dengan ayah tiri aku dah berbelas tahun tanpa restu arwah nenek aku, sebab dia hindu masuk Islam. Lepas tu nenek aku marah dan halau mama keluar dari rumah dan mama bawa aku sekali. Sejak dari itu, aku tak pernah jumpa nenek dengan cik su aku sampai dua tahun lepas..."

"Astaghfirullah....sampai macam tu sekali?" Hanya itu yang terkeluar dari mulut Fath.

"Apa kau rasa bila orang yang kau sayang, keluarga kau sendiri buang kau? Selama berbelas tahun kau hidup tanpa kenal siapa sepupu kau sendiri, rupa dia macam mana? Kau tak pernah bermesra dan kenal langsung?! Aku tanggung semua tu Fath...for all these while! Sakit kau tahu?!"

Dian merembeskan air matanya kembali membuatkan Fath kelu lidah, turut bersimpati dengan sahabat baiknya itu. Hebatnya ujian yang ditanggung Dian selama ini.

"Entah kenapa semalam nak jadi, aku gaduh dengan abah aku dengan mama aku. Sebab aku terlampau marah aku terlepas cakap pasal benda yang dah jadi selama berbelas tahun tu. Selama ni aku simpan je dalam ni, hanya aku dan Allah je tahu. Sumpah, aku tak tahan Fath...it's hurt! Really..hurt..."

"Sabar Dian, aku tahu kau kuat dan tabah. Allah uji kau sebab Dia tahu kau kuat, dan boleh hadapi semua ni," Fath berkata dengan nada memujuk.

"Aku tak kuat Fath...sungguh...aku dah tak daya! Pedih sakit kat sini..." Dian letak tangannya di dada.

"Ya, aku faham...Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Ingat tak?"

"Aku tak tahu kenapa semua ni jadi pada aku...selama ni, aku rasa dah tak ada siapa-siapa selain Dia! Satu-satu orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku Fath...." Tersedu-sedu Dian meluahkan sebak di dadanya.
Fath turut sebak dan menangis menyelami hati sahabatnya.

"It's okay...mungkin ada sejuta hikmah disebalik semua ni kita mana tahu kan? Tapi Dia Maha Mengetahui...Aku sentiasa ada di sisi kau untuk support dan beri semangat. Dian Ameena yang aku kenal seorang yang kuat, cekal dan tabah hadapi semua cabaran dan ujian!" Ucap Fath memberi semangat.

"Hati aku terluka...bernanah...parah! Aku tak kuat, walau aku cuba untuk kuat..tapi aku tak kuat Fath...Aku tak larat, aku penat..." Ucap Dian dalam sendu yang masih bersisa.

"Shhh...aku faham...tentu sakit apa yang kau rasa sekarang ni. Tak apa, kita doa sama-sama supaya keluarga kau bersatu dan berbaik semula. Aku sayang kau Dian....kau dah macam kembar aku. I love you..."

Mendengarkan kata-kata tulus seorang sahabat yang baik seperti Fath membuatkan Dian mentiskan lagi air matanya jatuh berderaian lantas dipeluknya sahabat baiknya itu untuk melepaskan segala sesak di dada yang selama ini menghantuinya. Air mata mereka sama-sama berjuraian.


                                      *****************************************
         

           Dian yang baru selesai mendirikan solat di bilik Fath, melipat telekung yang dipinjamnya itu lalu disidai di atas sebuah ampaian bersama dengan sejadah. Kemudian, dia duduk di atas katil termenung jauh sehinggalah Fath masuk ke dalam bilik.

"Assalamu'alaikum, kau okey Dian? Nak makan?" Tanya Fath dengan lembut.

Dian hanya menggeleng perlahan dan tersenyum hambar kepada sahabat baiknya itu. Seleranya mati sejak kejadian petang semalam di rumah mamanya. Air mata menjadi peneman setia sehingga saat ini.
Dia hanya ingin kumpul kekuatan dan bangkit menjadi cekal seperti sebelum ini.

"Handphone kau mana Dian?" Soal Fath lagi yang sudah pun melabuhkan duduk di sebelahnya di atas katil.

"Ada."

"Dah tengok?"

"Ya." Jawab Dian pendek. Dia tahu apa yang cuba ingin Fath sampaikan kepadanya. Berpuluh panggilan dan mesej masuk dan dia tidak langsung ada hati ingin membalasnya. Sengaja dia silent handphone kerana ingin menenangkan diri. Panggilan dan mesej daripada mama dan Noah bertubi-tubi masuk sehingga sekarang.

"Aku dah suruh Noah dan mama kau jangan risau. Aku tak nak dia orang risaukan kau."

Dian senyum hambar sebagai tanda penghargaan. Sungguh dia panjatkan syukur kepada tuhan kerana mengurniakannya seorang sahabat yang sangat memahami. Hanya Dia sahaja yang dapat membalas segala jasa baik seorang Fath Dlina Rose.

"Dian...kau dah bersedia nak ceritakan pada aku pasal satu-satunya cik su kau?" Fath mencuba nasib.

"Dian?" Soal Fath.

"Cik su aku, satu-satunya ibu saudara aku sebelah mama yang aku ada. Selama dua puluh satu tahun aku hidup tak pernah aku kenal ibu saudara sebelah ayah kandung aku. Even, sepupu sebelah sana seorang pun aku tak kenal apatah lagi atuk dan nenek. Hanya sebelah mama aku je yang aku tahu dan kenal. Tapi, kenapa aku diuji sebegini sedangkan hanya dia orang je yang aku ada."

Fath memberi sepenuh perhatian apa yang diceritakan oleh Dian. Dia menunggu Dian menyambung lagi.

"Aku mula contact dengan cik su sejak dua tahun lalu or to be exactly lepas habis SPM then kami senyap lama tak berhubung sehinggalah satu hari dia mesej di Facebook ingin bertemu dengan aku untuk sekelian kalinya. Dia selama ni stay dekat Riyadh kerja dekat sana for many years. Tuhan je tahu betapa gembiranya aku dapat cari dan berjumpa dengannya Fath. Masa aku kecil tak tahu apa-apa, aku hanya dapat ingat wajah dia dan namanya je tapi aku tak tahu kat mana aku boleh cari dia. Sampai satu hari tedetik hati aku nak cari dia dan alhamdulillah aku berjaya."

"Lepas tu?" Fath bersuara.

"Lepas tu, kami sentiasa berhubung through phone, Facebook and Skype tanpa pengetahuan mama aku. Raya baru ni, Noah teman aku jumpa dia pergi ke rumah masa yang kita jumpa dekat Mid Valley hari tu. Entah macam mana aku tak perasan mama dapat nombor cik su dan soal aku macam polis pencen. Nasib aku tak kantoi. Sikit lagi nak pecah tembelang. And I'm sure up till now, my aunt will never accept him...I mean my step father. Kalau dia benci dan tak suka, sampai bila-bila dia akan buat macam tu."

Dian berhenti sekejap dan mengeluh kecil sebelum menyambung semula.

"Abah aku baik orangnya, cuma....cuma restu tak memihak kepada perkahwinan dia dan mama sehingga jadi macam ni. Dan aku? Aku tersepit di antara semua ni! Sampai satu ketika, aku dah tak rasa apa-apa dah Fath. Rasa kosong...tak ada perasaan.  Sebab tu, aku mudah tersentuh bila tengok sebuah keluarga yang happening ada mak, ayah, adik-beradik dan saudara yang saling lengkap-melengkapi, sayang-menyayangi macam keluarga kau dan Noah. Puas aku kawal rasa sayu dan sedih ni supaya tak terlalu over but all in all I'm just only a human, and I bleed when I fall down."

"Masya Allah...sedih aku dengar, kau buat aku nak nangis beb. Tabah betul hati kau. Selama ni kau pendam seorang? Kenapa kau tak nak cerita atau kongsi dengan aku?" Fath bertanya kepada Dian.

"Bukan jenis aku yang suka buka pekung di dada nak-nak tentang hal peribadi, kau tahu jelah kan mulut manusia macam mana. Lagipun, aku tahu aku tak pernah seorang sebab Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui sentiasa ada untuk aku. Aku cuba untuk hapuskan rasa sakit dengan macam-macam cara Fath, aku luah pada kertas, aku conteng, aku melukis dan macam-macam. Tapi sakitnya susah untuk diubati malah parutnya masih berbekas di hati aku."

"Mama kau tak pernah tahu apa yang kau rasa?" Fath bertanya lagi.

"Mama? Entah, kalau dia tahu apa yang aku rasa dan fikir pasal perasaan aku selama ni, kenapa dia perlu kahwin dengan abah aku? Sebelum tu, kenapa tak fikir masak-masak? Sanggup dia lukakan hati arwah nenek aku dan membelakangkan keluarga sendiri semata-mata sebuah perkahwinan yang tiada restu? Aku pun tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu, dia pun dah pilih apa yang dia nak selama ni. "

"Mama kau tak pernah minta maaf atau jumpa dengan arwah nenek kau lepas tu? Kau pun tak pernah jumpa?" Soal Fath dengan sayu.

"Hmmm pernah dulu beberapa kali masa ambil barang-barang dekat rumah tu dan sebelum arwah tok aku meninggal. Tapi kau tahu jelah, masa tu arwah nenek aku tengah panas dan marah tak hilang lagi. I just can't get why all these happened to me? Why? I am not strong enough to bear with these."

"Shhh hey, kau kena yakin dengan qada' dan qadar Allah. Mungkin dengan apa yang jadi selama ni akan membuka seribu pintu kebahagian buat kau? Who knows kan? Yang penting, kau banyakkan bersabar dan bersolat. Doa banyak-banyak supaya Allah lembutkan hati mama kau dengan cik su untuk saling bermaafan dan berbaik semula. There's silver lining behind every cloud, and there's rainbow after rainy days."

"Fath...kau rasa aku kejam sangat ke? I mean with all my words and attitudes towards my mama and abah"

"Insha Allah tak, sebab kau dalam keadaan dan emosi yang tak stabil, that's why. Kita sama-sama manusia biasa Dian, ada perasaan marah. Namun, sebaik-baik dan sekuat-kuat manusia adalah dia yang bisa menahan marahnya. Sebab tu, Nabi sayang pada umatnya yang dapat mengawal kemarahan."

"Tapi...jauh di sudut aku sayang semuanya! Aku cuma nak sebuah keluarga yang bahagia yang dipimpin oleh seorang ketua keluarga yang beriman dan dapat membimbing anak dan isterinya ke jalan Allah. Aku tak minta emas permata, tapi sebuah keluarga yang bahagia berlandaskan kasih kepadaNya dan saling pimpin-memimpin ke syurga Allah. That's it." Luah Dian dengan sebak.

"Kau tahu tak selama mama kahwin dengan abah, tak pernah sekali pun aku kenal siapa nenek tiri aku, macam mana rupa dia malah adik-beradik dan anak saudara dia pun aku tak tahu. Yang buat aku makin menyampah bila abah aku cerita pasal dia orang pada aku dan mama, itulah inilah.. Kalau kau apa kau rasa? Inilah akibatnya bila kahwin tanpa dapat restu mak bapak. Seksa jiwa raga!"

"Ya Allah...." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Fath.

"Aku tak tahulah sampai bila semua ni akan berakhir atau tergantung macam tu je sampai bila-bila, sampai akhirat. Aku takut Fath, bila teringatkan kata Allah bahawa takkan masuk syurga hamba yang memutuskan silaturahim atau tali persaudaraan antara ahli keluarganya. Aku takut!"

"Ya aku tahu...tapi semua ni bukan atas kehendak kau Dian. Sabar okay, aku sentiasa ada sokong kau. Kau sahabat aku dunia akhirat. Kau ibarat adik-beradik aku tau, cubit paha kanan paha kiri terasa."

"Sebab tu aku takut...takut untuk ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Aku takut aku tak bahagia dan aku berasa tertipu. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku serik Fath!"

"Dian...kau tak boleh takut, kalau kau takut membuatkan diri kau lagi terseksa. Diri kau berhak untuk mendapat cinta dan kasih sayang daripada seorang lelaki yang amat mencintai kau sepenuh hatinya. Kau kena berani, beri diri kau peluang untuk rasa mencintai dan dicintai. Cinta adalah anugerah dari Allah untuk hambaNya. Ia datang dan pergi tanpa diundang dan cinta itu suci dari Dia yang Maha Mencintai."

"Fath...aku tak tahu macam mana nak ucap terima kasih dan balas jasa baik kau selama ni.Hanya Allah saja yang boleh balas semua kebaikan kau pada aku. You are truly my bestfriend. Aku sayang kau lillahi ta'ala."

"Alhamdulillah..aku pun sayang kau lillahi ta'ala. Persahabatan kita adalah kerana Dia yang Maha Esa."

Mereka berpelukan dan berkongsi rasa sayu di hati sehingga menitiskan air jernih jatuh ke pipi.



Wednesday, 1 July 2015

The Healing Love - Part 22


Salam, Meena ada dekat hostel ke sekarang?

W'salam, ye kenapa? Rindu la tu he he he.

Tahu-tahu je ye. Cik su nak datang ni, dalam sepuluh minit sampai.

What? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Okay dah sampai bagitau.

Ok, kalau bagitau awal pun bukan Meena boleh masak pun.

 :P 

                                  *********************************************

          Setelah sepuluh minit berlalu, Cik Su Madeena muncul bersama anak-anaknya dan suaminya yang dipanggil Dian 'ayah su'. Mereka sungguh teruja ingin bertemu dengan Dian sekali lagi.

"Cik su dari mana ni? Kenapa tak inform awal-awal nak datang?"

"Dari rumah, tak ada apa nak buat kat rumah so teringatkan anak buah cik su yang cun ni. Terus ajak ayah su datang sini. Kenapa tak boleh? Ke Meena nak keluar dating?" Cik su mengusik Dian.

Dian membulatkan matanya.

"Tak ada maknanya nak dating! Bukan, just terkejut beruk sikit. Biasanya mama je yang datang."

"Oh, so macam mana semalam reunion in Sepang Gold Cost?"

"Best, gempak! Dapat kawan baru. Guess what? Adam pun ada kat sana."

"Iye? Habis tu dia tak ada cakap apa-apa kat Meena?"

"Tak, borak biasa je. Dia partner dengan Juwita ex-classmate Noah. Cantik orangnya."

"Meena seribu kali ganda lagi cantik! Kalah Pretty Zinta tau."

Amboi cik su kalau memuji melebih-lebih tahap Gunung Everest!

"Cik su, apa program selama cuti ni? Ternak lemak di perut? Kembangkan 'bon bon' ?"

"Hmm bagus jugak idea tu, tak sia-sia ada anak buah yang mereng tapi cun macam Meena."

Dian tergelak mendengar kata-kata cik su kesayangannya.

"Betul-betullah cik su, tak ada apa-apa plan ke? Pergi holiday ke? Honeymoon?"

"Budak-budak ni sekolah, apa kejadahnya nak holiday? Honeymoon? Ayah su busy aje memanjang, lagipun dah basi guna perkataan 'honeymoon'."

"Dah tu nak guna perkataan apa?"

" 'Honeystar' ke 'honeysun' ke ha ha ha! Sesuai sangat untuk pengantin basi macam cik su."

"Elok juga gitu ha ha ha! Pergi rumah mama lah, berbaik-baik, bermanja-manja. Sampai bila nak macam ni, tak baik kan putuskan tali persaudaraan. Allah murka."

Cik su diam mencari kata-kata yang sesuai untuk menjawab.

"Hmm tengoklah macam mana.Takut belum jejak lantai rumah, mama dah..."

"Cik su, cik su dengan mama harus beralah. Dua-dua punya salah masing-masing. Dan memaafkan itu lebih mulia dari meminta maaf. Kita ni orang Islam, Islam benci kepada perbalahan."

Cik Su Madeena pegang paha Dian dan tersenyum.

"Pandainya anak buah cik su ni dah macam ustazah pilihan bila bercakap. Siapa mentor ni?"

"Tak ada siapa-siapa cuma kehidupan mengajar Meena semua tu. Kehidupan yang ada suka dan duka."

"I am so sorry...to involved you in this matter. I've no intention to drag you into this fighting."

"So okay, Allah knows the best..."

"Saiful dengan Kimi nak exam Isnin ni, so memang tak kemana cik su selama dua minggu ni. Jadi suri rumah je. How I wish you to come home and we could spend a lot of time together."

"Oh, that's so sweet of you! I wish too, but how come? Meena ada kelas, Jumaat je free termasuk Sabtu Ahad. Kadang-kadang, ada seminar lah bagai dengan kokurikulum setiap minggu."

"Tak apa, ada rezeki kita jumpa lagi. Jom makan, see what I bring for you, Nando's!!!"

"Oh, this  make me wanna sheds into tears! You always know my favorite."

Cik Su telah pun membuka plastik yang berisi ayam Nando's dan beberapa hidangan yang lain dan mereka duduk di sebuah pondok berdekatan dengan tasik untuk menikmati makanan tersebut.
Sambil makan, mereka berbual-bual mesra dari satu topik ke satu topik  yang lain.



                                    *******************************************


          Dian yang sedang khusyuk menelaah buku di perpustakaan bersama Fath terjeda seketika apabila Noah datang duduk dihadapannya. Mukanya diangkat sedikit memandang Noah.

"Dian, Jumaat ni free tak?" Noah separuh berbisik kepada Dian.

"Free tapi nak balik rumah mama, kenapa?"

"Ala, tak boleh postpone?"

"Tak, rindu tahap melampau dah ni. Dah la balik raya sekejap je."

"Hmm ingat nak ajak pergi somewhere.."

"Somewhere? Mana?"

"Birthday party Natasha dekat Kenny Rodger's One Utama."

"Cakap last minute memang tak dapek den nolongnya. Sorry...."

"Hmm nak buat macam mana, tapi she's really hope that you are coming."

"Well, majlis tu tetap jalan kan walau Dian tak ada. Nanti Dian belikan hadiah untuk dia."

"Tell me if you change your mind."

"Hmmm..."

Noah masih memandang tepat kepada Dian.

"Anything more? No work to do?"

"Erm..jom makan? Lapar dah pukul satu ni."

Dian menyelak lengan bajunya melihat jam di tangan kanan.

"Pergi dengan Fath boleh? Best pulak baca buku ni.."

Tanpa sedar Noah rembat buku The Right Communication yang agak tebal dari tangan Dian lantas membuatkan gadis itu terkejut dan terjerit kecil. Setelah diambil buku tebal itu, di tangan Dian terdapat sebuah buku seperti buku novel. Fath menoleh dengan berkerut di dahinya.

"How To Fall In Love? So, this is the book that you've been 'studied'? Kening Fath terjungkit sedikit.

Dian tersengih macam kerang busuk.

"Bingo!" Noah mencelah.

"Dah jom lunch? Perut aku dah berkeroncong lagu hindustan rock zapin semua dah ni."

"Yelah yelah, kejap aku nak pinjam buku ni. Sat no..."

Noah menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagat Dian yang sememangnya telah lama mencuri hatinya ini.



                                  ************************************************


            Kuliah Creative Writing atau dalam kata lain, penulisan kreatif yang diajar oleh Prof.Dr.Sharifah Ilyana Syed Habsyee antara kelas kegemaran Dian dan Fath termasuk Noah. Kegemaran bagi Noah kerana di kelas inilah dia dapat berjumpa dengan Dian, gadis pujaannya! Itulah objektifnya.

"Alright, I'll mention your name to be paired with someone right now so that you can start the assignment given. The title and guidelines will be update into portal by this evening. So with working by two in one team, I hope that you all could finish this work by next two weeks. Is it okay?"

Semua mengangguk dan bersetuju dengan arahan Prof.Dr.Sharifah Ilyana.

"So, group one will be Melinda and Fath Dlina Rose. Next, Zaim Armani and Zulaikha. Next, Noah Ismail Wong and Dian Ameena..."

Masing-masing bersorak dan bersiul apabila nama pasangan ketiga disebut oleh Prof.Dr,Sharifah Ilyana sebentar tadi. Darah hangat menyerbu ke muka Dian saat ini. Noah pulak boleh pulak tersenyum bangga dan tenang lagaknya.

"Err...is there any something that I don't know class?" Tanya pensyarah muda itu.

"Sweet couple!" Jerit salah seorang dari mereka, Micheal Seth Yong. Mulutnya agak becok, ada saja gosip yang direkanya dalam kelas. Padanlah dia digelar 'Mek Yah' singkatan daripada 'Joyah'. Biarpun jantinanya lelaki tapi tetap dipanggil 'mek' di hadapan panggilan itu. Patutlah Melinda tak suka bila dikenenkan dengan si 'Mek Yah' tu.

"I don't mind if you guys wanna deep falling in love or whatever, but please make sure finish my assignment with that period given to you, understand?" Kata pensyarah itu lagi.

"Yes ma'am!" Bersemangat Daud menjawab.

"Well, they are such a nice couple..." Pensyarah cantik itu berkata perlahan namun masih jelas di dengar kerana dia memegang mikrofon!

Dian ketap gigi, Fath sudah menyiku lengannya dan tersenyum-senyum memandangnya yang pucat semacam muka.

"Okay, next is Alvin and Chandra, Miranda and Syafiq...." Sambung Prof tersebut mengalih perhatian para pelajarnya.
                   
       Usai kelas di Dewan Kuliah Octagon, Cassandra si amoi yang comel dengan mata sepetnya persis orang korea mendekati Dian yang sedang mengemas kertas-kertas tugasan ke dalam fail lalu bertanya

"Dian, do you really with Noah ha?"

Dian berkerut dan tersenyum lalu berkata " You trust the rumors? No it's not true at all.."

"Everyone tells that you and Noah is deeply in love, always together and so on. How come you don't have any feeling towards this handsome guy?"

"Seriously Cassandra, between us there's nothing more than a friend. That's it." Dian menjawab tegas.

"But I see Noah likes you very much la.. very obvious meyh!"

"Noah is damn in love with her but she is the one who 'jual mahal' meyh..." Fath bangun mencelah.

Cassandra pula buat muka minta kepastian. Sudah keliru yang mana satu betul.

"No don't trust Fath, in fact he just like my other friend like me and you. Hope it's clear to you.'

"But Noah is super special friend, more special than me you know. Sometimes I feel jealous huh!" Celah Fath lagi dengan mencebik.

"Auch! Sakit la weh, kau dah kenapa cubit aku?"

"Mulut kau tu kan...aku cabai nak? Ini ke kawan? Bukan back up aku."

"Lah...dah terang lagi bersuluh kan? Kau aje yang buat 'buta' nak nafikan bagai, at least appreciate."

"Eh okay, I pergi dulu ya. Dian, think again about it. Cinta sejati tak akan datang banyak kali tau! Bye!"

'Cinta sejati tak akan datang banyak kali' ? Benarkah Noah itu cinta sejatinya?

"Dian, jom pergi rumah aku nak? Dah lama kau tak datang rumah aku." Ajak Dian.

"Hmmm aku sebenarnya malas nak pergi mana-mana. Nak balik tidur, semalam aku tidur pukul satu siapkan assignment Encik Ryszard yang maha rumit tu. Kau sampai mana dah?"

"Aku baru buat introduction, ala kan dia suruh hantar hujung bulan depan? Banyak lagi masa."

"Bertangguh itu pencuri masa. Aku kalau boleh nak cepat siap, nanti tak adalah kelam kabut bila ada assignment baru. Ada faham?"

"Macam kau tak boleh buat kat rumah aku kan? Jomlah please, kita buat sama-sama nak?"

"Hah? Sah-sah tajuk kita tak sama mak cik oii...lain kali je eh?"

"Please, tak ada siapa kat rumah daddy aku pergi Singapore, mama aku pulak ke Langkawi ada seminar. Kakak aku tu pun tak ada, ke Pahang kena outstation."

"Eeee kau nilah kan...tahu aku lemah tengok muka kesian tambah muka seposen? Yalah, aku teman kau tidur sana malam ni. Weh jap, maknanya ada kita bedua je ke nanti?"

"Tak, ada nanny aku teman! Nanny kata dia rindu kau, kau ada bagi dia minum ubat jampi apa hah?"

"Haip! Mulut kau, memang nak kena cili kan? Dah dia rindu aku, kau jealous?"

"Hari-hari aku tengok muka nanny dua tiga hari ni nak jealous apa bendanya."

"Hee ya tak ya jugak, tapi mana ada aku bagi ubat jampi tau!"

"Aku gurau jelah, lurus bendul kawan aku seorang ni."


                        ******************************************************


            Setelah sampai di rumah Fath, mereka berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu bawah. Fath hidangkan air bersama kerepek untuk Dian. Setelah puas berehat, petang itu Dian menemani Fath mandi di kolam renang di tepi rumah mewah itu. Fath memang cekap berenang kerana diajar dengan kemahiran itu sejak berusia lima tahun.

"Dian, jom swimming sekali? Bukan ada siapa pun, nanny aku pun tengah sibuk duk membelai pokok orkid tu ha. Come!" Fath bersungguh mengajak.

"Eh tak apa, kau berendamlah puas-puas aku tak pandai berenang."

"Jom aku ajar kau swimming nak? Ala, kau jalan-jalan itik je dalam air ni."

"Ish tak mau aku, hodoh gila suruh jalan-jalan itik."

Fath yang tadi berada di sisi kolam renang naik keatas dan datang ke arah Dian yang sedang duduk di kerusi berhampiran kolam tersebut.

"Kau ni kenapa aku tengok, macam ada masalah je? Tak nak share?"

"Not now, aku ada Allah. Dia Maha Mendengar."

"Tapi, kita manusia biasa perlu saling membantu sesama saudara. Tak salah kalau kau cerita apa masalah kau untuk minta pendapat, mana tahu kau dapat jalan penyelesaian?"

"Tak apa, thanks for concern. Dah pergi sambung berenang, syok aku tengok!"

"Kau tahu tak, dulu masa aku kat London bila kakak dengan abang-abang aku masuk universiti, aku sedih sebab tak ada kawan nak main, nak kongsi cerita. Then, ada seorang budak baru masuk sekolah aku dari Malaysia. Lepas tu, aku yang terlebih mesra alam nak la berkawan dengan dia since tengok dia macam segan je nak start the conversation, tapi kau tahu tak apa jadi bila first time aku bercakap dengan dia?"

Dian mengakat kedua bahunya tanda tidak tahu lalu Fath sambung "Macam ayam dengan itik!"

"Dia banyak mengangguk dan senyum bila aku bercakap, entah faham ke tidak apa yang aku cakap. Yelah, aku lama duk sana so kelu sikit lidah nak cakap Melayu. Tapi last-last, aku jadi fasih Bahasa Melayu bila berkawan dengan dia, dan dia pun berhabuk speaking kalah mat saleh kat sana. Sejak tu kita orang rapat dan banyak yang aku kongsi dengan dia. He's truly my best friend!"

"Oh...lelaki ke perempuan?" Soal Dian.

"Kalau aku cakap lelaki?"

"Hmmm...untunglah kau. Eh, kejap kau masih contact dengan dia?"

"Haruslah, dia still kat sana aku je yang kat sini. Rindu siout dekat celoteh dia!"

"Are you had a crushed on him?" Tebak Dian dengan penuh senyum bermakna.

"Ermm perhaps perhaps perhaps? Entah, tapi yang pasti aku selesa sangat bila dengan dia."

"Mendalam maksud tu...selesa macam mana tu?"

"Selesalah, selesa tentang apa-apa sahaja! Kau tahu tak, kalau setiap kali aku period aku mesti ingat tau dan siap set dekat phone tapi satu hari ni aku betul-betul lupa dan dia boleh ingatkan aku pasal due menses aku? Dahsyat!"

"What? Kau biar betul?"

"Ye...dia memang jenis yang alert and concern. Sebabnya aku menses setiap hujung bulan dan dia perasan benda tu kebetulan, aku memang bad mood that day and he guessed aku menses and he is correct."

"Wow... takkan kau tak ada apa-apa feeling tangkap cintan dengan dia?"

"Aku memang sukakan dia."

Dian buat muka terkejut dan membulatkan mata.

"Dia tahu?"

Fath menggeleng dan berkata "Aku takut....takut kena reject!"

Dian tergelak mendengar jawapan klise sahabatnya itu. Fath Dlina Rose seorang yang penakut? Silap besar ni.

"Belum cuba belum tahu sayang oii, cuba bagitahu dia direct. Parah woo pendam dalam hati, kang meletup!"

"Eleh cakap kita, dia tu?"

"Aku lain, kes aku ni lain daripada kau. Aku ni dah terang-terang dah mengaku yang dia suka aku dan aku cakap aku tak suka dia?"

"Sikit pun tak? Come on..."

"Ish, sekarang ni kita cakap pasal boyfriend kau kan? So, bolehlah kau kenalkan aku dengan dia nanti bila sampai London?" Dian menggerakkan dua keningnya.

"Hmm insya Allah...tapi aku ada dekat dengan dia aku rasa lain. Seriously..."

"Rasa cinta....kan?" Dian tersenyum pada sahabat baiknya.

"Ha ha ha mungkin!"

"Baru sekarang kau nak buka cerita pasal crush kau kan. Kalau tak haram!"

"Oh aku tak pernah cerita ya kat kau? Ala, aku segan...cerita aku biasa-biasa je."

"Ceh, humble konon...eh dia handsome? Macho?"

"Kat London nanti kau tengoklah sendiri! Malas aku nak describe ciri-ciri fizikal dia huh."

"Sampai hati kau kan!"

"Bukan sampai kat hati je, sampai ke usus kecil usus besar dah ha ha ha! Eh sini jap, cuba kau tengok tu!"

Fath memanggil Dian ke arahnya di sisi kolam untuk melihat ke arah atas rumah tersebut. Tanpa berlengah dan patuh, Dian mara ke sisi kolam renang itu dan Fath menariknya jatuh ke dalam kolam!

Bummmm!!!

Dian basah lecun dengan pakaiannya dan terkejut. Nasib tak lemas macam hari dia jatuh dalam kolam di rumah Noah kerana aras air dia jatuh tidaklah dalam mana.

"Fath!!! Jahatnya kau!"

"Sorry beb, aku geram tengok kau yang cun ni he he he!"

"Eeee nah ambil banyak kau punya cun!" Dian menyimbah air ke arah Fath berkali-kali.

Akhirnya mereka mandi kolam bersama dan Fath mengajar teknik-teknik asas untuk berenang kepada Dian.
Diajarnya cara bernafas yang betul dan cara menguak tangan di dalam air. Tenggelam timbul Dian dibuatnya. Kenapalah mama tak pernah hantar dia ke kelas belajar berenang masa kecil, tak adalah dia terkial-kial nak berenang macam sekarang.





                                         *****************************************

           Puan Maria sedang asyik menonton rancangan My Kitchen Rules di Astro Diva saluran tujuh kosong dua. Dia tinggal seorang sahaja di rumah tanpa berteman. Nasib baik dia bekerja waktu pejabat tak adalah rasa sunyi sangat. Terkadang rindu membuak-buak pada satu-satunya anak tunggalnya itu, Dian Ameena.

Mindanya menerawang jauh, rancangan memasak itu tidak difokus lagi.

"Mulai sekarang, kau bawa semua kain baju kau ni sekali keluar dari rumah aku! Jangan kau harap dapat jejak kat sini lagi bila kau dah pilih jantan tak guna tu!" Tempik Puan Mazwin, ibu kandungnya sendiri.

"Mak! Ampunkan Maria mak, Maria sayangkan mak!" Maria menangis merayu pada ibunya.

"Sayang kepala hotak kau! Kalau kau sayangkan aku dan keluarga ni kau takkan kahwin dengan lelaki bangsat hindu tu! Sekarang kau berambus dari sini, jijik aku tengok kau. Kau bukan anak aku lagi, anak aku seorang je namanya Madeena!" Penuh amarah Puan Mazwin saat itu.

Dian Ameena hanya memerhati babak air mata dan tengkingan antara neneknya dan mamanya. Walaupun dia masih terlalu muda untuk semua itu tetapi dia faham dan dia tidak minta semua ini terjadi. Pagi-pagi lagi mamanya mengejutnya untuk mandi dan mengemas beg pakaian.

"Kau dengar tak, ke kau dah pekak? Mak hanya ada seorang anak je mulai sekarang iaitu Madeena,aku! Kau bukan anak dia lagi, kau dah pilih nak kahwin sangat dengan jantan tu hah sekarang blah! blah la!"
Tengking Madeena dengan muka yang merah menahan marah akan kakak sulungnya.

"Kau tak ada hak nak tentukan semua tu Madeena! Suka hati akulah nak kahwin dengan siapa pun, aku tetap anak mak sampai bila-bila! Kenapa korang benci sangat dengan Abang Ezuan hah?"

"Aku memang takkan terima dia jadi menantu aku sampai mati! Kau faham?"

"Tapi kenapa mak?" Teresak-esak Maria menangis di ruang tamu rumah kayu ibunya.

"Sebab aku tak suka! Belum ada lagi keturunan aku bantah cakap aku semata-mata nak kahwin dengan hindu tahu? Jadi, sekarang aku haramkan setiap titik air susu badan aku pada kau, anak tak kenang budi!"

"Astaghfirullah mak!"

"Dah kau jangan nak buat air mata drama kesian kat sini, kau nak pergi pergi tapi biar Meena aku jaga!"

Dian yang sedang berselindung di sebalik pintu kayu bilik bersama sepupunya, Saiful berkerut yang sejak tadi sedang memasang telinga. Apa yang berlaku semua ni? Kenapa mama menangis? Kenapa nenek marah sangat dengan mama, cik su pun?

"Tak, Maria takkan tinggalkan Meena. Maria akan bawa anak Maria sekali, dia nyawa Maria!"

"Heh kau dengar sini, aku tak nak cucu aku masuk hindu sekali dengan kau faham! Kau nak ikut laki kau yang hindu tu kau pergi tapi jangan kau bawa cucu aku sekali!"

"Dia anak Maria, mak tak boleh pisahkan dia dengan Maria! Maria akan didik dia jadi anak yang solehah, taat pada agama Islam. Bukan macam yang mak fikirkan!"

"Kurang ajar punya anak!" Puan Mazwin menampar pipi Maria sehingga terjatuh di tepi kerusi.

"Tengok mak, sebab jantan tak guna tu dengan Meena sekali dia nak heret sekali. Ibu jenis apa ni?" Madeena mencurahkan api kemarahan lagi.

"Maria, kalau kau tak nak aku bunuh kau baik kau keluar dari rumah ni sekarang! Cukuplah dengan selama yang dah kau buat, malukan aku, conteng arang kat muka aku satu kampung!" Tengking ibunya lagi.

Tanpa berlengah, Maria masuk ke dalam biliknya dan menarik tangan Dian yang terkebil-kebil di balik pintu itu. Disisinya ada Saiful yang masih tidak faham apa-apa.

"Maria! Aku kata jangan bawa cucu aku sekali!"

"Tak, Maria tak boleh hidup tanpa Meena mak, dia anak Maria darah daging Maria."

Puan Mazwin terus menarik tangan Dian dan Maria menarik sebelah tangan Dian lagi sehingga Dian menangis teresak-esak di antara mereka. Takut menguasai dirinya.

"Cucu nenek tinggal dengan nenek ya? Biarkan mama nak ikut jantan tak guna tu! Nenek sayang Meena..." Pujuk Puan Mazwin.

"Meena,Meena ikut mama sayang! Meena anak mama, tak ada siapa boleh pisahkan kita."

"Nenek lagi sayangkan Meena, nanti kita beli mainan baru nak? Kita beli dengan cik su dan ayah su. Saiful pun nak main dengan Meena. Jangan ikut mama sebab dia nak ikut orang jahat nanti orang tu buat jahat dekat Meena."

"Nenek tipu sayang, jangan percayakan dia."

"Hey Maria! Jangan kau semai racun dalam fikiran cucu aku! Cucu aku tak layak dibela kau sebab kau mak yang tak guna!"

"Mak, Meena Maria kandungkan sembilan bulan sepuluh hari mak. Maria yang melahirkan dan menyusukan dia, dia anak Maria dan Maria ada hak atas dia!" Maria menjerit kepada ibunya.

"Hak apanya kalau anak sendiri kau taruk racun pada fikirannya? Nanti entah jadi apa entah pada budak ni bila kau orang hidup dengan si hindu tu!"

"Nama dia Ezuan Kumar bin Abdullah mak, dan dia Islam! Bukan semua Islam tu Islam, Islam hanya pada nama tapi amalan entah kemana."

"Macamlah kau dah lama kenal dengan jantan tu? Baru masuk Islam, cakap tak semengah dah, kau tengoklah nanti setahun dua bila kau hidup sebumbung dengan dia, tak aman rumah tangga korang aku doakan sebab kau tak pernah dapat restu aku!!!"

"Biarlah mak, itu anak dia. Kita tengok setakat mana dia boleh jaga Meena ni, nanti kita cari jalan dapatkan hak penjagaan Meena daripada dia."

Maria terpampan mendengar kata-kata dari mulut adiknya itu. Dia mendapatkan tangan ibunya untuk bersalam sebelum keluar dari rumah itu.

"Dah, tak payah nak salam-salam aku jijik tahu! Pergi!" Puan Mazwin menepis tangan Maria.

"Nenek! Cik su! Meena nak duduk dengan nenek!" Dian menjerit meminta mamanya melepaskan tangannya yang dipegang kemas.

"Nanti nenek ambil Meena sayang, sabar okay!" Puan Mazwin mengesat air matanya yang tumpah.

"Nenek!" Jerit Dian dari jauh yang sudah beberapa tapak meninggalkan rumah kayu itu.


                                            **************************************

       Deringan telefon bimbit Puan Maria terus mematikan lamunannya itu. Dikesat air matanya yang menitis di pipi lalu mejawab panggilan itu.

"Mama, kenapa lambat angkat?"

"Hah? Sorry mama tak dengar, tengok tv ni. Meena sihat sayang?"

"Sihat, mama Meena rindu...Jumaat ni Meena balik tau."

"Oh, okay nanti mama jemput ya. Bas pukul berapa?"

"Hmm pukul 3 petang sedang elok mama habis kerja 4.30 kan?

"Okay, tunggu kat situ jangan pergi mana-mana. Mama pun rindu!"

"Meena kat rumah kawan Meena ni teman dia, Fath namanya."

"Ha elok-elok, kirim salam pada Fath ya. Dah makan?"

"Baru sudah, Meena masak dengan nenek dia. Masak spagheti bolognese!"

"Sedap, nanti balik sini mama masak lauk kegemaran Meena ya?"

"Cantik! Okay mama Meena nak tengok tv, mama jaga diri ya!"

"Okay bye sayang...I love you!"

          Puan Maria teringatkan semula tentang insiden hampir empat belas tahu dulu, masih segar di ingatannya hingga sekarang. Satu demi satu ayat sinis dan tengkingan ibunya sendiri.

"Mak...maafkan Maria...Maria rindukan mak."

Betullah kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Semua sudah musnah hancur berderai. Mak pun sudah pergi menghadap sang pencipta lapan tahun lalu. Semuanya telah habis musnah.



                                          *******************************************


 Hi Dian, how are you? Free now? ~Adam

Holla Adam, sihat...free lah jugak. Watching movie with Fath at her home.

Oh...yeah Pak Long dekat Singapore dengan grandpa. Nanny ada sana kan?

Yup. Adam kat mana tu?

Office :)

Tak balik lagi? Dah pukul sembilan ni.

Kerja biasalah, esok nak submit report.

Rajin! Bagus2... jangan balik lambat sangat nanti esok susah bangun pagi.

Thanks, erm Dian can we meet tomorrow? I'll come to the house?

Kenapa? 

Rindu :)

Sengaja Dian biarkan mesej Adam tergantung di situ, malas nak balas. Lebih baik dia tonton cerita The Minion dengan Fath, best cerita ni! Dian memang suka kartun comel berwarna kuning ni, rasa macam nak picit-picit je!


                                     *********************************************


          Dari jauh lagi Dian perhati Irina yang tegedik-gedik menempel dengan Noah dekat Student Centre. Naik sakit mata rasa nak terkeluar biji mata menengoknya! Noah pun satu, boleh sangat tepis si beruk mak nyeh tu, sukalah tu.

"Weh dah kenapa tercegat kat sini? Kata nak jumpa Noah?" Soal Fath pelik.

"Tu...tengoklah tu. Bukan main miang!"

"Hoi, cemburukah?"

"Tak kuasa aku, masalahnya ini universiti tempat belajar bukan menggatal macam kucing miang!

"Pergilah cepat, nanti kelas pukul sepuluh. Okay jom aku teman."

Fath menarik tangan Dian menghampiri Noah dimana tempat dia sedang duduk bersama Irina.

"Noah, boleh cakap sikit in private?" Tegas Fath dengan muka sengaja serius.

Fath mengerling tajam ke arah Cassandra memberi isyarat supaya beredar namun gadis tersebut buat tak tahu sehingga Noah bersuara.

"Irina, please leave us..."

"Okay, fine!" Si betina miang itu cuba mencium di pipi Noah namun sempat Noah menolaknya.

"Ni Dian nak bagi kau sesuatu..." Fath bersuara dulu lalu memandang Dian.

"Thanks for these." Dian menghulurkan dua buah novel Inggeris yang dipinjamkan oleh Noah kepadanya.

"Dah habis baca?"

Dian angguk laju.

"Nak pinjam yang lain tak?"

"Boleh jugak."

"Okay esok Noah bawa ya, tunggu kat depan Kafe Uncle Sam pagi-pagi."

"Eh tak apa, esok kita jumpa lepas Dian habis kelas pukul sepuluh kat situ. Noah free kan masa tu?"

"Oh okay cool, ada kelas ke kejap lagi?"

"Aah! Okay see you again bye." Laju Fath mencelah lalu mula menapak meninggalkan Dian.

"Erm Dian..." Noah memanggil perlahan. Dian tak jadi meneruskan langkah untuk pergi.

"Noah dengan Cassandra tak ada apa-apa, kawan biasa je. Don't take it wrong."

Dian sekadar tersenyum lalu pergi dari situ. 

nuffnang