Wednesday, 19 June 2013

Galau

Macam-macam fikir di kepala..
semoga sentiasa dilindungi daripada memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.
umi, abah,, rumah, bilik tidur,
irah rindu kalian!

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Monday, 17 June 2013

HOMESICKKKK

saya rindu umi !!!!!
saya harus belajar maths,kimia,bio,scomputer
saya mesti kuat,tabah,redha!!!!!!!!!

Sunday, 26 May 2013

Life must go on and not turning back

Cuti yang memecahkan rekod peribadi selama setengah tahun lamanya setelah meninggalkan jejak menduduki peperiksaan spm pada tahun 2012.

Akhirnya tiba masanya untuk pergi meneruskan perjuangan masa untuk menuntut ilmu di negeri bersejarah, tahu? MELAKA.

Mulai esok bermulalah satu kehidupan baru dan titik permulaan untuk aku mengejar apa yang aku citakan
aku yakin Dia Yang Maha Esa pasti punya sejuta semilion hikmah yang hanya Dia sahaja tahu aku ditempatkan di sana.

Segala barang keperluan yang dibawa. Tak cukup satu beg, dua pun belum lagi. Berbeg-beg hendaknya.

Wahai hati, tenanglah engkau di negeri sana nanti dan FOKUSSS apa yang engkau inginkan.
Sabar, Ikhlas, Usaha, Doa.

Orang lain boleh buat mesti engkau pun boleh. Jangan putus harapan, mudah mengalah dengan pantas, JANGAN! 

lagi satu, jadilah matang :) waa~ insyaAllah dari semasa ke semasa 

sedih, gila tak sedih!!! nak berjauhan dari mak ayah yang selama ni ada je depan mata, tapi umi kata kenalah berkorban, nak mnuntut ilmu bukan buat apa2 yang tak patut, untuk diri sendiri.

dalam pada tu, bersyukur atas apa yang dapat kalau nak dibandingkan orang lain, Alhamdulillah....

Oleh itu, semoga esok menjadi hari yang best dan awesome !

Kolej Matrikulasi Melaka, saya nak bersua dengan anda ! 







Wednesday, 15 May 2013

Teruskan

Salam 

Lamanya tak update. Tetiba terlihat "Let it always be Illuminating" di bookmark
okay keputusan spm pun dah keluar dan sekarang perlu meneruskan perjalanan.
Perjalanan yang masih jauh,berliku dan panjang. Lebih mencabar daripada soalan spm.
Harus ada perancangan untuk masa depan. Nak jadi apa? apa yang harus dicapai? capai apa?
CITA-CITA! Dan untuk mencapai cita-cita tu, apa tindakan untuk mencapainya? 
Teruskan berusaha, teruskan berusaha, teruskan berusaha.
Jangan biarkan fikiran negatif menguasai minda! tidak sama sekali.


Teruskan.. nak teruskan apa lagi?

Teruskan mengejar cita-cita!

# Don't chase your dream, CATCH it ! 

and
Minat boleh dipupuk dan disemai 
  

Saturday, 16 March 2013

BAWA BERTENANG

Assalamualaikum dan hai !

Okay, berdebar kencang hati atau apa-apalah perasaan ni bercampur-baur
menunggu keputusan.
Bagaikan semua benda buat serba tak kena.
aku sekolah tak macam kawan2 lain
awal setengah tahun pergi sekolah buat syarat tapi otak entah ke mana, kerja sekolah memang tak buat, peka pun ko..nasib baik masih ada cikgu yang aku anggap memahami aku.
terima kasih cikgu Rohana! cikgu Rosni! hehe (rezeki jangan ditolak)
serius, masa aku sakit tu.. urghh!!! nak concentrate pun langsung takkkkk bolehhh!
Allah nak uji... (positif)

setelah kembali pulih, nak kejar mana yang tertinggal pula!
memang 'gila' tapi alhamdulillah.. dengan bantuan cikgu tuisyen peribadi hasil pencarian mak aku 
yang hebat..WOWW! 
dah tak kisah pasal bayaran asalkan dapat ilmu..
untuk 1 cikgu dia cover admath,fizik,chemist and maths.

masa menjawab SPM memang meremang bulu roma,
dengan suasana tegang . . . . tuhan je yang tahu apa yang dirasai diri ni

okay, Usaha sudah, Jawab pun sudah, tinggal berdoa & bertawakal berharap semuanya baik-baik sahaja hendaknya.

yang bestnya bila mak aku cakap "apapun keputusan terima dengan hati terbuka dan tetap anak umi"

sayang umi!!!

helmi yusof pernah kata : SPM bukan segalanya ;)

Thursday, 7 March 2013

It's Complicated

Assalamualaikum and hello to all!

it's complicated!!! yes, sometimes and often i  feel like it's too hard for me :(
but i have to stay STRONG for the sake of Allah
never let myself turn down or be sad,never ever
be happy~ (still imagine what my tuition teacher said)
oh!
thus, i take a decision to write on this entry
as one step to release the tense maybe

perhaps me myself made 'complicated' and sometimes i feel happy
can i say here as no one know it
let just me and the god know okay
CAN YOU JUST FORGIVE AND FORGET FOR WHAT HAD HAPPENED???
well, know whom i refer this to ? its my mum. But, uh! too complicated

i try to understand her.. i know what i felt if I'm on her shoe that time but PLEASE mum..
let bygone be bygone okay (pity face)
i know you are kind hearted mum and please please i'm begging you that i want back the truly happiness
but what should i do ?
i just have to pass all this to Allah the Almighty.
cause i nearly give up yet still hoping magic will occur for our family

i love all people around me..very much!!

# Sorry for broken english and grammar errors as i am trying to improve my english language ^______^

how lovely they are !

that's all for now. I have to perform zohor prayer.
Till then, bye.

Sunday, 3 March 2013

9 Perkara Tentang Saya

1.Emotional + sensitif - yes! seorang yang mudah tersentuh hati. Mudah sangat menangis. sekarang ni cuba untuk mendidik diri sendiri untuk mengawal emosi dan bukannya emosi yang mengawal diri sendiri.

sedih..uwaa!

2.Suka baby - Betapa 'gilanya' bila  nampak anak kecil yang baru melihat dunia yang penuh suci tanpa dosa. Teringat bahawa bau 'manis' atau wangi yang semulajadi ada pada baby itu merupakan bau wangi syurga ! Allah...maha suci Engkau atas ciptaanMu. Yang syoknya bila baby tu ceria,manja dan bijak.
tatakk (sebenarnya kakak..) 


3. Penggemar ayam- Ayam goreng yang rangup.. oh sedapnya! tak ada ayam masak kicap,lemak apa pun tak apa asalkan ada ayam goreng. Cukup.
sudahlah tak sarapan pagi lagi masa menaip ni. gulp!


4. Sukakan ilmu - tak kisah ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. sebab? sebabnya, bagi saya,ilmu sampai mati pun tak akan pernah habis dituntut tapi, tuntutlah ilmu untuk keluar daripada cahaya kegelapan.



5.Pernah 'Sakit' yang tidak diketahui apa puncanya - masa diserang penyakit 'misteri' yang agak susah untuk digambarkan dengan kata-kata ni, terasa malas nak ke sekolah, semuanya jadi serba tak kena. Asyik nak tidur je. Kat rumah tidur kat sekolah pun hentam tidur. Boleh 'beat' kecoh pasal diri aku ni sama-sama cikgu dan kawan-kawan. Redha,Bersangka baik..... mungkin Dia ingin meninggikan darjat dan memberi pahala atas ujian yang diberi.Alhamdulillah, sembuh juga dengan izinNya.

6.Anak tunggul - anak tunggal lah! uwaa.. bohonglah kalau kata tak sunyi. bohong juga kalau kata tak 'jealous' melihat mereka-mereka yang ada adik beradik. Bergaduh,berbaik dan menjalinkan silaturahim yang sungguh 'awesome' ! Namun, apakan daya diri ini. Perancangan Allah itu lebih baik dan yang paling terbaikk.



7. Pemalas - ops! bukan 24jam.. apabila disuntik 'antibiotic' RAJIN.. huh! bukan main lagi ^.^
note to bakal suami : hati-hati dengan diriku ini. gulp!


8.Rabun jauh - bila rabun kena pakai cermin mata dan terpaksa diakui bila kena pakai cermin mata, pergi mana-mana mesti kena pakai cermin mata lah.. ini baru sikit nikmat Allah cabut. Jadi, tetap bersyukur dengan anggota badan yang masih sihat.

9. Hanya manusia biasa yang pernah berlari jauh dari kesilapan dan mungkin mengejar kesempurnaan. Faham ? err.. biarlah antaraku dan tuhan yang tahu.

#bukan senang nak menulis supaya apa yang ingin diutarakan difahami..but i'm trying my very best.

salam ukhuwah buat semua sama ada yang mengenali atau tidak dikenali ^____________^


nuffnang