sedih..uwaa! |
2.Suka baby - Betapa 'gilanya' bila nampak anak kecil yang baru melihat dunia yang penuh suci tanpa dosa. Teringat bahawa bau 'manis' atau wangi yang semulajadi ada pada baby itu merupakan bau wangi syurga ! Allah...maha suci Engkau atas ciptaanMu. Yang syoknya bila baby tu ceria,manja dan bijak.
tatakk (sebenarnya kakak..) |
3. Penggemar ayam- Ayam goreng yang rangup.. oh sedapnya! tak ada ayam masak kicap,lemak apa pun tak apa asalkan ada ayam goreng. Cukup.
sudahlah tak sarapan pagi lagi masa menaip ni. gulp! |
4. Sukakan ilmu - tak kisah ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. sebab? sebabnya, bagi saya,ilmu sampai mati pun tak akan pernah habis dituntut tapi, tuntutlah ilmu untuk keluar daripada cahaya kegelapan.
5.Pernah 'Sakit' yang tidak diketahui apa puncanya - masa diserang penyakit 'misteri' yang agak susah untuk digambarkan dengan kata-kata ni, terasa malas nak ke sekolah, semuanya jadi serba tak kena. Asyik nak tidur je. Kat rumah tidur kat sekolah pun hentam tidur. Boleh 'beat' kecoh pasal diri aku ni sama-sama cikgu dan kawan-kawan. Redha,Bersangka baik..... mungkin Dia ingin meninggikan darjat dan memberi pahala atas ujian yang diberi.Alhamdulillah, sembuh juga dengan izinNya.
6.Anak tunggul - anak tunggal lah! uwaa.. bohonglah kalau kata tak sunyi. bohong juga kalau kata tak 'jealous' melihat mereka-mereka yang ada adik beradik. Bergaduh,berbaik dan menjalinkan silaturahim yang sungguh 'awesome' ! Namun, apakan daya diri ini. Perancangan Allah itu lebih baik dan yang paling terbaikk.
7. Pemalas - ops! bukan 24jam.. apabila disuntik 'antibiotic' RAJIN.. huh! bukan main lagi ^.^
note to bakal suami : hati-hati dengan diriku ini. gulp!
8.Rabun jauh - bila rabun kena pakai cermin mata dan terpaksa diakui bila kena pakai cermin mata, pergi mana-mana mesti kena pakai cermin mata lah.. ini baru sikit nikmat Allah cabut. Jadi, tetap bersyukur dengan anggota badan yang masih sihat.
9. Hanya manusia biasa yang pernah berlari jauh dari kesilapan dan mungkin mengejar kesempurnaan. Faham ? err.. biarlah antaraku dan tuhan yang tahu.
#bukan senang nak menulis supaya apa yang ingin diutarakan difahami..but i'm trying my very best.
salam ukhuwah buat semua sama ada yang mengenali atau tidak dikenali ^____________^
No comments:
Post a Comment