Wednesday 29 March 2017

Cinta Untuk Jasmin 6

Qistina terburu-buru menuju ke tandas setelah tekaknya terasa loya sebelum memuntahkan segala isi perut. Kepalanya terasa pening bagaikan berpusing-pusing namun digagahkan juga untuk melangkah.

Belum sempat dia menarik nafas lega tekaknya kembali mual ingin memuntahkan segala yang terkandung di dalam perutnya. Hari tersebut terpaksa dia ambil cuti sakit kerana lesu akibat muntah berkali-kali dan kehabisan tenaga. Dia kuatkan diri untuk ke klinik demi berjumpa dengan doktor bimbang ada yang tidak kena dengan badannya.

Setelah diperiksa oleh Doktor Jess dengan teliti, kini dia duduk di hadapan doktor cina itu bagi mengetahui lanjut tentang penyakit yang dia alami. Doktor Jess hanya tersenyum setelah meneliti laporan pemeriksaan yang diserahkan oleh jururawatnya itu. 

“Kenapa doktor? Saya sakit apa sebenarnya?” Soal Qistina penuh kebimbangan.

“The report indicates that you are healthy, no any health problem. It’s just there is small seed inside your womb Qistina, congratulations you are pregnant!” Ujar doktor tersebut yang gembira untuk dirinya yang disahkan hamil.

“W-what?” Bagaikan hendak luruh jantung apabila mendengarkan dari mulut doktor tersebut.

 “Yes dear you will become a mother, and your are now seven weeks pregnant. No worry, it just morning sickness and early symptoms of pregnancy. I’ll prescribe vitamins for you okay?” Qistina tidak memberi sebarang respon dan masih tidak dapat menerima akan apa yang baru sahaja yang didengarinya itu.

Pulang dari klinik seharian dia berkurung di dalam rumah memikirkan nasib dirinya yang kini sudah terlanjur melakukan satu dosa besar yang mengakibatkan benih yang tidak berdosa ini berada di rahimnya. 

Sesungguhnya dia buntu dan tidak tahu harus berbuat apa. Akhirnya sampai lebam matanya kerana menangis mengenangkan perkara yang akan dia hadapi di kemudian hari kelak.
Tak akan mungkin dia membunuh janin yang langsung tidak berdosa ini. 

Dia akui dirinya sendiri yang berdosa dan dia sedar. Lantas, dia gagahkan diri untuk ke bilik air untuk berwudhu sebelum menunaikan solat taubat dan tenggelam bersama doa dan air mata yang berjuraian menemani malam sepi.



            Imran kembali ke pejabat di Entigo demi tuntutan tugas yang digalasnya sebagai Ketua Operasi sebelum mengambil alih tempat daddynya sebagai Ketua Eksekutif. Justeru baginya dia perlu menimba sebanyak mungkin ilmu dari semua bahagian kerana tanggungjawab yang bakal dipikulnya kelak bukanlah ringan dan boleh diambil mudah. Kelihatan Qistina berjalan keluar dari pantri pejabat kelihatan pucat dan tidak bermaya. “Qistina, are you okay?” Tanyanya prihatin melihat wanita itu seperti tidak sihat.

Qistina sekadar menjongketkan bahu. “Pening sikit.” “You sure boleh kerja hari ni? If not, I send you to clinic and get MC?” Imran mempelawa ikhlas bimbang dengan kesihatan pekerja syarikat daddynya itu. “No, thanks I dah pergi clinic semalam.”

“Then, what doctor said?” Soal Imran tidak puas hati. 

“Demam biasa je, nanti okay. Thanks for concern bos!” Ujar Qistina sekadar menyedapkan hati. 

“Look, kalau you betul-betul tak larat it’s okay just go home. Kesihatan lebih penting dari kerja Qistina.” Tegas Imran mengingatkan wanita itu sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya untuk sambung kerja. Qistina sekadar mengangguk dan cuba bertahan untuk melakukan tugasnya.

Irwan Edrus lalu di hadapan meja setiausahanya, Qistina sebelum masuk ke dalam biliknya tanpa sedikit pun menoleh dan menyapa wanita itu. “Irwan wait. We need to talk!” Panggil Qistina namun lelaki itu buat dek sahaja. Qistina lalu memberanikan diri untuk bertemu dengan lelaki itu di dalam bilik. “Irwan.” Irwan sekadar memandang sekilas lantas kembali melihat di skrin komputer.

“We need to talk. Please.” Qistina menahan diri daripada melampiaskan marah bengang dengan sikap dingin lelaki bernama Irwan Edrus. “Go on, I’m listening.”

Qistina lantas mengambil duduk di hadapan lelaki itu sebelum mencari kekuatan untuk memulakan bicara. “I pregnant. And it’s with your child.” Terkejut Irwan mendengarkan kenyataan dari Qistina. 

“What did you said? You jangan nak macam-macam, that night you yang perangkap I and it’s all your fault!” Tinggi nada suara Irwan cuba bertenang.

“Kita berdua yang salah! Now, I’m begging you please…kita kahwin? For the sake of our child?” Tumpah jua air jernih dari mata Qistina yang ditahannya sejak tadi.

“What! You memang dah plan macam ni kan? For what? For you to have all my treasures hah well done Qistina Diana!” Irwan memperli Qistina tanpa belas kasihan.

“No. I memang cintakan you Irwan Edrus. Sejak pertama kali you muncul di Entigo, lima tahun I pendam perasaan ini. Atau sebab tamakkan harta dah tak ada langsung rasa cinta dan sayang dalam diri you ?” Semakin tinggi nada bicara Qistina dan berkurang rasa hormat pada lelaki ini.

“Gugurkan kandungan tu.” Spontan ayat tanpa Qistina duga meluncur laju dari mulut Irwan Edrus, bapa kepada janin yang dikandungnya ini.

“Never. Okay fine Irwan Edrus, it’s okay you don’t want to take responsible of your own flesh and blood but HELL NO would I give abbort to this baby! Sekurang-kurangnya I masih lagi ada rasa kasih dan sayang untuk bayi tidak berdosa ini.” Lantang dan tegas bicara Qistina sebelum bangun meninggalkan ruangan bilik tersebut.

Add caption

Salam, dah masuk beradu ke orang di sana? – Imran

W’salam,hi! Belum masih berjaga. Orang di sana pula?- Jasmin

Sama seperti orang di sana. Tak boleh tidur.. – Imran

Kenapa tak boleh tidur? – Jasmin

Teringat orang kat sana, rasa rindu. –Imran.

Kalau rindu cepatlah hantar rombongan masuk meminang, tiap malam mudah tidur hahaha! I’m kidding – Jasmin

            Setelah berbalas Whatsapp  lantas telefon bimbit Jasmin berdering menunjukkan nama pemanggil yang amat dikenalinya, Imran. Sengaja Jasmin membisukan suara membiarkan jejaka itu yang memulakan bicara di hujung panggilan. 

“Hello? Jas? Assalamualaikum…” Jasmin sudah tersenyum malu mendengarakan suara tersebut.

“Wa’alaikumusalam, ya?”

“Betul ke?” Soal Imran tiba-tiba membuatkan Jasmin mengerutkan dahinya,

“Betul apa?”

“Kalau rindu cepatlah hantar rombongan masuk meminang?” Tergamam dan kelu lidah Jasmin serta-merta apabila Imran mengajukan soalan tersebut. Niatnya hanya untuk bergurau sahaja. Tidak sangka sampai Imran ambil serius pulak. 

“Jas?” Panggil Imran di hujung panggilan.

“Err…ehem saya…saya bergurau sajalah Im! “ Ujar Jasmin sambil menggosok-gosok dahinya.

 “Tapi, takkan sikit pun awak tak ada perasaan pada saya?” Sudah. Jantung Jasmin berdegup kencang bagai nak luruh tidak tahu apa harus dijawabnya. Apakah harus dia jujur atau sebaliknya dengan pertanyaan lelaki itu. 

“Do you love me Jasmin Clarisa?” Soal Imran dengan nada paling tenang sekali. 
“Im…”
“Answer me honestly please.”
“Okay, Yeah you are a good man with husband material type. You have your own charm and it is comfortable to be with you. Yes, I do love you.” Akhirnya terbit jua lafaz cinta dari mulut Jasmin secara ikhlas dan jujur pada malam itu.

 “Seriously? You are not joking right?” Imran bertanya inginkan kepastian.

“Marriage is not a thing that to be played around with. It’s a serious matter to me Mr. Imran.” Jelas Jasmin menegakkan prinsipnya.

“Okay, then what if by end of this week Im hantar rombongan masuk meminang? Or it is too soon to you?”

“Jas discuss dulu dengan mama boleh? Nanti Jas confirm balik dengan Im yes?” Jasmin sudah dapat membayangkan riak wajah mamanya apabila mendengar khabar gembira ini dan pastinya tiada halangan untuk rombongan masuk meminang pada hujung minggu ini cuma dia sengaja tidak mahu menonjolkan sangat kegembiraan yang sedang dirasainya kini.

“Right cool, so…lepas ni Im boleh tidur lena dan nyenyak.” Kedengaran Imran tersenyum tetapi boleh didengar oleh Jasmin.

“Yelah nanti nak dodoikan macam baby pun boleh no problem ya haha! Okaylah have a goodnight and sweet dream.”

“Jas wait hold on. Thank you…”
“For?”
“For accepting my proposal, me myself in your life. To live the whole entire life with you.” Hati tolonglah jangan cair sekarang! Jerit di dalam hati Jasmin.

“Thanks to you too for willing to take me to be as your wife and to be your lifetime partner.”

“I love you.”

I love you too. Ucap Jasmin di dalam hatinya sendiri tanpa Imran mendengar kalimah tersebut. Biarlah ia disimpan setelah ijab dan kabul agar lebih indah antara mereka kelak.

Credit


            Qistina tidak dapat menahan dirinya daripada memuntahkan segala isi perut dan dia terasa terlalu lemah dan tidak bermaya lantas terduduk di pantri pejabat sehingga Imran masuk ke dalam pantri itu juga dan melihat keadaannya yang membimbangkan.

 “Qistina! Ya Allah…awak okay tak ni?” Pantas Imran mendapatkan wanita itu yang sedang tersandar di tepi dinding dan cuba untuk membangunkannya. 
“Saya bawa ke klinik ya? Dah seminggu macam ni saya tengok. Please?” Tegas Imran.

Akhirnya Qistina akur dan membiarkan Imran membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sungguh badannya sudah lagi tidak terdaya untuk menahan rasa lesu akibat daripada kekurangan tenaga dan air dalam badan. Setelah diperiksa oleh doktor akhirnya seperti yang dijangka hasil pemeriksaan yang sama seperti tempoh hari akan didengari Qistina. 

“The examination result was shown that you’re pregnant Qistina. Eigh weeks pregnant, congratulations! This is your husband?” Tanya doktor Tee Siew Lim sambil memandang ke arah Qistina dan Imran.
 “He’s not my husband.”

“Oh sorry. So, don’t worry cause it is normal to experience all this at early pregnancy. I’ll give you some vitamins to you and make sure to take it daily okay?” Qistina hanya mengangguk lemah. Imran kelihatan penuh dengan muka tanda tanya menunggu masa untuk bertanya, tebak hati Qistina.

“Thanks Encik Imran.” Ucap Qistina usai mereka keluar dari klinik tersebut dan masuk ke dalam kereta. Imran memandang Qistina tanpa berkata apa-apa.

“Siapa ayah anak dalam kandungan tu?” Soal Imran. Qistina segera tertunduk malu dengan dosa yang telah dia lakukan. Sehabis daya dia menahan dari menitiskan air matanya namun tumpah juga di hadapan lelaki bernama Imran Firdaus ini. “Come on Qistina, tell me who is that man!”

“Irwan Edrus.” Mendengarkan itu, bulat mata Imran bagaikan tidak percaya. Qistina sudah teresak-esak menangis tidak dapat membendung kesedihan hati ditambah lagi keadaan fizikal yang letih dan lesu. Setelah itu, hanya sepi mengisi ruang dalam perjalanan mereka ketika Imran menghantar Qistina pulang ke rumahnya.

“Imran, please…don’t tell anyone?” Rayu Qistina penuh mengharapkan simpati. Imran sekadar mengangguk tak bersungguh sebelum memandu keluar dari kawasan pangsapuri tersebut. Fikirannya terbayang dengan wajah Irwan Edrus sarat dengan amarah setelah mengetahui apa yang telah lelaki itu lakukan terhadap Qistina.



            Sebaik sahaja sampai di rumah, kebetulan lelaki bernama Irwan Edrus berada di ruang tamu sedang senang-lenang menonton televisyen. Entah bagaimana gagal dirinya mengawal emosi mengenangkan apa yang sedang dialami oleh Qistina dan lelaki tersebut masih boleh duduk goyang kaki seperti tidak ada apa-apa. Dicekam erat kolar baju Irwan lalu ditumbuk sehingga berdarah mulut dan lebam biji mata lelaki itu. 

“Kau dah gila ke tiba-tiba tumbuk orang?” Marah Irwan sambil menahan perit tumbukan Imran.

“Gila? Aku gila ke kau yang gila? Kau dah buat anak orang mengandung dan kau ingat suka-suka nak lepas tangan macam tu?” Jerkah Imran dengan nafas naik turun.

“Hey! Astaghfirullah…Im, Irwan! Kenapa ni sampai bertumbuk?” Datin Maimon segera mendapatkan dua orang anaknya itu di ruang tamu.

“Ni…ibu tanyalah sendiri dengan dia ni apa yang dia dah buat sampai buat anak orang mengandung!” Terkejut Datin Maimon mendengar kata-kata Imran.

“Irwan? Betul ke apa yang Im cakap ni?” Irwan sudah menjadi tak keruan apabila diasak oleh pertanyaan Datin Maimon.

“It was not on purpose! It was a trap ibu. Qistina yang perangkap Irwan!” Irwan mempertahankan dirinya.

“Qistina? Your P.A? Ya Allah…Irwan, ibu tak pernah ajar anak-anak ibu buat benda maksiat dan terkutuk!”

“Apa sebenarnya dah berlaku ni? Im? Irwan?” Suara Datuk Iedlan bergema memenuhi ruang tamu itu tanpa disedari.

“Is that true what I’ve listened to just now Irwan Edrus? Imran Firdaus?” Soal Datuk Iedlan menghampiri antara mereka berdua.

“Say it! Is that really true Irwan Edrus?!” Nada Datuk Iedlan semakin meninggi dan keras, matanya tajam memandang tepat ke arah Irwan.

“I am..sorry. It was a mistake and…trap. Irwan tak expect akan jadi sampai macam ni.”

“So really is Qistina now pregnant with your child?” Irwan sengaja diam membisu tahu daddynya itu sedang dalam api kemarahan.

“Answer me!” Terkejut semua apabila Datuk Iedlan menjerkah kepada Irwan.
            Qistina teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam rumah mewah milik majikannya itu apabila Imran membawanya ke situ atas jemputan oleh Datuk Iedlan sendiri. Pelbagai persoalan mengisi ruang fikirannya bimbang dengan segala kemungkinan namun dengan bantuan Imran, dia beranikan diri juga untuk tampil berjumpa dengan bosnya itu di kediamannya itu. Disalami dan disantuni Datin Maimon apabila pertama kali mereka berjumpa secara peribadi begini. Segan menyelubungi diri ketika terpaksa berdepan dengan majikan sendiri.

 “Qistina apa khabar?” Sapa Datin Maimon dengan ramah.

“Alhamdulillah baik Datin. Datin pulak apa khabar?”

“Syukur alhamdulillah.. beginilah umur dah veteran, kulit pun dah berkedut. Qistina asal mana ya?” Datin Maimon sudah menjemput Qistina duduk di ruang tamu dan menghidangkan the dan kuih karipap yang dibuat sendiri olehnya.

“Tak adalah, Datin masih cantik dan menawan. Qistina asal Ipoh, Perak.”

“Tak jauh dekat je… mak ayah ada lagi? Adik-beradik?”

“Mak dengan ayah ada lagi, adik-beradik ada enam termasuk Qistina dan Qistina anak yang kelima.” Qistina jawab dengan tenang sambil menyorokkan perasaannya yang sakit dan pedih ditanggungnya kini. Datin Maimon mengusap-usap tangan Qistina bagaikan mengerti perasaan wanita muda itu. Pening kepalanya memikirkan bagaimana harus menyelesaikan masalah antara Qistina dan Irwan.

“You know why I’m inviting you over today?” Tanya Datuk Iedlan mencelah. Perlahan-lahan Qistina menggeleng dan tertunduk hormat akan majikannya itu.

“Pasal kamu dan Irwan.” Jelas Datuk Iedlan terus-terang. Qistina telah agak sejak dari rumah lagi. Pasti dari Imran mereka berdua dapat tahu mengenai hal ini.

“Begini, saya bercadang ingin berjumpa dengan mak ayah kamu secepat mungkin berbincang untuk satukan kamu dengan Irwan. Boleh?’’ Terkejut Qistina mendengar bicara majikannya itu. 

“Ta-tapi bagaimana dengan Irwan?” Bimbang jika Irwan tidak bersetuju dengan keputusan Datuk Iedlan.

“Dia harus bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dia lakukan. Anak dalam kandungan itu anak dia, darah daging dia. So he has to take responsibility of what he has done.Bila boleh saya berjumpa dengan mak ayah kamu?”

“Err…bila-bila yang Datuk lapang?”

“Kalau boleh saya ingin langsungkan cepat pernikahan antara Qistina dan Irwan sebelum perut kamu makin membesar. Kita buat yang wajib dulu, yang lain tu kemudian tak apa.”

Qistina hanya mengangguk perlahan. Lega sedikit hatinya apabila Datuk Iedlan sudi menyatukan dia dan Irwan setelah apa yang terjadi. Betapa rasa syukur dipanjatkan kepada tuhan yang Maha Perkasa kerana telah mendengar dan mengabulkan doa-doanya.

Credit

            “Ibu…tak tidur lagi dah pukul sebelah setengah malam ni?” Tegur Imran ketika melihat ibunya masih berada di tepi kolam renang ditemani cahaya lampu yang menerangi sekeliling kawasan rumah mereka. “Ibu risau fasal Irwan dengan Qistina.”

“Ibu, kan kita semua dah setuju nak satukan mereka secepat yang mungkin? Insya Allah niat yang baik Allah akan permudahkan.”

“Ibu tengok baik budi bahasa budak Qistina tu. Tak sangka sampai boleh jadi macam ni.” Keluh Datin Maimon.

“Percayalah ibu, pasti ada sejuta hikmah di sebalik semua yang berlaku ini. Allah itu Al-Alim, Maha Mengetahui. Ibu jangan risau dan fikir banyak.” Imran mengusap bahu ibunya dengan penuh kasih dan sayang.

 “Moga-moga begitulah Im. Im ni kenapa tak tidur lagi? Esok kan kerja?”

“Itulah, sebenarnya Im ada benda nak cakap sikit dengan ibu.” Datin Maimon memandang menunggu ayat seterusnya dari anaknya itu.

“Apa dia cakaplah macam serius je? Nak kahwin?” Teka Datin Maimon main-main.

“Eh belum cakap dah tahu? Wah ada telepati ibu ni!” Imran menjadi teruja.

“Im nak kahwin dengan siapa?”

“Ibu pernah jumpa sekali dengan dia hari tu. Itu pun kebetulan masa di hospital masa Idris accident.” Ligat Datin Maimon memikirkan siapa wanita bertuah yang berjaya menambathati sang terunanya ini.

“Siapa? Oh….yang cantik tu, alah apa dah nama dia..Jas apa entah.”

“Jasmin.”

“Jasmin! Owner Jas Fashion House tu? Yang makin famous tu?” Imran mengangguk tersenyum.

“Sejak bila Im dengan Jas bercinta? Diam-diam cakap nak kahwin?”
“Im pun tak tahu ibu, tapi hati Im kata yes she’s the one! So Im rasa jodoh Im dah sampai and I think I’m ready.”

“I’m happy for you sayang. Finally, after awhile since you were brokenhearted badly with Sarah…”
“Ibu please. That’s was a history and nothing more. Dah masuk arkib pun. I want to start afresh and moving on.”

“Yeah that’s my boy. Nanti kita pergi masuk meminang ya? Now, jom masuk dalam tidur.”


Lega rasanya apabila hasrat hatinya telah diutarakan kepada ibunya dan berharap segala-galanya dipermudahkan demi dia mendirikan baitul muslim bersama gadis idaman pilihannya, Jasmin Clarisa! Ternyata cintanya tidak bertepuk sebelah tangan kali ini.


Credit

No comments:

Post a Comment

nuffnang